pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ... · aku bercadang untuk menghabiskan...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2B Modul 4 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 26-Apr-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2B

Modul 4

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 4

A. Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思

1 menentang

-membantah, melawan

反 对

2 hasrat

-kehendak

意 愿

3 hidangan

-makanan, lauk

食 物/ 菜 肴

4 berselera

-ada keinginan untuk makan

有 胃 口

5

ulam pegaga

-daun-daunan atau buah-buahan mentah yang

dimakan sebagai lauk

生 菜/水

6 serambi

-koridor, beranda

走 廊

7 menghempaskan

-membantingkan, menjatuhkan, memukul

8 kepastian

-ketentuan

肯 定

9 mengembara

-menjelajah

流 浪、 漫 游

10 pesisiran

-daratan di sepanjang tepi laut

海/河 边

11 membayangkan

-menjangkakan

想 象

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

12 peluang keemasan

-peluang baik

好 机 会

13 dilindungi

-dijaga

被 保 护

14 syarat

-peraturan, tuntutan

条 件/ 规 则

15 pengunjung

-pelawat

游 客

16 menyalakan

-menghidupkan (api)

点 燃

17 destinasi

-tempat tuju

目 的 地

18 tersengguk-sengguk

-terangguk-angguk kerana mengantuk

大 瞌 睡 时 点 头

19 merangkak

-menyusup, berjalan dengan tangan dan lutut

20

menimbus

-mengambus, mengisi dengan tanah sehingga

tertutup

填/ 埋

21 spesies

-jenis

种 类

22 pupus

-lenyap, habis sama sekali

绝 种

23 amalan

-perbuatan

行 为

24

generasi

-kumpulan manudia yang lahir pada mada yang

lebih kurang sama

25 makhluk

-benda hidup

活 物

26 diwartakan

-dijadikan undang-undang

立 为 法 律

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

b. Latihan Perbendaharaan kata - Membina Ayat

1. menentang :

___________________________________________________

2. hasrat :

___________________________________________________

3. hidangan :

___________________________________________________

4. peluang :

___________________________________________________

5. dilindungi :

___________________________________________________

6. syarat :

___________________________________________________

7. destinasi:

___________________________________________________

8. pupus :

___________________________________________________

9. amalan :

___________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

10. generasi :

___________________________________________________

11. mengembara :

___________________________________________________

12. membayangkan :

___________________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Bercuti Di Rantau Abang

Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk

dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak menentang

hasratku.

Datuk dan nenek menyambut kedatanganku dengan gembira.

Tambahan pula, aku merupakan cucu tunggal mereka. Nenek turut

menyediakan hidangan tengah hari yang sungguh enak. Aku makan

dengan berselera sekali walaupun cuma berlaukkan ikan pekasam,

ulam pegaga dan sambal belacan.

Selepas itu, aku dan datuk berbual-bual di serambi rumah.

Kebetulan rumah datuk berhampiran dengan laut. Sesekali

kedengaran ombak menghempas pantai.

“Atuk, bukankah sekarang musim penyu bertelur?” tanyaku

inginkan kepastian.

“Ya, Jamal. Musim penyu bertelur adalah antara bulan Mei

dengan bulan September. Penyu itu akan datang kembali ke sini

walaupun telah jauh mengembara,” terang datuk.

“Kalau begitu, bolehlah Jamal tengok penyu bertelur pada

malam ini,” aku bersorak kegembiraan.

“Apa salahnya. Atuk pun selalu turun ke pantai untuk menunggu

penyu bertelur,” kata datuk.

Datuk berjanji akan membawa aku ke pesisiran pantai pada

malam ini. Aku dapat membayangkan bagaimana penyu itu naik ke

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

darat. Aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk melihat

haiwan yang dilindungi itu.

Selepas makan malam, aku dan datuk berjalan di pesisiran

pantai. Aku memakai baju yang tebal kerana cuaca pada malam itu

sungguh sejuk.

Menurut datuk, ada beberapa syarat untuk melihat penyu

bertelur. Antaranya, pengunjung tidak dibenarkan membuat bising

dan menyalakan unggun api. Bunyi bising dan cahaya yang terang akan

menyebabkan penyu turun semula ke laut.

“Atuk, bukanlah Rantau Abang merupakan destinasi penyu

bertelur di negara kita?” tanyaku.

“Betul tu Jamal. Rantau Abang juga juga dijadikan tempat

perlindungan tidak rasmi kepada penyu-penyu ini,” beritahu datuk.

Jam sudah menunjukan pukul 2.00 pagi. Datuk tergelak apabila

melihat keadaanku yang tersengguk-sengguk. Datuk menyuruh aku

tidur di atas ribanya. Datuk berjanji akan mengejutkan aku jika

penyu naik ke darat.

Tiba-tiba datuk menggoncang bahuku.

“Kenapa atuk?” tanyaku.

“Cuba Jamal tengok di sana,” kata datuk sambil menunjukkan

kearah pantai.

Aku menjerit kegembiraan apabila melihat penyu yang agak

besar sedang merangkak ke darat. Penyu itu menggunakan kedua-dua

belah belah kaki hadapannya untuk mengorek lubang. Apabila lubang

itu sudah cukup dalam, penyu itu mula bertelur.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Aku tidak sangka penyu itu mampu bertelur sehingga 100 biji.

Kemudian, penyu itu menimbus semula lubang tersebut sebelum turun

ke laut.

“Bagaimana sekarang? Jamal sudah berpuas hati?” tanya datuk.

Aku cuma tersenyum dengan pertanyaan datuk. Aku masih

teringat akan kata-kata Cikgu Azizul tentang kepupusan spesies

penyu di negara ini. Menurut Cikgu Azizul, kepupusan penyu berkait

rapat dengan amalan memakan telur penyu.

“Jamal berasa kasihan melihat penyu itu bersusah payah naik ke

darat untuk bertelur,” kataku.

“Sebab itulah pengunjung dilarang mengambil telur-telur penyu

ini. Jika tidak, generasi baru tidak dapat mengenali penyu,” terang

datuk.

“Atuk, apakah yang menyebabkan penyu semakin pupus?” soalku

kembali.

“Pertama, penyu dibunuh oleh nelayan kerana terperangkap

dalam jaring mereka. Kedua, penyu itu makan plastik yang

disangkanya obor-obor,” jelas datuk dengan panjang lebar.

“Atuk mengapa agaknya mereka membunuh penyu itu?” tanyaku.

“Penyu itu dibunuh kerana merosakkan jaring nelayan,” beritahu

datuk.

Aku tidak menyangka ada manusia yang sanggup menyeksa

penyu. Penyu juga merupakan makhluk Tuhan yang mesti dipelihara

dengan baik.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

“Tapi Jamal, jangan bimbang. Pihak kerajaan telah menjalankan

langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan kepupusan penyu. Penyu

telah diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi. Pihak berkuasa akan

mengambil tindakan terhadap orang yang membunuh atau mengambil

telur penyu,” jelas datuk.

“Jamal sokong seratus-peratus!” jeritku.

“Wah, pandai cucu atuk ! Atuk bangga kerana mempunyai cucu

yang prihatin terhadap masalah kepupusan penyu. Atuk harap Jamal

dapat kekalkan sifat ini sampai bila-bila,” kata datuk.

B. Pemahaman

1. Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh pengunjung ketika

penyu naik ke darat ?

i. menangkap penyu

ii. menangkap gambar

iii. menunggang penyu

iv. mengutip telur

v. menyuap penyu

vi. meyaksikan cara penyu bertelur

A. i, ii, iii B. I, iii, iv C. ii, iii, iv D. i, ii, iii, iv, dan v

2. Berikan tiga faktor yang menyebabkan kepupusan spesies penyu

di negara kita.

_________________________________________________

_________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

3. Pada pandangan kamu, apakah yang akan terjadi sekiranya penyu

semakin pupus ? (KBAT)

_________________________________________________

4. Nyatakan peraturan yang perlu dipatuhi semasa menyaksikan

penyu bertelur.

( %)

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

C. Tatabahasa

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk

menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa

dalam sesuatu ayat.

2. Kata hubung juga digunakan untuk menghubungkan dua atau

lebih ayat untuk menjadi ayat kompleks atau ayat majmuk.

3. Biasanya, kata hubung digunakan di tengah ayat. Jika kata

hubung digunakan di permulaan ayat, tanda koma diperlukan di

tengah ayat.

Contoh: Ali akan menangis jika dia mengetahui perkara itu.

Jika Ali mengetahui perkara itu, dia akan menangis.

4. Contoh kata hubung:

Bil Kata

Hubung

Fungsi – digunakan

untuk Contoh Ayat

1 dan menghubungkan

subjek atau prediket

dalam ayat

Alias dan Faizal

bermain bola di padang.

2 atau menunjukkan sesuatu

pilihan

Kamu mahu minum

teh atau kopi ?

Kamu boleh minum

teh atau kopi.

3 tetapi menunjukkan makna

yang berlawanan

Kamus ini tebal tetapi

harganya mahal.

4 lalu menunjukkan

perbuatan itu

dilakukan secara

berturut-turut

Baju itu dibasuh lalu

dijemur di ampaian.

5 sambil menunjukkan sesuatu Ayah menonton

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

perbuatan itu

dilakukan pada masa

yang sama dengan

perbuatan yang lain

televisyen sambil

menghirup kopi panas.

6 kerana menjelaskan sebab

sesuatu perkara

Air di longkang itu

tidak dapat mengalir

kerana longkang itu

tersumbat.

7 sementara menunjukkan dua

perkara yang

dilakukan serentak

Siti Ambia memasak

sementara anaknya

bermain komputer.

Kamarul mendengar

muzik sementara

menunggu jagungnya

masak direbus.

8 jika / kalau

/ jikalau /

andaikata /

sekiranya /

seandainya

menerangkan sesuatu

syarat

Saya akan melawat

orang itu jika dia

meminta maaf kepada

ayah saya.

9 agar/supaya menunjukkan maksud

atau tujuan

Lina belajar

bersunggguh-sungguh

agar memperoleh

keputusan yang baik

dalam peperiksaan.

10 walaupun /

meskipun /

sungguhpun

menunjukkan maksud

yang berlawanan

Aida datang ke sekolah

walaupun dia tidak

sihat.

11 yang menunjukkan bahawa

kata keterangan

berikutnya

diutamakan atau

menunjukkan kelainan

Kereta yang berwarna

merah itu kepunyaaan

bapa saya.

12 bahawa merangkaikan ayat

yang utama dengan

ayat kecil

Haida mengatakan

bahawa dia tidak sihat

hari ini.

13 kecuali / menunjukkan Semua orang tidak

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

melainkan pengecualian dibenarkan masuk ke

kawasan larangan itu

kecuali anggota polis.

Latihan 1:

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang terbaik

1. Hanya mereka _________________ layak sahaja akan

mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

2. Tanggalkan kasut anda ______________ masuk ke dalam

rumah.

3. ________________ cedera parah, pesawah itu tetap

berusaha menyelamatkan anaknya.

4. Doktor menutup mulutnya ________________ memulakan

pembedahan.

5. Negara kita semakin maju ________________ merdeka.

6. Buah mangga itu hanya boleh dipetik ________________

masak.

7. Muthu memukul ular sawa itu _______________ mati.

8. Polis trafik meniup wisel ________________ mengawal lalu

lintas.

9. Semua murid dikehendaki memakai baju putih

________________ pengawas.

10. ________________ menati ketibaan bas, mereka

berborak-borak.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Latihan 2:

Lengkapkan petikan berikut dengan kata hubung yang sesuai. (KBAT)

Cuti sekolah telah tiba. Minah (1) _______________ Susi

bercadang untuk melawat pameran buku. (2) __________________

mendapat kebenaran ibu bapa, mereka pun mengunjungi pameran itu

dengan bas. Mereka berbual-bual (3) ________________ melihat

telatah penumpang bas (4) _______________ menunggu bas datang.

Minah suka membaca buku cerita (5) _______________ Susi

meminati ensaiklopedia. Mereka telah membel beberapa buah buku (6)

_______________ pulang.

Mereka berasa (7) ________________ berpeluang melawat

pameran buku.

( %)

Latihan 3:

Garisi kata hubung yang terdapat dalam ayat. Betulkan kata hubung

tersebut dan salin semula ayat yang betul. (KBAT)

1. Kamarul sambil Azrul masuk ke dalam bilik sejak tidur.

2. Peter pandai melukis sementara Rani pandai menyanyi.

3. Sejak dia jelita, dia masih belum berkahwin lagi hingga hari ini.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

4. Kasut lalu mahal biasanya tahan lama selepas kualitinya baik.

5. Setiap pelajar bertali leher yang budak nakal itu.

6. Ketua Kelas 4 Bestari meletakkan buku di atas meja guru dan

keluar dan bilik guru.

7. Nurhaliza belah pernah memenangi sebarang pingat tetapi dia

boleh berlari dengan pantas.

8. Encik Raju walaupun peramah kerana murah hati.

9. Calon UPSR dinasihatkan manakala jangan masuk lewat ke dalam

dewan peperiksaan.

10. Hazizah tidak akan dibenarkan keluar sehingga dia tidak

meminta maaf.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Latihan 4:

Pilih kata hubung yang terbaik.

1. Luka pada kaki Sufian disapu ubat sebelum dibalut _______

tidak dijangkiti kuman.

A. apabila B.kalau

C. agar D.jika

2. Mahadi _________ Amran terkejut apabila mendengar berita

kematian sahabat karib mereka.

A. dan B.walaupun

C. agar D.jika

3. Adik menangis _________ aiskrimnya dihabiskan oleh abang.

A. sungguhpun B. kerana

C. sementara D. jika

4. Suzana berjanji _________ dia tidak akan mengulangi

perbuatan itu lagi.

A. agar B.tetapi

C. supaya D.bahawa

5. Perlawanan bola sepak itu akan ditangguhkan ________ hujan

tidak berhenti.

A. atau B.sementara

C. jika D.dan

6. Dalam pertandingan itu, kanak-kanak diarahkan melukis

_______ mewarnakan lukisan masing-masing.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

A. agar B.atau

C. supaya D. serta

7. Kamal dan kawan-kawannya dikejar tebuan _______ mereka

terjun ke dalam sungai.

A. lalu B.kalau

C. walaupun D. bahawa

8. Kak Syarifah mengajar di Sabah ________ menetap di sana.

A. sementara B. dan

C. tetapi D. jika

9. Fadli tinggal keseorangan _______ ayah dan ibunya pergi ke

majlis kenduri.

A. tetapi C. lalu

C. kerana D. sementara

10. Ramai pengunjung datang ke tempat peranginan itu _______

terletak di kawasan pedalaman.

A. tetapi B. sambil

C. meskipun D. dan

11. Fadilah suka membaca buku _______ adiknya suka menonton

televisyen.

A. tetapi B. dan

C. sungguhpun D. walaupun

12. Baju kebaya _______ dipakai oleh budak itu dijahit oleh Puan

Zainab.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

A. yang B. tetapi

C. kerana D. agar

13. Puan Leha menyuruh anaknya memperlahankan radio _______

tidak mengganggu jiran tetangga.

A. kerana B. sungguhpun

C. tetapi D. supaya

14. Adik Helmi sukar untuk berhenti menangis ________ dipujuk

oleh ayahnya.

A. melainkan B. supaya

C. tetapi D. agar

( %)

D. Pertuturan

Bacaan 2 : Bacaan Bestrai m.s. 20

Jawab soalan berikut:

1. Bagaimanakah manusia berhubung pada masa dahulu ?

2. Siapakah Alexander Garham Bell ?

3. Apakah ciptaan telekomunikasi yang termoden ?

4. Bagaimakah telefon membantu manusia dalam kehidupan harian

?

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

E. Penulisan

Karangan Jenis Fakta

Panduan Mengarang

1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan logik.

2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut kepentingan

berdasarkan pendapat anda.

3. Jangan tulis keempat-kempat isi anda dalam bahagian pengenalan.

Ini adalah untuk mengelakkan diri anda daripada mengulang.

4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap

sesuatu fakta yang hendak ditulis.

5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh yang

bersesuaian.

6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Penanda

wacana biasanya digunakan dalam karangan ini.

Latihan 1 : Faedah Membaca (Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 2 : Faedah Menonton Televisyen (Sila rujuk peta minda yang

disediakan)

Input Bahasa

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Simpulan Bahasa

1. raja sehari – pengantin

2. sampai hati – tidak ada

belas kasihan untuk

melakukan sesuatu

3. tahi judi – orang yang

suka bermain judi

4. air muka – paras rupa

atau wajah seseorang

5. banyak mulut – orang

yang suka bercakap

banyak

6. cakar ayam – tulisan

yang sukar dibaca

7. darah muda – perasaan

orang muda (yang cepat

marah)

8. geli hati – lucu

9. harga mati – harga

tetap

10. isi hati - perasaan

Pintar Kata

(Perkataan Banyak Makna)

1. tanggal

a. tarikh – Tanggal

bulan April ini, dia

akan pergi ke luar

negara.

b. terlucut – Seluarnya

tertanggal tadi.

2. tawar

a. kecewa – Hatinya

tawar untuk

berniaga lagi.

b. tidak ada rasa –

Masakannya tawar.

c. dikurangkan –

Harga barang itu

tidak boleh

ditawarkan lagi

3. tegang

a. tidat erat – Hubungan suami

isteri itu tegang

kerana hasutan

rakan-rakan

sejawat.

b. tidak kendur – Tali

itu ditarik dengan

tegang supaya tidak

kendur apabila

diikat.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B04 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah ... · Aku bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek di Kuala Terengganu. Ayah dan ibu juga tidak

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my