dasar jkr 29201-0009-18 penyelidikan dan inovasi...

16
PENYELIDIKAN DAN INOVASI DASAR JABATAN KERJA RAYA M A L A Y S I A JKR 29201-0009-18 PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR

Upload: others

Post on 11-Oct-2019

31 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

PENYELIDIKAN DAN INOVASIDASARJ A B ATA N K E R J A R AYA M A L A Y S I A

JKR 29201-0009-18

PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN

DAN TEKNOLOGI JKR

Page 2: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Hakmilik © JKR Malaysia 2018

DASAR PENYELIDIKAN

DAN INOVASI

JKR MALAYSIA

2018

PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN

TEKNOLOGI JKR

(CREaTE)

Page 3: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 1

KANDUNGAN

DAFTAR KATA TAKRIFAN .................................................................................................. 2

SINGKATAN.......................................................................................................................... 4

1. PENDAHULUAN .................................................................................................................... 5

2. OBJEKTIF.............................................................................................................................. 5

3. SKOP ................................................................................................................................... 6

4. TANGGUNGJAWAB .............................................................................................................. 6

5. DOKUMEN RUJUKAN ........................................................................................................... 7

6. PENYATAAN DASAR DAN PENJELASAN ................................................................................. 7

6.1. Keperluan untuk Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan .................................. 7

6.2. Strategi Pelaksanaan Dasar Penyelidikan dan Inovasi .................................................... 8

6.3. Hasil Penyelidikan dan Petunjuk Prestasi..................................................................... 10

6.4. Etika Penyelidikan ...................................................................................................... 11

6.5. Hak Harta Intelek ........................................................................................................ 11

6.6. Pembangunan Bidang Penyelidikan dan Inovasi .......................................................... 11

6.7. Pengurusan Penyelidikan JKR ...................................................................................... 11

6.8. Institut Kepakaran Penyelidikan .................................................................................. 12

7. EDISI/VERSI ....................................................................................................................... 12

Page 4: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 2

DAFTAR KATA TAKRIFAN

Terma dan Definisi

(a) Harta Intelek bermaksud apa-apa karya, ciptaan, rekaan dan maklumat sulit

termasuk rahsia perdagangan yang dilindungi oleh undang-undang negara

Malaysia yang merangkumi penemuan yang boleh dipatenkan, hakcipta,

rekabentuk, dan cap dagangan.

(b) Hibrid bermaksud integrasi atau penyatuan.

(c) Inovasi bermaksud suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan

produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada

pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang memberi manfaat

nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai

inovasi

(d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia.

(e) Kreativiti bermaksud kebolehupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baharu serta unik dalam menyelesaikan masalah dan

menambah baik penyampaian perkhidmatan Jabatan. Idea dan insiatif bitara ini

akan diterjemahkan melalui kemahiran imaginasi, keupayaan berfikir secara kritis

dan analitikal untuk dimanfaatkan kepada Jabatan dan Kerajaan.

(f) Pengkomersialan bermaksud aktiviti penjanaan pendapatan melalui idea yang

dihasilkan dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses, teknologi dan sistem

organisasi yang dipasarkan dengan kaedah penjualan, pelesenan, penyerahan

hak, pengembangan (spin-off), pengilangan, usaha sama dan/atau francais.

(g) Penyelidik bermaksud staf JKR dan rakan kolaborasi yang menjalankan

penyelidikan.

(h) Penyelidikan bermaksud satu aktiviti penyiasatan yang dijalankan secara

sistematik untuk mendapatkan fakta dan mengumpulkan maklumat sesuatu

Page 5: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 3

subjek untuk tujuan pengembangan ilmu pengetahuan atau penemuan ilmu

baharu. Penyelidikan merangkumi aktiviti merangka metodologi yang sistematik,

analisa data secara tepat dan berintegriti, dan komitmen terhadap penerbitan hasil

dapatan penyelidikan.

(i) Perundingan bermaksud satu aktiviti yang melibatkan seorang atau sekumpulan

orang untuk memberikan khidmat kepakaran atau kemahiran kepada pihak yang

memerlukan, samada dengan mendapat bayaran atau tanpa bayaran.

(j) Revolusi Industri 4.0 bermaksud satu perubahan teknologi automasi yang

berkonsepkan Cyber Physical Systems, Artificial Intelligence (AI), dan Internet of

Things (IoT) seiring dengan transformasi digital.

(k) Staf bermaksud mana-mana individu yang berkhidmat di dalam kumpulan

Pengurusan dan Profesional, dan pelaksana.

Page 6: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 4

SINGKATAN

BIPPK Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan

BOS Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru

CREaTE Centre of Excellence for Engineering and Technology JKR atau Pusat

Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR

CTI-PCI Cepat, Tepat, Integriti – Productivity, Creativity and Innovation

JKI Jawatankuasa Kerja Inovasi

JKPP Jawatankuasa Kelulusan Projek Penyelidikan

JKR Jabatan Kerja Raya Malaysia

JPI Jawatankuasa Pemandu Inovasi

JTKP Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Projek Penyelidikan

KIK Kumpulan Inovatif dan Kreatif

KPPiC/B/N Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan / Bahagian / Negeri

MCY Malaysian Commercialisation Year

MOSTI Ministry of Science, Technology and Innovation atau Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi

Page 7: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 5

1. PENDAHULUAN

Dasar Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) merupakan

satu dokumen rangka kerja untuk pembangunan penyelidikan yang berinovatif

dan inovasi di JKR dalam usaha untuk menjadi peneraju penyelidikan dan inovasi

yang bertaraf dunia di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dokumen Dasar

Penyelidikan dan Inovasi ini menjelaskan halatuju, prinsip dan strategi

pelaksanaan projek penyelidikan yang seragam dan usaha-usaha inovasi yang

kreatif dan dinamik untuk dijadikan panduan warga JKR.

JKR komited dalam menyokong semua aktiviti penyelidikan, pembangunan

kejuruteraan dan teknologi (selepas daripada ini dipanggil penyelidikan dan

pembangunan) untuk kesejahteraan rakyat dan negara serta peningkatan kualiti

kehidupan melalui penemuan, perkongsian dan aplikasi hasil penyelidikan selaras

dengan visi dan misi, serta kerangka strategik JKR.

Selaras dengan perkembangan semasa perkhidmatan awam, inovasi yang

dihasilkan oleh JKR hendaklah berkonsepkan Cepat, Tepat, Integriti –Productivity,

Creativity and Innovation (CTI–PCI). Di samping itu, ianya hendaklah menyokong

Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy (BOS), prinsip Inovasi Nilai (Value

Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA), berfokuskan

kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang

memenuhi aspirasi dan harapan jabatan yang berimpak tinggi selaras dengan

konsep Horizon Baharu Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dan Revolusi Industri

4.0 (IR 4.0).

2. OBJEKTIF

Tujuan utama Dasar Penyelidikan dan Inovasi ini disediakan adalah untuk menjadi

garis panduan kepada JKR, dan staf yang mengurus dan melaksanakan program

dan aktiviti penyelidikan, rekacipta dan pembangunan yang berinovatif dan kreatif.

Dasar ini juga menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam

melaksanakan dan membudayakan penyelidikan dan pembangunan, serta inovasi

Page 8: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 6

di JKR. Selaras dengan itu, objektif Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR adalah

untuk:

i) Memacu JKR untuk menjadi sebuah institusi bertaraf dunia dalam

penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan, dan inovasi melalui

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE);

ii) Membudaya penyelidikan yang berinovatif dan kreatif ke arah

organisasi yang inovatif sebagaimana yang digariskan di dalam

kerangka strategik JKR;

iii) Mempertingkat penyelidikan kolaboratif antara disiplin dan pelbagai

bidang kejuruteraan di dalam dan luar negara;

iv) Mempergiat jalinan kolaboratif dengan institusi pengajian tinggi, agensi

kerajaan, dan industri; dan

v) Mengadaptasi dan memanfaatkan keberhasilan inovasi penciptaan dan

penambahbaikan berteraskan teknologi yang berpotensi dan aplikasi

kejuruteraan.

3. SKOP

Dasar ini merangkumi semua proses yang berkaitan dengan perlaksanaan dan

pengurusan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan jabatan.

4. TANGGUNGJAWAB

Pengarah Kanan, dan Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan

Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan

Teknologi JKR (CREaTE) bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Kerja Raya

dalam memastikan dasar ini dipatuhi dan dilaksanakan.

Page 9: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 7

5. DOKUMEN RUJUKAN

Dokumen berikut hendaklah dibaca bersekali dengan dasar ini tetapi tidak terhad

kepada:

(a) Pelan Strategik JKR yang terkini;

(b) Manual for Carrying out Research Works in JKR;

(c) Research Integrity and Governance Code of Practice;

(d) Procedures for Dealing with Allegations of Misconduct in Research;

(e) Intellectual Property Commercialisation Policy for Research &

Development (R&D) Projects Funded by The Government of

Malaysia, MOSTI yang terkini; dan

(f) Undang-undang, Akta, pekeliling, arahan dan peraturan lain terkini

yang berkuatkuasa.

6. PENYATAAN DASAR DAN PENJELASAN

JKR perlu menjalankan usaha dan mengambil pendekatan yang komprehensif

untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga

JKR untuk kesejahteraan rakyat dan negara serta peningkatan kualiti kehidupan.

Ini selaras dengan aspirasi JKR dan visi CREaTE untuk menjadi sebuah institusi

yang bertaraf dunia dalam penyelidikan dan pembangunan; inovasi, penerbitan

dan pemberi perkhidmatan perundingan kejuruteraan.

6.1. Keperluan untuk Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan

Demi usaha untuk mencapai visi CREaTE bagi menjadi institusi bertaraf dunia

dalam penyelidikan dan pembangunan, JKR akan mengambil langkah-langkah

berikut:

i) Menggalakkan warga JKR untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan

penerbitan hasil penyelidikan mereka;

ii) Semua penyelidik layak memohon dana penyelidikan untuk membiaya

aktiviti penyelidikan mereka;

Page 10: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 8

iii) Menjalankan penyelidikan sebagai satu keperluan bagi mencari

penyelesaian kepada isu jabatan dan negara, dan peningkatan ilmu

dan kepakaran warga JKR;

iv) Menjalankan penyelidikan yang kreatif dan berinovatif yang berimpak

tinggi kepada negara;

v) Cawangan-cawangan mengemukakan isu-isu teknikal dan

kejuruteraan kepada CREaTE untuk tujuan kajian/penyelidikan;

vi) Memantau secara berterusan petunjuk prestasi projek penyelidikan;

vii) Semua ketua jabatan perlu menyokong staf mereka yang berpotensi

dan menunjukkan kecenderungan untuk melaksanakan aktiviti

penyelidikan; dan

viii) Mana-mana staf yang berhasrat untuk menjalankan penyelidikan,

hendaklah melaksanakannya secara sepenuh masa dan ditempatkan

secara hakiki di CREaTE.

6.2. Strategi Pelaksanaan Dasar Penyelidikan dan Inovasi

Strategi yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i) Menyediakan persekitaran penyelidikan yang kondusif;

ii) Membudaya dan meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan staf

jabatan;

iii) Menggalakkan penyelidikan dan inovasi horizon baru yang merentas

disiplin;

iv) Menyediakan dan menyenggara infrastruktur dan kemudahan asas

bagi penyelidikan;

v) Berusaha menyediakan sumber manusia yang mencukupi dan terlatih

untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan memberikan penekanan

kepada penggunaan sumber secara optimum;

vi) Menggalakkan penyelidikan secara dalaman;

vii) Memperkasa dan memperluas pembangunan penyelidikan dan inovasi

di peringkat jabatan;

Page 11: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 9

viii) Menggalakkan aktiviti kolaboratif atau jaringan kerjasama dengan

Institusi Pengajian Tinggi, agensi kerajaan lain, dan/atau industri, di

dalam dan luar negara, untuk tujuan penyelidikan dan inovasi;

ix) Mengenalpasti dan menyokong perkembangan kepakaran dalam niche

area dan penerokaan bidang kepakaran baharu untuk dijadikan

kekuatan bidang kepakaran bagi JKR;

x) Berusaha mempelawa penyelidik yang dikenali dan berwibawa di

peringkat nasional dan antarabangsa untuk menjalankan penyelidikan

di CREaTE;

xi) Menubuhkan institut kepakaran penyelidikan sebagai peneraju

sesuatu niche area, dan memastikan keahlian pegawai dan

kakitangan di dalam institut kepakaran penyelidikan tersebut;

xii) Merancang strategi untuk memastikan peningkatan bilangan

penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi;

xiii) Membangunkan kolaboratif global yang dapat memanfaatkan

pengetahuan baharu dan teknologi terkini;

xiv) Memanfaat dan mengadaptasi teknologi/kombinasi teknologi di

bawah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) di dalam aktiviti penyelidikan dan

pembangunan kejuruteraan, dan inovasi;

xv) Merancang dan melaksanakan sistem penganugerahan untuk

menggalakkan kecemerlangan di dalam penyelidikan dan

pembangunan kejuruteraan, dan inovasi;

xvi) Menyediakan platform bagi perkongsian penemuan atau dapatan

penyelidikan oleh penyelidik dalam jabatan dan yang dilaksanakan

secara kolaboratif;

xvii) Mengadakan bengkel/seminar/persidangan bertujuan memberi

pendedahan kepada staf JKR berkaitan penyelidikan dan

pembangunan kejuruteraan; dan

xviii) Pengadaptasian dan pengkomersialan hasil penyelidikan dan inovasi

jabatan.

Page 12: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 10

6.3. Hasil Penyelidikan dan Petunjuk Prestasi

Hasil penyelidikan dan petunjuk prestasi adalah seperti berikut:

i) Bilangan pakar yang diiktiraf di dalam pelbagai bidang kejuruteraan di

dalam JKR;

ii) Penerbitan dalam bentuk jurnal, buku karya asli, bab dalam buku, dan

prosiding;

iii) Kertas kerja atau kertas pembentangan dalam persidangan, seminar

dan bengkel di peringkat jabatan, nasional dan antarabangsa;

iv) Laporan penyelidikan yang menyumbang kepada penambahbaikan

sistem penyampaian jabatan, atau strategi jabatan, atau polisi

kerajaan;

v) Pengiktirafan, di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, yang

diterima bagi hasil penyelidikan dan inovasi;

vi) Pengiktirafan kepakaran penyelidik seperti pelantikan sebagai panel

pakar, panel penasihat, khidmat perundingan, penyunting jurnal, dan

sebagainya;

vii) Dana penyelidikan daripada sumber awam, swasta, dan luar negara;

viii) Hak harta intelek dan dokumentasi dalam bentuk paten, hakcipta

(copyright), rekabentuk perindustrian, dan cap dagangan;

ix) Produk atau idea penyelidikan yang dipaten, diiktiraf, atau

dikomersilkan;

x) Produk yang diadaptasi di dalam jabatan dan yang diketengahkan di

bawah program pengkomersialan seperti program kebolehsuaian

Malaysian Commercialisation Year (MCY);

xi) Program pembudayaan inovasi dan kolaborasi inovasi;

xii) Laporan kajian/projek perundingan yang memenuhi terma rujukan

dan diperakukan oleh pelanggan;

xiii) Penyeliaan bersama calon pascasiswazah; dan

xiv) Lain-lain yang berkaitan.

Page 13: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 11

6.4. Etika Penyelidikan

Semua penyelidik, sama ada staf JKR dan/atau rakan kolaboratif perlu mematuhi

keperluan yang digariskan di dalam buku Research Integrity and Governance

Code of Practice, dan Procedures for Dealing with Allegations of Misconduct in

Research.

6.5. Hak Harta Intelek

Kaedah yang digunakan untuk melindungi hak harta intelek adalah seperti yang

telah digariskan di dalam Intellectual Property Commercialisation Policy for

Research & Development (R&D) Projects Funded by The Government of

Malaysia, MOSTI edisi terkini, undang-undang, akta, pekeliling dan surat

pekeliling, arahan dan peraturan terkini yang berkuatkuasa.

6.6. Pembangunan Bidang Penyelidikan dan Inovasi

JKR beriltizam untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan kejuruteraan dan

teknologi yang berinovatif dan bertaraf dunia. Dalam usaha untuk mencapai

aspirasi tersebut JKR akan menggunakan sumber kepakaran dalam bidang sedia

ada, meneroka bidang kepakaran baharu, dan menubuhkan institut kepakaran

penyelidikan berinovatif.

6.7. Pengurusan Penyelidikan JKR

Pengurusan projek penyelidikan JKR di CREaTE berazam untuk menguruskan

semua projek penyelidikan dengan cemerlang, telus dan berintegriti mengikut

semua peraturan dan arahan terkini yang berkuatkuasa bagi memastikan agar

JKR mampu mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan yang

unggul, berinovatif dan bertaraf dunia. Pengurusan ini terdiri daripada:

(a) Seksyen Penyelidikan dan Pengurusan Teknikal;

(b) Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Projek Penyelidikan (JTKP);

(c) Jawatankuasa Kelulusan Projek Penyelidikan (JKPP);

(d) Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JPI); dan

Page 14: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 12

(e) Jawatankuasa Kerja Inovasi (JKI).

6.8. Institut Kepakaran Penyelidikan

Penubuhan institut kepakaran penyelidikan di CREaTE akan dicadangkan, dari

semasa ke semasa, bagi meningkatkan profil penyelidikan dalam bidang sedia

ada dan/atau bidang penyelidikan yang bernaung di bawah niche area yang telah

dikenalpasti oleh CREaTE. Ini akan dapat membantu mempromosi CREaTE

dalam bidang penyelidikan yang diketahui akan meningkatkan prestasi dan

reputasi CREaTE sebagai pusat penyelidikan yang unggul, berinovatif dan

bertaraf dunia. Institut ini akan menjalin kerjasama teknikal dengan rakan dari

institusi pengajian tinggi, awam dan swasta, industri, agensi kerajaan lain, dan

istitusi penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa. Di antara ciri-ciri

institut ini ialah sebuah pusat kecemerlangan yang:

1. Mendukung dasar dan strategi penyelidikan jabatan dan negara;

2. Menunjukkan prestasi penyelidikan yang berkualiti tinggi;

3. Menitikberatkan kelestarian dalam pelaksanaan projek penyelidikan,

dan kewangan;

4. Mendapat sokongan dan kelulusan Pengurusan Tertinggi CREaTE dan

JKR; dan

5. Memanfaat teknologi canggih atau cutting-edge technology dalam

pelaksanaan projek penyelidikan.

7. EDISI/VERSI

Bilangan 1 Tahun 2018.

Page 15: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia

Hakmilik © JKR Malaysia 2018 13

PENGHARGAAN

1. Ir. Abdul Mutalif bin Abdul Hameed Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK)

2. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria Jurutera Awam Penguasa Kanan

3. Ir. Nor Azman bin Ismail Jurutera Awam Penguasa Kanan

4. Ahmad Izzuddin bin Osman Salleh Jurutera Awam Penguasa Kanan

5. Abd Khalid bin Che Din Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

6. Ir. Nizar bin Othman Jurutera Elektrik Penguasa Kanan

7. Ir. Fithry bin Mohd Amir Jurutera Mekanikal Penguasa

8. Ir. Nik Ibrahim bin Nik Abdullah Jurutera Elektrik Penguasa

9. Md Razip bin Ishhak Juruukur Bahan Penguasa

10. Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman Arkitek Penguasa

11. Azhar bin Mohamed Juruukur Bahan Penguasa

12. Ir. Romziah binti Azit Jurutera Awam Kanan

13. Shahril bin Azizi Jurutera Mekanikal

14. Mohd Zakuan bin Zabri Jurutera Mekanikal

15. Aiman Darlina Akmar binti Rahman Arkitek

Page 16: DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI …epsmg.jkr.gov.my/images/d/dd/DASAR_PENYELIDIKAN_DAN_INOVASI_JKR...inovasi (d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia. (e)

BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN

PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR

(CREaTE)

OPTION 3