dadah dan implikasinya

13
Lebih kurang satu peratus daripada penduduk Malaysia menghadapi masalah dengan penagihan dadah. Bincangkan implikasi ini kepada masyarakat. Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial yang paling rumit di oleh negara Malaysia. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an, tetapi se kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Pelbagai alasan diberika ramai yang terjerumus ke lembah terlarang dan berbahaya ini yang kemudian tidak melepaskan diri lagi. Masalah dadah adalah sangat serius dan mengancam secara be yang bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah.Secaraprinsip, puncanya masih sama dan tidak pernah berubah, tetapi langkah penyelesaian masih kurang berkesan perlu mencari cara penyelesaian yang baru yang bukan sahaja menekankan kepada as moral dan kemanusiaan, tetapi mengambilkira kemestian untuk memusnahkan dadah dalam jaringan masyarakat. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktivi penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat dan disokong oleh perm yang tinggi. Perubahan senario politik antarabangsa dengan berakhirnya p antara kuasa-kuasa besar dunia, telah membawa kesan negatif dalam usaha membante dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak lagi bersempadan dan semua orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa sekatan. Sistem komunikasi dan peng yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan mereka. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya di 1

Upload: vaishnavi-krishnan

Post on 21-Jul-2015

201 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lebih kurang satu peratus daripada penduduk Malaysia menghadapi masalah dengan penagihan dadah. Bincangkan implikasi ini kepada masyarakat.

Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial yang paling rumit dihadapi oleh negara Malaysia. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Pelbagai alasan diberikan mengapa ramai yang terjerumus ke lembah terlarang dan berbahaya ini yang kemudian tidak mampu melepaskan diri lagi. Masalah dadah adalah sangat serius dan mengancam secara berantai yang bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah. Secara prinsip, puncanya masih sama dan tidak pernah berubah, tetapi langkah penyelesaian masih kurang berkesan. Kita perlu mencari cara penyelesaian yang baru yang bukan sahaja menekankan kepada aspek moral dan kemanusiaan, tetapi mengambilkira kemestian untuk memusnahkan sumber dadah dalam jaringan masyarakat.

Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat dan disokong oleh permintaan yang tinggi. Perubahan senario politik antarabangsa dengan berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia, telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak lagi bersempadan dan semua orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa sekatan. Sistem komunikasi dan pengangkutan yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan mereka. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan

1

kerana operasi mereka menjadi lebih mudah dan meluas.

Banyak kajian telah dijalankan oleh berbagai-bagai pihak berhubung dengan penyalahgunaan dadah di negara ini dan di negara barat. Di Universiti-universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan di beberapa Universiti lain pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui faktor dan juga kesan-kesan penyalahgunaan dadah di negara ini. Pihak- pihak kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri melalui Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan Kementerian Kesihatan telah menjalankan kajian berhubung dengan masalah yang sama. Badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH) juga telah menjalankan kajian tentang perkara i ni. Usaha-usaha lain seperti Kempen Anti Dadah Kebangsaan telah banyak dilaksanakan dalam usaha membasmi masalah dadah. Aktivitiaktiviti lain seperti kaunseling dan aktiviti seumpamanya juga telah dijalankan untuk tujuan mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.

Semenjak 30 tahun yang lalu masalah dadah menjadi semakin serius. Berbagai usaha telah dilakukan bagi memerangi dadah termasuk menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (2004), penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan atau AADK(1996), penubuhan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) (1976) dan Majlis Anti Dadah Kebangsaan. Akta Dadah Berbahaya 1952 pula dipinda beberapa kali semata-mata mahu mengenakan hukuman berat kepada pesalah iaitu pengedar, pemilik dan penagih dadah. Suruhanjaya Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik

2

(UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa, manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang serius penularan najis dadah dan kesannya kepada masyarakat.

Rentetan langkah penyelesaian bagi masalah nasional ini selama bertahun-tahun mengesahkan bahawa ia terus menjadi ancaman kepada negara. Ia juga menjadi punca kepada penghakisan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, terdapat perdebatan dan kontroversi yang mempersoalkan keberkesanan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin setempat dan keluarga dalam menangani dan membendung gejala dadah.

Akhirnya, semua ini membawa kita kembali kepada persoalan pokok iaitu apakah langkah-langkah yang paling berkesan untuk menangani masalah penagihan dadah yang telah merosakkan hampir 1% rakyat negara ini. Sebenarnya penting untuk kita mengambil pengajaran dan persoalan patutkah kita membiarkan kira-kira 1.2 juta penagih dadah terus bermaharajalela di persekitaran masyarakat sedangkan kita tahu mereka sanggup melakukan apa saja kerana dadah. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik maupun keselamtan. Dengan perkataan lain, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.

3

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul, boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya, morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat menahan kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara. Pertama, ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak bersifat sedemikian. Kedua, ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat ketagihan walaupun telah berhenti menggunakannya.

4

Yang ketiganya, ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda si pengguna, tetapi semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaanya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982. Keempat, ubat umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau) sehingga membawa hukuman mati. Antara kesan sosial ialah kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawap terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkahlaku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan dirinya. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Dadah menghancurkan keharmonian dan kemesraan rumahtangga. Keluarga yang perlu dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan kepada isteri dan anak-anak; bahkan terdapat penagih yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Apabila mereka ingkar untuk memberi wang dan menasihatkan mereka, timbul masalah seperti pergaduhan dan keganasan rumahtangga. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik di kalangan ahli keluarga sendiri dan orang ramai terhadap mereka. Apabila sistem keluarga ini menjadi porak peranda, maka tidaklah

5

dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dimana ianya bermula dari setiap keluarga yang akhirnya menjadi satu masyarakat. Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara. Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluaga. Mereka hidup di tempattempat lengang yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Dunia mereka hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah sahaja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa juga bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Keadaan mereka diibaratkan "hidup segan mati tak mahu". Ada yang menggelarkan mereka sebagai "bangkai bernyawa". Hakikatnya sesiapa yang terjerumus dalam perangkap dadah, amat sukar untuk melepaskan diri. Kesan mental dan emosi lazimnya dipanggil kesan psikologi, iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (eforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama, seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Perwatakannya mungkin bertukar; mereka tidak segansilu untuk melakukan perkara yang ajaib atau pelik serta tidak mempunyai rasa

6

bertanggungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulangkali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah. Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah, tak dapat memberi tumpuan dalam sesuatu dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit kadangkala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Semua ini menggambarkan apa yang dipanggil `gian'. Bahkan ia boleh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal, yang berlawanan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Tubuh tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Kerana takutkan rasa `gian' penagih meneruskan tabiatnya. Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

7

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah akan musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku. Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Menrut Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2009, didapati 46.02% atau 35 604 ribu daripada banduan penjara di Malaysia adalah terlibat dengan gejala dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Selain daripada itu, penagih juga akan mengalami masalah tidur dan susah hendak nyenyak. Mereka sering mengigau, fikiran menjadi kacau dan tidak berupaya memberi tumpuan. Emosinya turut menjadi tidak stabil, mudah marah atau menangis. Ia juga cenderung untuk membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri dan juga orang di sekelilingnya. Penagihan dadah sangat rapat dan sinonim dengan jenayah. Boleh dikatakan kebanyakan penagih dadah melakukan jenayah seperti menyeluk saku, menipu, mencuri, pecah rumah, meragut, dan sebagainya. Mereka akan lakukan apa sahaja termasuk membunuh asalkan mereka perolehi apa yang mereka inginkan.

8

Dadah mendatangkan penyakit HIV/AIDS. Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai wang secukupnya, mereka sanggup berkongsi jarum dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya, hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan. Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri termasuk isteri/suami dan anak-anak. Secara tidak langsung, insan yang tidak bersalah turut menjadi mangsa penganiyaan para penagih dadah iaitu menjangkiti HIV/AIDS. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit tersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana berada dalam keadaan serba salah. Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah:

i) Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi ii) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan pemulihan penagih dadah iii) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

9

iv) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan V) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, makamah, hospital dan sebagainya.

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan tahun 2009 oleh Agensi Antidadah Kebangsaan membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 22.5% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 25-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa . Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Bagi membendung gejala dadah ini, kita sebagai anggota masyarakat, tidak seharusnya meletakkan tugas membasmi gejala ini kepada kerajaan semata-mata. Ini kerana, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah tidak dapat diterima oleh masyarakat apabila mereka sudah kembali ke pangkal jalan. Ini menyebabkan mereka

10

terasa tersisih dan seterusnya kembali kepada tabiat lama mereka. Tanpa kita sedari, kita juga sebenarnya menjadi punca kepada penglibatan remaja dengan najis dadah. Ini kerana, pada tahun 2009, seramai 8 613 ribu atau 54.7 peratus (Perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaaan) yang terlibat dengan penagihan dadah merupakan penagih berulang. Kebanyakan masyarakat menganggap bekas penagih dadah merupakan orang yang tidak berguna lagi dalam masyarakat dan seharusnya disisihkan. Majikan juga tidak mahu menggaji bekas penagih dadah kerana pada pandangan mereka, bekas penagih dadah tidak dapat membawa sebarang keuntungan kepada syarikat. Mereka hanya memberi bebanan kepada syarikat. Tanggapan-tanggapan sebegini seharusnya dipadam dari pemikiran rakyat Malaysia yang mahukan negara kita bebas daripada najis dadah. Kerajaan telah menyediakan pelbagai program bagi memulihkan bekas penagih dadah meneruskan kehidupan seperti biasa apabila mereka keluar dari Pusat Serenti. Walau bagaimanapun, segala program yang dijalankan sia-sia sahaja sekiranya masyarakat terus menolak kehadiran bekas penagih dadah dalam kehidupan mereka. Pada ketika ini, sokongan ahli keluarga amat penting bagi memastikan mereka tidak kembali kepada kehidupan sebelum ini yang penuh dengan kehinaan. Justeru itu, kita sebagai anggota masyarakat seharusnya memastikan segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan berhasil dan bekas penagih dadah tidak kembali menagih. Adakah kita sedari bahawa kesan penagihan dadah bukan sahaja kepada diri penagih itu sendiri, tetapi kita sebagai masyarakat juga turut menerima kesannya. Sekiranya seorang penagih mengambil ectasy, penagih tersebut mempunyai tenaga yang maksima tanpa perlu tidur untuk 24 jam, tetapi kita sebagai masyarakat turut merasai

11

kesannya. Adakah kita sedari bahawa peningkatan kes jenayah di Malaysia adalah berpunca daripada gejala dadah. Kes-kes ragut yang saban hari disiarkan di media-media sebenarnya berpunca daripada keinginan untuk mengambil dadah. Seseorang penagih yang terlalu gian untuk mengambil dadah boleh melakukan apa sahaja. Sebagai contoh, mereka sanggup meragut, merompak dan ada yang sanggup membunuh semata-mata untuk mendapat wang bagi membeli dadah. Di selatan Thailand, gejala dadah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya keganasan di negara tersebut. Mereka sanggup membunuh polis yang cuba untuk menghalang mereka menjalankan aktiviti mengedar dan menjual dadah. Selain itu, masyarakat antarabangsa juga memandang serong masyarakat Malaysia kerana keruntuhan akhlak dikalangan remaja yang terlibat dengan dadah. Penagih dadah diibaratkan sebagai sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara. Dunia mereka dipenuhi dengan kehinaan kerana kehidupan mereka ibarat mayat bernyawa. Kesimpulannya, penglibatan remaja dengan najis dadah ini bukan disebabkan oleh satu punca sahaja. Sebenarnya semua pihak bertanggungjawab dalam hal ini. Ini kerana sikap kita sebagai masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga boleh menyebabkan remaja terlibat dengan gejala ini. Oleh itu, kita perlu lebih peka terhadap masalah ini dan sama-sama menbantu kerajaan dalam usaha untuk membasmi gejala penagihan dadah ini daripada terus merosakkan anak-anak muda mahupun penagih dewasa negara kita yang kian meningkat. Ini kerana, sekiranya najis dadah ini tidak dihapuskan, kita sebagai masyarakat juga akan turut menerima kesannya. Kerajaan amat memerlukan bantuan

12

daripada masyarakat bagai merealisasikan matlamat negara bebas daripada najis dadah pada tahun 2015. Bibiliografi : 1. 2. 3. 4.5.

http://www.adk.gov.my/ http://www.prostar.gov.my/JR_Dadah_BM.htm http://www.razalimohdamin.com/?p=45http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?Id=150

http://sladsmktt.tripod.com/kesan_dadah.htm http://dewa-pemusnah.blog.friendster.com/2005/08/dadahsebab-dan-kesannya

6.

13