dan sukan negeri pulau pinang

27

Upload: others

Post on 28-Mar-2022

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEJABAT MMK BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar dalam apa jua bentuk dengan apa cara jua sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pejabat MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
© Pejabat MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Diterbitkan oleh: Pejabat MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang Tingkat 53, KOMTAR, 10503, Pulau Pinang
Tel: 04 - 650 5136 Fax: 04 - 261 8744 E-mel: [email protected]
Isi Kandungan
7
2
44
Perutusan
Hubungi Kami
Floorball
Wushu
Karate
Judo
Pétanque
Sofbol “SUKAN UNTUK SEMUA” (Sports For All) merupakan idea dan inisiatif baru yang dimulakan oleh MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan YB. Soon Lip Chee. Ia bertujuan untuk memupuk satu habit kehidupan yang aktif dan sihat di masyarakat rakyat negeri Pulau Pinang.
“SUKAN UNTUK SEMUA” juga bermotif untuk menarik perhatian individu dan masyarakat berpeluang mencuba sukan tersebut dan juga menikmati kegembiraan bersukan tidak kira umur, bangsa dan kewarganegaraan. Kami percaya program idea ini akan membawa satu impak yang positif dan sihat kepada semua warga negeri Pulau Pinang.
Dalam program ‘Sukan Untuk Semua’, setiap bulan akan mengadakan satu tema sukan. Dengan tema sukan tersebut, kerajaan membekalkan satu platform kepada rakyat dan juga menggalakkan rakyat Pulau Pinang menjalankan aktiviti sukan berkenaan.
Dengan satu bulan satu tema sukan, kami berhasrat untuk mempromosikan sukan tertentu serta membangun dan memperkembangkan pergerakan sukan di negeri Pulau Pinang. Untuk makluman Tuan, terdapat 46 persatuan sukan yang berdaftar dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Dengan 1 tahun 12 tema sukan, MMK Belia dan Sukan dapat mempromosikan semua sukan di Pulau Pinang dalam satu jangka masa yang dirancangkan.
Definisi Logo Sukan Untuk Semua
Perkataan Sports For All (Sukan Untuk Semua) Melambangkan satu idea dan inisiatif baru bertujuan menyediakan satu platform kepada rakyat Pulau Pinang untuk mewujudkan satu komuniti yang sihat dan positif melalui bersukan dengan aktif serta menarik perhatian mereka memahami sukan-sukan yang sedia ada di Negeri Pulau Pinang
Bentuk Orang Pergerakan Bersukan Melambangkan rakyat yang aktif yang sedang bersukan serta menghantarkan kegembiraan kepada masyarakat melalui bersukan.
Riben Riben yang berombak 3 jalur berwarna biru, putih dan kuning melambangkan warna rasmi negeri Pulau Pinang. Riben yang berombak juga melambangkan pembangunan sukan yang berterusan supaya membawa kejayaan ke negeri Pulau Pinang.
Prakata Sukan Untuk Semua
Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada MMK Belia dan Sukan Pulau Pinang atas penerbitan Buletin Sukan Untuk Semua (Sports for All) buat julung kalinya ini.
Selaras dengan hasrat dan matlamat Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, saya yakin edaran cetakan buletin yang padat dengan aktiviti dan informasi ini akan menjadi bahan bacaan dan rujukan yang sesuai dan terbaik kepada komuniti dan rakyat di Pulau Pinang.
Sejak dilancarkan inisiatif Sukan Untuk Semua sekitar awal tahun 2019, Kerajaan Negeri komited untuk membudayakan dan mempelbagaikan sukan ke arah kesejahteraan rakyat. Sebanyak 12 jenis sukan telah digerakkan sebagai platform untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dengan penganjuran 1 sukan pada setiap bulan.
Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada rakyat Pulau Pinang untuk sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang ada ini. Sumbangan sukan sebagai medium penyatuan dalam mengeratkan keharmonian dan perpaduan, pentas bertukar idea dan pembentukan emosi, jasmani dan intelek adalah penting dalam melahirkan keluarga dan komuniti yang sihat dan cergas demi pembangunan dan perkembangan yang gemilang pada masa hadapan. Majulah Sukan Untuk Pulau Pinang!
Sekian, terima kasih.
YAB Tuan Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang
1
Perutusan EXCO Belia dan Sukan Pulau Pinang
Salam Sejahtera dan Salam Sukan Untuk Semua, Mulai 2019, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Belia dan Sukan telah menzahirkan inisiatif “Sukan Untuk Semua” untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam kegiatan sukan serta menggalakkan program binaan terhadap sukan yang kurang mendapat perhatian umum. Pendekatan yang akan dilaksanakan pada peringkat awalan adalah dengan mewujudkan klinik-klinik pengenalan sukan. Klinik pengenalan sukan ini akan berpaksikan kepada inisiatif untuk mewujudkan platform bagi mendorong penglibatan golongan muda serta penggiat sukan untuk mendekatkan diri dengan sukan-sukan yang ditonjolkan. Individu yang ingin memahami sukan berkenaan, adalah dipelawa untuk menghadirkan diri ke klinik-klinik yang dianjurkan hasil usahasama diantara Kerajaan Negeri bersama Persatuan Sukan Negeri di Pulau Pinang. Dari klinik-klinik berkenaan, peserta dapat mempelajari asas-asas sukan tersebut dan meneruskan latihan sekiranya mereka berminat untuk terus menjadikan sukan ini sebagai antara pencetus ke arah langkah pertama menjadi atlet negeri dan negara kelak. Dengan inisiatif ini, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan akan meningkat, kualiti atlet akan terjamin dan prestasi sukan di Pulau Pinang akan terus mara ke arah yang lebih cemerlang. Sukan untuk Semua.
YB Tuan Soon Lip Chee EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
2
Catur merupakan permainan yang popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala, catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak kerana ia boleh dilihat daripada perspektif “seni mempertahankan diri” menggunakan minda. Jadi, menguji minda dan meningkatkan keupayaan adalah
Tahukah anda apakah itu sukan catur ? antara aspek penting yang ditekankan dalam aspek pembelajaran dan catur. Terdapat pelbagai variasi permainan catur dimainkan di seluruh dunia. Contohnya, Shogi di Jepun, Janggi di Korea, Xiangqi di China dan banyak lagi. Walaupun permaianan catur dianggap sukar bagi sesetengah orang, jika bersungguh- sungguh, tiada masalah untuk mempelajari tekniknya.
3
Penyertaan 480 Peserta
Permainan bola keranjang dicipta oleh seorang jurulatih pendidikan jasmani bernama Dr. James Naismith pada tahun 1891 dan mula dimainkan di bandar Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat.
Tahukah anda apakah itu sukan bola keranjang?
Bakul atau gol ini asalnya merupakan bakul buah-buahan yang dipasang pada ketinggian lebih kurang 3 meter. Pada tahun 1906 gelung besi pula digunakan. Ini diikuti dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bola keranjang diterima sebagai salah satu acara sukan di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936.
5
Tarikh Lokasi
Raja Uda
Penyertaan 612 Peserta
Pada peringkat awal, permainan ini telah dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Satu pasukan mengandungi 15 orang pemain. Semasa permainan, 9 orang pemain akan berada di luar gelanggang sebagai pasukan yang akan memukul / menyerang dan 9 orang pemain akan berada di dalam gelanggang sebagai pasukan yang akan memadang iaitu pasukan yang akan
Tahukah anda apakah itu sukan sofbol?
cuba menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan lawan sebelum pemain tersebut berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata.
7
28 - 31 Mac 2019
Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular dalam kalangan kaum wanita di Malaysia. Bola jaring menjadi permainan pilihan bagi pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan institut pengajian tinggi. Cara-cara permainan ini boleh diubah mengikut kesesuaian kebolehan pemain dan bilangan pemain
Tahukah anda apakah itu sukan bola jaring?
dalam setiap pasukan. Pengiraan skor dilakukan setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring.
9
Tarikh Lokasi
Istilah “Esports” diperoleh daripada istilah “sukan elektronik” yang lebih teknikal. Dalam struktur yang paling mudah, sukan ini ialah pertandingan yang dianjurkan menggunakan permainan video berbilang pemain di mana pemain profesional dan pasukan mereka masing-masing bertanding dengan hadiah. Banyak permainan e-sukan yang berjaya direka
Tahukah anda apakah itu sukan Esukan? untuk dimainkan secara profesional sejak
awalnya. Kebanyakan pertandingan e-sukan menampilkan acara fizikal yang berlangsung di hadapan penonton secara langsung. Latihan yang perlu dijalankan pemain untuk bersedia untuk pertandingan berbeza-beza dan sukan elektronik secara rasminya kali pertama dijadikan acara rasmi di Sukan Temasya Asia Tenggara Filipina 2019.
11
2019
The Top, KOMTAR
Penyertaan 420 Peserta
Sambutan Hari Olimpik yang pertama telah berlangsung pada 23 Jun 1948 dan disertai oleh 9 negara pada masa itu. Setiap tahun, setiap ahli jawatankuasa Olimpik (National Olympic Committees) akan menganjurkan sambutan pada hari tersebut untuk mendedahkan kesedaran dan nilai-nilai kesukanan Olimpik kepada masyarakat di seluruh dunia. Hari Olimpik
Tahukah anda apakah itu Olimpik? Sedunia bertujuan untuk membangun dan menggerakan semangat Olimpik dan meneroka keseronokan sukan baru. Berdasarkan 3 tonggak yang dilaksanakan oleh pengerakan sukan iaitu Bergerak, Belajar dan Explorasi, setiap ahli jawatankuasa Olimpik akan bertanggungjawab penganjuran sukan, kebudayaan sukan dan pendidikan sukan in seluruh dunia.
13
16
Penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 telah menarik sejumlah 14,362 penyertaan dari seluruh Malaysia. Karnival Olimpik ini berlangsung selama 2 minggu dan aktiviti kemuncak adalah Olympic Day Family Fun Walk 5km. Tambahan pula, penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 telah diiktirafkan sebagai penganjuran Sambutan Hari Olimpik Sedunia yang paling
Tahukah anda apakah itu Karnival Olimpik Pulau Pinang?
berjaya sejak tahun 1991 oleh Majlis Olimpik Malaysia.
15
Badminton
Badminton
19
Badminton
21
Bola baling merupakan gabungan beberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain. Satu pasukan mengandungi 12 orang
Tahukah anda apakah itu sukan bola baling ?
pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain termasuk seorang penjaga gol yang akan berada di dalam gelanggang. Pemain simpanan boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila- bila masa.
23
24
Floorball merupakan satu sukan yang kian popular di Malaysia. Floorball menggabungkan sukan hoki dengan ice- hoking. Peserta dibahagikan kepada 2 pasukan. Pertandingan diadakan pada lapisan keras di dalam dewan. Satu pasukan boleh mempunyai sehingga 20 pemain. Pada masa yang sama di gelanggang hanya 6 orang daripada
Tahukah anda apakah itu sukan Floorball ?
mereka muncul, termasuk penjaga gol. Bilangan penggantian tidak terhad dan permainan dijalankan tanpa henti permainan. Bola dikawal oleh kayu khas. Kaki tidak dibenarkan untuk memberi pas dan memukul matlamat.
25
Sukan Wushu merupakan sukan yang berasal dari Negara China. Sukan Wushu mempunyai banyak gaya beraksi dan juga banyak aliran yang berlainan. Antaranya TaoLu, Bersenjata Pendek, Bersenjata Panjang, Tradisional dan lain- lain. Gaya-gaya ini sering dikelaskan mengikut sifat yang dikongsinya. Contoh sifat-sifat tersebut termasuklah latihan fizikal
Tahukah anda apakah itu sukan Wushu ?
melibatkan ajukan haiwan, atau kaedah latihan yang diilhamkan agama, legenda dan falsafah China. Gaya yang memfokus pada manipulasi Qi dipanggil dalaman, manakala yang menumpukan pembinaan otot dan kesihatan kardiovaskular dipanggil luaran.
27
28
Sukan Karate merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum mengenai serangan atau pertahanan diri secara lurus dan mendatar. Karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep ‘tinju’
Tahukah anda apakah itu sukan Karate ?
teratur. Karate di dalam penggunaan perang telah dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun- tahun lamanya. Selepas itu, karate mulanya dijadikan salah satu sukan kombat yang kian popular di mata dunia.
29
30
Judo adalah seni bela diri moden Jepun dan sukan Olimpik yang ditubuhkan pada tahun 1882. Judo mempunyai populariti yang besar dan merupakan antara empat jenis sukan tempur yang paling popular. Dalam sukan judo, perlu membiasakan diri dengan kandungan utama. Popular seni mempertahankan diri Jepun ini mengandungi tiga bahagian utama. Pertamanya “Kata” - satu set latihan yang
Tahukah anda apakah itu sukan Judo?
dilakukan oleh sepasang pejuang. Ia adalah dalam seksyen kata ini mengkaji teknik yang paling berbahaya tidak diluluskan untuk digunakan dalam pertandingan sukan judo. “Randori” dimainkan mengikut peraturan tertentu dinyatakan terlebih dahulu. Tujuan Randori adalah kajian dan penyatuan teknik tertentu dna akhirnya adalah “Shiai” satu pertandingan sebenar diri mereka sendiri.
31
Petanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut cara- caranya untuk menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu, saiznya lebih besar daripada guli bagi membolehkan pemain mendapat mata permainan. Objektif
Tahukah anda apakah itu sukan Pétanque ?
permainan petanque adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut. Oleh sebab sukan petanque mudah dikuasai dan senang dimain, ini menyebabkan permainan ini menjadi kesukaan ramai dan lebih popular setakat hari ini.
33
34
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola.
Sukan ini dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagikan kepada dua oleh sebuah jaring. Satu permainan Tenis mempunyai
Tahukah anda apakah itu sukan Tenis ?
maksimum lima set dimana pemenang perlu memenagi tiga set permainan tersebut. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dipilih sebagai pemenang, Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya ialah pemenang.
35
Penyertaan 150 Peserta
36
Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Bola sepak dimainkan dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA (Federation International Football Association), atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Pada awamnya, hanya penjaga gol
Tahukah anda apakah itu sukan Bola Sepak ?
sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.
37
38
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan.
Lelaki dan wanita tidak bersaing antara satu sama lain, walaupun mereka mungkin kadangkala berlari dalam perlumbaan sama kerana kekurangan masa dalam kejohanan sekolah tinggi.
Tahukah anda apakah itu sukan Olahraga ?
Wanita pada umumnya berlari jarak sama seperti lelaki walaupun pagar dan halangan- halangan lumba kuda adalah lebih rendah dan pemberat cakera, lembing dan tukul adalah lebih ringan.
39
Penyertaan Latihan Atlet
Temuduga Bersama Atlet
“Sports for All” berusaha untuk mendidik semua golongan rakyat mengenai faedah yang berkaitan dengan penyertaan aktiviti sukan. Nilai sukan untuk semua adalah melebihi tahap aktiviti fizikal dan hubungan persahabatan, hormat mehormati antara satu sama lain. Penyertaan dalam sukan dapat menyokong perkembangan dan kesihatan sosial dan peribadi sepanjang hayat.
“Sports For All” merupakan satu inisiatif positif untuk masyarakat/rakyat Pulau Pinang. Sukan merupakan aktiviti yang boleh membantu rakyat Pulau Pinang “(Penangite) merealisasikan hidup yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi. Program ini membantu menjana ekonomi tempatan dan juga membantu interaksi sosial positif kepada semua. Di samping membentuk rakyat yang sihat, kita juga membantu melahirkan atlit sukan yang sentiasa mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia. Kita seharusnya melibatkan diri dalam inisiatif “Sports For All’ selaras dengan Misi Penang 2030.
Cheng Chu Sian (Memanah) (Olimpik 2008 Beijing & Olimpik 2012 London)
Jiwa Mohan (Hoki) (Olimpik 2000 Sedney)
42
Melalui inisiatif “Sports For All”, saya yakin ia dapat menggalakkan penyertaan rakyat dalam bidang sukan. Sepanjang tempoh saya bekerja di Taiwan, saya boleh mendapati perbezaan yang ketara antara Taiwan dan Malaysia. Terdapat banyak kemudahan sukan dilengkapi di negara tersebut. Rakyat dari setiap lapisan masyarakat memanfaatkan kemudahan tersebut sebaik mungkin selepas waktu kerja. Saya yakin bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga dapat menggalakkan rakyat kita untuk aktif di arena sukan dengan mewujudkan fasiliti sukan yang lengkap di negeri ini.
Inisiatif “Sports For All” merangkumi:- Pertama, kesihatan dari segi mental dan fizikal. Yang kedua, untuk tujuan rekreasi. Yang ketiga, fokus dalam salah satu sukan yang diminati. Dan akhir sekali, adalah komitmen dalam komuniti, terutamanya komitmen yang memberi manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah.
Tee Jing Yi (Badminton) (Olimpik 2012 London & Olimpik 2016 Rio)
Y.Bhg Dato’ T.Krishnan (Olahraga) (Olimpik 1968 Mexico, Olimpik 1972 Munich)
Temuduga Bersama Atlet
Imbas QR Code untuk mengikuti halaman Facebook “Sports For All Penang”
Pejabat EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang Alamat : Tingkat 53, KOMTAR, 10503 George Town Tel : 04 - 650 5136 Laman Facebook : https://www.facebook.com/sportsforallpenang/
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Alamat : Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Uban, 11700 Gelugor Tel : 04 - 659 3713/14/15 Laman Facebook : https://www.facebook.com/Penang-State-Sports- Council-116767285017637/
Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang Alamat : Stadium Negeri Batu Kawan, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang Tel : 04 - 589 9209 Laman Facebook : https://www.facebook.com/Perbadanan-Stadium-Kawasan-Lapang- Pulau-Pinang-112272263755911
44
STRATEGIC INITIATIVES A4: DIVERSIFY RECREATION, SPORTS
AND ART FACILITIES