jambatan pulau pinang

12
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 1/12 Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya JelutongBayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang PeraiKerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. Isi kandungan [sorokkan1 Spesifikasi jambatan [1]  2 Galeri 3 Lihat juga 4 Rujukan 5 Pautan luar [sunting]Spesifikasi jambatan [1]   Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)  Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)  Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)  Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)  Laluan: 6 Laluan  Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter  Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter  Gantungan utama: 225 Meter  Gantungan hujung: 107.5 Meter  Gantungan lain: 40 Meter  Had laju: 80 km/j

Upload: nurkhairulbariyahnoorzihad

Post on 02-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 1/12

Jambatan Pulau Pinang merupakan  jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat

terpanjang di  Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4

kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya

Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar  semenanjung di Seberang Perai. 

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja

dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara.

Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur 

tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Isi kandungan

[sorokkan] 

1 Spesifikasi jambatan[1]

 

2 Galeri 

3 Lihat juga 

4 Rujukan 

5 Pautan luar  

[sunting]Spesifikasi jambatan[1]

 

  Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)

  Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)

  Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)  Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)

  Laluan: 6 Laluan

  Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter  

  Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter 

  Gantungan utama: 225 Meter 

  Gantungan hujung: 107.5 Meter 

  Gantungan lain: 40 Meter 

  Had laju: 80 km/j

Page 2: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 2/12

Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur , Malaysia ialah sepasang menara berkembar  yang

pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. 

Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia

dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang

gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk

utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan

antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar  sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian

tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3]

 

[sunting]Perbandingan dengan menara lain

Deretan lakaran bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2010. Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat

Bandar  (CTBUH), menetapkan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi didunia pada tahun sejak

1998, namun tahun 2004, gelaran tersebut disandang oleh Taipei 101. Menara Willis tidak dikira sebagai bangunan

yang lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas, kerana antenna tidak termasuk dalam perhitungan ketinggian

sesebuah bangunan tertinggi, sebaliknya puncak (spires) dikira.

Perbandingan bangunan tertinggi dunia yang mengambil kira ketinggian antenna bangunan.

Page 3: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 3/12

 

Mengikut CTBUH, puncaknya yang menyumbang kepada ketinggian keseluruhan menara ini, oleh itu mengatasi

Menara Willis.

Plan lantai pembinaan Menara 1 pada aras 43 diadaptasi dari simbol geometri asas Islam iaitu Rub el Hizb.[4] 

Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada

tahun 2004, seperti yang diukur hingga ke atas komponen strukturnya (kemuncak, bukan

antena).[5]

 Puncak (spire) dianggap sebagai bahagian penting dalam reka bina bangunan, dan jika

diubah boleh banyak mengubah rupa dan reka bina bangunan, manakala antena boleh dipasang atau

dicabut tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara Berkembar Petronas masih

merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.[6]

 

Menara-menara Willis (dahulunya Spears) dan World Trade Center  terbina dengan 110 tingkat yang

boleh diduduki, iaitu lebih 22 tingkat berbanding Petronas Twin Towers yang ada 88 tingkat.

Bumbung-bumbung dan tingkat tertinggi menara Willis dan World Trade Center agak melebihi

ketinggian bumbung dan tingkat tertinggi Menara Berkembar Petronas. Antena tertinggi di Willis

Tower adalah 75 meter (246 ka) lebih tinggi berbanding puncak-puncak Menara Berkembar Petronas.

Walaupun demikian, mengikut peraturan dan garis panduan CTBUH,[3]

 antena-antena Menara Willis

tidak diambil kira sebagai sebahagian ciri-ciri seni binanya.[7]

 Sebaliknya, puncak-puncak pada

Menara Petronas dikira dalam ukuran ketinggian kerana bukan merupakan tiang antena. Oleh itu,

Menara Berkembar Petronas mengatasi ketinggian rasmi Menara Willis dengan beza 10 meter (33

ka), padahal Menara Willis lebih banyak bilangan tingkat dan lebih besar kakian perseginya.

Page 4: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 4/12

 

[sunting]Pembinaan

Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun

1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu

disiapkan.[8]

 Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur .[9]

 Kedalamanbatuan

dasar  menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.[10]

 Tapak sedalam 120

meter itu memerlukan sejumlahkonkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy

Soletanche.[11]

 

Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan

buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif  kesenian Islam untuk mencerminkanagama Islam di Malaysia.

[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialahkeratan

rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk

memenuhi keperluan ruang pejabat.[13]

Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh

Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung

C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini

didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.[14]

 Konkrit

yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran

berbanding keluli; however, oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan

keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter [15]

 dan segelang luar tiangsuper yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang

menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas

560,000 meter persegi (669,754 ela ps).[16]

 Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-

belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas. 

5 0  

Page 5: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 5/12

Rumah Tradisional Melayu 

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya

telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan

kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan

perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.

Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu

atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak

dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada

rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang

tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi

rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan

mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan

cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang

banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup

dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan

secara maksima.

Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi

tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang

pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.

Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah

Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat.

Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan

aktiviti keluarga.

Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai

contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah

mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar 

sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu

pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

Page 6: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 6/12

Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia.

Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung

Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat

disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang

paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab:  ; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada

1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah,

dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di

seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia

yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah

menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam,

selain Hari Raya Korban. 

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secarahisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya

bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan

diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat

strategik.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah

iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak

perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula

membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip

apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan

sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalahbagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan

mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha

digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. [1]

 

 Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji

kebesaran Allah. Tempoh ber takbir  bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari

terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun

Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Page 7: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 7/12

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewayang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun

kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang

lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya. 

Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,

bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah

digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Hari Deepavali (Bahasa Hindi:  िदपावली , Bahasa Tamil: தபவள) juga dikenali

sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: ि ीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua

penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan

Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang

beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan  Aipasi dalam kalendar 

Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1]

 dan juga dikenali sebagai

pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan

dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka

merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan

hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada

membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi

melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali

Page 8: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 8/12

 

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam

kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakansempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum

hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan

segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang

tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan

bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol

murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang  dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan

besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. 

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah

bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang

masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang

diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru

Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. 

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang

Cina, seperti Tanah Besar China, Hong

Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina,Singapura,[1]

 Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di

merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan

budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),

termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar ), Mongolia (Tsagaan Sar ), Vietnam (Tết),

dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Page 9: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 9/12

 Taman laut.

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara

pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Taman laut terbesar ialah Taman Laut Terumbu Sawar 

Besar  di Australia, seluas 350,000 km².

[sunting]Malaysia

Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2  batu nautika dari tikas air 

surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar  dan Pulau

Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah.  Malaysia telah

diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara

ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan

dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya

dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan

di Malaysia.

Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu

kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba

dan sebagainya.

Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat

dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut

Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan

di Johor  empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.[1]

 

[sunting]Bayaran

RM 5.00 dikenakan kepada orang dewasa, pesara, wargatua (55 tahun dan ke atas), penuntut dan murid

sekolah dikenakan caj sebanyak RM 2.50. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah percuma. Bayaran

ini digunakan bagi penyelenggaraan taman marin ini. Pengunjung akan diberi tiket .Setiap tiket adalah sah

bagi tempoh tiga (3) hari, dari tarikh ianya digoreskan, di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut

Pulau Payar . Tempoh sah tiket di Taman Laut Pulau Payar adalah satu hari sahaja .

[sunting]Pengurusan

Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut

ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.

Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154kakitangan.

Page 10: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 10/12

 

[sunting]Pembiakan Ikan

Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini

menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya

kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal

sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut.

Menerusi pewartaan Taman Laut,JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies

ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di

peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa.

Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang

dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang

dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

[sunting]Senarai taman laut

1. Taman Laut Pulau Payar 

2. Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu 

3. Taman Laut Pulau Kuraman

4. Taman Laut Pulau Rusukan Besar 

5. Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan 

6. Taman Laut Pulau Tinggi

7. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu 

8. Taman Laut Pulau Tioman

9. Taman Laut Pulau Perhentian

Page 11: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 11/12

  DEFINISI PEMANDU PELANCONGOrang yang

memberikanperkhidmatankepadapelancongataumana-manaorang lain

denganmemandumerakademibayaranapabilamelancongdibawahsubse

ksyen 24 (1), aktaindustripelancongan 1992

  3. KEBERSIHAN DIRI PEMANDU

PELANCONGRambutmestilahkemasMukamestilahterurusdenganbersi

h,PakaianmestilahbersihdankemasTidakmenghisaprokoksemasamenja

lankantugassebagaipemandupelancongNafasdanbaubadan yang

tidakmenyenangkanparapelancongperlulahdielakkan.

  4. RUPA DIRI PEMANDU PELANCONGDari segibentukpakaian

standardLelakiwanita

  5. PAKAIAN

LELAKIKemejalenganpanjangataupendekdengantalileherdanseluarpan

 jangKemeja batik

lenganpanjangataupendekdenganseluarpanjangKemeja T

berkolardenganseluarpanjangatauseluarbermuda

(aktivitikembarasahaja)Pakaianseragam yang

disediakanolehsyarikatitusendiri.

  6. CONTOH GAMBAR PAKAIAN PEMANDU PELANCONG LELAKI

  7. PAKAIAN WANITABajukebayaataukurung (batik ataubukan

batik)Blauslenganpanjangdenganseluarpanjangatau skirt labuhKemeja

T berkolardenganseluarpanjangatauseluarbermuda

(aktivitikembarasahaja)Pakaianseragam yang

disediakanolehsyarikatitusendiri.

  8. CONTOH GAMBAR PAKAIAN PEMANDU PELANCONG

PEREMPUAN

Page 12: Jambatan Pulau Pinang

7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang

http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 12/12

  9. SIKAP PEMANDU PELANCONGSentiasakemas, bersopansantun,

 jujur,

amanahdanberdedikasi.Tidakbolehmenggunakanbahasakesatatauterli

batdenganpergaduhanatauperbalahandenganpelancongatauorangdibawahjagaannya.Tidakbolehmemburuk-

burukkanataumengkritikrakansekerja, organisasi, kerajaan, dasar,

kempenataumana-manaorangBersifatprofesional, menjagakelakuan,

reputasi, imejdannamabaiknegara.

  10. SIKAP PEMANDU

PELANCONGSentiasamempunyainilaiperhubunganawam yang baik,

kerjasamadanpersahabatandenganrakan.Menjalankantugasdenganberhati-

hatidanmenjagapelancongdibawahjagaannyaTidakbolehmeninggalkan

pelancongpadabila-

bilamasasemasamenjalankantugas.Sentiasameningkatdanmembekalk

andiridenganmaklumatdankemahiranterkini.

  11. KESIMPULANSikappemandupelancong yang

berdisiplinmeningkatkanlagimutupekerjaandalamsesuatuagensipelanco

ngan.Kebersihandiridalamsesuatupekerjaandalambidangpemandupela

ncongharuslahdijagadenganbersih.

Bagikepentingandiridanjugaagensipelancongantersebut.Dari

segirupadiripemakaian yang

bersesuaiandenganpemandupelanconghendaklahkemasdanbersihbagi

menampakkanseseorangtersebutsebagaipemandupelancongan yang

berdisiflindanpropesionaldalammenjalankantugasnyasebagaipemandu

pelancong