kata tugas pembentangan ann

21
KATA PENYAMBUNG AYAT • Merupakan kata hubung • Sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat @ lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

Upload: ondrea-andrea

Post on 25-Jul-2015

101 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA PENYAMBUNG AYAT

• Merupakan kata hubung

• Sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat @ lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

Page 2: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA PENYAMBUNG AYAT• Terdiri daripada satu jenis kata tugas iaitu

KATA HUBUNG

KATA HUBUNG

Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Pancangan

a) Relatifb) Komplemenc) Keterangan

Page 3: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA HUBUNG GABUNGAN (KHG)• Jenis kata menghubungkan 2 klausa @

lebih yang sama tara sifatnya.• Ayat yang terbentuk menggunakan KHG

disebut ayat majmuk gabungan.

dan lalu ataumalahan tetapi sambil sertakemudian

Page 4: Kata Tugas Pembentangan Ann

Contoh: 1. Sarah mengemas rumah dan ibunya

membasuh kain.2. Melissa mungkin pergi ke Sarawak

atau ke Sabah.3. Wanita itu memeluk anaknya serta

membelai rambutnya.4. Bukan Revel sahaja yang pemurah

malahan anaknya juga dermawan. 5. Sampah itu dipungutnya kemudian

dimasukkannya ke dalam tong sampah.

Page 5: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA HUBUNG PANCANGAN (KHP)

• Kata hubung yang menyambung klausa tak setara @ klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Page 6: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF

• Perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

• Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

1. Saya membeli baju yang berwarna hijau.2. Encik Delo guru yang berdedikasi.3. P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang.4. Yang berjaja kain itu jiran saya.5. Buku yang dibeli oleh Rosa itu buku Matematik.

Page 7: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN

• Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama

• 2 contoh kata sering diguna: bahawa & untuk1. Kami tidak sedar bahawa mereka bukan ahli

persatuan.2. Guru itu menyatakan bahawa muridnya

sangat rajin.3. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak

wajar.4. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh

mustahil.5. Kuih itu dibeli untuk adik.

Page 8: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

• Menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

kerana agar meskipunsekiranya semoga supayakalau andai kata kendatipunhingga jika (jikalau) semasasementara setelah sewaktuketika tatkala untuk walaupun sungguhpun apabila

Page 9: Kata Tugas Pembentangan Ann

1. Pegawai itu sering dipuji kerana dia rajin

bekerja.

2. Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya

tiada sambutan.

3. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya

sentiasa sihat.

4. Penonton bersurai setelah permainan selesai.

5. Sungguhpun letih, pemain handal itu terus

bermain juga.

6. Meskipun hari sudah lewat, Ali belum pulang

juga.

Page 10: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA PANGKAL AYAT

• Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi kesinambungan ayat dalam wacana.

• Biasanya digunakan dalam BM lama.

HattaMaka

SyahadanAdapunKalakian

SebermulaAlkisaharakian

Page 11: Kata Tugas Pembentangan Ann

1. Hatta istana itu pun siaplah.2. Maka panglima itu pun diberi

persalinan.3. Syahadan baginda pun berangkat

meninggalkan Melaka.4. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun

Ahmad.5. Alkisah tidak seberapa lama

kemudian hamillah permaisuri6. Arakian bersemayamlah baginda di

istana baharu itu.

Page 12: Kata Tugas Pembentangan Ann

• Hadir sebelum frasa.• Perkataan yang menjadi unsur nafi

frasa predikat: FN, FK, FA & FSN.• 2 bentuk: bukan & tidak

KATA NAFI

Page 13: Kata Tugas Pembentangan Ann

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi FN & FSN

• Makanan itu bukan untuk Otomie.

• Bas itu bukan dari Johor

• Projek itu bukan usaha saya.

Kata nafi tidak menjadi unsur nafi FK & FA

• Ibunya tidak turun ke sawah hari ini.

• Saya tidak akan datang lagi.

• Kenyataan itu tidak benar.

• Bandar itu tidak besar sangat.

Page 14: Kata Tugas Pembentangan Ann

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum FK dan FA jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud

pertentangan maklumat

Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain

sahaja.

Pak Abu bukan kaya sangat, tetapi pemurah

orangnya.

Ucapannya bukan menghina kita, tetapi sekadar

mengingatkan kita sahaja.

Murid itu bukan bijak, tetapi sebaliknya.

Page 15: Kata Tugas Pembentangan Ann

KATA BILANGAN (KB)

• Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada FN & hadir sebelum frasa tersebut.

• Terdapat dalam beberapa jenis mengikut ciri maknanya.

Page 16: Kata Tugas Pembentangan Ann

KB yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut kardinal. Cth: dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu dsbg

• Dua hari lagi saya akan berangkat ke Korea.

• Harga jam itu seratus ringgit.

• Penduduk di bandar itu mencecah angka sejuta orang.

KB menunjukkan bilangan tak tentu. Cth: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit dsbg.

• Segala persiapan telah dibuat.

• Semua guru tidak dibenarkan bercuti esok.

• Banyak orang menyertai peraduan itu.

• Sedikit murid yang menyertai lawatan itu.

Page 17: Kata Tugas Pembentangan Ann

• Disebabkan perkataan ini sudah menandakan jamak, KN yang mengikutinya tidak perlu diulang. Ayat berikut dianggap salah:

Segala persiapan-persiapan telah dibuat.Semua guru-guru tidak dibenarkan bercuti

esokProjek itu melibatkan para guru-guru

sekolah rendah.

Page 18: Kata Tugas Pembentangan Ann

KB yang membawa maksud himpunan. Cth: beratus-ratus, beribu-ribu, berabad-abad, berguni-guni

• Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu.

• Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan.

• Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Afrika

KB membawa maksud pisahan. Cth: masing-masing, setiap, tiap-tiap dsbg

• Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri.

• Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.

• Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi tiap-tiap hari.

Page 19: Kata Tugas Pembentangan Ann

KB yang membawa maksud pecahan. Cth: setengah, sepertiga, separuh, seperempat, dua pertiga dsbg

• Setiap penduduk kampug itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan.

• Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang.

• Separuh hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatm.

Page 20: Kata Tugas Pembentangan Ann

• Perkataan setengah-setengah @ sesetengah membawa maksud sebilangan daripada sesuatu

• Berbeza daripada perkataan setengah yg bermaksud separuh. Contoh:– Setengah-setengah penduduk bandar

tinggal di rumah pangsa. (bukan: setengah penduduk tinggal di rumah pangsa.)

Page 21: Kata Tugas Pembentangan Ann

• KB berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada KN yang mengikutinya. Cth:

lima orang murid2 bilah pedang

Beberapa buah keretaSebatang jalan