dasar pembangunan ekonomi malaysia - satu penilaian

36
BERJAYAKAH MODEL EKONOMI BARU (MEB) MENTRANSFORMASI SENARIO EKONOMI NEGARA? Oleh: A Rahman bin Ramli * 1. Abstrak Artikel ini mengupas prestasi pembangunan ekonomi Malaysia melalui dasar-dasar pembangunan kerajaan saperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional(DPN) dan berkemungkinankah kelemahan implementasi dasr-dasar tersebut memberi kesan keatas Model Ekonomi Baru yang menggantinya. Kupasan yang di buat dalam artikel ini mengenai senario pembangunan ekonomi Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis yang inginkan pembangunan yang telus serta memberi manafaat kepada rakyat. Tiada terniat untuk menyentuh perasaan mana-mana pihak atau menidakkan pencapaian yang telah kita semua nikmati. Ia adalah sekadar memberi pandangan bahawa disebalik kejayaan ada juga ketidakpuasan dalam perlaksanaannya kerana tanpa disedari atau tidak ada pihak yang merasakan terpinggir dalam arus pembangunan. Maklumbalas ini semata-mata untuk kebaikan bersama baik bagi teknokrat sebagai perancang dan perlaksana dan ahli politik sebagai ‘political masters’ dalam penentuan dasar dan hala tuju negara dialaf baru ini. 2. Senario Pembangunan Ekonomi Sejurus berakhirnya dasar Pasaran Bebas sebagai satu polisi pembangunan selepas Merdeka, negara kita melangkah ke satu era baru menuju kearah pembangunan.Tidak dinafikan senario ekonomi negara kita berkembang dengan pesat bermula 70han hingga ke90han dan dikagumi serta disegani negara-negara yang sedang membangun dan juga negara maju. Satu contoh yang paling diingati ialah President Park Chung He daripada Korea Selatan telah datang menimba pengalaman pembangunan di Malaysia. Semasa taklimat di Bilik Gerakan Negara President Park tertarik dengan kata-kata tulisan Arab di dinding dan menanyakan maksud ayat itu. Ayat itu ialah sepotong ayat Al Quran daripada Surah Ar ra’d ayat 11 yang maksudnya, 1

Upload: arahmanramli

Post on 29-Jun-2015

2.802 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

BERJAYAKAH MODEL EKONOMI BARU (MEB) MENTRANSFORMASI SENARIO EKONOMI NEGARA?

Oleh: A Rahman bin Ramli *

1. Abstrak

Artikel ini mengupas prestasi pembangunan ekonomi Malaysia melalui dasar-dasar pembangunan kerajaan saperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional(DPN) dan berkemungkinankah kelemahan implementasi dasr-dasar tersebut memberi kesan keatas Model Ekonomi Baru yang menggantinya. Kupasan yang di buat dalam artikel ini mengenai senario pembangunan ekonomi Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis yang inginkan pembangunan yang telus serta memberi manafaat kepada rakyat. Tiada terniat untuk menyentuh perasaan mana-mana pihak atau menidakkan pencapaian yang telah kita semua nikmati. Ia adalah sekadar memberi pandangan bahawa disebalik kejayaan ada juga ketidakpuasan dalam perlaksanaannya kerana tanpa disedari atau tidak ada pihak yang merasakan terpinggir dalam arus pembangunan. Maklumbalas ini semata-mata untuk kebaikan bersama baik bagi teknokrat sebagai perancang dan perlaksana dan ahli politik sebagai ‘political masters’ dalam penentuan dasar dan hala tuju negara dialaf baru ini.

2. Senario Pembangunan Ekonomi

Sejurus berakhirnya dasar Pasaran Bebas sebagai satu polisi pembangunan selepas Merdeka, negara kita melangkah ke satu era baru menuju kearah pembangunan.Tidak dinafikan senario ekonomi negara kita berkembang dengan pesat bermula 70han hingga ke90han dan dikagumi serta disegani negara-negara yang sedang membangun dan juga negara maju. Satu contoh yang paling diingati ialah President Park Chung He daripada Korea Selatan telah datang menimba pengalaman pembangunan di Malaysia. Semasa taklimat di Bilik Gerakan Negara President Park tertarik dengan kata-kata tulisan Arab di dinding dan menanyakan maksud ayat itu. Ayat itu ialah sepotong ayat Al Quran daripada Surah Ar ra’d ayat 11 yang maksudnya,

“ Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

*Pensyarah di Jabatan Muamalat, KIAS

1

President Park telah menjadikan intipati ayat itu sebagai dasar pembangunan negaranya yang terkenal sebagai ‘Semaul Undong” atau “self-reliance’ dalam Bahasa Inggeris iaitu membawa maksud semangat berdikari. Beberapa negara Afrika juga cuba mencontohi model pembangunan Malaysia. Malaysia dijadikan contoh bagaimana sesebuah negara berbilang kaum dapat membuktikan bahawa keharmonian dan kesetabilan politik boleh dijadikan asas ramuan atau formula pembangunan.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah berlandaskan dasar-dasar pembangunan yang digubal kerajaan bagi mengatasi cabaran semasa negara. Kita tidak asing lagi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak mulai 1971 hingga 1990, kemudiannya diberi suntikan nafas baru oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 1991 dengan panggilan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang berterusan ke abad 20. (Rajah 1)

Tiga dekad pencapaian cemerlang, membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat global. Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran. Berbanding dengan generasi terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan mudah mendapat akses kepada teknologi moden.

Rajah 1 Dasar-Dasar Pembangunan Utama

2

Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abad yang lalu, kini menjadi perlahan dan prospek pertumbuhan ekonomi pula menjadi lembap. Kegemilangan bertukar malar dan Malaysia ketinggalan dibandingkan dengan negara seangkatan. Mengapa berlaku demikian? Mengapa Malaysia tidak unggul saperti dahulu? Adakah ini bermakna dengan berlaku perubahan pada persekitaran luar, dasar dan strategi yang negara kita gunakan untuk pembangunan tidak mampu membawa kita ke peringkat seterusnya? Atau berlakukah kepincangan dalam perlaksanaan dasar semasa kerajaan hingga menyebabkan prestasi yang malar? Sekarang ini pula satu dasar pembangunan iaitu Model Ekonomi Baru (MEB) sudah disajikan kepada rakyat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk mengembalikan keunggulan negara dipersada ekonomi dunia dalam alaf baru ini. Berjayakah MEB mentransformasikan ekonomi Malaysia keperingkat global atau terbatas dengan ranjau yang mencabar DEB dan DPN?

3. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB telah diperkenalkan untuk menangani masaalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Sejurus mencapai kemerdekaan dari penjajah British pada tahun 1957 Malaysia telah mencorakkan pembangunan ekonominya berasakan beberapa dasar ekonomi. Dasar pertama iaitu Sistem Ekonomi Bebas adalah satu sistem warisan dari penjajah, yang diamal sejak Malaya merdeka hingga ke akhir 1960, dimana peranan swasta dalam bidang ekonomi adalah bebas. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang serius. Ini bermakna walaupun pertumbuhan ekonomi yang tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan miskin, kebanyakkannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Ini yang dikatakan “market failure”. Situasi ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum dalam bidang ekonomi menjadi bertambah ketara sehingga menyebabkan ketegangan politik. Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama yang diadakan sebelum peristiwa 13 Mei kegelisahan Bumiputera keatas fenomena ini jelas membara dan memerlukan perhatian. Hanya apabila peristiwa 13 Mei berlaku barulah pihak kerajaan telah mengambil tindakan dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970

3

3.1 Matlamat DEB

DEB bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman disamping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuiti korporat Bumiputera.

Sasaran juga ditetapkan, iaitu 30% pegangan ekuiti korporat oleh Bumiputera, penatapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% bilangan pekerja mestilah Bumiputera. Prinsip pokok penstrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat dicapai dari konomi yang yang sedia berkembang dan tidak mengambil dari kaum bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

3.2 Pencapaian DEB

Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi beserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan itu.

Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005. Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan pengangguran tidak ketara (under-employment) hampir hilang. Kemudahan moden saperti jalan raya, sekolah, kelinik kesihatan, kuasa letrik dan bekalan air telah menjadi satu kemestian.

Pelajar Bumiputera bukan sahaja mendapat pendidikan diperingkat rendah dan menengah tetapi ramai yang berjaya ke peringkat universiti. Ramai juga yang dihantar ke institusi pengajian tinggi di luar negeri. Kini terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu dimana hanya ada segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh golongan professional Bumiputera. Ramai professional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di luar Negara.

Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnyadari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota.

4

Sekarang ini, terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka ke university di dalam mahupun di luar negara.

Pegangan ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 19% pada tahun 2000. Jika dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai pemilik Bumiputera, tetapi bank-bank utama di Malaysia dimiliki serta diuruskan oleh Bumiputera. Golongan peniaga Bumiputera juga telah wujud walaupun kebanyakannya berstatus industry kecil dan sederhana.

Justeru terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi dimana bidang pekerjaan tidak dikenal secara automatik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum Bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar Bandar sementara kaum Cina merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Misalnya nisbah pendapatan kaum Bumiputera kepada kaum Cina meningkat 1: 1.74 pada tahun 1990 kepada 1 : 1.64 pada tahun 2004.

3.3 Kelemahan DEB

Walaupun DEB telah memberi buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Intervensi kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya wujud dikalangan Bumiputera sindrom penggantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga Bumiputera yang berniaga secara “ Ali-Baba” atau berniaga diatas angin. Mereka mendapat kontrak untuk menjalankan sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan atau memberi sub-kontrak kepada peniaga bukan Bumiputera. Mereka sebenarnya tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran imbuhan sebagai pengantara. Amalan saperti ini telah membawa kepada ketirisan perbelanjaan kerajaan dan penggunaan dana yang tidak efisyen.

Sebagai satu konsep penstrukturan sosial, DEB mempunyai nilai dan sasaran murni. Namun implementasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak kerana ianya menjurus kepada amalan siapa yang dikenali dan bukannya berdasarkan keupayaan atau dalam pepatah Inggeris “ who you know and not what you know”.Selain itu, ada juga rungutan yang tiada “ padang sama rata” dikalangan kaum Bumiputera sendiri. Keadaan demikian mengundang sindrom patronage, nepotisma dan kronisma yang berakhir dengan sogokan dan rasuah untuk mendapat “favour”. Oleh itu implementasi DEB mungkin tidak mewujudkan keadaan dimana yang terbaik akan berjaya. Merit tidak lagi menjadi kayu prestasi.

Akibatnya diperingkat awal implementasi DEB, sasarannya boleh berjaya, tetapi untuk jangka panjang pencapaian itu sukar dikekal dan dipertigkatkan kerana ianya tidak berasaskan daya saing. Contohnya, pegangan ekuiti korporat masih belum lagi

5

mencecah sasaran 30% kerana pegangan yang ada dijual untuk keuntungan jangka pendek dan bukan dikekalkan serta ditambah untuk pegangan jangka panjang.

Implementasi DEB yang dianggap tidak adil, telus dan cekap teah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan kaum bukan Bumiputera. Antaranya, system kuota kemasukan universiti telah dianggap oleh kaum bukan Bumiputera sebagai menyempitkan peluang anank-anak mereka yang berkelayakan mendapat pendidikan universiti.

4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

4.1 Matlamat

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

4.2 Strategi pelaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan

6

perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek - aspek kritikal seperti berikut:

Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saing melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;

Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

7

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin “hardcore poor” di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin);

Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;

Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan

Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

4.3 Program Pelaksanaan

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut:

4.3.1 Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan

Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambik kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;

8

4.3.2 Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa

DPN telah mengambilkira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan- halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan

meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport Negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi;

4.3.3 Wawasan 2020 Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk

Memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara; dan

4.3.4 Pembasmian Kemiskinan Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000.

Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar Bandar pada akhir tahun1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui

9

pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sector swasta. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar- bandar.Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masaalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial.

Latihan yang diberikan kepada belia- belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktivit pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program sapert pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan, perumahan, bekalan air dan elektrik

Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di Bandar - bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan Bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan

10

peluang - peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

4.3.5 Penyusunan Semula Masyarakat

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi berikut:

meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.

menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa.

penyusunan semula gunatenaga bagi memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan

11

memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran - kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka.

merancang dan menyelaras dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta - harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham.

4.4 Pencapaian DPN

Prestasi ekonomi negara telah menunjuk kemajuan dalam 15 tahun pertama Wawasan 2020, (1991-2005) saperti berikut:

Malaysia mencapai kemajuan yang membanggakan dalam tempoh 15 tahun

pertama Wawasan 2020. Asas ekonomi kekal kukuh.

KDNK meningkat 6.2% setahun meskipun berlaku krisis kewangan Asia; peristiwa September 11, 2001; peperangan di Afghanistan & Iraq; SARS & Selsema burung & kenaikan harga minyak. ( Rajah 2)

Kadar kemiskinan menurun ke 2.8% dan kemiskinan tegar ke 1.8% (Rajah 3)

Ekonomi beralih daripada pertumbuhan berasaskan modal kepada yang lebih

seimbang antara modal, buruh dan produktiviti faktor keseluruhan (TFP).

12

Struktur ekonomi terus berkembang kepada berasaskan pembuatan dan

perkhidmatan.Purata OECD 14,938 26,868 4.0

Kadar penyertaan pendidikan, purata saiz kelas & nisbah guru – murid meningkat tetapi kualiti sekolah kebangsaan perlu ditingkatkan.

Kadar inflasi – 2.9%; dan pengangguran – 3.1%;

Lebihan berkembar akaun semasa imbangan pembayaran & akaun sektor

awam disatukan

Tabungan & rizab luar negeri terus meningkat

Kemajuan dalam S & T dan R & D

Kemudahan infrastruktur lebih baik dan bertaraf dunia ~ peningkatan liputan

elektrik, bekalan air dan jalanraya.

Rajah 2 Pengagihan Pendapatan 1999 - 2010

Sumber : Laporan Ekonomi. Unit Perancang Ekonomi.

13

Rajah 3 Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar Mengikut Kumpulan Etnik [%]

Sumber: Laporan Ekonomi. Unit Perancang Ekonomi

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

5. Model Ekonomi Baru (MEB)

5.1 Mengapa Perlunya MEB?

Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh satu dekad lalu menjadi asas bagi kerajaan untuk merencana masa depan negara. Krisis ekonomi Asia pada 1997/98 sudah meninggalkan kesan yang amat mendalam. Keluaran Negara Kasar (KDNK)

14

menguncup sehingga 7.4%. Ekonomi negara tumbuh pada kadar 8.1 % setahun seppanjang tempoh 1990-1997, tetapi jatuh pada kadar 5.6 % antara 2000-2007

Angka ini menunjukkan kesan akibat krisis tersebut masih terasa sehingga kini, dan ini meletakkan ekonomi negara malar.Keadaan demikian menimbulkan beberapa kekangan. Pranan sector swasta kini bertambah kecil.Pelaburan swasta meningkat 25.4% pada tahun 1995 tetapi pada tahun 2008 ia berkembang hanya 1.5%. Nisbah pelaburan asing (FDI) kepada KDNK jga menunjukkan trend penurunan yang konsisten. Dalam tempoh 1882-1997 nisbah ini ialah 7.3% sebaliknya menurun kepada 4.2% sepanjang tempoh 2002-2007.

Pada masa yang sama sektor perkhidmatan tidak berkembang saperti dijangkakan sungguhpun ada kemajuan dalam sektor pelancongan dan pertumbuhan industri baru saperti pendidikan dan logistik. Sumbangan sektor ini dalam ekonomi adalah pada kadar 55% iaitu jauh lebih kecil daripada yang disasarkan.

Sektor ekspot yang dianggap pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan trend yang menurun dengan hanya mencapai pertumbuhan 5.2% bagi tempoh 2001-2008 berbanding pencapaian 15.1% bagi tempoh 1996-2000.

Dari segi penanda aras daya saing, Malaysia kekal pada tahap sederhana sejak tahun 2000. Berdasarkan Indeks Pertumbuhan Daya Saing (Growth Competitiveness Index) 2008 diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia, Malaysia berada ke tangga 21 daripada 131 negara, berbanding ke 19 pada tahun 2007.

Jurang perbezaan eonomi juga semakin ketara berbanding dengan negara saperti Taiwan, hong Kong dan Singapura. Negara tersebut telah mendahului kita dari segi kadar pertumbuhan pendapatan per kapita, keupayaan teknologi dan pembangunan modal insan.

Semua fakta ini membuktikan bahawa Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana dan tidak tergolong dalam kalangan ekonomi global berpencapaian unggul. Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, kebanyakan dasar dan strategi yang negara kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya. Malah pertumbuhan ekonomi kita ini dicapai dengan menanggung kos alam sekitar yang besar dan juga tidak memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Hakikatnya, Malaysia memerlukan satu model ekonomi baru. Model ekonomi itu juga akan menggariskan bagaimana Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.

15

5.2 Matlamat MEB

Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020 disamping menjamin kualiti hidup rakayat sentiasa diutamakan. Keperincian matlamat MEB adalah saperti berikut:

Berpendapatan tinggi dengan sasaran AS $15,000 – 20,000 per kapita pada tahun 2020.

Keterangkuman untuk membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya.

Kemampanan untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.

Bagi mempastikan kelancaran dasar ini kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan yang hendak dicapai ke arah status negara maju.

5.3 Empat Tonggak Transformasi Negara

Konsep 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang

Program Transformasi Kerajaan (PTK) - untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA).

Program Transformasi Ekonomi – tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020

Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 – 2015 sebagai pelan bertindak melaksanakan program yang dirancang

5.4 Ciri Teras MEB

Bagaimanakah keadaan Malaysia pada tahun 2020? Pada masa depan MEB akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh, hasil

16

daripada kepintaran rakyatnya yang ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang harmoni dan tradisi budayanya yang kaya. Ekonominya kelak adalah berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan keusahawanan dan inovatif.

Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai oleh barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam persekitaran yang bersaingan. Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu pasaran. Kerajaan akan terus berperanan untuk menangani gangguan daripada kegagalan pasaran yang tidak dapat dielakkan.

Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap dipertanggungjawabkan terhadap hasil berasaskan pencapaian selaras dengan PTK dan memiliki kakitangan berkelayakan tinggi dengan keupayaan melaksanakan pelbagai tugas dan pada masa yang sama, mempamerkan fleksibiliti serta dinamisme.

Firma swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil akan menaruh hasrat untukmencapai standard tadbir urus yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan bagi memanfaatkan sebaik-baiknya peluang pertumbuhan daripada pembiayaan yang tersedia.

Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal, sosial dan institusi. Kesemuanya ini akan menyumbang kepada perluasan pasaran melalui integrasi serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan serta melalui pembentukan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas sempadan.

5.5 Inisiatif Pembangunan Strategik (IPS)

MEB juga menggariskan 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik untuk merealisasi matlamatnya saperti berikut:

5.5.1 Menyubur kembali sektor swasta.

Sektor swasta perlu bangkit dan menyandang profil yang lebih tinggi dalam transformasi negara. Sepanjang sejarah yang tercatat, ekonomi mengalami pertumbuhan jangka panjang yang terjamin berterusan melalui inisiatif keusahawanan sektor swasta, didorong oleh insentif

17

ekonomi yang menggalakkan individu mengambil pandangan jauh dan mengelak daripada sikap suka mengambil kesempatan jangka pendek.

5.5.2 Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.

Pasaran buruh mesti berfungsi dengan lancar: pekerjaan dan pekerja mesti dipadankan dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti dan dengan itu meningkatkan upah untuk semua. Penyesuaian pasaran buruh mestilah lancar: pekerja yang layak perlu segera mendapat kerja yang layak dengannya; kerja ini pula mesti segera menarik pekerja yang layak, termasuk mereka yang dari luar negara. Dalam masa yang sama, asas bakat Malaysia mesti ditingkatkan. Sistem pendidikan yang berkualiti yang memupuk pekerja yang mahir, bersifat ingin tahu dan inovatif untuk terusmenerus mendorong produktiviti ke hadapan merupakan asas pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pendapatan tinggi datang daripada insan mahir yang menggunakan bakat mereka untuk menghadapi cabaran ekonomi dengan cemerlang. Malaysia tidak boleh terlepas peluang untuk menggerakkan sumbernya yang amat berharga ini. Oleh itu, Malaysia mesti menghapuskan halangan yang menghindarkan rakyatnya yang berkebolehan daripada mendapatkan kemahiran dan pada masa yang sama, menarik insan berbakat ini supaya terus berkhidmat dalam negara

5.5.3 Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.

Banyak herotan akan dilenyapkan dan ekonomi akan mengalami suasana kebersaingan yang lebih sengit dengan terhapusnya subsidi, kawalan harga dan aneka insentif yang telah hilang objektif asalnya. PTE akan membantu individu dan firma untuk mengurangkan impak daripada langkah berani ini dengan menyediakan jaring keselamatan sosial yang lebih baik dan dana transformasi khas.

5.5.4 Mengukuhkan sektor awam.

Institusi awam mesti disusun semula. Institusi awam tidak harus menduplikasikan fungsi yang dijalankan dengan baik oleh sektor swasta. Sebaliknya, ia seharusnya berusaha memikul tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh sector swasta. Penyampaian perkhidmatan kerajaan mesti cekap dan berkesan, menggunakan pendekatan ‘menyeluruh kerajaan’ bagi memudahkan operasi sektor swasta. Pengurusan fiskal mesti dikukuhkan supaya merangkumi ketelusan yang lebih tinggi dan untuk memberikan insentif yang betul. Asas hasil

18

kerajaan mesti dipelbagaikan dan perbelanjaan diperkemasuntuk merangsang penggunaan hasil yang lebih baik.

5.5.5 Tindakan afirmatif yang telus dan mesra kerajaan

Komponen utama keterangkuman adalah untuk memupuk peluang ekonomi yang sama dan adil. Institusi dan program tindakan afirmatif sedia ada akan diteruskan dalam MEB tetapi, selaras dengan pandangan pihak berkepentingan yang utama, akan disusun semula untuk menghapuskan ciri merentir (rentseeking) dan kuasa naungan (patronage). Tindakan afirmatif akan mengambil kira semua kumpulan etnik dengan adil dan sama rata selagi mereka tergolong dalam kumpulan 40% isi rumah berpendapatan rendah. Program tindakan afirmatif akan didasarkan pada criteria mesra pasaran dan berasaskan pasaran sambil mengambil kira keperluan dan merit pemohonnya. Suruhanjaya Peluang Sama Rata akan ditubuhkan untuk memastikan keadilan dan menangani diskriminasi tidak wajar apabila berlakunya penyalahgunaan oleh kumpulan yang dominan.

5.5.6 Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan

Transformasi ekonomi dalam sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatanmerupakan proses yang memerlukan inovasi berterusan dan pertumbuhan produktiviti dengan kemajuan teknologi yang ketara dan dorongan keusahawanan. Penggunaan proses yang selaras dengan amalan baik dan standard antarabangsa akan menambahbaikkan peluang bagi firma Malaysia untuk berjaya dalam arena pasaran global.

5.5.7 Meningkatkan sumber pertumbuhan

Malaysia mesti memanfaatkan lokasi strategiknya dan kelebihan berbandingnya

19

yang datang daripada anugerah sumber aslinya untuk mewujudkan platform pengeluaran yang mendorong pertumbuhan nilai tambah yang tinggi dengan kesan limpahan. Ekonomi ikut bidangan mesti diberikan tumpuan melalui koridor pertumbuhan untuk menyuburkan pengembangan berpotensi ke dalam pasaran baru, seperti output pertanian hiliran, ekopelancongan, penjanaan tenaga alternatif dan pengurangan perubahan iklim.

5.5.8 Memastikan kebolehmampanan pertumbuhanMemulihara sumber asli kita dan melindungi kepentingan generasi masa depan mesti dimudahkan dengan melaksanakan dasar penentuan harga, kawal selia dan dasar strategik untuk mengurus sumber mudah lupus dengan cekap. Kebolehmampanan kewangan awam melalui disiplin fiskal yang ketat, yang mewajibkan pembaziran dan kos lebihan dikurangkan, merupakan mercu tanda untuk memelihara keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan.

6. Dasar-Dasar Pembangunan Pra-MEB - Satu Penilaian

Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilanjutkan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Dasar- dasar ini bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum. Justeru kerana dasar-dasar ini menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka majoriti rakyat, mendukung pelaksanaannya.

Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan. Penyertaan mereka dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dilihat sebagai langkah positif.

Tidak dinafikan kenyataan bahawa dasar-dasar pembangunan kerajaan telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah dalam bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar. Pelaburan pendidikan tinggi untuk Bumiputera , termasuk dengan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negera, dari awal 70-an, 80-an dan 90-an bagi pelajar-pelajar Bumiputera yang cemerlang, telah berjaya melahirkan golongan profesional dan berketerampilan dalam pelbagai bidang.

20

Walau bagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB dan DPN untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional mula dikaburi dan dipersoalkan. Dasar itu disalahgunakan segelintir pemimpin-pemimpin memberi “favour” kepada keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Dasar ini juga telah membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Prosedur tender, penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan dasar kerajaan untuk kepentingan Bumiputera. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pelaksanaan dasar-dasar tersebut, yang terkumpul atas nama bumiputera adalah tinggi.

Hanya yang dikesali ialah diatas sebab-sebab penyelewengan, rasuah, kronisma dan sebagainya menggagalkan Bumiputera mengumpul harta  saperti dijanjikan.Akibatnya ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu. Rasuah di Malaysia semakin menjadi. Malaysia telah jatuh lima tangga kepada tempat ke 44 antara 163 negara di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2006, dengan memperoleh lima dari 10 mata berbanding 5.1 mata tahun sebelumnya. 10 mata menggambarkan ekonomi yang bersih dan satu mata merujuk negara yang sangat rasuah. Malaysia tersenarai di nombor 10 dari 25 ekonomi di rantau Asia Pasifik. Singapura, Hong Kong dan Jepun mendahului senarai Asia Pasifik sebagai negara paling rendah kadar rasuah sementara Myanmar berada di tempat paling corot. Malaysia masih lagi di hadapan China, India, Indonesia, Thailand dan Pakistan.

Wawasan DEB dan DPN untuk mencapai keadilan sosial tidak kesampaian kerana jelas terbukti jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan, Malaysia berada pada 0.47.

Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan di Malaysia adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang pendapatan yang lebih besar terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.

21

Keadaan demikian mempunyai kesan berpanjangan kerana negara-negara yang mencapai tahap pembangunan manusia yang tinggi biasanya memiliki jurang ekonomi yang lebih kecil. Malaysia bukan lagi ekonomi yang baru atau negara dunia ketiga dari segi pembangunan. Di dalam laporan Pembangunan Manusia Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia tersenarai di nombor 59 dari 177 negara. Di Asia hanya Jepun, Korea Selatan dan Singapura yang tersenarai di tempatyang lebih tinggi. Malah dengan mata indeks pembangunan manusia sebanyak 0.793, Malaysia sudah teramat hampir dengan 0.800 mata untuk dikategorikan sebagai negara maju. Malangnya Malaysia terangkul di antara negara dengan pembangunan manusia yang tinggi tetapi ketidaksamaan ekonomi terus membesar.

Perbezaan kawasan bandar dan desa juga amat ketara, yang tidak diselesaikan oleh tindakan afirmatif dasar-dasar tersebut. Pada tahun 1999, pendapatan isirumah luar bandar hanya 55% dari pendapatan isirumah di bandar, dan kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang majoriti besarnya terdiri daripada masyarakat Bumiputera.

Kita tidak menyangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan dari sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan kesihatan yang lebih menyeluruh berbanding dengan keadaan pada awal tahun 50-an. Namun sekali lagi kejayaan tersebut tidak harus dibandingkan nisbah dengan negara-negara mundur Afrika. Kita telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan dari 29% pada 1980 kepada 5-6% pada tahun 2000. Namun indeks garis kemiskinan yang digunakan juga terlalu rendah. Kos sara hidup telah meningkat secara berterusan dan kadar pendapatan RM510 yang diguna untuk mengukur kemiskinan di pantai barat Semenanjung Malaysia langsung tidak munasabah. Jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menyara keluarga 5 orang termasuk sewa rumah, makan minum dan pakaian. Data dan angka mungkin menarik dihidangkan sebagai propaganda tetapi tidak meleraikan kenyataan mengenai kesengsaraan hidup rakyat.

Sementara masyarakat Bumiputera dibelai dengan dasar yang akan menyelamatkan mereka, tetapi apa yang dimusykilkan ialah kerana sementara masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat, masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah kerana menganggap mereka didiskriminasikan. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab.

Tidak dinafikan, beberapa langkah yang diperkenalkan sejurus selepas krisis mata wang Asia untuk menyelamatkan ekonomi nasional kita menampakkan hasil. Namun, dasar-dasar tersebut seharusnya menerima kenyataan bahawa cara terbaik menghadapi arus globalisasi ialah bukan dengan menutup ekonomi kita, tetapi dengan

22

menanganinya secara terbuka dan berhemah. Kita mengorak langkah sejak akhir 70-an kerana kejayaan menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang dan Lembah Klang. Ia telah membantu mencatat pertumbuhan, memberi peluang pekerjaan kepada jumlah yang ramai. Pengalaman tersebut harus mengajar kita untuk yakin dan bijak memilih aspek kesejagatan yang amat diperlukan untuk mengangkat ekonomi supaya lebih terbuka, pantas membangun dan mapan.

Malaysia tersenarai hanya di nombor 6 dari sepuluh negara Asia Tenggara di dalam menarik pelaburan asing tahun lepas, berbanding beberapa tahun lalu di mana kita berada di tempat kedua. Secara keseluruhannya, pelaburan asing ke Asia Selatan, Timur dan Tenggara melonjak ke RM610.5 bilion tahun lepas, meningkat 19% dari 2004. China, Hong Kong dan Singapura merupakan penerima terbesar pelaburan asing pada 2005. Sekali lagi, kita ketinggalan berbanding Indonesia di dalam pelaburan asing buat pertama kali sejak 1990. Aliran wang masuk ke Indonesia meningkat sebanyak 177% ke RM19.46 bilion tahun lepas.

7. Misi Yang Belum Selesai

Tidak dinafikan MEB yang dibentangkan oleh Kerajaan merupakan satu ajenda memantapkan ekonomi negara dalam satu era yang penuh cabaran. Matlamat untuk menjadikan negara yang maju serta berpendapatan tinggi bukan mudah direalisasikan tanpa komitmen semua pihak baik dari pihak kerajaan mahupun swasta. Semua orang tertunggu hasilnya, semua ingin mecapi nikmat pembangunan, semua hendak gaya hidup yang berkualiti, dan semua pasti inginkan kemajuan.

Persoalannya yang berlegar diminda kita ialah apakah perlaksanaannya.mempunyai rentak dan tempo yang sama saperti dirancangkan. Berkemungkinankah berlakunya kepincangan sehingga menjejas pencapaian saperti dijangkakan. Kita tidak mahu berulang lagi isu-isu yang menyebabkan dasar-dasar terdahulu (DEB, DPN) dilihat kurang berkesan. Walaupun selama tiga dekad negara mencapai kemajuan dan rakyat menikmati buah hasilnya, kita berdepan dengan masaalah rasuah, kronisma, penyelewengan dan salah guna kuasa. Walaupun ada sedikit penurunan pada kadar rasuah, fenomena ini masih jadi kudis kepada pembangunan dan melibatkan sejumlah besar wang kerajaan.

Seperkara lagi yang membimbangkan masyarakat ialah bertambahnya penyakit sosial dan kes jenayah. Tiap hari kita disajikan dengan berita penagihan dadah, pembuangan bayi, pencolekan, rogol, merempit, meragut, rompak, pembunuhan dan bermacam kes jenayah. Masaalah pendatang haram masih belum selesai. Walaupun ada usaha untuk menangani gejala ini namun ia masih leluasa. Mengapa berlaku demikian? Adakah ini satu perkara lumrah yang dialami negara yang membangun? Adakah dasar-dasar yang

23

digubal merangkumi pencegahan gejala yang menular ini. Cukup kah program agama dan moral yang dijalankan untuk membendungnya? Adakah dasar pembangunan terdahulu tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi?

Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar, maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis, dan akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh.

Kita tidak ingin melihat MEB terpalit dengan stigma dasar-dasr terdahulu. Kita dahagakan pembangunan supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan yang baik dan pemuliharaan sumber alam. Objektif ini sangat murni – tetapi penekanan terhadap peranan syarikat swasta dalam memacu ekonomi liberal kapitalis ini secara drastik akan meninggalkan kesan ekonomi terhadap penduduk luar bandar dan memungkinkan jurang antara bandar dan luar bandar terus melebar.

MEB itu juga merupakan imbasan kembali kepada konsep pensyarikatan dan penswastaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri , di mana pihak kerajaan akan melepaskan kepentingannya sedikit  demi sedikit dalam sektor perkhidmatan rakyat kepada pihak swasta. Walaupun pihak kerajaan memberikan jaminannya, akan tetapi rekod menunjukkan bahawa berlakunya pelepasan tangggungjawab kerajaan itu telah melahirkan satu monopoli baru sektor perkhidmatan yang akhirnya menekan ekonomi rakyat.

Apa yang diinginkan oleh rakyat bukannya peningkatan angka atau nilai peratusan pendapatan semata-mata, contohnya sasaran bagi meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$15,000 kepada AS$20,000 dalam tempoh 10 tahun;  tetapi yang diinginkan ialah kesan sebenar dari perubahan suasana masyarakat yang lebih kondusif dan selamat dari jenayah, sifar rasuah, akauntabiliti yang nyata serta struktur ekonomi yang lebih adil.

Selain dari itu juga, kita inginkan tindakan yang adil dan saksama tanpa mengambil kira kaum atau fahaman politik. Jangan timbul pengkhianatan terhadap mereka yang berhak kerana ini adalah tanggugjawab kerajaan kepada rakyat. Kita tidak mahu mendengar tuduhan-tuduhan yang bakal dilontar kepada kerajaan menjalankan system “double- standard” mereka yang tidak sealiran dengan pemerintah. Penerusan sikap ini serta

24

tidak menghormati prinsip demokrasi akan menjadi bom jangka yang akan menggagalkan kesejahteraan ekonomi negara dan rakyat jelata.

8. Penutup

Kita dihidangkan kek ekonomi yang besar yang patut sama-sama dinikmati oleh rakyat jelata. Kita tidak mahu ada yang kempunan merasainya. Kita tidak mahu jurang yang besar membezakan yang ada dan tidak berada. Kita juga tidak mahu hidup miskin dalam negara yang kaya. Kita inginkan kemajuan, kemakmuran dan kemakmiran yang diredhai Allah.. Justeru kita ingin pastikan negara maju dengan ekonomi yang “vibrant” serta dinamik. Kemajuan dan kemakmuran akan tercapai jika semua pihak telus memberi komitmen dalam perlaksanaan MEB. Kelemahan dasar-dasar terdahulu harus dihindari sebaik mungkin. Masaalah perlaksanaan perlu ditangani dengan bijaksana bagi mengelak satu “doldrum” dalam pembangunan yang pasti menjejas kesejahteraan rakyat. Dapatkah MEB menjarakkan dari kepincangan ketirisan pembangunan terdahulu? Mampukah ia merrealisasikan transformasi negara di alaf baru ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Bibliografi

1. Abd al Rahman Zaki Ibrahim “ Penunjuk Amalan Ekonomi” Terj. olehMujaini Tarinun, DBP.Kuala Lumpur 1998

25

2. Al Quran da hadith3. Bank Negara Annual Report 20094. Britanica – New Economic Development Policy: Malaysia 20095. Dasar Ekonomi Baru 1971 -19916. Dasar Pembangunan Nasional 19927. Dato Dr Mahani Zainal Abidin “ Driving Towards High Income

Economy” Paper presented at the Conference on Competitiveness : Driving Innovation for Competitiveness Nov 2010.

8. Dato Dr Mahani Zainal Abidin and Prof. Rajah Rasiah “The Global Financial Crisis and The Malaysian Economy” UNDP 2009

9. Donald R Snodgrass “Inequality and Economic Development in Malaysia” 1979 Malaysian Institute of Management (MIM)

10. James B Ang “ Financial Development and Economic Growth in Malaysia” Routlege UK 2008

11. Laporan Ekonomi 2009 EPU12. Lo, Fu-Chen and Byong-Nak Song “ The Saemaul Undong – The

Korean Way of Rural Transformation”. 197213. M. Umer Chapra “Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil” Terj. Oleh

Ismail bin Omar. DBP Kuala Lumpur 199014. Model Ekonomi Baru. 2010 Economic Planning Unit.GOM15. Mahadevan Raduka “ Sustainable Growth and Economic

Development : A Case Study of Malaysia” . Edward Elgar Publishing 2007

16. New World Encyclopedia “ Park Chung He – The New Community Movement”

17. Philip Schellekens “The Winds of Change Are Blowing in Malaysia” blogs worldbank.org 2009

18. Philip Schellekens “What is New in Malaysia’s New Economic Model” blogs worldbank.org 2010

19. Philip Schellkens “ Malaysia Cannot Afford to Go Slow in Structural Reform Implementation” blogs worldbank.org 2030

20. Ramon Navaratnam “ Malaysian Economic Challenges – A Critical Analysis of the Malaysian Economy, Government and Society” Asean Economic Press 2003

21. World Bank - Reports on Malaysia. Article by Dr Hsu Nov 200922. World Bank Report on Malaysia MEM April 2010 “ Growth

Through Innovation”23. World Bank Institute – Country Data Report for Malaysia 1996-

2009

26