pengisian... · isikan butiran mengikut sijil kematian/surat mentadbir / geran probet ... surat...
TRANSCRIPT
S E L A M A H B I N T I A B D K A R I M
3 4 0 2 1 7 0 0 0 0 0 0
K 6 5 4 3 2 1
KP Lama
2 0 1 0 2 0 1 0
XYZ 1 2 3 4
JKXX/XX/99/99/2011
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 0 0ASD
ASB
F A U Z A H B I N T I B A D R U L
7 4 0 2 1 7 0 0 1 2 3 4
1 7 C , B L O K C , J A L A N K A S I A D E S A K A S I A
S E L A N G O R M A L A Y S I A
5 0 0 0 0
ANAK0 9 9 1 2 3 4 5 6 7 [email protected]
ASB 5 6 7 8 9 0 0 0 0 0 0 0ASD
SELAMEH BTE ABDUL KARIM
654321
SELAMAH BINTI ABD KARIM
K654321
Fauzah binti Badrul 740217-00-1234Ampang Selangor20/02/2012
PANDUAN MENGISI BORANG T1
RUANGAN PENERANGAN
Bahagian A : MAKLUMAT SIMATI / PESAKIT
Maklumat Simati /
Pesakit
Isikan butiran mengikut Sijil Kematian/Surat Mentadbir / Geran Probet Harta Pusaka. Jika No. Kad
Pengenalan diri atau nama simati/pesakit berbeza dengan rekod Amanah Saham Nasional Berhad
(ASNB) atau yang tercatat dalam buku dan sijil pelaburan, penerima perlu menyertakan dokumen
sokongan seperti berikut:-
a) Sila isi Bahagian C di Borang T1 dan nyatakan perbezaan maklumat simati atau
b) Surat akuan bersumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan dengan jelas perbezaan
maklumat tersebut atau
c) Surat Pengesahan dari JPN
Unit Amanah Isikan butiran unit amanah yang dimiliki oleh simati / pesakit .
Sekiranya simati / pesakit mempunyai sijil pelaburan yang masih dalam cagaran sila rujuk terlebih
dahulu Institusi Pemberi Pinjaman.
Bahagian B1: MAKLUMAT PENTADBIR / WARIS / PENERIMA
Maklumat pentadbir
/ waris / penerima
Isikan butiran penerima. Sila sertakan salinan kad pengenalan yang telah disahkan. Muka depan dan
belakang kad pengenalan tersebut perlu dicetak di muka surat yang sama menggunakan kertas
bersaiz A4.
Pastikan maklumat alamat surat-menyurat dan nombor telefon adalah yang terkini.
Jika alamat surat-menyurat berbeza dengan rekod ASNB (sekiranya waris mempunyai akaun unit
amanah ASNB), sila lakukan pertukaran alamat terlebih dahulu di Pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB
yang berhampiran.
Pembayaran Pindah
Milik
Isikan maklumat unit amanah simati dan maklumat unit amanah pentadbir / waris / penerima bagi
tujuan pemindahan unit (sekiranya ada dan layak).
Bahagian C : SURAT AKUAN DAN JAMINAN GANTIRUGI
Maklumat Pentadbir / waris / penerima berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan memohon. Maklumat
dalam Surat Akuan dan Jaminan Gantirugi perlu dibaca dan difahami oleh pentadbir / waris / penerima
sebelum menandatangani Surat Akuan dan Jaminan Gantirugi. Sekiranya ada perbezaan maklumat
antara dokumen sokongan dengan rekod ASNB, maka ruangan perbezaan maklumat perlu diisi oleh
pentadbir / waris / penerima.
Pentadbir / Waris /
Penerima
Diisi oleh pentadbir / waris / penerima yang membuat pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah
Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
Ruangan
Setem Hasil
Lekatkan setem Hasil RM10.00 dan dibatalkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau oleh
Pesuruhjaya Sumpah.
Ruangan
“Dihadapan saya,”
Ruangan ini dilengkapkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
Bahagian B2 : MAKLUMAT PENTADBIR / WARIS / PENERIMA
- Bagi pentadbir / waris / penerima melebihi 1 orang, sila isi borang tambahan, lengkapkan dan lampirkan bersama-sama
borang tuntutan ini.
- Penerangan panduan mengisi borang adalah sama seperti di Bahagian B1.
MAKLUMAT TAMBAHAN PERMOHONAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA DI ASNB
PERKARA PENERANGAN
Pendahuluan Berdasarkan jenis dan nilai harta pusaka simati, waris / pentadbir perlu hadir ke Pejabat Pembahagian
Pusaka Kecil / Pejabat Tanah dan Daerah / Mahkamah Tinggi Sivil / Amanah Raya Berhad atau melantik
peguam untuk membuat permohonan mentadbir harta pusaka simati.
Sila pastikan semua dokumen yang berkaitan dilengkapkan dan dibawa semasa membuat permohonan.
Baki Unit Pelaburan Terkumpul RM10,000 dan kurang
Siapa Yang
Berhak menuntut
Suami atau isteri
Ibu atau bapa
Anak kandung
Adik Beradik
Datuk atau nenek
(salah seorang sahaja tanpa Surat Kuasa Mentadbir)
Dokumen yang
diperlukan
Buku atau Sijil Pelaburan (sekiranya ada)
Salinan Sijil Kematian atau Permit Menguburkan Simati yang disahkan
Salinan Kad Pengenalan waris / pentadbir yang disahkan
Salinan Dokumen Pertalian yang disahkan.
Dokumen
Sokongan
Pertalian Dokumen Sokongan
Suami atau Isteri Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan / Cabutan Daftar Perkahwinan, atau
Sijil Kelahiran anak simati yang menunjukkan maklumat waris, atau
Kad pesara kerajaan yang menunjukkan pertalian.
Ibu atau Bapa Sijil Kelahiran simati yang menunjukkan maklumat waris.
Anak Sijil Kelahiran waris yang menunjukkan maklumat simati.
Adik Beradik Sijil Kelahiran waris DAN Sijil Kelahiran simati yang menunjukkan maklumat
ibu/bapa simati.
Datuk atau Nenek Sijil Kelahiran simati DAN Sijil Kelahiran ibu atau bapa simati yang menunjukkan
pertalian waris (datuk atau nenek).
Dokumen yang
diterima bagi
menggantikan
Dokumen
Sokongan di atas
Sijil Pembahagian Faraid atau Surat Kuasa Mentadbir daripada Mahkamah Syariah, atau
Dokumen Rasmi yang menunjukkan pertalian waris dengan simati, daripada:
Pejabat Agama Islam, atau
Jabatan Pendaftaran Negara, atau
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, atau
Mahkamah Anak Negeri Sabah / Sarawak
Baki Unit Pelaburan Terkumpul Melebihi RM10,000 ATAU Tidak Siuman / Kecelaruan Mental
Siapa Yang
Berhak Menuntut
Pentadbir / Waris / Penerima yang dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Mahkamah
bagi kes Tidak Siuman / Kecelaruan Mental.
Dokumen yang
diperlukan
Buku atau Sijil Pelaburan (sekiranya ada)
Salinan Sijil Kematian atau Permit Menguburkan Simati yang disahkan
Salinan Pengenalan waris / pentadbir yang disahkan
Salinan Surat Kuasa Mentadbir yang disahkan.
Surat Kuasa
Mentadbir
(salah satu)
Surat Kuasa Mentadbir atau Probet Dari Mahkamah Tinggi Sivil, atau
Surat Akuan dan Arahan dari Amanah Raya Berhad, atau
Perintah Pembahagian dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian, atau
Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Anak Negeri Sabah / Sarawak, atau
Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Rendah / Tinggi Syariah untuk negeri Sabah / Sarawak, atau
Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Syariah dan menyatakan dengan jelas aset ASNB adalah
“Hibah”
Nota: Salinan dokumen mesti disahkan disetiap muka surat dari salinan asal oleh Pegawai ASNB/ Pegawai dari Ejen ASNB/ Ketua Kampung/ Majikan dari Bahagian Sumber Manusia/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.