isu kestabilan jambatan kedua pulau pinang

16
* Jambatan Kedua Pulau Pinang

Upload: nasuha-batrishah

Post on 26-Oct-2015

96 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sce3114

TRANSCRIPT

Page 1: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

* Jambatan Kedua Pulau Pinang

Page 2: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Page 3: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Page 4: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Page 5: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

* Kepentingan jambatan kedua P.Pinang

*meningkatkan kecekapan perdagangan - mengalihkan 25 peratus kesesakan di Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada yang digunakan hampir 100,000 kenderaan sehari.

*meningkatkan sistem logistik dengan menyediakan sambungan kawasan perindustrian di sekitar Batu Kawan dan perkampungan nelayan di Batu Maung.

*Akses yang lebih baik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,

*meningkatkan pertumbuhan ekonomi wilayah barat utara Semenanjung Malaysia, terutama bagi meningkatkan kadar perhubungan penduduk.

Page 6: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

* Beza di antara Jambatan pertama dan jambatan kedua Pulau Pinang

Page 7: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

*Pembinaan jambatan kedua P.Pinang

*kaedah cast-in situ box girder span slab atau pemasangan lantai rasuk kekotak menggunakan teknik konkrit tuang.  

Page 8: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

* Kelebihan kaedah cast-in situ box girder span slab

*Pertama, dari segi artistik, ia nampak  lebih menarik.  

*Kedua, ia mudah dibuat jajaran yang melengkung.

*Ketiga, ia lebih ringan kerana ia berbentuk kotak kosong dan menjimatkan bahan-bahan konkrit. 

*Keempat,  ia mampu menghubungkan antara satu tiang dengan yang lain dalam jarak yang lebih panjang. Ia juga boleh menjarakkan antara sesuatu tiang, secara tidak langsung mengurangkan jumlah tiang dan menjimatkan kos. 

*Kelima, jika jambatan tersebut memerlukan lantai yang luas, maka teknik ini lebih dipraktikkan.

Page 9: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

*Punca 1 - kegagalan cara rekabentuk struktur sokongan

sementara *kegagalan cara rekabentuk struktur sokongan

sementara (temporary support structure)  iaitu perancah besi atau scaffolding.

*rekabentuk struktur sokongan Sementara tidak mampu menampung bebanan dari besiI-Beam yang berat-berat belaka, di samping struktur formwork untuk lantai serta konkrit yang masih basah. 

Page 10: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

• rekabentuk struktur sokongan sementara dibuat dengan  tidak mengambil kira jumlah bebanan yang terpaksa di tanggung oleh perancah besi.

• Tidak mengambil kira pengagihan bebanan yang sekata. Maka bebanan yang lompong di tengah-tengah, yakni bahagian di atas jalanraya tidak mempunyai sokongan yang mantap. Maka ia akan terjadi satu “critical point” di mana keadaan  “flexure” iaitu kejadian bengkuk atau patah berlaku.

• Konkrit masih lagi ‘plasticity’ iaitu pergerakan antara batu-batu, pasir, simen, bahan kimia dan air masih lagi belum membentuk ikatan yang kuat. Ini adalah masa yang amat kritikal dan biasanya akan dilakukan curing iaitu mengurang pengaliran air dari konkrit terutamanya proses pemeluwapan.

Page 11: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

• Terdapat di satu bahagian lantai masih terikat (fixed end) dengan konkrit yang  keras. Manakala di satu bahagian pula masih bebas (free end).

• Jika berlaku “flexure” maka bahagian yang masih bebas akan diheret ke tengah lalu jatuh. Kemudiannya ia ikuti oleh bahagian satu lagi yang lekat dengan konkrit keras. Pergerakan “mengheret” sebenarnya tidak terjadi begitu nyata jika dikira dengan jarak berapa inci atau cm tetapi ia hanya memerlukan sedikit pergerakan bending moment sahaja.

Free End

Fixed End

• Maka akan terjadi ketidakstabilan pada struktur yang masih lagi berkeadaan konkrit yang basah. Setelah itu keseluruhan struktur akan menyembah bumi.

Page 12: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

*Punca 2 - pemendapan tanah

• Ini ditambah dengan gegaran dari kenderaan yang lalu-lalang menyebabkan keseimbangan tanah menjadi longgar dan pemendapan berlaku sedikit demi sedikit terutamanya setelah bebanan konkrit ditambah.

• konkrit yang masih basah masih lagi tidak mempunyai ikatan yang boleh menghindarnya daripada kegelinciran. Maka di sini akan berlaku “shear strength failure”  yang menyebabkan konkrit yang basah kegelinciran.

• Ini dikatakan beberapa hari sebelum kejadian jambatan runtuh, telah berlaku hujan lebat dan mengakibatkan penakungan air. Secara tidak langsung struktur tanah menjadi lembut. 

Page 13: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

*Punca 3 - kekurangan inisiatif dari segi pengurusan risiko

*Menjalankan kerja-kerja pembinaan yang berisiko sedangkan di bawahnya terdapat laluan yang sentiasa bertali arus.

*Di dapati pihak kontraktor

tidak membuat jalan lencungan

dan mengejar masa pula dengan

membuat kerja-kerja konkrit

sekaligus.

Page 14: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

*Kesan jambatan runtuh

*Kecederaan dan meragut nyawa manusia – seorang mati, 4 cedera

*Kewibawaan kontraktor diragui

Page 15: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Page 16: isu kestabilan Jambatan Kedua Pulau Pinang

*Cara mengatasi

*Jurutera perlu mengambil kira struktur sokongan bangunan.

*Meningkatkan langkah keselamatan di tempat pembinaan.

*Menyiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan.