dasar utama kerajaan 2.ppt

66
Abd.Rahman bin Abd.Wahab Abd.Rahman bin Abd.Wahab Institut Tadbiran Awam Negara Institut Tadbiran Awam Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Malaysia

Upload: hoyjing-chew

Post on 29-Nov-2015

59 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Dasar utama kerajaan =)

TRANSCRIPT

Abd.Rahman bin Abd.WahabAbd.Rahman bin Abd.WahabInstitut Tadbiran Awam NegaraInstitut Tadbiran Awam NegaraJabatan Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MalaysiaMalaysia

Abd.Rahman bin Abd.WahabAbd.Rahman bin Abd.WahabInstitut Tadbiran Awam NegaraInstitut Tadbiran Awam NegaraJabatan Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

MalaysiaMalaysia

DEFINASI DASAR

• Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.

DEFINISIDASAR-DASAR KERAJAAN

(AWAM)

Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari semasa kesemasa untuk menyelesaikan/mendapatkan hasil/ mencapai objektif.

KENAPA DASAR KERAJAAN DI BUAT

• Meningkatkan kecekapan• Meningkatkan produktiviti• Mengurangkan kos pengurusan• Mengatasi masalah• Meletakakan asas pentadbiran

negara/organisasi• Panduan bagi mencapai objektif• Menyedarkan orang ramai perlunya

sesuatu amalan baik di praktikan

KENAPA DASAR- DASAR KERAJAAN PERLU DIFAHAMI

• Supaya dapat merangka program dan pelan tindakan bagi mencapai objektif

• Mengatasi masaalah dan konflik yang mungkin timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaan

• Terlibat secara langsung sebagai kakitangan awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)

MENGENALIDASAR-DASAR AWAM

MALAYSIA

• Latarbelakang Negara• Peringkat Pembetukan Dasar-

dasar Negara• Penggubalan Dan Pelaksanaan

Dasar-dasar

LATARBELAKANG NEGARA

• Fizikal• Penduduk• Hasil Negara• Malapetaka• Prospek (Tenaga Kerja)

PERINGKAT PEMBENTUKANDASAR-DASAR

NEGARA

• Zaman Penjajah• Sebelum Mencapai Kemerdekaan

(1944-1957)• Selepas Merdeka (1957-13

Mei1969)• DEB (1970-1990) RRJP1• DPN (1991-2000) RRJP2

(Wawasan2020)

KATEGORI DASAR-DASAR

• Dasar-dasar Am KerajaanContoh: Rancangan Malaysia, Dasar Wawasan Negara, Dasar Pembangunan Negara, Wawasan 2020

• Dasar-dasar Berkenaan Dengan Pembangunan Ekonomi Negara

• Dasar-dasar Yang Berkaitan Dengan Kemajuan Sosio-Politik

• Dasar Yang Berkaitan Dengan Hubungan Luar Negeri

DASAR-DASAR EKONOMI

• Dasar Pembangunan Nasional• Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua• Dasar Perindustrian Negara• Dasar Pertanian Negara • Dasar Penswastaan • Dasar Pensyarikatan Malaysia• Dasar Halacara Baru Dalam

Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar• Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam• Dasar/Program Pembaharuan Dan

Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA

KERJA

Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Kebudayaan KebangsaanDasar Penerapan Nilai-nilai

Murni Dalam Pentadbiran Dasar Pandang Ke TimurDasar Bersih, Cekap Dan AmanahKepimpinan Melalui Teladan

DASAR-DASAR LUAR

• Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)

• Antartika• Rancangan Kerjasama Teknik

Malaysia (MTCP)

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG

MALAYSIA

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) – 1971-1990, DEB

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) – 1991-2000, DPN

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) – 2001-2010, DWN

JENIS- JENIS DASAR UTAMA KERAJAAN

• Dasar-Dasar Ekonomi• Dasar-Dasar Sosial dan Etika

Kerja • Dasar-Dasar Luar

DASAR-DASAR EKONOMI

• Dasar Pembangunan Nasional• Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua• Dasar Perindustrian Negara• Dasar Pertanian Negara • Dasar Penswastaan • Dasar Pensyarikatan Malaysia• Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan

Kampung Dan Luar Bandar• Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam• Dasar Kependudukan Malaysia Ke-Arah 70 Juta• Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan

Daya Pengeluaran Negara

• DEB telah dilancarkan pada tahun 1971 serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua (1971-1975)

• Ia dilaksanakan di bawah RRJP 1

• DEB merupakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara.

• Bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di antara kaum dan wilayah serta kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia.

DASAR EKONOMI BARU(1971-1990)

OBJEKTIF DASAR EKONOMI BARU

Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum;

Kemiskinan merupakan sebab utama wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat dan ianya wujud bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar & boleh menggungat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika ia tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.

Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

• Kedudukan Sosial dan Ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum telah di warisi semenjak British lagi.

• Ketidakseimbangan ini dapat dilihat dari segi tempat tinggal, pekerjaan, pemilikan harta, kemudahan sosial, pendapatan, kesihatan, pengangkutan, perhubungan, pelajaran & kualiti kehidupan.

RUMUSAN

• Setelah DEB tamat, terdapat bukti yang menunjukkan perubahan sosioekonomi yang telah berlaku & membawa perubahan besar kepada struktur ekonomi dan kehidupan rakyat.

• Walau bagaimana matlamat 30% penguasaan BP dalam pemilikan modal tidak tercapai

• Menjelang 1990, kadar kemiskinan dalam lingkungan 17%.

• Bagi meneruskan agenda pembangunan negara, kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menjadi dasar induk negara tempoh 1991 sehingga 2000.

• Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) telah di gubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional yang menandakan bermulanya satu lagi era bagi dalam usaha untuk menjadikan malaysia sebuah negara maju menjelang 2020

• Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Keempat pada 17 Jun 1991

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

OBJEKTIF DPN

Membina sebuah negara yang bersatu padu

Mengekalkan ekonomi yang berterusan

Menjadikan Malaysia sebuah negara maju

Mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, beretika, makmur

Kecekapan pentadbiran kerajaan

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

OBJEKTIF• Menjadikan Sektor Perkilangan Sebagai

Catalyst Pertumbuhan Perindustrian Negara Dan Ekonomi Keseluruhannya

• Menggalakkan Penggunaan Sepenuhnya Sumber-sumber Asli Negara

• Meninggikan Tahap Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Teknologi Tempatan Sebagai Asas Bagi Malaysia Menjadi Sebuah Negara Maju

• Dasar perindustrian yang berpandangan ke luar.

• Membangun teknologi dan tenaga rakyat.

CORAK PERINDUSTRIAN NEGARA

• 50an – Getah dan Bijih Timah• 60an – Gantian Import• 70an – Menumpukan kepada

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan/Eksport dan mempelbagaikan ekonomi

• 80an – Industri Berat• 90an – Peranan Swasta dan Pelaburan

Asing

DASAR PERTANIAN NEGARA

Objektif

• Memaksimunkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi negara dapat dipergiatkan semula.

• Memaksimunkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki.

• Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import dan komoditi terpilih untuk bahan makanan serta perindustrian

STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARA

• Pembukaan tanah baru• Pembangunan in-situ• Perkhidmatan sokongan pertanian• Pembangunan sosial dan institusi• Penswastan dan penyertaan pihak

swasta• Pembangunan komoditi

BERTUJUAN

• Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan

• Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran

• Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

• Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi

• Membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara

DASAR PENSWASTAAN

MEKANISME/BENTUK-BENTUK PENSWASTAAN

• Penjualan aset atau ekuiti • Pajakan• Kontrak pengurusan• Bina-kendali-pindah atau build-operate-

transfer dan bina-kendali atau build-operate

HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG

DAN LUAR BANDAR

• Bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar.

• Meninggikan lagi pendapatan petani dan pekebun kecil.

• Pengelompokan kampung-kampung.

• Penyatuan yanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara komersial.

• Pembangunan industri kampung.

PERSYARIKATAN MALAYSIA

• Bertujuan mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama.

• Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ diantara kedua-dua sektor dengan menggalakan perkongsian maklumat dan saling faham memahami akan prosedur dan matlamat kedua-dua belah pihak.

• Meningkatkan hasil dan pertumbuhan ekonomi negara.

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA

Menekankan Kepada Kerjasama Antara Kerajaan Dan Sektor Swasta Ke Arah Mewujudkan Satu Syarikat Malaysia Bagi Mencapai Kemajuan Di Mana Keuntungan Yang Diperolehi Akan Dikongsi Bersama

Mekanisme Kerjasama : Penubuhan Panel Perunding Dan Pelonggaran Peraturan

Untuk Menambah-baik Pentadbiran Negara

DASAR PENGURUSAN PERBELANJAAN

AWAM

DEFINISI Dasar Pengurusan Perbelanjaan Sektor

Kerajaan Yang Terdiri Daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Dan Kerajaan-kerajaan Tempatan

OBJEKTIF

• Bertujuan mengukuh kedudukan kewangan Kerajaan selaras dengan sumber-sumber yang ada.

• Mengurangkan defisit belanjawan Kerajaan.

• Mengawal pertumbuhan hutang awam.

DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA KERJA

• Dasar Pendidikan Kebangsaan• Dasar Kebudayaan Kebangsaan• Dasar Penerapan Nilai-Nilai

Murni Dalam Pentadbiran • Dasar Pandang Ke Timur• Dasar Bersih, Cekap Dan

Amanah• Kepimpinan Melalui Teladan

Objektif• mewujudkan satu etika kerja dan sikap

berkhidmat yang baru-peningkatan kepada hasil dan mutu kerja

• Meningkatkan semangat/motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai islam dan kepimpinan melalui tauladan

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

BERSIH

• Bermoral tinggi, bertatatertib, berdisiplin, tidak menyeleweng, tidak rasuah

• Berkecuali• Tidak mementingkan diri

sendiri• Tidak khianat, hasat dan

dengki

CEKAP

• Berani dan cepat membuat keputusan

• Hadapi krisis dengan tenang• Tegas kepada prinsip• Produktiviti tinggi dan kualiti kerja• Keyakinan diri• Berpandangan jauh• Berpengetahuan• Berpengalaman dan mahir dalam

bidang tertentu

Amanah

• Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditentukan

• Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN

• Manual Prosedur Kerja• Mewujudkan Kumpulan Meningkat

Mutu Kerja• Pusat bayaran bil setempat• Pejabat Plan terbuka• Kad perakam waktu• Pengisytiharan harta• Tanda nama• Badan Pencegah Rasuah• Laporan Juruaudit Negara• Perkhidmatan cemerlang• Pelajaran lanjutan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Bertujuan untuk menubuh satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

• Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

• Kurikulum berorientasikan Malaysia bagi semua jenis.

• Sistem peperiksaan yang sama bagi semua.• Meningkatkan mutu pendidikanyang

menyeluruh, seimbang dan bersepadu.• Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,

moral dan disiplin.

CIRI-CIRI PENDIDIKAN

SEBELUM MERDEKA

Wujud lima jenis aliran sekolah akibat dasar terbuka penjajah Inggeris. Jenis-jenis sekolah : sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil

AKIBATNYA:

- Tidak ujud perpaduan- Tidak ada bahasa penghantar yang tunggal- Sekolah-sekolah terpisah kedudukannya mengikut geografi dan taburan penduduk

- kurikulum bagi kelima-lima aliran sekolah berbeza contoh Sekolah Inggeris mengikut

kurikulum sekolah-sekolah di England

PENYATA RAZAK 1956 DAN LAPORAN RAHMAN TALIB 1960

Untuk mencapai perpaduan negara melalui

sistem pendidikan, tiga asas utama mesti dipatuhi:

• Sistem persekolahan yang sama bagi semua

• Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di semua peringkat persekolahan

• Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

OBJEKTIF• Bertujuan mengukuhkan perpaduan

bangsa dan negara melalui kebudayaan.• Memupuk dan memelihara keperibadian

kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.

• Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN

KEBANGSAAN

• Berteraskan Kepada Kebudayaan Rakyat Asal

• Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Boleh Diterima

• Islam Menjadi Unsur Penting Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

• Bertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat

• Menubuh sebuah “negara bahagia”.• Menghapuskan sikap yang negatif dalam

menjalankan tugas yang dipertanggungjawab.• Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.• Bukan bertujuan mengislamkan rakyat

Malaysia.• Memupuk nilai-nilai murni yang boleh diterima

oleh semua golongan dan agama

DASAR-DASAR LUAR

Dasar luar Malaysia dapat disimpulkan sebagai prinsip persepakatan dan kerjasama Antarabangsa dengan berlandaskan kepada

semangat inginkan kebebasan , pengecualian dan keamanan dunia.

• Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)

• Antartika• Rancangan Kerjasama Teknik Malaysia

(MTCP)

KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI (ZOPFAN)

• Bertujuan menjadikan rantau Asia Tenggara satu kawasan aman, bebas dan berkecuali.

• Bebas dari pertelingkahan kuasa-kuasa besar.• Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam

pertelingkahan.• Menggalakkan kerjasama serantau dalam bentuk

ketenteraman politik, ekonomi dan kebudayaan.• Mengundurkan tentera-tentera asing yang

berpengkalan di beberapa tempat di negara-negara Asia Tenggara.

ANTARTIKA

• Bertujuan menjadikan Antartika sebagai warisan bersama untuk faedah bersama.

• Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.

• Ekologi dan alam sekitar dipertahankan.

• Kerjasama dan penyelarasan antara- bangsa dalam kajian saintifik.

PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (MALAYSIAN

TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME – MTCP)

• Bertujuan membantu meningkatkan persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun.

• Negara penerima bantuan akan menyokong Malaysia di dalam forum-forum antarabangsa

• Mengeratkan perhubungan Malaysia dengan negara-negara sedang membangun

• Membuka peluang pihak swasta Malaysia membuat pelaburan di negara-negara tersebut

WAWASAN 2020

• Ialah satu konsep yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Didalam ucapan tersebut beliau telah menegaskan bahawa Matlamat Pembangunan Negara ialah untuk menjadikan Malaysia:

“………………Sebagai sebuah negara industri” dan “…….…….. pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020….. menurut acuan kita sendiri”.

• Kemajuan yang dimaksudkan meliputi aspek:-

– Ekonomi– Politik– Sosial– Kerohanian– Sektor-Sektor Kebudayaan

Satu wawasan strategik jangka panjang sebagai arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya.

Dengan lain perkataan, ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai satu tahap negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang sendiri dengan menetapkan satu jangka masa 30 tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat diatas.

APA ITU WAWASAN 2020?

MENGAPA PERLUNYA SATU WAWASAN?

• MEMBERI FOKUS NASIONAL• MENDAPAT KONSENSUS

NASIONAL• SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK• MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN

BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL

MENGAPA TAHUN 2020?

• Pembangunan satu generasi dalam era dunia tanpa sempadan dan persaingan yang pesat.

• Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia.

• Bersama dalam “Mega-Trend” • Jangka masa yang munasabah dan praktikal

CABARAN PERTAMA

• Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.

• negara aman• integrasi wilayah• hidup harmoni• bekerjasama dan adil• satu bangsa Malaysia• kesetiaan kepada negara.

CABARAN KEDUA

• Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah di kenali dari sikap ingin mencapai kecemerlang, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan menghormati oleh rakyat negara lain.

CABARAN KETIGA

• Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu, demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

CABARAN KEEMPAT

• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi

CABARAN KELIMA

• Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

CABARAN KEENAM

• Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

CABARAN KETUJUH

• Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyanyangi. Iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

CABARAN KELAPAN

• Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

CABARAN KESEMBILAN

• Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

MATLAMAT AKHIR WAWASAN 2020

• MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU:• - Ekonomi.• - Politik.• - Kerohanian.• - Psikologi.• - Kebudayaan.• - Perpaduan.