dasar pelaksanaan rimup 2008

12
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008 – RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN PENDAHULUAN - KENAPA RIMUP ? KENAPA RIMUP ? PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan persekitaran untuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini, maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah- sekolah telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Pada tahun 1986, Kementerian Pelajaran telah menggerakkan pelaksanaan RIMUP. Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah rendah. Aktivitinya menjurus kepada RIMUP, kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh di semua peringkat, iaitu di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Setiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya. Pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah. Sehubungan itu, Buku Panduan yang digunakan sejak tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Buku panduan yang baharu dinamakan BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP). Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, iaitu Membina Negara Bangsa. Program RIMUP telah diperkemaskan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Melalui pelan induk 1

Upload: fida-su

Post on 01-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

RIMUP

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

Dasar Pelaksanaan Rimup 2008 –

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

PENDAHULUAN - KENAPA RIMUP ?

KENAPA RIMUP ? PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan persekitaran untuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini, maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Pada tahun 1986, Kementerian Pelajaran telah menggerakkan pelaksanaan RIMUP. Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah rendah. Aktivitinya menjurus kepada RIMUP, kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh di semua peringkat, iaitu di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Setiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya. Pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah. Sehubungan itu, Buku Panduan yang digunakan sejak tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Buku panduan yang baharu dinamakan BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP). Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, iaitu Membina Negara Bangsa. Program RIMUP telah diperkemaskan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Melalui pelan induk tersebut telah menggariskan dengan nyata usaha kearah perpaduan melalui Teras Pertamanya iaitu Membina Negara Bangsa. Teras tersebut dengan jelas menekankan aspek memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan, aspek memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, pemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta pemupukan kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Program dan aktiviti integrasi yang dilaksanakan di sekolah lebih terancang dan berfokus. •Melibatkan penubuhan jawatankuasa pelaksana di peringkat KPM, JPN, PPD, PPG dan Sekolah. •Perancangan dan Strategi Pelaksanaan berdasarkan analisis keperluan. •Melibatkan pemantauan dan pelaporan di semua peringkat. Merupakan satu usaha perluasan, pemantapan, dan penambahbaikan program sedia ada. a. Lama : Dilaksanakan secara berkelompok di sekolah rendah sahaja. Baru : Melibatkan semua sekolah, ‘secara berkelompok’ dan ‘peringkat sekolah’ di semua sekolah rendah dan menengah. b. Lama : Tidak semua negeri terlibat. Baru : Melibatkan semua negeri. c. Lama : Pelaksanaan aktiviti di peringkat kokurikulum. Baru : Merentas semua kokurikulum dan kurikulum.

1

Page 2: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

Menjadikan program integrasi di sekolah sebagai satu agenda yang perlu diberi keutamaan. BAB 1 PENGENALAN RIMUP PENGENALAN RIMUP LATAR BELAKANG RIMUP mula diperkenalkan pada tahun 1986 di peringkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja. DASAR KPM Hubungan rapat terjalin antara murid. Wujud persefahaman dan perpaduan. Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum. KAEDAH Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra secara SEDAR dan TERANCANG. Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam masyarakat.

KONSEP RIMUP KONSEP RIMUP Melibatkan masyarakat dan warga sekolah antaranya: Dua agensi utama menjayakan RIMUP, iaitu: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Penerangan dan beberapa kementerian lain serta wakil-wakil rakyat. Badan-badan Bukan Kerajaan termasuk: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Masyarakat Setempat Guru Murid-murid

KEMUDAHAN DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA MATLAMAT KONSEP RIMUP MELAHIRKAN GENERASI MALAYSIA: BERILMU PENGETAHUAN BERJIWA DAN BERPERIBADI UNGGUL SEMANGAT MUHIBAH MAMPU MENGHADAPI CABARAN SECARA KOLEKTIF DAN BERSEPADU

OBJEKTIF RANCANGAN KONSEP RIMUP PENYERTAAN AKTIVITI RIMUP MELIBATKAN: MASYARAKAT SETEMPAT, PARA GURU, MURID DAN WARGA SEKOLAH SECARA SEDAR DAN TERANCANG, KESEFAHAMAN DAN TOLERANSI, SERTA BERKONGSI KEMUDAHAN DAN KEPAKARAN. KEGIATAN KHAS KONSEP RIMUP (6 Kumpulan Pendekatan) AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK AKTIVITI KESUKANAN DAN PERMAINAN AKTIVITI KOKURIKULUM AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT AKTIVITI MENINGKATKAN PATRIOTISME AKTIVITI VIRTUAL MELALUI e-INTEGRASI JAWATANKUASA KONSEP RIMUP RIMUP PERINGKAT KEBANGSAAN SEKRETARIAT TETAP PERINGKAT NEGERI PERINGKAT DAERAH PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH RENDAH KELOMPOK A : SK, SJK(C) & SJK(T) B : SK & SJK(C) C : SK & SJK(T) D : SJK(C) & SJK(T) PERINGKAT SEKOLAH RENDAH Sekiranya tidak terdapat sekolah kelompok, sekolah perlu mengadakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri.

PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH MENENGAH KELOMPOK A : SEKURANG-KURANGNYA 2 SMK B : SEKURANG-KURANGNYA 2 SMK TERMASUK SMJK/SMT/SMA/SBP PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH Sekiranya tidak terdapat sekolah kelompok, sekolah perlu mengadakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri.

2

Page 3: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

PELAN PELAKSANAAN RIMUP DAN e-INTEGRASI Bagi mencapai hasrat perpaduan yang mantap dalam kalangan murid pelbagai kaum, Kementerian Pelajaran telah menetapkan agar pelaksanaan RIMUP dan e-Integrasi menjadi salah satu daripada agenda utama dalam RMK- 9. Kementerian Pelajaran mensasarkan agar tempoh tersebut, murid sekolah rendah yang pelbagai aliran ( SK, SJK(C) dan SJK(T) ) boleh berinteraksi dan bersama-sama mengikuti program yang terancang melalui RIMUP dan e- Integrasi.

BATASAN DAN KUASA AJK RIMUP TIDAK BOLEH MENYENTUH ASPEK AGAMA DAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEPUTUSAN AJK MESTILAH DIPERSETUJUI BERSAMA-SAMA UNTUK SETIAP TINDAKAN SEMANGAT KERJASAMA, MUHIBAH, TOLERANSI DAN KESEFAHAMAN MENJADI TERAS UTAMA PELAKSANAAN PROGRAM BAHASA BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR BAHASA INGGERIS DAN BAHASA IBUNDA MENGIKUT KEPERLUAN

NORMA KHAS PERUNTUKAN KEWANGAN Peruntukan bagi melaksanakan program RIMUP dibuat secara pukal mengikut sekolah. Peruntukan yang diberi adalah di bawah Dasar Baru dan dalam bentuk Geran Tahunan. Bagi pelaksanaan RIMUP secara kelompok, sekolah- sekolah yang terlibat dalam kelompok berkenaan perlu berbincang melalui Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kelompok dan memutuskan jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat oleh sekolah masing-masing dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti. Bagi sekolah yang melaksanakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri, keputusan perbelanjaannya perlu dibuat oleh Jawatankuasa RIMUP Peringkat Sekolah berkenaan. Maka peruntukan secara pukal diberikan kepada sekolah, iaitu: A. RM 2,000 bagi setiap sekolah rendah dalam kelompok A dan setiap sekolah menengah. B. RM 1,500 bagi setiap sekolah rendah yang berada dalam kelompok B, C dan D serta sekolah yang melaksanakan RIMUP dalam konteksnya sendiri. C. RM 500 bagi Sekolah Kurang Murid (SKM yang kurang daripada 50 orang murid) yang melaksanakan RIMUP dalam konteks sekolahnya sendiri.`

PELAKSANAAN RIMUP PERINGKAT KELOMPOK DAN SEKOLAH Pendahuluan Satu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan di peringkat Kelompok dan Sekolah. Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada: 1. Pengerusi 1. Penolong Setiausaha 2. Naib Pengerusi I 2. Bendahari 3. Naib Pengerusi II 3. Ahli Jawatankuasa tidak melebihi 24 orang 4. Setiausaha 4. 2 orang Pemeriksa Kira-Kira

JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN PERINGKAT KELOMPOK

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Pengerusi : Guru Besar/Pengetua Naib Pengerusi I : Guru Besar/Pengetua Naib Pengerusi II : Guru Besar/Pengetua Setiausaha : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid* Pen. Setiausaha : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3

Page 4: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

Bendahari : Guru Ahli Jawatankuasa 1. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 3. Guru Penolong Kanan Akademik 4. Seorang Wakil Guru dari setiap sekolah 5. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 6. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah (jika ada) 7. Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan 8. Ketua-ketua Kaum Setempat 9. Penghulu/Ketua Kampung 10. Agensi lain/NGO/Orang Perseorangan 11. Alumni setiap sekolah

JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN PERINGKAT SEKOLAH ( KELOMPOK SENDIRI ) Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Pengerusi : Guru Besar/Pengetua Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pen. Setiausaha : Setiausaha Sukan Bendahari : Guru Ahli Jawatankuasa 1. Guru Penolong Kanan Akademik 2. Penyelia Petang (jika ada) 3. Ketua Bidang/Ketua Panitia 4. Guru Disiplin 5. Guru Bimbingan dan Kaunseling 6. Ketua Warden (jika ada asrama) 7. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 8. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah (jika ada) 9. Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan 10. Wakil ibu bapa bagi setiap kaum 11. Penghulu/Ketua Kampung 12. Agensi lain/NGO/Orang Perseorangan 13. Alumni

PERBEZAAN ANTARA SEKOLAH KELOMPOK DAN SEKOLAH SENDIRI JAWATANKUASA KELOMPOK JAWATANKUASA SEKOLAH SENDIRI Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Pengerusi : Guru Besar/Pengetua Pengerusi : Guru Besar/Pengetua Naib Pengerusi I : Guru Besar/Pengetua Naib Pengerusi : GPK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi II : Guru Besar/Pengetua Setiausaha : GPK Kokurikulum Setiausaha : GPK Hal Ehwal Murid* Pen. Setiausaha : Setiausaha Sukan Pen. Setiausaha : GPK Hal Ehwal Murid Bendahari : Guru Bendahari : Guru Ahli Jawatankuasa KELOMPOK SEKOLAH SENDIRI 3. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 3. Guru Penolong Kanan Akademik 4. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 4. Penyelia Petang (jika ada) 5. Guru Penolong Kanan Akademik 5. Ketua Bidang/Ketua Panitia 6. Seorang Wakil Guru dari setiap sekolah 6. Guru Disiplin 7. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 7. Guru Bimbingan dan Kaunseling 8. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah (jika ada) 8. Ketua Warden (jika ada asrama) 9. Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan 9. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 10. Ketua-ketua Kaum Setempat 10. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah (jika ada) 11. Penghulu/Ketua Kampung 11. Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan 12. Agensi lain/NGO/Orang Perseorangan 12. Wakil ibu bapa bagi setiap kaum 13. Alumni setiap

4

Page 5: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

sekolah 13. Penghulu/Ketua Kampung 14. Agensi lain/NGO/Orang Perseorangan 15. Alumni PENGERUSI ( KELOMPOK ) • Hendaklah dipilih daripada salah seorang Guru Besar atau Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat. • Jawatan ini akan dipegang bagi tempoh satu tahun persekolahan dan selepas itu akan diambil alih oleh Guru Besar atau Pengetua yang lain. NAIB PENGERUSI I & II ( KELOMPOK ) • Dipilih daripada Guru Besar atau Pengetua sekolah lain dalam kelompok tersebut. • Pelantikan adalah bagi tempoh satu tahun persekolahan. SETIAUSAHA ( KELOMPOK ) • Dilantik daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah yang Guru Besar atau Pengetuanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kelompok. • Tempoh pelantikan ialah satu tahun persekolahan. PENOLONG SETIAUSAHA ( KELOMPOK ) • Hendaklah dipilih daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang menjadi Ahli Jawatankuasa kelompok. BENDAHARI ( KELOMPOK ) • Dipilih dalam kalangan guru yang menjadi Ahli Jawatankuasa kelompok. PEMERIKSA KIRA-KIRA ( KELOMPOK ) • Dipilih daripada Ahli Jawatankuasa kelompok.

Tugas-tugas Jawatankuasa RIMUP 1. Merancang, mengatur, melaksana, dan memantau kegiatan- kegiatan khas yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa. 2. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa RIMUP ( kelompok dan sekolah sendiri ) tidak kurang daripada dua kali setahun. ( ”Adakan Pre-Council dahulu ) 3. Pengerusi Jawatankuasa RIMUP boleh memanggil AJK pada bila- bila masa untuk bermesyuarat dengan syarat notis dikeluarkan tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat. 4. Pengerusi hendaklah memaklumkan kepada PPD selaku penasihat tentang tarikh dan perjalanan mesyuarat. Tugas-Tugas Khas Mengikut Jawatan Pengerusi • Mempengerusikan semua mesyuarat. • Bertanggungjawab sepenuhnya atas perjalanan semua mesyuarat. Naib Pengerusi I • Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. Naib Pengerusi II • Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi I. (Catatan : Jika Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi tidak hadir, jawatankuasa boleh melantik salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.)

Setiausaha • Mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan hal surat-menyurat dan pentadbiran serta membentangkan laporan tahunan. • Menyediakan laporan aktiviti dua kali setahun untuk rujukan dan tindakan PPD/PPB. Penolong Setiausaha • Membantu setiausaha dalam semua urusan RIMUP • Menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha. Bendahari • Bertanggungjawab dalam semua hal kewangan RIMUP • Menyimpan rekod-rekod kewangan • Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk diaudit

5

Page 6: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

Tempat Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa kelompok RIMUP hendaklah diadakan di sekolah yang Guru Besar atau Pengetuanya telah dipilih sebagai Pengerusi ataupun salah sebuah sekolah lain yang dipersetujui Korum Mesyuarat Korum mesyuarat mestilah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa. Korum ini hendaklah dihadiri oleh ahli jawatankuasa daripada semua jenis sekolah yang berkenaan.

PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI RIMUP PANDUAN AM Mencapai matlamat perpaduan antara kaum. Aktiviti hendaklah dijalankan di luar waktu sekolah berpandukan 5 modul RIMUP. Mesti melibatkan semua kaum, semua jenis sekolah dalam setiap kali aktiviti diadakan. Aktiviti dipersetujui bersama-sama. Pemilihan aktiviti tertakluk kepada kemudahan dan kemampuan. Peraturan aktiviti diterangkan terlebih dahulu. Ibu bapa dan masyarakat setempat perlu dilibatkan dalam aktiviti RIMUP.

KEGIATAN KHAS . PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 1. Seminar Menghadapi Peperiksaan 2. Karnival Sains dan Matematik 3. Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 4. Jejak Sejarah 5. Debat Perpaduan 6. Kuiz Bina Bangsa 7. Sayembara Perpaduan 8. Pertandingan Menulis Cerpen Perpaduan 9. Pertandingan Fotografi Perpaduan

SUKAN DAN PERMAINAN 3.Permainan Tradisional 4.Sukaneka / Sukan Rakyat 5.Mencari Harta Karun AKTIVITI KOKURIKULUM 3.Kebudayaan 4.Sambutan dan Perayaan 5.Perkhemahan dan Lawatan KHIDMAT MASYARAKAT 1. Gotong-royong 2. Melawat Rumah Orang-orang Tua/Anak Yatim 3. Bantuan Bencana Alam 4. Program ala “Bersamamu” 5. Projek Community Chest (projek khas untuk golongan istimewa) MENINGKATKAN PATRIOTISME 1. Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan Hari Kebangsaan 2. Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara 3. Kelab Rukun Negara 4. Kempen Kibar Jalur Gemilang e-INTEGRASI 1. satu sistem interaktif virtual dan fizikal berasaskan tema-tema perpaduan. 2. ICT digunakan secara kreatif dan inovatif 3. mewujudkan minda secara virtual dengan menggunakan ICT KPM telah memutuskan bahawa pada tahun 2007 sejumlah 352 buah sekolah rendah akan memulakan pelaksanaan program e-Integrasi di Semenanjung sahaja. Jadual 3.1 Proses Kerja dan Tindakan BIL PROSES KERJA TINDAKAN 1 Memberi penerangan / taklimat kepada pegawai-pegawai dari Sektor Hal Ehwal Murid, Bahagian Jabatan Pelajaran Negeri tentang konsep RIMUP Sekolah 2 Memberi penerangan / taklimat kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar tentang konsep RIMUP 3 Menerima Garis Panduan RIMUP Semua Guru Besar dan Pengetua 4 Memberi penerangan kepada semua guru tentang Semua Guru Besar dan Pengetua 1. Konsep dan matlamat RIMUP . 2. Kegiatan Khas yang dicadangkan ( FEBRUARI ) 3. Perancangan dan pelaksanaan 4. Penyeliaan rancangan 5. Pelaporan rancangan 5 Memberi penerangan kepada murid-murid tentang RIMUP Semua Guru Besar dan 1. Konsep dan Matlamat

6

Page 7: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

Pengetua 2. Kegiatan Khas yang dicadangkan 3. Perancangan dan pelaksanaan 4. Penyeliaan rancangan ( FEBRUARI ) 5. Pelaporan rancangan 6 Memberi penerangan kepada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan Masyarakat Semua Guru Besar dan setempat tentang RIMUP Pengetua 1.Konsep dan Matlamat 2. Jenis-jenis kegiatan khas yang dicadangkan 3. Perancangan dan Pelaksanaan Kegiatan Khas RIMUP 4. Penyeliaan rancangan ( FEBRUARI ) 5. Pelaporan rancangan BIL PROSES KERJA TINDAKAN 7 1. Mengadakan mesyuarat antara sekolah yang terlibat. 2. Guru-Guru Besar, Pengetua, Menubuhkan Jawatankuasa RIMUP. PIBG, Lembaga Pengurus 3. Mengenal pasti kemudahan yang ada dan jenis aktiviti yang Sekolah, Guru-guru Penolong sesuai untuk dijalankan bersama-sama Kanan Kokurikulum dan Guru- 4. Mengenal pasti tenaga pengajar/ pakar yang ada. Guru dari Sekolah-sekolah 5. Cara melaksanakan aktiviti. yang terlibat 8 Penyeliaan aktiviti Semua Guru Besar dan Pengetua 9 Pemantauan aktiviti JPN, PPD, PPB 10 Post-mortem JPN, PPD, PPB, Guru Besar dan Pengetua 11 Menyediakan laporan program RIMUP 1. Penggal Setiausaha 2. Tahunan 3. Laporan Kewangan 12 Menyampaikan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pengerusi , Setiausaha dan kepada pihak-pihak yang berkenaan Bendahari Pemantauan dan Pelaporan RIMUP Aspek penting menentukan keberkesanan. Penting untuk memastikan perancangan dan matlamat tercapai. Pemantauan Pihak yang bertanggungjawab 1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM 2. Unit Hal Ehwal Murid JPN 3. PPD/PPB/PPG 4. Jemaah Nazir KPM / Negeri * Rujuk lampiran Instrumen Pemantauan Baru Penilaian Penilaian berdasarkan 1.Pengurusan 2.Pelaksanaan 3.Keberkesanan 4.Penilaian khas 5.Inovasi Pelaporan 1. Sekali setahun 2. Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kelompok dan Sekolah: bertanggungjawab menyediakan laporan bagi setiap program Kesimpulan Aktiviti RIMUP dirancang dan dilaksanakan mengikut perancangan Jawatankuasa ditubuhkan secara formal dan berfokus Borang-borang khusus yang digunakan: i. Perancangan ii. Pelaporan iii. Pemantauan iv. Penilaian

7

Page 8: Dasar Pelaksanaan Rimup 2008

Pengenalan Adat Resam Kaum- Kaum Di Malaysia

Majlis kunjung mengunjungi di rumah terbuka ketika perayaan-perayaan utama menjadi amalan nilai-nilai murni rakyat MalaysiaPengenalan Adat Resam Kaum - Kaum Di Malaysia

• Pengertian Adat Resam• Adat Resam Melayu• Adat Resam Cina• Adat Resam India• Adat Resam Iban di Sarawak• Adat Resam Kadazandusun di Sabah

1. Adat resam adalah segala macam perbuatan yang sentiasa dilakukan pada setiap hari ataupun mengikut musim, pertukaran bulan mahupun tahun. Banyak kebiasaan ini merupakan cara harian kita seperti berpakaian, cara makan dan minum, jadual harian dari pagi hingga petang, cara bertemu dan bergaul dengan rakan-rakan dan kenalan ataupun cara menyapa seseorang tetamu.

Sebahagian lagi, adat resam itu merupakan upacara- upacara dalam pusingan kehidupan seseorang manusia misalnya adat kelahiran, adat berkhatan (untuk orang Islam), adat perkahwinan, adat kematian dan adat memperingati kematian pada setiap tahun.

Sebahagian yang lain, adat resam merupakan upacara- upacara dalam kalendar kehidupan sepanjang tahun. Misalnya, adat berkaitan pertanian dari menanam hingga menuai padi, upacara puja pantai bagi para nelayan. Ada juga adat yang merupakan perayaan tahunan seperti menyambut Tahun Baru Cina atau Kristian, perayaan Hari Raya Puasa Islam, perayaan Thaipusam dan Deepavali Tamil atau perayaan Gawai Iban dan Keamatan Kadazandusun. Adat resam adalah pancaran budi bahasa.

Catatan ini hanya ringkasan umum bagi lima kaum utama diMalaysia sebagai gambaran tentang adat resam mereka.

8