laporan rimup

6
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011 MELAKA Tarikh : 08 November 2011 (Selasa) Masa : 8.00 hingga 10.00 malam Tempat : Melaka Matlamat : Melahirkan serta mendorong murid-murid menanam sikap perpaduan dan bekerjasama di antara satu sama lain yang berbilang kaum dan berlainan agama. Peserta : Seramai 9 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki daripada tahun 5( rujuk pada lampiran) Penglibatan : Guru-guru RIMUP dan murid-murid dari: i. SK Taman Mutiara Rini ii. SK Taman Mutiara Rini 2 iii. SJK (C) Ping Ming iv. SJK (T) Ladang Rini Guru Pengiring : 1. Cik Nurul A’in Amylia Binti Ahmad 2. En. Mohd Alias Bin Samad

Upload: amyliahmad

Post on 26-Jul-2015

1.139 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN RIMUP

LAPORANLAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011

MELAKA

Tarikh : 08 November 2011 (Selasa)

Masa : 8.00 hingga 10.00 malam

Tempat : Melaka

Matlamat : Melahirkan serta mendorong murid-murid menanam sikap perpaduan dan bekerjasama di antara satu sama lain yang berbilang kaum dan berlainan agama.

Peserta : Seramai 9 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki daripada tahun 5( rujuk pada lampiran)

Penglibatan : Guru-guru RIMUP dan murid-murid dari:i. SK Taman Mutiara Rini

ii. SK Taman Mutiara Rini 2iii. SJK (C) Ping Mingiv. SJK (T) Ladang Rini

Guru Pengiring : 1. Cik Nurul A’in Amylia Binti Ahmad

2. En. Mohd Alias Bin Samad

Page 2: LAPORAN RIMUP

Pada 8 November 2011 , program lawatan sambil belajar RIMUP anjuran Kementerian Pelajaran

Malaysia telah diadakan di Melaka. Program ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan dan

kerjasama sesama murid-murid yang berbilang kaum dan berlainan agama. Untuk mencapai objektif

program tersebut, 4 buah sekolah telah terlibat yang terdiri daripada 2 buah sekolah kebangsaan (SK)

dan selebihnya sekolah jenis kebangsaan (SJK). Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Taman Mutiara

Rini, SK Taman Mutiara Rini 2, SJK(C) Ping Ming dan SJK(T) Ladang Rini. Di samping memupuk

nilai perpaduan, lawatan ini juga bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid

terutamanya tentang sejarah awal Melaka.

Program lawatan sambil belajar RIMUP di Melaka berjalan dengan lancar sepertimana yang

dirancang dengan adanya komitmen yang tidak berbelah-bagi oleh guru-guru yang merangkap AJK

pelaksana. Selaras dengan tentatif program, murid-murid yang terlibat berkumpul di Taman Mutiara

Rini 2 dan diberi taklimat ringkas tentang lawatan tersebut.

Pada jam 8.30 pagi, murid-murid bergerak ke Melaka dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan dan

tiba pada 12.30 tengahari seperti yang dijadualkan. Destinasi pertama yang dilawati ialah Melaka

River Cruise. Di sini, murid-murid berpeluang menaiki bot serta dapat melihat bangunan-bangunan

lama di sepanjang sungai Melaka. Setelah sampai di Bandar Melaka, murid-murid bergerak melawat

muzium-muzium yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Antaranya ialah Muzium Istana

Kesultanan Melaka, Muzium Sejarah dan Ethnografi dan Galeri Laksamana Cheng Ho. Di samping

muzium, murid-murid turut melawat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A-Famosa dan

bangunan Stadhuys.

Aktiviti yang paling menarik ialah lawatan ke Zoo Melaka juga merupakan destinasi terakhir lawatan

mereka di Melaka. Di zoo tersebut, murid-murid dapat melihat pelbagai spesies binatang antaranya

badak sumbu, zirafah dan monyet. Persahabatan antara murid-murid berlainan bangsa dapat terjalin

apabila mereka berkongsi kegembiraan melihat gelagat binatang-binatang di sana.

Pada jam tepat 6.00 petang, murid-murid bergerak menuju pulang ke SK Taman Mutiara Rini 2.

Murid-murid juga sempat menunaikan solat Maghrib dan makan malam di Pagoh. Kira-kira jam

10.00 malam, murid-murid selamat tiba di SK Taman Mutiara Rini 2 dan dibenarkan pulang bersama

ibu bapa dan penjaga mereka.

Program lawatan sambil belajar RIMUP ini telah berjalan dengan jayanya. Diharapkan segala ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama warga SK Taman Mutiara Rini

disamping dapat menjadikan mereka seorang insan yang prihatin dan bertolak ansur sesama rakan-

Page 3: LAPORAN RIMUP

rakan yang berlainan bangsa dan juga agama. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada

masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh,

(NURUL A’IN AMYLIA AHMAD)

Guru Pengiring lawatan RIMUP

Disahkan oleh,

(HAPISAH BINTI ABD. MAJID)Guru BesarSK Taman Mutiara Rini

Page 4: LAPORAN RIMUP

AKTIVITI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011

(MELAKA)

Page 5: LAPORAN RIMUP