datuk nenek nabi muhammad saw

Click here to load reader

Post on 15-Apr-2017

136 views

Category:

Education

11 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • DATUK NENEK NABI MUHAMMAD SAW

  • KEWIBAWAAN DATUK NENEK NABI MUHAMMAD SAW

  • Nabi Muhammad berketurunan bangsa Arab Quraisy yang terus menerus bersambung dengan nabi Ibrahim as melalui anaknya Nabi Ismail as.Dalam diri Nabi Muhammad itu bercampur 3 bangsa darah. Darah bangsa Babil iaitu darah Nabi Ibrahim mengalir dalam badan nabi Ismail as.

  • Kedua darah bangsa Qibti iaitu mengalir dalam badan Siti Hajar ke dalam tubuh Nabi Ismail as. Yang ketiga darah bangsa Arab Jurhum dalam diri isteri nabi Ismail as. Bilangan datuk nenek nabi dari Abdul Mutalib sampai kepada Nabi ismail as tidak dapat dipastikan dengan tepat.Yang nabi akui hanya 20 orang sahaja setakat Adnan ke bawah.

  • SECEBIS KISAH BEBERAPA ORANG DATUK NABI

  • MAAD BIN ADNANMerupakan datuk nabi yang ke 19 iaitu anak kepada Adnan.Beliau adalah seorang pahlawan yang perkasa.Digeruni pihak musuh kerana handal dan pintar dalam memimpin askar.Semua musuhnya diserang sehingga ke negeri Israil dan sentiasa mendapat kemenangan.Kerana inilah namanya harum dan menjadi sebutan oleh penduduk Arab.

  • NIZAR BIN MAADDatuk nabi yang ke 18.Seorang yang sangat kacak dan segak.Juga seorang yang bijaksana, pintar dan sering memberi idea yang bernas bila diminta pendapatnya.Kerana inilah dia menjadi sangat mulia dan dihormati oleh kaumnya.

  • SHAH ALAM - Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

    A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.

  • PENGARAH BOMBA JOHOR DATUK AB GHANI DAUD MENINGGAL KETIKA SOLAT JUMAAT

  • MUDHAR BIN NIZARDatuk nabi yang ke 17.Merupakan seorang lelaki yang tampan dan segak.Kelebihannya ialah apabila memandang mukanya akan lahirlah perasaan kasihan dan penuh simpati.Juga merupakan seorang pujangga.

  • FIHR BIN MALIKDatuk nabi yang ke 10. Seorang pembesar Arab yang sangat dermawan.Namanya menjadi masyhur kerana jasanya yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini.Beliau berusaha memberi makan kepada jemaah haji pada suatu musim haji yang panas dan tiada makanan.

  • Sambungan..Beliau telah berusaha dengan susah payahnya mengumpul roti daripada semua penduduk Mekah untuk diberi makan kepada jemaah haji.Mendapat gelaran Quraisy bermaksud orang yang mengumpul roti.Sejak itu keturunan Fihr digelar Bani Quraisy satu gelaran yang sangat mulia.

  • Sambungan..Oleh kerana sifatnya yang suka membantu dengan harta dan pertolongan maka rumah Fihr telah menjadi tumpuan fakir dan miskin.Sifat Fihr yang sangat mulia lagi ialah apabila tiada fakir miskin datang kerumah maka beliau akan keluar untuk mencari mereka yang lapar dan dahaga dengan makanan di tangan. Daripada Fihr inilah Arab Adnan menjadi 2 iaitu satu Quraisy dan satu lagi Kinanah.

  • KAAB BIN LUAYMerupakan datuk nabi yang ke 7 dan amat mengerti dengan kitab-kitab terdahulu.Beliau tahu bahawa nabi akhir zaman akan lahir dari anak cucunya.Beliau juga guru yang mengajar kaumnya pada setiap hari Jumaat di sisi Kaabah dan selalu mengingatkan kaumnya agar beriman kepada nabi akhir zaman.Juga merupakan datuk ke 9 Saidina Umar Al Khattab.