diploma perguruan pendidikan islam prospektus - al-zuhri dppi.pdf · ... dasar-dasar utama negara...

23
Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus

Upload: buithien

Post on 04-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

Diploma Perguruan Pendidikan Islam

Prospektus

Page 2: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

- 2 -

Visi Al-Zuhri

Suatu institusi unggul yang menyediakan pendidikan Islam

bagi melahirkan individu Muslim cemerlang yang menyumbang dalam membangunkan ummah

Misi Al-Zuhri

Al-Zuhri bertekad membangun potensi aql agar dioptimum peranannya berpandukan Islam dan

pemangkin ke arah kesucian ruhani menerusi pendidikan Islam sepadu.

Kami berusaha gigih membina insan bersemangat ilmiah serta bersedia berbakti

agar terwujud masyarakat Islam madani yang bertaqwa

Page 3: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

- 3 -

Natijah Pengajian

Berilmu Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubung-kaitkan ilmu naqli dan ilmu aqli dengan kehidupan seharian.

Memahami peranan guru yang beretika, kreatif, inovatif dan efektif dalam institusi pendidikan. Mengetahui pemikiran, dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan budaya yang wujud di Singapura. Berfikir secara kreatif, kritikal dan analitikal dalam memahami isu semasa serta berupaya menghadapi cabaran kehidupan di Singapura. Berkemahiran dalam bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Beriman, Beramal dan Bertaqwa Berpegang teguh pada al-Qur’an dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekalian alam.

Mempunyai akhlak yang mulia dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab). Mempunyai semangat untuk mempertingkatkan diri dan minat yang berterusan untuk menimba ilmu. Memiliki wawasan dan ciri-ciri kepimpinan yang komited untuk mewujudkan masyarakat cemerlang serta bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga.

Page 4: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

- 4 -

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT A. Mengenai Al-Zuhri 5

Mukadimah 5 Nama Al-Zuhri 6 Struktur Organisasi 7 Penasihat 7 Lembaga Pengarah 7 Sekretariat 7 Pensyarah 8

B. Sistem Pengajian

Syarat-syarat kemasukan 9 Musim Pengajian 9 Yuran Pengajian 10

Bayaran Yuran Melalui GIRO 11 Polisi Kelewatan Pembayaran Yuran 11 Program Pengajian 11

C. Silibus Pengajian

Komponen Asas Pendidikan 14 Komponen Pengajian Kurikulum dan Pedagogi 15 Komponen Kandungan Kurikulum 16 Komponen Pengajian Melayu 17 Komponen Pengajian Bahasa 18 Komponen Praktikum 18 Komponen Elektif 19

D. Sistem Penilaian

Kelayakan Menduduki Peperiksaan 20 Sumber Pemarkahan 20 Skema Pemarkahan 20 Mata Pelajaran yang tidak lulus 21

E. Penganugarahan Sijil

Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 21 Sistem Penilaian dan Purata Nilai Gred (PNG) 21 Syarat-syarat Penganugerahan Sijil 22

Page 5: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

- 5 -

A. MENGENAI AL-ZUHRI

Mukadimah Diploma Perguruan Pendidikan Islam (DPPI) ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah, merangkumi kursus perguruan, pendidikan IslÉm dan penulisan. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada asatizah meningkatkan kelayakan dan kemahiran serta melahirkan golongan asatizah yang berwibawa dalam memenuhi keperluan semasa. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian IslÉm dan ingin melengkapkan diri dengan kemahiran asas perguruan. Nama Al-Zuhri

Institusi Pengajian Tinggi Al-Zuhri atau Al-Zuhri diasaskan pada tahun 2000. Nama Al-Zuhri diambil sempena nama seorang ‘alim dan tokoh agama tempatan yang disegani iaitu Allahyarham Kiayi Ahmad Zuhri Mutammim. Beliau adalah penerima anugerah Tokoh Ilmuan MUIS, anggota fatwa MUIS dan salah seorang pengasas Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS). Beliau ialah seorang yang pakar dalam ilmu falak dan dikenali sebagai guru agama yang sangat gigih menyebar ilmu dan berda’wah di banyak tempat khususnya di Masjid Alkaff Kampung Melayu.

Page 6: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

- 6 -

IInnssttiittuutt PPeennggaajjiiaann TTiinnggggii AAll--ZZuuhhrrii SSttrruukkttuurr OOrrggaanniissaassii

Pengurus

Farhanah Zakaria

Pengarah

Jabatan Program

Separuh Masa

Fathurrahman Dawoed

Pengerusi

Wan Hussin Zoohri

Naib

Pengerusi

Mohd Yusuf Zuhri

Pengarah

Jabatan Program

Separuh Masa

Pentadbiran

dan Sumber

Manusia Latihan

Abdullah Othman

Pengarah

Jabatan Program

Sepenuh Masa

dan Kewangan

Muhd Fuad Md

Aris

Pengarah

Jabatan

Program

Sepenuh Masa

A’ishah Ismail

Pegawai Eksekutif

Jabatan Program

Separuh Masa Program Sijil & Kursus Program Sijil & Kursus Program Sijil & Kursus Program Sijil & Kursus

SingkatSingkatSingkatSingkat

Adawiyyah Ahmad Din

Zaidah Mohd Zen

Pegawai Eksekutif

Jabatan Program

Sepenuh Masa

Siti Malia Mohamed Noor

Pegawai Eksekutif

Jabatan Kewangan

dan Sumber Manusia

Latihan

Suhaili Mohd Sidik

Pegawai Eksekutif

Jabatan Program

Separuh Masa

Program Diploma Program Diploma Program Diploma Program Diploma Separuh MasaSeparuh MasaSeparuh MasaSeparuh Masa & & & & Kursus SingkatKursus SingkatKursus SingkatKursus Singkat

Muhammad Fahminizam

Kamarolzaman

Pengarah

Jabatan Program

Khas

Zulkifli Othman

Page 7: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

7

Penasihat Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud (Pengarah, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban, CASIS) Murat bin Mohd Aris (Pengarah Hal Ehwal Agama, Majlis Ugama Islam Singapura, MUIS) Lembaga Pengarah

Pengerusi

Wan Hussin Zoohri, BA Hons (Sejarah dan Pengajian Melayu) Universiti Malaya (UM) Mantan Setiausaha Parlimen (Kesihatan dan Kebudayaan) Naib Pengerusi

Mohd Yusuf Zuhri, BA (Pengajian Islam) Universiti Malaya (UM) Mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Agama Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Anggota Abdullah Othman BSc (Kaji Hayat), Universiti Kebangsaan Singapura, MA (Sains Islam) Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Malaysia (ISTAC) Muhd Fuad Md Aris, BA Hons, MA (Øhari’ah), Universiti Islam Madinah, Dip. (LCCI) Zulkifli Othman, BA Hons (Da’wah dan UÎuluddin), Universiti Islam Madinah, Advanced Diploma (Mass Communication) Fathurrahman Dawoed, BA, Hons (SyarÊ’ah), Universiti Islam Madinah, MA (Ilmu Kemanusiaan) Universiti Sains Malaysia A'ishah Bte Ismail, BA, (Bahasa Asing), Universiti Putra Malaysia

Sekretariat

Farhanah bte Zakaria, BA (Usuluddin), Universiti Al-Azhar, Egypt Siti Malia Mohamed Noor, BA Hons (UÎuluddÊn), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Adawiyyah Ahmad Din, Dip (Pengajian Islam), Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, Singapura Zaidah Mohd Zen, BA (UÎuluddÊn), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhammad Fahminizam Kamarolzaman, BA (Syariah Ekonomi), Universiti Malaysia (UM) Suhaili Mohd Sidik, LCCI Higher Accounting and Statistics

Page 8: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

8

Pensyarah Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing. Maklumat Mengenai Pensyarah

1. Mohamed Aidil Subhan bin Mohamed Sulor BA, Hons (Pengajian Bahasa Melayu) Universiti Malaya. MA, Universiti Nanyang Teknologi.

2. Mohd Yusuf Zuhri

BA, (Pengajian Islam) Universiti Malaya.

3. Professor Datin Dr. Noran Fauziah Bte Yaakub Diploma, (Pendidikan) Universiti Malaya. BA, Hons Universiti Malaya. MA, (Pendidikan) Universiti Florida. Ph.D, (Psikologi Sosial) Universiti Sains Malaysia.

4. Wan Fareed Bin Mohd Yusuf Zuhri

BSc, (Pengajian Komputer) Universiti Glasgow.

5. Zubaidah Bte Abdul Ghani MA, (Pengajian Bahasa Inggeris Dan Linguistik) Universiti Leeds.

6. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

BA, Hons (Pengajian Bahasa Melayu) Universiti Malaya. MA, Universiti Nanyang Teknologi.

7. Zulkifli Bin Mohamad

BA Syariah,Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. MA Syariah Universiti Ilmu-ilmu Islam Dan Arab,Syiria. Ph.D, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Page 9: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

9

B. SISTEM PENGAJIAN Syarat-Syarat Kemasukan Calon yang ingin mengikuti pengajian Diploma Perguruan Pendidikan Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

• Berusia tidak kurang daripada 17 tahun. • Berkelulusan Peperiksaan Sijil Thanawi Empat (PSTE) kelolaan MUIS atau Sijil

Thanawi Rabi’ (menengah empat) daripada madrasah yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya.

• Atau mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun di madrasah sepenuh masa atau separuh masa.

• Atau mempunyai Sijil Asas Perguruan (SAP) Fasa 2. Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu dan keputusannya adalah muktamad. Pengajian Secara Odit (Berkala)

Pelajar odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan transkrip untuk modul yang diambil dan tidak akan diberikan sijil kelulusan diploma. Pihak pengurusan berhak mengadakan sesi interviu terhadap calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi Diploma Perguruan Pendidikan Islam adalah selama 3 tahun (6 semester) secara separuh masa. Pelajar harus menamatkan 32 modul atau mendapat 99 jam kredit untuk berjaya dalam pengajian. Sesi Pengajian

Pengajian akan diadakan di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. Pengajian akan dijalankan pada setiap Selasa dan Khamis jam 11.00 pagi - 2.00 petang (kecuali sebahagian kecil modul pada selain kedua hari tersebut). Musim Pengajian Tempoh pengajian bagi Diploma Perguruan Pendidikan Islam adalah tidak kurang daripada 3 tahun (6 semester). Al-Zuhri mengamalkan sistem 2 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Semester 1 : Jun – November (5 bulan) Peperiksaan Semester 1 : Januari (6 hari) Cuti Semester 1 : Disember (4 minggu) Semester 2 : Februari – Mei (3 bulan) Peperiksaan Semester 2 : Mei (4 hari) Cuti Semester 2 : Jun (2 minggu)

Page 10: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

10

Semester 3 : Jun – November (5 bulan) Peperiksaan Semester 3 : Januari (6 hari) Cuti Semester 3 : Disember (4 minggu) Semester 4 : Februari – Mei (3 bulan) Peperiksaan Semester 4 : Mei (4 hari) Cuti Semester 4 : Jun (2 minggu) Semester 5 : Jun – November (5 bulan) Peperiksaan Semester 5 : Januari (6 hari) Cuti Semester 5 : Disember (4 minggu) Semester 6 : Februari – Mei (3 bulan) Peperiksaan Semester 6 : Mei (4 hari) Cuti Semester 6 : Jun (2 minggu)

Prosedur Kemasukan Calon yang berminat untuk memasuki program Diploma Perguruan Pendidikan Islam perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan:

i. 2 keping gambar saiz paspot.

ii. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan.

iii. Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada.

iv. Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah

mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah). Yuran Yuran Pendaftaran (Diploma) : $50 (sekali sahaja) Yuran Pengajian : $160 setiap modul /

$1600 setahun (2 semester)1 Yuran Pendaftaran (Odit) : $50 (sekali sahaja) Yuran Pengajian : $160 setiap modul Pelajar-pelajar boleh memohon biasiswa atau pinjaman daripada badan-badan yang diiktiraf untuk membantu menampung kos pengajian mereka.

1 Yuran Pengajian boleh dibuat dalam dua kali pembayaran ($800 x 2 kali). Tidak termasuk yuran Praktikum.

Page 11: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

11

Bayaran Yuran Melalui GIRO

Sejajar dengan polisi yang sedia ada, para pelajar diwajibkan membayar yuran melalui GIRO. Sila dapatkan borang GIRO dari pejabat seberapa segera, jika anda belum melakukannya. Sila pastikan cap jari atau tandatangan anda di borang GIRO serupa dengan buku bank anda. Potongan yuran melalui GIRO akan dibuat pada tanggal 12 setiap bulan. Jika anda tidak boleh membayar yuran melalui GIRO, sila berikan keterangan dan sebab-sebab yang berkaitan. Sila isikan borang ‘op out form’ dan serahkan kepada pejabat. Tuntutan Balik Yuran • Yuran pendaftaran dan yuran pengajian bagi modul yang telah diikuti oleh pelajar tersebut tidak akan dikembalikan kepada pelajar yang berhenti daripada pengajian.

Polisi Kelewatan Pembayaran Yuran

Tempoh Lewat

Membayar Yuran Tindakan

1 Bulan Keputusan peperiksaan tidak diberi

2 Bulan Dilarang menduduki peperiksaan

3 Bulan Pengajian digantung

Program Pengajian Al-Zuhri menawarkan program Diploma Perguruan Pendidikan Islam yang dijalankan secara separuh masa. Peserta perlu melengkapkan 99 kredit yang terdiri dari 93 kredit untuk 30 modul Wajib Diploma (WD)2 dan baki 6 kredit pula untuk 2 modul Elektif (EL)3. Program ini disampaikan selama 3 tahun atau 6 semester. Pelajar perlu menamatkan kesemua 32 modul tersebut dalam tempoh tidak lebih daripada 5 tahun. Di samping itu pengajian juga dibuka untuk peserta yang ingin mengikuti pengajian secara odit. Jadual 1: Komponen Kurikulum Diploma Perguruan Pendidikan Islam.

Kod Komponen Jumlah Kredit

APN Asas Pendidikan 24 PKP Pengajian Kurikulum Dan Pedagogi 24 KKR Kandungan Kurikulum 18 PGM Pengajian Melayu 12 PGB Pengajian Bahasa 6 PRK Praktikum 9 ELK Elektif 6

JUMLAH 99

2 WD bermakna ‘ Wajib Diploma’ iaitu mata pelajaran wajib untuk peringkat diploma. 3 EL bermakna ‘Elektif’ iaitu mata pelajaran yang boleh dipilih oleh para pelajar.

Page 12: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

12

Jadual 2: Perincian pengajian Wajib Diploma.

DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM MODUL-MODUL WAJIB

Kod Modul Kredit Kod Modul Kredit

APN Asas Pendidikan PKP

2073

Pengajaran Dan Pembelajaran Moral - Rendah

3

APN

1013

Falsafah Pendidikan Umum Dan

Islam 3

PKP

3083

Pengajaran Dan

Pembelajaran

Moral - Menengah

3

APN

1023

Psikologi Perkembangan Kanak-

Kanak Dan Remaja 3 KKR Kandungan Kurikulum

APN

1033 Psikologi Pembelajaran 3

KKR

1013

Sejarah Pendidikan

Islam 3

APN

1043 Sosiologi Pendidikan 3

KKR

1023 TaÎawwur IslÉm 3

APN

2053 Teknologi Pendidikan 3

KKR

1033 SharÊ’ah 3

APN

2063 Asas-Asas Kaunseling 3

KKR

2043 ‘AqÊdah IslÉm 3

APN

3083

Pengukuran Dan Penilaian

Pengajaran 3

KKR

3053 TafsÊr 3

APN

2073 Metodologi Kajian ‘Ilmiah 3

KKR

3063 ×adÊth 3

APN

2083 Kaunseling Lanjutan 3

PKP Pengajian Kurikulum Dan Pedagogi PGM Pengajian Melayu

PKP

1013

Perancangan Dan Perkembangan

Kurikulum 3

PGM

2013 Tatabahasa Melayu 3

PKP

1023 Kaedah Am Mengajar 3

PGM

2023

Penulisan Kritikal

Dan Kreatif 3

PKP

1033

Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendidikan Islam - Rendah 3

PGM

3033 Sastera Melayu 3

PKP Pengajaran Dan Pembelajaran 3 PGM Budaya Melayu – 3

Page 13: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

13

2043 Pendidikan Islam - Menengah 3043 Islam Di Nusantara

PKP

2053

Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahasa ‘Arab – Rendah 3 PGB Pengajian Bahasa

PKP

3063

Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahasa ‘Arab – Menengah 3

PGB

2013 Bahasa ‘Arab 3

PGB

3023 Bahasa Inggeris 3

PRK Praktikum

PRK

2013 Praktikum 1 3

PRK

3026 Praktikum 2 6

JUMLAH WAJIB DIPLOMA = 93 KREDIT

Jadual 3: Perincian pengajian Elektif.

DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM

MODUL-MODUL ELEKTIF *

Kod Modul Kredit

ELK Elektif

ELK 3013 Fiqh Da’wah 3 ELK 3023 Sains Islam 3 ELK 3033 Kemahiran Komunikasi 3 ELK 3043 Pentadbiran Pendidikan 3 ELK 3053 Teknologi Maklumat 3 ELK 3063 Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 3 ELK 3073 Pendidikan Nasional Dan Pengajian Silang

Budaya Di Singapura 3

* (Pelajar dikehendaki mengikuti hanya 2 modul dari senarai modul elektif yang ditawarkan)

JUMLAH ELEKTIF = 6 KREDIT

JUMLAH KESELURUHAN MODUL = 32 MODUL / 99 KREDIT

Page 14: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

14

C. SINOPSIS MODUL APN Asas Pendidikan APN 1013 Falsafah Pendidikan Umum dan Islam Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memahami falsafah pendidikan menurut perspektif Islam dan umum, komponen asas falsafah dan aliran tradisional falsafah, hubungan antara falsafah dengan pendidikan dan hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran. APN 1023 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak Dan Remaja Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk meneliti konsep, teori dan kajian tentang perkembangan manusia yang bermula dari persenyawaan hingga ke peringkat remaja. Topik-topik merangkumi perkembangan dan cabaran yang berlaku pada peringkat kognitif, psikososial, serta faktor sosial, budaya dan sejarah yang mempengaruhi perkembangan dari zaman bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan remaja. APN 1033 Psikologi Pembelajaran

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendedahkan tentang teori-teori psikologi pendidikan, mengaplikasikan teori mengenai tingkah laku pelajar dari segi fizikal, mental, sosial, dan emosi serta implikasinya terhadap proses pembelajaran, pendekatan-pendekatan untuk menggalakkan pemindahan pembelajaran yang optimum dan langkah-langkah untuk mengurangkan lupaan dan meningkatkan daya ingatan. APN 1043 Sosiologi Pendidikan Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk menjelaskan konsep-konsep sosiologi pendidikan, kaitan antara pendidikan dengan institusi masyarakat, perubahan sosial dan peranan institusi pendidikan dalam mempengaruhi perkembangan sosial di kalangan pelajar, pengaruh sosial terhadap pencapaian pelajar, masalah keciciran dan mengetahui agensi-agensi tidak formal yang berperanan dalam pendidikan. APN 2053 Teknologi Pendidikan Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar peranan teknologi dalam pendidikan, mengenal prasyarat teknologi dan pelbagai jenis teknologi yang berkaitan dengan pendidikan, ciri-ciri media pengajaran-pembelajaran, merancang, menghasilkan dan menggunakan pelbagai sumber pembelajaran dalam pendidikan. APN 2063 Asas-Asas Kaunseling Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untutk mendedahkan kepada pelajar panduan melaksanakan bimbingan kaunseling menggunakan kemahiran asas kauseling individu seperti asas membimbing, matlamat, prinsip dan etika kaunseling. Modul ini juga menerangkan kemahiran komunikasi secara praktikal dengan memberi contoh yang sesuai bagi membantu melaksanakan tugas sebagai pembimbing.

Page 15: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

15

APN 3083 Pengukuran Dan Penilaian Pengajaran Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk menghuraikan aspek penting dalam pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan. Konsep-konsep asas pengujian, kaedah dalam penilaian dan pengukuran, item-item ujian berbentuk objektif, dan subjektif, teknik pengendalian ujian dan peperiksaan, menganalisis dan mentafsir data ujian secara sistematik.

APN 2073 Metodologi Kajian Ilmiah

Sinopsis: Modul ini memberi panduan sistematik yang amat diperlukan para pelajar pengajian tinggi bagi menyediakan tugasan atau kajian ilmiah mereka. Ianya bertujuan memperkenalkan kepada pelajar maksud kajian ilmiah, jenis-jenis metodologi, sifat pengkaji, lapangan kajian, teknik membaca, perancangan karangan kajian, bahan-bahan bibliografi, perpustakaan, kad catatan, teknik menulis, notakaki, gaya bahasa, tanda tulis dan lain-lain. APN 2083 Kaunseling Lanjutan Sinopsis: Modul ini memberi panduan sistematik yang amat diperlukan para pelajar pengajian tinggi bagi menyediakan tugasan atau kajian ilmiah mereka. Ianya bertujuan memperkenalkan kepada pelajar maksud kajian ilmiah, jenis-jenis metodologi, sifat pengkaji, lapangan kajian, teknik membaca, perancangan karangan kajian, bahan-bahan bibliografi, perpustakaan, kad catatan, teknik menulis, notakaki, gaya bahasa, tanda tulis dan lain-lain. PKP Pengajian Kurikulum Dan Pedagogi PKP 1013 Perancangan Dan Perkembangan Kurikulum Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendedahkah kepada pelajar prinsip-prinsip dan amalan dalam perancangan dan perkembangan kurikulum, isu-isu berkaitan kurikulum dan pengajaran, peranan guru dalam pembentukkan, pelaksanaan, kejayaan kurikulum, dan perubahan kurikulum, merancang aktiviti pengajaran yang lebih efektif, perkembangan terbaru dalam pembentukkan kurikulum dan sistem pendidikan. PKP 1023 Kaedah Am Mengajar Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memberi panduan kepada pelajar berkaitan persediaan asas pengajaran, penyediaan struktur pengajaran, pelbagai kaedah dan strategi pengajaran, penilaian pengajaran, pengurusan bilik darjah serta kemahiran-kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh guru. PKP 1033 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam – Peringkat Rendah Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mengemukakan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi melancarkan proses pengajaran subjek pendidikan Islam berdasarkan kurikulum peringkat rendah, menyediakan rancangan pengajaran serta kaedah-kaedah penilaian dan pemulihan melalui latihan dalam bentuk pengajaran.

Page 16: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

16

PKP 2043 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam – Peringkat Menengah

Sinopsis: Modul ini akan mengemukakan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi melancarkan proses pengajaran subjek pendidikan Islam berdasarkan kurikulum peringkat menengah, menyediakan rancangan pengajaran dan kaedah-kaedah penilaian dan pemulihan melalui latihan dalam bentuk pengajaran. PKP 2053 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa ‘Arab - Peringkat Rendah Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mengemukakan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi melancarkan proses pengajaran subjek bahasa ‘Arab berdasarkan kurikulum peringkat rendah, pembahagian topik pelajaran mengikut objektif, kebolehan dan minat pelajar, strategi dan pendekatan-pendekatan yang bersesuaian mengajar pelajar membaca, bertutur dan menulis menggunakan bahasa ‘Arab yang betul, menyediakan rancangan pengajaran serta kaedah-kaedah penilaian dan pemulihan melalui latihan dalam bentuk pengajaran. PKP 3063 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa ‘Arab - Peringkat Menengah Sinopsis: Modul ini akan mengemukakan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi melancarkan proses pengajaran subjek bahasa ‘Arab berdasarkan kurikulum peringkat menengah, pembahagian topik pelajaran mengikut objektif, kebolehan dan minat pelajar, strategi dan pendekatan-pendekatan yang bersesuaian bagi mengajar pelajar membaca, bertutur dan menulis menggunakan bahasa ‘Arab yang betul, menyediakan rancangan pengajaran serta kaedah-kaedah penilaian dan pemulihan melalui latihan dalam bentuk pengajaran. PKP 2073 Pengajaran Dan Pembelajaran Moral - Peringkat Rendah

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mengenalkan konsep-konsep asas pendidikan moral dan pendekatannya, hubungan akhlak dengan agama, konsep hak dan kewajipan individu dan masyarakat mengikut al-Qur’an dan al-×adÊth, akhlak individu dengan Tuhan serta akhlak individu Muslim dalam hubungan dengan masyarakat. PKP 3083 Pengajaran Dan Pembelajaran Moral - Peringkat Menengah Sinopsis: Modul ini akan mengemukan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi melancarkan proses pengajaran pendidikan moral berdasarkan kurikulum peringkat menengah, menyediakan rancangan pengajaran dan kaedah-kaedah penilaian dan pemulihan melalui latihan dalam bentuk pengajaran.

KKR Kandungan Kurikulum KKR 1013 Sejarah Pendidikan Islam Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap wujudnya sistem pendidikan Islam yang dianggap penting oleh masyarakat kita hari ini. Ini ditinjau dari segi perkembangan sejarah pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga ke zaman penjajahan Inggeris, sumbangan tokoh-tokoh pendidikan Islam pada zaman kegemilangan Islam dan pada zaman ini dan cabaran-cabaran yang dihadapi masa kini. Adalah diharapkan agar peserta-peserta akan mendapat gambaran yang shumËl dan IslÉmÊ tentang pendidikan dan dapat meletakkan sistem pendidikan sekular pada tempatnya berbanding dengan pendidikan Islam.

Page 17: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

17

KKR 1023 TaÎawwur IslÉm Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memberi pandangan yang komprehensif tentang Islam yang mencakupi aspek ketuhanan, kerasulan, al-Qur‘an, al-×adÊth, kerohanian, shari’ah, pemerintahan, kekeluargaan, kemasyarakatan, institusi dan ekonomi sebagai satu entiti yang bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. KKR 1033 SharÊ’ah Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk pelajar menghayati konsep amal ‘ibadah dalam Islam yang menjurus kearah pembentukkan peribadi muslim, memberi kefahaman yang meluas berkaitan mu’ÉmalÉt, munÉkahÉt serta jinÉyÉt yang berhubung kait dengan kehidupan seharian setiap individu Muslim. KKR 2043 ‘AqÊdah IslÉm Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk menjelaskan ‘AqÊdah IslÉm Islam berkaitan dengan keimanan terhadap Allah, malaikat dan rukun-rukun ImÉn yang lain. Dengan ini, peserta dapat menambahkan semangat cinta kepada Allah dan mengagongkan kebesaranNya, menyedari kehebatan ciptaanNya, menerima taqdir dan ketentuanNya yang kadangkala tidak diketahui hikmah-hikmah di sebaliknya. Akhir sekali sifat redha dan sifat muraqabatullah dapat disemai dalam sanubari para peserta.

KKR 3053 TafsÊr Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada tafsiran ulama dalam surah-surah pilihan. Surah-surah pilihan ini mengandungi berbagai hukum-hukum dan pengajaran yang sangat penting bagi individu muslim untuk menjalani kehidupan bertepatan dengan kehendak Ilahi bagi menjamin kesejahteraan hidup. Di akhir modul ini diharapkan pelajar dapat memahami dengan baik dan menjiwai intisari-intisari yang terkandung dalam ayat-ayat pada surah berkenaan serta dapat mengamalkan tuntutan-tuntutannya. KKR 3063 ×adÊth

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendekatkan pelajar kepada sunnah Rasulullah s.a.w. melalui Hadith-Hadith pilihan. Ianya juga bertujuan agar pelajar terdorong menjadi seorang muttabi’yang tahu tentang sesuatu hukum beserta dalil-dalilnya. Lebih tepat lagi pelajar dapat beramal berdasarkan ilmu dan bukan bertaqlid buta seperti orang awam yang diberikan kelonggaran oleh ulama kerana tidak memiliki kemampuan untuk memahami ilmu syara’ dan dalil-dalilnya. Ianya menjelaskan bagaimana ulama memahami ÍadÊth-ÍadÊth tersebut dan bagaimana wajhud dilalah atau pengajarannya dipetik sebagai isyarat kepada sesuatu hukum. Di akhir modul ini diharapkan pelajar bertambah cinta kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan menyedari bahawa sesuatu hukum yang dikeluarkan oleh ‘ulama’ adalah berlandaskan kepada dalil-dalil syarie’ dan dengan kefahaman yang betul mengikut kaedah ilmiah.

Page 18: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

18

PGM Pengajian Melayu PGM 2013 Tatabahasa Melayu Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan aspek-aspek tatabahasa, sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal hingga ke hari ini. Modul ini juga menyingkap perubahan aksara Melayu termasuk Jawi. PGM 2023 Penulisan Kritikal Dan Kreatif

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan teknik penulisan yang berkesan. Ianya terbahagi kepada dua genre iaitu kreatif dan kritikal. Penulisan kreatif menyentuh penulisan cerpen dan sajak. Penulisan kritikal pula menyentuh penulisan rencana dan panduan penerbitan karya. Modul ini juga meliputi aspek pemikiran kreatif kritikal. PGM 3033 Sastera Melayu Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar perkembangan kesusasteraan Melayu dari zaman tradisional hingga ke hari ini dan pengenalan kepada beberapa teori kritikan. PGM 3043 Budaya Melayu-Islam Di Nusantara

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mengenali sejarah perkembangan tamadun Melayu dan Islam di Nusantara sejak zaman awal kedatangan Islam hingga ke zaman pergolakan sosio-politik Islam mutakhir ini. PGB Pengajian Bahasa PGB 2013 Bahasa ‘Arab Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa ‘Arab di kalangan pelajar dari aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi yang menggunakan pendekatan lingustik di mana aspek-aspek utama bahasa dikuasai secara tidak langsung. PGB 3023 Bahasa Inggeris

Synopsis: The general goals for teaching English are to enable learners to understand and use English in order to expand their worldview; understand better the world in which they live in by fostering critical awareness of continuity and change in the human experience; to target the fullest possible development of capabilities in the receptive (listening and reading) and expressive (speaking and writing) modes; to nurture the learner’s spiritual, intellectual, social, moral and emotional development through the use of English; to guide learners towards the realization of their Islamic identity with specific reference to their role as part of a Muslim community in a predominantly non- Muslim environment through the critical study of English, particularly the written and electronic media; and to develop Muslim speakers and writers who will be empowered through their mastery of English to disseminate the noble virtues of Islam.

Page 19: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

19

PRK Praktikum PRK 2013 Praktikum 1 Sinopsis: Matlamat praktikum ini adalah untuk melatih pelajar mempraktikkan pengajaran seperti yang dirancangkan untuk mewujudkan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Pelajar akan mengajar di dalam kelas dan akan di pantau oleh penyelia pada akhir sesi praktikum. PRK 3026 Praktikum 2

Sinopsis: Matlamat praktikum ini adalah untuk pelajar mengaplikasikan segala kemahiran dan pengetahuan yang telah diperolehi melalui teori dan amali dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkesan. Di akhir sesi praktikum pelajar akan dinilai oleh penyelia. ELK Elektif ELK 3013 Fiqh Da’wah Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk membahaskan kepentingan dan keutamaan da’wah, prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah da’wah para rasul, sikap dan ciri-ciri para da’ie, isu-isu yang berkaitan dengan dakwah dan petunjuk-petunjuk yang boleh diambil sebagai pengajaran dari al-Qur’an dan al-Sunnah. ELK 3023 Sains IslÉm Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sejarah sains Islam dan perkembangannya. Ia akan menggabungkan fakta sejarah, falsafah dan pemikiran. Beberapa individu penting akan dikenalpasti untuk membincangkan pemikiran mereka mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lebih mendalam dari segi sejarah dan falsafah. ELK 3033 Kemahiran Komunikasi

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk menjelaskan kepada pelajar teknik dan kaedah komunikasi yang berkesan, penggunaan komunikasi pada masa dan tempat yang sesuai, prinsip-prinsip berkomunikasi, teknik interpersonal, halangan-halangan di dalam komunikasi, kemahiran dan gaya perundingan serta perancangan di dalam perundingan. ELK 3043 Pentadbiran Pendidikan

Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang konsep dan teori pentadbiran pendidikan supaya dapat membantu para pelajar memahami peranan pentadbir dalam institusi pendidikan bagi menggalakkan guru bekerjasama dan melibatkan diri dalam pentadbiran sekolah. ELK 3053 Teknologi Maklumat Dalam IslÉm Sinopsis: Matlamat modul ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai sumber dan perkhidmatan berdasarkan teknologi maklumat sebagai media baru penyampaian mesej Islam dan

Page 20: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

20

berda’wah. Ia akan menjelaskan makna maklumat mengikut persepsi Islam dan barat, mengambil iktibar perkembangan teknologi dalam sejarah Islam dan membincangkan kesan perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat masakini. ELK 3063 Pengajian Pemikiran IslÉm Di Singapura Synopsis: This module aims to provide students with information on several current thoughts in the context of the Muslim society in Singapore, what the Singapore Muslim society needs to understand and how the Singapore Muslim society can interact and practice as a minority society in a secular, multi racial and religion nation. Though living in a society as a minority yet with dignity and pride. ELK 3073 Pendidikan Nasional Dan Pengajian Silang-Budaya Di Singapura

1. National Education (Pendidikan Nasional ) Synopsis: The objective is to develop national cohesion, the instinct for survival, confidence in the future and a sense of nationhood.

2. Cross-Cultural Studies (Pengajian Silang-Budaya)

Synopsis: Introduction to an analysis of the various components of cross-cultural practices existing in our multi-racial culture. Beliefs, practices and celebrations of the major religions. The important festivals and their values, places of worships, customs and traditions. Religious Harmony Act – the importance and need for religious harmony.

D. SISTEM PENILAIAN Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seorang pelajar dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kelayakan menduduki peperiksaan

Setiap pelajar layak menduduki peperiksaan bagi sesuatu kursus jika ia mematuhi peraturan iaitu melaksanakan semua tugasan yang ditetapkan oleh pensyarah dan peratusan kehadirannya tidak kurang dari 80% untuk modul berkenaan. Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akan diberikan gred F. Sumber Pemarkahan

Markah keseluruhan setiap modul dibahagikan kepada 2 komponen. Iaitu terdiri dari markah tugasan sebanyak 40 % dan markah peperiksaan sebanyak 60%. Kehadiran - 10% Tugasan/Ujian - 30% Peperiksaan Akhir Semester - 60%

Page 21: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

21

Skema Pemarkahan Prestasi seseorang pelajar setiap semester dinilai berdasarkan jam kredit, gred dan nilai purata gred. Gred minima untuk lulus adalah gred ‘C’.

Markah Gred Abjad Catatan Mata Nilai Gred

85 - 100 A Sangat Cemerlang 4.00 75 - 84 A- Cemerlang 3.60 70 - 74 B+ Sangat Baik 3.30 65 - 69 B Baik 3.00 60 - 64 B- Sangat Memuaskan 2.60 55 - 59 C+ Memuaskan 2.30 50 - 54 C Tidak Memuaskan 2.00 45 - 49 D Lemah 1.60 0 - 44 F Gagal 0.00 TH TH Tidak Hadir - TL TL Tidak Lengkap -

Mata Pelajaran yang Tidak Lulus Peserta yang tidak lulus peperiksaan sesuatu modul akan diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan. Sekiranya lulus, gred yang dianugerahkan ialah ‘C’. E. PENGANUGERAHAN SIJIL Al-Zuhri akan menganugerahkan Sijil Diploma Perguruan Pendidikan Islam mengikut kelas berdasarkan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan. Kelas yang dianugerahkan adalah seperti berikut:

Himpunan Purata Nilai Gred Kelas Sijil Diploma 3.60 – 4.00 Sangat Cemerlang )ز����( 3.10 – 3.59 Cemerlang ) ��� ��ًا ��ت�( 2.60 – 3.09 Sangat Baik ) ��� ��ًا( 2.00 – 2.59 Baik )��� ( 1.60 – 1.99 Lemah )���� ( 1.00 – 1.59 Amat Lemah ) ���� ��ًا( 0.10 – 0.99 Gagal ) ر���(

Page 22: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

22

Sistem Penilaian dan Purata Nilai Gred (PNG) Kesemua modul akan diambil kira untuk mengira Purata Nilai Gred (PNG) semester dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG). Contoh perkiraan bagi PNG adalah seperti berikut:

Semester 1

Kursus Gred Nilai Gred Jam Kredit Himpunan

Purata Nilai Gred

Falsafah Pendidikan Umum Dan Islam

B 3 3 9

Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak Dan Remaja

B 3 3 9

Sosiologi Pendidikan A 4 3 12 Sejarah Pendidikan Islam C 2 3 6

JUMLAH 12 36

Purata Nilai Gred (36) GPA

Kredit (12) 3.00

Semester 2

Kursus Gred Nilai Gred Jam

Kredit

Himpunan

Purata Nilai

Gred

Psikologi Pembelajaran A 4 3 12 Kaedah Am Mengajar C 2 3 6 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam – Peringkat Rendah

C+ 2.3 3 6.9

Perancangan Dan Perkembangan Kurikulum

B 3 3 9

Shari’ah A 4 3 12 Tasawwur Islam B+ 3.3 3 9.9

JUMLAH 18 55.8

Purata Nilai Gred (55.8) PNG

Kredit (18) 3.1

Purata Nilai Gred (36+55.8) HPNG

Jumlah Kredit (12+18) 3.06

Page 23: Diploma Perguruan Pendidikan Islam Prospektus - AL-ZUHRI DPPI.pdf · ... dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan ... (Kesihatan dan Kebudayaan) ... Jadual

23

Syarat-syarat Penganugerahan Sijil:

Sijil Diploma dianugerahkan kepada pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Telah memenuhi syarat-syarat keperluan Sijil Diploma iaitu menamatkan 32 modul (30 Wajib dan 2 Elektif) atau 99 kredit (93 kredit Wajib dan 6 kredit Elektif) dalam tempoh tidak lebih daripada 5 tahun.

2. Mendapat keseluruhan Himpunan Purata Nilaian Gred (HPNG) yang tidak kurang dari

2.00.

3. Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.

4. Pengesahan dari Jabatan Akademik.

5. Telah melunaskan semua yuran-yuran yang ditetapkan.