dasar tmk ipgipgkpm.edu.my/download/dasar-tmk-ipg.pdfv. pengurusan sumber tmk yang selamat, cekap...

44

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk
Page 2: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk
Page 3: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Terbitan

Oktober 2016

Page 4: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

Cetakan Pertama 2016 Hak Cipta Terpelihara © Institut Pendidikan Guru Malaysia Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 5: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

iii

Page 6: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk
Page 7: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

v

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga bagi menghasilkan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dewasa ini, harapan pihak berkepentingan dan pelanggan yang tidak terhad sentiasa memerlukan IPG melaksanakan transformasi bagi menjamin sistem penyampaian yang efisien dan efektif. Justeru itu, penggunaan TMK yang berfungsi sebagai enabler perlu diperkasakan.

Sehubungan itu dengan terhasilnya dokumen Dasar TMK IPG, adalah diharapkan dapat dijadikan sebagai garis panduan bagi pembangunan serta pelaksanaan program-program TMK IPG dengan lebih sistematik. Pengurusan TMK yang baik dan efektif seterusnya akan meningkatkan produktiviti serta memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.

Penggunaan TMK yang berkesan dalam pelbagai aspek penyampaian perkhidmatan dan operasi serta pengajaran dan pembelajaranmerupakan salah satu kunci utama ke arah mencapai visi dan misi Institut Pendidikan Guru. Untuk membantu industri TMK berkembang sejajar dengan hala tuju negara, dasar adalah sangat penting. IPG

Page 8: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

vi

perlu melakarkan hala tuju TMK IPG, terutama dalam sektor rangkaian (network) dan perkhidmatan telekomunikasi yang merupakan teknologi terkini dan mempunyai kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar semua warga IPG dapat mengaplikasikan penggunaan TMK secara kreatif dan inovatif bagi memastikan sistem penyampaian serta pengajaran dan pembelajaran memenuhi harapan semua pihak. Seterusnya semua garis panduan yang telah dirancang dalam dokumen Dasar TMK Institut Pendidikan Guru dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi menyokong visi dan misi IPG secara menyeluruh.

Sekian. Terima kasih.

Dr. Azian T.S. Abdullah Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

. AzAAzAAzAAA ian T.S. Abdul

Page 9: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Pendahuluan

Pendahuluan 1.1 Pengenalan

Dokumen dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini merangkumi pembangunan, penyelenggaraan dan penggunaan infrastruktur, pembangunan perisian aplikasi, sokongan teknikal dan keselamatan TMK oleh warga IPG dan pihak-pihak lain yang berurusan dengan IPG. Mana-mana dasar terperinci seperti Akta, Statut, Arahan, Peraturan sedia ada untuk setiap sumber yang disenaraikan adalah mengatasi Dasar TMK IPG.

1.2 Rasional Rasional penggubalan Dasar TMK adalah untuk memandu pengembangan TMK di IPG bagi tujuan berikut:

i. Memastikan urus tadbir TMK yang mematuhi garis panduan dan memenuhi keperluan pengguna.

ii. Menggunakan TMK sebagai pemandu strategik untuk pencapaian misi dan visi IPG.

iii. Memastikan perancangan TMK diintegerasikan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

iv. Memastikan pembangunan TMK IPG yang teratur dan memenuhi keperluan pelanggan melalui perancangan yang sistematik.

Page 10: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Pendahuluan

v. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat.

vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk warga IPG dalam menyuarakan cadangan mereka.

1.3 Kandungan

Dokumen ini mengandungi tujuh bahagian yang merupakan kerangka (framework) pembangunan TMK di IPG. Organisasi TMK IPG menentukan peringkat jawatankuasa TMK. Enam bahagian lain mengawal proses-proses pembangunan iaitu Perancangan dan Pembangunan ICT, Penyediaan Perkhidmatan Teknikal TMK, Penyelenggaraan Kemudahan TMK, Keselamatan TMK, Penggunaan Kemudahan TMK dan e-Pembelajaran.

1.4 Penggunaan Dasar TMK IPG Setiap prosedur dan peraturan dalam dasar ini ditujukan kepada golongan yang tertentu bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab mereka. Semua warga IPG mesti membaca, memahami, mematuhi arahan-arahan dan melaksanakannya secara berterusan. Tanggungjawab yang dinyatakan dalam dasar ini juga boleh ditaksirkan ke dalam peranan organisasi dan perseorangan. Dokumen-dokumen yang mendorong pencapaian peranan ialah dokumen proses kerja, misalnya arahan kerja, prosedur, peraturan, garis panduan, jadual kerja, laporan dan lain- lain. Dokumen proses kerja yang digubal mengikut keperluan dan kesesuaian adalah berdasarkan dasar sedia ada.

Page 11: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Pendahuluan

1.5 Skop

1.5.1 Sumber Sumber TMK yang digunakan untuk pembangunan, penyelenggaraan dan penggunaan infrastruktur, pembangunan perisian aplikasi, sokongan teknikal dan keselamatan TMK adalah juga tertakluk kepada dokumen dasar ini. Sumber TMK yang diperoleh dan pembangunan perisian aplikasi hendaklah mengambilkira ciri-ciri IPv6 untuk mempertingkatkan prestasi, kestabilan dan ciri-ciri keselamatan. 1.5.2 Pengguna Semua pengguna adalah tertakluk kepada dasar ini. Sesiapa yang tidak diberi kebenaran adalah dianggap sebagai penceroboh dan boleh diambil tindakan yang sesuai mengikut kesalahan yang dilakukan, sebagaimana yang disebut dalam Dasar TMK IPG.

Page 12: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

TMK IPG

Page 13: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Organisasi ICT IPG

Organisasi TMK IPG 2.1. Pengenalan Jawatankuasa dibentuk untuk meningkatkan perkhidmatan TMK. Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah jawatankuasa peringkat tertinggi yang menentukan hala tuju perkhidmatan TMK di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mencapai misi dan visi IPG. JPICT Institut Pendidikan Guru Kampus (JPICT IPGK) akan menyuarakan keperluan TMK ke Majlis Pengurusan Profesionalisme Pendidikan (MPPP) di peringkat IPGK. Manakala di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pula, JPICT IPGM perlu menyelaraskan semua keperluan dan permohonan di peringkat IPGK serta keperluan dan permohonan IPGM untuk dibentangkan ke JPICT IPG Kementerian Pendidikan Malaysia (JPICT IPG KPM) dan/atau JPICT KPM untuk kelulusan. 2.2. Tujuan JPICT dibentuk untuk mengoptimumkan kemampuan TMK. Jawatankuasa akan menentukan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan perkhidmatan TMK di IPG.

Page 14: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR ICT IPG Organisasi ICT IPG

2.3. Polisi

2.3.1 IPGM dan IPGK hendaklah membentuk JPICT masing-masing.

2.3.2 JPICT di peringkat IPGK dianggotai oleh semua Ketua Jabatan

dan Ketua Unit. Pengerusi Tetap boleh melantik pengganti bagi mewakili beliau untuk mempengerusikan mesyuarat JPICT IPGK. Pelantikan Pegawai Keselamatan TMK IPGK (ICTSO) dibuat oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Anggota JPICT IPGK adalah seperti di bawah:

i. Pengerusi Tetap: Pengarah IPGK ii. Setiausaha Tetap: Ketua Jabatan iii. Ahli Tetap: Ketua-ketua Jabatan/Unit iv. Pegawai Keselamatan TMK (ICTSO) : Pegawai

Teknologi Maklumat

2.3.3 JPICT di peringkat IPGM dianggotai oleh semua Pengarah Pusat, Pengarah Sektor, Ketua Jabatan dan Ketua Unit di IPGM.

Anggota JPICT IPGM adalah seperti di bawah:

i. Pengerusi Tetap: Rektor ii. Setiausaha Tetap: Wakil Unit TMK iii. Ahli Tetap: Pengarah Pusat, Pengarah Sektor, Ketua

Jabatan dan Ketua Unit iv. Pegawai Keselamatan TMK (ICTSO) : Pegawai

Teknologi Maklumat

2.3.4 JPICT di peringkat IPG KPM dianggotai oleh Pengarah IPGK, Pengarah Pusat, Pengarah Sektor, Ketua Jabatan dan Ketua Unit di IPGM.

Page 15: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Organisasi ICT IPG

Anggota JPICT IPG adalah seperti di bawah: i. Pengerusi Tetap: Rektor IPGM ii. Setiausaha Tetap: Ketua Unit TMK IPGM iii. Ahli Tetap: Pengarah IPGK, Pengarah Pusat, Pengarah

Sektor, Ketua Jabatan dan Ketua Unit di IPGM. iv. Pegawai Keselamatan TMK (ICTSO) : Pegawai Teknologi

Maklumat IPGM

2.3.5 Terma rujukan JPICT adalah seperti berikut: i. Merangka dan menggubal polisi TMK. ii. Menentukan hala tuju pembangunan TMK. iii. Merumuskan Pelan Strategik TMK. iv. Memantau pelaksanaan projek utama TMK. v. Menguruskan perkara-perkara lain yang berkaitan

dengan TMK. vi. Bertindak sebagai Jawatankuasa Keselamatan TMK.

2.3.6 JPICT hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2)

kali setahun. 2.3.7 Korum mesyuarat adalah dua pertiga daripada jumlah ahli

keseluruhan.

2.3.8 Pelantikan ahli jawatankuasa adalah berdasarkan jawatan.

Page 16: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk
Page 17: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Perancangan dan Pembangunan TMK

Perancangan dan Pembangunan TMK

3.1 Pengenalan

Jawatankuasa dibentuk untuk merancang pembangunan TMK di IPGK. Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan ICT (JPPICT) adalah diselaraskan untuk melicinkan pengurusan dan pengendalian perkhidmatan TMK. Jawatankuasa ini akan mengumpul maklumat dan dapatan keperluan TMK di IPGK untuk dibentangkan ke Mesyuarat JPICT.

3.2 Tujuan Untuk memastikan pembangunan TMK di IPGK adalah terancang mengikut perkembangan semasa serta visi dan misi IPG KPM. 3.3 Polisi

3.3.1 IPGK hendaklah membentuk JPPICT. 3.3.2 JPPICT IPGK dianggotai oleh Wakil Jabatan/Unit, Wakil

Pengurusan dan Pentadbiran, Wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPPP).

Page 18: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Perancangan dan Pembangunan TMK

Anggota JPPICT IPGK adalah seperti di bawah: i. Pengerusi Tetap: Timbalan Pengarah ii. Setiausaha Tetap: Pegawai Teknologi Maklumat iii. Ahli Tetap: Wakil Jabatan/Unit, Wakil Pengurusan dan

Pentadbiran, Wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

3.3.4 Ahli Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perancangan

dan pembangunan TMK. 3.3.5 Setiausaha menyelaras semua usul, permohonan dan

cadangan keperluan Ahli Jawatankuasa dan mengemukakan ke Mesyuarat JPICT IPGK.

3.3.6 JPICT IPGK akan menimbang dan meluluskan perancangan

pembangunan tahunan yang dikemukakan oleh JPPICT.

Page 19: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Penyediaan Sokongan Teknikal TMK

Penyediaan Sokongan Teknikal TMK 4.1 Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK) bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan teknikal TMK untuk IPG KPM. Walau bagaimanapun kelancaran dan keberkesanan perkhidmatan tersebut memerlukan penglibatan di setiap peringkat pengurusan IPG KPM. UTMK IPGK yang dianggotai oleh Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer adalah di bawah kawal selia Timbalan Pengarah IPGK.

4.2 Tujuan

Untuk menyediakan sokongan teknikal TMK yang berkualiti bagi menyokong misi dan visi IPG KPM.

4.3 Polisi

4.3.1 Penyediaan sokongan teknikal bagi memastikan tidak ada gangguan terhadap proses dan kesinambungan sokongan TMK yang disediakan.

Page 20: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Penyediaan Sokongan Teknikal TMK

4.3.2 Penyediaan sokongan teknikal TMK merangkumi: i. Pengurusan dan pentadbiran. ii. Pengajaran dan pembelajaran. iii. Penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

4.3.3 Mengikuti dan memantau perkembangan TMK di IPG serta

memahami keperluan, masalah dan cabaran yang dihadapi dalam penyediaan sokongan teknikal TMK.

4.3.4 Mengenal pasti, mengkaji, menguji perkakasan dan

perisian baharu yang diperlukan dari semasa ke semasa. 4.3.5 Menyelaras pelaksanaan penyediaan sokongan teknikal

TMK dan seterusnya memberi pendedahan serta latihan yang berkaitan dari segi teknikal.

4.3.6 Menyelaras permohonan penyediaan, pembekalan dan

penyelenggaraan oleh pihak luar terhadap kemudahan TMK di IPG.

Page 21: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Polisi Penyelenggaraan Kemudahan TMK

Penyelenggaraan Kemudahan TMK

5.1 Pengenalan

Untuk memastikan kemudahan TMK di seluruh IPG KPM berfungsi pada tahap optimum, maka satu kaedah penyelenggaraan yang menyeluruh hendaklah disediakan. Polisi ini hanya tertakluk kepada kemudahan TMK hak milik kerajaan.

5.2 Tujuan

Untuk menyelenggara kemudahan TMK secara berkesan. 5.3 Polisi

5.3.1 Mengenal pasti kemudahan TMK yang kritikal untuk diselenggara.

5.3.2 Penyelenggaraan kemudahan TMK terbahagi kepada:

(i) Penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) secara berkala dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk kesemua peralatan TMK di IPG KPM. Skop penyelenggaraan tersebut disediakan oleh UTMK IPGK dan IPGM.

Page 22: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Polisi Penyelenggaraan Kemudahan

(ii) Penyelenggaraan pemulihan (corrective maintenance) peralatan TMK adalah tanggungjawab UTMK IPG KPM. Semua kerosakan hendaklah dilaporkan kepada UTMK melalui sistem aduan untuk tindakan pembaikan.

5.3.3 Memantau pengubahsuaian dan penaiktarafan sistem atau

aplikasi semasa penyelenggaraan dilakukan. 5.3.4 Melaksana prosedur kecemasan bagi membolehkan

pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang ditetapkan (tertakluk kepada peruntukan).

5.3.5 Menaik taraf semua peralatan dan perisian hendaklah

mendapat kelulusan JPICT IPG KPM atau JPICT KPM. 5.3.6 Mengemukakan cadangan pelupusan bagi peralatan TMK

yang tidak ekonomi untuk dinaik taraf atau dibaiki.

Page 23: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Keselematan TMK

Keselamatan TMK 6.1 Pengenalan Dalam era maklumat di hujung jari, soal keselamatan TMK adalah menjadi keutamaan kerana terdapat maklumat yang dimuat naik, disimpan dan disalurkan melalui atas talian adalah melibatkan maklumat-maklumat terperingkat iaitu sama ada rahsia besar, rahsia, sulit dan terhad. Keadaan ini jika tidak dikawal memungkinkan maklumat-maklumat terperingkat ini tersebar luas dan boleh menimbulkan masalah pada masa hadapan. Oleh yang demikian, polisi ini menekankan kepada amalan pembangunan, penyelenggaraan dan penggunaan TMK secara selamat bagi melindungi aset TMK dan maklumat elektronik IPG KPM. 6.2 Tujuan Untuk menjamin kesinambungan urusan sokongan TMK IPG KPM dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan TMK. 6.3 Polisi

6.3.1 Keselamatan TMK IPG KM adalah tanggungjawab semua pengguna. Keselamatan TMK keseluruhan adalah di bawah tanggungjawab UTMK.

6.3.2 Polisi atau dasar yang berkaitan keselamatan TMK perlu

Page 24: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Keselematan TMK

disebar, difahami dan diguna pakai oleh semua pengguna di IPG KPM.

6.3.3 Setiap pengguna di IPG KPM hendaklah membaca,

memahami dan mematuhi polisi atau dasar yang berkaitan keselamatan TMK IPG KPM dan undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa.

6.3.4 Semua aset TMK hendaklah diberi kawalan dan

perlindungan yang sesuai oleh pemilik atau pemegang amanah masing-masing.

6.3.5 Aset TMK hendaklah dilindungi dari sebarang pendedahan

kepada pencerobohan, kecurian, pengubahsuaian, pemindahan, pemusnahan secara tidak sah atau gangguan ke atas aktiviti perkhidmatan.

6.3.6 Semua sistem yang dibangunkan sama ada secara

dalaman (in-house) atau khidmat luar (outsource) hendaklah dipastikan mempunyai ciri-ciri keselamatan TMK yang ditetapkan oleh KPM.

6.3.7 Insiden keselamatan TMK hendaklah dikendalikan dengan

pendekatan yang konsisten, efektif, cepat dan berkesan bagi meminimumkan kesan daripada insiden dan hendaklah dilaporkan kepada CERT (Computer Emergency Response Team) KPM dengan kadar segera.

6.3.8 Pemantauan berterusan hendaklah dibuat ke atas aset TMK

bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan TMK.

6.3.9 Audit keselamatan fizikal perkakasan TMK hendaklah

dilaksanakan secara berkala.

Page 25: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Keselematan TMK

6.3.10 Maklumat penting atau data organisasi hendaklah dibuat salinan sandar (backup) mengikut jadual yang ditetapkan.

6.3.11 Pengguna tidak dibenarkan melakukan aktiviti yang

mengancam keselamatan aset TMK dan maklumat elektronik IPG KPM.

6.3.12 Sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan aset TMK

dan maklumat elektronik IPG KPM hendaklah dihalang. 6.3.13 Semua komputer peribadi hendaklah dikonfigurasi dengan

identiti log masuk (login ID) dan kata laluan bagi menghindari akses oleh pihak yang tidak berkenaan.

6.3.14 UTMK bertanggungjawab menyediakan struktur rangkaian

yang selamat agar dapat mengurangkan pencerobohan daripada semua pihak.

6.3.15 Akses fizikal ke bilik pelayan (server) hendaklah dikawal

oleh UTMK mengikut bidang kuasa pengguna. 6.3.16 Perkhidmatan dan infrastruktur TMK teras seperti switch,

hub, router, server, wireless controller, access point hendaklah disediakan dan dilaksanakan secara berpusat oleh UTMK.

5.3.17 Melaksana semua keperluan keselamatan yang telah

dikenal pasti sebelum memberi kebenaran akses kepada data atau aset TMK IPG KPM.

5.3.18 Mengurus keperluan kerahsiaan atau ketakdedahan

(nondisclosure) dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat dilindungi dan tidak didedahkan sewenang-wenangnya.

Page 26: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Keselematan TMK

5.3.19 IPG KPM perlu mematuhi dasar–dasar keselamatan TMK yang ditetapkan oleh KPM, MAMPU serta pekeliling berkaitan dan sedang berkuatkuasa.

6.3.20 Dasar Keselamatan TMK IPG adalah terpakai kepada

semua pengguna TMK IPG dan tiada pengecualian diberikan.

Page 27: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Penggunaan Kemudahan TMK

Penggunaan Kemudahan TMK 7.1 Pengenalan Penggunaan TMK yang semakin meluas telah mempengaruhi hampir kesemua aktiviti di IPG KPM. Untuk memastikan keberkesanan penggunaannya, TMK memerlukan panduan yang jelas dan terancang. 7.2 Tujuan Untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan kemudahan TMK. 7.3 Polisi

7.3.1 Semua warga IPG KPM dan pengguna luar yang hendak menggunakan kemudahan TMK perlu mematuhi syarat-syarat dan terma yang termaktub dalam peraturan TMK IPG KPM. Pematuhan ini terpakai kepada semua undang-undang dalaman IPG KPM dan undang-undang negara yang mengawal penggunaan kemudahan TMK, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

7.3.2 Setiap pengguna yang ingin menggunakan kemudahan

TMK, hendaklah bertanggungjawab dan peka dengan peraturan-peraturan TMK IPG KPM yang sedang

Page 28: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Penggunaan Kemudahan TMK

berkuatkuasa dan terkini serta menandatangani senarai semak kesedaran dan langkah keselamatan.

7.3.3 Kemudahan komputer yang diperuntukan kepada pegawai

adalah di bawah tanggungjawab pegawai itu sendiri. Tanggungjawab ini juga meliputi sebarang tindakan oleh sesiapa yang mengakses komputer tersebut untuk sebarang tujuan atau pencerobohan maklumat.

7.3.4 Pengesahan dan penggunaan akaun e-mel rasmi adalah

untuk tujuan urusan rasmi sahaja. Sebarang percubaan untuk memintas (bypass) sekatan rangkaian dan keselamatan komputer yang dikenakan oleh IPG KPM tidak dibenarkan.

7.3.5 Semua komputer yang dirangkaikan di bawah sistem

rangkaian IPG KPM perlulah dipasang dengan perisian anti virus yang terkini dan dikemaskini secara automatik. Perkhidmatan rangkaian akan diputuskan jika komputer dijangkiti virus atau perisian hasad (malware) yang boleh menjejaskan sistem rangkaian dan mengganggu pengguna lain dalam sistem rangkaian yang sama.

7.3.6 Sebarang aktiviti memuat turun bahan-bahan hak cipta

terpelihara tidak dibenarkan sama sekali dan akan diambil tindakan.

7.3.7 Pengguna tidak dibenarkan menyambung ke mana-mana

rangkaian liang (port network) seperti titik capaian rangkaian (access point), penghala (router), hab (hub), suis (switch) atau mana-mana peranti kepada rangkaian IPG KPM tanpa kebenaran.

7.3.8 Pengguna perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

kata laluan yang dibekal dan dilarang mendedah atau membenarkan diguna oleh pihak ketiga. Kata laluan yang

Page 29: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Penggunaan Kemudahan TMK

diceroboh perlu dimaklum kepada Pentadbir Sistem dengan serta-merta.

7.3.9 Sistem rangkaian IPG KPM hanya dibenarkan untuk

urusan rasmi sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali untuk kepentingan peribadi atau komersial.

7.3.10 Pengguna tidak dibenarkan untuk mengakses atau

mengubah bahagian-bahagian yang terdapat dalam pengoperasian sistem komputer atau konfigurasi melainkan jika diberi kuasa oleh UTMK.

7.3.11 Sebarang percubaan untuk memintas (bypass) sekatan

rangkaian dan keselamatan komputer yang dikenakan oleh IPG KPM tidak dibenarkan dan tindakan tatatertib akan dikenakan.

7.3.12 Pengguna dilarang untuk melayari, memuat naik atau

memuat turun, menyimpan dan menggunakan laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah dan mengancam keselamatan negara.

7.3.13 Perisian yang tidak berlesen adalah dilarang.

Page 30: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

TMK IPG

Page 31: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG e-Pembelajaran

e-Pembelajaran 8.1 Pengenalan Penawaran Ijazah Sarjana Muda Perguruan meletakkan IPG KPM setaraf dengan Universiti Awam/Swasta. Ijazah yang dianugerahkan oleh IPG KPM sama tarafnya dengan ijazah yang dianugerahkan daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, e-Pembelajaran adalah signifikan bagi menyokong pelaksanaan kurikulum program di IPG KPM. e-Pembelajaran di IPG KPM merupakan suatu inisiatif menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel dengan berpusatkan kepada pelajar dan menggunakan aplikasi secara dalam talian. Inisiatif ini menyediakan sumber dan aktiviti yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Akses kepada e-Pembelajaran di IPG KPM boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dari mana-mana jua. Langkah ini melibatkan pengintegrasian cara penyampaian pembelajaran yang menggunakan inovasi TMK. Sistem e-Pembelajaran yang diamalkan di IPG KPM akan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dalam mengakses maklumat kursus dan bahan-bahan pengajaran lain yang disediakan di dalam sistem.

Page 32: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG e-Pembelajaran

IPG KPM berperanan memberi latihan kepada semua pensyarah dan pelajarnya untuk menerapkan kemahiran aplikasi TMK bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran. 8.2 Definisi e-Pembelajaran e-Pembelajaran adalah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara dalam talian melalui sistem rangkaian komputer bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 8.3 Tujuan

� Menggalakkan peluang pendidikan berkualiti, adil dan saksama menerusi e-Pembelajaran.

� Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra e-Pembelajaran.

� Menghasilkan pelbagai kandungan digital bagi mengukuh proses pengajaran dan pembelajaran.

� Meningkatkan kemahiran pensyarah, pelajar dan pihak lain yang berkepentingan melalui e-Pembelajaran.

� Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pedagogi dan teknologi e-Pembelajaran.

� Membangunkan repositori digital dan direktori bahan pembelajaran digital untuk kegunaan dan rujukan.

� Menggalak budaya berkongsi sumber e-Pembelajaran dan kandungan digital.

� Membina komuniti yang membudayakan e-Pembelajaran. 8.4 Domain e-Pembelajaran

8.4.1 Infrastruktur. Memastikan keperluan asas disediakan:

i. Jalur lebar ii. Meja bantuan atau Helpdesk

Page 33: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG e-Pembelajaran

iii. Peralatan dan Perisian TMK iv. Membangunkan inisiatif daripada asas sedia ada.

8.4.2 Struktur Organisasi.

IPGM hendaklah membentuk Jawatankuasa e-Pembelajaran yang terdiri daripada:

i. Pengerusi : Timbalan Rektor ii. Setiausaha : Pengarah Pusat

Pembangunan Akademik (PPA) iii. Ahli : Pengarah IPGK dan Ketua

Jabatan Pengurusan Peperiksaan dan Senat (JPPS), Ketua Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme (JKPP), Ketua Unit TMK

IPGK hendaklah membentuk Jawatankuasa e-Pembelajaran yang terdiri daripada:

� Pengerusi : Timbalan Pengarah � Setiausaha : Ketua Jabatan/Unit � Ahli : Wakil-wakil Jabatan/Unit,

Pegawai Teknologi Maklumat.

8.4.3 Kurikulum dan kandungan digital mengandungi ciri-ciri seperti berikut: i. Kurikulum.

Semua IPG KPM mempunyai 30 % kurikulum kursus dalam bentuk mod pembelajaran teradun (blended learning).

ii. Pembangunan.

Semua IPG KPM mempunyai 50 % kandungan asli yang dibangunkan. Bahan pembelajaran

Page 34: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG e-Pembelajaran

dalam bentuk digital perlu dimuat naik ke sistem e-Pembelajaran secara berperingkat-peringkat.

iii. Pentaksiran.

Pentaksiran awal yang dilaksanakan perlu mengandungi aktiviti dan kolaborasi.

iv. Proses dan Mod Pelaksanaan.

e-Pembelajaran IPG KPM adalah kaedah instruksi pelengkap pelaksanaan kurikulum secara mod pembelajaran teradun, iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran bersemuka, pembelajaran kendiri dan maya.

8.4.4 Repositori digital dan direktori bahan pembelajaran

digital. a) IPG KPM mewujudkan Jurnal Dalam Talian (JDT) dan

Repositori Institut Pendidikan Guru (RIPG). b) JDT dan RIPG adalah dibawah tadbir urus Unit

Perpustakaan IPG KPM. c) IPG KPM menyediakan perkhidmatan mengurus

jurnal dalam talian termasuk menerbit dan mengedar jurnal IPG KPM.

d) Semua bahan penerbitan IPG KPM mestilah melalui sistem JDT.

e) IPG KPM menyediakan perkhidmatan mengurus aset intelektual institusi termasuk menyimpan, mengkategori dan membuka capaian melalui sistem RIPG.

8.4.5 Langkah Pelaksanaan

Setiap semester e-Pembelajaran dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pelajar akan mengakses maklumat kursus yang dimuat naik oleh pensyarah pada awal semester.

Page 35: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG e-Pembelajaran

Langkah 2: Pensyarah memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota kuliah, soalan-soalan latihan, tugasan, sumber rujukan dan lain-lain bahan berkaitan.

Langkah 3: Penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran interaktif mengikut keperluan.

8.4.6 Capaian Sistem e-Pembelajaran Semua pensyarah dan pelajar mempunyai akses kepada sistem e-Pembelajaran.

8.4.7 Perkembangan Profesional

a. Semua pensyarah dan pelajar IPG KPM mempunyai pengetahuan dalam pedagogi serta mengamalkan e-Pembelajaran

b. Semua pensyarah dan pelajar mempunyai kemahiran dalam teknologi dan literasi maklumat

c. Semua pensyarah, pelajar dan pihak berkepentingan (stakeholders) IPG KPM mempunyai sikap yang positif terhadap e-Pembelajaran

8.4.8 Budaya

a. Organisasi Pembelajaran � Pensyarah dan pelajar mempunyai akses kepada

e-Pembelajaran � Penggunaan e-Pembelajaran dalam semua

bidang/kursus � e-Pembelajaran merupakan tugas harian bagi

seseorang pensyarah akademik di samping memberi pengiktirafan.

Page 36: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG e-Pembelajaran

b. Harta Intelek � Semua bahan pengajaran dan pembelajaran yang

dibangunkan menggunakan kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pensyarah IPG KPM adalah hak milik IPG KPM.

� Sekiranya pensyarah menerima ganjaran dan/atau insentif seperti geran atau upah kerana membangunkan kandungan e-Pembelajaran serta mendapat bantuan pereka instruksi dan/atau pembangun kandungan yang disediakan oleh IPG KPM, hakcipta terhadap kandungan yang dihasilkan adalah milik IPG KPM. Bahan tersebut tidak boleh digunakan di luar IPG KPM tanpa mendapat kebenaran daripada IPGM terlebih dahulu.

Page 37: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Rujukan

RUJUKAN Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Keselamatan ICT Versi

2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Arahan Pentadbiran Bil.

1/2013: Garis Panduan Penggunaan dan Penggurusan E-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Surat Pekeliling ICT Bilangan

1 Tahun 2011: Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Surat Pekeliling ICT

Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Pekeliling ICT KPM Bil. 1

Tahun 2014: Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Surat Pekeliling ICT KPM

Bilangan 1 Tahun 2014: Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian/Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri. 2007. Arahan Teknologi Maklumat.

Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Jabatan Perdana Menteri. 2010. Dasar Keselamatan ICT Versi 5.3.

Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Jabatan Perdana Menteri. 2009. Surat Pekeliling Am Bilangan 3

Tahun 2009: Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam.

Page 38: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Rujukan

Ministry of Education Malaysia. 2010. Policy on ICT in Education Malaysia. Putrajaya: Frost & Sullivan

UNESCO. 2014. ICT Transforming Education: A Regional Guide.

Bangkok: UNESCO.

Page 39: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Glosari

GLOSARI Penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) Penyelenggaraan pemulihan (corrective maintenance) outsource kandungan digital repositori

Prosedur, pemeriksaan, pengujian dan pemulihan sesuatu perkakasan/perisian yang dilakukan secara teratur dan mengikut arahan khusus serta mengikut jadual sebagai langkah mencegah risiko kegagalan atau kerosakan tidak dijangka. Pengujian dan pemulihan sesuatu perkakasan/perisian yang dilakukan setelah berlaku kegagalan fungsi atau kerosakan. Menggunakan khidmat pihak luar. Sesuatu bahan yang boleh dirujuk secara elektronik. Pusat pengumpulan dan pengurusan data/maklumat secara elektronik.

Page 40: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

IPG

Page 41: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

DASAR TMK IPG Panel Penyedia

PANEL PENYEDIA NAMA BAHAGIAN/ JABATAN/ 1. Tn.Hj.Rosman b. Hj. Abu 2. Tn.Hj. Abu Bakar b.Shaari 3. Tn.Hj. Khalid b. Hj. Ahmad 4. Abdul Rashid b. Abd. Rahman 5. Dr. Hashimah bt. Ibrahim 6. Dr. Kok Boon Shiong 7. Dr. Abdul Hadi b. Mat Dawi 8. Siti Anidah bt. Kamsir 9. Zelkepli b. Shahrom 10. Yau Yee Shin 11. Roseli b. Mat Nor 12. Haslina bt. Hassan 13. Mohd Nur Furqan b. Abdullah 14. Abd. Hakim b. Abdul Majid 15. Cheah Chee Keong 16. Nor Azman b. Abd. Wahab 17. Liza Kay anak John Jeffrey 18. Yuslinda bt. Yusoff 19. Mohd Ramzani b. Jamaluddin 20. Mohd. Ghazali b. Tawang 21. Rokiah bt. Mohd Nazir 22. Chandaran a/l Nadason 23. Azhar b. Abdullah 24. Mohd Ramzani b. Jamaluddin 25. Abdullah b. Md.Zin@Ariffin 26. Fauziah bt. Abd.Rashid 27. Muntasir b. Muaz 28. Mohd. Shukri b. Ma’arof 29. Abu Kassim b. Mohd. Razali

- IPGM - IPGK Raja Melewar - IPGK Pulau Pinang - IPGK Ipoh - IPGK Raja Melewar - IPGK Kent - IPGK Ipoh - IPGK Temenggong Ibrahim - IPGK Tun Hussein Onn- IPGK Perempuan Melayu - IPGK Tengku Ampuan Afzan - IPGK Ilmu Khas - IPGK Tun Abdul Razak - IPGK Sultan Mizan - IPGK Sultan Abdul Halim - IPGK Perempuan Melayu - IPGK Batu Lintang - IPGK P. Pinang - IPGK Darul Aman - IPGK Dato’ Razali Ismail - IPGK Pend. Teknik - IPGK Perlis - IPGK Tuanku Bainun - IPGK Darul Aman - IPGK Kota Bharu - IPGM - IPGM - IPGM - IPGM

Page 42: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk

IPG

Page 43: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk
Page 44: Dasar TMK IPGipgkpm.edu.my/download/Dasar-TMK-IPG.pdfv. Pengurusan sumber TMK yang selamat, cekap dan berkesan di semua peringkat. vi. Mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan untuk