datuk nicol ann david

3
Nicol Ann David Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001. Beliau kekal satu- satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010. Kehidupan Peribadi Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolahnya; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi

Upload: tio-feiling

Post on 12-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Datuk Nicol Ann David

Nicol Ann DavidDatuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa

Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan

skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006

dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia

dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita

yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini

dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai

WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran

WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada

bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka

Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena

hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang

untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di

Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia

oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh

kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh

kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga

tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Nicol turut meraih

Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

Kehidupan Peribadi

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru

sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang

pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-

beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat

kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di

sekolahnya; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A

dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu

menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau

Pinang. Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

Page 2: Datuk Nicol Ann David

Anugerah Dan Penghormatan

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan

hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan

penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah ini terhad

kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan

kemanusiaan.

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan

sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award

(DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang

dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang.  Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun

Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang, pernah mengakui bahawa

Nicol lebih terkenal daripadanya. Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana

Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham. Nicol turut menerima anugerah Pemain

Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.

Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam

Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan

menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut

telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima

Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan

Olimpik Athens 2004, di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia

oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.