pulau pinang pada abad ke-18

21
PERDAGANGAN DAN PELABUHAN DI ASIA TENGGARA Asia Tenggara merupakan sebuah wilayah yang amat sibuk terutamanya di kawasan Selat Melaka. Semenjak dari tahun 250 Masihi lagi, Selat Melaka dan Kepulauan Melayu menjadi nadi perdagangan dari Barat ke Timur. Jalan-jalan perdagangan itu boleh dibahagikan kepada tiga. 1 Laluan pertama dari Lautan Hindi menuju ke Laut China Selatan manakala laluan kedua pula dari pesisir Selat Melaka menuju ke China dan kepulauan rempah ratus. Laluan terakhir pula melalui Selat Sunda dan menuju ke Sumatera dan gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia. Ini membuktikan bahawa Asia Tenggara telah muncul sebagai sebuah pusat dagangan utama sejak awal lagi dan dikunjungi oleh pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Jenis-jenis komoditi yang diperdagangkan di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada lima jenis. 2 Ia terdiri daripada barangan siap, barangan untuk keperluan manusia, mineral, hasil hutan dan hamba. Barangan siap adalah seperti kain, kapas dan sutera dari India, China dan Britain. Manakala barangan keperluan manusia pula terdiri daripada beras, gandum, arak, rempah, lada hitam dan gula yang banyak diperolehi dari Jawa, Borneo, Siam dan Sumatera. Mineral dan galian pula terdiri daripada bijih timah dan emas yang 1 Nordin Hussin, “ Sejarah Pedagang Melayu dari abad ke tujuh belas hingga awal abad ke sembilan belas, dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2, Peking China pada 7-14, UKM 2002, hlm.3. 2 Ibid, hlm. 7. 1

Upload: siew-chang-yee

Post on 12-Jun-2015

1.054 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Pembukaan Pulau Pinang pada abad ke-18 oleh Francis Light memulakan satu lembaran baru sejarah negara...Ia menandakan bermulanya era penjajahan British di Tanah Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Pulau Pinang pada abad ke-18

PERDAGANGAN DAN PELABUHAN DI ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merupakan sebuah wilayah yang amat sibuk terutamanya di kawasan Selat

Melaka. Semenjak dari tahun 250 Masihi lagi, Selat Melaka dan Kepulauan Melayu

menjadi nadi perdagangan dari Barat ke Timur. Jalan-jalan perdagangan itu boleh

dibahagikan kepada tiga.1 Laluan pertama dari Lautan Hindi menuju ke Laut China

Selatan manakala laluan kedua pula dari pesisir Selat Melaka menuju ke China dan

kepulauan rempah ratus. Laluan terakhir pula melalui Selat Sunda dan menuju ke

Sumatera dan gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia. Ini membuktikan bahawa Asia

Tenggara telah muncul sebagai sebuah pusat dagangan utama sejak awal lagi dan

dikunjungi oleh pedagang dari seluruh pelusuk dunia.

Jenis-jenis komoditi yang diperdagangkan di Asia Tenggara boleh dibahagikan

kepada lima jenis.2 Ia terdiri daripada barangan siap, barangan untuk keperluan manusia,

mineral, hasil hutan dan hamba. Barangan siap adalah seperti kain, kapas dan sutera dari

India, China dan Britain. Manakala barangan keperluan manusia pula terdiri daripada

beras, gandum, arak, rempah, lada hitam dan gula yang banyak diperolehi dari Jawa,

Borneo, Siam dan Sumatera. Mineral dan galian pula terdiri daripada bijih timah dan

emas yang biasanya dibawa dari Jawa, dan negeri-negeri seperti Pahang, Trengganu,

Kelantan, Perak dan Selangor. Hasil-hasil hutan pula biasanya terdiri daripada rotan,

dammar, sago, tripang, rumpair laut dan pelbagai jenis kayu dan herba.

Kedatangan awal para pedagang ke Asia Tenggara biasanya bertumpu di beberapa

pusat atau pelabuhan utama. Ia boleh dibahagi kepada beberapa kawasan iaitu di Teluk

Bengal, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia yang merangkumi Jawa dan

Sumatera. Selain itu, gugusan Melayu seperti Borneo, Manila dan Brunei serta kepulauan

Sulu turut mendapat perhatian.

1 Nordin Hussin, “ Sejarah Pedagang Melayu dari abad ke tujuh belas hingga awal abad ke sembilan belas, dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2, Peking China pada 7-14, UKM 2002, hlm.3.

2 Ibid, hlm. 7.

1

Page 2: Pulau Pinang pada abad ke-18

Menjelang abad ke-14, telah wujud lima zon perdagangan di Asia Tenggara.3

Pertama pedagang-pedagang yang singgah di utara Teluk Bengal iaitu di Burma dan

selatan Thailand dan seterusnya ke Selat Melaka.4 Kedua, para pedagang yang singgah di

Semenanjung Tanah Melayu dan menuju ke pelabuhan-pelabuhan seperti Kedah, Perak,

Selangor, Melaka dan Riau. Ketiga pula, pedagang yang menuju ke pelabuhan di

sepanjang pantai timur Sumatera seperti di Acheh, Pedir, Pasai dan Siak.5 Keempat, para

pedagang yang singgah di pelabuhan di utara pulau Jawa, Makasar dan kepulauan

rempah. Akhirnya pedagang yang singgah di utara gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia

iaitu Borneo, Manila dan Brunei serta Sulu.6

Kepulauan Melayu-Indonesia yang terletak di zon kedua iaitu di Selat Melaka

telah menyaksikan kemunculan kerajaan-kerajaan maritim seawal 1300 dengan

kemunculan kerajaan Samudra-Pasai yang terletak di Sumatera.7 Ianya kemudian diikuti

dengan kebangkitan Melaka pada abad ke-15 di sekitar tahun 1400 dan kejatuhan kota

Melaka ke tangan Portugis pada 1511 membawa kepada kepesatan Acheh di awal abad

ke-17. Ia telah mencapai era kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Iskandar

Muda8.( 1607-1636. ) Pada pertengahan abad ke-17, pula Riau muncul sebagai sebuah

pelabuhan yang penting dan menjadi tumpuan pedagang India, China, Eropah dan juga

Nusantara. Ia dilihat menjadi pesaing kepada Belanda di Betawi dan akhirnya Riau

diserang oleh Belanda pada 1784.

KEDATANGAN KUASA BARAT KE ASIA TENGGARA.

3

? Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam, 1997, hlm. 73.

4 Nordin Hussin, “ Sejarah Pedagang Melayu dari abad ke tujuh belas hingga awal abad ke sembilan belas, dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2, hlm.3.

5 Ibid. 6 Ibid.7 Kenneth R. Hall, Maritime Trade and State Development in Early Southeast Asia, University of

Hawai Press, Honolulu,1995, hlm.227. 8 Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of two ports towns in the Straits of

Melaka, Vrije Universiteit, Amsterdam, 2001, hlm.25.

2

Page 3: Pulau Pinang pada abad ke-18

Peningkatan permintaan terhadap rempah-ratus dari Kepulauan Melayu-Indonesia telah

menyaksikan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Perancis dan

Sepanyol berlumba-lumba ke Asia Tenggara. Mereka bersaing sesama sendiri dalam

usaha untuk menguasai dagangan di Timur dengan membina jaringan perdagangan,

membuka pelabuhan serta membina penempatan.

Kehadiran kuasa-kuasa itu membuka satu lembaran baru dalam sejarah

perkembangan perdagangan di Kepulauan Melayu-Indonesia mahupun Asia Tenggara. Ia

menyaksikan satu persatu pelabuhan Melayu seperti Melaka, Betawi, Riau, Pulau Pinang,

Benkulu, Makassar dan Ambon serta Manila jatuh ke tangan kuasa asing. Portugis

merupakan perintis kepada kehadiran kuasa Barat di Kepulauan Melayu-Indonesia dan

berjaya menawan Melaka pada 1511. Kedatangan kuasa barat itu berlandaskan kepada

tiga prinsip utama ‘3G’ iaitu ‘Gold’, ‘God’ and ‘Glory’.

Selepas menguasai Melaka, Portugis meluaskan kuasa ke pulau-pulau rempah seperti

Ambonia dan Solor.

Ia diikuti dengan kehadiran Belanda yang dilihat sebagai tindak balas akibat

daripada penutupan pelabuhan-pelabuhan Portugal olah Raja Philip kepada pedagang

Belanda. Ia memaksa para pedagang Belanda untuk memulakan ekspedisi ke Timur

untuk memperolehi rempah ratus yang mendapat permintaan yang tinggi di Eropah. Ia

seterusnya membawa penubuhan Syarikat Timur Hindia Belanda ( VOC ) yang berjaya

menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu-Indonesia. VOC telah berusaha

untuk memonopoli dagangan di kepulauan rempah-ratus dengan mengawal pergerakan

kapal di Selat Melaka, mengenakan cukai dan tarif yang tinggi terhadap para pedagang

luar, pelbagai sekatan dan kawalan ke atas komoditi yang tertentu, memaksa penduduk

tempatan untuk menjual hasil mereka kepada VOC dengan harga yang rendah dan juga

membuat perjanjian yang berat sebelas dan menindas pemerintah tempatan. Dasar

monopoli Belanda jelas menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat setempat dan

turut dimusuhi oleh kuasa Barat yang lain.

3

Page 4: Pulau Pinang pada abad ke-18

Ia dapat dilihat sepanjang tahun 1641-1795, berlaku beberapa siri pertempuran

dalam persaingan di antara negeri-negeri Melayu dan Belanda. Ia tercetus lantaran

daripada keinginan Belanda mengawal perdagangan di Selat Melaka dan memonopoli

perdagangan bijih timah. Ia dapat dilihat dalam persaingan Belanda dan Perak. Di mana

Belanda telah membina loji dan kota di Perak bagi tujuan memonopoli perdagangan bijih

timah di negeri itu dan menghalang saudagar lain daripada membeli komoditi itu.9

Persaingan juga tercetus di Riau yang menyaksikan Belanda di Melaka menyerang dan

menawan Riau pada tahun 1784, satu-satunya pelabuhan Melayu yang menjamin

pelayaran yang selamat kepada pedagang Inggeris dan kapal-kapal free-traders.10

Inggeris yang sebelum ini menumpukan usahanya di India mulai mengalihkan

perhatian ke Kepulauan Melayu menjelang abad ke-18 apabila berlakunya peningkatan

dagangan antara England dengan China. Ia membawa kepada pembukaan Pulau Pinang

pada 1786 oleh Francis Light. Kejayaaan itu seterusnya memberi perangsang kepada

Inggeris untuk terus bersaing dengan Belanda dalam menguasai dagangan di Nusantara.

Ia seterusnya membawa kepada pembukaan Singapura pada 1619 dan seterusnya berjaya

mengambil alih kuasa dagangan di Nusantara dari Belanda menjelang abad ke-18.

Pulau Pinang terletak berhampiran pantai Kedah dan utara Semenanjung Tanah

Melayu. Ia mempunyai garisan lintang antara 5 14 dan 5 29 utara latitud dengan

keluasan hanya 160 batu persegi.11 Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light pada tahun

1786 bagi pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ). Pembukaannya sering

dijadikan titik penolak kepada bermulanya Sejarah Moden Malaya.12 Di mana ramai

sarjana yang beranggapan tahun 1786 menandakan bermulanya campur tangan Inggeris

di Tanah Melayu. Ia menyaksikan pembukaan Singapura pada tahun 1819 dan

pengambilan alihan Melaka pada 1824.

9 Lee Kam Hing, “Indonesia and Malaysian History from Dutch Sources: Reconstructing the Straits of Malacca’s, dalam Abu Hassan Sham (eds.) Malay Studies from Dutch Sources , Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 77-79.

10 Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya, hlm, 109.

11 T.J. Newbold, Political and Statistical of the British Settlements in the Straits of Malacca, vol i, Oxford University Press, London, 1971, hlm. 48.

12 K.G. Tregonning, A History of Modern Malaya, Eastern Universities Press Ltd, London, hlm. 69.

4

Page 5: Pulau Pinang pada abad ke-18

L. A. Mills membahagikan perkembangan Pualau Pinang dari 1786 sehingga

1867 kepada empat tahap perkembangan yang utama.13 Pada tahap yang pertama dari,

1786 sehingga 1805, ia memperlihatkan kebergantungan pulau itu terhadap Bengal dan ia

kurang diberi perhatian kerana diragui potensinya. Menjelang 1799 sehingga 1805 pula,

perkembangan Pulau Pinang yang pesat memberi keyakinan terhadap Syarikat Hindia

Timur Inggeris ( SHTI ) bahawa ia mampu menggantikan Benkulen sebagai pusat

dagangan utama British di Asia Tenggara. Ia menyaksikan pulau ini dinaikkan statusnya

sebagai Prensidensi yang keempat dan yang pertama di luar India. Namun begitu, selepas

1805-1826, Pulau Pinang gagal mengekalkan momentumnya dan disaing hebat oleh

Singapura yang dibuka pada 1819. Pada tahap ketiga, Pulau Pinang menjadi pusat

pentadbiran Negeri-negeri Selat namun begitu, ia gagal membantu dalam merancakkan

dagangan pulau itu sehinggalah pada tahun 1832, peranannya diambil alih oleh

Singapura. Tahap perkembangan terakhir dari 1830-1867 merupakan era kemalapan

Pualau Pinang yang ternyata kehilangan daya saingnya dan ditenggelamkan oleh

kepesatan ekonomi Singapura.

Pada asalnya Pulau Pinang hanyalah sebuah pulau yang terpencil dan hanya

didiami oleh sebilangan kecil orang Melayu sahaja. Namun begitu, atas usaha Light,

Pulau Pinang berkembang dalam masa yang singkat dan ia dapat dilihat dalam surat

Light kepada sahabatnya, Andrew Ross:

“ Did not the Dutch keep a strict watch over the Malays, most of them would leave Malacca: forty of them had prepared to come in the ‘Drake’, but were stopped by order of the Dutch Government and not a man is allowed to leave Malacca without giving security he will notgo to Penang…” 14

Kenyataan Light itu dapat dilihat dalam peningkatan populasi Pulau Pinang secara

mendadak di mana pada tahun 1801, jumlah penduduk Pulau Pinang termasuk Sebarang

Prai adalah kira-kira 10,310 orang dan terus meningkat kepada 14,000 pada 1822. Pada

13 L.A. Mills. “British Malaya 1824-67”, JMBRAS, vol. 33, Pt 3, 1960, hlm. 37-38.14 Ibid. hlm. 37.

5

Page 6: Pulau Pinang pada abad ke-18

tahun 1828 pula ia bertambah ke 60,551 dan 86,275 orang pada tahun 1833.15 Dalam

melihat perkembangan itu, komuniti Cina dilihat membentuk majoritinya menjelang

tahun 1842 dengan jumlah kependudukan seramai 9,715 orang dan menjelang tahun 1860

pula, ia menguasai 46.7% penduduk Pulau Pinang yang berjumlah 64,816 orang.16

Pembukaan Pulau Pinang dilihat banyak dipengaruhi oleh faktor perdagangan.

Inggeris mulai berundur dari Kepulauan Melayu-Indonesia selepas peristiwa

pembunuhan beramai-ramai di Ambonia pada 27 Februari 1923.17 Sebelas warga Britain

bersama dengan sepuluh pedagang Jepun dan seorang Portugis telah dijatuhkan hukuman

bunuh atas tuduhan cuba mengambil alih Kota Victoria. Selepas kejadian itu, Britian

mula berundur dari Asia Tenggara dan menumpukan usahanya di kepulauan India.

Namun begitu menjelang abad ke-18, ia kembali bersaing di rantau ini dan selepas

Perang Anglo-Belanda Keempat ( 1780-1784 ). Di mana dagangan di antara India-Selat

Melaka dan China didominasi Inggeris.18

Pada masa yang sama, perdagangan antara Inggeris dan China telah meningkat

secara mendadak berikutan permintaan terhadap teh yang tinggi di Eropah. Pulau Pinang

dilihat sesuai dijadikan pusat persinggahan kapal-kapal Inggeris dari India ke China

untuk tujuan pembaikian, mendapatkan bekalan makanan serta bekalan air bersih. Di

samping itu, Pulau Pinang turut mampu menjadi pusat pelindungan bagi kapal-kapal

Inggeris yang menuju ke Timur mahupun Barat semasa tiupan angin monsun.19 Ia

seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap pelabuhan-pelabuhan Belanda yang

sememangnya tidak menggalakkan kemasukan kapal-kapal luar. Kedudukan Pulau

Pinang di utara Selat Melaka menjadikannya sebagai satu satu pusat persinggahan bagi

pedagang dari India, China dan Nusantara. Ia mampu berfungsi sebagai pusat

15 T.J. Newbold, Political and Statistical of the British Settlements in the Straits of Malacca, hlm. 54.

16 L.A. Mills. “British Malaya 1824-67”, JMBRAS, vol. 33, Pt 3, 1960, hlm. 250.17 D.K. Basset, “ The Amboyna Massacre of 1623”, JSEAH, vol. no. 2, September 1960, hlm. 1.18 Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: study of two ports towns in the Straits of

Melaka, hlm.38. 19 C.D Cowan, “ Early Penang and the Rise of Singapore 1805-1832, JMBRAS, vol 23, pt 2,

1950, hlm.3.

6

Page 7: Pulau Pinang pada abad ke-18

pengumpulan hasil dari negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera,

selatan Thailand dan Myammar, serta pantai Koromandel India.20

Inggeris turut melihat pembukaan Pulau Pinang penting bagi menggantikan

Benkulen di Sumatera yang gagal menyaingi Belanda di Betawi. Di mana Pulau Pinang

bakal dijadikan pelabuhan bebas untuk melawan monopoli Belanda di kepulauan

Melayu-Indonesia. Dasar monopoli Belanda yang ketat dan penawanan Riau pada tahun

1784 mengakibatkan penguasaan Belanda di Nusantara semakin ketara. Justeru itu,

pembukaan Pulau Pinang dilihat sebagai satu usaha Inggeris untuk memusnahkan

monopoli Belanda.21

Selain faktor dagangan, Inggeris turut berhasrat menjadikan pulau itu sebagai

sebuah pengkalan tentera laut. Perang Napolean yang tercetus di Eropah ( 1789-1814 )

dan diikuti kehadiran armada Perancis di Lautan Hindia serta Asia Tenggara jelas

membimbangkan Inggeris. Lantaran itu, Inggeris memerlukan sebuah pengkalan tentera

untuk mengawasi kepentingannya di India dan Asia Tenggara. Ia seterusnya membawa

kepada lahirnya idea untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah pengkalan tentera

dan juga pusat pembinaan kapal.22 Hasrat Inggeris itu turut dipengaruhi oleh faktor

persekitaran Pulau Pinang yang kaya dengan pelbagai jenis kayu dan ini seterusnya

menyediakan bekalan bahan mentah yang banyak dan sesuai untuk tujuan pembinaan

kapal dan juga penempatan kapal-kapal perang Inggeris. Ia dapat dilihat dalam kenyataan

Newbold ( 1971 ) yang menyatakan bahawa: Pinang has, for a succession of ages, been

almost entirely covered with dense forest, producting timber well adapted for ship-

building and for masts of vessels.23

20 Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of two ports towns in the Straits of Melaka, hlm.37.

21 Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya, hlm. 109-110.

22 M. Stubbs Brown, “ The Failure of Penang as a Naval and Shipbuilding Centre”, JMBRAS, vol. 32, pt. 1, 1959, hlm. 28.

23 T.J. Newbold, Political and Statistical of the British Settlements in the Straits of Malacca, hlm. 52.

7

Page 8: Pulau Pinang pada abad ke-18

Perancangan Syarikat Hindia Timur Inggeris jelas berada di landasan yang tepat.

Pulau Pinang mengalami kepesatan perdagangan di samping pertumbuhan penduduk

yang pesat. Dua tahun selepas pembukaanya, penduduknya telah bertambah kepada 1000

orang dan meningkat kepada 5000 orang menjelang tahun 1804.24 Jumlah dagangannya

pula bertambah dari Spd 853,592 pada tahun 1789 kepada Spd 1,418,200 pada tahun

1804.25

PENCAPAIAN DAN JARINGAN PERDAGANGAN PULAU PINANG 1786-1830

Pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan statusnya sebagai pelabuhan bebas

menyaksikan Pulau Mutiara itu berkembang pesat dan menjadi sebuah pelabuhan

entrepot yang penting menjelang penghujung abad ke-17 sehinggalah pertengahan abad

ke 18. Kedudukannya yang strategik di utara Selat Melaka dan berhampiran dengan

bahagian utara Sumatera dan negeri-negeri Melayu Utara membolehkan Pulau Pinang

muncul sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil seperti serbuk emas, bijih timah, sarang

burung, lada hitam, beras, rotan dan hasil-hasil hutan. Di samping itu, Pulau Pinang juga

dapat mengawal kemasukan kapal pedagang dari Teluk Benggala dan juga Pantai

Koromandel serta Pantai Malabar di India. Ia merangkumi para pedagang dari selatan

India, Sri Lanka, Burma dan Siam yang menuju ke pelabuhan-pelabuhan utama di

Kepulauan Nusantara yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu mahupun di Sumatera

dan Jawa.

Perkembangan Pulau Pinang dapat dikesan seawal tahun 1788 dengan

peningkatan mendadak kapal-kapal yang melabuh di pelabuhan Pulau Pinang. Ia dapat

dibahagikan kepada dua jenis mengikut saiz dan berat. Kapal dagang yang melebihi 50

tan dikategorikan sebagai kapal manakala yang kurang daripada 50 tan pula

dikategorikan sebagai perahu.26 Pada tahun 1786 hanya terdapat 52 buah kapal yang

24 Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya, hlm. 108.

25 Ibid.

26 Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of two ports towns in the Straits of Melaka, hlm. 104.

8

Page 9: Pulau Pinang pada abad ke-18

datang ke Pulau Pinang dan ia terus meningkat kepada 3569 kapal pada tahun 1802.27

Jadual 5 menunjukkan jumlah kedatangan kapal ke Pulau Pinang dari tahun 1786-1802.

Tahun 1786 1787 1789 1799 1800 1801 1802

Jum. kapal 85 504 1983 2004 2173 2830 3569

Diubah suai dari: Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A study of two ports towns in Straits of

Melaka, Oktober 2002, hlm.102-106.

Perdagangan di Pulau Pinang dikuasai oleh pedagang-pedagang kecil dari

Kepulauan Melayu yang melalui Selat Melaka dengan perahu-perahu kecil seperti

banting dan panchalang. Golongan pedagang ini yang majoritinya orang Melayu dan

Bugis dari Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Pola kedatangan mereka dapat

dilihat dalam tahun 1789 dengan kehadiran 403 perahu pada tahun berkenanan dan

merangkumi 74% kapal yang datang ke Pulau Pinang. Ia terus meningkat kepada 1836

buah kapal pada tahun 1799 dan mencapai kemuncaknya pada tahun 1802 dengan

kehadiran 3328 buah perahu dan menguasai 93.2% kapal yang berlabuh di Pulau Pinang.

Trend ini dapat dibuktikan menerusi data-data yang dikumpulkan oleh George

Leith, Lieutenanat-Governor Pulau Pinang bagi tempoh 1800-1803. Gambarajah 1

menunjukkan bilangan perahu yang tiba di Pulau Pinang dari tahun 1786-1787 dan 1799-

1802.

27

? Ibid.

9

Page 10: Pulau Pinang pada abad ke-18

KEDATANGAN PERAHU KE PULAU PINANG 1786-1787 DAN 1789-1802

0

1000

2000

3000

4000

Thn 1786 Thn 1787 Thn 1799 Thn 1802

TAHUN

BIL

AN

GA

N

Bilangan

Diubah suai dari : Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A study of two ports towns in Straits of

Melaka, Oktober 2002, hlm.106

Dalam melihat kedatangan pedagang pula, pedagang Inggeris mendominasi

perdagangan di Pulau Pinang dan majoritinya terdiri daripada golongan country traders

yang merupakan pedagang Inggeris persendirian. Golongan ini memainkan peranan

penting dalam menjalin hubungan antara Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) dengan

negeri-negeri Melayu. Di mana country traders ini berjaya mengadakan kerjasama

perdagangan dengan pembesar-pembesar tempatan, mendirikan penempatan perdagangan

dan juga mengelakkan pihak kompeni daripada terlibat secara langsung dalam konflik

tempatan dan juga tanggungjawab politik.28

Penguasaan golongan country traders ini dapat dilihat dari data yang diperolehi

dari tahun 1788-1794 dan 1799-1802 di mana ia menguasai 66% ( 1286 ) daripada 1964

kapal yang datang ke Pulau Pinang. Selain itu, golongan pedagang Inggeris ini juga

memainkan peranan yang penting dalam pembangunan serta perkembangan Pulau

Pinang. James Scott misalnya merupakan peniaga yang paling berjaya di Pulau Pinang di

mana pada tahun 1793, jumlah dagangan syarikatnya bernilai Spd123,219 di samping

tujuh syarikat buah kapal yang bernilai Spd131,073.29

28 Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya, hlm. 79.

10

Page 11: Pulau Pinang pada abad ke-18

Selain pedagang Inggeris, para pedagang dari benua Asia terutamanya pedagang

Chuliar, Melayu, China, Moor dan Burma turut bergiat aktif di Pulau Pinang dengan

memiliki 381 kapal bagi tempoh yang sama. Pedagang Chuliar merupakan perantaraan

antara Pulau Pinang dengan Pantai Koromandel. Mereka bergiat cergas dengan

mengimport masuk kain India dan juga barangan dari India untuk dipasarkan di Pulau

Pinang. Mahomed Syed dan rakannya Mucktoon Saib, Boojoo Mahomed dan Ismail

Mahomed merupakan antara pedagang Chuliar yang berjaya membina empayar mereka

di Pulau Pinang.30

Pedagang Melayu pula rata-ratanya orang Melayu dan Bugis membekalkan

makanan, hasil hutan dan galian seperti emas dan timah untuk dipasarkan di Pulau

Pinang. Para pedagang Cina yang datang ke Pulau Pinang pula kebanyakannya

mempunyai rangkaian perdagangan yang luas dan ia melibatkan Junk Cyelon, Kedah ,

Selatan Thai dan Sumatera. Mereka terlibat dalam pelbagai sektor termasuklah

pengangkutan, pertanian, dan pembekalan tenaga buruh.

Selain Inggeris, Pulau Pinang turut dikunjungi pedagang Eropah yang lain

termasuklah dari Amerika, Sepanyol, Belanda dengan memiliki 15% atau 297 buah

kapal. Golongan pedagang Eropah membawa bersama mereka pelbagai produk dari Barat

untuk ditukar dengan barangan seperti rempah ratus, timah dan pelbagai hasil hutan.

Dalam membicarakan kedatangan pedagang mengikut pelabuhan pula, pedagang

dari pelabuhan di sekitar Selat Melaka seperti Pedir, Kedah, Melaka , Acheh, dan

Selangor merupakan pedagang yang paling kerap tiba di pelabuhan Pulau Pinang. Trend

ini dapat dilihat bagi tempoh dari tahun 1786 sehingga 1974 kecuali bagi tahun 1788. Di

mana pedagang di sekitar Selat Melaka merangkumi 38% ketibaan kapal di Pulau Pinang

bagi tempoh 8 tahun pertama pembukaan pelabuhan itu.31 Ia diikuti oleh pedagang dari

29 Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A Study of two ports towns in the Straits of Melaka, hlm.110.

30 Ibid, hlm.112.31

? Ibid, hlm. 115.

11

Page 12: Pulau Pinang pada abad ke-18

pelabuhan kepulauan India yang datang dari pelabuhan seperti Calcutta, Nagapatnam dan

Madras. Golongan pedagang ini menguasai 35% kapal yang tiba di Pulau Pinang bagi

tempoh masa yang sama.32 Selain itu, pedagang dari Teluk Benggal yang meliputi

pelabuhan seperti Ranggon, Pegu dan Junk Cyelon dan para pedagang dari Asia Timur

khususnya dari Macao, Siam dan China turut merupakan pengunjung dominan bagi

pelabuhan Pulau Pinang.

Menjelang penghujung abad ke 18, Pulau Pinang muncul sebagai sebuah

pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu. Ia menjadi tumpuan pedagang

dari India, China dan kepulauan Melayu. Para pedagang kepulauan Melayu membawa

komoditi seperti serbuk emas, sarang burung, timah, kain bugis, lada hitam dan hasil

hutan untuk ditukar dengan barangan dari India dan China seperti candu, kain India,

matawang Sepanyol, sutera dan kapas. Manakala pedagang dari Pantai Koromandel dan

Bengal pula membawa bersama mereka komoditi kain, gaharu, gandum, kapas, candu,

minyak dan tembakau dan membawa pulang rempah ratus seperti buah pinang, bunga

cengkih, dan buah pala. Pedagang China pula membawa bersama mereka komoditi yang

paling berharga di Barat iaitu teh, sutera, porcelain dan tembakau. Manakala hasil-hasil

hutan seperti sarang burung, ubatan herba, gading gajah serta tripang menjadi buruan

mereka.

Dalam melihat komoditi yang diperdagangkan pula, barangan seperti serbuk

emas, sarang burung, timah, kain bugis, beras merupakan import utama Pulau Pinang di

sekitar penghujung abad ke 18. Manakala eksport utamanya pula candu, kain India, mata

wang Sepanyol dan kain Bugis. Jadual 6 menunjukkan import dan eksport komoditi

utama Pulau Pinang pada tahun 1792.

Import % Eksport %

serbuk emas 17.11% Candu 54.78%

32

? Ibid.

12

Page 13: Pulau Pinang pada abad ke-18

sarang burung 14.60% kain India 21.39%

Timah 12.29% mata wang Sepanyol 8.90%

kain bugis 12.14% kain bugis 2.15%

Beras 9.33%

Diubah suai dari: Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A study of two ports towns in Straits of

Melaka, Oktober 2002, hlm.125.

Jumlah dagangan bagi serbuk emas yang diperolehi dari kawasan pendalaman

Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo adalah berjumlah Spd 38,472

daripada Spd 224,533.65 jumlah keseluruhan import Pulau Pinang bagi tahun 1792. Ia

diikuti sarang burung yang berjumlah Spd 32,804 dan timah 12.19% dengan jumlah

eksport sebanyak Spd 27,614.55. Bagi jumlah eksport pula, ia dikuasai oleh candu yang

merangkumi 54.78% jumlah eksport Pulau Pinang dengan jumlah dagangan sebanyak

Spd 173,880 daripada Spd 317,414 eksport pulau itu bagi tahun 1792. Ianya diikuti

eksport kain India yang berjumlah Spd 67,920 dan matawang Sepanyol sebanyak Spd

28,251.33

Trend aliran komoditi ini tidak banyak berubah pada awal abad ke-19. Di mana

barang yang sama masih kekal menguasai pasaran Pulau Pinang. Sedikit perbezaan dapat

dilihat dengan kemunculan buah pinang dan lada hitam selaku salah satu komoditi

penting. Kedua-dua menyumbang kira-kira 20% jumlah dagangan Pulau Pinang bagi

tahun 1806. Permintaan terhadap bijih timah pula semakin meningkat dan ia menguasai

16% daripada jumlah dagangan manakala komoditi seperti serbuk emas, sarang burung

serta kain Bugis mengalami sedikit kemerosotan. Kain India dan candu pula terus kekal

sebagai komoditi utama Pulau Pinang dengan peratusan dagangan yang tinggi iaitu

masing-masing 38% dan 12% daripada dagangan tahun 1806. Carta 2 menunjukkan

peratusan dagangan Pulau Pinang bagi tahun 1806.

33 Ibid, hlm 120-121.

13

Page 14: Pulau Pinang pada abad ke-18

PERATUSAN DAGANGAN KOMODITI UTAMA PULAU PINANG TAHUN 1806

kain india38%

tin16%

candu12%

lada hitam11%

pinang9%

lain-lain14%

kain india

tin

candu

lada hitam

pinang

lain-lain

Diubah suai dari : Nordin Hussin, Melaka and Penang 1780-1830: A study of two ports towns in Straits of Melaka, Oktober 2002,

hlm.127.

Potensi pelabuhan Pulau Pinang mulai dikesan pada tahun 1789 dengan

mencatat jumlah dagangan sebanyak Spd 853,592. Ia terus meningkat pada

tahun 1804 dengan mencatat dagangan sebanyak Spd 1,418,2000.34 Ia

membawa kepada perubahan sikap SHTI terhadap Pulau Pinang yang sebelum

ini tidak yakin dengan potensinya. Pulau Pinang terus mencapai dagangan yang

memberansangkan dengan mencapai paras dagangan tertinggi pada tahun 1822

dengan jumlah dagangan sebanyak Spd 6,500,000 tetapi kemudianya merosot

kepada Spd 5,265,902 pada tahun 1823.35 Pembukaan Singapura pada 1819

jelas menjejaskan perdagangan Pulau Pinang dan ia terus mengalami

kemerosotan dari tahun ke tahun dengan dagangan hanya Spd 4,964,141 pada

tahun 1825-1826 dan hanya Spd 4,019,836.9 pada tahun 1828/29. Ia mencapai

jumlah dagangan yang terendah pada tahun 1830 dengan dagangan hanya Spd

3,149,151.36

34

? Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangannya, hlm . 108

35 L.A. Mills, “British Malaya 1824-67”, JMBRAS, vol. 33, Pt 3, 1960, hlm. 22436

? Ibid.

14

Page 15: Pulau Pinang pada abad ke-18

Kemerosotan Pulau Pinang menjelang tahun 1823 dikaitkan dengan

pembukaan Singapura dan seterusnya ia diturunkan statusnya dari Presidensi ke

Rensidensi pada tahun 1830. Kemerosotan dagangan Pulau Pinang juga

membawa kepada pemindahan pusat negeri Selat ke Singapura pada tahun

1832. Selain itu, M. Stubbs Brown ( 1959 ) berpendapat, kegagalan Pulau

Pinang memainkan peranan sebagai pengkalan tentera dan juga pusat

pembinaan kapal turut menyumbang kepada kejatuhannya.37 Di mana masalah

kekurangan modal, tenaga mahir serta bekalan kayu telah merencatkan

perkembangan Pulau Pinang selaku pusat perkapalan Britsih di rantau Asia

Tenggara. Akhirnya pada tahun 1812, projek mega itu digugurkan dan ia jelas

menghampakan kerajaan Britian. 38

37 M. Stubbs Brown, “ The Failure of Penang as a Naval Base and Shuipping Centre”, JMBRAS, vol. 32, pt. 1, 1959, hlm.28-29.

38

? Ibid, hlm. 32a.

15