malaysia - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali datuk lee chong wei dan...

94
Bil. 15 Isnin 16 Julai 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

Bil. 15 Isnin

16 Julai 2012

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS

PENGGAL KELIMA

MESYUARAT KEDUA

Page 2: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN

BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 20) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 (Halaman 79) USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 39)

Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 15(3) (Halaman 83) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN:

Kontraktor Tenaga Kerja - YB. Senator Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Halaman 83) Pengurusan dan Perbelanjaan Perolehan Petronas

- YB. Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli (Halaman 85)

Page 3: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

7. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) - Timbalan Menteri Luar Negeri I

9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) - Timbalan Menteri Kewangan I

10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

11. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik)

13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik)

15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik)

17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) - Timbalan Menteri Kewangan II

19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

20. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan II

21. “ Datuk Heng Seai Kie (Perak) - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

22. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

23. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

24. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik)

25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

26. “ Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya (Sabah)

27. “ Puan Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

30. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

31. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak)

32. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

Page 4: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

ii DR 16.7.2012

33. Yang Berhormat Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz -

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

34. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah)

35. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

36. ” Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

37. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) - Timbalan Menteri Sumber Manusia

38. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

39. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

42. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

43. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik)

44. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

45. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

46. “ Datuk Seri G. Palanivel (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

47. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

48. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

49. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

50. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

51. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

52. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

53. “ Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

54. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

56. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

57. “ Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

61. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik)

62. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

Page 5: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh

Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy

Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan

Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali

Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Saipul Rizal bin Wahid

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh

Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf

Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Mohd. Zaidi bin Mahmood

Page 6: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan
Page 7: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 16 Julai 2012

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan,

adakah kementerian mengkaji kaedah memberi insentif dan imbuhan kepada ahli sukan negara yang telah memenangi pertandingan antarabangsa atas sebab kaedah sekarang sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan imbuhan oleh kerajaan setelah memenangi kejohanan antarabangsa telah gagal mengekalkan atau meningkatkan prestasi kejayaan mereka, malah ada yang prestasi terus merudum.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Dato’ Razali bin Haji Ibrahim]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Kadzim Yahya. Sukacita menyatakan di Dewan ini bahawa insentif yang dirujuk oleh Ahli Yang Berhormat adalah satu skim yang diuruskan di bawah Majlis Sukan Negara yang diperkenalkan bermula tahun 1986 yang dikenali sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan Atlet Malaysia (SHAKAM). Ini kerana kita mempunyai beberapa skim seumpamanya termasuk antara lain Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR), Skim Galakan Jurulatih (SGAR), Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP), Skim Insentif Sukan Olimpik, Skim Paralimpik, Skim Insentif Paralimpik dan Skim Hadiah Rekod Baru.

SHAKAM merupakan satu pengiktirafan kerajaan ke atas atlet-atlet kebangsaan yang telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dan seterusnya telah mengharumkan nama negara. SHAKAM menyediakan insentif berbentuk wang tunai kepada atlet atau sekumpulan atlet yang berjaya memenangi pingat di temasya sukan seperti sukan SEA, Sukan Komanwel, sukan Asia dan kejohanan individu yang setaraf dengannya serta sukan Olimpik. Selain memberi pengiktirafan kepada atlet, SHAKAM juga bertujuan untuk menggalakkan para atlet negara untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing selaras dengan hasrat kerajaan yang sentiasa mendorong dan memberi galakan kepada rakyat di negara ini untuk menjadi yang terbaik, berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi sama ada dalam bidang pendidikan, perniagaan, penyelidikan, kebudayaan dan seumpamanya.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, SHAKAM ini telah melalui beberapa siri pindaan sejak ia dilaksanakan berikutan beberapa pertimbangan yang perlu dilakukan sebagai penyesuaian kepada pendekatan dan perlaksanaannya termasuk ketika membuat perbandingan dengan pendekatan negara-negara lain, khususnya negara-negara serantau. Namun begitu, kerajaan sentiasa bersikap terbuka dengan apa jua bentuk pandangan dan cadangan bagi menambah baik pemberian insentif ini khusus kepada usaha menggalakkan budaya mengejar kecemerlangan di kalangan para atlet. Ini kerana setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa dengan tidak memberi imbuhan atau insentif ini, prestasi para atlet akan meningkat. Sebenarnya, prestasi para atlet bergantung kepada pelbagai faktor dalam mengekalkan kecemerlangannya termasuklah antara lain tahap kecergasan, mental dan fizikal atlet, faktor disiplin, kaedah dan teknik latihan, pendedahan di dalam satu pertandingan yang disertai serta usia atlet tersebut di dalam satu-satu temasya yang mereka sertai. Terima kasih.

Page 8: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

2 DR 16.7.2012

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas

jawapan yang cukup komprehensif. Saya hendak tanya soalan tambahan. Ekoran daripada fiasco atlet kita di sukan SEA yang lepas, apakah tindakan kementerian untuk memastikan

tidak ada atlet yang menyalahgunakan dadah melibatkan ahli persatuan dan pegawai-pegawai sukan demi untuk mencapai overnight success dan mengejar imbuhan. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Menggunakan dadah? Tuan Yang di-Pertua,

sebenarnya kita sebagai sebuah negara yang sama-sama menyertai usaha mengekang penyalahgunaan ataupun penggunaan dadah terlarang dalam sukan di bawah WADA, untuk menghantar atlet-atlet yang bertanding di dalam pemeriksaan sama ada secara rambang ataupun secara berkala. Justeru itu, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet yang mengambil jalan pintas untuk mengejar kecemerlangan dengan mengambil dadah terlarang dalam sukan dan beberapa insiden tindakan telah pun kita ketahui menunjukkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat serius dan boleh dikatakan kesemua persatuan telah pun menandatangani persetujuan untuk mematuhi peraturan yang disediakan oleh pihak WADA. Terima kasih.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, bercakap mengenai

imbuhan. Sukalah saya merujuk kepada Terengganu. Terengganu menjadi johan SUKMA empat kali berturut-turut. Syabas, tahniah. Tidakkah KBS hendak memberi apa-apa sumbangan imbuhan kepada negeri ini ataupun atlet-atletnya? Kalau tidak, adakan. Kalau ada, sila nyatakan. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Saya mengucapkan terima kasih atas soalan dan

tahniah kepada kontinjen Terengganu di SUKMA yang bakal ditutup tirainya pada malam ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bakal mengekalkan kejuaraan keseluruhan. Suka saya nyatakan bahawa Terengganu antara negeri yang juga memberi insentif kepada atlet. Saya tidak mengatakan bahawa disebabkan insentif tersebut mereka berjaya mengekalkan kejuaraan tetapi sesungguhnya usaha untuk mengekalkan kecemerlangan atas insentif ini telah membuahkan hasil.

■ 1010

Namun begitu suka saya nyatakan bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan hanya melihat tentang penyertaan atlet kebangsaan di kejohanan antarabangsa. Saya boleh nyatakan di sini bahawa acara sukan juga menjadi tanggungjawab di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana ia berada di bawah concurrent list Perlembagaan dan tanggungjawab untuk menyediakan imbuhan tersebut, sebenarnya juga menjadi tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk atlet kebangsaan dan kerajaan negeri untuk atlet negeri yang bertanding di peringkat SUKMA.

Seperti yang saya nyatakan, skim hadiah kemenangan ini adalah untuk yang paling rendah ketika atlet negara menyertai Sukan SEA. Namun begitu saya percaya, kerajaan negeri Terengganu tidak ada masalah meneruskan pembiayaan tersebut. Terima kasih.

2. Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan,

adakah pihak PTPTN bercadang untuk memansuhkan caj 1 peratus kepada peminjam di mana kebanyakan daripada para peminjam terasa ia amat membebankan dan jika ia akan dimansuhkan, bilakah pihak kerajaan bercadang untuk melakukannya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I [Datuk Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang

di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat kadar pengenaan kos pentadbiran ke atas pinjaman pendidikan PTPTN sebenarnya telah diturunkan oleh kerajaan beberapa kali walaupun secara relatifnya, kadar yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding faedah yang dikenakan bagi pinjaman pendidikan oleh institusi perbankan.

Di samping itu, sepanjang tempoh pengajian dan enam bulan selepas tamat pengajian tiada apa-apa kos yang dikenakan dan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Bermula tahun 1997, kos pentadbiran pinjaman pendidikan PTPTN yang ditetapkan adalah 4 peratus setahun atas baki berkurangan.

Page 9: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 3

Semasa pembentangan Bajet 2004, kerajaan telah mengumumkan kos pentadbiran bagi pinjaman pendidikan PTPTN diturunkan daripada 4 peratus kepada 3 peratus setahun atas bagi berkurangan.

Berikutnya, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 6 Ogos 2008 telah meluluskan kaedah baru pembiayaan pendidikan PTPTN berlandaskan Syariah Islam melalui pengenaan ujrah atau upah sebanyak 1 peratus setahun atas kadar rata berkuat

kuasa mulai 1 Jun 2008. Upah tersebut sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menampung pinjaman dana PTPTN dengan institusi kewangan yang lain bagi membiayai pelajar. Pengenaan ujrah 1 peratus adalah amat minimum dan ia diperlukan untuk menampung kos operasi PTPTN.

Kesedaran dan budaya perkongsian kos pengajian antara kerajaan dan rakyat khususnya mereka yang mendapat kemudahan pembiayaan hendaklah diterapkan secara berterusan. Ini adalah supaya mereka dapat mengubah persepsi daripada bebanan kepada perkongsian tanggungjawab. Sekiranya kerajaan perlu menampung kos operasi, maka ianya akan menambah bebanan kewangan kerajaan. Kerajaan juga berpendapat, kaedah perkongsian di mana kewangan antara kerajaan dan pihak yang mendapat faedah daripada perkhidmatan yang disediakan perlu dijadikan budaya di kalangan masyarakat. Perkongsian seumpama ini adalah asas ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Sekian.

Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat

Menteri soalan tambahan saya. Yang Berhormat Menteri, berapakah peratus pinjaman PTPTN ini terdiri daripada kaum India. Terima kasih.

Datuk Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat

dengan saya di sini tetapi saya akan jawab secara bertulis. Sekian.

Puan Khairiah binti Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mohon,

kebanyakan pelajar-pelajar yang membuat pinjaman PTPTN biasanya akan membayar balik secara ansuran. Adakah ditetapkan bayaran ansuran bulanan yang minimum dan adakah dengan minimum ini jumlah itu akan berganjak disebabkan 1 peratus yang dikenakan?

Datuk Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kementerian tidak

menganggap 1 peratus ini sangat membebankan sebagai contoh seseorang peminjam yang mendapatkan pembiayaan sebanyak RM10,000 serta memilih untuk membayar balik dalam tempoh 60 bulan sebenarnya hanya membayar RM8.33 sebulan bagi caj 1 peratus tersebut.

Amaun prinsipal yang perlu dibayar pula ialah RM166.67 sebulan menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar balik ialah RM175 sebulan. Bagi pinjaman maksimum berjumlah RM150,000 pula, tempoh bayaran balik maksimum yang boleh dipilih peminjam ialah 20 tahun. Golongan peminjam ini ialah daripada kalangan doktor. Amaun caj 1 peratus yang perlu dibayar balik setiap bulan ialah RM125 dan amaun prinsipal pula sebanyak RM625. Jumlah keseluruhan ialah RM750 sebulan. Jika diamati caj 1 peratus yang perlu dibayar, amaunnya adalah kecil berbanding perbelanjaan lain yang dibelanjakan seperti caj langganan talian telefon bimbit dan jalur lebar, rokok, keraian di restoran dan tempat-tempat hiburan dan sebagainya. Sekian.

3. Datuk Maijol Mahap minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan,

apakah dasar terkini kementerian terhadap penggalakan perniagaan sarang burung di negara ini dan adakah kementerian melihat bahawa perniagaan ini mempunyai pasaran yang berterusan dengan harga yang stabil.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Chua Tee Yong]:

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Maijol dan juga Tuan Yang di-Pertua. Industri perladangan burung walid telah dikenal pasti sebagai salah satu industri bernilai tinggi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan menyasarkan pendapatan dari industri sarang burung walid negara yang telah ditetapkan di bawah NKEA pertanian adalah sebanyak RM4.5 bilion menjelang tahun 2020.

Page 10: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

4 DR 16.7.2012

Industri ini mempunyai potensi dengan penglibatan pengusaha dalam aktiviti seperti perladangan burung walid, pemprosesan sarang burung walid mentah siap bersih atau dengan izin, raw clean edible bird nest, penghasilan produk kosmetik dan makanan sampingan, food supplement berasaskan sarang burung walid, penghasilan baja organik berasaskan guano burung walid dan bidang kajian secara menyeluruh dalam industri pembangunan produk berasaskan sarang burung walid.

Kesemua aktiviti ini dilihat mampu menjana banyak peluang pekerjaan di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Selain penjualan produk raw clean edible bird nest, penghasilan produk tambah nilai akan dapat membantu memperluaskan segmen pasaran sedia ada dan menjadikan industri ini kekal relevan sebagai industri yang berdaya saing.

Kerajaan turut memberi perhatian serius dalam memajukan industri ini dengan memudah cara aktiviti perdagangan antarabangsa melalui penetapan export protocol yang boleh dipatuhi oleh pengusaha dan dapat diterima oleh negara-negara pengimport dan perkara ini sedang diberi keutamaan untuk diselesaikan. Sekian, terima kasih.

Datuk Maijol bin Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah basic dan praktikal dan juga ramai orang yang tanya kepada saya tentang bagaimana mereka boleh memulakan perniagaan burung walid ini. Jadi soalan saya ialah adakah kementerian ataupun Jabatan Veterinar mempunyai satu panduan khusus ataupun nasihat kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan atau perusahaan burung walid ini? Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih Yang Berhormat datuk Maijol atas soalan

tambahan. Sebenarnya dari segi pihak kementerian, untuk menolong pengusaha melibatkan diri dalam industri sarang burung walet, kita juga telah memperkenalkan pada tahun 2010 pembiayaan pinjaman mudah yang disediakan oleh Agrobank.

■ 1020

Selain itu, golongan miskin tegar juga dibantu melibatkan diri dalam industri ini dengan bantuan peruntukan one-off sebanyak RM5 juta pada tahun 2010. Daripada segi

panduan-panduan dan nasihat-nasihat khusus untuk perniagaan burung walid ini, memang daripada segi panduan terdapat maklumat-maklumat ini di pihak Jabatan Veterinar tetapi apa yang perlu diingati adalah terdapat risiko dalam perniagaan atau boleh dikatakan perladangan sarang burung walet ini. Bukan sesiapa yang menceburinya akan berjaya. Oleh itu adalah juga penting untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang ini untuk juga memahami apakah langkah-langkah yang diambil oleh mereka yang telah berjaya melalui maklumat yang boleh juga diperoleh daripada persatuan-persatuan sarang burung walet. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji

Ahamat@Ahamad bin Yusop.

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa bulan yang lalu dilaporkan dalam akhbar tempatan bahawa pengeksportan raw clean edible bird nest ke negara China menghadapi masalah disebabkan oleh katanya pencemaran kualiti dan sebagainya. Sejauh manakah perkara ini benar? Sejauh manakah perkara ini telah diselesaikan oleh pihak kementerian? Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya masalah

yang Yang Berhormat Senator bangkitkan adalah sebenarnya masalah mengenai isu nitrat di mana mereka mengatakan nitrat daripada segi eksport sarang burung walet dari Malaysia mengikut negara China adalah berlebihan dan tinggi. Maka Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pertanian telah cuba menyelesaikan masalah daripada segi kadar nitrat dan dengan sukacita dapat dimaklumkan bahawa daripada segi Kementerian Kesihatan, mereka telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan pihak kesihatan daripada negara China. Akan tetapi daripada segi export protocol, ini masih di dalam tahap perbincangan dengan negara China supaya kita dapat memastikan apa yang diingini untuk diselesaikan sama ada daripada segi, apakah prosedur-prosedur dan sebagainya, kita berharap dapat diselesaikan secepat mungkin untuk meringankan beban industri dan pengusaha-pengusaha di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Page 11: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 5

4. Dr. Syed Husin Ali minta Menteri Kewangan menyatakan, situasi kewangan

negara sehingga suku kedua tahun ini berserta dengan laporan-laporan statistik dan rancangan-rancangan yang akan dilakukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

■1023

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-

Pertua, jawapan agak panjang sikit.

Tuan Yang di-Pertua, situasi kewangan negara adalah menggalakkan selaras dengan prestasi keseluruhan ekonomi negara yang terus berkembang. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah mencatatkan pertumbuhan 47 peratus pada suku pertama 2012 dijangka meneruskan momentum dalam suku-suku tahun berikutnya. Perkembangan ini adalah berdasarkan petunjuk ekonomi utama iaitu indeks pengeluaran perindustrian yang terus meningkat sebanyak 4.1 peratus dalam tempoh bulan Januari hingga Mei berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Prestasi eksport juga telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan trend terkini tersebut, kerajaan yakin sasaran pertumbuhan ekonomi negara 4 peratus hingga 5 peratus pada tahun 2012 akan dapat dicapai dan berupaya meningkatkan kutipan hasil serta menanggung perbelanjaan yang meningkat. Oleh itu, kerajaan menjangkakan sasaran pengurangan defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2012 akan dapat dicapai. Kerajaan akan terus berusaha memastikan pengurusan kewangan yang berhemah dan pertumbuhan ekonomi negara ini yang mampan. Ini termasuk mengurangkan defisit fiskal dan mengawal paras hutang bagi memastikan keyakinan yang tinggi terhadap kedudukan ekonomi dan fiskal negara ini.

Jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan akan terus dipastikan terkawal secara selaras dengan kemampuan hasil dan sasaran defisit fiskal kerajaan. Kecekapan perbelanjaan kerajaan akan dipertingkatkan dan penyemakan peruntukan perbelanjaan akan dilakukan dengan teliti termasuk mengurangkan perbelanjaan yang bukan fizikal. Nilai setara atau value for money, dengan izin, dalam perolehan kerajaan akan terus diberi

penekanan. Ini termasuk mempertingkatkan lagi penggunaan e-Perolehan dan tender terbuka.

Rancangan dan pelaksanaan serta penyediaan siling program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh secara rolling setiap dua tahun dan pengurusan nilai bagi

projek pembangunan iaitu fizikal yang melebihi RM50 juta juga akan membantu memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan dengan membina asas-asas mikroekonomi yang baik. Sumbangan sektor swasta dalam menjana aktiviti ekonomi negara ini dijangka meningkat dan bertambah kukuh. Ini akan memperteguh lagi kedudukan ekonomi negara dan seterusnya hasil Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan aktiviti ekonomi domestik dengan melaksanakan pelbagai program dan projek ekonomi berbentuk jangka pendek dan jangka panjang. Ini melibatkan usaha-usaha mencergaskan pelaburan swasta serta mengekalkan perbelanjaan penggunaan swasta yang kukuh.

Bagi program jangka pendek, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM232.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan mengurus. Usaha bagi merancakkan ekonomi domestik dimantapkan lagi dengan penyediaan pakej rangsangan khas berjumlah RM6 bilion yang dibiayai melalui private financing initiative (PFI).

Selain itu, kerajaan telah liberalisasi 17 subsektor perkhidmatan termasuk hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan, pergigian, courier dan telekomunikasi dijangka dapat menarik lebih banyak pelabur asing. Kerajaan juga akan terus mempergiatkan aktiviti perusahaan kecil dan sederhana atau SME dengan mewujudkan satu skim dana pembiayaan PKS patuh syariah, berjumlah RM2 bilion bagi menghidupkan peluang bagi PKS yang gagal disebabkan oleh faktor luar kawalan seperti kos dan kemerosotan ekonomi, SME Revitalisation Fund telah diwujudkan.

Kerajaan turut melaksanakan pelbagai program untuk meringankan beban kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas.

Page 12: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

6 DR 16.7.2012

Bantuan ini termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dan pemberian baucar buku kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan IPTS. Kerajaan juga telah melancarkan Rural Transformation Center (RTC) di Gopeng dan Kota Baharu dan Urban Transformation Center (UTC) di Melaka yang akan meningkatkan pendapatan masyarakat desa dan bandar dan subsidi ke atas barang makanan asas serta minyak dan gas terus diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, selain program jangka pendek, kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai projek jangka panjang yang memberikan manfaat kepada rakyat serta mampu menghadapi senario ekonomi dunia yang mencabar. Projek-projek ini akan dilaksanakan di bawah pelbagai program seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Digital Malaysia yang dijangka akan turut mencergaskan aktiviti ekonomi dalam negara. Di bawah Rolling Plan Kedua, antara projek yang akan dan sedang dilaksanakan adalah Landasan Kereta Api Berkembar Gemas-Johor Bahru, Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu, Lebuhraya Central Spine dan pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.

■ 1030

Kerajaan juga akan merancakkan lagi pembangunan Wilayah Koridor sebagai pemangkin ekonomi negara dalam projek yang akan dijalankan termasuk Lebuhraya Pesisiran Pantai Johor Bahru ke Nusajaya di Iskandar, Johor, Projek Agropolitan Besut di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit di Wilayah Koridor Sabah serta Projek Bekalan Air Samalaju di Wilayah Koridor Sarawak. Bagi merancakkan aktiviti pelaburan domestik, kerajaan telah mengumumkan lima inisiatif baru pada 3 Julai 2012 berkuat kuasa serta-merta iaitu:

(i) dana strategik pelaburan domestik sebanyak RM1 bilion;

(ii) insentif cukai untuk pengambilalihan syarikat asing berteknologi tinggi;

(iii) insentif cukai untuk syarikat pembuatan tempatan yang sudah beroperasi selama setahun atau kurang dan telah terbabit dalam aktiviti galakan dan pengeluaran produk galakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986;

(iv) insentif cukai yang lebih baik untuk syarikat kecil tempatan dengan meningkatkan had kelayakan jumlah dana pemegang saham daripada RM500 kepada kurang dari RM2.5 juta; dan

(v) kadar cukai khas untuk syarikat penyedia perkhidmatan kecil tempatan yang bergabung menjadi entiti besar.

Itu sahaja. Terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga

kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana jawapan yang panjang dan agak optimis. Memandangkan kepada perkembangan yang berlaku sekarang ini di Amerika Syarikat dan juga Eropah, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan unjuran jangka pendek suku ketiga dan keempat yang akan datang dari segi pembangunan dan juga unjuran jangka pertengahan satu atau dua tahun yang akan datang. Terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dr. Syed

Husin Ali atas soalan tambahan. Memang saya telah jawab tadi iaitu pada masa ini kita memang menghadapi masalah ekonomi krisis di seluruh dunia. Kita tahu di Amerika Syarikat kadar pengangguran lebih dari 9 peratus dan di Eropah sebanyak 26 buah negara. Mereka untuk suku tahun ini memang tidak ada growth, kosong iaitu pertumbuhan ekonomi.

Di Malaysia kita memang ada angka yang begitu baik jika dibandingkan dengan negara-negara lain iaitu 4.7 peratus. Negara jiran seperti Singapura hanya 1.6 peratus dan di Thailand sebanyak 0.3 peratus.

Kita tahu memang bukan senang hendak mentadbir sebuah negara menguruskan kewangan kita pada masa ini sebab satu dunia ada masalah.

Page 13: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 7

Kita haraplah semua politician terutama sekali dari pihak pembangkang mesti memainkan peranan yang agak betul sebab mereka sering kali membuat demonstrasi. Memang tidak ada pelancong atau pelabur hendak datang ke negara mereka. Ingatlah hendak membina negara kita bukannya senang terutama sekali Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum. Angka yang tiga atau empat suku tahun ini kita jangka seperti yang dijawab tahun ini kita boleh mendapat pertumbuhan ekonomi di antara empat hingga lima peratus. Sekian.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengikut Laporan Bank Negara 2011, hutang luar negara Malaysia ketika ini setakat Disember 2011 ialah RM257.2 bilion. Saya ingin tahu berapakah hutang negara yang terkini.

Keduanya, berapa banyakkah daripada angka tersebut hutang negara ini yang termasuk di dalam mata wang Euro dan apakah usaha-usaha kerajaan bagi mengurangkan risiko ataupun exposure negara dalam mata wang Euro. Terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Mohammed

Najeeb atas soalan mengenai hutang yang kita hadapi.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat Disember 2011, hutang yang kita ada iaitu jumlah dari segi percentage public debts against GDP, untuk tahun lepas 2011 adalah 51.8 peratus. This is based on the new rebates GDP figures dari Jabatan Statistik. Jumlah

wang yang kita hutang di luar negara iaitu hanya RM16.1 bilion. Angka itu memang kecil dari Euro iaitu tidak sampai lima peratus. Sekian.

5. Dato' Boon Som a/l Inong minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah-

langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memulihkan imej perkhidmatan awam di negara ini, terutama perkhidmatan bas dan teksi yang uzur, daif serta kotor kerana ia boleh menjejaskan imej negara pada mata pelancong serta hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemandu di ibu kota yang sengaja tidak mahu menggunakan meter sewaktu membawa penumpang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Boon

Som.

Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menyelesaikan permasalahan perkhidmatan bas dan teksi yang boleh menjejaskan imej negara pada mata pelancong serta hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Di antara inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk perkhidmatan bas ialah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi tahun 2012 untuk pengusaha bas henti-henti, bas sekolah dan bas mini di mana SME Bank dilantik sebagai panel untuk permohonan bertujuan meningkatkan perkhidmatan bas, membantu untuk membaik pulih kenderaan sedia ada dan menyelesaikan isu bas yang melebihi had usia 20 tahun dan meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan awam.

Manakala untuk permasalahan perkhidmatan teksi, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu pemandu teksi. Dalam belanjawan tahun 2012, kerajaan telah mengumumkan bantuan insentif penukaran kenderaan sebanyak RM200 juta kepada pemandu teksi. Bantuan ini diberikan melalui pemberian insentif rebat sebanyak RM3,000 bagi pelupusan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang dari sepuluh tahun manakala bagi teksi yang berusaha sepuluh tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 turut diberikan. Jumlah permohonan yang diterima adalah 451 permohonan di mana 198 telah diluluskan berjumlah RM8.58 juta.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pemberian kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan juga turut diberikan melalui Skim Pinjaman Bank Simpanan Nasional.

Page 14: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

8 DR 16.7.2012

Berkenaan isu penguatkuasaan, bagi pemandu teksi yang enggan menggunakan meter ketika membawa penumpang, mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, seksyen 22(3), di mana pemandu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 tetapi tidak melebihi RM5,000 atau boleh dipenjarakan dalam tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Setakat ini, sebanyak RM1,823 kes melibatkan kenderaan jenis teksi telah dikendalikan dan ditangkap oleh pihak SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia atas pelbagai kesalahan. Dari jumlah tersebut sebanyak 46 kes melibatkan teksi adalah kesalahan mengenakan tambang melebihi kadar yang dibenarkan. Selain daripada itu, dari segi soft skills kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga melaksanakan Program Duta Teksi Pelancongan bagi meningkatkan perkhidmatan teksi ke tahap yang lebih baik. Melalui inisiatif ini yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Julai 2012, seramai 4,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang telah dilantik sebagai duta teksi pelancongan yang melibatkan seramai 3,000 pemandu teksi bajet, 500 pemandu teksi limousin dan 500 pemandu teksi eksekutif. Pendedahan mengenai produk-produk pelancongan negara serta etika dan tatacara sebagai pemandu teksi berhemah diberikan kepada pemandu-pemandu yang telah dilantik sebagai duta teksi pelancongan melalui kursus yang dijalankan.

■ 1040

Pemandu teksi yang menyertai kursus ini telah menerima sijil kursus dan kad Duta Teksi Pelancongan Malaysia selain diberikan elaun khas sebanyak RM100. Semasa Bajet 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan dana khas RM400 juta untuk membantu pengusaha bas seluruh negara yang mengalami kerugian antaranya kerana laluan sosial yang tidak menguntungkan. Namun, khidmat perlu diteruskan untuk membantu rakyat.

Sebagaimana termaklum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah melancarkan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun 2012 yang memberi baucar tayar RM520 melibatkan 66,538 orang pemandu teksi dan kereta sewa seluruh negara berjumlah RM35 juta. Selain itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan Skim Insurans untuk pemandu teksi dan kereta sewa. Skim ini memberikan perlindungan seperti berikut:

(i) perlindungan kematian akibat kemalangan RM10,000;

(ii) ketidakupayaan kekal akibat kemalangan RM10,000;

(iii) kos rawatan perubatan akibat kemalangan RM500,000;

(iv) khairat kematian akibat kemalangan RM1,500;

(v) khairat kematian biasa RM1,000.

Skim insurans ini ditanggung oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya teruskan

pertanyaan yang seterusnya, sukacita saya memaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia pada pagi ini ialah Honorable Saleh Ahmed Pamba, Pengerusi Jawatankuasa Kerja - Commission of Employement Discipline and Parliament Staff Development, Parliament, Republik Bersatu Tanzania bersama-sama dengan legasi seramai tujuh orang... [Tepuk]

Manakala kepada Honorable Saleh Ahmed Pamba dan delegasi, Dewan ini

mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honorable Saleh Ahmed Pamba dan delegasinya, akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Republik Bersatu Tanzania. Seterusnya, saya persilakan soal tambahan pertama Yang Berhormat Dato’ Boon.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan daripada

Yang Berhormat Menteri yang begitu mantap dan begitu baik sekali. Terima kasih dan soalan tambahan saya adakah kerajaan mengadakan satu tempoh teksi yang lebih singkat lagi.

Page 15: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 9

Mungkin daripada tujuh tahun turun ke lima tahun dan sebagainya. Kita dengan izin, compare dengan teksi-teksi di kawasan Asian, teksi-teksinya adalah baru dan yang

baik, yang bersih dan sebagainya. Akan tetapi Malaysia masih lagi menggunakan teksi seperti Iswara yang sudah lapan tahun, sembilan tahun. Jadi, begitu sedih sekali apa yang kita lihat Malaysia adalah facilities first class tetapi servicenya adalah third class Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya SPAD sekarang ini sedang melaksanakan suatu kajian yang menyeluruh tentang perkhidmatan teksi di negara kita. Segala perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Senator tadi akan kita masukkan dalam perbincangan.

Sebelum itu sebagai mana inisiatif yang kita nyatakan, kita memberikan bantuan rebat RM3,000, bantuan rebat RM1,000 untuk teksi-teksi yang tertentu bagi diubahsuai atau pun ditukar kepada teksi baru. Walaupun begitu, kita melihat teksi limousine, Airport Limo. Airport Limousine ini mendapat anugerah teksi terbaik banyak tahun berturut-turut. Anugerah daripada sky track international yang memberikan rating empat bintang. Tidak

ada satu pengusaha teksi di dalam dunia ini yang mendapat rating lima bintang tetapi teksi limousine airport Malaysia KLIA mendapat anugerah rating empat bintang.

Ini menunjukkan bahawa tidak semua sebagai mana yang digambarkan oleh Yang Berhormat itu walaupun demikian, kita sentiasa memantau apa yang berlaku di perkhidmatan teksi khasnya di bandar raya.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya

kemukakan dua soalan tambahan. Pertama ini usaha kerajaan untuk hendak berikan permit teksi kepada individu yang membawa teksi, apakah cara pelaksanaannya? Oleh kerana sekarang kebanyakan permit teksi dimiliki oleh syarikat besar dan bukannya untuk pemandu.

Soalan yang kedua, walaupun kerajaan sudah beberapa kali tingkatkan kadar sewaan teksi seperti yang diminta oleh para pemandu teksi, tetapi kita masih dapati banyak teksi khususnya di Johor Bharu yang enggan menggunakan meter. Jadi, macam mana kerajaan hendak sedarkan pemandu teksi ini bahawa amalan mereka itu secara jangka panjang sebenarnya akan mengurangkan pendapatan mereka dan bukan meningkatkan pendapatan. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa yang

berkaitan juga sedang meneliti untuk memberikan permit teksi kepada individu. Walaupun demikian, sekarang ini kita menghadapi lambakan permit teksi sebanyak 67,000 permit teksi dan kereta sewa itu sebenarnya melebihi daripada kadar yang sepatutnya ada.

Kalau kita menambah lagi permit individu, katalah kita hendak bagi lagi 10,000 bererti jumlah permit teksi sudah menjadi 77,000. Akibat daripada itu nanti, teksi menunggu orang begitu lama baru mendapat penumpang. Ini akhirnya juga memburukkan perkhidmatan teksi yang berkaitan. Walaupun begitu, kaedah-kaedah yang tertentu sedang kita fikirkan untuk memberikan permit kepada individu-individu khasnya kepada kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang tidak mengenakan meter, saya telah menyebut tadi sebanyak 46 kes telah kita ambil tindakan dan 1,823 kes juga melibatkan kes yang seumpama itu. Dari semasa ke semasa SPAD akan mengadakan dan telah pun mengadakan seminar-seminar dan kursus-kursus yang tertentu untuk memastikan pemandu teksi menggunakan meter dan kita juga ada talian aduan SPAD yang boleh diberikan kepada orang ramai. Kita telah pun menyatakan talian aduan itu. Tweeter pun ada - tweeter@aduanSPAD. Kemudian hotline pun ada 1-800-88-7723. E-mel pun ada

[email protected] untuk melaporkan kes-kes yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih

6. Dato’ Syed Ibrahim bin Kader minta Menteri Pengangkutan menyatakan,

kerajaan telah meluluskan untuk pembinaan KLIA 2 berhampiran dengan KLIA dan LCCT. Apakah tujuan kerajaan membina terminal ini dan apakah kelebihan kepada penumpang serta syarikat penerbangan hasil pembinaan terminal KLIA 2 ini.

Page 16: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

10 DR 16.7.2012

Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang

di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan kerajaan membina KLIA 2 adalah untuk menampung pertumbuhan mendadak penumpang penerbangan tambang murah di mana Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sedia ada tidak lagi dapat memenuhi keperluan tersebut. Dalam pada itu, LCCT sedia ada tidak dapat diperluaskan atau di naik taraf kerana tidak mempunyai ruang untuk berbuat demikian. Kelebihan pembinaan KLIA 2 kepada penumpang adalah seperti berikut:

(i) memberikan keselesaan kepada penumpang dengan jumlah ruang lantai terminal yang lebih besar iaitu 257,000 meter persegi yang mampu menampung sehingga 45 juta penumpang setahun dengan tahap keselesaan atau comfort level 25 meter persegi bagi setiap penumpang berbanding 11 meter persegi di LCCT sedia ada;

(ii) mempunyai membolehkan penumpang untuk mengadakan similar travel di antara kedua-dua terminal perhubungan pengangkutan rel atau ERL dengan KLIA l;

(iii) mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan bertingkat dengan kapasiti 6,000 lot berbanding hanya 2,813 lot tempat letak kenderaan terbuka di LCCT;

(iv) mempunyai kawasan komersial yang luas iaitu seluas 55,000 meter persegi yang boleh menampung lebih banyak aktiviti perniagaan berbanding 9,772 meter persegi di LCCT sedia ada;

(v) dilengkapi dengan aerobridge yang boleh meningkatkan tahap

keselesaan dan keselamatan para penumpang.

■ 1050

Kelebihan pembinaan KLIA 2 kepada syarikat penerbangan adalah seperti berikut:

(i) mempunyai tempat pempakiran pesawat yang lebih banyak iaitu sebanyak 76 tempat pempakiran pesawat berbanding 38 tempat pempakiran pesawat di LCCT sedia ada untuk kemudahan-kemudahan syarikat penerbangan, di mana tempat pempakiran pesawat tersebut juga fleksibel berikutan kedudukan KLIA dan KLIA 2 bersebelahan yang membolehkan tempat pempakiran pesawat dapat diguna sama oleh mana-mana pesawat yang menggunakan KLIA dan KLIA 2; dan

(ii) kemudahan terminal KLIA 2 yang berdekatan dengan landasan dapat memendekkan jarak di antara terminal ke taxi way yang akan digunakan oleh pesawat-pesawat yang mendarat dan berlepas, di mana pemendekan jarak ini juga akan mengurangkan kos operasi syarikat-syarikat penerbangan.

Sukacita ingin saya menyatakan di sini bahawa pembinaan KLIA 2 ini adalah bagi memenuhi bukan sahaja bagi keperluan masa kini tetapi juga adalah dibina bagi keperluan peningkatan penumpang di masa hadapan sekurang-kurangnya menjelang tahun 2020. Terima kasih.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga

terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang lengkap tadi.

Kita sedar bahawa sistem aliran pengangkutan awam sentiasa menjadi masalah kepada kesesakan serta kelewatan ketetapan masa bagi pengguna lapangan terbang yang sedia ada terutama di LCCT yang kini mencecah hampir 32.7 juta. Apakah kerajaan akan memastikan agar satu sistem aliran pengangkutan awam seperti komuter yang mudah, selesa dan perhubungan di antara semua lapangan terbang sedia ada dengan pusat bandar dapat diwujudkan bagi menampung kesesakan penumpang pada masa akan datang? Terima kasih.

Page 17: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 11

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan

tersebut. Seperti mana yang telah saya nyatakan tadi bahawa sememangnya di antara salah satu kemudahan yang akan disediakan di KLIA 2 ini ialah satu sambungan perkhidmatan ERL yang akan disambungkan di antara KLIA dengan KLIA 2 dan ini membolehkan penumpang-penumpang dapat bergerak terus daripada KLIA 2 langsung ke KL Sentral. Bagi lapangan-lapangan terbang yang lain di negara ini, cadangan Yang Berhormat itu akan kita pertimbangkan untuk masa akan datang. Terima kasih.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Lapangan Terbang

Kota Kinabalu memang umum sudah tahu bahawa AirAsia ini enggan berpindah ke Terminal 1. Sampai sekarang pun masih lagi mereka beroperasi di Terminal 2. Di KLIA 2 ini, adakah AirAsia bersedia untuk pindah ke KLIA 2 apabila siap nanti dan menggunakan kemudahan aerobridge? Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat Senator Maijol. Ini

adalah satu soalan yang baik. Sebenarnya memang hasrat Malaysia Airport Berhad dan juga Kementerian Pengangkutan supaya pihak AirAsia berpindah ke terminal baru memandangkan terminal baru itu adalah merupakan terminal yang cukup selesa dan juga mempunyai banyak kemudahan dan akan memberikan keselesaan kepada penumpang termasuklah perkhidmatan aerobridge. Bagaimanapun, pihak AirAsia walaupun pada mulanya telah pun memberikan komitmen untuk berpindah, tetapi mereka membuat satu U-turn. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan melalui Economic Council yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun membuat keputusan untuk mengarahkan AirAsia dalam masa terdekat ini untuk berpindah ke terminal utama dan kita berharap pihak AirAsia akan memberikan kerjasama seperti mana yang diharapkan. Terima kasih.

7. Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan,

cabaran dan kejayaan Pelan Transformasi, terutamanya dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan tekanan kenaikan kos sara hidup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]: Tuan Yang

di-Pertua, trend kos sara hidup yang kian meningkat sememangnya merupakan satu fenomena sedunia atau world trend yang melanda hampir semua negara. Ianya adalah

akibat daripada beberapa faktor seperti kenaikan harga minyak mentah disebabkan oleh perang atau kawalan pasaran, kenaikan harga makanan disebabkan oleh malapetaka semula jadi dan sebagainya.

Berbanding dengan banyak negara yang lain, peningkatan harga barangan di Malaysia adalah sederhana rendah di mana indeks harga pengguna atau consumer price index adalah di lingkungan 2 peratus setahun. Ini adalah kerana Kerajaan Malaysia sememangnya sangat prihatin terhadap tanggungjawabnya untuk mengawal dengan rapi harga barangan keperluan asas harian termasuk makanan supaya meredakan tekanan inflasi kepada rakyat melalui pemberian banyak bentuk subsidi.

Bagi tahun 2011, jumlah subsidi untuk petrol, diesel dan gas cecair termasuk gas masak dianggarkan berjumlah RM16 bilion yang dapat mengurangkan dan mengekalkan harganya. Telah dilaksanakan juga ialah pelbagai subsidi untuk harga padi, baja dan benih bagi para petani untuk beras, gula, minyak masak, tepung gandum berjumlah RM4 bilion. Pelbagai insentif bagi petani padi dan nelayan berjumlah RM500 juta dan subsidi perbezaan kadar faedah termasuk pinjaman dari Bank Pembangunan dan Bank SME bagi pengusaha kecil dan sederhana atau PKS berjumlah lebih daripada RM1.5 bilion. Jumlah besar bagi semua subsidi tersebut melebihi RM22 bilion bagi tahun 2011.

Di samping itu, program biasiswa institusi pengajian dan pelbagai bantuan pelajar adalah berjumlah RM7 bilion. Pelbagai jenis bantuan kebajikan bagi keluarga miskin, OKU, warga emas dan sebagainya termasuk Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA pula berjumlah RM2 bilion. Inisiatif-inisiatif lain untuk mengurangkan beban hidup rakyat termasuklah Klinik 1Malaysia di mana bayaran rawatan hanya RM1. Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia dengan harga barangan dan makanan yang murah serta program Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA bersama dengan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Skim Rumah Pertamaku yang telah dan akan terus membekalkan lebih banyak rumah mampu beli bagi golongan berpendapatan rendah.

Page 18: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

12 DR 16.7.2012

Mulai daripada bulan Julai tahun lepas, kos sara hidup telah diterima sebagai National Key Result Area atau NKRA yang baru dan yang ketujuh di bawah Program Transformasi Kerajaan atau GTP yang dipacu oleh sebuah delivery taskforce yang

dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Selanjutnya, beberapa langkah baru tambahan untuk meringankan beban rakyat telah dilaksanakan iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M dalam bentuk pemberian RM500 kepada 4.7 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan persekolahan RM100 setiap orang kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah, pemberian baucar buku bernilai RM200 setiap orang kepada 1.3 juta pelajar warganegara di institusi-institusi pengajian tinggi serta Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bagi meringankan beban semua pelajar IPT.

■ 1100

Di samping itu, kerajaan penuh sedar bahawa selain daripada pemberian subsidi atau bantuan secara terus adalah lebih berkesan dan produktif kalau ketua isi rumah diberi galakan untuk mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan kecil. Oleh itu di bawah NKRA, isi rumah yang berpendapatan rendah di bawah GDP, Program 1Azam yang merangkumi Azam Tani, Azam Niaga, Azam Kerja dan Azam Khidmat telah dilaksanakan dan dapat memanfaatkan lebih daripada 58,000 orang ketua isi rumah.

Pada masa yang sama, Infrastruktur Asas Luar Bandar (NKRA) telah membina jalan luar bandar, memberi bekalan air dan elektrik, serta membina atau membaik pulih rumah kos rendah yang telah memanfaatkan kesemuanya 3.2 juta isi rumah, 2.3 juta penduduk luar bandar. Lebih penting lagi ialah pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Sejak bulan September 2010, tujuan untuk membawa ekonomi Malaysia ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi atau high income economy dengan mencapai

sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) sebanyak RM48,000 atau USD15,000 per kapita pada tahun 2020 melalui memantapkan 12 bidang Keberhasilan Utama Ekonomi atau National Key Economic Area (NKEA).

Prestasi ETP bagi tahun 2011 adalah amat menggalakkan dengan pencapaian GNI sebanyak RM830 bilion dan pelaburan sektor swasta sebanyak RM94 bilion yang masing-masing telah melebihi sasaran. ETP dijangka akan menjanakan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan yang baru sehingga tahun 2020 yang akan meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan tekanan kenaikan kos sara hidup secara produktif dan efektif.

Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa kerajaan Malaysia telah melaksanakan banyak langkah yang positif dan efektif untuk menangani tekanan kos sara hidup dengan kejayaan yang nyata. Di samping menjanakan pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan dan perniagaan kerana kerajaan Malaysia amat komited dan akan terus berikhtiar untuk membantu rakyat jelata di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Terima kasih.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri satu jawapan yang begitu panjang lebar. Tuan Yang di-Pertua, ada pihak-pihak mengatakan bahawa Pelan Transformasi Ekonomi ini akan menyebabkan kos sara hidup meningkat jadi oleh itu apakah perancangan jangka panjang kerajaan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku ataupun fenomena ini berlaku untuk memastikan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terjejas. Terima kasih.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tujuan utama

Program Transformasi Ekonomi adalah untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi secara rancang dan dengan demikian meningkatkan lagi pendapatan setiap rakyat Malaysia dan dengan adanya peningkatan pendapatan, maka kita akan dapat menangani trend kenaikan kos sara hidup yang seperti telah saya sebutkan tadi merupakan satu trend sedunia, itu yang pertama.

Keduanya, dengan adanya beberapa program yang lain selaras dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga inisiatif-inisiatif untuk menangani kos sara hidup sebagai satu komitmen di bawah program transformasi kerajaan sebagai NKRA yang ketujuh maka inisiatif-inisiatif ini akan dapat meredakan tekanan kos sara hidup semasa kita maju ke hadapan dengan adanya Program Transformasi Ekonomi.

Page 19: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 13

Walau bagaimanapun, perkara seumpama ini memerlukan penjelasan lanjut kepada rakyat dan saya berharaplah bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini akan dapat juga membantu kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa hanya dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita, kita dapat dengan secara kekalnya meningkatkan pendapatan dan selanjutnya menangani trend kos sara hidup yang kian meningkat. Terima kasih.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita mendengar

jawapan Menteri berhubung dengan transformasi dari pihak kerajaan. Saya ingin tahu, bagaimana sambutan dan juga sambutan daripada masyarakat tentang program ini supaya kita dapat tahu sejauh mana peruntukan, atur cara yang telah dibuat oleh kerajaan itu memberi rangsangan kepada pihak rakyat? Terima kasih.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya

sambutan daripada rakyat adalah menggalakkan misalnya berbagai-bagai jenis bantuan secara langsung kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diterima baik khasnya oleh golongan berpendapatan rendah di samping beberapa inisiatif yang lain. Di samping itu, saya ingin menegaskan bahawa sambutan terhadap Program 1Azam yang melibatkan lebih daripada 58,000 ketua isi rumah adalah juga amat menggalakkan kerana Program 1Azam ini telah dapat membuka peluang perniagaan dan pekerjaan yang dapat secara langsung meningkatkan pendapatan isi rumah yang terlibat itu.

Oleh itu, dalam konteks pertumbuhan ekonomi secara rancak maka kita akan dapat menjanakan kekayaan yang nantinya akan dikongsi oleh rakyat jelata. Tanpa pertumbuhan ekonomi kita akan berkongsi kemunduran dan bukan kemasyhuran dan itulah prinsip dan komitmen kerajaan Malaysia. Terima kasih.

8. Datuk Chin Su Phin minta Menteri Luar Negeri menyatakan, berapa ramai kah

rakyat Malaysia yang masih berada di dalam tahanan dan dihukum di luar negara, apakah jenayah yang telah dilakukan, dan apakah usaha kerajaan dalam membawa mereka pulang untuk dibicarakan di negara kita.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan

Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin di atas soalan yang dikemukakan. Jumlah terkumpul rakyat Malaysia yang telah dipenjarakan di luar negara atas pelbagai kesalahan sehingga bulan Jun 2012, adalah seramai 2,500 orang.

■ 1110

Jumlah tersebut meliputi pelbagai kesalahan yang dilakukan seperti menyeludup dadah, membunuh, memalsukan kad kredit, jenayah komersial, mencuri, kesalahan imigresen, menipu dan memalsukan dokumen, menyeludup masuk manusia dan lain-lain kesalahan. Terdapat sepuluh buah negara yang mempunyai jumlah tertinggi rakyat Malaysia yang ditahan atas pelbagai kesalahan iaitu Singapura seramai 1,096 orang, Thailand seramai 404 orang, Republik Rakyat China seramai 231 orang, Indonesia seramai 148 orang, Taiwan seramai 137 orang, Australia seramai 77 orang, Sepanyol seramai 47 orang, Kuwait seramai 33 orang, Vietnam seramai 29 orang dan Perancis seramai 25 orang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Namun begitu, sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ditahan, didakwa atau di bicara atas kesalahan melanggar undang-undang negara tersebut, mereka tidak boleh dibawa kembali ke Malaysia atau di bicara di negara ini atas dakwaan kesalahan yang dilakukan oleh mereka di negara-negara yang berkenaan sehingga mereka selesai menjalani hukuman penjara di negara tersebut.

Kerajaan Malaysia menghormati dan tidak mencampuri urusan perundangan sesebuah negara. Namun begitu, Kementerian Luar Negeri akan berusaha untuk melindungi hak rakyat kita.

Page 20: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

14 DR 16.7.2012

Ini sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang tempatan negara tersebut dan juga undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963- Vienna Convention on Consular Relations 1963. Sekian, terima

kasih.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang

Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya ialah bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan mengapa mereka yang telah dihukum di luar negara tidak boleh dibawa pulang untuk menjalani hukuman di Malaysia? Terima kasih.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

Yang Berhormat Senator atas soalan yang begitu bagus yang ditanya. Sebenarnya kalau kita lihat setakat ini, belum ada undang-undang yang membenarkan banduan rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibawa pulang untuk menjalani hukuman penjara di negara kita di mana Kementerian Dalam Negeri sebagai lead agency sedang mengkaji dan menyediakan protokol-protokol dan juga mekanisme pelaksanaan bagi membawa pulang banduan-banduan untuk menjalani hukuman di negara ini mengikut Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000. Di mana kalau kita lihat pada masa kini, kita boleh lihat satu jawatankuasa juga telah ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri bersama-sama dengan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Penjara dan di sini satu undang-undang khas disediakan untuk Akta Pemindaan Antarabangsa Banduan membolehkan untuk kita membawa pulang.

Apabila akta ini diterima kelak, maka sudah pasti kita perlu menandatangani treaty bilateral antara negara-negara supaya kita boleh membawa pulang banduan kita untuk menjalani hukuman penjara di negara Malaysia. Kemungkinan besar Kementerian Dalam Negeri akan membawa rang undang-undang ini dalam Dewan. Maka, Kementerian Luar Negeri memang menyokong penuh rang undang-undang ini. Sekian.

Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya

tentang kes rakyat Malaysia, Yong Wee Keong di mana Mahkamah Singapura telah menolak rayuan pengampunannya. Kes ini telah menjadi tumpuan orang ramai kerana mastermind, dengan izin, iaitu orang yang bertanggung jawab itu terlepas dari hukuman yang sewajarnya. Keluarga dan peguamnya masih tidak berputus asa berusaha untuk meringankan hukumannya daripada dijatuhkan hukuman mati. Maka di sini saya hendak tanya, apakah bantuan yang boleh diberikan oleh Kementerian Luar Negeri kepada keluar Yong di dalam kes ini. Terima kasih.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kalau kita lihat kes-kes seperti ini, di mana seperti saya nyatakan tadi iaitu kerajaan tidak boleh mencampuri urusan undang-undang negara lain. Namun begitu, memang sebagai ahli keluarga mereka boleh membuat rayuan dan kalau tidak silap saya kementerian juga, kita sudah membantu untuk merayu bagi pihak tersebut. Akan tetapi kalau kita lihat budi bicara masih terletak pada negara tersebut. Kalau kita lihat sebagai Wisma Putra dan duta-duta kita di negara-negara tersebut, kita sentiasa memberi bantuan dari segi pertama sekali ialah untuk memastikan kebajikan banduan kita terjaga. Di samping itu, kami juga berikan bantuan kaunselor kepada keluarga pihak tersebut. Sekian.

9. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

menyatakan, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan negara tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan ikan seperti yang dilaporkan dalam Food and Agriculture Organization (FAO).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Chua Tee Yong]:

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2010, sektor perikanan negara yang merangkumi sektor perikanan tangkapan dan akuakultur telah menghasilkan pengeluaran ikan sebanyak 1.8 juta tan metrik yang bernilai RM9.37 bilion.

Di bawah Dasar Agro Makanan Negara tahun 2011 hingga 2020, pengeluaran ikan marin tangkapan akan ditingkatkan dari 1.32 juta tan metrik kepada 1.76 juta tan metrik. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, industri perikanan tangkapan akan dibangunkan secara cekap dan mampan dengan tumpuan kepada mempergiatkan pengurusan sumber perikanan secara mampan melalui usaha pemuliharaan, penggunaan peralatan tangkapan ikan yang lebih mesra alam dan pengurusan sumber berasaskan ekosistem.

Page 21: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 15

Selain daripada meningkatkan perikanan tangkapan marin, usaha juga dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur dari 350,000 tan metrik pada tahun 2010 kepada 790,000 tan metrik pada tahun 2020 melalui pembukaan kawasan seluas 12,000 hektar, bekalan benih ikan dan udang yang konsisten dan berkualiti serta mempertingkatkan pengeluaran bahan makanan untuk industri akuakultur. Sekian, terima kasih.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan

Menteri yang menjawab. Saya mempunyai dua soalan.

Pertama saya ingin bertanya, berapakah jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk mengimport ikan dari luar negara setiap tahun dan keduanya, apakah langkah-langkah kerajaan dalam menggalakkan nelayan laut dalam Malaysia untuk memberikan lebih insentif kepada mereka.

■ 1120

Seterusnya, apakah langkah kerajaan untuk memastikan nelayan laut dalam di Malaysia ini tidak memajakkan lesen mereka kepada nelayan laut dalam warga asing? Terima kasih.

Tuan Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat

Senator. Dari segi nilai dagangan, sebenarnya kita mengeksport dan mengimport ikan. Dari menurut data yang saya ada pada tahun 2010 jumlah ikan yang kita eksport adalah RM2.59 bilion yang diimport adalah RM2.44 bilion. Maka kita mempunyai lebihan dagangan sebanyak RM140 juta. Dari segi untuk meningkatkan lagi insentif untuk tangkapan atau nelayan-nelayan laut dalam memang kalau kita lihat jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, negara Malaysia merupakan salah satu negara yang memberi subsidi diesel kepada nelayan mereka, memberi elaun setiap bulan sebanyak RM200 dan juga memberi insentif tangkapan kepada mereka.

Selain daripada itu dari segi masalah yang Yang Berhormat Senator bangkitkan iaitu masalah pajakan. Pada masa ini saya tiada data tetapi kita dari segi pihak kementerian telah membuat audit supaya mereka yang didapati tidak memenuhi dari segi tangkapan tahunan lesen mereka digantung. Di mana sama ada subsidi tidak diberi atau mereka diberi sebanyak enam bulan untuk melihat sama ada terdapat perubahan. Dari segi ingatan saya sebanyak 300 telah dibatalkan lesen dan sebanyak 200 yang telah subsidi diberhentikan. Selain daripada itu yang diteruskan kita sedang memantau. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan Yang Berhormat

itu bagus tepat dan tidak meleret-leret. Itulah contoh yang saya perlu harap daripada semua pihak. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Roslin.

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua. Untuk soalan tambahan nombor sembilan ini saya ingin mengatakan apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan negara ini kepada import ikan dari Thailand, Myanmar dan juga Indonesia? Sejauh manakah kerajaan membantu dan menggalakkan industri penternakan akuakultur di negara ini? Nyatakan inisiatif dan bantuan yang disediakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ikan negara ini?

Soalan saya keduanya ialah sebagai sebuah negara yang aktif dalam aktiviti pertanian, berbagai-bagai faktor penyumbang diambil kira antaranya kemudahan kewangan. Tidak lama dahulu ada cadangan membawa bank berasaskan pertanian dari Belanda untuk menjalankan aktiviti mereka di Malaysia. Apakah status cadangan tersebut? Sekian, terima kasih.

Tuan Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya dari segi

soalan-soalan yang dikemukakan banyak soalan. Dari segi peningkatan pengeluaran akuakultur kerajaan telah meningkatkan lagi pengeluaran ikan negara melalui NKEA pertanian yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 bagi menarik lebih ramai pelaburan swasta secara komersial. Sebanyak tiga projek permulaan iaitu EPP 3 rumpai laut, EPP 4 sistem sangkar bersepadu dan EPP 6 sistem ternakan kolam bersepadu diperkenalkan dalam sub sektor perikanan dengan sasaran untuk meningkatkan pengeluaran negara kita dan juga memberi peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat Malaysia.

Page 22: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

16 DR 16.7.2012

Selain daripada itu dari segi import seperti yang saya telah berikan data memang pada masa ini terdapat lebihan dagangan. Kalau saya lihat semenjak tahun berlepasan dari tahun 2001 sehingga sekarang kebanyakan tahun mempunyai lebihan dagangan. Ini kerana ikan-ikan yang diimport sebenarnya adalah mengikut permintaan pasaran. Apa yang dieksport kadang-kadang boleh dikatakan kerana dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi di luar negara. Selain daripada itu dapat juga persoalan mengenai sama ada terdapat inisiatif untuk menolong mereka yang ingin menceburi dalam bidang akuakultur sama ada daripada insentif atau dari segi kewangan.

Baru-baru ini seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Pertanian diumumkan untuk menolong mereka yang ingin memasuki bidang akuakultur ini. Walaupun mereka tidak mempunyai tanah dan jikalau mereka dapat membuktikan terdapat agreement penyewaan tanah mereka kalau mempunyai track record yang bagus atau juga mempunyai didikan atau pihak partner yang bagus. Mereka dapat mendapat permohonan atau pinjaman daripada Agrobank sehingga RM300 ribu. Selain daripada itu kita juga menggalakkan sesiapa yang ingin memasuki akuakultur supaya menghubungi pihak perikanan supaya kita dapat menolong mereka. Sekian, terima kasih.

10. Tuan Saiful Izham bin Ramli minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan menyatakan tentang, cadangan untuk membenarkan parti-parti bukan Barisan Nasional memperkenalkan Manifesto Pilihan Raya masing-masing semasa Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang serta garis panduan yang akan ditetapkan oleh pihak kementerian bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Dato' Joseph Salang anak Gandum]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Saiful atas pertanyaan

yang agak hangat dibincangkan sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memperhalus garis panduan dan syarat-syarat sebelum membenarkan mana-mana parti bukan Barisan Nasional memperkenalkan manifesto masing-masing semasa Pilihan Raya Umum atau PRU Ke-13. Ini adalah bagi menyempurnakan prinsip dan tuntutan supaya setiap parti politik yang bertanding di pilihan raya berpeluang menerangkan isi dan tujuan utama manifesto mereka. Jabatan Penyiaran Malaysia melalui RTM akan menyiarkan manifesto pilihan raya parti-parti bertanding berdasarkan garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan mengikut kesesuaian, penjadualan rancangan atau programming dan masa siaran. Terima kasih.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua

soalan. Pertamanya adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan siaran langsung pembentangan manifesto ini atau hanya sekadar rakaman yang akan ditapis?

Keduanya soalan saya, sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju untuk menyahut pelawaan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh untuk membahaskan dan membicarakan perkara-perkara berkenaan dengan dasar-dasar pembangunan negara dan manifesto pilihan raya masing-masing. Adakah pihak kementerian akan membenarkan perbahasan sebegini yang mempunyai kualiti yang tinggi ini untuk disiarkan secara langsung bagi memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Malaysia? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat soalan kedua itu tidak ada kaitan dengan

manifesto perbahasan itu rasanya agak tidak ada berkaitan.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Saya menanyakan tentang adakah pihak

kementerian bercadang untuk membenarkan siaran langsung perbahasan?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat silakan jawab.

Dato' Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan Yang Berhormat Senator tadi sebenarnya sebagaimana yang telah saya jawab iaitu garis panduan belum dimuktamadkan. Bagaimanakah kita akan menyiarkannya kelak iaitu mengikut garis panduan yang sedang dibincangkan. Berkenaan dengan adakah siaran langsung dibenarkan. Ini juga mengikut garis panduan yang ditetapkan dan kementerian kami bukan yang menetapkan semua ini dengan tidak mengambil kira pandangan dari kementerian-kementerian lain dan begitu juga dengan keadaan politik semasa.

Page 23: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 17

Berkenaan dengan perbahasan adakah ianya dianggap memberi manfaat kepada rakyat atau tidak. Ini adalah keputusan pembahas-pembahas sendiri. Adakah misalnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyambut ataupun menyahut permintaan untuk berbahas atau tidak. Ini pun bukan kami yang menentukan, ini adalah ditentukan semata-mata oleh pembahas sendiri. Sekiranya dianggap pada masa itu ianya memberi kepentingan kepada orang ramai maka kementerian kami akan menimbang pada masa itu. Terima kasih.

■ 1130

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan pertanyaan

kedua, Yang Berhormat Haji Yusof.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan saya ialah walaupun perkara ini masih lagi dalam perbincangan, andai kata dipersetujui dan diberi kebenaran kepada parti politik untuk mengemukakan manifesto masing-masing dalam pilihan raya yang akan datang, adakah kerajaan juga akan memberi ruang kepada pengulas-pengulas manifesto tersebut sama ada yang pro ataupun yang kontra? Ini kerana sebelum ini pengulas-pengulas yang kontra kepada satu pihak sahaja diberi peluang kepada RTM.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jadi pertanyaan saya, adakah akan diberi kepada kedua-dua pihak untuk mengulas manifesto politik yang dibenarkan disiarkan di RTM? Terima kasih.

Dato’ Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana yang telah saya katakan dari mula bahawa garis panduan belum dimuktamadkan dan bagaimanakah kita menerima saranan dari Yang Berhormat Senator Haji Yusof ini juga dipertimbangkan di peringkat kementerian dan begitu juga bersama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Jadi ini bukan perkara yang boleh dipertimbangkan hanya oleh kementerian kami sahaja. Sekiranya kita hendak tahu, tunggulah sekejap. Misalnya, sekarang kita hanya nampak bunga dan buah yang ada tetapi macam manakah rasanya buah itu, tunggulah bilanya jatuh. Terima kasih.

11. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta Menteri Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah keistimewaan khas yang diberikan oleh kementerian kepada golongan ibu tunggal yang masih bekerja dengan pendapatan yang kurang, serta menyara anak yang masih di bangku sekolah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Heng Seai Kie]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita amat komited dalam memastikan kebajikan ibu tunggal terpelihara dari segi sosioekonomi.

Dalam hal ini, kementerian mempunyai perancangan khusus bagi memperkasakan ibu tunggal dari segi ekonomi dan kesejahteraan emosi. Dari segi bantuan kewangan, kementerian menyediakan bantuan Kebajikan Masyarakat melalui Skim Bantuan Kanak-kanak bagi ibu atau bapa tunggal dan keluarga yang miskin yang menanggung anak berumur di bawah 18 tahun dengan kadar RM100 seorang anak sebulan dan maksimum RM450 sekeluarga sebulan.

Bagi tahun 2011, seramai 41,808 orang ibu tunggal menerima bantuan kanak-kanak melibatkan peruntukkan berjumlah RM134 juta. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga atau bapa tunggal miskin menerusi Skim Bantuan Am. Misalnya bagi tahun 2011, sebanyak 16,007 keluarga ibu tunggal miskin telah menerima bantuan kewangan yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM32.4 juta.

Page 24: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

18 DR 16.7.2012

Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga digalakkan untuk berusaha memperbaiki tahap sosioekonomi mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kebajikan. Sehubungan itu, insentif dalam bentuk geran pelancaran maksimum RM2,700 disediakan untuk penerima bantuan termasuk ibu tunggal yang ingin menjalankan perniagaan bagi menjana pendapatan.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga melalui Jabatan Pembangunan Wanita melaksanakan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (IKIT) untuk memberi latihan kemahiran intensif seperti jahitan, terapi kecantikan, kraf tangan, asuhan kanak-kanak, pelancongan dan pemprosesan makanan. Selain latihan kemahiran, para peserta turut diberi pendedahan dengan kemahiran soft skill seperti kemahiran bahasa, interpersonal, keterampilan dan asas keusahawanan sebagai persediaan untuk mereka menceburi bidang pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 31 Disember tahun 2011, seramai 486 orang peserta IKIT telah menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian turut melaksanakan program kesejahteraan emosi termasuk program pengurusan stres serta penyediaan perkhidmatan kaunseling kepada ibu tunggal melalui tiga agensi kementerian iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai kesemuanya 169 buah pejabat cawangan di seluruh negara secara percuma. Ia bertujuan untuk membantu memulihkan dan meningkatkan keyakinan ibu tunggal agar mereka lebih bermotivasi untuk merencana masa depan keluarga masing-masing.

Pihak kementerian juga sedang merangka pelan tindakan ibu tunggal yang komprehensif merangkumi pelbagai aspek termasuk kewangan, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kebajikan anak-anak. Pelan tindakan ini dijangka siap pada penghujung tahun 2012. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Petua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan

tambahan seterusnya saya ingin mempersilakan Puan S. Bagiam.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Kita menerima baik hasrat kerajaan dalam memastikan tiada rakyat kita yang tersisih dalam arus pembangunan negara. Untuk mewujudkan satu komuniti yang sihat dan berkemampuan sehingga mewujudkan satu dasar gaji minimum negara.

Soalan tambahan saya, berapakah jumlah ibu tunggal di negara ini? Manakah negeri yang mempunyai ibu tunggal teramai kerana bercerai?atau Apakah punca utamanya? Apakah kementerian akan mengkaji semula bantuan kewangan yang diberikan kepada ibu tunggal ini? Memandangkan jumlah yang diterima ini masih dilihat tidak mencukupi terutama ibu tunggal yang mempunyai anak di bangku persekolahan khasnya di bandar serta mewujudkan skim diskaun khas untuk pembelian rumah dan pengangkutan awam bagi golongan masyarakat ini. Terima kasih.

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan

tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat seramai 831,860 orang wanita iaitu 5.98 peratus daripada jumlah penduduk wanita Malaysia adalah ibu tunggal. Antara negeri-negeri yang mencatatkan bilangan ibu tunggal yang teramai adalah di negeri Selangor iaitu dengan jumlah ibu tunggal seramai 125,393 orang manakala Putrajaya pula mempunyai bilangan ibu tunggal yang paling rendah iaitu seramai 834 orang yang mewakili 1.2 peratus daripada jumlah penduduk Putrajaya.

■ 1140

Bagi menjawab soalan yang ketiga iaitu apakah punca utama penceraian yang berlaku. Yang pertama sekali ialah tiadanya persefahaman antara suami dan isteri yang mencatatkan sebanyak 41.8 peratus iaitu sebagai punca utama penceraian di negara ini. Ini diikuti dengan punca yang kedua iaitu tidak bertanggungjawab di sebelah si suami yang mencatatkan 11.4 peratus dan yang ketiga ialah pasangan enggan dimadukan oleh suaminya. Itu ialah 6.8 peratus.

Page 25: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 19

Jadi, tentang soalan yang keempat yang dikemukakan iaitu adakah kerajaan bercadang untuk menambahbaikkan segala iaitu usaha untuk terus memperkasakan ibu tunggal ini, pasti sekali. Itu sentiasa menjadi hasrat kerajaan dalam membela nasib ibu tunggal yang perlukan bantuan kerajaan. Sekian, terima kasih.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya ialah berapa pula bilangan bapa tunggal di negara ini? Nyatakan juga sebab mereka dijadikan bapa tunggal dan statistiknya serta bilangan mereka yang berkategori sebagai bapa tunggal muda serta usaha kerajaan untuk membantu mereka. Terima kasih.

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Paul Kong atas soalan

tambahan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia pada tahun 2010, bilangan bapa tunggal adalah seramai 253,715 orang. Angka ini merupakan 1.76 peratus daripada jumlah penduduk lelaki Malaysia. Daripada jumlah berkenaan, tentang sebab kenapa mereka dijadikan bapa tunggal ialah antara jumlah yang dinyatakan tadi, seramai 201,012 orang ataupun 79.2 peratus telah kematian isteri. Manakala, 52,703 orang lagi iaitu 20.8 peratus pula adalah kerana bercerai. Dari segi kategori umur pula, seramai 63,830 orang iaitu 25.2 peratus adalah mereka yang boleh dianggap sebagai bapa tunggal muda iaitu mereka yang berada dalam kumpulan umur 30 tahun hingga 49 tahun.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada membantu ibu tunggal, sebenarnya kerajaan tidak pernah mengetepikan kepentingan bapa-bapa tunggal di negara ini. Bagi memperkasakan peranan golongan bapa tunggal untuk menghadapi suasana persekitaran yang semakin mencabar pada masa ini, kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah membangunkan beberapa modul kekeluargaan dan inisiatif. Ini dapat memberikan ilmu dan kemahiran tambahan kepada golongan bapa, terutamanya bapa tunggal dalam melaksanakan tugas sebagai ketua dalam keluarga. Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) mengintegrasikan modul kebapaan iaitu Pancaran yang dinamakan sebagai Pancaran KASIH dan di samping itu ia juga dijalankan bersekali dengan Modul Cakna Diri edisi ibu bapa juga dibangunkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu dalam menguruskan rumah tangga;

(ii) Kursus Parenting at Work di tempat kerja;

(iii) Kursus Pengurusan Kewangan Keluarga (SMART) melalui Program Smart Belanja@LPPKN; dan

(iv) menyediakan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga menerusi 182 orang kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua orang kaunselor tetap di Jabatan Pembangunan Wanita dan 15 orang kaunselor tetap dan 67 orang kaunselor panel di pusat-pusat keluarga LPPKN.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maka, setakat

itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita pada hari ini. Kita beralih ke atur cara kita seterusnya. Silakan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Page 26: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

20 DR 16.7.2012

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2012

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [12 Julai 2012]

Timbalan Yang di-Pertua: Saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Chew Lee

Giok untuk berbahas. Silakan Yang Berhormat.

11.47 pg.

Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan

saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Saya ingin mengambil perhatian dalam enam perkara.

Merujuk kepada perkara pertama, seksyen 34A menyatakan tentang keperluan orang yang layak untuk melakukan EIA iaitu Environmental Impact Assessment, dengan

izin. Ini adalah bagus kerana kesan alam sekitar melibatkan penduduk sekeliling, air, daratan, udara, persekitaran, flora dan fauna. Kajian EIA sememangnya patut dilakukan oleh orang yang layak atau profesional. Aktiviti seperti projek perumahan yang sangat besar, perlombongan, penjanaan tenaga elektrik, memerlukan EIA dijalankan. Orang yang melakukan kajian EIA juga mesti bertanggungjawab ke atas ketepatan EIA. Ada kemungkinan EIA yang dilakukan adalah berat sebelah iaitu berpihak kepada pemaju perumahan. Mengapa berkata begitu, kerana konsultan alam sekitar yang menyediakan laporan EIA ini dibayar oleh pemaju perumahan. Maka, laporan EIA itu adalah berkecenderungan menyatakan impak alam sekitar yang agak kurang.

Pada pendapat saya, saya cadangkan seharusnya konsultan alam sekitar hendaklah dilantik dan dibayar oleh Jabatan Alam Sekitar dan bukan dibayar oleh pemaju perumahan. Konsultan alam sekitar yang membuat kajian EIA ini akan menjadi lebih neutral, lebih tepat kerana dia tidak dibayar oleh pemaju perumahan. Bayaran Jabatan Alam Sekitar ini kepada konsultan alam sekitar yang mengkaji EIA itu boleh diback charge, dengan izin, kepada pemaju perumahan. Dengan itu, Jabatan Alam Sekitar tidak menanggung kos kewangan untuk kajian EIA ini. Pada masa yang sama, konsultan alam sekitar tidak dibayar secara langsung oleh pemaju perumahan dan semoga laporan kajian EIA yang dibuat itu adalah lebih neutral, lebih tepat dan menyatakan semua impak-impak alam sekitar bagi sesuatu projek perumahan yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya ialah yang pertama saya kemukakan soalan, berapakah orang yang layak, qualified persons, dengan izin, untuk kajian EIA yang telah

didaftarkan oleh Jabatan Alam Sekitar? Kedua, berapakah kajian EIA yang telah dilakukan dalam sepuluh tahun ini mengikut negeri dan tahun. Ketiga, berapakah kajian EIA yang telah dilakukan dalam sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut aktiviti ataupun industri. Keempat, apakah industri atau aktiviti yang memerlukan kajian EIA sebelum bermula?

■ 1150

Perkara yang kedua merujuk kepada seksyen 34A(2B) telah menyatakan tanggungjawab konsultan alam sekitar yang melakukan EIA. Laporan EIA tidak mengandungi apa-apa maklumat yang palsu atau kurang tepat. Insurans, imuniti, profesional juga dimestikan. Pindaan ini adalah bagus dan tepat. Semoga setiap laporan kajian EIA adalah lebih tepat. Konsultan alam sekitar tidak akan menulis laporan kajian EIA yang berpihak kepada pelanggan yang membayar fi profesionalnya.

Manakala, untuk perkara yang ketiga merujuk kepada seksyen baru 37A, 37B, 37C iaitu berkaitan dengan kuasa penyiasatan, kad kuasa dan kuasa penangkapan. Berdasarkan pengamatan semasa keadaan alam sekitar masih banyak berlaku. Pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran tanah dan sebagainya.

Page 27: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 21

Pindaan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memelihara alam sekitar. Saya berharap dengan pindaan ini, Ketua Pengarah atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa boleh menangkap orang yang dipercayai pesalah alam sekitar. Namun komitmen Kerajaan Pusat sahaja adalah tidak mencukupi. Tanpa politik yang bersungguh-sungguh dan juga kerjasama daripada kerajaan negeri untuk menguatkuasakan undang-undang yang dipinda. Walaupun akta ini diluluskan dan diwartakan, adakah pegawai penguasa mempunyai keberanian untuk melaksanakan tugas mereka tanpa halangan-halangan politik.

Perkara yang keempat merujuk kepada seksyen baru 49A iaitu orang yang berwibawa. Merujuk kepada pengurusan buangan terjadual, saya ingin memohon penjelasan jumlah pengendali buangan pepejal yang telah berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Apakah kelayakan minima yang perlu bagi menjadi orang yang layak dalam pengurusan buangan terjadual ini?

Perkara yang kelima, iaitu merujuk kepada seksyen 49B iaitu ganjaran kepada pemberi maklumat. Adalah tidak begitu jelas maka saya hendak minta apakah kerajaan telah menetapkan kadar atau jumlah ganjaran atau apakah cadangan jumlah ganjaran ini. Soalan-soalan yang lain ialah:

(i) pada tahun 2011 dikatakan 39 sungai tercemar. Saya ingin mengetahui lima sungai tercemar yang tersenarai teratas sekali di Malaysia dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar;

(ii) pada tahun 2011, terdapat 3,177 kes pembakaran terbuka dikesan. Adakah semua kes ini dikenakan saman dan berapa kes yang telah dibawa ke mahkamah?; dan

(iii) setiap tahun jerebu dari Indonesia akan bertiup ke Malaysia sewaktu musim kemarau ini. Semenanjung akan menghadapi jerebu daripada Sumatera dan Sabah Sarawak akan menghadapi jerebu daripada Kalimantan. Saya hendak tahu daripada Jabatan Alam Sekitar apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

Perkara keenam, di sini ada cadangan saya. Saya ingin mengemukakan satu cadangan iaitu Jabatan Alam Sekitar kalau hendak mengawal pencemaran alam sekitar daripada berleluasa maka Jabatan Alam Sekitar hendaklah menyediakan talian 24 jam untuk orang ramai membuat aduan agar tindakan yang segera boleh diambil, iaitu penguat kuasa boleh menjalankan tugasnya dengan segera.

Akhirnya kesimpulan saya ialah pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Ia merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan memerlukan tindakan segera. Aktiviti-aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar di mana ia telah mempengaruhi kehidupan dan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Kalau pencemaran alam sekitar tidak dikawal, ia mungkin akan menyebabkan kepupusan segala kehidupan di bumi ini. Maka dengan adanya pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini berharap pencemaran alam sekitar di Malaysia boleh dikawal dengan lebih baik demi kebaikan generasi kita yang akan datang. Sekian sahaja saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim bin Haji M. Yahya.

11.55 pagi.

Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Saya ingin merujuk kepada pindaan rang undang-undang ini mengenai seksyen 2 subseksyen C di mana standard pencemarannya seolah-olah dimaksudkan adalah pencemaran berskala besar. Jadi kalau inilah yang dimaksudkan, apakah tindakan atau peraturan yang boleh dikenakan untuk pencemaran kecil-kecilan seperti pembakaran sampah di kawasan perumahan.

Page 28: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

22 DR 16.7.2012

Ini kerana mungkin kecil, tetapi kalau sehari lima, enam buah rumah yang membakar, hari-hari buat jadi besar juga. Ia akan menjejaskan kualiti alam sekitar. Jadi apakah Jabatan Alam Sekitar buat untuk memantau perkara-perkara begini?

Perkara yang kedua saya ingin sentuh ialah mengenai penalti yang menyalahi akta ini di bawah seksyen 34AA di mana ialah RM500,000. Saya ingin mengetahui sama ada adakah jumlah ini dirasakan cukup untuk menjadi deterrent, dengan izin, kepada pesalah-pesalah. Ini kerana kalau di tengok kos untuk mengambil tindakan semua pun sudah memakan kos yang tinggi.

Manakala untuk pemilik-pemilik seperti ladang, pemaju-pemaju perumahan yang besar-besar RM500,000 ini kecillah untuk dia orang. Kalau kita rujuk juga seksyen 34AA subseksyen 2, ia hanya arahan untuk berhenti kerja. Jadi bagaimana pula dengan pencemaran dan kerosakan alam sekitar yang telah dilakukan berbentuk kekal yang telah dibuat oleh pesalah? Apakah recourse yang boleh dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar untuk membetulkan perbuatan ini.

Oleh sebab kalau setakat RM500,000 sahaja, saya rasa tidak memadailah dan kalau kawasan water catchments misalnya sudah terbongkar. Macam apakah recourse untuk mengembalikan kepada keadaan asal. Bukit sudah diratakan, laut ditimbus, apa yang recourse boleh di dapat untuk memulihkan seperti sedia kala? Untuk RM500,000 ini memang tidak cukup untuk membuat untuk mengekalkan benda-benda ini semua.

Saya juga mungkin merujuk kepada seksyen 37C subseksyen 1. Kuasa penangkapan. Kuasa penangkapan, siapakah yang ditangkap? Pekerjakah atau majikan? Kalau di kawasan-kawasan pembinaan misalnya di ladang, memang yang melakukan kerja-kerja itu adalah pekerjalah. Akan tetapi kalau kuasa menangkap di sana ialah pekerja saya rasa dia hanya menjalankan tugas sebab dia makan gaji.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh di sini ialah ganjaran kepada pemberi maklumat di bawah seksyen 49B. Mengikut akta ini dia diberi kepada pemberi maklumat sehingga berjaya pengesanan kesalahan. Ini perkataan “pengesanan” kalau apa pula jadinya kalau tindakan pihak Jabatan Alam Sekitar gagal, kalah. Adakah ganjaran akan diberi atau sebaliknya? Oleh sebab kalau dia kata hingga sabit itu lain cerita. Dia mungkin hanya menang baru dia bagi. Ini pengesanan sahaja dan tindakan seterusnya kita tidak tahu sama ada ganjaran diberi atau tidak.

Seterusnya ialah..., tak adalah. Habis sudah. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

■ 1200

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tuan Lihan Jok.

12.01 tgh.

Tuan Lihan Jok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk turut

sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling.

Tuan Yang di-Pertua, pencemaran alam sekitar sudah menjadi ancaman kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Jumlah manusia yang meningkat mendadak, pelbagai jenis aktiviti harian manusia yang sofistikated dan projek pembangunan contohnya kemudahan awam yang berleluasa sejak revolusi industri di Eropah pada abad ke-20an telah menyumbang kepada alam dunia malah di angkasa telah tercemar.

Hari saban hari, keadaan udara, air sungai, air tasik, air laut dan tanah dunia bertambah kotor dan telah mengancam kesihatan manusia dan mengganggu gugat sistem ekologi dan habitat haiwan. Kini fenomena pencemaran alam sekitar adalah masalah global dan sangat membimbangkan. Maka, wajarlah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 digubal dan sentiasa dipinda mengikut tuntutan semasa dan relevan diguna pakai.

Terima kasih dan syabas kepada kerajaan yang sangat prihatin dalam membendung pencemaran yang berleluasa supaya negara ini selamat didiami buat tahun-tahun yang mendatang. Pindaan yang memohon persetujuan Parlimen amat tepat pada masanya.

Page 29: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 23

Satu akta yang komprehensif diguna pakai untuk mencegah pencemaran daripada semakin buruk yang akhirnya mengancam kesihatan manusia sejagat. Saya berharap Ahli-ahli Dewan yang mulia ini menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini nanti.

Tuan Yang di-Pertua, dalam satu penulisan ‘The Economist’ bertarikh 11 Disember 2008 lagi, ada satu laporan yang bertajuk, “A Special Report on India’s Infrastructure is India’s Biggest Handicap”. Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa pencemaran air di

India telah menyumbangkan kepada tidak kurang daripada 1,000 kematian sehari di India. Dalam laporan yang sama juga menyatakan seramai 14,000 orang mati di seluruh dunia dalam sehari akibat penyakit yang dipengaruhi oleh pencemaran air.

Dalam National Geographic News, yang bertarikh 19 Julai 2007 lagi, dalam artikel yang bertajuk “Chinese Air Pollution Deadliest in the World” dengan izin, menyatakan

seramai 656,000 rakyat China maut setiap tahun akibat penyakit yang diakibatkan oleh pencemaran udara di China.

Malaysia tidak terlepas daripada pencemaran. Walaupun negara kita tidak di cemar akibat kejadian semula jadi seperti gunung berapi, namun pencemaran udara dan air kita telah menjadi-jadi. Mulai tahun 1997, fenomena asap atau jerebu sudah menjadi ancaman kepada kesihatan kita yang memerlukan perhatian serius.

Bulan Ogos 2005, seluruh pelosok negara telah diselubungi oleh jerebu yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia di mana air pollution index, dengan izin, atau API telah mencecah paras yang amat bahaya iaitu lebih dari 500. Ketika itu bandar Port Klang diisytiharkan kawasan darurat buat beberapa hari dalam bulan Ogos itu. Jerebu dan asap yang pada suatu ketika dahulu yang dianggap tidak bahaya kini sudah mengetuk pintu rumah kita dengan tawaran maut.

Pindaan Akta 127 ini yang kita bincang dan bahas kali ini dilihat sebagai jalan untuk mengawal dan mencegah pencemaran yang berleluasa dan keterlaluan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di sini ada respons pandangan dan cadangan.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, di samping saya setuju dengan Akta 127 ini dipinda, saya ingin mengemukakan pandangan dan cadangan terhadap beberapa seksyen dalamnya. Pertama, seksyen 2(c) yang menghuraikan takrif baru kepada istilah pencemaran yang berbunyi, “ “pencemaran” ertinya suatu perbuatan atau proses sama ada semula jadi atau buatan yang menyebabkan kemasukan apa-apa bahan cemar ke dalam sekeliling dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan yang dibuat di bawah seksyen 21”.

Tuan Yang di-Pertua, takrifan baru ini dilihat bercanggah dengan Ordinan Sarawak yang bernama Natural Resources and Environment Ordinance 1993 dan ordinan subsidiarinya yang bernama Natural Resources and Environment (Fire Danger Rating System) Order 2004. Kedua-dua ordinan ini tidak menghalang amalan shifting cultivation dengan izin, yang diamalkan oleh penduduk peribumi pedalaman Sarawak sejak ratusan tahun dahulu.

Amalan bercucuk tanam cara berpindah randah berkehendakkan satu kawasan yang besar dibersihkan secara pembakaran terbuka yang sudah pasti mengeluarkan banyak gas karbon dioksida masuk dalam alam sekeliling. Saya mencadangkan Akta 127 yang kita pinda hari ini harus diselaraskan dengan ordinan-ordinan negeri Sarawak yang mampu mengawal pembakaran secara terbuka dengan berkesan. Saya mohon penjelasan kerajaan dalam perkara ini.

■ 1210

Sehubungan dengan seksyen 2(c) ini juga Tuan Yang di-Pertua, dilihat ada percanggahan dengan The Native Law, Adat Kayan and Kenyah seksyen 67(1), (2) dan (3) yang melihat shifting cultivation dengan izin, pembakaran secara terbuka yang dilakukan serentak oleh satu-satu komuniti adalah amalan yang diterima dan ada adat atau undang-undang yang mendukungnya. Saya memohon penjelasan daripada kerajaan berhubung dengan percanggahan ini. Adakah takrif baru pencemaran ini mengecualikan pembakaran secara terbuka yang diamalkan oleh masyarakat peribumi Sarawak bertentangan dengan Akta 127 yang dipinda ini? Mohon penjelasan daripada kerajaan.

Page 30: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

24 DR 16.7.2012

Sehubungan ini saya mencadangkan, satu usaha bila kerajaan memikirkan pembakaran terbuka melalui bercucuk tanam pindah randah ini kalaunya salah dari segi undang-undang satu usaha daripada kerajaan untuk menjelaskan keburukan pembakaran secara terbuka dalam amalan bercucuk tanam secara pindah randah kepada masyarakat peribumi Sarawak ataupun mungkin Orang Asli. Usaha ini kita harap akan menggalakkan masyarakat peribumi melibat diri dalam aktiviti ekonomi yang membawa pulangan yang lumayan dan aktiviti yang tidak mencemarkan alam sekeliling. Contohnya, menumpu kepada penanaman padi sawah dan tanaman kontan seperti kelapa sawit dan getah atau memelihara haiwan seperti ayam, itik, lembu dan ikan. Kesemua ini tidak akan mencemarkan alam sekeliling.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada seksyen baru 34AA yang menyentuh perintah larangan atau perintah berhenti kerja dan seksyen 30C(1) kuasa penangkapan yang ada dalam bidang kuasa seorang ketua pengarah. Di sini cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan ketua pengarah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan adil, tegas, berani dan tidak berat sebelah beliau dan ahli-ahli keluarganya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan tugas ketua pengarah, seharusnya tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti yang jelas akan mencemarkan alam sekeliling. Dengan respons pandangan dan cadangan yang demikian saya mohon menyokong.

Akan tetapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk saya ambil peluang keemasan ini dalam Dewan yang mulia ini mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator dan semua kakitangan kerajaan yang beragama Islam yang bertugas dalam sesi sidang kita kali ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin. Silakan Yang Berhormat.

12.13 tgh.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana turut diberi kesempatan kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Akta ini adalah pindaan kepada Akta Ibu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Terdapat 22 fasal pindaan yang dilakukan termasuklah memasukkan takrifan baru beberapa perkara antaranya orang yang berwibawa dan orang yang layak. Pencemaran rancangan fizikal dan rancangan pemajuan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan EIA. Kuasa ketua pengarah, keanggotaan ahli majlis kualiti alam sekeliling, tabung alam sekeliling, penalti dan ganjaran kepada orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh tentang pindaan seksyen 4 berhubung dengan keanggotaan Majlis Kualiti Alam Sekeliling atau Environmental Quality Council yang berperanan penting menasihati kerajaan dalam pelbagai aspek tentang Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling. Langkah kerajaan membuat pindaan dari segi bilangan anggota majlis ini dan anggota-anggota yang terbabit sebelum ini, anggota Majlis Kualiti Alam Sekeliling adalah seramai 17 orang termasuk pindaan rang undang-undang ini menyaksikan tambahan kepada majlis kepada 20 orang. Ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memantapkan lagi peranan majlis ini bagi menyumbang ke arah penjagaan alam sekitar yang lestari. Selain itu, keanggotaan tidak lagi dianggotai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian-kementerian terlibat tetapi wakil daripada Menteri.

Saya ingin memuji langkah pindaan ini kerana ini akan memperkasakan majlis untuk membuat keputusan dengan lebih telus dan berkecuali. Keanggotaan baru ahli Majlis Alam Sekeliling melibatkan wakil-wakil dari pelbagai kementerian seperti kementerian yang bertanggungjawab daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Kesihatan.

Page 31: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 25

Saya ingin memuji langkah kerajaan ini yang begitu banyak kementerian bagi menggembleng usaha dan inisiatif menjaga alam sekitar. Langkah kerajaan ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk melaksanakan agenda-agenda penjagaan alam sekeliling bagi memenuhi konvensyen di antaranya seperti Konvensyen Geneva dan sebagainya. Selain itu langkah kerajaan melantik wakil dari industri seperti dari industri petroleum, kelapa sawit, industri pembuatan getah dan kakitangan akademik serta anggota Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dalam menggalakkan dan mempertingkatkan alam sekitar adalah suatu yang amat wajar dan tepat pada masanya. Ini bagi memastikan penjagaan alam sekitar yang menyeluruh dan holistik melibatkan kerajaan industri, NGO dan rakyat awam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah langkah yang telah diambil bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh tentang kempen kitar semula yang telah dimulakan beberapa tahun lalu. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, sejauh manakah keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan tong sampah yang berasingan untuk kertas, kaca, tin dan plastik. Saya ingin mencadangkan agar PBT diberi peruntukan yang bersesuaian bagi menyediakan tong sampah yang berasingan bagi tujuan kitar semula ini. Adalah sukar untuk orang awam mengasingkan bahan buangan tanpa kemudahan tong sampah yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pengolahan dan pelupusan buangan yang menjejaskan alam sekitar. Pertamanya, tentang pembuangan sisa toksik yang berbahaya khususnya daripada hospital kerajaan dan swasta. Saya ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah Kementerian Kesihatan mengawasi dan memantau pengurusan bahan buangan toksik ini yang berbahaya termasuklah melalui kaedah penimbusan tanah yang lebih selamat bagi memastikan penjagaan alam sekitar yang selamat.

Selain itu, saya ingin menyentuh tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menguruskan bahan buangan sisa pepejal. Sistem pengurusan sisa pepejal ini bertambah baik selepas Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengambil alih tugas perkhidmatan sisa pepejal dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 1 September 2011. Perkhidmatan yang diberikan termasuk dari segi jadual kutipan yang lebih konsisten, kaedah kutipan sisa pepejal yang lebih cekap dan sistem kawalan air limpahan.

■ 1220

Tuan Yang di-Pertua, jumlah sisa pepejal di negara ini terus meningkat daripada 24 ribu tan sehari kepada 30 ribu tan sehari, dalam tempoh yang terdekat ini. Dalam hubungan ini kerajaan hendaklah memastikan segala urusan kutipan, pindahan sehingga pelupusan dilaksanakan dengan mengambil kira dari segi menjaga alam sekitar. Saya ingin menekankan pentingnya kerajaan mengambil berat dari segi pengurusan sisa pepejal ini dari segi pembinaan loji pulih guna dan guna semula.

Selain daripada itu, kemudahan penimbusan tanah buangan sisa pepejal juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung jumlah dan keluasan tanah yang digunakan sebagai tapak pembuangan sisa pepejal. Saya ingin menggesa agar kawasan pembuangan sisa pepejal ini sentiasa dipantau dan diawasi agar sentiasa peka dengan kualiti alam sekitar. Dalam hubungan ini, saya berharap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar agar sentiasa berganding bahu dan mengadakan hubungan yang erat dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khususnya pihak berkuasa tempatan PBT.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh berhubung dengan pelaksanaan penilaian kesan alam sekitar EIA. Secara umumnya EIA adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan kerosakan alam sekitar oleh sesuatu projek kerana setiap pembangunan projek akan melibatkan perkara-perkara yang mungkin mengganggu alam sekitar seperti pencemaran sumber air, kesan daripada proses penebangan hutan dan perataan tanah. EIA amatlah penting untuk dilakukan dan amat baik untuk memelihara sumber asli.

Page 32: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

26 DR 16.7.2012

Sehubungan dengan itu, saya mohon mendapatkan penjelasan kerajaan adakah kerajaan bercadang mengkaji syarat-syarat untuk menyediakan EIA supaya tidak terhad kepada pembangunan pertanian melebihi 500 hektar, pembangunan kawasan perumahan melebihi 50 hektar atau pembinaan hotel melebihi 80 bilik.

Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai pindaan seksyen 36E, subseksyen (a), berhubung dengan memasukkan perkataan kajian, audit alam sekeliling atau apa-apa aktiviti sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri. Saya juga ingin menyentuh seksyen 36D, akta ibu yang berhubung dengan sumbangan kepada tabung Jawatankuasa Alam Sekitar kepada syarikat yang membuat eksplorasi, penapisan, pengedaran dan sebagainya dalam industri minyak dan pergerakan sisa buangan. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berapakah jumlah sumbangan yang telah diterima melalui tabung ini bagi tempoh 2010, 2011 serta kaedah penggunaannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar tabung ini menyediakan peruntukan kepada pelajar atau pensyarah institusi pengajian tinggi di IPT bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang kawalan kualiti dan alam sekitar, langkah ini akan membantu untuk menghasilkan produk, kaedah dan langkah yang inovatif bagi menjaga mutu, kualiti alam sekitar dari kalangan akademia dan seterusnya dapat dimajukan pula oleh pihak industri bagi kepentingan awam.

Saya juga ingin mencadangkan agar sumbangan tabung ini digunakan bagi membantu penyelidikan marin termasuk juga penyelidikan hidupan laut seperti penyu. Saya berharap kerajaan akan memberikan peruntukan bagi Pusat Penyelidikan Penyu Ma’daerah di Kerteh dan Pusat Penyelidikan Penyu di Rantau Abang, Dungun mudah-mudahan tidak berlaku kepupusan penyu di Terengganu. Harapan saya agar pindaan rang undang-undang ini akan dapat meningkatkan usaha yang lebih menyeluruh, holistik dan berkesan untuk menjaga mutu alam sekitar yang lebih mampan dan lestari. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany.

12.25 tgh.

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Dewan Negara saya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada kerajaan kerana amat prihatin untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengemaskinikan beberapa peraturan yang telah berkuat kuasa sebelum ini. Pindaan pada tahun 2012 ini merupakan lanjutan terhadap pindaan yang dilakukan pada tahun 2009.

Tuan Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang kali ini, saya mendapati penggubalan, semakan dan pindaan-pindaannya sangat lemah, antaranya ialah banyak kuasa yang diperuntukkan kepada kuasa budi bicara dan prerogatif ketua pengarah dalam menentukan sesuatu keputusan dan kebenaran bagi beberapa tujuan maksud kelulusan di bawah peruntukan akta ini. Maklum balas daripada pihak yang berkepentingan di luar mendapati klausa-klausa yang dipinda tidak dapat memberikan keadilan kepada orang awam dan juga pengamal industri. Dipercayai akan timbul implikasi dan kesan yang besar dalam proses penguatkuasaan dan prosiding perundangan. Saya ingin memberikan contoh beberapa klausa yang telah memberikan kuasa kepada ketua pengarah, kuasa yang besar.

Fasal 5 di mana ketua pengarah berkuasa melantik orang yang layak untuk meminta industri melantik orang yang layak bagi melaksanakan audit alam sekeliling.

Kedua fasal 6, kuasa ketua pengarah untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh orang yang layak bagi semua laporan, bagi sebuah laporan penilaian kesan alam sekeliling EIA, kuasa Ketua Pengarah juga untuk diterima laporan jika bercanggah dengan rancangan kemajuan atau fizikal.

Ketiga, fasal 7, kuasa ketua pengarah untuk mengeluarkan perintah larangan.

Page 33: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 27

Perkara 4, fasal 11 kuasa untuk ketua pengarah untuk penyiasatan dan mengeluarkan perwakilan kuasa kepada pegawai-pegawai lain yang mana pada masa kini diberikan kepada pegawai pelabuhan, Tentera Laut Diraja Malaysia, perikanan, Jabatan Luat dan lain-lain. Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 atau Akta APMM 2004, perlu diteliti apakah kuasa mutlak ketua pengarah boleh diterima pakai untuk tujuan tangkapan, geledah dan penyitaan, tidak perlu kah kuasa pendakwa?

Kelima, fasal 12 mengenai kuasa untuk pengarah yang boleh mengehendaki mana-mana orang hadir untuk tujuan siasatan, rekod kenyataan dan keterangan. Sepatutnya kuasa majistret atau hakim mahkamah diperlukan agar integriti siasatan dan keselamatan saksi atau orang yang memberikan keterangan terjamin.

Perkara 6, fasal 14, kuasa ketua pengarah dalam menyediakan rekod barangan yang disita. Perkara 7, fasal 17, kuasa ketua pengarah untuk akses data komputer sepatutnya perlu kajian daripada Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk diperhalusi secara terperinci kerana agar kuasa yang diperuntukkan ini tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Perkara 8, kuasa ketua pengarah dalam seksyen 48AB(1) mengenai suatu anggapan yang mengesyaki bahawa buangan terjadual adalah mencukupi untuk mengambil sampel sebagai perihalan bukti siasatan. Sembilan, kuasa tambahan oleh ketua pengarah bagi merampas barangan yang disenaraikan dalam seksyen 48AC, B dan C.

Kesepuluh, kuasa pengarah dalam memperakukan orang yang berwibawa bagi pengendalian kelengkapan kawalan, pengurusan buangan berjadual, menjalankan kajian dan menyediakan penyediaan laporan, pelan atau cadangan. Sepatutnya bagi meningkatkan integriti, satu jawatankuasa perlulah ditubuhkan bagi menjamin proses dan prosedur peperiksaan, pengiktirafan akreditasi dan latihan dilaksanakan.

■ 1230

Kesebelas, kuasa bagi Ketua Pengarah untuk memberikan dan membayar ganjaran. Ini bertentangan dengan Akta Prosedur Kewangan 1957 dan adakah Perintah Perbendaharaan dipatuhi dalam menggubal seksyen ini.

Selepas ini saya ingin menyentuh beberapa perkara yang saya lihat amat perlu dibuat semakan semula dan juga memberikan penjelasan dengan lebih jelas bagi merungkaikan maksud dan inti pati sebenar tentang subjek perundangan, subjek teknikal dan juga implementasi pelaksanaan penguatkuasaan di lapangan realiti yang mana terdapat kelemahan ketara jika rang undang-undang ini diluluskan. Tindakan atau aktiviti penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan secara efektif dan akan timbul pula keraguan tentang aspek integriti dan cabaran bagi kerajaan memerintah untuk menanggung kos akibat pencemaran atau tidak kelestarian kualiti alam sekitar ini.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 19 rang undang-undang bersamaan seksyen 49A(1) mensyaratkan seseorang pemunya atau pemilik ataupun penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh Ketua Pengarah sebagai orang yang berwibawa atau orang yang kompeten untuk menjalankan semua atau sebahagian aktiviti-aktiviti berikut:

(a) pengendalian kelengkapan kawalan;

(b) pengurusan buangan berjadual;

(c) menjalankan kajian;

(d) menyediakan dan pengemukaan laporan pelan cadangan lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling.

Dalam pindaan ini kita dapati, kuasa yang diperturunkan kepada Ketua Pengarah sebagai penjawat awam yang melaksanakan aktiviti penguatkuasaan kualiti alam sekeliling adalah terlalu terbuka dan luas. Justifikasi perkiraan dan maksud rang undang-undang ini juga telah mendapat reaksi negatif daripada orang awam. Semakan perlu diperhalusi semula agar pindaan akta ini dapat memenuhi tuntutan bagi kawalan dan penguatkuasaan.

Page 34: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

28 DR 16.7.2012

Saya ingin mengambil contoh mengenai peruntukan pengendalian kelengkapan kawalan di bawah seksyen 49A(1)(a). Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan menjadikan kualiti alam sekeliling ini dipertingkatkan, kita mempunyai pelbagai peralatan dan juga kelengkapan bagi kawalan dan penjagaan alam sekitar. Dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling, terdapat beberapa peraturan yang dibuat dan diwartakan oleh Yang Berhormat Menteri yang kuasa terhadap alam sekeliling dan mempunyai pelbagai jenis alat kawalan yang menyenaraikan antara alat kawalan di bawah peraturan-peraturan ini ialah:

(a) loji rawatan effluence industry, kategori efluen;

(b) multicyclone dust collector bagi perangkap habuk, kategori udara bersih;

(c) penapis udara atau air;

(d) bahan kimia unit proses loji rawatan; dan

(e) lain-lain lagi peranti kawalan

Kita dapati dalam interpretasi clause di bawah rang undang-undang ini amat umum sekali. Sepatutnya kementerian menjelaskan dan memperincikan maksud jenis peralatan kawalan, pencemaran yang memerlukan khidmat orang yang kompeten atau orang yang berwibawa ini.

Dalam pasaran terdapat banyak jenis peralatan kawalan dan juga teknologi yang digunakan. Di sini saya mohon pihak kementerian melihat semula maksud mengenai orang yang berwibawa secara menyeluruh agar peraturan yang mengehendaki pemilik atau industri mengambil kerja orang yang berwibawa ini tidak menimbulkan masalah ataupun pertikaian apabila aktiviti penguatkuasaan dilakukan kelak. Justeru itu, jika dikaji mengenai peraturan sedia ada, Jabatan Alam Sekitar telah pun menguatkuasakan orang yang berwibawa ini yang mana satu peraturan telah diperkenalkan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar, effluence industry 2009, seksyen 10(1) yang mewajibkan pemilik mempunyai orang yang kompeten, berwibawa, untuk mengendalikan loji kumbahan effluence industry.

Tindakan mewartakan peraturan ini adalah satu tindakan yang mendahului pindaan akta ini. mungkin akan menimbulkan kekeliruan, pertikaian yang amat besar dan ketara jika prosiding pendakwaan dijalankan ke atas pesalah yang melanggar peraturan untuk menguatkuasakan penggajian orang yang berwibawa. Saya mendapat maklumat sudah banyak kilang telah di kompaun kerana tidak mempunyai orang yang berwibawa ini.

Oleh itu saya memohon kepada kementerian memberikan jumlah terkini di seluruh negara berapa kilang atau pemilik telah di kompaun dan jumlah ringgitnya yang tertinggi yang pernah dikenakan di bawah seksyen 10(1), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2009? Agar kita dapat mengetahui kenapa dan mengapakah penguatkuasaan ini dilakukan dan mendahului pindaan akta yang dibuat pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu lagi sebarang bentuk perundangan berkaitan dengan kualiti alam sekitar yang dibuat secara mewartakan sesuatu peraturan di bawah akta kerana implikasinya amat besar. Ini adalah kerana, melalui peruntukan dan peraturan, ia tidak dapat disemak dan diperhalusi oleh badan perundangan negara bagi menentukan ketinggian nilai integriti, keadilan dan kepentingan awam.

Oleh itu, kita bimbang jika rang undang-undang ini tidak disemak secara serius, mungkin apabila berkuat kuasa akta ini nanti, pesalah kesalahan alam sekitar ini terlepas begitu sahaja dan kos untuk memulihkan semula kerosakan yang disebabkan pesalah yang disiasat dan didakwa terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Untuk itu, kita mohon semakan dibuat terhadap seksyen 49A dan seksyen 49B, agar clause mengenai orang yang berwibawa ini disemak, diperhalusi semula dan adalah dicadangkan satu dialog awam diadakan dalam menentukan:

(i) jenis peralatan, teknologi dan kelayakan minimum atau pengalaman yang difikirkan patut untuk orang yang berwibawa ini diperakukan;

(ii) kurikulum dan jenis kursus atau peraturan yang perlu diketahui;

Page 35: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 29

(iii) jenis-jenis peperiksaan, kertas projek atau laporan temu duga yang perlu dilalui oleh calon-calon yang berwibawa;

(iv) panel atau jawatankuasa yang memperakukan orang yang berwibawa ini sebab kita tidak mahu hanya Ketua Pengarah yang memperakukan orang yang berwibawa kerana ia tidak selari dengan pelan integriti nasional; dan

(v) contoh permit atau perakuan kelayakan yang perlu dibentangkan bersama dalam rang undang-undang ini agar semua yang terlibat dan pemunya tahu bahawa orang yang mempunyai perakuan yang berwibawa ini benar-benar wujud, ini dapat elakkan daripada berlakunya pemalsuan perakuan atau risiko penipuan terhadap pemunya atau pemilik alat kelengkapan kawalan.

Tuan Yang di-Pertua di dalam semakan saya, terdapat juga beberapa kekurangan yang ada dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling ini dan ingin bertanya kenapa Jabatan Alam Sekitar tidak mendaftarkan firma atau syarikat yang membekalkan peralatan kawalan ini. Dalam tafsiran kelengkapan kawalan pencemaran, saya juga ingin bertanya mengapakah tidak ada usaha kerajaan mengawal pembekal atau kontraktor yang membina atau membekalkan teknologi kawalan pencemaran ini dikuatkuasakan, saya berpandangan apabila wujud daftar atau pendaftaran firma atau syarikat yang berwibawa ini, kemungkinan pertikaian antara pemilik kilang yang memasang alat kawalan ini dengan kerajaan akan dapat dielakkan. Senario bangau oh bangau, engkau tuduh aku dan aku tuduh engkau tidak akan berlaku.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang takrifan orang yang layak di mana cadangan orang yang layak, ertinya seseorang yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh ketua pengarah untuk menjalankan audit alam sekeliling dan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan untuk mengemukakan laporan mengenainya. Jika dilihat takrifan ini, takrifan orang yang layak ini tidak dinyatakan secara jelas mengenai bidang atau kelulusan sama ada ianya memerlukan seseorang yang berdaftar sebagai jurutera profesional atau ahli akademik atau orang lain yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang alam sekitar.

Klausa memenuhi kehendak yang ditentukan oleh ketua pengarah sepatutnya memberikan penjelasan yang wajar bagaimana syarat kelayakan atau peperiksaan atau jenis kaedah pengiktirafan yang dikehendaki oleh akta. Pengiktirafan orang yang layak ini mestilah melalui panel penilai atau jawatankuasa peperiksaan, penilaian atau pengiktirafan untuk meningkatkan integriti dan bukannya hanya ketua pengarah yang berkuasa menentukan kehendak bagi pemberian akreditasi orang yang layak.

■ 1240

Ia juga Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 33A [Akta 127], untuk

membolehkan Ketua Pengarah untuk melantik orang yang layak dan untuk meminta empunya untuk penghuni untuk melantik orang yang layak daripada kalangan orang yang layak yang disenaraikan di bawah subseksyen 33A(3), Akta 127 bagi maksud menjalankan Audit Alam Sekeliling dan untuk mengemukakan laporan mengenainya.

Dalam fasal ini, sepatutnya kuasa Ketua Pengarah untuk melantik orang yang layak bagi pindaan seksyen 33(2)(a) perlu dikaji semula. Kajian yang dimaksudkan ini bertujuan untuk mengelak salah guna kuasa Ketua Pengarah atau salah guna kuasa orang yang berkepentingan untuk menjalankan audit alam sekeliling bagi mendapatkan kontrak perundingan audit alam sekitar.

Laporan yang dikeluarkan digusarkan tidak membantu dalam mendapatkan dapatan kajian mengenai impak atau kesan yang boleh dijangka atas alam sekeliling. Adalah dicadangkan agar empunya juga tidak diberikan kuasa untuk melantik orang yang layak bagi menjalan audit alam sekeliling kerana integriti pengauditan boleh diragui.

Page 36: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

30 DR 16.7.2012

Untuk menambah baik klausa pindaan akta ini, dicadangkan bagi maksud untuk menambah baik pindaan seksyen 33(2)(a) ini, sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah dan wakil dari Majlis Alam Sekitar atau mana-mana yang difikirkan perlu dilantik melalui Jawatankuasa penentuan orang yang layak bagi menjalankan audit alam sekitar bila mana sesuatu aktiviti atau industri yang akan memberi impak kepada alam sekeliling mahu dibuat atau dimohon kelulusan.

Oleh yang demikian, saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-undang meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini dikaji semula dan kita memohon agar Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melihat dan mengkaji semula setiap baris ayat dan juga peraturan agar semua pihak yang berkepentingan diadili selayaknya dan kualiti alam sekeliling tidak diperjudikan oleh pihak yang boleh mengeksploitasikan untuk keuntungan segera.

Perhatian juga perlu diberi untuk meminimumkan kuasa mutlak Ketua Pengarah kerana dalam akta ini terlampau banyak sangat kuasa mengikut budi bicara Ketua Pengarah. Kita bimbang isu integriti dan salah guna kuasa akan menyebabkan aktiviti pematuhan dan penguat kuasa boleh dicabar di mahkamah kelak. Secara prinsipnya saya mengalu-alukan pindaan-pindaan ini tetapi perlulah disemak semula sebelum diwartakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat menyokong rang

undang-undang ini?

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya

mempersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar untuk berucap. Silakan Yang Berhormat.

12.43 tgh.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, saya minta pertama tetapi nombor enam, okeylah. Thank you. Saya lihat akta ini

dah dipinda banyak kali. Semenjak digubal tahun 1974, Timbalan Menteri kata dah lima kali pinda. Pinda, pinda, pinda, pinda, dan pinda. Ini kali ke-6. Jadi kali ke-6, banyak kebaikan. Akan tetapinya bila semua orang bahas banyak kelemahan. Jadi, macam Yang Berhormat Puan Hajah Mariany kata, dia kata kaji semula tetapi sokong. Macam mana itu?...

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya tak faham. Apa pun saya tertarik hati

bila pinda sebanyak lima kali. Pertama sekali saya hendak tanya, apakah jaminan kementerian untuk melihat akta ini benar-benar berfungsi dan ada wibawa? Saya juga lihat banyak kelemahan di samping ada baiknya. Contoh nyata ialah kuasa Ketua Pengarah, satu dan lain-lain supaya saya cakap teratur saya lebih suka tak lompat. Saya suka satu, satu, satu, slow and steady. Maka, saya mulakan pertanyaan, dah lima kali pinda. Saya lihat berapa banyak sungai dah tercemar? Saya ingat lebih 3,000 laporan dan report dibuat.

Betul atau salah? Hendak tanya, jawablah.

Kedua, pembuangan sisa-sisa toksin. Ratus atau ribu? Banyak. Ketiga, banyak terbakar secara terbuka. Berapa ratus? Jangan lihat di Sumatera tetapi lihat di sini. Oleh itu, apakah jaminan akta ini walaupun dipinda sebanyak lima kali? Ini kali keenam. Tak guna pinda, pinda, dan pinda tetapi angka dan data sama ada sungai tercemar, sama ada hutan terbakar, sama ada berlanggar kapal di Selat Melaka atau Lautan Hindi atau Laut China Selatan bertambah, bertambah, dan bertambah.

Jadi, jaminan itu tanya saya, apakah akta ini walaupun dipinda makin baikkah atau habis duit sahaja? Hah! Itu pertama. Bunyi kasar dan ganas tetapi data bertambah dari semasa ke semasa. Ia tidak ada jaminan. Oleh itu, saya hendakkan jaminan supaya data-data rekod pencemaran makin hari makin kurang dan sedikit, pertama.

Page 37: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 31

Kedua, saya juga lihat bahawa dalam melaksanakan kos EIA, saya hendak tanya, adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan sejumlah kos tertentu misal kata satu persenkah, dua persenkah, tiga persenkah, empat persenkah atau lima peratus daripada kos seluruh projek bagi dilaksanakan EIA di negara ini? Selain daripada memaju, boleh memasukkan kos EIA ke dalam perancangan projek.

Jadi, kos ini penting sebab ia ikat mana-mana kontraktor untuk tidak buat sembarangan pencemaran pada masa-masa sedang atau akan datang bila dapat projek. So, saya cadangkan supaya kementerian masukkan peratus kos harga seluruhnya dengan kos tambahan tiga atau empat atau lima persen, daripada kos keseluruhan.

■ 1250

Kedua, saya juga hendak tahu dalam seksyen 34A, pindaan pecahan (2A) mengenai orang layak. Orang layak disebut sebagai umum sahaja. Tidak details, ini orang layak. Daripada kalangan orang layak, di bawah seksyen 3. Saya hendak tahu, apakah tidak dinyatakan secara jelas mengenai kelayakan mereka? Kurikulum kursus apa? Sijil kah, diploma kah, degree kah atau profesional? Contoh, jurutera profesional atau ahli

akademik kah atau lain-lain bidang kah. Jadi, kena nyatakan. Contoh, dulu saya Pengerusi Majlis Keselamatan Negara Malaysia. Kalau dalam sumber manusia, orang layak dinyatakan seperti layak dengan DOSH, layak dengan NIOSH, layak setelah memenuhi beberapa syarat. Contoh, sepuluh tahun kerja, 16 hari kursus atau lulus ujian sama ada bertuliskah atau temudugakah. Jadi, lepas itu dia ada green passport. Green passport itu dapat kemudian dua tahun untuk continue education bagi mendapatkan sijil kelayakan yang asli.

Oleh itu, kita pertikaikan konsep LII ini sebab tidak ada details. Ini undang-undang

yang penting, jadi saya mohon dinyatakan orang layak. Kalau sumber manusia ada DOSH atau NIOSH, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga ada EIMAS. Jadi, EIMAS itu di Bangi. Jadi, saya hendak tahu kenapa orang layak ini tidak dimasukkan EIMAS? Jadi, apakah ditinggalkan EIMAS sahaja? Itu kalau ditinggalkan, saya rasa perlu dimasukkan balik.

Ketiga, saya hendak hujah sedikit mengenai kuasa Ketua Pengarah yang banyak, yang besar. Saya bilang kuasa Ketua Pengarah daripada fasal 11, 12 sampai 17. Saya tidak mahu sentuh semua sebab panjang, cuma saya hendak ambil yang penting-penting sahaja. Contoh, fasal 11 – Kuasa Ketua Pengarah. Tanya saya, apakah kuasa mutlak Ketua Pengarah boleh diterima pakai untuk tujuan:

(i) tangkapan;

(ii) geledah; dan

(iii) penyitaan.

Apakah tidak bolehkah ditukarkan kepada kuasa pendakwa raya? Sita pun dia, tangkap pun dia, geledah pun dia. Semua Ketua Pengarah. Jadi, saya takut salah guna kuasa, tidak adil, berlaku penyelewengan. Saya cadangkan dipindah kepada kuasa pendakwa raya. Itu fasal 11.

Fasal 12 pula mengenai Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk hadir bagi tujuan pertama, siasatan rekod kenyataan dan keterangan. Bagi saya, sepatutnya dibagi kepada kuasa majistret atau hakim mahkamah diperlukan sebab mereka lebih integriti dalam siasatan dan keselamatan saksi atau orang yang memberi keterangan terjamin, bukannya Ketua Pengarah. Jadi, kata-kata Yang Berhormat tadi saya sokong. Untuk dikaji semula.

Ketiga, fasal 17 - kuasa KP lagi, untuk akses data komputer. Bagi sayalah, sepatutnya perlu kajian Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia diperhalusi secara terperinci. Adakah kuasa diperuntukkan ini tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada? Kena jawab tu, penting ini.

Keempat, fasal 17 menyebut... Bukan 17. Kuasa untuk memperakukan orang yang berwibawa bagi pengendalian kelengkapan kawalan pengurusan buangan jadual dan sebagainya. Saya syorkan ditubuhkan satu committee bagi menjamin proses dan prosedur

peperiksaan, pengiktirafan, akreditasi dan latihan dilaksanakan. Hubung kait lagi dengan KP ialah untuk memberikan ganjaran.

Page 38: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

32 DR 16.7.2012

Ini berlawanan, bertentangan dengan Akta Prosedur Kewangan 1957 dan adakah perintah Perbendaharaan dipatuhi dalam menggubal seksyen ini? Tidak perlu ulang. Jadi, kuasa Ketua Pengarah besar sangat. Hendaklah dikaji semula, takut tidak adil, takut salah guna kuasa, takut menzalimi, takut lebih sudu dari kuah. Lebih dagu daripada janggut.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, memandangkan masa kita sekarang

tepat pukul 1 tengah hari...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sambung?

Timbalan Yang di-Pertua: Saya kena tangguhkan Dewan ini sekarang hingga jam

2.30. Yang Berhormat boleh sambung tengah hari nanti selama tiga minit sebab Yang Berhormat sudah bercakap 17 minit... [Disampuk]

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tiga minit tidak cukup YDP. Minta lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Kita ada 17 orang lagi yang hendak berucap, jadi saya

bagi Yang Berhormat tiga minit tengah hari nanti, sebelah petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita terus sambung perbahasan

kita. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar menyambung ucapan Yang Berhormat.

2.32 ptg.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

hendak merujuk kepada 37C - kuasa penangkapan. Di sini mengatakan bahawa hendaklah tanpa lengah yang tidak perlu membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang hampir. Soalan saya, kalau kapal yang salah ditangkap di tengah laut, katakan dia bawa barang yang salah, toksin, barang-barang haram, ke mana dia hendak bawa? Ke balai polis mana dan ke mana. Sebab ada peraturan contoh peraturan Vessel Convention atau Malaysia Shipping Ordinance mengatakan tidak membenarkan sama sekali sisa-sisa toksin dibuang ke mana-mana negara tanpa kebenaran Vessel Convention yang tersebut. Itu merujuk undang-undang Vessel Convention. Jadi saya hendak tahu ke mana hendak di bawa, ke mana hendak dibuang? Jadi perlukan jawapan.

Saya juga tertarik dengan 38AB, perkara 2 dan juga menyentuh tentang 46B iaitu perlucutan hak macam-macam kenderaan kapal dan sebagainya. Bagi saya, ini menyentuh tentang pencemaran terutama yang berkaitan dengan tumpahan minyak dari industri kapal. Ini ada hubung kait dengan Akta Perkapalan Saudagar dan juga Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Jadi kita tahu yang tercemar itu bukan sahaja bumi tetapi laut dan selat. Apabila merujuk tentang laut dan selat, selat kita yang besar dan yang penting ialah Selat Melaka, Laut Hindi dan Laut China Selatan.

Akan tetapi tidak jelas apa yang hendak buat oleh kementerian tentang kapal-kapal yang berlanggar, yang pecah, minyak tumpah, yang tercemar laut dan selat. Saya menarik perhatian kepada perkara ini sebab ada banyak peristiwa yang mana Selat Melaka terjadi macam-macam accident yang membabitkan tumpahan minyak dan pelanggaran. Sebagai contoh pada tahun 1992, tahun yang paling malang bagi Selat Melaka di mana terdapat enam kejadian besar berlaku pelanggaran kapal.

Contoh kapal pemusnah tentera laut Amerika yang bernama Ingersoll dengan kapal dagang Singapura MT Chon Hong III meletup dekat Pelabuhan Klang. Jadi berlanggar dengan kapal – dua-dua berlanggar. Juga Terfu 51, kapal tunda Taiwan berlanggar dengan kapal penumpang Singapura, Royal Pacific.

Jadi, yang berlanggar itu di Selat Melaka, banyak kejadian minyak tumpah sejumlah lebih kurang 13,000 tan daripada jumlah 57,000 tan minyak mentah yang dibawa. Perlanggaran berikut, antara Maersk Navigator dengan MT Sanko Honour pula telah menumpahkan sebahagian daripada 25,000 tan minyak mentah yang dibawa oleh kedua-dua kapal. Apa yang saya nak sebut ialah bayangkan betapa besarnya impak kepada penduduk alam sekitar dan ekonomi negara.

Page 39: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 33

■ 1440

Tumpahan minyak berlaku lagi pada 20 Mei 2010 di antara MT Bunga Kelana 3 dan kapal kargo MV Waily dan tumpahan minyak di Pengerang, Johor. Ini berjumlah 2,000 metrik tan.

Kesan daripada insiden ini ialah kemusnahan kepada peralatan nelayan, pupus mata pencarian kepada ekonomi laut dan kemusnahan pada alam sekitar kawasan yang terlibat juga musnah kehidupan lautnya. Oleh itu, perhatian Kementerian Alam Sekitar ialah berkaitan dengan kerajaan pada hari ini hendaklah meningkatkan lagi usaha dalam menangani daripada berlakunya tumpahan minyak secara berterusan di perairan negara kita. Saya tak pasti sama ada tumpahan minyak di Selat Melaka dikaitkan juga, dicakna juga oleh akta yang tersebut, termasuk mungkin berlanggar di utara Selat Melaka atau di Laut China Selatan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjangkah lagi?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sikit lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ha, okey.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Jadi saya untuk ingatkan, terdapat 100,000 vessel setahun dan 40 peratus daripadanya ialah kapal minyak yang membawa lebih kurang 250 juta metrik tan crude oil melalui Selat Melaka. Jadi Selat Melaka ini adalah selat yang paling penting untuk kita. Jadi saya minta kementerian masuk juga akan pencemaran dan kesannya kepada selat dan negara.

Satu lagi, saya nak sebut juga tentang seksyen 49A(1) melibatkan: (a) pengendalian kelengkapan kawalan; (b) pengurusan buangan terjadual; dan (c) menjalankan kajian. Saya mintalah supaya diterangkan apakah ertinya pengendalian kelengkapan kawalan termasuk habuk, udara, sisa kumbahan dan pepejal serta bunyi. Bagi (c) rawatan pelupusan, landfill, kambus, kitar semula seperti minyak hitam, sampah, sisa buangan dan juga (c), tak dinyatakan EIA pemeriksaan sisa dan pengukuran atau assessment.

Manakala yang akhirnya saya nak sebut juga bahawa akta ini saya perlulah minta pandangan bagaimana kuasa-kuasa pengarah yang berlebihan dan diragui boleh meyakinkan Dewan untuk kita percaya dan seterusnya menyokong akta ini. Saya sokong akta ini tapi dengan syarat ada pindaan kepada kuasa-kuasa pengarah yang berlebihan dan tidak meyakinkan untuk mendapat keadilan dan hak-hak yang tertentu supaya nampak bukan sahaja adil tapi yang bersesuaian dengan fitrah orang lain atau pihak lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

Yang Berhormat Datuk Raja Ropiaah. Untuk makluman semua Yang Berhormat, saya ada menerima banyak nota Ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas dalam tajuk ini. Maka saya akan cuba seberapa boleh memberi peluang dan saya harap pihak kementerian juga mengambil perhatian dan peringatan supaya apakah perkara-perkara yang dibangkit itu semua ada. Ada perkara-perkara yang boleh nak dijawab oleh pihak kementerian di kemudian nanti. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat.

2.47 ptg.

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kerana diberi peluang bersama-sama membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Di dalam masa 38 tahun semenjak akta ibu atau akta asal diluluskan iaitu tahun 1974, dunia telah mengalami berbagai-bagai perubahan dan cabaran. Jadi sudah kena dan tepat masanya bagi pihak kerajaan membuat penambahan pindaan seperti yang dibentangkan ini kerana ianya merupakan satu penambahbaikan yang strategik selaras dengan semangat dan arus transformasi yang berjalan begitu rancak di bawah kepimpinan inovatif dan proaktif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Page 40: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

34 DR 16.7.2012

Ini adalah selaras dengan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri dalam persidangan kemuncak dengan izin, United Nations Climate Changes Conference Copenhagen pada 17 Disember 2009 di mana beliau membuat pengakuan dengan izin, “To reduce carbon dioxide (CO2) emission up to 40 peratus by the year 2020 compared to this 2005 level subject to assistance from developed countries”. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga dalam ucapan beliau dengan izin, di dalam The First Preparatory Meeting of The World Congress on Justice, Governance and Law for Environmental Sustainability yang diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober 2011 yang lalu telah juga mengunjurkan agar the World Environmental Organization dilaksanakan.

Jadi di antaranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa WEO akan menjadi badan consultative dan berperanan untuk membantu negara-negara ahli

untuk memenuhi dan mencapai komitmen global berkenaan alam sekitar dan bukannya bersifat regulatory sahaja. Unjuran oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ini telah mendapat perhatian daripada semua pihak bahkan mendapat pujian antaranya ialah Bakary Kante, Pengarah Divisyen United Nations Environment Programme, Environmental Law and Convention, dan beliau berkata bahawa ini adalah pertama kali seorang ketua negara mengambil pendirian untuk memanggil kepada pewujudan WEO.

■ 1450

Beliau berkata dengan izin, “To my knowledge, this is the first time a political leader is taking an advance position on environment. The Prime Minister Dato’ Sri Mohd. Najib has realized the importance of the environment for the future of the country and the world.” dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, perkara mengenai kualiti penjagaan dan kepedulian kepada kesejahteraan alam sekitar adalah perkara yang sangat mustahak dan sangat perlu diberi perhatian berterusan oleh pihak kerajaan dengan konsisten kerana walaupun perkara ini bukan berkait dengan keuntungan kewangan ataupun kemewahan fizikal kepada kita, tetapi alam sekitar adalah nafas kita dan nyawa kita untuk meneruskan hidup dengan sempurna. Tumbuhan-tumbuhan, binatang ternakan dan haiwan liar, mergastua dan hidupan di air tawar dan di air masin hendaklah menjadi perhatian kita di samping kita menjalani kehidupan seharian. Sumber-sumber semula jadi seperti air, minuman yang berasal dari sungai dan mata air, udara dan sumber-sumber lain semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, herba dan perubatan dari hutan dara dan lain-lain lagi. Apa yang mustahak sekali ialah sikap kita dan tahap kepekaan kita terhadap erti dan maknanya menjaga dan meningkatkan kualiti alam sekitar di dalam kehidupan kita seharian.

Saya ingin menyatakan persetujuan saya dengan pindaan yang ingin dibuat terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini yang mana saya lihat kuasa penyiasatan yang dicadangkan itu di seksyen 37A membolehkan siasatan jenayah dibuat. Malah kuasa menangkap boleh dibuat tanpa waran di seksyen 30C adalah peruntukan yang mantap kerana memberi kuasa yang autoritatif kepada pihak berkuasa dan jabatan-jabatan yang berkenaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Adalah sangat mustahak agar kuasa mencegah dan menghukum kepada pesalah-pesalah di bawah akta ini diketatkan memandangkan kita sekarang ini diancam dengan pelbagai masalah yang berkait dengan pencemaran alam sekitar.

Pencemaran yang tidak boleh dikawal dan gagal dikawal akan memberi kesan buruk kepada persekitaran kehidupan kita. Bukan sahaja mengancam nyawa kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan malah akan mengancam nyawa manusia, diri kita dan keturunan kita di masa hadapan. Ancaman-ancaman ini terbentuk dari pelbagai sudut daripada ancaman pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran kepada sumber makanan di darat mahupun di laut. Ancaman yang paling hebat dan menakutkan ialah ancaman terhadap pelupusan sumber asli alam semula jadi seperti sumber dari hutan belantara yang mengakibatkan pencemaran udara bersih, pelupusan sumber air, pelupusan sumber tenaga asli seperti minyak gas dan arang batu.

Dengan terlaksananya pindaan kepada akta ini, kita mahu melihat ancaman terhadap sumber semula jadi seperti air bersih dari sungai-sungai di dalam negara dapat dibendung. Kita mahu perbuatan orang ramai sama ada individu atau penggiat ekonomi di dalam industri pembuatan dan pertanian supaya mematuhi undang-undang di dalam akta ini dan segala perbuatan yang menjadikan sungai-sungai kita tong sampah dihentikan sama sekali.

Page 41: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 35

Saya memandang berat terhadap pencemaran sungai-sungai kita yang ada di antaranya menjadi sungai mati kesan dari pembuangan haram bahan kimia dan beracun ke dalam sungai. Masanya sudah sampai untuk kerajaan melalui kementerian ini mengambil tindakan paling tegas dan muktamad menghentikan dan menghalang sama sekali kegiatan salah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan dengan terlaksananya pindaan akta ini pengawalan yang lebih berkesan dapat dibuat dan ditingkatkan lagi mutu pengawasan dan pencegahan di sepanjang sungai-sungai di negara kita daripada kegiatan yang merosakkan struktur dan keutuhan sungai. Penurunan kualiti kejernihan air sungai akibat kegiatan pembalakan haram seterusnya dapat memelihara hidupan di dalam sungai itu dan sekitarnya seperti tumbuhan yang native di tebing-tebing sungai dan hidupan

mergastua dan haiwan-haiwan lain seperti kelip-kelip di sungai Selangor. Begitu juga hutan paya bakau di sepanjang pesisir pantai di dalam negara kita hendaklah dijaga supaya kepupusannya tidak mencapai tahap merbahaya. Dengan penelitian dan pemerhatian kepada undang-undang ini oleh semua pihak di peringkat pusat dan negeri, kita mahu negara ini menjadi tetap makmur dan indah oleh kebijaksanaan kita memelihara environment sekitar kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kepada pindaan seksyen 4 muka surat 3, mengenai keahlian Majlis di mana begitu ramai keahliannya terdiri dari wakil-wakil Menteri yang berlainan tetapi agak malang dan mendukacitakan terdapat hanya dua orang sahaja di kalangan NGO yang akan dilantik oleh Menteri. Seperti yang kita ketahui, terdapat beratus-ratus NGO dan banyak di antaranya memberi fokus kepada isu alam sekitar secara langsung ataupun tidak langsung.

Inilah peluang keemasan bagi kerajaan untuk melibatkan mereka secara lebih telus dan direct selaras dengan kehendak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dengan seruan jelas beliau di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak mengetahui semuanya. Oleh itu kita senantiasa ingin mendengar idea-idea baru dan bernas untuk sama-sama kita bangunkan negara Malaysia kita yang tercinta ini.

Oleh itu Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya perwakilan NGO ditambah daripada dua orang anggota kepada sekurang-kurangnya enam orang. Pelantikan tambahan tersebut hendaklah melalui satu proses yang inclusive, dengan izin, perspektif dan merit based. Peluang hendaklah dibuka kepada semua NGO yang berkaitan dengan alam sekitar untuk membentangkan cadangan supaya Yang di-Pertua atau pengerusi-pengerusi NGO mereka dilantik sebagai ahli Majlis mengikut format khas yang boleh disediakan oleh pihak kementerian. Pokoknya, setiap NGO yang berkenaan hendaklah menyatakan dengan jelas peranan yang boleh dijalankan oleh mereka sekiranya mereka berada dalam Majlis bersama-sama dengan menteri dan wakil-wakil menteri.

Selain daripada itu, pihak kementerian bersama-sama dengan Jabatan Alam Sekitar hendaklah mengambil langkah-langkah inovatif dan proaktif untuk melibatkan semua NGO yang lain yang tidak terlibat secara langsung untuk memelihara alam sekitar. Contohnya, satu program khas hendaklah diwujudkan bagi menambah baik segala usaha yang sekarang dijalankan di bawah program yang dikenali sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS).

Program RAS merupakan program yang direka bentuk supaya mempunyai unsur-unsur pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas, keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara hands on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu

agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemar alam sekitar bagi memantapkan lagi Program RAS. Ianya hendaklah dijalankan di setiap kawasan Parlimen.

Pada pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, program RAS amat baik dan tujuannya amat murni sekali tetapi skopnya hendaklah dibuka lebih luas lagi dan insentif dari pihak kerajaan hendaklah dipertingkatkan. Inilah peluang keemasan untuk mentransformasikan RAS itu sendiri.

Page 42: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

36 DR 16.7.2012

Contohnya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hanya menyalurkan sejumlah RM30,000 setahun secara terus kepada Jawatankuasa RAS bagi membiayai Program RAS untuk mencapai objektif-objektif yang banyak iaitu untuk memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat, untuk menanamkan rasa tanggungjawab, untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar dan dikongsi bersama, untuk menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat untuk membuat aduan, pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan. Jelaslah bahawa jumlah RM30,000 setahun yang diberi adalah terlalu amat kecil dan saya rasa sudah sampailah masanya perkara ini harus dikaji balik dan angka munasabah diperuntukkan kepada RAS.

Cadangan lain yang patut diberi perhatian berat oleh kementerian ialah selaras dengan program transformasi kerajaan, RAS hendaklah memperkenalkan program baru yang boleh dinamakan, ‘Transformasi Alam Sekitar Gaya Hidup Hijau’. Environmental transformation..., dengan izin, go green. Tajuk atau brand, jenama di atas patut digunakan selaras dengan perkembangan terkini ekonomi dunia yang menuju ke arah ekonomi hijau atau green economy, dengan izin, yang memberi penekanan kepada alam sekitar secara

langsung dan tidak langsung.

■ 1500

Selanjutnya adalah amat bertepatan sekali sekiranya diberikan insentif atau pun peruntukan dana khas untuk mana-mana NGO yang dapat menyampaikan atau mencadangkan projek untuk research development dan commercialization, dengan izin, di atas tema yang sama iaitu, ‘Transformasi Alam Sekitar Gaya Hidup Hijau’. Dengan jalan ini, kerajaan dilihat betul-betul komited untuk memasyarakatkan inovasi melalui usaha ke arah R&DC. Ia juga membuktikan bahawa bidang penyelidikan bukan lah dan tidak sepatutnya tertumpu kepada mereka di menara gading sahaja tetapi rakyat biasa yang mempunyai pengalaman dan kepakaran masing-masing dapat mengambil bahagian dan seterusnya menyumbang ke arah menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Di samping itu, saya berpendapat adalah baik sekiranya kita mengadakan satu kempen berkebun secara besar-besaran sebagai aktiviti riadah nasional dibuat kerana berkebun sebagai aktiviti riadah adalah baik dikempenkan kepada orang ramai supaya mereka dapat menyumbang kepada mewujudkan alam sekitar yang lebih ceria dan sihat. Oleh yang demikian, adalah mustahak sekali kita melihat isu alam sekitar ini dengan cara holistik iaitu menyeluruh dan bersekali dengan cabang-cabang lain yang menyempurnakan kehidupan kita di dunia ini dan bukannya dipecah-pecahkan dan diasing-asingkan. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

Yang Berhormat Dr. Syed Husin.

3.02 ptg.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedang

membincangkan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Akan tetapi nampaknya ramai yang menggunakan perkataan alam sekitar. Saya lebih suka menggunakan perkataan itu dan saya berharap bahawa salah satu pindaan yang akan dibuat ialah untuk mengubah nama alam sekeliling itu menjadi alam sekitar.

Masalah alam sekitar sekarang ini sangat serius. Ia tidak dapat ditangani semata-mata dengan janji-janji atau pun dengan undang-undang dan pindaan undang-undang walau betapa baik pun. Ini kerana keberkesanannya adalah bergantung kepada penguatkuasaan iaitu enforcement, dengan izin. Dalam soal enforcement inilah terdapat beberapa kekurangan.

Secara umum dan jika diambil secara sendirian, pindaan-pindaan yang dikemukakan dalam akta ini adalah baik. Akan tetapi kalau kita ambil secara keseluruhan dan hubungkan dengan perkara-perkara yang lebih luas kita dapati bukan sahaja ada kekurangan dan kelemahan bahkan ada perkara yang sebenarnya patut diselesaikan dengan cara yang baik.

Saya pertama sekali berhubung dengan ini ingin merujuk kepada pindaan seksyen 2 iaitu 3(a), (b) dan (c). Dalam hal (a) dan (b), jelas bahawa tujuan untuk membawa orang yang berwibawa dan juga hendak menjalankan audit alam sekeliling dan penilaian kesan alam sekeliling adalah tindakan-tindakan yang harus dialu-alukan.

Page 43: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 37

Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, kalau diambil pula berserta dengan (c), kita dapati bahawa soal penguatkuasaan boleh menghantui kita.

Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh berbagai-bagai hal. Gas kenderaan misalannya daripada kereta-kereta dan motosikal sebagainya yang mengeluarkan gas-gas yang kotor masih belum dikawal walaupun ada peraturan untuk mengawalnya. Ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia tetapi ada juga akibat buruknya terhadap pemanasan global. Begitu juga kita dapati tentang asap yang berkepul-kepul hitam keluar daripada kilang-kilang. Ini pun masih belum dapat dikawal dan masih banyak berlaku walaupun di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan penduduk.

Selain daripada itu, kita dapati juga kerja-kerja yang boleh dikatakan liar untuk menebang hutan untuk balak dan juga usaha-usaha pembinaan yang boleh membawa pencemaran juga. Tentang soal pembangunan atau pembinaan ini kita dapati terutama sekali di sesetengah tempat apabila ada pembinaan, maka lori yang membawa berbagai-bagai benda dan tayarnya kotor mencemarkan jalan raya, mengeluarkan debu-debu yang merosakkan rumah dan juga menjejaskan kesihatan manusia.

Tentang soal penebangan hutan secara liar dan juga penarahan bukit-bukit, kita dapati bahawa perkara ini bukan sahaja menjejaskan manusia dan alam sekitar dari segi global warming, dengan izin, tetapi juga ia mengakibatkan keburukan terhadap kehidupan manusia dan kehidupan binatang liar. Dari segi kehidupan manusia, kita tahu terutama sekali di sesetengah-setengah projek pembangunan dan penerbangan hutan yang saya katakan liar tadi dan tidak terancang itu boleh menimbulkan masalah-masalah seperti mana yang berlaku sekarang ini ke atas penduduk-penduduk asal yang hidup di dalam kawasan-kawasan pindah randah mereka.

Kalau dari segi binatang pula, kita tahu bahawa sekarang ini binatang-binatang yang pupus seperti orang hutan, badak sumbu dan juga badak air iaitu tapir sangat kecil bilangannya dan sekarang ini merupakan binatang perlindungan. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah dan berapa banyakkah wang yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi melindungi binatang-binatang ini?

Saya rasa keutamaan harus kita bagi kepada perlindungan binatang-binatang dalam negara kita ini dahulu sebelum kita melindungi misalannya dengan puluhan juta ringgit binatang dari luar seperti panda. Saya akui bahawa panda itu binatang yang sangat cantik dan boleh menarik orang dan sebagainya tetapi kalau pun kita hendak memberikan wang bagi membawa binatang-binatang itu kita harus juga memberikan peruntukan yang tidak kurang kepada binatang-binatang liar yang sedang pupus dalam negara kita.

Berhubung dengan pindaan seksyen 4 Tuan Yang di-Pertua, kita dapati sekarang ini mengikut senarai yang dikemukakan di sini, 18 orang ahli majlis yang baru bagi alam sekitar ini. Ada 18 orang termasuk seorang pengerusi jadi 19 orang. Tidak salah saya dahulu bilangannya lebih kecil tetapi mengandungi orang yang terlibat dengan kegiatan alam sekitar dan boleh dikatakan orang yang pakar dalam soal alam sekitar. Sekarang ini penambahannya lebih banyak tetapi boleh dikatakan sektor yang mempunyai kepakaran tadi dikurangkan.

Daripada 18 orang yang kita dapati di sini, 11 orang adalah wakil daripada kementerian. Sama ada kementerian yang secara langsung terlibat dengan alam sekitar atau pun sipi-sipi sahaja yang terlibat dengan alam sekitar. Selain itu, ada empat misalnya yang terlibat dalam industri sama ada perkilangan atau pun pertanian kelapa sawit, getah dan sebagainya.

■ 1510

Saya tidak tahu mengapa begitu ramai anggota yang diperlukan. Selalunya kalau ramai anggotanya, bukan sahaja perbelanjaan dan masa akan lebih diambil bahkan kita dapati bahawa hanya dua tiga orang yang akan bercakap biasanya dan yang lain itu hanya mendengar sahaja. Kadang-kadang kehadiran mereka itu tidaklah begitu produktif.

Keduanya, daripada yang ramai itu mengapakah perlu sampai hampir setiap kementerian iaitu sebelas kementerian disebut tadi diambil. Saya percaya jawatankuasa ini boleh lebih produktif, boleh lebih giat dan berkesan sekiranya anggotanya lebih kecil dan dipastikan lebih banyak pakar-pakar yang ada di dalamnya.

Page 44: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

38 DR 16.7.2012

Maksudnya, pindaan ini dikurangkan wakil-wakil dari kementerian dan ditambahkan mereka yang dianggap sebagai pakar dalam bidang ini. Dari segi ini saya merasa kurang senang oleh kerana kita dapati bahawa hanya seorang anggota sahaja yang akan dilantik oleh Menteri daripada kalangan kakitangan akademik dan dua orang anggota dilantik di kalangan organisasi bukan kerajaan yang aktif dalam menggalakkan dan mempertingkatkan kualiti alam sekeliling. Jadi aktivis satu hal yang memang perlu ada tetapi orang yang betul-betul pakar pun saya rasa mesti ada dan ditambahkan bilangannya supaya seimbang dengan bilangan wakil-wakil kementerian tadi.

Perkara ketiga Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 34A. Ini adalah berhubungan dengan hakikat bahawa nampaknya pihak kerajaan merasakan bahawa soal mengawal alam sekitar ini dengan cara-cara mengadakan EIA itu belum begitu berkesan lagi. Ini disebabkan oleh dua perkara iaitu:

(i) ada kalanya laporannya EIA itu tidak memuaskan sama sekali tetapi diterima juga oleh pihak yang tertentu; dan

(ii) EIA itu bukan sahaja tidak begitu baik akan tetapi tidak dikaji dengan begitu teliti sehingga bila ia dilaksanakan, perkara-perkara yang telah diberi amaran akan berlaku dan tidak dapat dilakukan perkara-perkara yang boleh menghindar dan seumpamanya.

Dalam hal ini misalnya, dulu pernah kita heboh tentang Bakun Dam dan kita diberitahu bahawa EIA nya tidak memuaskan. Bahkan dalam pelaksanaan dem itu, didapati ada pihak-pihak tertentu yang telah dapat mengambil boleh dikatakan semua balak yang ada di dalam kawasan itu untuk keuntungan syarikat atau orang tertentu. Dengan demikian, bukan sahaja keuntungan atau profit diutamakan, bahkan manusia yang terpaksa pindah

dalam suasana yang sudah berubah itu juga tidak dipedulikan. Jadi dalam mengadakan EIA dan sebagainya, selain daripada memastikan bahawa EIA itu adalah betul-betul lengkap dan baik, ia juga harus menekankan prinsip untuk mengutamakan bukannya untung tetapi manusia iaitu man before profit. Dalam soal ini, bukan sahaja manusia kadang-kadang

penting, bahkan juga binatang-binatang liar juga menjadi penting.

Dalam akta ini, disebutkan bahawa pihak yang mencadangkan konsultan bagi EIA ialah pihak pemaju dan dikatakan bahawa EIA itu mesti dilakukan oleh mereka yang bebas atau independent. Masalah yang timbul ialah bagaimanakah kita boleh mendapat keadaan yang bebas dan independent sekiranya pihak pemaju yang mengemukakan konsultan-konsultan bagi EIA itu. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan cadangan pembahas yang pertama tadi yang mengatakan bahawa ada baiknya jikalau konsultan itu dilantik oleh pihak kerajaan sendiri dan selepas itu dikenakan bayaran yang didahulukan oleh kerajaan ke atas pihak-pihak pemaju tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan 36D dan 36E sebenarnya perenggan 10 yang lama iaitu penyelidikan, kajian atau apa-apa aktiviti sebagaimana difikirkan patut oleh Menteri. Jadi soal yang timbul di sini Tuan Yang di-Pertua ialah saya tidak memperkecilkan misalnya kebolehan Menteri-menteri untuk membuat keputusan tentang jenis penyelidikan atau kajian atau audit yang dapat dijalankan. Akan tetapi syarat yang penting ialah bahawa Menteri itu, sekiranya beliau bukannya seorang yang pakar dalam bidang tersebut hendaklah mendapat nasihat yang sebaik-baiknya daripada pakar. Kalau beliau bergantung kepada majlis yang ada sekarang ini, maka majlis itu saya nampak oleh kerana kandungan keanggotaannya tidak akan dapat memberikan cadangan yang tersebut. Jadi haruslah kita berhati-hati tentang kuasa yang ada pada Menteri itu yang boleh membuat cadangan-cadangan tertentu.

Sekarang berpindah kepada pindaan seksyen baru 46BA(2). Di sini dikatakan bahawa apabila diambil atau dirampas sama ada kapal atau benda-benda yang lain atau dokumen daripada pihak yang melakukan pencemaran, maka hendaklah diberikan senarai kepada mereka itu. Pengalaman saya ialah dan juga pengalaman orang lain terutama sekali, ini contoh yang berlainan sedikit iaitu penangkapan ISA. Biasanya bila berlaku penangkapan ISA, diambil dokumen-dokumen dan barang-barang tertentu dan diberikan senarai kepada orang yang ditahan itu. Akan tetapi apabila dia bebas, senarai hilang, barang-barangnya pun hilang. Cuma senarai yang ada pada kita sahaja ada, senarai yang ada pada pihak polis misalnya sudah hilang dan barang-barang hilang.

Page 45: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 39

Jadi ada dua perkara yang saya hendak tekankan di sini ialah:

(i) seharusnya ada usaha untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang dirampaslah disimpan dengan baik; dan

(ii) sekiranya barang-barang itu dilepaskan oleh kerana tidak ada kes terhadap pencemaran yang dilakukan oleh mereka, maka jikalau barang-barang itu hilang, hendaklah dibayar ganti rugi yang sewajarnya dan tidak terlepas begitu sahaja.

Berkenaan pindaan 48AB, bahan yang dirujuk dalam seksyen 1A hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya disifatkan sebagai buangan terjadual dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana difikirkan oleh Menteri. Saya kurang jelas tentang hal ini kerana ia menyebutkan hanya apa yang difikirkan oleh Menteri dan tidak ada nampaknya peraturan-peraturan yang terperinci tentang cara macam mana hendak menentukan sikap atau tindakan yang hendak diambil.

■ 1520

Sehubungan ini saya hendak merujuk kepada kes, misalnya kes pelupusan sisa toksik di Bukit Merah dan juga di Lynas. Di Bukit Merah beberapa tahun yang lalu telah ditutup kilang yang mengeluarkan rare earth tetapi kita dapati bahawa sisa-sisa daripada kilang tersebut hanya disimpan dalam tong dan tidak ditanam pada tempat yang selamat dan kalau ditanam pun tidak dalam ia ditanam. Sisa-sisa nuklear ini boleh hidup sampai beribu-ribu tahun dan boleh mempunyai akibat yang buruk kepada manusia di sekitarnya. Bahkan sudah ada kes-kes di mana akibat buruk berhubungan kanser dan sebagainya telah berlaku di tempat itu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjangkah lagi?

Dr. Syed Husin Ali: Dalam dua minit lagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya?

Dr. Syed Husin Ali: Dua minit, dua minit..

Tuan Yang di-Pertua: Ya, okey, okey.

Dr. Syed Husin Ali: Di Lynas ini kita dapati bahawa tidak jelas dimanakah

sebenarnya akan dipulangkan, akan disimpan atau dibuang sisa-sisa itu. Adakah ia akan dihantar balik ke tempat asalnya? Ini belum jelas lagi. Keduanya yang agak mengecewakan saya ialah kita dapati dalam kes Lynas ini EIA yang sempurna tidak dilakukan dari awal dan sekarang ini pihak-pihak engineernya mendapati ada retak-retak di kilang Lynas itu dan ini boleh mendatangkan bahaya yang besar kepada manusia di sekelilingnya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menegaskan semula bahawa terdapat beberapa kekurangan dan pembaikan perlu dilakukan kepada pindaan ini dan juga kepada akta ini tetapi yang lebih penting lagi Tuan Yang di-Pertua ialah enforcement. Dalam soal enforcement ini saya tidak payah tekankan sangat kerana saudara saya di depan sana tadi telah banyak bercerita tentang hal ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Lim Nget Yoon. Sebelum itu saya ingin menarik perhatian kembali Yang Berhormat, ada satu usul yang hendak dikemukakan kepada Dewan, silakan Yang Berhormat Menteri.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

3.22 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;

Page 46: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

40 DR 16.7.2012

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), bahawa Mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan di tangguh sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 17 Julai 2012.”

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya

kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’.

3.23 ptg.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana diberi ruang dan peluang untuk mengutarakan pendapat saya tentang Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Perkara yang pertama seperti yang kita sedia maklum, isu alam sekitar yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini di Negeri Pahang ialah mengenai Lynas di bandar Kuantan dan pencemaran cyanide di Lombong Emas yang terletak berhampiran

dengan Kampung Baru Bukit Koman, di daerah Raub iaitu daerah saya.

Pelbagai tanggapan sama ada yang negatif mahupun yang positif dibuat oleh masyarakat kerana mereka tidak mengetahui sejauh mana benarnya maklumat yang diterima oleh mereka mengenai isu-isu yang berkenaan. Apakah langkah-langkah lanjut yang boleh diambil oleh pihak Kementerian Alam Sekitar agar masyarakat dapat tahu cerita sebenar di sebalik isu-isu berkenaan agar tidak wujud pertelingkahan atau salah faham di kalangan masyarakat.

Sedar atau tidak masalah pembuangan sampah merata-rata dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa. Tidak dinafikan bahawa penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan untuk mengurangkan masalah ini namun pada pendapat saya untuk menghapuskan masalah ini ke akar umbinya kesedaran harus wujud dalam diri masyarakat itu sendiri. Ini amat bertepatan dengan peribahasa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi soalan saya, adakah apa-apa program lagi lanjut, lagi tepat, lagi berkesan yang boleh dilaksanakan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar?

Tuan Yang di-Pertua pada pendapat saya beg-beg plastik dan bekas-bekas polystyrene merupakan ciptaan yang memberi kesan yang amat negatif kepada alam

sekitar kita dalam abad ke-21 ini. Pembuangan beg-beg plastik dan bekas-bekas polystyrene di merata-rata tempat bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah merupakan pertambahan sampah sarap di negara kita. Ada sesetengah pasar raya dan kompleks membeli belah yang cuba mengurangkan penggunaan beg plastik dengan mengisytiharkan hari Sabtu sebagai hari bebas beg plastik atau dengan izin, plastic bag free day.

Ini adalah satu usaha yang baik tetapi usaha perlu dipergiatkan lagi untuk mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan bekas-bekas polystyrene dalam kalangan

masyarakat kita. Adakah langkah-langkah di cadang oleh pihak Kementerian Alam Sekitar agar penggunaan-penggunaan bahan-bahan tersebut dapat dikurangkan. Dengan ini saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang

Berhormat Puan Norliza.

Page 47: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 41

3.28 ptg.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih sekali lagi kerana memberi saya ruang dan peluang untuk turut berbahas dalam Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Saya tidak mempunyai banyak fakta yang ingin saya kemukakan.

Saya cuma ingin menyentuh satu-dua perkara yang saya rasakan penting seperti di seksyen 34AA(3) mengenai denda yang dikenakan iaitu sebanyak maksimum Ringgit Malaysia, lima puluh ribu.

Jadi persoalan saya sebab kita ada industri yang kecil dan kita ada industri yang besar seperti petroleum dan lain-lain. Saya rasa RM500,000.00 untuk industri yang besar adalah tidak bererti sangat maknanya mereka mampu membayar tanpa sebarang masalah tetapi bagi industri kecil dan sederhana saya rasa ianya terlalu tinggi.

Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada kementerian apakah mekanisme yang digunakan oleh kementerian dalam menentukan anggaran jumlah denda yang dikenakan? Ataupun adakah prinsip yang diguna pakai? Apakah prinsip yang diguna pakai? Buat masa ini, berapakah jumlah yang paling rendah yang pernah dikenakan dan berapakah jumlah yang paling tinggi yang dikenakan oleh kementerian?

■ 1530

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan kuasa Ketua Pengarah yang mana saya rasa Ketua Pengarah diberi kuasa sepenuhnya dalam melaksanakan arahan atau larangan supaya berhenti kerja sekiranya ada yang melanggar undang-undang. Persoalan saya, adakah larangan ini memberi kesan kepada lesen mereka dan adakah mereka yang diberi larangan ini disenaraihitamkan daripada sebarang projek alam sekitar pada masa-masa akan datang?

Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit mengenai keadaan jerebu yang berlaku di negara kita. Saya rasa masalah jerebu ini sudah bertahun-tahun berlaku. Saya difahamkan telah ada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang mana sepatutnya dapat membanteras lebih banyak kes jerebu. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa ia tidak berkesan. Buat masa ini masalah jerebu masih berlaku dan masih di tahap yang membahayakan pada hari-hari yang tertentu. Jadi, apakah kerajaan mempunyai mekanisme atau cadangan-cadangan lain untuk kita cuba membasmi keadaan jerebu yang semakin menjadi-jadi pada setiap tahun. Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit mengenai penguatkuasaan terhadap lori-lori sampah sebab saya rasa ini ada kalanya mencemar alam sekitar kita.

Kalau kita tengok lori sampah di Malaysia ini ada kalanya menakutkan dan saya rasa ada kalanya sedikit kotor apabila lori itu bergerak dan air-airnya tumpah dan berbau dan segala-galanya. Jadi, saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Saya difahamkan pada tahun 2011, kita telah menghantar pemimpin-pemimpin pelajar kita ke Sydney, Australia untuk membuat kajian mengenai pelupusan sampah tanpa mencemarkan alam sekitar. Saya juga ada membaca hasil kajian itu sedikit di mana ada tiga elemen yang dipraktikkan. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian melihat hasil kajian tersebut? Adakah kajian itu sesuai kita guna pakaikan di Malaysia supaya sistem pelupusan sampah kita menjadi lebih bersih dan berkesan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh sedikit mengenai peranan Jabatan Alam Sekitar yang mana peranannya lebih kepada penyiasatan, penguatkuasaan dan pengawalan terhadap keadaan kualiti alam sekitar. Cuma apabila kita meluluskan rang undang-undang ini, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian mempunyai pelan transformasi sendiri untuk melaksanakan tanggung jawab ini sebab saya rasa kita sentiasa meluluskan rang undang-undang tetapi penguatkuasaannya adalah tidak berkesan. Jadi, tidak gunalah kita lulus, lulus tetapi enforcement kita, dengan izin, tidak baik. Jadi, saya mohon kementerian beri penjelasan sama ada, adakah tenaga sumber manusia mencukupi atau mempunyai masalah-masalah lain supaya setiap rang undang-undang yang kita lulus itu kita dapat lihat kesannya pada kemudian hari. Saya juga ingin bertanya...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh mencelah sedikit?

Page 48: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

42 DR 16.7.2012

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Ya, boleh.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya harap sangat, point terakhir yang

dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi sangatlah penting iaitu bahawa sebarang rang undang-undang yang hendak dijadikan akta mestilah dipastikan benar-benar akan dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi, saya harap sangat supaya perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu akan mendapat jawapan yang tuntas daripada kementerian. Sebab perkara ini saya timbulkan, saya ambil kesempatan ini, beberapa peristiwa yang lalu, hal yang sama telah saya timbulkan untuk kementerian-kementerian tertentu tetapi tidak ada jawapan daripada kementerian berkenaan.

Oleh itu saya ingin menggarisbawahi, underlined, dengan izin, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi supaya kementerian menjawab. Apa langkah-langkah pelaksanaan yang hendak dilakukan untuk memastikan rang undang-undang ini benar-benar dapat dikuatkuasakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr.

Firdaus. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat sebab saya rasa kita membuat kajian dan kita membaca di sana sini untuk membahaskan di dalam Dewan. Jadi, kita hendak keputusan itu dapat kita lihat realitinya di kemudian hari.

Seterusnya, saya ingin bertanya juga kepada kementerian mengenai Jabatan Alam Sekitar ini sama ada di peringkat negeri, adakah kementerian mempunyai kuasa juga untuk memantau dan mengambil tindakan kepada aktiviti di peringkat negeri yang kita rasa membahayakan alam sekitar di sesetengah negeri. Sebab saya juga difahamkan kekangan oleh kementerian ada kalanya Jabatan Alam Sekitar ini mempunyai, dengan izin, limitation of power. Tidak dapat memberi arahan ataupun melaksanakan sebarang kesalahan terhadap tindakan yang dibuat di peringkat negeri.

Jadi, adakah kementerian mempunyai masalah ini ataupun kementerian boleh mengambil tindakan kepada pihak berkuasa negeri atau berkuasa tempatan sekiranya berlaku sebarang yang tidak baik yang berlaku. So, saya rasa, itu sahaja fakta-fakta yang ingin saya kemukakan. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin.

15.35 ptg.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang

Berhormat Menteri atas pembentangan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong pindaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri pada hari Khamis yang lalu kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana ia adalah satu langkah yang begitu penting sekali untuk memperkukuhkan dan memperkasakan lagi Jabatan Alam Sekitar dalam memastikan bahawa pencemaran kepada alam sekitar kita ini dapat ditangani dengan lebih tegas.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara sahaja yang ingin saya dapatkan penjelasan dan memberikan pendapat iaitu mengenai denda maksimum yang ditingkatkan dari RM100,000 kepada RM500,000. Saya ucapkan tahniah kerana ada usaha daripada kerajaan untuk menaikkan denda ini walaupun perkara ini sudah agak lama di bahas oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa jumlah denda RM500,000 adalah sedikit oleh sebab syarikat-syarikat yang membuat pencemaran ini adalah kebanyakannya adalah syarikat-syarikat gergasi. Pada mereka jumlah RM500,000 adalah sangat kecil berbanding dengan keuntungan atau turnover mereka yang berbilion-bilion ringgit setiap tahun.

Page 49: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 43

Dengan keuntungan yang lumayan setiap tahun, mereka ini lebih rela membayar denda daripada mereka menukar amalan-amalan mereka yang mencakupi pencemaran alam sekitar, udara, sungai dan sebagainya. Apakah perlu kerajaan meningkatkan lagi denda ini? Akan tetapi saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri akan memantau sama ada perkara ini perlu dipinda untuk masa yang akan datang. Saya harap ia dilaksanakanlah.

Saya juga berpendapat bahawa denda sahaja tidak mencukupi bagi syarikat-syarikat yang membuat kesalahan berulang kali atau repeat offender dan saya berharap agar Ketua Pengarah yang telah diberikan kuasa yang lebih luas dalam pindaan ini akan memastikan syarikat-syarikat ini tidak menunjukkan sifat kemaafan yang tinggi dengan mengarahkan mereka agar menghentikan atau menutup terus operasi dan syarikat mereka tanpa prejudis.

Kita harus sedar bahawa isu pencemaran alam sekitar amatlah dipandang serius dan haruslah ditangani dengan segera. Jika kita lihat di barat contohnya, di Parlimen mereka sekiranya ada isu-isu yang membabitkan alam sekitar, perkara ini menjadi hangat dan mereka sangat serius membahaskan perkara ini. Mereka sangat mengutamakan masalah ini dan menjadikan ia sebagai agenda utama negara mereka. Saya berharap kalau boleh saya ingin melihat selepas akta ini lulus, ada daripada syarikat ini didakwa di mahkamah dan ada di antara mereka mungkin kilang-kilang mereka ditutup sebab kita tidak boleh izinkan keuntungan mengatasi keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini. Sekian dan saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

■ 1540

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang

Berhormat Puan S. Bagiam.

3.41 ptg.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal: Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk turut serta dalam membahaskan pembentangan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Saya melihat terdapat beberapa pindaan dalam akta tersebut yang mana ada menyentuh tentang orang yang layak dan berwibawa serta kuasa-kuasa pengarah dan keanggotaan Ahli Majlis dan sebagainya. Saya cuma ingin tahu apakah kementerian dapat menjamin agar agensi pelaksanaan ini kini bersiap sedia untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan mantap.

Dari segi latihan pegawai mereka, dari segi pematuhan mereka mengenai hak dan kuasa dan sebagainya. Supaya apabila diberi kuasa untuk siasatan, kuasa untuk menangkap mereka dapat menggunakannya dengan berkesan. Susulan dengan ini juga saya ingin bertanya apakah kementerian yang bertanggungjawab ini mempunyai tenaga kerja yang mencukupi kerana pencemaran boleh berlaku di seluruh pelosok negara. Kekuatan pegawai penguat kuasa harus dipentingkan agar matlamat kerajaan dapat dicapai tanpa halangan dan rintangan. Aspek peruntukan kewangan juga harus diteliti kembali.

Tuan Yang di-Pertua dahulu kita jarang mendengar masalah yang berkaitan dengan alam sekitar ini mungkin wujudnya kesedaran kualiti kehidupan yang dikawal oleh alam sekitar. Akan tetapi sejak kebelakangan ini kita sering menghadapi masalah gangguan alam sekitar. Saya percaya fenomena ini wujud kerana pembangunan pesat serta membangunkan kawasan-kawasan luar bandar agar rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan sama seperti rakyat di bandar. Saya ingin bertanya apakah EIA sebagai satu badan penyelidikan dapat memastikan segala pembangunan yang dirancang ini dapat menjamin kualiti alam sekitar dan juga khasnya kehidupan liar di kawasan-kawasan luar bandar.

Saya menyeru agar kementerian dapat memberikan tumpuan yang sama berat terhadap binatang-binatang agar ekosistem pembiakan mereka juga terjamin. Jangan sampai binatang-binatang buas seperti harimau dan gajah dan lain-lain jenis binatang ini terkapai-kapai tanpa habitat yang sesuai kerana pembangunan. Apakah kementerian mempunyai garis panduan yang holistik bagi kawasan-kawasan sensitif alam sekitar.

Page 50: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

44 DR 16.7.2012

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit tentang kerjasama Kementerian Alam Sekitar dengan Kementerian Pengangkutan. Ini adalah kerana kita juga sedar bahawa pencemaran kualiti alam sekitar di kawasan-kawasan bandar juga boleh terjejas jika pengawalan yang mantap tidak dilaksanakan.

Apakah usaha yang telah diambil bagi memastikan agar bas dan lori serta jentera berat tidak melanggar peraturan-peraturan yang boleh menjejaskan kualiti udara? Akibat pencemaran daripada asap kenderaan yang tidak di selenggara dengan baik.

Setakat ini berapakah jumlah kenderaan yang telah di kompaun dan memiliki yang didakwa atas kesalahan pengeluaran asap yang melebihi kadar yang dibenarkan? Apakah usaha kerajaan dalam memastikan tahap kualiti udara di kawasan-kawasan bandar ini sentiasa dijamin? Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

Yang Berhormat Puan Roslin Rahman.

3.46 ptg.

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dengan ini saya mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Alam Sekeliling ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat kalau boleh berhenti sekejap. Saya ingin

menyarankan kepada semua Ahli Yang Berhormat kalau dengar Ahli-ahli Yang Berhormat berucap itu kalau sekiranya sudah menyentuh isu-isu yang telah disentuh kalau boleh jangan diulang lagi supaya pihak kementerian ambil ingatan dan jimatkan masa. Silakan Yang Berhormat.

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman: Okey terima kasih. Pertamanya saya

mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah membuat pindaan rang undang-undang ini yang memang tepat kena pada masanya. Rungutan-rungutan demi rungutan rakyat Malaysia mengenai aktiviti yang tidak mematuhi standard alam sekitar sentiasa kita dengari hampir setiap hari. Isu yang kerap kita dengar adalah pencemaran sama ada pencemaran udara, pencemaran air dan juga pencemaran bumi.

Pencemaran ini kadang-kadang melampaui sempadan negara maka dengan itu undang-undang amat penting bagi memastikan kualiti alam sekitar kita selamat dan tidak memudaratkan rakyat dan alam sekeliling. Bagi tujuan mempertingkatkan mutu alam sekitar maka undang-undang juga perlu diperkemaskan. Kakitangan dan juga penguasa bagi menjaga alam sekitar ini juga perlu diberi authority yang membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan dan lancar. Kakitangan mungkin tidak mencukupi maka sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita mestilah berusaha bersama-sama menjaga alam sekeliling kita. Nilai penjagaan alam sekitar perlu juga dipupuk di kalangan rakyat malah aktiviti penjagaan alam sekitar ini mestilah disemai seawal mungkin iaitu di peringkat sekolah lagi.

Jikalau di luar negara seperti Norway, Jepun malah Singapura sekolah-sekolah mereka ada menerapkan kurikulum penjagaan alam sekitar. Di Jepun ditubuhkan pasukan ala kadet yang memantau alam sekitar di sekolah, kawasan awam dan juga persekitaran kediaman mereka. Di Singapura remaja yang menghadiri National Service (Khidmat

Negara) diterangkan apakah peranan mereka menjaga alam sekitar dan tugas mereka sebagai mata dan telinga kerajaan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang alam sekitar. Malah mereka diberi penghargaan dan ganjaran jika dapat melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang alam sekitar. Kesedaran alam sekitar perlu juga diterapkan di universiti. Satu subjek pengajaran perlu diajar kepada para penuntut akan pentingnya mereka sebagai pemimpin masa hadapan yang beretika dengan alam sekitar.

Kesedaran tanggungjawab ini juga perlu diterapkan juga kepada seluruh masyarakat. Program-program yang berasaskan penjagaan alam sekitar perlulah diberi keutamaan oleh kerajaan. Geran program penjagaan alam sekitar perlu diberi kepada organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi menggerakkan aktiviti mereka dengan lebih aktif dan sempurna dipertanggungjawabkan juga kepada pihak swasta.

Page 51: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 45

Kerajaan perlu memberi inisiatif kepada pihak swasta yang ingin menyumbang kewangan mereka kepada aktiviti penjagaan alam sekitar ini. Pemantauan tradisional menggunakan manusia mungkin sudah tidak memadai. Memantau secara aerial iaitu dari udara, pemantauan menggunakan camera rate- berilusi tingi perlu digunakan.

Peralatan baru yang menyukat pencemaran udara, air dan bumi perlu ditambah. Sistem amaran awal perlu diwujudkan, pencemaran yang tidak nampak oleh mata kasar, tidak dapat di rasa oleh lidah, tidak dapat dipegang oleh tangan menjadi igauan dan cabaran kepada kita semua. Pengauditan yang telus dan penuh integriti memanglah dituntut.

■ 1550

Namun disarankan kerja audit ini juga haruslah dipantau sama oleh pihak luar yang bebas dari sebarang kepentingan. Laporan Audit Alam Sekitar haruslah dihebahkan kepada masyarakat umum. Sebagai rakyat yang berkongsi udara, air dan bumi, kita semua berhak untuk mengetahui apakah keputusan laporan itu. Amalan seperti mana di Britain, jika ada pencemaran, satu panel terus ditubuhkan oleh pihak kerajaan, malah juga oleh pihak NGO. Laporan Audit akan dipamerkan, perbahasan akan diadakan dan pelan tindakan bersama diambil bagi tujuan pembaikan.

Kesalahan mencemari alam sekitar adalah serius. Adalah masanya denda yang lebih tinggi dikenakan kepada pesalah dan pelbagai tindakan dikenakan supaya ia menjadi pengajaran kepada pelaku dan juga sebagai amaran kepada yang lain.

Kesalahan yang serius seperti membuang sisa toksik pepejal, membuang sisa radioaktif, mencemari udara dengan gas industri berbahaya memang perlu tindakan mandatori. Rakyat perlu disedarkan bahawa setiap kesalahan ada hukumnya. Poster-poster, risalah-risalah dan juga iklan-iklan perlulah diperhebat. Kesedaran kepada rakyat bahawa kesalahan mencemarkan alam sekitar merupakan satu kesalahan yang serius dan hukuman berat menanti mereka.

Penyabitan kesalahan para pelaku kesalahan alam sekitar ini bukanlah perkara mudah. Selain memerlukan bukti, proses perundangan memakan masa. Kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun bukanlah satu perkara yang mudah untuk membabitkan tertuduh. Namun penggunaan teknologi tinggi dapat membantu seperti mana dikatakan tadi, sistem pemantauan berkamera rate, tangkapan beraudio visual perlu digunakan

supaya pendakwaan boleh dibuktikan dengan bukti yang kukuh. Penerimaan bukti audio visual di saran menjadi bukti utama di dalam satu-satu kes.

Adalah disarankan dipertingkatkan lagi profesionalisme di kalangan kakitangan terbabit dengan ilmu pengetahuan terkini, kaedah penyiasatan, forensik bahan bukti, pengendalian peralatan dan lain-lain lagi. Perlindungan terhadap saksi dan pengadu amat penting dalam proses undang-undang. Pihak berwajib mestilah memberi perlindungan sepatutnya bagi membolehkan orang ramai tampil tanpa rasa takut untuk bekerjasama dalam kes-kes pencemaran alam sekitar. Jaminan haruslah juga diberi kepada pemberi maklumat. Begitu juga kepada pelapor. Malah jika mereka ingin identiti dirahsiakan, maka Akta Pelindungan seperti mana Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010 amatlah diperlukan.

Akhir sekali, sebagai manusia biasa, kita mestilah menyedari bahawa alam sekitar ini sebagai anugerah Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini. Semuanya akan dihitung amalannya dan diberi ganjaran dosa atau pahala. Sekali lagi, tahniah kepada kementerian dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Noriah.

3.53 ptg.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas ini dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling pada petang ini.

Page 52: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

46 DR 16.7.2012

Secara umumnya keseluruhan pindaan akta ini adalah suatu yang amat tepat dilakukan bagi menjamin kemapanan sumber asli dan alam sekitar negara. Melalui 22 pindaan yang dilakukan, sebenarnya ia memberi impak yang amat signifikan sama ada kepada pentadbir iaitu kerajaan atau masyarakat untuk menjamin kelestarian alam sekitar dalam usaha negara mencapai negara maju.

Merujuk kepada fasal 3 kepada pindaan tafsiran “orang yang layak” dalam pindaan ini, banyak perkataan “orang yang layak” digunakan dan sebagaimana yang dirujuk dalam

seksyen 2 ini. Manakala Ketua Pengarah mempunyai kuasa yang luas untuk menentukan orang yang layak.

Jadi di sini saya ingin meminta penjelasan daripada Menteri, adakah Ketua Pengarah mempunyai garis panduan tertentu dalam menentukan orang yang layak tersebut? Ini kerana orang yang layak dalam akta ini amat penting dalam memastikan matlamat dan tujuan akta ini diwujudkan dalam melaksanakan dengan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh pindaan seksyen 34A yang menyentuh berkenaan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling yakni EIA dengan mengadakan dan menggantikan beberapa peruntukan baru yang boleh memberi implikasi besar kepada pelaksanaan EIA di negara ini dan seterusnya penjagaan alam sekitar secara amnya. Laporan penilaian alam sekeliling yakni EIA adalah bertujuan untuk mencegah, mengurang atau mengawal impak atau risiko alam sekitar kesan dari sesuatu projek yang ingin dibangunkan. Pelaksanaan EIA telah dikuatkuasakan pada 1 April 1988 di negara ini dan telah diwajibkan kepada 19 jenis aktiviti. Ia juga merupakan satu kaedah yang boleh menjamin keharmonian kehidupan manusia di dalam alam sekitar mereka. EIA juga telah memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya kerana EIA merupakan suatu kaedah terbaik bagi membentangkan sesuatu cadangan sesuatu pembangunan.

Namun begitu, hari ini selepas lebih daripada 23 tahun pelaksanaannya, masih banyak lagi kelemahan EIA yang diperkatakan. Antara yang banyak dikatakan adalah kelemahan penulisan Laporan EIA terutamanya berkenaan pernyataan impak terhadap alam sekitar dan langkah penebatan. Kebanyakan impak kepada alam sekitar dinyatakan secara umum seperti impak ekologi, impak kepada flora dan fauna. Sebagai contoh, satu kajian terhadap 42 laporan awal EIA berkaitan dengan aktiviti kuari di negara ini, tujuh daripada laporan ini langsung tidak menyatakan ulasan impak ekologi walaupun kawasan aktiviti ini terletak di kawasan hutan simpan dan batu kapur. Sebaliknya menyatakan secara umum dan tiada satu pun Laporan EIA tersebut yang cuba untuk menyatakan impak secara kuantitatif ataupun yang mengukur sebanyak mana kehilangan yakni habitat spesies yang mungkin berlaku kesan daripada projek yang akan dijalankan.

Jadi apakah inisiatif yang dilakukan oleh kementerian dalam memastikan penulisan Laporan EIA ini memenuhi kehendak dan matlamat serta keperluan laporan tersebut? Apakah orang yang layak yang mengemukakan laporan benar-benar mempunyai kemahiran dan terdedah dengan latihan dari semasa ke semasa dalam memastikan laporan yang dikeluarkan efektif bagi membantu kerajaan memastikan kualiti alam sekitar yang cukup baik di negara ini.

Seterusnya berkenaan penyataan langkah penebatan. Sebahagian besar Laporan EIA adalah bersifat umum dan langkah penebatan dicadangkan hanya untuk sementara dan terhad dalam mengawal kemusnahan alam sekitar. Langkah penebatan yang dicadangkan juga tidak dilaksanakan dan kurang dipatuhi oleh pemaju projek. Sebagai contoh, perlombongan di lereng bukit dan puncaknya boleh menjejaskan yakni estetik di kawasan sekitar. Kaedah untuk mengurangkan gangguan visual ini perlu dipertimbangkan pada peringkat perancangan awal projek. Penyataan ini sangat umum sedangkan bagi menjamin pelaksanaan EIA mencapai matlamatnya, satu perkara penting adalah setiap impak yang menjejaskan alam sekitar perlu diterangkan dan dipetakan menurut spesifikasi dan lokasi dan langkah penebatan mestilah khusus kepada impak yang dijangkakan. Justeru, pindaan seksyen 34A(2A), (2B) dan (2C) tepat pada masanya dan diharapkan dapat memastikan laporan ditulis benar-benar mewakili isu alam sekitar yang terjejas dan pakar runding yang dilantik haruslah bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

Page 53: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 47

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kelemahan pelaksanaan EIA juga banyak bergantung kepada jumlah kos pembiayaan pelaksanaan. Untuk makluman, pelaksanaan EIA di negara ini dilakukan oleh pihak pakar runding, konsultan yang mendapat tawaran melalui tender oleh pemaju projek dan lazimnya konsultan yang ditawarkan adalah yang paling rendah bayarannya tanpa mengira keupayaan kepakaran mereka dalam melaksanakan EIA ini.

■ 1600

Dalam keadaan ini, pelaksanaan EIA hanyalah sebagai memenuhi syarat semata-mata dan dilaksanakan secara ambil mudah seperti tidak melaksanakan kajian lapangan atau tidak pergi pun ke tapak projek, malahan lebih teruk lagi mengamalkan kaedah cut and paste daripada laporan EIA yang lain.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Justeru, cadangan untuk mengadakan penyelenggaraan kepada senarai orang yang layak melakukan penilaian alam sekeliling amatlah dialu-alukan. Juga dicadangkan agar senarai ini haruslah disemak dari semasa ke semasa agar integriti dan kelayakan mereka sentiasa di nilai oleh pegawai JAS terutamanya kepada konsultan yang didapati menyediakan laporan EIA yang lemah atau laporan EIA yang tidak diluluskan haruslah dibatalkan kelayakannya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Puan Khairiah binti Mohamed. Silakan.

4.01 ptg.

Puan Khairiah binti Mohamed: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana

membenarkan saya membahaskan sedikit berkenaan dengan rang undang-undang alam sekitar. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di dalam Islam adalah bukan suatu konsep yang asing bahkan ia telah pun lama ditetapkan melalui ayat-ayat Al-Quran sebagaimana Firman Allah... [Membaca surah Al-A’raf:56] Bermaksud, “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang membuat kebaikan”.

Jadi, jelas melalui ayat ini bahawa membuat kerosakan di muka bumi adalah diharamkan melainkan wujud satu kemaslahatan bagi manusia itu sendiri. Manusia dibenarkan untuk menggunakan kemudahan air, kemudahan udara, tanah tetapi tidak sehingga merosakkan muka bumi itu sendiri. Ini kerana kerosakan itu akan menyebabkan kerosakan ataupun bala yang lebih besar lagi.

Perkara ini selaras dengan apa yang telah disebut di dalam buku dengan izin, ‘An Inconvenient Truth: The Crisis of Global Warming’. Di dalam buku ini, Al Gore pengarangnya mengatakan, dengan izin, “Global warming is not caused by natural forces beyond our control but human being are the main cause of the problem”. Perkara ini sekali lagi selaras dengan apa yang telah disebut dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia”. Begitu jelas konsep pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di dalam Islam.

Seterusnya, saya memandang krisis persekitaran sebenarnya adalah krisis moral. Krisis ini berlaku bila mana seseorang memandang sesuatu aktiviti, membuat sesuatu aktiviti tanpa bertimbang rasa. Mementingkan diri sendiri tanpa melihat kepada kesan dan akibat perbuatannya kepada alam sekitar dan juga manusia lain. Contoh, pembangunan yang membawa kepada hakisan, pembangunan yang membawa kepada banjir.

Page 54: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

48 DR 16.7.2012

Ini adalah contoh manusia-manusia yang telah terhakis ataupun telah mengalami krisis moral, tidak memandang kesan dan akibat perbuatannya. Jadi, saya memandang perkara ini sangat serius di mana tindakan di peringkat pendidikan awal perlulah dibuat. Saya memuji tindakan pihak-pihak Kementerian Pelajaran di mana mereka telah menjadikan isu persekitaran sebagai isu pendidikan di mana pendidikan tentang alam sekitar telah pun didedahkan semenjak kecil lagi iaitu saya melihat sukatan pelajaran anak saya di Darjah 6. Mereka telah pun diajar dengan izin, ‘waste management’ dengan kaedah 3R iaitu ‘reuse, recycle dan reduce’. Itu satu langkah kerajaan yang sangat baik.

Seterusnya dalam pendidikan moral sendiri, anak-anak kita telah diajar tentang menyayangi alam sekitar, keharmonian antara manusia dan alam sekitar dan kemapanan alam sekitar serta peka terhadap isu alam sekitar. Seterusnya di dalam subjek Geografi STPM, sekali lagi anak-anak kita telah didedahkan dengan isu alam sekitar berkenaan dengan global warming, berkenaan dengan rumah kaca. Semua itu telah diajar. Saya melihat perlu ada kesinambungan di antara apa yang dipelajari di sekolah dengan apa yang diamalkan, apa yang disajikan di luar. Sebagai contoh, anak kita balik di rumah, dia akan berbincang dengan kita subjek yang belajar di sekolah berkenaan dengan tiga pengasingan sampah iaitu sampah kertas di dalam tong biru, sampah kaca di dalam tong coklat, sampah tin, aluminium ataupun plastik di dalam tong jingga. Akan tetapi, adakah kita kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur sebagai kesinambungan pengajian mereka di sekolah? Saya...

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Mohon mencelah Tuan Yang di-

Pertua. Mohon mencelah, boleh izin?

Timbalan Yang di-Pertua: Bolehkah Yang Berhormat?

Puan Khairiah binti Mohamed: Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi...

Timbalan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Yang Berhormat.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: 3R – ‘reuse, reduce and recycle’ dan

ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Yang Berhormat tadi menampakkan satu cara kebersihan di dalam Islam yang sangat dititikberatkan. Soalan saya, adakah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi dipraktikkan di negeri-negeri di bawah pimpinan pembangkang seperti Selangor dan Kelantan Yang Berhormat? Terima kasih. Mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat. Silakan.

Puan Khairiah binti Mohamed: Saya akan menyebut di Kelantan. Saya tidak

habis lagi ucapan tadi. Saya ingin menyebut contoh di Kelantan. Kempen Kitar Semula telah dilancarkan sekitar tahun 2003 atau tahun 2004. Saya tidak pasti tahunnya, tetapi lebih kurang tahun 2003 atau tahun 2004. Akan tetapi, kempen hanya setakat kempen. Pada hari kempen kita diberikan untuk seluruh negeri Kelantan kita diberikan 10 unit tong. Kemudian, apa yang dijanjikan untuk menghantar lebih banyak tong sampah berkenaan tidak dibuat sehingga ke hari ini. Saya mendapat pengesahan tersebut daripada Majlis Perbandaran Kota Baharu sendiri, tempat yang saya pernah bekerja. Saya rasa perkara itu, itu adalah kempen daripada KPKT, tetapi janji tidak ditunaikan. Kegagalan mungkin berpunca daripada KPKT sendiri. Itu jawapan saya.

Seterusnya, saya juga mengalu-alukan beberapa kempen yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya, kempen tidak menggunakan beg plastik pada hari Sabtu dan seterusnya salah sebuah PBT di Selangor telah membuat peraturan tidak menggunakan bekas-bekas polystyrene bagi penjaja-penjaja. Itu adalah satu tindakan sangat baik dan pro kepada alam persekitaran yang lebih sihat. Saya menggesa selepas kempen-kempen ini, perkara-perkara ini dibuat dalam bentuk undang-undang bagi membolehkan penguatkuasaan. Selepas kita mendapati pendidikan kepada masyarakat telah pun dijalankan, kita teruskan dengan penguatkuasaan bagi memastikan alam sekitar yang lebih sihat.

Page 55: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 49

■ 1610

Seterusnya saya melihat daripada sudut perintah larangan dan berhenti kerja. Satu cerita diceritakan dalam buku oleh ar-Rumi pada masa tersebut, kadi ataupun pemerintah telah memerintahkan pegawainya untuk menjalankan pemeriksaan di jalan-jalan. Kemudian pegawai telah mendapati wujud satu binaan di jalan yang boleh membahayakan pengguna. Seterusnya beliau telah melaporkan kepada pemerintah dan beliau telah meminta supaya pemilik pagar berkenaan supaya meruntuhkan dengan segera. Namun demikian pemilik rumah tersebut, pemilik binaan tersebut merayu supaya ditangguhkan. Perkara tersebut telah disampaikan semula kepada pemerintah tetapi pemerintah menolak dengan alasan keadaan binaan itu membahayakan dan tidak boleh ditangguhkan walaupun sehingga malam.

Jadi dalam hal ini saya merujuk kepada perintah larangan dan pemberhentian kerja yang dibuat melalui pindaan melalui seksyen 34AA. Cuma saya ingin memohon sedikit penjelasan saya menyokong kepada draf perintah ini. Akan tetapi saya ingin memohon penjelasan perihal berkenaan dengan perintah pemberhentian kerja dan membaik pulih. Adakah boleh dibuat secara serta-merta? Sekiranya baik pulih gagal dilaksanakan oleh tuan punya aktiviti adakah kerajaan boleh melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan kos ditanggung oleh orang berkenaan? Saya mohon jawapan dan penjelasan berkenaan seksyen 34AA itu tadi.

Seterusnya di dalam pentafsiran di dalam rang undang-undang ini tafsiran rancangan kemajuan adalah merujuk kepada rancangan pemajuan di bawah Akta 172 iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa. Di mana rancangan pemajuan di bawah Akta 172 adalah bermaksud rancangan tempatan dan jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu rancangan struktur bagi kawasan itu. Bagi hal Akta 172 antara kelemahan penguatkuasaan di dalam Akta 172 ialah melibatkan bila mana rancangan tempatan bagi kawasan-kawasan itu tidak digazet. Jadi kemungkinan apabila rancangan tempatan tidak digazet, ini memberi kesan kepada Akta 127 yang kita bincangkan sekarang.

Jadi saya mohon untuk mendapatkan penjelasan berkenaan jumlah rancangan tempatan yang ada dan jumlah rancangan tempatan yang digazet dan belum digazet. Saya menggesa rancangan tempatan ini disegerakan untuk digazet semua sekali bagi membolehkan penguatkuasaan yang lebih perkasa bagi kedua-dua akta di bawah Akta 172 dan di bawah Akta 127.

Seterusnya isu alam sekitar di dalam Perlembagaan Malaysia. Jika kita merujuk kepada perlembagaan tidak ada satu klausa yang khusus, artikel yang khusus yang membincangkan tentang hak ke atas alam persekitaran yang bersih dan selesa kepada warganegara Malaysia. Apa yang disebut di dalam Artikel 5, Perlembagaan adalah hak untuk hidup, yang mana Mahkamah Rayuan pada tahun 1996 telah mentafsirkan secara kreatif peruntukan hak untuk hidup yang termaktub Artikel 5, Perlembagaan dan menyatakan hidup menggabungkan semua aspek yang merupakan bahagian utama kehidupan itu sendiri dan perkara yang membentuk kualiti kehidupan. Ia termasuklah hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bebas pencemaran dan sihat.

Walau bagaimanapun pendekatan progresif Mahkamah Rayuan mentafsirkan Artikel 5 telah diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2002. Juga mengambil pendekatan harfiah dengan mengatakan artikel itu hanya untuk perampasan kehidupan dan kebebasan diri seseorang. Jadi Artikel 5 hanya adalah tidak termasuk hak rakyat untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih, selamat dan mapan. Sehubungan itu saya mohon kemungkinan perlu kepada suatu penelitian berkenaan dengan perlindungan hak alam sekitar di dalam perlembagaan.

Satu lagi yang ingin saya utarakan di sini ialah berkenaan dengan pertindihan Akta 127 dengan Akta Kerajaan Tempatan. Pihak Menteri baru-baru ini semasa taklimat mengatakan tidak ada pertindihan. Cuma saya ingin maklumkan di sini beberapa peruntukan dan saya mohon penjelasan yang lebih detail, iaitu di mana di dalam Akta

Kerajaan Tempatan di bawah seksyen 65 dan seksyen 70 menyebut tentang pencemaran anak sungai iaitu melakukan kacau ganggu dalam mana-mana anak sungai dan pencemaran anak sungai dengan sampah perdagangan. Juga di dalam seksyen 80, dan seksyen 81 berkenaan dengan kacau ganggu.

Page 56: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

50 DR 16.7.2012

Di dalam tafsiran kacau ganggu di dalam Akta Kerajaan Tempatan mengatakan perbuatan atau peninggalan yang menyebabkan kegusaran kepada penglihatan, bau, pendengaran atau yang membahayakan kesihatan harta atau keselamatan.

Di samping ada juga peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan dan undang-undang kecil di bawahnya berkenaan dengan pembakaran terbuka. Khususnya di bawah Undang-undang Kecil Pembuangan dan Pelupusan Sampah di mana pembakaran terbuka tidak dibenarkan. Sehubungan itu saya mohon penjelasan berkenaan dengan bidang kuasa ini yang saya rasa agak bertindih dengan bidang kuasa Akta 127 yang mana ia juga ada melibatkan tentang pencemaran bau, pencemaran tanah, pencemaran bunyi bising dan juga pembakaran terbuka. Saya mohon penjelasan yang lebih lengkap. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Boon Som a/l Inong. Silakan Yang Berhormat.

4.18 ptg.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang berbahas berkenaan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua secara umumnya keseluruhan pindaan akta ini adalah sesuatu yang amat tepat sekali, tepat pada masanya sekali. Saya sentuh pindaan seksyen 4 iaitu berkenaan Ahli-ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling. Antara fungsi utama Majlis Kualiti Alam Sekeliling adalah sebagai bada penasihat kepada Menteri atau perkara yang berkaitan alam sekitar. Juga sebagai badan yang penting untuk penjagaan isu alam sekitar malahan di setengah negara ianya menjadi badan untuk mengiktirafkan kepakaran ahlinya terhadap alam sekitar.

Tahniah kepada kerajaan kerana telah memberi peluang kepada wakil NGO yang berkaitan dengan alam sekitar sebagai ahli baru dalam majlis ini. Pada pandangan saya sebaiknya juga Ahli Parlimen harus mempunyai wakilnya memandangkan isu-isu alam sekitar banyak dibahaskan di Dewan ini dan juga telah menjadi antara topik penting persidangan antarabangsa seperti AIPA dan CPA. Pada pendapat saya majlis ini juga harus diberi kuasa tertentu yang boleh menyelesaikan masalah pertelingkahan atau konflik antara kerajaan negeri dan Persekutuan berhubung projek berkepentingan ramai, projek-projek yang berkontroversi dan juga dalam projek-projek yang beri kesan besar kepada alam sekitar dan manusia seperti pembalakan yang berleluasa di negeri Kedah dan juga pengambilan pasir di negeri Selangor.

Ini kerana banyak perkara yang berkaitan dengan sumber alam sekitar seperti tanah dan sungai terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sering kali projek berkepentingan ramai atau baik untuk pembangunan ekonomi negara dipolitikkan. Sebagai contoh isu projek Lynas. Walaupun banyak kebaikan projek itu terutamanya kepada pembangunan teknologi hijau negara dan juga pendapatan negara, projek ini terpaksa ditangguhkan dan telah dijadikan modal politik sesetengah pihak.

■ 1620

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan fasal 8, fasal 9 dan fasal 10 mengenai tabung alam sekeliling. Pentadbiran tabung iaitu anggota majlis pentadbiran dan penyumbang dana. Pembentukan tabung kualiti alam sekeliling ini dasarnya adalah untuk mengadakan dana bagi tujuan menjalankan penyelidikan berhubungan dengan aspek pencemaran dan pencegahan pencemaran, memulihkan pencemaran, melaksanakan penjagaan alam sekitar.

Tabung alam sekeliling dilihat sebagai satu alat penting bagi negara untuk melaksanakan agenda dan pelan pembangunan alam sekitar negara. Malahan di peringkat antarabangsa pelaksanaan tabung alam sekeliling dikatakan menjadi kaedah terbaik bagi mempromosi pembangunan lestari dan penjanaan biodiversiti. Merujuk kepada seksyen 36D (a) iaitu mengenai caruman kumpulan wang tabung alam sekeliling dengan memasukkan perkataan atau gas selepas perkataan minyak. Penerokaan, pengeluaran, penapisan penghasilan pergerakan pukal pengagihan atau penstoran minyak atau gas.

Page 57: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 51

Perkara ini amat baik memandangkan prospek dan pembangunan industri gas negara yang semakin berkembang.

Namun pada pandangan saya, melihat kepada pembangunan teknologi hijau dunia seperti pembangunan tenaga solar dan pembangunan kereta hibrid dan lain-lain yang semakin berkembang. Apakah kerajaan bercadang untuk memasukkan elemen lain seperti nadir bumi ataupun rare earth di dalam klausa tersebut? Ini kerana elemen nadir bumi ini

seperti yang tidak kita maklum merupakan bahan asas yang digunakan dalam sebahagian besar produk pengguna hari ini iaitu dari handphone hinggalah kepada kereta elektrik.

Kita maklumkan antara sumber utama tabung alam sekeliling ialah datangnya daripada pihak kerajaan dan juga penghasilan daripada aktiviti yang berkaitan dengan perkara-perkara yang memberi risiko pencemaran alam sekitar atas dasar debt for nature swaps. Saya difahamkan bahawa di peringkat antarabangsa kita juga telah mendapat peruntukan untuk tabung alam sekitar ini dan banyak tabung sekali atau environment fund di peringkat antarabangsa seperti The Mexican Nature Conservation Fund, Jamaica National Park Trust, Brazilian Bio Diversity Funds, Bhutan Trust For Environment dan lain-lain telah mendapatkan dana daripada badan antarabangsa seperti World Bank dan Global Environment Facilities.

Di sini mohon penjelasan, sehingga kini adakah kerajaan menerima apa-apa geran dari peringkat antarabangsa seperti World Bank dan UNDP atau apakah program

penyelidikan berkaitan alam sekitar yang mendapat bantuan peruntukan geran dan badan-badan antarabangsa? Bagi tujuan menggalakkan pihak individu atau swasta membuat sumbangan pada tabung ini, adakah kerajaan bercadang untuk memberi insentif pelepasan cukai kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada tabung ini.

Selain itu juga dicadangkan bahawa syarikat-syarikat asing yang melabur di negara ini yang berisiko kepada alam sekeliling atau berasaskan kepada penggunaan sumber asli negara atau projek yang memerlukan pelaksanaan EIA hendaklah diwajibkan menyumbang ke dana alam sekeliling ini. Adalah juga dicadangkan supaya kilang-kilang didapati bersalah oleh mahkamah kemudian melakukan semula kesalahan berulang-ulang hendaklah diwajibkan menyumbang kumpulan wang alam sekitar.

Merujuk kepada pindaan seksyen 36E (a) iaitu berkaitan dengan pemakaian kumpulan wang dengan memasukkan perkataan kajian audit alam sekeliling atau apa-apa aktiviti yang difikirkan patut bagi Menteri, pindaan yang dilakukan amatlah tepat memandangkan isu alam sekitar amat luas bidangnya. Mohon penjelasan sehingga kini ada apakah projek atau aktiviti yang telah menggunakan dana tabung alam sekeliling ini? Apakah strategi kerajaan untuk mengekalkan atau menambahkan dana untuk menjana pendapatan daripada aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan tabung alam sekeliling?

Ini adalah penting kerana kajian menunjukkan bahawa sekiranya strategi dan program-program yang kurang tepat akan menyebabkan dana itu tidak berfungsi dan gagal dicapai objektifnya. Kajian yang dijalankan World Conservation Unions mengatakan program alam sekitar yang ingin dilibatkan dengan tabung ini haruslah bersifat signifikan dan mempunyai kaedah atau tindakan yang bersesuaian dan sifat jangka panjang dan boleh memastikan penjanaan dalam tabung.

Justeru itu, dalam program penggunaan kumpulan wang ini adakah kerajaan bercadang untuk memberi keutamaan kepada masalah alam sekitar yang memberi risiko besar kepada masyarakat? Adakah dicadangkan agar program pemuliharaan sungai harus diberi keutamaan memandangkan banyak program pemuliharaan sungai di negara ini masih lagi kurang berjaya dan tidak banyak perubahan malahan di setengah tempat, sungai semakin tercemar terutama sekali di Sungai Muda, negeri Kedah?

Jadi kita dapati banyak kejadian banjir dan banjir kilat di negara ini berpunca daripada limpahan sungai yang semakin cetek. Sungai juga boleh meningkatkan pendapatan negara sama ada dalam aspek pelancongan ataupun sumber air negara. Sebagai contoh negara Korea Selatan yang telah menukar Terusan Cheong Gyecheon yang mengalami pencemaran teruk dan pernah ditutup dengan konkrit sepanjang 5.8 kilometer kepada mercu tanda kenegaraan dan kelestariannya. Seoul dalam tempoh 40 hari ia dibuka pada tahun 2005, ia telah berjaya menerima lebih 50 juta pengunjung.

Page 58: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

52 DR 16.7.2012

Begitu juga dengan program mengindahkan sungai Melaka yang berjaya menjadi daya penarik industri pelancongan Melaka dan secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Melaka.

Adalah diharapkan agar projek 'river of life' yang dirancang untuk membaik pulih sungai Kuala Lumpur akan menjadi kenyataan. Biarlah dimaklumkan bahawa projek sepanjang 10.7 kilometer ini mempunyai peruntukan sebanyak RM4 bilion namun untuk jangka masa panjang bagi tujuan penjagaan khususnya peruntukan dana daripada tabung alam sekitar ini amatlah diperlukan.

Di sini saya juga memohon penjelasan mengenai status penubuhan tabung kawasan kuari seperti yang dicadangkan oleh kementerian. Adakah ia melibatkan penggunaan dana daripada tabung alam sekeliling atau badan manakah yang akan mentadbir tabung ini? Juga Mohon penjelasan bagaimana proses untuk mendapatkan bantuan tabung alam sekeliling ini? Adakah ia terbuka kepada pihak individu atau pihak NGO? Apakah jenis audit alam sekeliling yang boleh menggunakan dana tabung ini? Seperti yang dimaklumkan banyak daripada proses audit alam sekeliling dilakukan oleh pakar runding swasta, mengapa harus dana tabung digunakan?

Saya mohon menyokong usul ini tetapi saya setuju dengan Datuk Rahman dan Yang Berhormat Senator yang lain menyatakan bahawa kuasa ketua pengarah terlalu luas. Jadi, saya mohon pihak kementerian supaya mengkaji semula kuasa ini dan meneliti semula supaya- saya mengesyorkan supaya satu panel khas lebih transparent diguna pakai bagi tujuan ini. Saya melihat bahawa sebanyak 12 perkara turun kuasa kepada ketua pengarah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang

Berhormat Datuk Paul Kong.

4.28 ptg.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mempunyai persisiran pantai yang panjang sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak di mana terdapat banyak pantai dan kampung yang terletak di sepanjang kawasan pantai. Sabah di mana kebanyakan bandar besarnya terletak di persisiran pantai termasuklah ibu negerinya Kota Kinabalu. Bandar-bandar lain adalah Sandakan, Tawau, Kudat, Lahad Datu, Sipitan, Kunak, Papar dan beberapa buah perkampungan lagi yang terletak berhampiran pantai menghadap Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Tuan Yang di-Pertua, Kota Kinabalu yang perjalanannya cuma di antara 10 minit ke 15 minit sahaja membolehkan kita sampai ke kawasan pantai yang sangat indah dengan air laut yang membiru. Pulau yang besar seperti Pulau Gaya yang berhampiran mempunyai satu kawasan yang besar dengan Taman Laut dan beberapa buah pulau lain yang berhampiran dikenali sebagai Taman Marin Tunku Abdul Rahman.

■ 1630

Sebahagian kecil selebihnya pula menghadap terus ke Kota Kinabalu dan bahagian pulau ini merupakan kawasan yang dimiliki secara persendirian. Satu kawasan yang besar yang dikenali sebagai perkampungan air telah tumbuh seperti cendawan lepas hujan sejak 40 tahun lalu. Dengan mudah beribu-ribu rumah di kawasan perkampungan air ini dibina secara haram dan telah pun melebihi jumlah rumah yang dibina secara sah. Rumah-rumah yang dibina secara tidak sah ini pula menghadap bandar Kota Kinabalu.

Tuan Yang di-Pertua, laut di mana perumahan di atas air yang dibina secara haram ini telah menjadi satu kawasan pembuangan sampah, tempat mandi dan jamban kepada beribu-ribu orang yang tinggal di dalamnya dan telah menyalahgunakan kawasan serta menjadikan Pulau Gaya sangat tercemar dengan pelbagai sampah yang terapung di permukaan laut dan pemandangan ini dapat dilihat dari jarah jauh. Menambahkan lagi parahnya keadaan ialah perkampungan haram ini telah berkembang melalui pantai ke bandar Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Sembulan, Likas, Petagas dan Putatan.

Page 59: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 53

Jika keadaan ini tidak diambil tindakan segera ia akan menjadi parah kepada pihak kerajaan dan bandar Kota Kinabalu akan menjadi tong sampah tercemar dan sebagai sebuah bandar yang tidak lagi sebagai bandar alam semula jadi.

Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja perkampungan air tadi mencemarkan laut dan alam sekelilingnya tetapi juga menyakitkan pandangan mata kepada mereka yang ada di sekelilingnya di samping memberikan tanggapan buruk kepada pelancong antarabangsa yang melawat Sabah yang kenali sebagai ‘Negeri Di Bawah Bayu’.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang yang jarang-jarang ini ingin membuat saranan dan berharap pihak kerajaan akan bertindak segera dengan menubuhkan satu pasukan special task force yang bertujuan khas untuk membersihkan laut di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu ini. Sebagai permulaan saya menyarankan mereka yang membina penempatan atau rumah secara haram di Pulau Gaya ini dipindahkan atau relocate ke satu kawasan di daratan.

Pemindahan ini juga hendaklah diambil tindakan terhadap kependudukan secara haram di Petagas, Putatan dan Likas. Perancangan ini hendaklah diberikan dalam jangka masa 10 tahun selepas semula telah berjaya dilaksanakan satu tumpuan khusus hendaklah dilakukan iaitu membersihkan secara menyeluruh pencemaran di dasar laut dan permukaan laut serta di kawasan-kawasan pantainya untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar alam semula jadi.

Tuan Yang di-Pertua, penebusan untuk tujuan penempatan atau mendatangkan kemudaratan terhadap kehidupan laut dan ekosistemnya. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyarankan satu ketetapan menidakkan hak kepada kerajaan negeri untuk memberikan sebarang kelulusan di masa hadapan kepada sebarang tujuan penebusan terutama di Kota Kinabalu. Untuk masa ini sebenarnya hampir separuh bandar Kota Kinabalu telah pun dibina di atas tanah yang ditempuh dari laut.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah difahamkan bahawa terdapat beberapa kelulusan untuk tujuan penebusan atau penambakan tanah dari laut yang diberikan oleh kerajaan negeri Sabah terhadap penambakan sepanjang pantai di antara Kota Kinabalu ke Kinarut. Oleh kerana kerja-kerja yang akan dijalankan oleh mereka akan memberikan satu kesan atau impak yang besar kepada ekosistem alam sekitar, maka saya merayu kepada pihak kerajaan untuk sementara mengkaji semula atau dengan niat membatalkan kelulusan yang telah diberikan atau mengenakan satu terma dan syarat yang ketat untuk memastikan bahawa alam sekitar tidak terdedah kepada kerosakan yang ekstensif di mana kerja-kerja penambakan akan dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah melakukan apa sahaja yang terdaya oleh kita dalam mempertahankan alam sekitar atau sekeliling daripada musnah untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Kita mesti memastikan faedah itu kepada itu kepada anak cucu di masa hadapan. Kita tidak boleh bertindak secara tamat pada hari ini untuk faedah sementara. Kita mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan planet atau bumi ini sebagai satu tempat yang selesa untuk dihuni oleh umat manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat Terima kasih. Seterusnya

saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Silakan Yang Berhormat.

4.37 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali

saya ingin menyentuh mengenai Bukit Koman di Raub. Tuan Yang di-Pertua, satu kajian kesihatan rambang yang dijalankan pada Mei 2012 ke atas 338 penduduk di Bukit Koman di Raub, Pahang menunjukkan keputusan yang mencemaskan dan membimbangkan. Kira-kira 50 peratus penduduk mengalami penyakit kulit dan sakit mata. Manakala 40 peratus lagi mengalami batuk berterusan.

Dalam kajian rambang itu juga terdapat lapan kes kanser di kalangan responden dan 35 peratus yang ditemu ramah mengadu mengalami pening dan kelesuan. Penduduk percaya ia berpunca daripada lombong emas yang dihidupkan semula yang jaraknya hanya beberapa ratus meter dari Kampung Bukit Koman.

Page 60: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

54 DR 16.7.2012

Bukit Koman adalah sebuah kampung kecil yang didiami 300 buah keluarga. Kebanyakan penduduk Kampung Bukit Koman berketurunan Lombong yang berasal dari Raub, bandar yang hanya bersebelahan dengan kampung tersebut yang pernah dikenali sebagai ibu negeri emas selepas Malaya.

Dengan kenaikan semula harga emas, syarikat Raub-Australia Gold Mining memulakan operasi yang menelan kos berjuta-juta dolar menggunakan kaedah baru untuk mengeluarkan emas dari bekas lombong yang ditinggalkan sejak berdekatan lalu. Pada tahun 2008 Jawatankuasa Bertindak Bukit Koman terhadap penggunaan cyanide dalam perlombongan emas telah mengumpulkan 10,000 tandatangan menyuarakan bantahan mereka terhadap penggunaan cyanide dalam kemudahan perlombongan. Mereka juga mengemukakan cabaran undang-undang supaya menghentikan operasi dalam permintaan mereka untuk semakan kehakiman Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Akan tetapi permohonan mereka telah dibatalkan tahun lepas.

Banyak permintaan mereka untuk mengadakan dialog dengan syarikat dan kerajaan yang telah meluluskan kemudahan perlombongan telah diendahkan. Pada masa ini menuntut seperti memorandum mereka yang telah diserahkan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Jun 2009 akan dilaksanakan serta-merta. Antara permintaan mereka ialah kerajaan mengambil tindakan segera untuk menangani kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang aktiviti perlombongan yang berterusan dan mengeluarkan arahan kepada syarikat ini untuk menghentikan kerja serta-merta.

■ 1640

Harap Menteri memberi maklumat berkenaan hal ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai pemeuliharaan dan pembersihan sungai. Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memeulihara dan membersihkan sungai tetapi pada setakat ini keadaan banyak sungai tidak baik dan ada juga sungai-sungai yang besar setengah mati ataupun telah mati. Ini sangat menyedihkan kerana ada bandar-bandar besar daripada negara-negara maju yang boleh memelihara sungai di bandar-bandar mereka, terdapat juga ikan-ikan yang boleh hidup di sungai-sungai mereka, tetapi kenapa kita tidak boleh memelihara sungai-sungai kita.

Di negara kita ini bergantung kepada sungai untuk bekalan air. Oleh itu sungai mesti dipelihara dan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk memelihara dan memulihkan sungai-sungai yang telah mati. Ketiga, mengenai jerebu. Bila negara dilanda...

Tuan Lee Cheam Choon: Mohon mencelah.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: ...Dilanda dengan jerebu..

Tuan Lee Cheam Choon: Minta mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh kah? Silakan.

Tuan Lee Cheam Choon: Saya tidak faham mengenai sungai separuh mati dan

sungai sudah mati, apa maksudnya?

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih, sungai yang mati ertinya sangat

tercemar, dan tidak boleh dipulihkan dan ini mengambil satu usaha yang sangat besar untuk dipulihara. Manakala yang tengah mati ialah sudah banyak tercemar dan boleh dipulihkan. Jadi, saya sambung...

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita telah

dilanda masalah jerebu. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua ialah kementerian tidak memberikan apa-apa amaran atau apa-apa maklumat sebelum berlakunya jerebu dan kementerian hanya mengeluarkan amaran dan maklumat apabila keadaan sudah menjadi sangat teruk apabila indeks pencemaran udara sudah menjadi sangat teruk itu, iaitu menjadi tidak sihat lagi, barulah maklumat dikeluarkan. Saya meminta penjelasan kementerian, mengapakah kementerian tidak mahu berterus terang dan memberi amaran terlebih dahulu. Adakah kementerian mahu menyembunyikan apa-apa dengan rakyat? Oleh itu, saya memohon daripada kementerian agar lebih berterus terang dan memberikan amaran yang terlebih awal apabila kita mengalami masalah pencemaran.

Page 61: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 55

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah mengenai Lynas di Gebeng. Isu mengenai kilang ini telah banyak dibincangkan di Dewan Negara dan di Dewan Rakyat tetapi kerajaan masih tetap mahu meneruskan dengan kilang ini. Oleh itu saya tidak mahu bercakap banyak mengenai kilang ini lagi. Seterusnya, mengenai projek Rapid di Pengerang, Johor. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kementerian menerima banyak bantahan kuat daripada penduduk tempatan dan pengguna-pengguna internet, Kerajaan Negeri Johor secara

senyap-senyap telah memateraikan perjanjian awal pada minggu lepas dengan syarikat CPC Corporation Taiwan untuk membina sebuah kompleks petrokimia di Pengerang, Johor yang bernilai RM35 bilion.

Projek ini telah ditolak oleh Kerajaan Taiwan tetapi negara kita mengalu-alukannya., nNampaknya kerajaan dalam melaksanakan wawasan negara berpendapatan tinggi, kerajaan berusaha untuk menarik pelaburan atau industri yang berisiko tinggi daripada negara lain dan mengabaikan alam serta sekelilingnya di negara ini. Oleh itu, ini adalah satu yang tidak selamat demi kebaikan dan masa depan negara ini. Saya meminta kerajaan untuk lebih meneliti dan mengambil kira masa depan penduduk dan generasi yang akan datang.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini satu mock referendum telah pun dibuat dan di situ projek ini ditolak anonymously, dengan izin. Jadi, ini menunjukkan bahawa rakyat tidak mahu projek ini. Tuan Yang di-Pertua, ini sahajalah apa yang saya ingin kemukakan. Sekian, terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah. Teruskan Yang Berhormat.

4.45 ptg.

Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Assalamualaikum warahmatullaahi ta'ala wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Alam Sekitar (Pindaan) 2012 ini.

Tahniah kepada kerajaan negeri terutamanya kepada Jabatan Alam Sekitar kerana Malaysia dapat menduduki tempat ketiga terbaik dirantau Asia Pasifik selepas New Zealand dan Jepun. Malaysia juga menduduki tempat ke-25 terbaik di seluruh dunia di mana pada tahun 2010 kita telah menduduki tempat ke-54. Bermakna sudah ada peningkatan dan syabas kepada Jabatan Alam Sekitar. Sementara itu di pada peringkat dunia, EPI Malaysia setanding dengan Jerman, Iceland, Finland, Denmark, Belgium dan Jepun yang telah diumumkan dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada 27 Januari baru-baru ini.

Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa kerajaan berada di landasan yang betul dalam melaksanakan dasar-dasar yang mesra dan mampan kepada alam sekitar. Pihak Jabatan aAlam Sekitar sendiri telah berupaya melaksanakan segala perundangan, dasar-dasar dan kredibiliti anggota Jabatan Alam Sekitar itu harus diberikan pujian dan pengiktirafan sewajarnya oleh kerajaan. Justeru itu, pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2012 amatlah wajar untuk negara bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar dan juga menjamin pembangunan mampan terus dilaksanakan. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian untuk..., antaranya adalah berkaitan bagaimanakah kementerian akan menyelaraskan penggunaan akta ini kepada kerajaan negeri.

Kedua, apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya pihak kerajaan negeri yang tidak melaksanakan akta ini. Contohnya, terdapat projek yang dilakukan banyak di kerajaan negeri memberi kesan kemusnahan atau tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Seperti yang kita maklum, isu berkaitan dengan sumber asli seperti tanah pertanian, sumber air, sungai adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan. dan jJuga sehingga ke hari ini, banyak isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran juga berpunca daripada kelulusan pembangunan projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

Page 62: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

56 DR 16.7.2012

Akhirnya, saya ingin menyentuh pindaan seksyen 2(b) iaitu orang yang layak walaupun ramai di antara rakan-rakan kita telah pun menyentuh perkara ini. Saya mohon penjelasan berkaitan mekanisme yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan orang yang layak ini benar-benar melaksanakan kajian di lapangan untuk menghasilkan penulisan laporan EIA yang lebih telus dan teliti. iIni kerana melalui pengalaman semakan terhadap laporan EIA yang telah dilaksanakan didapati banyak Laporan EIA hanya menyatakan status impak yang dijangkakan secara umum dan kurang disertakan maklumat terperinci kajian yang dilakukan terhadap kualiti alam sekitar itu.

■ 1650

Terdapat juga jangkaan impak dan kaedah mitigasi yang diberikan agak lemah dan kadangkala terlalu umum. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar pihak alam sekitar lebih melibatkan diri semasa proses pelaksanaan EIA bukan hanya menyerahkan sepenuhnya kuasa melaksanakan laporan EIA ini kepada pakar perunding yang dilantik sahaja. Serba ringkas daripada saya, oleh itu saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat. Silakan Yang Berhormat.

4.51 ptg.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk

bersama-sama membincangkan satu akta meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbincang dan berbahas berhubung dengan alam sekitar, maka sebenarnya kita terpanggil untuk melihat kehidupan yang selesa, tenteram, aman damai, sihat walafiat dan kesejahteraan dan juga cantik di dalam kehidupan sekeliling kita. Ini memberikan impak kepada kita bahawa pihak alam sekitar, kementerian telah membuat beberapa pindaan untuk menjaga alam sekitar, sehingga kini disebut sebagai kali yang keenam.

Begitu juga saya melihat ramai Ahli-ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian di dalam perbincangan ini. Ini sebagai petanda bahawa semua memberikan perhatian yang serius pada kedudukan alam sekitar yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sudah tentu kita sebagai insan yang hidup di dunia ini, kita mahu semuanya tidak tercemar dan malah ia memberikan satu impak yang baik dalam kehidupan kita.

Justeru, apabila kita bercakap tentang alam sekitar, maka ia berkait dengan kesihatan. Begitulah juga ia berkait dengan kesejahteraan dan alam sekitar yang kita lihat dalam hidup kita secara mudah ialah untuk menjaga hutan belantara kita, sumber air. Begitulah juga air tidak tercemar dan seterusnya udara kita tidak kotor. Dalam hubungan ini, kalau kita melihat pencemaran alam ini, ia berlaku dalam dua aspek.

Pertama, aspek manusia. Kedua, aspek terjadinya mengikut bencana. Berlakunya kemusnahan alam sekitar ataupun mengikut bencana yang kita tidak berbincang tentang itu, tetapi yang kita hendak bincangkan ialah apabila alam sekitar kita berlaku pencemaran melalui manusia.

Saya melihat di sini banyak disentuh tentang alam sekitar yang dilakukan oleh pihak-pihak pembangunan sama ada pembangunan itu kecil ataupun besar. Di sini saya melihat satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian iaitu perhatian terhadap individu yang mengotorkan alam kita. Jadi, individu ini juga perlu dilihat secara serius kerana kalau syarikat-syarikat memang kita boleh lihat dengan jelas tetapi juga perlu dilihat individu-individu yang sering membuat kekotoran di dalam kehidupan. Ini pun perlu diberikan pemantauan yang serius, yang baik walaupun kita tidak ada satu undang-undang yang jelas berhubung dengan itu. Di sini saya ingin merujuk pada seksyen 46D iaitu pelupusan terhadap semua yang disita, yang boleh didapatkan. Jadi, di sini saya ingin mengetahui pihak mana yang akan melupuskan hal ini dan bagaimana pula dengan kedudukan dan kepada siapa yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya?

Saya beralih pada perkara 48AD. Di sini kita melihat ada denda kepada mana-mana orang yang menghalang penggeledahan.

Page 63: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 57

Saya melihat di sini, pihak yang menghalang penggeledahan itu akan dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi daripada dua tahun atau kedua-duanya. Saya melihat di sini ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama ialah denda ini terlalu kecil kalau sekiranya syarikat itu besar. Sebanyak RM10,000 tidak ada sangat maknanya kepada mereka. Kalau sekiranya syarikat itu kecil atau individu, ia merupakan satu denda yang agak berat. Jadi di sini saya melihat pihak yang menghalang untuk daripada penggeledahan ini diberikan satu perhatian khusus. Kalau syarikat itu juta, bilion-bilion modalnya, kalau RM10,000 tidak ada apalah. Jadi di sini saya rasa perlu lihat kembali tentang denda itu.

Begitulah juga saya ingin merujuk kepada ganjaran kepada pemberi maklumat iaitu 49B. Di sini disebutkan Ketua Pengarah boleh memerintahkan supaya ganjaran sebagaimana yang difikirkan patut dibayar kepada pemberi maklumat sebagai perkhidmatan maklumat penyataan atau bantuan berkenaan dan sebagainya. Di sini tidak disebutkan jumlah ganjaran. Jadi, ia bergantung kepada Ketua Pengarah. Satu lagi yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli, yang melihat Ketua Pengarah begitu luas bidang kuasanya dan kerana itulah ada rungutan-rungutan daripada beberapa orang ahli yang membincangkannya tadi. Bidang kuasa dan juga kuasa Pengarah itu sangat luas. Jadi,dalam hubungan ini saya ingin mengetahui berapa jumlah yang difikirkan sesuai untuk diberikan kepada pemberi maklumat.

Pada waktu yang sama, pemberi maklumat juga perlu diberikan perlindungan dan saya tadi mendengar sebahagian daripada kita mencadangkan supaya satu akta perlu digubal ataupun digunakan akta perlindungan pemberi maklumat supaya orang yang memberikan maklumat itu tidak akan diketahui dan begitu juga beliau akan selamat daripada pihak-pihak yang didakwa. Di sini juga, dalam seksyen yang sama, kalau sekiranya pemberi maklumat itu memberikan maklumat yang palsu atau tidak benar, maka dia boleh dihukum. Di sini saya ingin mengetahui apa hukuman yang telah disediakan kepada mereka yang berkenaan?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut daripada pihak kementerian setelah beberapa cadangan yang telah diberikan oleh ramai Yang Berhormat bercakap sebelum saya, tentang kuasa-kuasa yang begitu banyak yang diberikan kepada Ketua Pengarah. Jadi, setelah begitu lama dibincangkan, saya perhatikan di dalam Dewan ini, apa pun cadangan dan saranan akhirnya apabila hendak ditamatkan nanti, Menteri akan berkata rang undang-undang ini diterima tanpa pindaan.

Ini yang saya hendak bertanya, hendak meminta penjelasan, cadangan yang telah banyak diberikan oleh pembahas-pembahas kita, Yang Berhormat kita di dalam Dewan ini, semacam pergi begitu sahaja dan tidak ada tindakan. Cuma yang kita dapat, semua persoalan atau perbahasan yang ditimbulkan akan dijawab. Akan tetapi cadangan-cadangan yang telah diberikan, tidak ada apa-apa yang diberikan perhatian. Jadi, di sini saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian terhadap semua cadangan yang telah dikemukakan tadi. Terima kasih.

■ 1700

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya juga

ingin mempersilakan Yang Berhormat Tuan Lee Cheam Choon.

5.01 ptg.

Tuan Lee Cheam Choon: Assalamualaikum, dan salam 1Malaysia. Saya

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasaan ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Lee Cheam Choon: Jikalau tidak diberi peluang pun saya akan merayu

kerana ini merupakan kali yang terakhir saya bersidang di Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat, teruskan.

Page 64: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

58 DR 16.7.2012

Tuan Lee Cheam Choon: Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya, kualiti alam

sekitar adalah amat penting terhadap semua hidupan di muka bumi ini kerana tanpa satu alam sekitar yang berkualiti, semua makhluk hidup akan terjejas lalu menyebabkan ekosistem alam sekitar terjejas. Saya percaya kalian faham dengan kesan-kesan penjejasan ekosistem sepenuhnya. Tidak boleh dinafikan bahawa jikalau ekosistem terjejas, maka kehidupan para manusia juga akan terjejas kerana dalam ekosistem, kesemua rantai makanan adalah bergantung satu sama lain. Jika salah satu elemen dalam rantai makanan terjejas, bahkan kesemua rantai makanan terjejas juga. Apabila rantai makanan ini terjejas, malah perkembangan para manusia juga akan terjejas kerana manusia berada di kedudukan yang teratas di dalam rantai makanan.

Salah satu litaran rantai makanan terjejas, maka semua kehidupan di atasnya terjejas. Selepas mempertimbangkannya teliti, maka kita berasa rang undang-undang haruslah dipinda untuk mengekalkan perkembangan manusia serta menjaga alam sekitar supaya tidak dimusnahkan dalam kebanggaan negara. Kita haruslah menjaga mutu alam sekitar dan menjalankan proses perkembangan negara pada masa yang sama.

Dalam pemindaan ini, beberapa patah perkataan telah ditakrif dan diberi definisi yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan daripada definisi yang lain. Dengan adanya definisi yang jelas, rakyat-rakyat akan lebih memahami terhadap tanggungjawab mereka dan beban penguat kuasa undang-undang dapat diringankan kerana mereka tidak mempertimbangkan maksud-maksud atau definisi sesuatu perkataan semasa menjalankan tugas untuk memberkas penjenayah atau orang-orang yang melanggar undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan beberapa ordinan yang telah dipinda. Salah satu adalah kakitangan yang layak telah dipinda menjadi orang yang layak di dalam akta ibu. Selain itu, terdapat beberapa perkataan di dalam seksyen 2 telah ditakrifkan seperti takrifan pencemaran iaitu satu perbuatan atau proses sama ada semula jadi ataupun buatan yang menyebabkan kemasukan apa-apa bahan cemar ke dalam alam sekeliling dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima sebagai mana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 21.

Selain itu, takrifan orang yang berwibawa dan juga orang yang layak juga didefinisikan di dalam akta ini. Orang yang berwibawa bermaksud orang yang berwibawa untuk menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 49A iaitu 49A(1) di mana seseorang pemunya atau penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh Ketua Pengarah sebagai orang yang berwibawa untuk menjalankan semua atau mana-mana aktiviti yang berikut;

(a) pengendalian kelengkapan kawalan;

(b) pengurusan buangan terjadual;

(c) menjalankan kajian; dan

(d) penyediaan dan pengemukaan laporan, pelan, cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubung dengan perkara alam sekeliling.

Manakala orang yang layak membawa erti seseorang yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan audit alam sekeliling dan penilaian kesan alam sekeliling dan untuk mengemukakan laporan mengenainya. Selain daripada pemindaan seksyen 2, seksyen lain juga dipinda dalam akta ini seperti seksyen 33A.

Seksyen 33A [Akta Ibu] dipinda dengan menggantikan dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

(i) subseksyen (2) bagi maksud menjalankan audit alam sekeliling dan mengemukakan laporan mengenainya; dan

(ii) subseksyen (a) pula mengatakan Ketua Pengarah boleh melantik orang yang layak atau (b) Ketua Pengarah boleh meminta pemunya atau penghuni untuk melantik orang yang layak daripada kalangan orang yang layak yang disenaraikan di bawah subseksyen (3).

Page 65: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 59

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjamin kualiti alam sekitar, kita hendaklah hentikan kesemua aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara haram serta akan mencederakan mutu alam sekitar. Jika semua aktiviti-aktiviti tidak diberhentikan. alam sekitar dan ekosistem akan terjejas. Kita tidak ingin perkara ini berlaku kerana kemungkinan besar pencemaran ini akan menjejaskan generasi kita yang akan datang.

Aktiviti-aktiviti termasuk menebang hutan secara luas dan tidak terancang, pengorekan pasir, penapisan bahan-bahan buangan dari kilang yang tidak sempurna dan sebagainya merupakan salah satu contoh yang terbaik dalam kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pencemaran dan telah menjejaskan generasi-generasi manusia sepanjang berpuluh-puluh tahun adalah kejadian Bukit Tanah Merah. Kebocoran bahan kimia yang amat merbahaya dan radioaktif telah menjadi mimpi ngeri kepada penduduk-penduduk yang tinggal di sana dan beberapa penduduk telah melahirkan kanak-kanak yang cacat serta berjangkit penyakit barah yang tidak boleh diubati. Kejadian ini adalah satu amaran kepada kita jika kita tidak menjaga alam sekitar kita dengan baik. Saya yakin kita tentunya tidak mahu kejadian seperti ini berlaku lagi.

Dengan itu, salah satu seksyen iaitu seksyen 34AA telah dipinda untuk mencegah kemusnahan alam sekitar yang amat berharga ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan sedikit tentang seksyen 34AA dalam rang undang-undang ini. Seksyen 34AA adalah mengenai perintah larangan bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.

■ 1710

Seksyen 34AA. “(1) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah larangan atau perintah berhenti kerja kepada orang yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan-

(a) tanpa kelulusan di bawah subseksyen 34A(3);

(b) yang mencabuli apa-apa syarat yang dilampirkan pada kelulusan laporan ini itu; atau

(c) pada pendapat ketua pengarah adalah dijalankan mengikut cara yang mungkin menyebabkan kerosakan alam sekeliling.

(2) pula perintah larangan atau perintah berhenti kerja itu boleh dikeluarkan bagi maksud menghalang aktiviti yang ditetapkan daripada berterusan -

(a) sama ada secara mutlak atau bersyarat;

(b) bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh ketua pengarah; atau

(c) sehingga kehendak untuk meremedi sebagaimana yang diarah oleh Ketua Pengarah telah dipatuhi.”

Orang yang melanggar undang-undang akan dikenakan denda tidak melebihi daripada RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Jika pesalah melakukan kesalahan yang berterusan, maka denda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap kesalahan yang berterusan selepas amaran disampaikan oleh ketua pengarah. Denda-denda ini telah disenaraikan dalam seksyen 34AA(3)(a) dan seksyen 34AA(3)(b).

Tuan Yang di-Pertua, untuk meringankan dan memudahkan para penguat kuasa untuk menjalankan tugas mereka, kuasa penyiasatan kad kuasa dan kad penangkapan akan dianugerahkan kepada mereka. Agenda-agenda ini telah disenaraikan dalam seksyen 37A, 37B dan 37C kuasa penyiasatan mengatakan ahli penguat kuasa undang-undang yang diberi kuasa secara bertulis daripada ketua pengarah yang menjalankan penyiasatan ke atas semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Selain itu, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh ketua pengarah boleh menangkap tanpa waran-waran mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini.

Page 66: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

60 DR 16.7.2012

Dengan adanya kemudahan yang disebutkan ini, malah kerja-kerja penguat kuasa undang-undang dapat diringankan dan mereka dapat bertindak dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan lebih efisien, lebih cekap.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat percaya dengan adanya denda-denda yang berat, undang-undang yang ketat serta ahli-ahli penguat kuasa undang-undang yang cekap, maka alam sekitar kita boleh dijaga dengan baik. Saya juga mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan saya kepada orang yang meminda rang undang-undang ini kerana mereka telah mempertimbangkan kepentingan mutu alam sekitar kepada para manusia dan berjaya menyempurnakan rang undang-undang ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah dan sekian Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat kerana turut

serta membahaskan rang undang-undang ini. Saya ingin memperingatkan Yang Berhormat maka esok kita masih ada satu hari lagi untuk bersidang. Jadi Yang Berhormat jangan susah hati, jangan risau sebab ada tiga lagi rang undang-undang yang boleh dibahaskan, Yang Berhormat boleh turut serta. Seterusnya kita mempersilakan Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang.

5.14 ptg.

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua,

saya ucapkan tahniah kepada Dewan yang mulia ini kerana daripada bilangan yang ramai yang terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 membuktikan bahawa Ahli-ahli Dewan ini merupakan pihak-pihak yang amat prihatin tentang satu-satunya bumi yang sesuai diduduki oleh manusia. Saya selalu ingatkan kepada rakyat jelata kita bahawa jangan lupa selain daripada bumi ini, kita tidak ada bumi yang lain yang kita boleh hidup sekiranya bumi ini menjadi tidak sesuai lagi.

Jadi satu lagi yang saya hendak tegaskan bahawa Tuhan kurniakan alam sekitar yang begitu sesuai dan kondusif untuk kita semua. Apa yang kita perlukan? Kita perlukan udara, ada udara. Kita perlukan air, ada air, kita perlukan makanan ada makanan, ada food chainnya, ada food webnya untuk semua pihak. Jadi begitu kondusif. Kalau kita pindah ke

tempat lain, sekiranya ada udara, mungkin tidak cukup, ada air mungkin tidak ada makanan dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin tidak ada tempat lain Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo Seang: Memang tidak ada tempat lain setakat ini walaupun

begitu canggih sains kita, kita masih belum ada tempat lain yang kita boleh hidup. Satu lagi yang kita jangan lupa, saya selalu tegaskan bahawa selain daripada manusia, semua makhluk di atas muka bumi ini mempunyai hak yang sama tidak kira besar macam gajahkah, kecil macam kuman pun ataupun tumbuh-tumbuhan mempunyai hak yang sama untuk hidup di bumi ini.

Jadi manusia selalu kita bangga diri kita sebagai hidupan yang paling intelligent tetapi pihak yang merosakkan bumi ini adalah manusia. Saya setakat ini masih tidak tahu ada apa cara haiwan yang lain, tumbuhan yang lain boleh rosakkan bumi kita dan pernah saya berkursus di masa itu belum jadi universiti iaitu Kolej Pertanian. Jadi semasa kita buat kerja amali di dusun buah-buahan ada kawan yang tanya pensyarah. Apakah perosak yang paling besar di dalam dusun itu? Tanpa fikir, pensyarah kata manusia. Jadi ini membuktikan bahawa sebenarnya walaupun kita kata kita paling bijaksana tetapi kita boleh menjadi perosak yang paling besar, orang yang paling merosakkan alam sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sebut tentang alam sekitar, kita tidak boleh lupakan ekosistem. Jadi saya petik daripada satu petikan definisi ekosistem dengan izin, dalam bahasa Inggeris, “An ecosystem is a community of living organism, plants, animal and microbes in conjunction with the none living component of the environment things like air, water and mineral, interacting as a system. Jadi ini membuktikan apa yang saya sebut tadi bahawa besar macam gajah, kecil macam kuman pun mempunyai hak yang sama. Jadi kita jangan kerana kebodohan manusia, bukan sahaja ini menjadi tidak sesuai untuk manusia bahkan lain-lain haiwan dan tumbuhan pun tidak boleh hidup.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti tentang kawasan-kawasan yang lain tetapi sekurang-kurangnya di Johor Bahru saya perhatikan bahawa baru-baru ini beberapa tahun ini, cuaca kita sudah banyak berbeza.

Page 67: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 61

Sekarang saya dapati bahawa seolah-olah kita tidak ada musim panas dan musim hujan yang jelas. Boleh katakan bila-bila masa boleh hujan dan saya dapati bahawa sebenarnya sekarang rain falls setahun saya percaya walaupun saya tidak ada angka, setiap tahun adalah jauh lebih banyak daripada dahulu walaupun kadang-kadang cuaca sangat panas.

■ 1720

Jadi hujan yang lebat itu- nasib baik di kawasan saya apa sungai-sungai semua sudah digali dan sebagainya. Kalau tak ada, akan lebih kerap berlaku banjir tapi angin ataupun taufan yang kencang memang lebih kerap mendatangkan kerosakan yang lebih besar dan lebih serius lagi. Jadi soalannya ialah adakah rakyat jelata kita betul-betul sedar tentang kepentingan kualiti alam sekitar. Banyak pihak yang bercakap, ada pihak yang apabila dia terlibat dengan kitar semula, dia dah fikir dia hero dalam memelihara kualiti alam sekitar tapi daripada segi lain dia mungkin membuat sesuatu yang boleh merosakkan alam sekitar.

Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab memelihara dan melindungi alam sekitar haruslah dipikul bersama oleh setiap individu dan bukanlah kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja seperti Kementerian Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan, PBS, PBA dan sebagainya. Oleh kerana ada pihak yang selalunya apabila ada masalah alam sekitar, akan tunjuk jari kepada pihak-pihak yang berkuasa seperti itu. Kelakuan-kelakuan merosakkan alam sekitar yang sering dilakukan oleh orang ramai termasuklah misalnya pembakaran secara terbuka, membuang sampah sarap ke dalam sungai, pembaziran air dan tenaga elektrik.

Satu lagi ialah pihak-pihak pengusaha industri, mereka adalah pihak yang sering mencemarkan alam sekitar melalui cara pelupusan sisa-sisa industri mereka dengan cara yang berkos rendah kepada mereka tetapi ia datangkan kerosakan dan mungkin menyebabkan kos yang tinggi kepada kerajaan untuk pulih semula alam sekitar ataupun pengeluaran bau yang busuk, pencemaran asap, radiation. Itu yang paling ditakuti dan juga

pencemaran bunyi dan lain-lainnya.

Apakah usaha kementerian setakat ini untuk menyedarkan rakyat jelata kita tentang kepentingan kualiti alam sekitar oleh kerana saya dapati walaupun banyak yang kita dah sebut, banyak yang kita dah buat, banyak aktiviti yang kita sudah jalankan, kesedaran di antara rakyat jelata kita masih pada tahap yang agak rendah dan kesedaran yang rendah itu membawa orang ramai seperti saya sebut tadi.

Kalau sekiranya dia ada surat khabar lama, dibawa untuk kitar semula, pada dia, dia rasa dia sudah herolah, dia sudah buat banyak untuk memelihara alam sekitar. Pada saya, pendidikan kepada rakyat adalah penting. Misalnya kenapa mereka perlu jimat air dan tenaga elektrik. Oleh kerana kos air sekarang pada saya tersangat rendah walaupun negeri Johor ada pihak-pihak yang kata bahawa air di negeri Johor lebih mahal daripada negeri-negeri lain tapi jangan lupa kualiti air dan perkhidmatan air di negeri Johor pun tak sama. Orang kata kita bayar satu sen, kita dapat barang yang bermutu satu sen. Kalau kita bayar seringgit, kita dapat barang yang bermutu seringgit. Jadi di Johor, kita tak ada kompelin tentang air yang kotor, bekalan yang selalu putus, tak ada. Air kita sentiasa bersih dan bekalan memang sangat baik dan saya cadangkan bahawa kita gunakan escalating scale of water payment...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang ingin mencelah. Boleh

kah?

Tuan Khoo Soo Seang: Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Sebab Johor disebut, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin ketahui sama ada Yang Berhormat tadi sudah check betul-betul fakta dia tentang kekurangan air dan kekotoran air dan sebagainya.

Tuan Khoo Soo Seang: Saya tak faham apa berkenaan dengan tak check betul-

betul fakta apa?

Dr. Syed Husin Ali: Tak, Yang Berhormat tadi katakan di Johor tak ada masalah kekurangan air dan kekotoran air. Sudahkan beliau check betul-betul fakta ini. Terima kasih.

Page 68: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

62 DR 16.7.2012

Tuan Khoo Soo Seang: Di Johor, kami memang sangat kurang terima aduan

berkenaan dengan kekurangan air dan sebagainya.

Jadi, berkenaan dengan cara pendidikan. Saya bercadang kepada kementerian bahawa kita gunakan media-media massa seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah bahkan Twitter, Facebook dan sebagainya untuk jadikan rakyat jelata kita lebih prihatin lagi, lebih tahu tentang apa yang mereka boleh buat untuk memelihara alam sekitar selain daripada hanya jualkan surat khabar yang lama.

Sebenarnya saya dapati di antara kawan-kawan saya, ada yang membantah mati-matian projek Lynas di Kuantan, projek Petronas di Pengerang dan sebagainya tapi di antara kawan-kawan yang membantah mati-matian itu, saya dapati ada di antara mereka mempunyai kilang yang mengeluarkan bahan-bahan, sisa-sisa yang mencemarkan sungai, mencemarkan udara jauh lebih serius mungkin daripada Lynas. Jadi, ini yang saya fikir bahawa kita semua kena fikir adakah kita dah buat sesuatu. Jangan kerana kita kata save Malaysia, kita menjadi hero.

Berkenaan dengan satu perkara yang ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang khuatir ialah tentang kuasa yang diberikan kepada ketua pengarah. Saya pun setuju bahawa kalau kuasa yang lebih yang diberikan kepada pengarah. Kalau kita tak bagi kuasa yang cukup kepada ketua pengarah, mungkin dia menjadi harimau tidak bergigi tetapi kalau kita berikan tersangat banyak kuasa kepada harimau, yang kami khuatir ialah seperti dikatakan oleh pepatah bahasa Inggeris, absolute power corrupts absolutely. Ini yang kami khuatir.

Jadi, syarat-syarat dan undang-undang yang ketat serta hukuman yang berat sekiranya dilaksanakan secara saksama dan tulus akan mendatangkan kesan yang diingini tapi kalau sekiranya ia juga boleh membuka ruang dan peluang kepada pihak yang lebih besar kepada pihak penguat kuasa untuk rasuah ataupun menyelewengkan kuasanya dan lebih berat hukuman, lebih besar peluang untuk penyelewengan kuasa. Jadi saya rasa bahawa kita harus ada tolak ansur di dalam undang-undang untuk kurangkan peluang untuk penyelewengan kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa cadangan. Yang pertama, sebelum kerajaan menimbang sesuatu projek yang berimpak besar terhadap alam sekitar misalnya Lynas, misalnya projek Petronas, harus kita terlebih dahulu meyakinkan rakyat jelata tentang impak yang sebenarnya dan tahap keselamatan agar kerajaan tidak akan menjadi kereta tersangkut di dalam sawah padi, ke depan tak boleh, nak balik pun tak boleh. Sebenarnya apabila saya sendiri tidak arif tentang satu topik yang tertentu, saya akan cenderung untuk percaya kepada pandangan para pakar di isu yang berkenaan. Misalnya daripada segi radiation, saya percaya termasuk YB. Che Rosli Che Mat oleh kerana beliau

merupakan seorang pakar walaupun dia bukan daripada parti yang sama. Saya juga berharap bahawa rakyat jelata kita akan bersikap lebih rasional terhadap soal projek-projek yang dianggap berimpak besar terhadap alam sekitar.

■ 1730

Oleh kerana hal-hal yang berkaitan dengan akta-akta dan pindaan telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat Senator yang lain saya tidak akan ulang. Jadi dengan kata-kata seperti yang tersebut saya mohon menyokong Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Hajah Madinah.

5.31 ptg.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahitaala wabarakaatuh, salam 1Malaysia dan salam perpaduan.

Page 69: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 63

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 walaupun sudah dipinda untuk kali kelima ini, pada pendapat saya langkah itu amat memadai dengan keadaan serta kualiti alam sekeliling dan juga keperluan tindakan yang perlu diambil dari semasa ke semasa. Justeru penguatkuasaannya yang juga merangkumi kuasa Ketua Pengarah dan pihak Majlis perlu penambahbaikan dan ketelitian di segi pelaksanaan dan tindakan selanjutnya.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai fenomena bencana alam telah dan sedang berlaku. Mungkin akan berlaku di sana sini di peringkat global dan ada yang bukan musimnya berlaku. Contohnya cuaca panas. Alhamdulillah negara kita tidak menghadapi bencana alam yang serius dan kritikal namun pihak kerajaan perlu dari semasa ke semasa supaya mengambil langkah-langkah persediaan awal dengan pelan ‘A’ ataupun pelan ‘B’ nya jika berlaku bencana yang impaknya perlu diatasi segera demi keselamatan dan kesihatan warga Malaysia keseluruhannya untuk tinggal di bumi Malaysia yang selamat, sihat, bersih dan aman.

Akan tetapi bagi keamanan itu tanggungjawab kita rakyat keseluruhannya supaya memastikan negara kita terus aman makmur tanpa kacau bilau dan huru-hara. Dalam hal ini saya kira kerjasama di antara Kementerian Alam Sekitar, Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi serta Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air amatlah penting dilaksanakan secara berterusan atau consistent, dengan izin.

Saya ingin menyentuh dua contoh isu khusus alam sekeliling yang berlaku di Sarawak. Pertamanya, mengikut peraturan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengenai perkara 6C iaitu Perhutanan, di mana kerja pembalakan meliputi kawasan seluas 500 hektar dan ke atas yang hanya dikenakan tindakan alam sekeliling tetapi tidak ada tindakan dikenakan untuk kawasan yang luasnya kurang daripada 500 hektar. Kalau dikira kawasan seluas 200 hektar sahaja sudah begitu luas dan besar bagi kerja pembalakan yang dilaksanakan. Apatah lagi bagi kawasan 500 hektar. Sudah tentu kawasan yang di bawah keluasan 500 hektar terlepas begitu sahaja sewenang-wenangnya daripada dikenakan sebarang denda kerana tiada dalam peruntukan.

Justeru memandangkan negara kita sedang dan akan terus berhadapan dengan pelbagai bentuk pencemaran, saya ingin syorkan agar keluasan kawasan kerja pembalakan dikurangkan kepada 200 hektar dan bukannya 500 hektar dan ke atas yang patut dikenakan denda jika syarikat pembalakan terbabit telah melanggar peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pencemaran sungai seperti yang kita sedia maklum negeri Sarawak mempunyai banyak sungai dan yang terpanjang dalam Malaysia ialah Sungai Rajang manakala Sungai Sarawak luas, bukan sempit. Walaupun pelbagai peraturan dan denda dikenakan ke atas pencemaran sungai-sungai, namun pencemaran hasil daripada pembuangan sampah sarap, bahan-bahan toksik dan bahan-bahan buangan lain yang dilakukan oleh manusia masih lagi berterusan dan agak rumit untuk diambil tindakan secara drastik. Mungkin jumlah denda yang dikenakan agak ringan dan tidak membimbangkan mereka yang berkenaan.

Justeru saya ingin syorkan kepada pihak kementerian agar menambah jumlah denda kepada syarikat-syarikat besar contohnya syarikat kayu balak yang telah melakukan pencemaran sungai seperti membuang sisa-sisa kayu balak dan toksik. Sepatutnya mereka ini dikenakan jumlah denda yang lebih, bak kata pepatah, besar periuk besarlah keraknya. Maksud saya sepatutnya mereka ini dikenakan jumlah denda yang lebih membebankan serta merumitkan syarikat mereka supaya langkah tersebut atau penambahan denda itu akan menjadi pengajaran dan kekesalan kepada mereka daripada melakukan ataupun mengulangi pembuatan pencemaran sungai pada masa akan datang.

Bukan denda terhadap mereka yang membuat pencemaran sungai sahaja tetapi saya kira apa-apa bentuk denda kalau jumlahnya terlalu ringan kepada mereka yang melakukan kesalahan, kita harap di dalam pindaan akta ini diperbetulkan lagi dengan kenaikan jumlah denda yang munasabah.

Page 70: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

64 DR 16.7.2012

Saya kira itu sahaja pembahasan saya. Saya sokong sepenuhnya pindaan Akta Alam Sekeliling 1974. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Saiful Izham.

5.38 ptg.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

membenarkan saya untuk turut terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan perkara telah disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat sebelum daripada ini. Saya cuma ingin menyentuh sedikit beberapa perkara berkenaan dengan pindaan yang sudah dikemukakan. Pertama sekali saya mohon merujuk kepada fasal 6 pindaan seksyen 34A(2C) yang meminda untuk mengadakan peruntukan bagi mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan untuk melantik orang yang layak menjalankan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Ketua Pengarah. Laporan itu katanya hendaklah memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mematuhi garis penilaian mengenai kesan aktiviti tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mohon penjelasan daripada Menteri yang berkenaan adakah orang yang dilantik ini untuk melakukan penilaian ini adalah orang yang dilantik sebenarnya oleh mereka yang memohon daripada panel-panel penilai yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah atau dia bebas memilih sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat untuk melakukan penilaian kepada kesan alam sekitar ini.

■ 1740

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok dia yang memohon dan dia pastilah ingin laporan kesan alam sekitar itu agak positif baginya. Ia boleh memilih sesiapa sahaja atau mengarahkan agar laporan itu dihalakan kepada laporan yang positif. Kita mengatakan sedemikian kerana kita melihat beberapa episod tragedi alam sekitar yang berlaku yang bila dirujuk semula puncanya adalah berpunca daripada laporan yang tidak lengkap.

Ramai teman menyebut tentang kes Lynas. Saya ingin menyebut juga tentang aspek kelulusan kes Lynas ini. Kalau kita lihat daripada rentetan kronologi kelulusan ini Tuan Yang di-Pertua ianya diluluskan seawal Januari 2008 oleh Jawatankuasa Khas Kabinet untuk projek berimpak tinggi yang dipengerusikan selalunya oleh sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri mengikut aturan mesyuaratnya.

Ianya diluluskan kepada sebuah syarikat daripada Australia bernama Lynas Corporation Limited untuk mendirikan sebuah kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng Kuantan. Isu ini menjadi hangat selepas didedahkan oleh media alternatif atau akhbar-akhbar luar negara bahawa ianya memproses sisa buangan radioaktif bukan sisa nuklear yang akan menjejaskan alam sekitar.

Kita punya sejarah di Bukit Merah Tuan Yang di-Pertua yang ditutup tahun 1992 memproses perkara yang sama. Akan tetapi sehingga hari ini kerja-kerja pembersihan masih terus dijalankan. Ada banyak bukti kesannya kepada penduduk sekitar dari segi perubatan yang sehingga hari ini masih belum terjawab. Jumlah kos walaupun sebenarnya kos untuk memulihkan alam sekitar ini sebenarnya tidak ternilai tetapi jumlah kos yang dibelanjakan sehingga hari ini adalah lebih kurang RM300 juta dan ianya masih berterusan.

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah kelulusan diberi dahulu sebelum penilaian kesan alam sekitar atau EIA diminta di bawah Jabatan Alam Sekitar. Ianya disyaratkan dahulu di bawah seksyen yang lama seksyen 34A akta yang sama Kualiti Alam Sekeliling 1974. Akan tetapi kenapa kelulusan diberikan dahulu sebelum laporan diminta untuk dibuat. Dalam kes Lynas Tuan Yang di-Pertua ada dua perkara. Ianya melibatkan...

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh mencelah?

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Mencelah berdiri.

Page 71: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 65

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih. Soalan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak mencelah,

bangun dahulu Yang Berhormat ya. Itu dia.

Dato’ Lim Nget Yoon: Okay, thank you.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Lim Nget Yoon: Soalan saya kelulusan itu diberikan pada bila? Tarikh itu.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Seawal Januari 2008.

Dato’ Lim Nget Yoon: Sudah diberi? Begini sebab sefahaman saya kelulusan itu

diberi bila Yang Berhormat Fauziah ada bersidang di Dewan Rakyat. Kenapa tidak ada bantahan daripada dia dan kelulusan terus diberi pada saat itu, pada masa itu?

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mohon

Yang Berhormat untuk melihat semula fakta. Januari 2008 sebelum Pilihanraya Umum 2008. Kes ini hanya hangat diperkatakan selepas saya katakan awal tadi laporan akhbar luar negara dan laporan media alternatif mendedahkan tentang kesan radioaktif dan membuat perbandingan dalam konteks Malaysia kes yang berlaku di Bukit Merah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung sedikit. Memang dari segi faktor ekonomi ianya dijangka membawa pulangan berbilion-bilion ringgit dan ianya boleh membuka ruang pekerjaan untuk sekitar 350 orang. Akan tetapi kita khuatir, kita tidak katakan ianya akan berlaku tetapi kita khuatir berulangnya episod atau tragedi di Bukit Merah yang saya katakan tadi 20 tahun masih lagi kita lakukan pembersihan. Hanya sedikit kecuaian. Kita boleh bersedia untuk melakukan pelbagai cara sebab bagi menangani permasalahan atau pun perkara yang mungkin berlaku.

Akan tetapi kalau ianya sudah berlaku teruk kita hendak selesaikan. Bila sudah terhantuk baru hendak tengadah. Jadi Tuan Yang di-Pertua kita minta bukannya kita minta untuk terus batalkan. Kita minta kaji semula dan letak syarat-syarat yang lebih ketat. Kalau boleh batal, batal lagi bagus tetapi kalau terpaksa juga diberi kerana sudah bina bangunan hampir atau pun lebih 95 peratus siap pada tahun lalu, kesan, dendanya atau garis panduannya mesti terus diperketat.

Kita membicarakan tentang soal nadir bumi yang dilombong daripada Australia, yang hendak buka kilang di Australia tidak dibenarkan oleh Kerajaan Australia sendiri kerana takut faktor pencemaran. Australia itu besar Tuan Yang di-Pertua, dia pun tidak berani. Dia ada banyak gurun-gurun, dia tidak berani hendak buka di tempat dia. Akan tetapi kita dengan rela hati memberikan kelulusan.

Dalam perkara yang melibatkan persoalan sisa radioaktif kita harus faham jangka hayat radioaktif ini bukan jangka hayat yang pendek tetapi sangat-sangat panjang. Tidak mungkin antara kita yang boleh hidup melampaui tempoh hayat radioaktif. Bila ianya sudah berlaku, hendak selesai bukannya senang. Jadi, kita minta agar diperketat kembali kawalan. Kita tahu kepada peringkat awal laporan EIA atau dipanggil Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) dia tidak pernah menjelaskan tentang pengecualian tentang kesan radioaktif ini. Dia hanya menyebut sedikit tetapi akhirnya di hujung laporan dia mengembalikan peranan untuk menjelaskan tentang kesan radioaktif ini kepada Agensi Nuklear Malaysia (MNA) dan juga perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas sendiri.

Jadi Tuan Yang di-Pertua kita ambil berat tentang apa yang berlaku. Kita ambil pengajaran apa yang berlaku. Kita ambil kesan-kesan yang berlaku ini agar tidak berulang. Saya tidak mahu sentuh lagi tentang kes Jepun. Banyak lah kes-kes yang berlaku bencana luar jangka yang kesannya ditanggung sehingga hari ini. Cukup kita ambil satu kes Lynas sahaja sebagai perhatian kerana kita tidak mahu lagi kes-kes seperti ini diluluskan tanpa penilaian yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi tentang kes Lynas yang kita minta Menteri yang berkenaan untuk jelaskan. Ada beberapa percanggahan fakta dari segi penjelasan menteri-menteri sebelum ini tentang di manakah yang dinamakan sisa nadir bumi yang sudah diproses ini akan dihantar semula. Ada yang katakan ianya akan dihantar semula ke Australia tetapi Kerajaan Australia sudah menjawab tidak akan dihantar semula. Ada yang dikatakan akan di lupuskan di sekitar Gebeng.

Page 72: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

66 DR 16.7.2012

Akan tetapi itu pun tidak jelas. Kita minta tolong beri sedikit penjelasan kerana kita hendak meredakan kerisauan orang-orang di sana. Saya bukan orang di sana tetapi saya rasa kalau berlaku pencemaran ianya boleh sampai di Kedah, ianya boleh sampai di Kuala Lumpur.

Jadi Tuan Yang di-Pertua satu lagi peruntukan yang ingin saya sentuh sedikit hari ini ialah tentang pindaan terhadap peruntukan denda yang dinaikkan daripada RM100,000 ke RM500,000. Kita mohon agar peruntukan ini dinilai semula. Saya rasa tidak cukup kalau setakat RM500,000 sebagai maksimum. Ia bergantung kepada kes. Kesan pencemaran alam sekitar bergantung kepada bahan yang dilupuskan tidak kiralah pencemaran macam mana. Kita minta kalau boleh dipertimbangkan semula agar maximum denda, denda maksimum itu dinaikkan lagi ke RM1 juta atau RM2 juta. Tidak ada masalah.

Kalau mahkamah memutuskan ianya perlu direndah-rendahkan terpulang kepada mahkamah selepas mendengar laporan daripada Panel Penilai Profesional. Akan tetapi kalau kesannya besar seperti apa yang berlaku di Bukit Koman, apa yang berlaku di Bukit Merah, mahkamah cuma ada bidang kuasa sampai RM500,000 sahaja. Kalau dinaikkan RM5 juta tidak ada masalah kalau mahkamah hendak kenakan denda RM5,000, tidak ada masalah.

Akan tetapi kita minta pertimbangkan semula untuk teruskan naikkan, denda maksimum ini dan juga jumlah penjara maksimum ini dinaikkan kerana kesan sebarang jenis pencemaran tidak kiralah radioaktif atau pun penebangan hutan atau pun apa sahaja kesannya bukan pada satu dua orang sahaja. Kesannya kepada orang lain, kesannya kepada orang yang tinggal di sekitar, kesannya kepada orang yang bekerja untuk industri yang memberikan pencemaran tersebut.

■ 1750

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini kita sokong RM500 ribu tetapi saya minta kalau boleh ianya dinaikkan lagi, tidak ada masalah kalau ianya dinaikkan kerana akhirnya keputusan untuk mendenda itu adalah keputusan mahkamah selepas mengambil kira pelbagai hujahan dan laporan daripada jururunding-jururunding yang selalunya akan dikemukakan di mahkamah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya juga ingin meminta agar kuasa Menteri di bawah akta ini turut dipasangkan atau, dengan izin, to be paired dengan menerima Laporan Jawatankuasa Khas Teknikal yang ditubuhkan yang terdiri khusus daripada badan-badan profesional yang berkaitan dengan kajian alam sekitar. Contohnya, kalau kita hendak luluskan satu lagi kilang kimia yang baru, dia kena terima laporan daripada panel perunding pencemaran kimia sebelum dia membuat sebarang keputusan. Dia tidak boleh membuat sebarang keputusan begitu sahaja kerana Menteri ini bukan seorang yang pakar, yang pakar akhirnya datang daripada kementerian, yang pakar akhirnya datang daripada profesional yang akan meneliti secara saintifik bahan yang akan diguna pakai serta kesan-kesan pelupusan bahan-bahan tersebut di dalam alam sekitar. Jadi, kerana itu kita tidak mahu lagi berlaku percanggahan pendapat antara Menteri ini dan Menteri itu.

Contohnya dalam Lynas, saya masih ingat pada bulan Mac, Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai memberikan kenyataan bahawa sisa radioaktif Lynas ini akan dihantar semula ke Australia. Akan tetapi sebelum itu pada 26 Februari, Perdana Menteri menyatakan sendiri bahawa sisa tersebut akan dibuang jauh daripada kawasan perumahan secara umum. Kemudian pada 28 Februari, orang awam dimaklumkan bahawa kementerian, melalui laporan akhbar, bersetuju untuk menyimpan sisa radioaktif itu di Malaysia dan tempatnya sudah ditemui. Jadi tidak ada konsistensi, mungkin kerana tidak ada nasihat profesional kepada Menteri-menteri ini untuk menjawab ataupun untuk memberikan penilaian yang lebih positif ke arah ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mohon menyokong pindaan ini tetapi kita harus ingat alam sekitar ini merupakan anugerah alam yang harus kita jaga, bukan hanya untuk kepentingan ekonomi kita tetapi untuk kelangsungan generasi-generasi yang mendatang. Kita mewarisi alam sekitar ini untuk sementara sahaja, bukan untuk kita beroleh keberuntungan ekonomi tetapi untuk kita manfaatkan sementara bagi menjalani kehidupan di dunia.

Page 73: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 67

Kalau kita tinggalkan alam sekitar ini kepada generasi berikut dalam keadaan tercemar seperti mana yang berlaku juga di negara-negara lain, saya khuatir generasi akan datang akan mencerca dan mencela kita kerana gagal mempertahankan warisan yang sudah ditinggalkan oleh Allah SWT ini kepada kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

Ahli Yang Berhormat terakhir sekali dalam tajuk ini, Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh, silakan.

5.53 ptg.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas sedikit tentang Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling. Saya hanya ada dua, tiga point sahaja. Kebanyakan cadangan-cadangan dan topik-topik yang telah dibahaskan begitu menarik sekali. Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling ini untuk saya adalah satu akta yang begitu penting sekali seperti Yang Berhormat sebelum saya tadi berbahas. Ini bukan tentang keuntungan, ini bukan tentang kita hendak untung daripada satu perniagaan. Kita sepatutnya menjaga alam sekitar ini, kita sebagai manusia di sini untuk sementara.

Jadi, bila kita di dalam dunia ini, kita sepatutnya memberi keberatan untuk menjaga dunia dan alam ini untuk generasi yang akan datang supaya mereka boleh menikmati Malaysia seperti yang kita nikmati hari ini. Bila kita ambil satu langkah ke belakang Tuan Yang di-Pertua, kita lihat pada tahun 1970-an, seperti saya minum teh tadi, seorang Yang Berhormat daripada Sabah memberitahu saya. Pada masa 1970-an kalau tengok Sungai Rajang itu boleh berenang, boleh pergi daripada kiri ke kanan boleh berenang, nampak air jernih dan ikan banyak. Akan tetapi hari ini, nampak macam penuh dengan mud, muddy, dengan izin.

Kalau kita balik Kedah, hari itu saya balik Kedah, open burning. Orang-orang bakar macam-macam untuk padi, untuk mencari keuntungan, kita tidak pakai teknologi tetapi membuat sesuatu yang tidak begitu bagus. Selepas itu banyak yang buang bahan-bahan sama ada toksik atau tidak toksik macam kalau kita tengok workshop. Bila kita tukar

minyak, kita tengok minyak itu pergi mana yang kita tukar itu, belakang itu masuk parit juga. Restoran-restoran cuci pinggan, yang grease trap itu sepatutnya ada tetapi tidak ada. Jadi, mana ia pergi? Ia masuk parit juga. Jadi, ini semua mencemar environment. Satu contoh yang saya fikir, kalau masa tahun 70-an diberitahu kepada sesiapa kita kena beli air botol untuk minum, dia akan tengok dan gelak pada kamu. Apa pula hendak beli air? Minumlah dari sungai. Akan tetapi sekarang, kalau kita hendak air yang bagus dan kualiti yang tinggi, kita terpaksa beli air daripada kedai. Tidak berani minum air di paip pun sekarang. Ini semua adalah kesan-kesan pencemaran alam sekeliling.

Satu laporan yang saya tengok tadi di dalam web, memberitahu pada tahun 70-an, carbon footprint di Malaysia adalah lebih kurang 5,000 metrik tan. Daripada tahun 1990, kita sudah naik empat kali ganda ataupun 3.5 kali ganda. Carbon footprint di Malaysia telah naik sampai 17,000 metrik tan. Sekarang pada tahun 2010, lebih kurang 60,000 metrik tan. Jadi, itu ertinya kalau tidak ada kawalan, kalau kita biarkan macam itu, dalam masa dua puluh tahun lagi, mungkin karbon metrik tan kita akan naik sampai 180,000. Mungkin 20 atau 50 tahun dahulu the air is not free anymore, hendak dapat oksigen kena beli. Kalau kita tidak jaga udara, sekarang udara memang percuma tetapi mungkin kalau kita tidak jaga udara seperti ini, mungkin dalam 50 tahun nanti, hendak bernafas pun kita kena pergi 7-Eleven beli satu tank untuk rumah kita. Mungkin terjadi, kita tidak tahu. Itulah sebab ini adalah akta yang begitu penting sekali.

Saya berpendapat ada banyak tempat di mana pengawalan ini, kita cakap sebagai grey area, dengan izin. Seperti baru-baru ini saya lihat bila kita bercakap tentang Penang

Hill, mereka cakap ini adalah PBT ataupun kerajaan negeri. Kalau kita tengok apa yang terjadi di Bukit Kiara, sepatutnya memang hendak pagar. Banyak teknologi boleh digunakan supaya tidak patut bawa kenderaan-kenderaan berat tetapi ini pun disebabkan agensi yang buat itu, dia kata okey, ini adalah cara yang betul.

Page 74: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

68 DR 16.7.2012

Jadi, saya rasa untuk kita melaksanakan program-program, majlis yang akan disediakan mesti diberi kuasa. Mesti diberi kuasa yang paling atas sekali untuk meneliti semua sama ada PBT, sama ada negeri. Ia mesti mempunyai kuasa yang paling tinggi untuk memperkenalkan cara-cara supaya pencemaran ataupun alam sekitar ini di preserve, dengan izin.

■ 1800

Manakala, untuk saya, saya fikir pemantauan ataupun enforcement adalah aspek

yang paling penting dalam rang undang-undang ini. Oleh sebab itu, kalau rang undang-undang lain kalau tersilap dia punya enforcement katakan macam hendak buat satu restoran dia dapat lesen secara yang tidak betul itu tidak apa. Akan tetapi dalam alam sekitar ini kalau kita tidak membuat enforcement yang betul, pemantauan yang betul mengakibatkan satu kerosakan atau satu, some issue yang tidak boleh kita reversed Sekali ozon layer itu sudah hilang, kita memang tidak boleh reversed sudah. Dia sudah habis.

Jadi untuk kita hendak preserved environment ini untuk generasi baru saya rasa pemantauan dan pengawalan adalah aspek yang paling penting sekali. Daripada aspek-aspek informer ini kita saya cadangkan kita ada informer secara secret dan juga bukakanlah kepada public seperti whistleblower supaya orang ramai pun dia berani datang memberikan nama dia dan masukkan dalam internet dan saya lihat ada open burning di sini ataupun ada kedai-kedai yang pada waktu 12 tengah malam dia buka dia punya paip keluarkan dia punya minyak daripada parit-parit bagi orang ramai buat kompelin. Jangan hanya hendak kompelin secara sulit sahaja tetapi buka satu jalan kepada setiap orang yang hendak bertanggungjawab itu yang cintakan alam sekitar, dia pun boleh ada participate dan kompelin, memberitahu kepada majlis siapa yang membuat perbuatan-perbuatan yang tidak bagus untuk alam sekitar. Itu sahajalah saya rasa dengan ini saya pohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat terima kasih. Sekarang ini sebelum

agaknya Yang Berhormat Menteri menjawab, sukacita saya memaklumkan seramai 26 Ahli Yang Berhormat telah berucap membahaskan rang undang-undang ini. Saya telah mengikuti dengan teliti segala hujah-hujah yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini yang mana dari segi prinsipnya ramai menyokong tetapi perlukan beberapa pindaan yang sewajarnya untuk menentukan apa yang dibangkitkan itu dapat dipertimbangkan kerana akta ini adalah satu akta yang amat penting.

Kedua saya juga ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat Dewan negara ini adalah Dewan yang terakhir sebelum satu undang-undang itu dijadikan satu undang-undang. Maknanya saranan, pandangan Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini saya dapati ada perkara-perkara yang relevan patut diberikan pertimbangan untuk kementerian berkenaan. Kepada Yang Berhormat Menteri mungkin agaknya tidak mungkin ada ramai pakar Yang Berhormat ada di Dewan ini jadi kalau sekiranya Yang Berhormat fikir perlu dipertimbangkan, saya pulangkan kepada budi bicara Yang Berhormat kerana kita tidak mahu juga sebagaimana biasa kita luluskan undang-undang ini tanpa pindaan kerana akan menghampakan agaknya peranan kita di Dewan yang mulia ini.

Saya cuma hanya memberi pandangan dan terpulang kepada semua Ahli Dewan kerana akhirnya saya akan bertanya, saya hanya memberi pandangan sebaik mungkin untuk memberi bimbingan dan panduan. Semuanya telah memberi pandangan dan semuanya nampaknya ada perkara-perkara yang penting wajar kementerian mengambil kira dan kalau kira perlu diubahsuaikan beberapa pindaan dan sebagainya terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat di kementerian. Oleh demikian saya minta kalau sekiranya Yang Berhormat hendak memberi, persilakan Yang Berhormat be free dengan izin, kerana kita ingin melihat rang undang-undang yang kita luluskan ialah satu rang undang-undang yang betul-betul baik untuk masa depan kita. Silakan Yang Berhormat untuk menjawab.

6.04 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama-tamanya saya ingin

mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 di Dewan yang mulia ini.

Page 75: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 69

Tumpuan perbahasan ialah pada isu-isu yang berkaitan dengan penilaian kesan kepada alam sekeliling EIA penguatkuasaan, kuasa Ketua Pengarah, pencemaran sungai, dan kejadian jerebu. Saya juga perhatikan Tuan Yang di-Pertua banyak teguran, banyak juga mungkin yang tidak dapat diperjelaskan dalam ucapan pembentangan saya sebentar tadi. Akan tetapi kalau sekiranya isu-isu yang diungkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu mempunyai alasan yang munasabah, mempunyai asas-asas tertentu kerana selepas seksyen-seksyen itu dimasukkan dalam undang-undang itu maka saya tidak lihat kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat masih lagi mahu ada perubahan dalam undang-undang ini.

Ada beberapa perkara yang saya ingin jelaskan, pertama sekali ialah berkaitan dengan penguatkuasaan. Keduanya ialah berkaitan dengan kuasa Ketua Pengarah itu sahaja inti pati selama saya duduk di sana itulah inti pati sebenarnya yang ditegur oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya akan cuba memperjelaskan semuanya dan saya akan cuba menjelaskan bahawa beberapa perkara yang saya fikir perlu saya jawab di sini. Akan tetapi saya jawab perkara yang bertindih yang tidak berapa jelas maka saya minta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua supaya saya akan kaji semula itu dan seterusnya menjawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Akta 172 telah dipinda sebanyak lima kali namun cadangan pindaan kali ini adalah untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa, dengan izin, the law is not static. Sentiasa kita mengubah undang-undang demi untuk menyelaraskan keperluan semasa dan keperluan, the demand of the people. Pembangunan kita sedang begitu pesat. Penduduk kita pun bertambah jadi perlulah bagi kita untuk mengup-to-date undang-undang yang sedia kala ada.

Cadangan pindaan ini telah melalui beberapa isu siri perbincangan sebenarnya dan rundingan telah diadakan dengan pihak berkepentingan atau stakeholders termasuk agensi pusat kerajaan, kementerian-kementerian berkenaan, industri dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar. Saya ucapkan sekali lagi kepada semua cadangan yang dibangkitkan semasa perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Ia akan diambil kira di dalam peraturan-peraturan yang akan digubal kemudian. Ia akan diambil kira di dalam subsidiary lesson yang mana dibolehkan dalam akta itu digubal kemudian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula dengan isu tafsiran pencemaran yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuklah Senator Lihan Jok. Untuk makluman yang sukacita saya jelaskan bahawa pindaan tafsiran pencemaran yang dicadangkan ini adalah tidak bercanggah dengan Ordinan Sarawak yang membenarkan pembakaran terbuka. Ini adalah kerana perintah kualiti alam sekeliling aktiviti yang diisytiharkan pembakaran terbuka 2003 yang digubal menurut kuasa yang diberi oleh Menteri di bawah seksyen 29AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah isu-isu mengenai EIA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar, Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin, Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok.

■ 1810

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya memperjelaskan bahawa buat masa ini terdapat sebanyak 19 jenis aktiviti yang ditetapkan yang memerlukan kelulusan EIA di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) (Aktiviti Yang Ditetapkan) 1987. Keperluan EIA berdasarkan keluasan projek, saiz projek serta sensitiviti tapak. Perintah EIA ini sedang dikaji semula untuk mengambil kira kuantum dan keluasan yang memerlukan kajian EIA supaya saiz projek tidak dikecilkan untuk mengelakkan keperluan EIA.

Semenjak tahun 1988 sehingga tahun 2012, sejumlah 5,206 laporan EIA telah diterima dan diproses oleh Jabatan Alam Sekitar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, denda maksimum, inilah yang banyak Ahli-ahli Yang Berhormat mempersoalkan dalam perbahasan ini. Denda maksimum RM500,000 yang dipinda untuk kesalahan di bawah seksyen 34A EIA adalah sebenarnya denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan yang berterusan, denda tambahan tidak lebih daripada RM100,000 bagi setiap satu kesalahan itu berterusan selepas disampaikan notis kepada pesalah.

Page 76: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

70 DR 16.7.2012

Cadangan pindaan akta ini melibatkan perintah larangan EIA yang menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat soalan sebentar tadi berkaitan dengan perbezaan industri yang besar dan industri yang kecil. Ada dikatakan bahawa tidak memadai bagi industri besar untuk didenda sejumlah sebegitu sahaja. Akan tetapi dalam pengalaman saya sebagai peguam, apabila prosecution itu akan diadakan oleh pejabat pendakwa raya dan apabila didapati seseorang itu bersalah, maka sememangnya undang-undang ini mengatakan he shall be guilty of the offence dan akan didenda RM500,000 atau penjara seperti mana saya katakan sebentar tadi.

Saya percaya apabila denda dijatuhkan oleh mahkamah, ia berlandaskan kepada the gravity of the offence. Ia bergantung pada how serius the offences, sama ada dilakukan

oleh sebuah syarikat yang lebih besar tetapi pencemaran ia kecil, maka saya percaya denda itu saya percaya mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang bukanlah secara maksimum. Begitu juga dengan industri yang kecil. Kalau kecil pencemarannya, saya percaya tidaklah sampai begitu maksimum. Itulah penjelasan saya berkaitan dengan ini. Tambahan pula, kalau ia serius pula, kalau pencemaran itu cukup serius dan melibatkan in danger the life of the people, seperti mana pencemaran pembekalan air, maka di situ juga ia ada tambahan selain daripada denda setengah juta itu, di mana Ketua Pengarah dengan tertakluk peruntukan perundangan ini mempunyai kuasa untuk mengeluarkan satu stop order. Itu hanya digunakan apabila sahaja pencemaran itu begitu serius sekali. Jadi saya berpendapat, ini juga telah dibincangkan oleh beberapa siri perbincangan, maka ia berpendapat bahawa the penalty yang kita tetapkan dalam peruntukan undang-undang ini memadailah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai orang yang layak menjalankan kajian EIA, ada pertanyaan di antara Ahli-ahli sebentar tadi, seramai 606 orang yang telah berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Now, kriteria-kriteria bagi orang yang layak telah disediakan di Skim Pendaftaran Juru Perunding EIA. Antara lain meliputi kelulusan akademik, pengalaman kerja yang berkaitan, menghadiri kursus induksi dan lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ini menjawab sedikit sebanyak berkaitan dengan pertanyaan atau query Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan betapa luasnya kuasa Ketua Pengarah ini.

Sememangnya dalam peruntukan ini ada check and balance. Pertamanya ialah

kalau Ketua Pengarah melantik seseorang juru perunding itu, maka ia akan mengambil kira beberapa faktor, bukannya melantik seorang juru perunding begitu sahaja. Akan tetapi apabila dia melantik seseorang juruperunding, maka ia tertakluk kepada beberapa garis panduan.

Kriteria-kriteria yang akan digunakan yang akan dipatuhi oleh Ketua Pengarah ialah juru perunding yang bercadang untuk menjalankan kajian EIA, perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Ia perlu didaftar dan apabila ia dipertimbangkan oleh Ketua pengarah JAS, maka ia mengambil kira:

(i) kelulusan akademik yang berkaitan dengan bidang kepakaran dalam Kajian EIA yang hendak dijalankan;

(ii) pengalaman dalam pengurusan alam sekitar secara am dan dalam menjalankan Kajian EIA, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar akan mengambil kira berkaitan dengan pengalaman orang yang akan dilantik sebagai juru perunding untuk menyediakan Laporan EIA itu;

(iii) mempunyai bilangan minimum lima Laporan EIA yang telah diluluskan;

(iv) mempunyai kompetensi, berwibawa, kompetensi asas, the core competencies lagi;

(v) menghadiri kursus induksi EIA; dan

(vi) pemahaman mencukupi dalam proses dan prosedur EIA, perancangan dan perundingan alam sekitar di Malaysia.

Page 77: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 71

Ini hanya satu aspek sahaja bagi Ketua Pengarah JAS untuk menjalankan tugasnya di dalam kesemua perkara EIA yang terkandung di dalam rang undang-undang sekarang ini. Ada check and balance bagi beliau.

Ada baiknya saya teruskan untuk menjawab berkaitan kuasa Jabatan Alam Sekitar ini. Di dalam perkara ini, this is the core subject that many of the Yang Berhormat’s kemukakan teguran mereka itu.

Tadi saya bercakap dengan pelantikan juru perunding yang mempunyai garis panduan tertentu. Apabila sahaja ia membuat di dalam undang-undang ini, ia benar mempunyai kuasa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau ada peralatan yang didapati yang disyaki untuk menjalankan yang diguna untuk mengakibatkan pencemaran, maka betul di dalam undang-undang ini Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk to cease

peralatan itu.

■ 1820

Akan tetapi bukan begitu sahaja, ia kerana untuk menyenaraikan kesemua alat-alat itu dan setelah itu memberitahu kepada tuan pemilik itu.

Ketiganya kalau dia membuat penangkapan, di dalam undang-undang ini maka orang-orang itu must be produce before the court of law within 24 hours. Itu dia punya check and balance. Apabila menjalankan penyiasatan ada tata cara tertentu seperti mana kita lihat dalam undang-undang ini, ada prosedur-prosedur tertentu yang akan dipatuhi oleh Ketua Pengarah. Kerjanya itu hanya menyiasat, mengumpul keterangan-keterangan the evidence. Dia tidak menjalankan prosecution. Prosecution itu akan dijalankan oleh pendakwa raya.

Jadi ini sebenarnya kuasa. Memang saya setuju absolute power corrupt absolutely. Akan tetapi dalam perkara ini, ada check and balance jadi dalam pada itu kalau ada check and balance, Ahli-ahli Yang Berhormat saya fikir kita selamat.

Tuan Yang di-Pertua, manakala bagi Juruaudit Alam Sekitar seramai 63 orang telah berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Mereka juga perlu memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah skim pendaftaran Juruaudit Alam Sekitar. Antaranya ialah:

(i) kelayakan akademik;

(ii) pengalaman audit yang berkaitan; dan

(iii) menghadiri kursus induksi serta lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Ini juga satu check apabila kita memberi kelulusan kepada laporan juru perunding itu berkaitan dengan alam sekitar, maka pelaksanaannya sama ada dia dipatuhi atau tidak ialah akan diaudit oleh third party.

Semua juruaudit dan juru perunding EIA ini perlu mematuhi kod etika yang ditetapkan dan boleh diambil tindakan sekiranya tidak mencapai prestasi yang diingini. Kriteria-kriteria ini akan dimasukkan di dalam peraturan-peraturan yang akan digubal. Seperti mana saya katakan sebentar tadi itu dengan izin, we are yet to formulate subsidiary legislation untuk mengisikan any loopholes yang mungkin kita anggap sebagai lemah di dalam rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan sekali lagi tujuan utama cadangan pindaan ini adalah untuk memantapkan pengurusan. Apa yang didengar tadi rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya menyokong rang undang-undang ini. Jadi itulah saya sekali lagi menekankan di sini bahawa cadangan pindaan ini adalah untuk memantapkan pengurusan dan pelaksanaan prosedur EIA termasuklah meningkatkan keberkesanan penguatkuasaannya.

Now di sini saya ingin elaboratekan sedikit berkaitan dengan keberkesanan

penguatkuasaan undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menguatkuasakan undang-undang ini, kita juga sedari bahawa Jabatan Alam Sekitar sememangnya tidak mempunyai cukup pegawai penguat kuasa di dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan mencegah serta mengawal pencemaran dari pelbagai punca-punca pencemaran.

Page 78: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

72 DR 16.7.2012

Akan tetapi, maka beberapa pendekatan baru telah dan akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini yang mana sebahagiannya telah pun diambil kira di dalam rang undang-undang. Ini berkaitan dengan penguatkuasaan dan untuk mengisi kekurangan kakitangan bagi kami untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ini. Antaranya adalah:

(i) amaran peraturan kendiri ataupun dengan izin, self regulation di mana pihak industri dikehendaki memantau sendiri pelepasan influent dan pelepasan ke udara serta mengemukakan hasil pemantauan secara atas talian atau online kepada Jabatan Alam Sekitar. Pemantauan prestasi atau dengan izin, performance monitoring ke atas peralatan

kawalan pencemaran juga perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan;

(ii) seperti mana seksyen baru yang telah dimasukkan ke dalam pindaan rang undang-undang ini, pihak industri perlu mempunyai orang berwibawa atau competent person bagi mengendalikan peralatan kawalan pencemaran dan pengurusan di premis masing-masing. Orang berwibawa ini dilatih dan diiktiraf sebagai kompeten atau Jabatan Alam Sekitar dan mereka inilah yang akan bertanggungjawab menyelia pengendalian peralatan kawalan pencemaran di premis masing-masing;

(iii) satu lagi pendekatan yang diguna pakai ialah melalui pelantikan juruaudit. Saya ada menyentuh sebentar tadi. Juruaudit yang ketiga yang boleh dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau pihak industri bagi menjalankan audit pematuhan ke atas premis-premis atau projek-projek EIA bagi memastikan pematuhan- satu lagi pendekatan yang diguna pakai JAS ialah melalui pelantikan juruaudit yang boleh dilantik oleh JAS atau pihak industri bagi menjalankan audit pematuhan ke aras premis-premis atau projek-projek EIA bagi memastikan pematuhan beberapa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974;

(iv) pindaan rang undang-undang ini yang mensyaratkan hanya Juruperunding EIA yang berdaftar sahaja boleh menjalankan kajian dan mengemukakan laporan penilaian kesan ke atas alam sekeliling atau laporan EIA dapat memastikan laporan yang berkualiti dan juga dapat mempercepatkan proses penilaian laporan EIA; dan

(v) pelbagai garis panduan teknikal telah disediakan sebagai panduan kepada pihak industri dan Juruperunding Alam Sekitar. Umpamanya reka bentuk sistem pengelolaan effluent perindustrian dibuat mengikut garis panduan teknikal khususnya dan reka bentuk juga perlu disahkan oleh jurutera bertauliah atau professional engineer bahawa sistem boleh beroperasi, berfungsi dengan baik bagi mengolah effluent ke had pelepasan yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke alur air.

■ 1830

Berikutnya kementerian ini juga telah membentuk pasukan penguatkuasaan 1NRE or 1NRE Enforcement Team antara agensi-agensi di bawah kementerian ini. Ini dapat memastikan penggemblengan tenaga dan penjimatan sumber. Kementerian ini bersama kementerian-kementerian seperti KeTTHA dan KPKT akan turut menggunakan Strategi Laut Biru bagi menggerakkan pasukan penguat kuasa 1Malaysia or 1Malaysia Enforcement Team bagi menjalankan penguatkuasaan secara bersepadu. Pendekatan ini juga boleh membantu mengatasi masalah kekurangan pegawai penguatkuasa.

Perwakilan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut diberi kepada agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran.

Page 79: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 73

Pihak berkuasa tempatan atau PBT dan di dalam pindaan ini, perbadanan juga dicadang untuk diperwakilkan kuasa dalam membantu Jabatan Alam Sekitar mengawal dan mencegah pencemaran.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Berikutnya Program Kesedaran Alam Sekitar dipertingkatkan dengan pendekatan train the trainers bagi membolehkan program ini diduplikasi dengan cepat dan mencapai golongan sasaran secara lebih luas lagi. Pegawai penguatkuasa juga akan turut ditempatkan mengikut jumlah dan taburan, distribution, punca dan semua isu berbangkit dapat ditangani dengan segera.

Jadi inilah peraturan-peraturan dan garis panduan yang kita wujud supaya pelaksanaan yang semua kita prihatin. Prihatin itu berkaitan dengan alam sekitar kita mestilah baik dan kita pun juga telah menyedari bahawa kalau ada kelemahan bagi kita menguatkuasakan undang-undang ini, maka pencemaran itu akan terus berlaku. Akan tetapi kita tidak dapat nafikan juga oleh kerana kita ini manusia, ada kelemahan. Macam mana pun kita punya undang-undang, ada juga pencemaran berlaku. Betul, bukan?

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kuasa Ketua Pengarah untuk menjalankan penyiasatan, penangkapan dan penyitaan sewajarnya diberikan kepada pendakwaraya. Kuasa-kuasa tersebut tidak wajar diberikan kepada pendakwaraya memandangkan pendakwa raya itu Peguam Negara, diberi kuasa di bawah Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan bagi sesuatu kes.

Sekiranya kuasa untuk menjalankan penyiasatan penangkapan dan penyitaan diberikan kepada pendakwaraya, maka tidak wujud check and balance dalam peranan pendakwaraya. Kuasa-kuasa yang diberi kepada ketua pengarah untuk menjalankan penyiasatan, penangkapan dan penyitaan di bawah rang undang-undang ini adalah bagi maksud penguatkuasaan akta ini sahaja dan hendaklah dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah akta ini. Itulah saya tekankan sekali lagi bahawa Ketua Pengarah ini berfungsi selaras dengan apa yang kita adakan di dalam rang undang-undang ini dan juga bergantung kepada peraturan-peraturan yang akan digubal kemudian.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan belum lagi menetapkan jumlah ganjaran bagi pemberian maklumat alam sekitar, kriteria pemberian akan disediakan kemudian. Merujuk kepada pertanyaan dari...

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Bolehkah, Yang Berhormat Menteri?

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya. Banyak kali disebut tentang peraturan-peraturan yang akan digubal. Contohnya peraturan-peraturan untuk menggariskan Etika Juruaudit. Itu contoh. Bila peraturan-peraturan ini dilakukan, kami tidak akan terlibat. That means Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak terlibat.

Saya ingin bertanya, apabila peraturan-peraturan ini digubal nanti, adakah pihak Peguam Negara terlibat ataupun siapakah panel yang akan mewakili pihak-pihak apabila kementerian menggubal peraturan-peraturan ini sama ada ia akan digubal sejajar dengan Pelan Integriti Nasional (PIN). Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan pada awal tadi di mana dia ada berkaitan dengan stakeholders. Maka kita akan libatkan mereka dalam perbincangan ini. We are quite transparent dan kita ingin mewujudkan satu undang-undang yang fair, yang boleh diterima oleh rakyat dan boleh dilaksanakan dengan baik juga. Jadi dalam perkara ini sememangnya asal saja ada kaitan dengan undang-undang maka Jabatan Peguam Negara terlibat, NGO dan sebagainya.

Page 80: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

74 DR 16.7.2012

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada pertanyaan dari Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok mengenai jumlah pengendali buangan terjadual yang dibenarkan menjalankan aktiviti pengendalian buangan terjadual oleh Jabatan Alam Sekitar, dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 404 lesen pengendalian pemerolehan kembali dan kemudahan pelupusan buangan terjadual di seluruh negara melibatkan 294 premis.

Sebelum sesebuah premis diberi lesen bagi mengendalikan buangan terjadual, Jabatan Alam Sekitar akan membuat penilaian ke atas cadangan yang dikemukakan termasuklah keperluan untuk menjalankan kajian EIA terlebih dahulu bagi memastikan premis-premis tersebut mempunyai keupayaan untuk mengendalikan buangan dengan selamat dan mesra alam.

Berhubung dengan kelayakan mereka yang mengendalikan buangan terjadual, keperluan ini terpakai kepada semua pengendali buangan terjadual meliputi penghasil buangan dan pemerolehan kembali buangan. Sehingga kini, sebanyak 1,301 individu telah menghadiri kursus untuk mengendalikan buangan terjadual yang dianjurkan oleh jabatan. Soalan berhubung pengendalian sisa toksik dari hospital oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin, sisa klinikal yang dihasilkan oleh hospital-hospital kerajaan dikendalikan oleh konsesi yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan.

Pada masa yang sama, premis yang mengendalikan kemudahan incinerator

buangan terjadual dilesenkan, dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar. Sebanyak 19 kemudahan sedang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kemudahan pengendalian sisa klinik sehingga kini.

Seterusnya izinkan saya menjawab isu sungai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar. Lima sungai teratas yang dikategorikan tercemar adalah seperti berikut:

Sungai Kelas

Tukang Batu, Johor 5

Buluh, Johor 4

Ayer Baloi, Johor 4

Dondang, Pulau Pinang 4

Jawi, Pulau Pinang 4

Tindakan-tindakan kerajaan dalam menangani isu sungai tercemar adalah seperti berikut:

(i) melaksanakan program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai;

(ii) Bekerjasama dengan PBT supaya premis-premis di bawah kawalan selia PBT dikenakan syarat untuk mengadakan kawalan kumbahan dan sisa pepejal di punca serta sistem rawatan di tempat masing-masing. Contohnya pemasangan sistem penapis sisa makanan untuk semua premis makanan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan;

(iii) membina perangkap sampah dan perangkap gelodak serta memasang pelbagai jenis gross pollutant trap atau GPT di beberapa sungai sejumlah 168 perangkap sampah telah dipasang di 112 lembangan dan kesan daripada langkah ini jumlah sampah yang dikutip setiap hari memang banyak;

(iv) melaksanakan program 1Negeri 1Sungai untuk memulihara dan mengembalikan sungai serta kawasan sekitarnya yang telah tercemar atau rosak dengan izin, the grader river kepada keadaan asalnya;

Page 81: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 75

(v) menyediakan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Air Negara untuk memastikan sumber air tanah atau ground water dapat

dikenal pasti dan dimanfaatkan di samping menjaga sumber ini daripada tercemar; dan

(vi) melaksanakan aktiviti-aktiviti kesedaran.

Ini amat penting dan ini juga disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Kami sentiasa menjalankan program aktiviti-aktiviti kesedaran mengenai kepentingan menjaga dan memelihara sumber air negara.

Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok mengenai kejadian jerebu disebabkan pembakaran tanah dan hutan yang tidak terkawal dari negara jiran iaitu Sumatera dan Kalimantan Indonesia. Beliau bertanya apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Ini juga dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Bagi menangani masalah jerebu merentasi sempadan, kerajaan kita telah mengambil dua bentuk pendekatan iaitu secara dua hala atau bilateral dengan Kerajaan Indonesia dan di peringkat seberang rantau ASEAN.

Di peringkat dua hala, Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu memorandum persefahaman MoU dengan Kerajaan Indonesia pada 3 Jun 2008. Tujuan MoU ini adalah untuk mencegah kebakaran tanah dan hutan serta jerebu di daerah Rokan Hilir di Wilayah Riau di Sumatera di Indonesia. Antara aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya ialah bengkel latihan amalan kebakaran sifar kepada ketua komuniti dan peladang-peladang dari Wilayah Riau. Latihan pemadaman kebakaran kepada masyarakat peduli api dari Wilayah Riau dan pemasangan sebuah stesen pengawasan kualiti udara di Bagan Si Api Api, Daerah Rokan Hilir Riau.

Program kerjasama tersebut juga melibatkan projek perintis bagi mencegah kebakaran dan jerebu melalui pemuliharaan, menambah baik pengurusan tanah gambut di lima buah kampung terpilih di Daerah Rokan Hilir Riau. Di antara pencapaian signifikan projek ini ialah pengenalan kepada konsep sekatan terusan dan sekatan saliran di mana tujuh buah terusan dibina dan pembinaan 15 buah telaga takungan air di Desa Momogo, Rokan Hilir di Riau.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya

mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Sejauh mana kebenaran bahawa ladang-

ladang itu adalah kepunyaan orang Malaysia, adakah benar ladang-ladang di Riau itu atau di Sumatera?

Tan Sri Datuk Panglima Joseph Kurup: Kita mendapat maklumat sememangnya

ada beberapa ladang yang dipunyai oleh orang-orang Malaysia di tempat-tempat tertentu di situ tetapi kalau ada pembakaran berlaku walaupun oleh orang-orang Malaysia, kalau sekiranya mereka yang bertanggungjawab maka mereka tertanggung kepada undang-undang di Indonesia. We are helpless for this part, tidak boleh buat apa-apa.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat ASEAN pula, pada tahun 2006, negara-negara serantau yang dianggotai oleh lima buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura telah bersepakat menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi di peringkat Menteri Alam Sekitar yang dikenali sebagai Ministerial Committee of Transboundary Haze Pollution. Tindakan susulan, fungsi utama jawatankuasa ini ialah menyelaras dan membuat tindakan susulan secara berterusan ke atas program-program pencegahan dan kawalan jerebu merentasi sempadan.

Setakat ini jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 13 kali semasa mesyuarat Ministerial Steering Committee tersebut ke-13 di Brunei pada 18 Mei tahun ini, Malaysia telah memaklumkan tawaran kepada pihak Indonesia untuk meneruskan kerjasama dua hala di kawasan lain di Sumatera dan Kalimantan.

Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok juga menyatakan terdapat 3,177 kes pembakaran terbuka telah dapat dikesan pada tahun sebelumnya, apakah tindakan Jabatan Alam Sekitar ke atas kes-kes tersebut iaitu berapakah kes yang telah dikenakan saman dan berapakah kes dibawa ke mahkamah.

Page 82: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

76 DR 16.7.2012

Jabatan Alam Sekitar sentiasa melaksanakan pengawasan atau surveillance bagi mencegah pembakaran terbuka terutamanya pada masa musim panas dan kering. Pada tahun 2011, sebanyak 340 kes pembakaran terbuka telah dikenakan kompaun dan 21 kes telah dikenakan tindakan mahkamah.

Mengenai pertanyaan daripada Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, sahabat saya apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas pencemaran yang secara kecil-kecilan seperti pembakaran sampah di kawasan rumah. Pindaan akta ini merangkumi kawalan dan tindakan ke atas semua bentuk pencemaran besar atau secara kecil-kecilan sebagaimana contoh yang diberikan iaitu pembakaran sampah di kawasan rumah seperti pembakaran daun kering, ‘pangsan’ pokok di kawasan kampung atau luar bandar adalah dibenarkan di bawah perintah Kualiti Alam Sekeliling, Aktiviti Yang Diisytiharkan Pembakaran Terbuka 2003 dengan syarat tidak dilakukan di kawasan tanah gambut dan pembakaran dengan terkawal.

Ada banyak lagi Tuan Yang di-Pertua...

■ 1850

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih. Isu pemakaian akta

di peringkat negeri ke atas isu-isu yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang dibangkitkan oleh Puan Hajah Rohani Abdullah. Akta Kualiti Alam Sekeliling adalah terpakai di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi kes-kes yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang berkaitan dengan kuasa tanah dan sumber-sumber asli yang lain, Kerajaan Persekutuan akan mengadakan rundingan berterusan untuk menyelaraskan pemakaian akta ini di peringkat negeri sama ada melalui pembentukan garis panduan atau kaedah-kaedah yang lain.

Isu berhubung bidang kuasa yang meluas kepada Ketua Pengarah saya sudah jawab sebentar tadi. Manakala Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan bangkit berkaitan dengan projek RAPID Proposed Refinary and Petrochemical Integrated Development oleh Petronas di Pengerang.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kajian EIA terperinci atau detail EIA bagi cadangan kompleks penapisan minyak dan petrokimia RAPID ini baru sahaja diterima oleh Jabatan Alam Sekitar pada 4 Jun tahun ini dan sedang diproses laporan EIA terperinci. Laporan EIA terperinci pula merangkumi kajian impak bagi isu-isu kritikal cadangan projek itu dan termasuk kajian risiko quantitative. Orang awam boleh memberi ulasan terhadap laporan EIA itu. Ini bererti we are in the process of asking feedback daripada orang awam berkaitan dengan projek ini. Laporan EIA terperinci itu akan memfokuskan kepada beberapa perkara.

Sememangnya Tuan Yang di-Pertua, pegawai JAS sentiasa terlibat dengan kajian EIA terutamanya daripada segi memberi khidmat nasihat berkaitan keperluan alam sekitar dan teknikal. Ini disentuh oleh Yang Berhormat Puan Hajah Rohani Abdullah.

Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Ropiaah Raja Abdullah yang mencadangkan supaya peruntukan program rakan alam sekitar ditambah oleh kerana ini merupakan satu program yang cukup baik, memberi kesedaran, lebih fokus lagi dan melibatkan hands on kepada orang-orang terlibat. Maka kita akan mengkaji permintaan ini.

Saya sudah jawab, ini berkaitan dengan teguran Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali yang berkenaan dengan isu mengenai kawalan kursus pengendalian sisa buangan terjadual. Itu sebenarnya saya dah jawab sebentar tadi tetapi yang saya ingin jawab di sini ialah berkaitan isu pengurusan buangan kilang di Bukit Merah. Sisa buangan dari kilang di Bukit Merah dan buangan di Lynas adalah di bawah bidang kuasa kawalan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan bukan di bawah akta ini. Jadi terkenalah Ahli Yang Berhormat untuk mendapat penjelasan daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali juga menyentuh berkaitan isu-isu berkaitan dengan pelepasan asap yang berlebihan dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat daripada kenderaan asap hitam, daripada kilang-kilang yang masih belum dikawal.

Page 83: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 77

Begitu juga dengan masalah pencemaran debu daripada lori-lori yang membawa bahan-bahan binaan yang tidak dikawal.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Alam Sekitar telah pun mengawal dan menguatkuasakan had pelepasan asap dan gas daripada kenderaan bermotor. Mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1999 dan juga Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Enjin Petrol) 1996. Bagi kawalan pelepasan asap hitam daripada kilang-kilang pula, Jabatan Alam Sekitar telah mengawal dan menguatkuasakannya di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih 1978. Bagi masalah debu daripada lori-lori yang membawa binaan-binaan adalah di bawah kuasa lain kementerian dan bukan di bawah kuasa Kementerian Alam Sekitar.

Secara keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, bagi kedua-dua punca pelepasan pencemaran asap daripada kenderaan bermotor dan kilang-kilang pada tahun 2000 adalah melebihi 90 peratus. Saya kembali ke isu yang diungkit daripada Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan sebentar tadi. Saya nampak Yang Berhormat berdiri sahaja oleh kerana ada satu dua isu dia bawa yang saya belum jawab. Ini ialah berkaitan dengan perlombongan emas dan kilang pemprosesan emas di Bukit Koman, Raub, Pahang dan isu kesihatan cyanide yang dijangka berpunca daripada aktiviti ini.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pemeriksaan dan program pengawasan yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, dakwaan pencemaran cyanide oleh penduduk didapati tidak berasaslah. Akan tetapi walau bagaimanapun seperti mana kita sedia maklum, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengumumkan pembentukan satu ahli jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam perkara ini untuk mengkaji sebenarnya apa punca-punca yang diadukan. Ada yang sakit mata, ada yang merasa gatal di kulit-kulit mereka itu. Itu akan dikaji dan akan diberitahu kepada orang umum selepas sahaja ia...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Menyampuk]

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Selepas sahaja kajian itu siap. Akan tetapi as far as pencemaran is concern ia tidak berasaslah. Ya, silakan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri

baru beritahu bahawa satu kajian akan dilakukan tetapi penduduk di situ dalam tahun 2008 telah mengumpul 10,000 tandatangan dan telah pun membuat satu bantahan. Kenapa tidak buat kajian lagi? Baru kementerian akan membuat satu kajian. Terima kasih.

■ 1900

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, kajian itu

sememangnya sudah kita jalankan. Tidak ada kajian yang melebihi daripada kajian yang kami buat pada awal-awal itu boleh mengatasi itu juga. Jadi, kajian yang saya maksudkan tadi itu ialah kajian yang akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkaitan dengan punca-punca penyakit yang diadukan kononnya berpunca daripada aktiviti perlombongan hasil daripada penggunaan cyanide itu. Itu akan dikaji oleh Kementerian Kesihatan sebagaimana saya katakan tadi yang akan dianggotai oleh beberapa pakar dalam bidang ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang diungkit oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tetapi tidak ada kaitan dengan kementerian saya. So, I choose not to answer that one seperti pengurusan sisa pepejal dan juga penguatkuasaan terhadap lori-lori mengangkat sampah yang mungkin ada sampah jatuh daripada lori yang mengangkat sampah itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh di sini berkaitan dengan tabung alam sekitar di mana ada terdapat peruntukan di dalam rang undang-undang ini. Beberapa pertanyaan dikemukakan di sini tetapi pertanyaan itu mendahului apa yang kami telah buat. Dia bertanya berapakah sumbangan yang telah diterima oleh tabung ini pada tahun 2010 dan tahun 2011. Mohon tabung ini dibuka kepada acara dan pelajar alam sekitar. Semua ini pertanyaan. Sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha penubuhan Kumpulan Wang Alam Sekeliling ini sedang dibuat selepas satu kajian mengenai mekanisme pelaksanaannya selesai dijalankan.

Page 84: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

78 DR 16.7.2012

Kajian ini merangkumi pertama, mengenal pasti dan mencadangkan pihak-pihak yang perlu mencarum dalam kumpulan wang. Keduanya, mencadangkan perluasan skop penggunaan kumpulan wang supaya tidak terhad kepada penyelidikan sahaja tetapi juga boleh digunakan untuk tujuan kajian audit dan alam sekeliling dan aktiviti-aktiviti yang difikirkan patut.

Oleh itu ia tidak merangkumi bagi tujuan untuk pemuliharaan penyu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih ke atas cadangan-cadangan ini. Kita akan mengkaji secara mendalam where are the areas, di mana-mana tempat yang kita boleh mengutip pencaruman itu. Setelah itu kita akan mengkaji di mana bidang fund ini akan digunakan untuk tujuan memelihara alam sekitar kita.

Ini juga penting bagi kita iaitu yang disentuh oleh Senator Ramakrishnan berkaitan dengan tiada maklumat awal atau amaran awal tentang keadaan jerebu. Di dalam perkara ini setiap kali ada kemarau kerajaan mengharap sangat tidak ada orang melakukan sesuatu yang akan mengakibatkan jerebu. Jadi, apa maklumat yang kita boleh beri kepada orang ramai ini? Kita hanya memberi nasihat kepada orang ramai agar jangan membuat pembakaran terbuka oleh kerana ia mengakibatkan jerebu. Jadi, kita berharap sangat agar nasihat itu dapat dipatuhi. Apabila berlaku pembakaran, jerebu ada, tentu sekali kita bertindak untuk memberi warning kepada setiap orang itu untuk berjaga-jaga dari segi

kesihatan dan jangan membuat sesuatu yang mengakibatkan jerebu. Jadi, saya tidak tahu bagaimana kita boleh menyelaraskan warning awal ini kepada orang awam.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Minta laluan. Terima kasih Tan Sri. Maksud saya

Tan Sri ialah bila udara sudah begitu tidak boleh nampak baru kementerian beri API, bukan sebelum itu? The air feasibility reading, dengan izin. Jadi, itulah maksud saya. Bila sudah terjadi begitu teruk baru kita dapat reading. Sebelum itu tidak ada progressive reading. Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Yang Berhormat, panjang jawapan

itu. Dalam perkara ini Jabatan Alam Sekitar sebenarnya menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan API. Ada baiknya Ahli Yang Berhormat catat ini. Ada satu website di mana Ahli Yang Berhormat boleh lihat iaitu www.doe.gov.my. Daripada situ kita boleh mendapat maklumat-maklumat yang mungkin berguna kepada Ahli Yang Berhormat untuk memberitahu orang awam agar berjaga-jaga dengan jerebu ini.

Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Lim Nget Yoon juga mengatakan berkaitan dengan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kementerian agar orang ramai boleh mengetahui perkara sebenar berkaitan projek seperti Lynas dan lombong emas di Bukit Koman. Maklumat boleh diperoleh daripada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar bagi perkara-perkara berkaitan alam sekitar, pihak berkuasa tempatan bagi keluasan projek dan juga agensi-agensi lain yang ada kaitan dengan ini. Maklumat-maklumat projek Lynas juga boleh didapati di laman web rasmi Lynas di www.lynascorp.com.

Isu mengenai projek Lynas sebenarnya sudah saya cakapkan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, ada mungkin beberapa teguran dari Ahli-ahli Yang Berhormat itu saya tidak sempat untuk menjawab di sini tetapi saya minta kebenaran kami akan mengkaji ini di mana yang tidak dapat dijelaskan dengan jawapan yang sudah disampaikan di Dewan yang mulia ini, maka saya akan jawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Saya sekali lagi mengucapkan

berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pihak kementerian akan mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Page 85: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 79

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 22 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Rang undang-undang dilaporkan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

■1910

RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

7.12 mlm.

Menteri Sumber Manusia [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Saya mohon

mencadangkan supaya Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 iaitu suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi umur persaraan minimum dan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, aspek jaringan keselamatan sosial merupakan salah satu elemen penting dalam usaha kerajaan merealisasikan Model Baru Ekonomi dan mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Di bawah Model Baru Ekonomi, kerajaan menggariskan bahawa pengukuhan jaringan keselamatan sosial pekerja adalah menjadi keutamaan bagi memastikan nasib kumpulan mudah terjejas atau vulnerable groups, terbela dan seterusnya membolehkan mereka menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. Selaras dengan hasrat tersebut, kerajaan bercadang untuk menggubal suatu undang-undang khusus mengenai umur persaraan bagi pekerja sektor swasta.

Pada masa ini, Undang-undang Perburuhan tidak menetapkan umur persaraan kepada pekerja swasta. Umur persaraan pada usia 55 tahun yang diamalkan ketika ini adalah warisan sejak zaman sebelum kemerdekaan iaitu berdasarkan umur persaraan yang ditetapkan dalam sektor awam ketika itu dan umur pengeluaran simpanan KWSP.

Berdasarkan analisa perjanjian kolektif pada masa ini, secara purata umur persaraan pekerja lelaki sektor swasta adalah 55 tahun dan bagi wanita adalah 54 tahun. Memandangkan negara kini sedang menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, adalah wajar umur persaraan dilanjutkan selaras dengan keperluan guna tenaga negara. Langkah ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan ke arah memperluaskan dan memantapkan sistem jaringan keselamatan sosial di negara ini selaras dengan aspirasi Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dalam beberapa dekat yang lalu, jangka hayat ketika lahir penduduk Malaysia kian meningkat. Jangka hayat ketika lahir pada tahun 1950 adalah 47 tahun bagi lelaki dan 50 tahun bagi perempuan berbanding jangka hayat ketika lahir pada tahun 2011 iaitu 72.1 tahun bagi lelaki dan 77.1 tahun bagi perempuan. Penuaan penduduk dan penurunan kadar kesuburan adalah dua faktor menyebabkan negara menjadi negara tua atau ageing nation. Bilangan penduduk Malaysia semakin meningkat dari setahun ke setahun di mana terdapat seramai 29.3 juta penduduk pada tahun 2012. Dianggarkan bahawa pada tahun 2015, jumlah penduduk akan meningkat kepada 30.5 juta orang dan 32.4 juta orang pada tahun 2020.

Page 86: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

80 DR 16.7.2012

Kadar kesuburan jumlah iaitu total fertility rate penduduk pula semakin menurun daripada seorang penduduk wanita melahirkan secara purata 6.8 orang anak pada tahun 1950 merosot kepada 4.8 orang pada tahun 1970 dan seterusnya menurun kepada 2.3 orang anak pada tahun 2010.

Golongan warga emas iaitu penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas merupakan 8.1 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia atau 2.3 juta pada tahun 2012. Ia dijangka meningkat kepada 2.8 juta atau 9.1 peratus pada tahun 2015. Malaysia dijangka mencapai status negara tua sekitar tahun 2035 di mana lebih kurang 15 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini akan berumur 60 tahun dan ke atas.

Persaraan pada umur 55 tahun menyebabkan ketidakcukupan wang simpanan KWSP untuk menampung kehidupan selepas bersara terutama dengan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa ini. Berdasarkan statistik KWSP, purata simpanan seorang ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada tahun 2011 ialah RM149,217. Jika dibandingkan dengan jangka hayat purata selamat 22 tahun selepas bersara iaitu berdasarkan jangka hayat semasa umur 55 tahun, seorang ahli hanya mempunyai purata simpanan untuk perbelanjaan sejumlah RM565.22 sebulan. Jumlah ini adalah di bawah pendapatan garis kemiskinan di Malaysia iaitu RM800 sebulan. Selain itu, 73 peratus daripada jumlah pencarum KWSP hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 menjelang umur 55 tahun.

Oleh itu, pelanjutan umur persaraan dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan caruman KWSP untuk menampung kos sara hidup semasa tempoh persaraan mereka kelak. Penetapan umur 60 tahun sebagai umur persaraan akan dapat menjana lebih banyak simpanan dengan tambahan sebanyak lima tahun perkhidmatan selain jumlah simpanan yang lebih tinggi selaras dengan jumlah pendapatan pada usia tersebut. Ketika ini, Skim Bantuan Orang Tua dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Melalui skim tersebut, bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan diberikan kepada warga emas miskin berumur 60 tahun dan ke atas. Statistik pada tahun 2011 menunjukkan terdapat seramai 135,200 penerima yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM478 juta berbanding 25,500 orang penerima pada tahun 2006 dengan perbelanjaan sebanyak RM47 juta. Ia menggambarkan suatu peningkatan kos sosial yang ketara, yang perlu ditangani sewajarnya.

Secara perbandingan, Malaysia masih ketinggalan daripada segi ketiadaan undang-undang umur persaraan bagi sektor swasta. Amalan umur persaraan sektor swasta pada 55 tahun adalah rendah berbanding dengan negara-negara lain. Negara-negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Cambodia telah menetapkan umur persaraan 60 tahun. Negara Singapura telah mewujudkan Akta Umur Persaraan yang menetapkan umur 62 tahun sebagai umur persaraan.

■ 1920

Negara-negara lain seperti Kanada, Iceland, Norway dan Switzerland telah menetapkan umur persaraan sekitar 65 tahun. Negara-negara lain yang masih mengekalkan umur persaraan 55 tahun ialah negara-negara seperti Bangladesh, Sri Lanka, Nepal dan Papua New Guinea.

Semasa pembentangan Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011, kerajaan telah memutuskan bahawa umur persaraan wajib bagi pekerja sektor awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Antara asas kepada pelanjutan umur persaraan tersebut adalah fenomena negara tua yang disebabkan oleh kadar kelahiran yang semakin berkurangan dan peningkatan jangka hayat ketika lahir. Selain itu, ia bertujuan untuk mengoptimumkan sumbangan penjawat awam yang berumur 55 tahun hingga 58 tahun daripada segi kemahiran dan pengalaman mereka. Dalam hal ini, umur persaraan dalam sektor awam telah dilanjutkan secara berperingkat sejak sepuluh tahun yang lalu, di mana ia telah ditingkatkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada tahun 2001, daripada 56 tahun kepada 58 tahun pada tahun 2008 dan seterusnya kepada 60 tahun mulai 1 Januari 2012.

Walau bagaimanapun, sektor swasta tidak mengambil inisiatif yang sama sepanjang tempoh tersebut. Oleh itu, adalah wajar sekiranya umur persaraan diseragamkan antara sektor awam dan swasta di negara ini.

Page 87: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 81

Berdasarkan faktor-faktor seperti jangka hayat dan penurunan kadar kesuburan, jumlah ketidakcukupan simpanan KWSP serta peningkatan kos sosial, umur persaraan bagi pekerja sektor swasta wajar dilanjutkan daripada amalan umur persaraan pada masa sekarang. Penetapan umur persaraan minimum antara lain bertujuan untuk membolehkan pekerja yang masih mampu dan perlu bekerja untuk terus bekerja. Tempoh bekerja yang lebih panjang akan dapat membantu pekerja terus memperoleh sumber pendapatan dan meningkatkan jumlah simpanan untuk menampung kehidupan selepas persaraan.

Bagi menggubal suatu akta mengenai umur persaraan, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dan dialog bersama rakan sosial dan stakeholders yang terdiri daripada wakil Kesatuan Sekerja dan Persatuan Majikan serta agensi-agensi kerajaan. Hasil daripada perbincangan dan dialog yang diadakan dengan pihak majikan dan pihak pekerja, Kementerian Sumber Manusia mendapati bahawa hampir semua pihak bersetuju supaya tempoh penggajian pekerja sektor swasta harus dilanjutkan daripada amalan ketika itu iaitu persaraan pada umur 55 tahun kepada umur 60 tahun.

Persatuan Majikan secara umumnya menyokong cadangan supaya umur persaraan minimum ditetapkan pada usia 60 tahun. Walau bagaimanapun, mereka mencadangkan supaya mekanisme pelaksanaannya harus jelas dan mengambil kira pelbagai faktor yang berhubung kait secara langsung dan tidak langsung. Ini penting kerana penetapan umur persaraan minimum mungkin meningkatkan kadar pengangguran dalam tempoh jangka pendek serta menyekat peluang kenaikan pangkat para pekerja.

Pihak Kesatuan Sekerja menyokong penuh pelaksanaan penetapan umur persaraan bagi pekerja sektor swasta. Wakil pihak pekerja berpandangan bahawa faktor usia sewajarnya tidak dikaitkan dengan produktiviti dan kemahiran pekerja. Golongan pekerja yang tidak produktif bukan hanya terdiri dari pekerja yang berumur 50 tahun dan ke atas sahaja tetapi juga yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Pekerja boleh mengalami penurunan produktiviti pada setiap peringkat umur sama ada di peringkat 20-an, 30-an, 40-an atau 50-an bergantung kepada faktor-faktor seperti sikap dan masalah kesihatan atau keluarga. Di samping itu, hakikat bahawa pekerja yang lebih berumur mempunyai lebih kemahiran dan berpengalaman berbanding pekerja muda juga tidak harus diketepikan.

Maklum balas yang diterima dari blog umur persaraan minimum dan soal selidik yang dijalankan secara online menunjukkan majoriti responden menyatakan sokongan ke atas cadangan penetapan umur persaraan minimum dilaksanakan di negara ini bagi pekerja-pekerja sektor swasta.

Antara sebab yang dikemukakan adalah keperluan rakyat yang berumur 55 tahun dan ke atas untuk menyara hidup keluarga terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, produktiviti kerja yang masih tinggi disebabkan kualiti hidup dan perkhidmatan kesihatan, peningkatan jangka hayat individu, keperluan kepada sumber guna tenaga dan modal insan yang masih boleh menyumbang kepada pembangunan negara serta mengurangkan beban dan kebimbangan rakyat bagi menghadapi kehidupan tanpa pekerjaan selepas umur 55 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara utama yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

(i) perkara permulaan berkaitan dengan rang undang-undang ini;

(ii) penetapan umur persaraan minimum dan persaraan pilihan; dan

(iii) peruntukan mengenai penyiasatan dan penguatkuasaan serta peruntukan-peruntukan lain.

Rang undang-undang ini mengandungi 19 fasal. Sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya untuk menjelaskan secara ringkas mengenai fasal-fasal yang terkandung dalam rang undang-undang ini seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Page 88: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

82 DR 16.7.2012

Fasal 2 memperuntukkan jenis pekerjaan atau kategori pekerja yang dikecualikan di bawah rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini tidak meliputi penjawat awam, pekerja dalam tempoh percubaan, perantis, pekerja bukan warganegara, pekhidmat domestik, pekerja separa masa, pelajar, pekerja kontrak dan seseorang yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa rang undang-undang ini telah bersara pada umur 55 tahun atau lebih dan kemudiannya bekerja semula selepas dia bersara.

Fasal 3 mengandungi takrif ungkapan tertentu bagi menerangkan maksud ungkapan yang digunakan.

Fasal 4 bertujuan untuk menetapkan umur persaraan minimum pada usia mencapai 60 tahun dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan umur persaraan minimum yang lebih tinggi pada masa hadapan melalui pemberitahuan dalam warta.

Fasal 5 memperuntukkan bahawa majikan yang membersarakan pekerjanya secara pramasa boleh didakwa dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Fasal 6 bertujuan untuk membolehkan pekerja untuk bersara pada umur persaraan pilihan yang dipersetujui oleh pekerja itu dan majikannya dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

Fasal 7 mengandungi peruntukan iaitu apa-apa umur persaraan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang dibuat sebelum, pada atau selepas permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang diperuntukkan adalah disifatkan tidak sah dan digantikan dengan umur persaraan yang dicadangkan.

Fasal 8 bertujuan untuk menyediakan prosedur bagi Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja menjalankan siasatan ke atas aduan yang dibuat oleh pekerja yang diberhentikan oleh majikan atas faktor umur secara pramasa. Antara lain, sekiranya Ketua Pengarah mendapati bahawa pekerja tersebut telah dibersarakan secara tidak sah atas faktor umur, beliau boleh mengarahkan majikan untuk mengembalikan pekerja itu kepada pekerjaannya yang terdahulu dan membayar pampasan dalam bentuk bayaran gaji tertunggak yang bersamaan dengan gaji yang patut diterima sekiranya pekerja itu tidak dibersarakan atau membayar jumlah gaji yang bersamaan dengan tempoh baki perkhidmatan pekerja itu dengan majikan tersebut dari tarikh pekerja itu dibersarakan.

Fasal 9 hingga 11 membolehkan Ketua Pengarah untuk merujuk apa-apa persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi dan membenarkan mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Rang undang-undang ini juga memperuntukkan bahawa majikan boleh didakwa kerana melanggar arahan Ketua Pengarah dan memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membuat perintah bagi menguatkuasakan arahan Ketua Pengarah.

Fasal 12 hingga 14 memperuntukkan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan Ketua Pengarah, membolehkan Ketua Pengarah untuk mengarahkan kehadiran orang yang mengetahui kes dan memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes ini dan mendapatkan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan siasatan.

Fasal 15 memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah boleh mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah rang undang-undang ini kepada mana-mana pegawai tenaga kerja untuk menguatkuasakan dan menyiasat sebarang perlanggaran undang-undang berhubung dengan pelaksanaan dasar umur persaraan minimum.

■ 1930

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, masa kita tepat pukul 7.30

petang. Sambung...

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Lima minit boleh habis.

Timbalan Yang di-Pertua: Sambung esok memberikan huraiannya. Ahli-ahli Yang

Berhormat Dewan ditangguhkan untuk mengemukakan Usul Penangguhan.

Page 89: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 83

USUL

MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH

PERATURAN MESYUARAT 15(3)

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3), mesyuarat ditangguhkan sekarang”.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Maznah binti Mazlan]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Kontraktor Tenaga Kerja

7.31 mlm.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

juga tertarik dengan dua orang tokoh Kementerian Sumber Manusia yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Ini jarang-jarang berlaku. Menteri dan Timbalan Menteri berada bersekali mungkin agaknya hal yang hendak dibangkitkan ini penting.

Perkara atau isu yang hendak saya paparkan pada hari ini di Dewan yang mulia ini ialah mengenai kontraktor tenaga kerja. Umum mengetahui bahawa satu pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna bahawa pihak ketiga sekarang ini dari segi undang-undang telah ditakrifkan sebagai kontraktor tenaga kerja. Hal ini berlaku dalam situasi wujudnya hubungan pekerjaan dua pihak atau disebut dalam bahasa Inggeris dengan izin, bi-partite employment relationship sebelumnya yang merubah hubungan pekerjaan tiga pihak dalam bahasa Inggeris dengan izin, triangular employment relationship.

Persoalan yang hendak ditanyakan kepada Kementerian Sumber Manusia ialah apakah keperluannya mewujudkan hubungan tiga pihak tersebut. Urusan perniagaan atau business kontraktor tenaga kerja ini ialah untuk menyedia, membekal sejumlah bilangan

tenaga kerja yang diperlukan oleh tuan punya atau pemilik atau prinsipal kepada perusahaan, perniagaan, business dan sebagainya. Akan tetapi pekerja-pekerja yang di bekal tersebut masih menjadi pekerja kepada kontraktor tenaga kerja seperti yang telah dinyatakan. Tuan punya perniagaan atau pemilik atau prinsipal membayar sejumlah wang kepada kontraktor tersebut kepada para pekerjanya yang bekerja dengan dan di tempat pemilik tersebut bekerja di bawah arahan, seliaan dan panduan dari prinsipal namun upah atau gaji mereka dibayar oleh kontraktor tenaga kerja.

Adalah jelas bahawa kontraktor tenaga kerja ini bukanlah pemilik dan tidak juga operator kepada punca-punca atau alat-alat pengeluaran. Mereka juga tidak ada kawalan ke atas kondisi pekerjaan dan lingkungan pekerjaan. Kontraktor tenaga kerja ini tiada pengetahuan mengenai pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Mereka ini tidak lebih dari apa yang dikenali sebagai orang tengah kalau tidak pun sebagai lintah darat yang menghisap darah para pekerja dan menindas mereka.

Tuan Yang di-Pertua, jika para majikan mementingkan keuntungan dan laba maka bagi pekerja pula, kebajikan dan manfaat buat dirinya dan keluarganya adalah menjadi keutamaan. Dengan hanya melihat keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira atas titik peluh dan sumbangan yang dilakukan oleh para pekerja adalah suatu hal yang tidak dapat diterima sama sekali. Sayugia diingat berperanan para pekerja dalam mengangkat Malaysia ke tahap yang ada sekarang sangatlah besar. Kita tidak perlu bertanya siapakah yang membina bangunan yang tersergam indah, jambatan yang moden dan lebuh raya yang kita gunakan setiap hari tentulah jawapannya para pekerja. Namun, apakah balasan atas sumbangan yang telah mereka lakukan.

Page 90: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

84 DR 16.7.2012

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan kesatuan-kesatuan kerja yang alin termasuk organisasi masyarakat sama ada di dalam negeri mahupun di peringkat internasional juga Konfederasi Kesatuan Pekerja-pekerja Internasional atau dalam bahasa Inggeris disebut International Trade Union Confederation yang mewakili lebih dari 75 juta orang anggota dari 153 negeri di dunia telah mengemukakan bantahan kepada Kerajaan Malaysia melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 3 Mei 2012 atas tajuk ‘Hapuskan Sistem Kontraktor Tenaga Kerja’, ‘Tarik Balik Pindaan 2012 ke atas Akta Kerja 1955’.

Pertanyaan yang hendak dikemukakan kepada Menteri Sumber Manusia ialah sejauh mana pindaan yang dibuat ke atas Akta Kerja 1955 sepanjang mengenai kontraktor tenaga kerja dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pekerja terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai kesatuan pekerja untuk memperjuangkan haknya. Apakah seksyen 2B yang berhubung dengan kuasa untuk mengecualikan atau mengeluarkan seperti yang diberi kepada Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 2B, Akta Kerja 1955 mampu menyelesaikan kecelaruan dan kekeliruan yang terdapat sekarang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

7.37 mlm.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan

yang mulia ini, pada 1 April 2012 pindaan terhadap Akta Kerja 1955 telah dikuatkuasakan yang mana pindaan tersebut adalah bermatlamat untuk memenuhi keperluan dan perubahan semasa dalam menyediakan suasana perburuhan yang lebih kondusif dan memantapkan penguatkuasaan Undang-undang Buruh.

Antara pindaan yang dibuat adalah mengenai peruntukan berkaitan kontraktor tenaga kerja. Sebelum pindaan dibuat takrifan mengenai sub-contractor labor telah pun wujud bagi menguruskan pekerja-perkara yang diperlukan oleh prinsipal. Ini memandangkan pelan penggajian melalui sistem sub-contractor ini telah lama berlaku dan

mereka tidak didaftarkan. Akibatnya ia telah menyebabkan penggajian pekerja-pekerja melalui sistem ini tidak dikawal dengan cekap dan berkesan. Terdapat keadaan di mana kebajikan pekerja terancam dan majikan yang telah melakukan sebarang kesalahan sukar dikesan dan diambil tindakan sewajarnya.

Sehubungan ini berdasarkan kepada prinsip penambahbaikan dan bukan sama sekali bertujuan negatif maka pindaan dibuat terhadap takrifan sub-contractor for labor kepada contractor for labor di bawah seksyen 2, Akta Kerja 1955 dengan hanya menambah perkataan prinsipal sahaja. Pindaan ini adalah bertujuan untuk memperluaskan pemakaian supaya meliputi dan memperjelaskan hubungan prinsipal, kontraktor dan sub-contractor yang membekal tenaga kerja.

Sehubungan ini KSM dengan niat yang baik telah membuat takrifan baru ini untuk mengawal amalan pembekalan pekerja oleh kontraktor tenaga kerja terutama di sektor perladangan supaya ia lebih teratur. Kementerian tidak sekali-kali berhasrat untuk mewujudkan unsur memudah atau menggalakkan perwujudan kontraktor tenaga kerja. Malahan dengan adanya takrifan baru ini akan mengetatkan kesemua proses pemantauan dan penguatkuasaan melalui KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja.

Melalui pindaan ini juga ia tidak akan memberi peluang kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya mahu melibatkan diri atau mempunyai niat untuk melibatkan diri sebagai kontraktor tenaga kerja tanpa mengikut undang-undang perburuhan yang telah ditetapkan. Kewajipan terhadap kontraktor tenaga kerja untuk berdaftar di bawah seksyen 33A dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja adalah supaya disediakan satu daftar bagi membolehkan pekerja diberikan perlindungan yang sewajarnya termasuk kebajikan melalui caruman KWSP dan PERKESO.

■ 1940

Peruntukan ini adalah penting bagi pemantauan dan pemeriksaan oleh JTK dan seterusnya dapat mengelakkan berlakunya penganiayaan ke atas pekerja-pekerja yang digajikan termasuk pekerja yang tidak mempunyai kesatuan sekerja.

Page 91: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 85

Berkaitan dengannya, izinkan KSM menjelaskan bahawa amalan kontraktor tenaga kerja ini merupakan fenomena yang tersedia ada. Malaysia tidak terkecuali darinya. Justeru, takrifan kontraktor tenaga kerja bukanlah satu cadangan yang baru. Pindaan ini diminta oleh National Union of Plantation Workers kerana amalan membekalkan pekerja oleh kontraktor tenaga kerja sedia ada berlaku secara luasnya di sektor perladangan. Melalui ini, mereka perlu didaftarkan dengan tujuan meningkatkan ketelusan, memudahkan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga kebajikan pekerja.

Cadangan pindaan ini tidak sekali lagi menggambarkan hasrat kerajaan untuk menimbulkan kerisauan, menghakis hak dan kepentingan pekerja mengenai security of tenure, menggugat permanency of jobs mahupun mengetepikan status dan tanggungjawab majikan serta kontraktor tenaga kerja. Kerajaan juga tidak berhasrat untuk mewujudkan kesukaran mengenal pasti majikan sebenar dalam urusan bayaran gaji dan tiada hak untuk berkesatuan. Malahan tujuan sebenar pindaan ini adalah bagi membolehkan pihak kementerian khususnya JTK mengenal pasti pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas pekerja-pekerja yang berkenaan.

Oleh yang demikian, sangkaan bahawa kementerian menggalakkan penggajian pekerja melalui Sistem Kontraktor Tenaga Kerja mahu pun penyebaran luar ataupun outsourcing adalah tidak tepat. Dalam membuat pindaan terhadap undang-undang perburuhan, kementerian sentiasa mendengar dan mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pihak majikan dan pekerja. Ini adalah bagi menjamin suasana perburuhan yang harmoni.

Sebagai langkah ke hadapan, kementerian dengan persetujuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MAF) telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Mekanisme Penggajian oleh Kontraktor Tenaga Kerja dan tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah bagi mencadangkan langkah-langkah pencegahan dan penambahbaikan supaya tidak berlaku penyalahgunaan dan mana-mana pihak apabila pindaan yang berkaitan mula dikuatkuasakan.

Dengan mengambil kira semangat tripartisme dan keprihatinan kerajaan ke atas isu ini selain memenuhi permintaan NUPW agar diwujudkan peruntukan untuk melindungi pekerja-pekerja tersebut serta permintaan MTUC untuk mengekalkan peruntukan yang sedia ada, maka kementerian telah membuat satu perintah pengecualian di bawah seksyen 2B, Akta Kerja 1955. Perintah pengecualian tersebut dibuat bagi mengecualikan pemakaian peruntukan berkaitan kontraktor tenaga kerja seperti yang termaktub dalam seksyen 31, 33A, 69 dan 73, Akta Kerja 1955 dalam semua sektor kecuali sektor perladangan dan pertanian agricultural under things.

Ini bermakna peruntukan baru yang berkaitan dengan kontraktor tenaga kerja hanya meliputi hak-hak tenaga kerja yang menjalankan aktiviti pembekalan tenaga kerja dalam sektor pertanian atau perladangan sahaja. Manakala hak-hak subkontraktor tenaga kerja bagi sektor-sektor yang lain masih dikekalkan sebagaimana sebelum Akta Kerja 1955 dipinda. Sehubungan ini, sekiranya terdapat apa-apa tuntutan terhadap kontraktor tenaga kerja, pekerja-pekerja tersebut masih boleh membuat tuntutan atas kapasitinya sebagai majikan di bawah Akta Kerja 1955.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Pengurusan dan Perbelanjaan Perolehan Petronas

7.44 mlm.

Tuan Saiful Izham bin Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kerana memberi ruang kepada saya untuk memberikan ucapan penangguhan bagi membicarakan persoalan pengurusan dan perbelanjaan khazanah petroleum negara yang diurus kendalikan oleh syarikat minyak milik negara, Petronas.

Saya memohon agar Dewan yang mulia ini mendesak Kerajaan Persekutuan mengurus dan membelanjakan pulangan dari khazanah petroleum negara secara lebih berhemat, berdisiplin dan berhati-hati.

Page 92: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

86 DR 16.7.2012

Tidak seperti negara-negara pengeluar dan pengeksport minyak mentah yang lain, Malaysia masih terus mengalami masalah defisit belanjawan yang berterusan selama bertahun-tahun sejak tahun 1998 lagi walaupun sewaktu harga minyak mentah antarabangsa berada pada paras yang tinggi.

Lazimnya, ketika harga minyak mentah tinggi, negara pengeluar dan pengeksport minyak mentah pasti akan mempunyai lebihan belanjawan atau dengan izin, surplus budget. Akan tetapi, ini tidak berlaku di Malaysia lantaran perancangan belanjawan dan perbelanjaan yang tidak berhemat dengan izin, not a prudent management of a nation’s coffer. Kemelut ini menjadi semakin parah apabila perolehan kerajaan terlalu banyak bergantung kepada hasil petroleum yang diuruskan oleh Petronas dan sumbangan cukai yang diperolehi oleh hanya satu juta rakyat Malaysia berbanding dengan jumlah 11 juta rakyat Malaysia yang bekerja.

Hakikatnya yang harus diakui ialah Malaysia kini berada di tahap yang sangat kritikal atau dengan izin, precarious situation sekiranya ekonomi dunia mengalami krisis seperti mana yang berlaku pada tahun 1998. Terlalu banyak Dasar Belanjawan Kerajaan Persekutuan yang perlu dirombak atau dinilai semula seperti dasar subsidi terhadap segelintir pengusaha dan pemodal serta keborosan perbelanjaan lain yang melampau yang sering ditegur oleh Ketua Audit Negara. Kesemua ini akan mengikat generasi penyusul akan datang kepada kos pengurusan atau dengan izin ‘debt service charges’ yang tidak

berkesudahan hasil keborosan perbelanjaan hari ini.

Sehubungan ini, saya mohon mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan perlu menghentikan perbelanjaan boros yang langsung tidak menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Hasil Petroleum negara perlu diuruskan secara lebih beramanah oleh Kerajaan Persekutuan hari ini. Petronas perlu diberi kebebasan untuk membelanjakan hasil keuntungan urus niaga Petroleum untuk memastikan pelaburan jangka panjang dapat terus dilakukan.

Dengan sedemikian, ini dapat memastikan negara boleh menjamin perolehan khazanah secara mampan pada masa-masa akan datang atau dengan izin, steady flow of future petroleum revenues. Sesungguhnya manfaat khazanah petroleum hari ini adalah hasil pelaburan intensif yang telah dilakukan dan diterajui oleh Petronas sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Dengan rizab petroleum yang semakin menyusut dan keghairahan Kerajaan Persekutuan membelanjakan perolehan khazanah petroleum negara secara boros, negara mungkin akan kembali semula kepada situasi ekonomi pra 1970-an dalam jangka masa sepuluh tahun, ke 20 tahun akan datang.

Pengajaran yang sangat berharga perlu kita hayati dari industri bijih timah yang sudah lama menyusut atau dengan izin, defeating. Hari ini kita hanya mampu berbangga

dengan kisah silam kehebatan industri timah yang dinikmati segelintir generasi masa lalu.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya bukit yang kukuh teguh pun akan runtuh sekiranya ia ditarah-tarah tanpa haluan arah setiap hari tanpa henti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

7.48 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-

Pertua, pada tahun 2011, hasil berkaitan petroleum yang menyumbang sebanyak RM66.4 bilion atau 36 peratus daripada jumlah hasil. Hasil berkaitan petroleum termasuklah cukai pendapatan petroleum, duti eksport ke atas petroleum, royalti, dividen dari Petronas serta hasil daripada Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) dengan izin.

Kerajaan sentiasa memastikan hasil yang dikutip sama ada daripada sumber berkaitan petroleum atau sumber lain dibelanjakan dengan berhemah. Semua peruntukan yang disediakan setiap tahun sama ada peruntukan mengurus atau pembangunan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan. Kerajaan tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Setiap perbelanjaan tertakluk kepada auditan oleh Jabatan Audit Negara.

Tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang membuat perbelanjaan di luar peraturan yang ditetapkan. Petronas bebas untuk menentukan perbelanjaan modal yang diperlukan bagi kegiatan cari gali medan minyak dan gas yang baru.

Page 93: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

DR 16.7.2012 87

Menjalankan aktiviti giliran serta memastikan Petronas terus beroperasi menggunakan loji pengeluaran yang cekap dan moden.

■ 1950

Ini membolehkan Petronas kekal sebagai syarikat global di samping terus memberi sumbangan yang besar kepada negara domestik. Sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhan pada tahun 1974 adalah terdiri daripada dividen, hasil petroleum kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta cukai dan duti eksport. Pihak kerajaan juga telah mengambil kira pengurangan bayaran dividen Petronas daripada RM30 bilion pada tahun 2011 kepada RM28 bilion pada tahun 2012. Dalam anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2012 bagi menimbangkan keperluan Petronas untuk membuat pelaporan modal.

Tuan Yang di-Pertua kerajaan juga sedar bahawa perbelanjaan subsidi terus meningkat dan tidak mampan. Memandangkan dia terikat dengan harga komoditi dunia terutamanya petroleum kajian oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan terdapat subsidi yang tidak mencapai kumpulan sasaran. Subsidi ke atas barangan dan perkhidmatan mendorong kepada penggunaan secara lebihan. Industri tidak mempunyai dorongan untuk menambah baik dan mempertingkatkan produktiviti memandangkan kos input telah di subsidi. Ini memberi kesan ke atas kecekapan pasaran dan persaingan. Menyedari kesan negatif ini kerajaan telah mengambil langkah menstruktur semula subsidi peralihan kepada mekanisme pasaran yang menentukan harga dan output akan membawa kepada peruntukan sumber yang lebih cekap, pengurangan pembaziran dan peningkatan kecekapan.

Proses ini akan dilaksanakan secara teliti dan berperingkat agar dia memberi kesan yang minimum kepada pengguna dan perniagaan serta mengurangkan tekanan inflasi. Kerajaan akan terus memastikan asas mikro ekonomi negara yang baik bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan. Ini termasuk mengurangkan defisit fiskal dan mengawal paras hutang bagi memastikan keyakinan yang tinggi terhadap kedudukan ekonomi dan fiskal negara. Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan akan terus dipastikan selaras dengan kemampuan hasil dan sasaran defisit fiskal kerajaan. Kecekapan perbelanjaan kerajaan akan dipertingkatkan dan menyemak peruntukan perbelanjaan akan dilakukan dengan teliti termasuk mengurangkan perbelanjaan yang bukan kritikal.

Nilai setara atau value for money, dengan izin, dalam perolehan kerajaan akan terus diberi penekanan. Ini termasuk mempertingkatkan lagi penggunaan e-Perolehan dan tender terbuka. Perancangan dan pelaksanaan serta penyediaan siling program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh secara ruling setiap dua tahun dan pengurusan

nilai bagi projek pembangunan yang melebihi RM50 juta juga akan membantu mengukuhkan kewangan kerajaan. Bagi meluaskan asas cukai kerajaan akan melaksanakan goods and services tax apabila tiba masa yang sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, pengurusan hutang berhemah merupakan satu ciri utama dalam dasar fiskal negara. Ini adalah perlu bagi memastikan pembiayaan dan pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang dapat disempurnakan pada kos yang paling rendah bersesuaian dengan tahap risiko. Pengurusan hutang yang berkesan membolehkan kerajaan mampu menampung hutang di samping turut menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara. Sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu, nisbah bayaran khidmat hutang kepada keluaran dalam negeri kasar atau KDNK berada pada kadar purata 3.5 peratus. Ini telah memberi feasibility dalam pelaksanaan dasar fiskal sepanjang tempoh putaran ekonomi. Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KNDK yang berada pada kadar purata 40 peratus dalam dekad 70-an telah meningkat melebihi 100 peratus pada tahun 1996 dan 1997.

Peningkatan ketara ini berpunca terutamanya daripada kesan kumulatif penambahan perbelanjaan awam bagi melaksanakan projek pembangunan. Pelaksanaan dan dasar fiskal mengembang bagi mengurangkan impak kelembapan ekonomi serta penguncupan kutipan hasil berikutan harga komoditi yang rendah. Walau bagaimanapun, berikutan pengurusan kewangan yang berhemah atau prudent, dengan izin, kerajaan telah dapat mengurangkan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK kepada paras 51.8 peratus pada tahun 2011.

Page 94: MALAYSIA - parlimen.gov.my · sebagai counter productive di mana terkecuali Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David, ahli-ahli sukan atau pasukan yang telah diberi insentif dan

88 DR 16.7.2012

Pengurusan hutang Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada beberapa peraturan dan garis panduan di bawah Akta Pinjaman Luar Negeri 1963. Hutang luar Kerajaan Persekutuan dihadkan kepada RM35 bilion bagi mengurangkan pendedahan kepada risiko kadar pertukaran asing.

Seterusnya jumlah gabungan jumlah hutang dalam negeri di bawah kedua-dua Akta Pinjaman Tempatan 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dihadkan kepada 55 peratus daripada KDNK. Manakala akta, bill Perbendaharaan Tempatan 1946 menetapkan

jumlah hutang maksimum pada paras RM10 bilion. Sebagaimana tambahan kepada perundangan yang mengehadkan pinjaman dapat beberapa garis panduan pentadbiran untuk mengukuhkan lagi disiplin dalam pengurusan kewangan. Ini termasuk:

(i) memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi anggaran hasil;

(ii) pinjaman hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan;

(iii) bayaran khidmat hutang yang dikira sebagai perbelanjaan tanggungan diberi keutamaan berbanding perbelanjaan lain. Ini menjamin pembayaran faedah kepada pemegang sekuriti dan memastikan kerajaan akan memenuhi obligasi hutangnya; dan

(iv) jumlah hutang dalam negeri dan luar negeri kerajaan peruntukan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.

Tuan Yang di-Pertua dengan membina asas-asas mikro ekonomi yang baik sumbangan serta swasta dalam menjana aktiviti ekonomi negara ini dijangka meningkat dan bertambah kukuh. Ini akan memperteguh lagi kedudukan ekonomi negara dan seterusnya hasil Kerajaan Persekutuan.

Berdasarkan kepada prestasi keseluruhan hasil dan juga kedudukan ekonomi negara setakat ini serta usaha untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai kerajaan menjangkakan sasaran pengurangan defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2012 akan dapat dicapai. Jika disusuri sejarah ekonomi negara kita telah menempuh beberapa tempoh yang mencabar. Kita bersyukur kerana kita mampu menangani pelbagai cabaran dan dugaan dengan jayanya.

Dasar yang berhemah dan primitif, daya tahan ekonomi yang mantap serta kekuatan dan keazaman rakyat dan pemimpin dalam menghadapi persekitaran yang lebih mencabar telah membolehkan ekonomi negara berkembang dengan lebih teguh. Oleh itu kerajaan yakin kita akan terus mempunyai daya tahan kebolehan suaian serta keupayaan untuk menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang

Berhormat, Usul Penangguhan sebagaimana yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini

ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 17 julai 2012.

Sebelum itu Yang Berhormat sebelum kita bersurai saya ingin memperingatkan pada Yang Berhormat bahawa esok merupakan hari terakhir kita bersidang pada Penggal ini. Kita masih lagi ada tiga lagi rang undang-undang yang akan dibentangkan dan dibahaskan iaitu Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012, dan Rang Undang-undang Francais (Pindaan) 2012.

Jadi saya mohonlah kerjasama Yang Berhormat supaya sesiapa yang ingin turut serta berbahas, supaya menghantar nama dengan segera ya, agar senang kita mengatur masa. Sekian, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam.