daftar homonim p3

3
www.saujana.sg daftar kata Nama : ________________________________________ Darjah : _______________________________________ Sekolah : ______________________________________ homonim P3

Upload: mohamed-naim-daipi

Post on 26-May-2015

691 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Siri Pemaknaan Kata - Daftar Homonim untuk P3

TRANSCRIPT

Page 1: Daftar Homonim P3

www.saujana.sg

daftar kata

Nama : ________________________________________ Darjah : _______________________________________ Sekolah : ______________________________________

homonim P3

Page 2: Daftar Homonim P3

DAFTAR HOMONIM P3 / MND / 2009

DAFTAR PERKATAAN PELBAGAI MAKNA

01 BAIK Setelah memakan ubat itu, neneknya pun baik.

Budak yang baik itu sering dipuji oleh cikgu Hakim

02 BUKA Adik lelaki saya hendak membuka tingkap itu.

Apabila azan maghrib berkumandang, kami pun berbuka puasa

03 BULAN Cahaya bulan pada malam itu sangat terang.

Pada bulan Jun, kami hendak pergi ke Australia.

04 DALAM

Abang saya berenang di kolam renang yang dalam itu.

Ayah saya sedang bersalat di dalam biliknya.

05 DIAM Murid-murid diam sahaja ketika dimaahi guru.

Gani diam di situ sejak berusia sepuluh tahun.

06 LALU Pada minggu lalu, saya berkelah di Changi.

Setiap pagi, orang itu lalu di hadapan rumah saya.

07 LEPAS

Selepas membaca buku, dia menonton televisyen.

Burung itu terlepas ketika hendak dimandikan.

Page 3: Daftar Homonim P3

DAFTAR HOMONIM P3 / MND / 2009

08 MANGGA Buah mangga yang dibeli ibu sangat manis.

Mangga pintu hadapan itu sudah rosak.

09 MASA Pada masa saya datang, dia sedang tidur.

Kalau awak ada masa, datanglah ke rumah saya.

10 MASAK Ibu sedang memasak kuih koci di dapur.

Kalau belum masak, janganlah kamu petik buah mangga itu.

11 PUKUL

Adik dipukul ayah kerana dia mengganggu orang tua itu.

Saya hendak ke perpustakaan pada pukul tiga petang.

12 SENANG Dia tahu menjawab matematik yang senang itu.

Hidup orang tua itu senang kerana beliau rajin.

13 SIANG Ikan itu sedang disiang oleh ibu di dapur.

Pada waktu siang, kelawar-kelawar itu masuk ke dalam gua.

14 TAWAR

Ayah membubuh sedikit gula kerana minuman itu masih tawar.

“Tawarlah harga ikan itu,” kata ibu kepada kakak.

15 TINGGAL

Ayub dan Yazid tinggal di Estet Sang Nila Utama

Duit yang diberi oleh ibunya tadi, tinggal sedolar sahaja.