remaja dan dadah latest

27
Pengenalan Apakah itu dadah? Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudarata kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) s tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan berlaku. Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya merangkumi bahan yang boleh memberi kesan yang buruk atau negatif seperti yang dinyatakan. T dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan ya memudaratkan. Dadah adalah satu-satunya masalah sosial yang paling rumit yang sedang dihadapi ol asalah ini mula diperkatakan sejak tahun !"-an lagi, namun sehingga kini masih tid menampakkan perubahan positif. Ciri-ciri Dadah #Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai $iri-$iri berik #empunyai kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunj #Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. #Diperoleh se$ara haram. #emba&a kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan t dadah.

Upload: aishah-abdullah

Post on 06-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Pengenalan Apakah itu dadah?

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan berlaku.Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya merangkumi semua bahan yang boleh memberi kesan yang buruk atau negatif seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang memudaratkan.Dadah adalah satu-satunya masalah sosial yang paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, namun sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif.

Ciri-ciri DadahDadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut : Mempunyai kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.Diperoleh secara haram.Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

Ciri-Ciri Penagihan DadahKemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.Selalu mengunjungi tempat terpencil untuk mengambil dadah.Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang.Hilang selera makan dan kurang berat badan.

Kesan Penggunaan Memahami Ketagihan

Sesetangah individu lebih cenderung menagih dadah. Seperti penyakit lain, kecenderungan menagih berbeza-beza dalam kalangan insan, dan bergantung kepada bilangan faktor risiko yang terbabit. Pendek kata, faktor risiko dan faktor pelindung adalah seperti daya magnet pada kutub yang bertentangan. Seseorang yang menghadapi beberapa faktor risiko adalah lebih terdedah kepada ketagihan berbanding seseorang dengan hanya mempunyai satu fator risiko. Sebaliknya terdapat faktor pelindung yang berlawanan dengan faktor risiko, justeru mengurangkan risiko seseorang mengalami ketagihan.Namun, tidak ada satu faktor tunggal yang menentukan sama seseorang akan menjadi penagih dadah kerana seluruh prosesnya amat rumit dan mengambil kira banyak pembolehubah. Antaranya termasuk jantina dan bangsa, peringkat tumbesaran dan persekitaran sosial semasa membesar.

Ketagihan sejenis penyakit otakOpioid, iaitu sejenis dadah paling kerap disalahgunakan di seluruh dunia. Opioid mengikat reseptor dalam otak untuk merangsang penghasilan dopamine, sejenis bahan yang wujud secara semula jadi yang membuat kita rasa gembira. Walaupun opioid dalam bentuk morfin dan ubat pelega kesakitan di bawah pengawasan perubatan, penggunaan secara rekreasi atau sebagai amalan biasa boleh menyebabkan ketagihan apabila otak tidak dapat berfungsi secara normal tanpa opioid. Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah bukan satu kejadian rambang. Mungkin masalah hidup, ketidakselesaan, gangguan emosi atau kesakitan fizikal menyebabkan seseorang mula menyalahgunakan dadah yang seterusnya mengundang kebergantungan sepanjang hayat mereka.Terdapat dua ciri umum yang dapat dilihat dalam masalah ketagihan dan kebergantungan kepada dadah iaitu dorongan nafsu yang kuat untuk mengambil dadah (tanpa keupayaan untuk mengawal pengambilan) dan sindrom penarikan yang menyebabkan ketidakselesaan fizikal dan kehilangan motivasi apabila dadah tidak diberikan. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan kebergantungan atau ketagihan. Ketagihan (kebergantungan) dadah ialah penggunaan dadah secara berulang, walaupun ia mendatangkan kesan negatif dan kadang-kala berbahaya.Oleh kerana kesannya terhadap otak dan gejala tarikan serius yang boleh menyebabkan kesakitan fizikal, ketagihan ialah sejenis penyakit kronik (jangka panjang) dengan kadar berulangan yang tinggi. Ditambah pula dengan tanggapan buruk masyarakat terhadap masalah ini, individu yang cuba mengatasi ketagihan mereka menghadapi masalah besar untuk menanganinya. Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah ialah penyakit progresif. Keadaan ini boleh menyebabkan penagih hilang harga diri apabila mereka rasa mereka harus disalahkan, hilang punca kewangan apabila ketagihan mereka menyebabkan mereka mengabaikan tugas mereka, dan kehilangan sokogan daripada orang tersayang yang tidak dapat membantu mereka. Ramai keluarga mengabaikan atau menyembunyikan hakikat bahawa orang tersayang mereka mengalami ketagihan dan kebergantungan kepada dadah.Dalam keadaan paling buruk, individu tersebut mungkin dipinggirkan atau tidak diterima oleh keluarga masing-masing, menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Tidak kira punca atau sebab seorang individu mula menyalahgunakan dadah, sama ada sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan atau untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah lain, hakikatnya ialah usaha melepaskan diri daripada belenggu ketagihan memerlukan bantuan.

Merawat masalah ketagihanMenyedari masalah ketagihan berpunca daripada ciri fisiologi dan juga persekitaran, kaedah rawatan paling berkesan ialah pendekatan serampang dua mata yang menangani keperluan atau ketagihan fizikal dan juga keperluan psikologi dan emosi penagih. Walaupun orang ramai sudah biasa dengan kaedah pemulihan ketagihan, iaitu seseorang penagih dimasukkan ke sebuah institusi perubatan sepanjang rawatan, terdapat satu lagi pilihan rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) di mana penagih dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan tetapi tanpa perasaan amat gembira (euphoria) yang dikaitkan dengan penggunaan dadah sebenar.Dengan cara ini, kebergantungan otak kepada kesan dadah akan berkurangan sehingga pesakit berkenaan boleh mengelakkan diri sama sekali daripada menggunakan dadah. Ada dua jenis DST yang boleh digunakan : Buprenorphine

Sejenis rawatan baru dalam bentuk tablet yang diletakkan di bawah lidah. Sebagai opioid agonis separa, ia mengikat kepada reseptor opioid dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah opioid tanpa kesan penuh supaya penggunaanya tidak menyebabkan perasaan euforia. Jika pengguna cuba mengambil lebih daripada dos yang diperlukan, dia akan mengalami gejala tarikan. Dalam kes ini, buprenorphine akan bertukar daripada agonis separa kepada agonis.Buprenorphine juga mengandungi naxolone, yang menyebabkan gejala tarikan serius jika tidak diambil mengikut arahan. Ini bertujuan mengurangkan kemungkinan rawatan disalahgunakan, memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dan mengurangkan kos penyeliaan jangka panjang pesakit. Bentuk rawatan ini memberikan peluang kepada pesakit yang bergantung kepada opioid untuk bertukar lebih awal kepada terapi di rumah dan pengambilan dos yang tidak kerap (selang sehari), membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka, sama ada bekerja atau menguruskan rumah tangga.

Methadone sejenis ubat oral cecair yang diambil setiap hari di pejabat doctor atau klinik methadone di bawah penyeliaan langsung. Methadone ialah sejenis opioid agonis peuh yang mengaktifkan reseptor opioid dalam otak, merangsang reseptor untuk menghalang isyarat sakit dan menyebabkan perasaan euforia. Namun, pemantauan rapi diperlukan kerana pengguna mungkin menambahkan dos untuk mencetuskan perasaan euforia.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAHKesan kepada Penagih Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.Pitam, pengsan & berkelakuan ganasDaya tahan penyakit akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik keluargaMembebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.Rumah tangga menjadi porak peranda.Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam kalangan keluarga.Anak-anak menjadi terabai dan seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraan awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan samun.Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

Kesan Kepada Negara Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku.Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakan terlibat dalam penglibatan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Kesan-kesan penagihan dadah: dari segi fizikal, mental dan emosi Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak.

Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial Penagihan dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati. Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita. 1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan sukar di fahami.9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

Jenis-jenis Dadah Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis eperti Opiat dan Opiat sintetik, Stimulan, Ganja, Halusinogen, Depresen, ubat-ubat dan bahan-bahan yang disalahguna.

OPIATDadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. CanduCandu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

MorfinMorfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.

Morfin MentahBentuk blok/serbukBertanda 999Mengandungi 70% - 90% morfinJuga dikenali sebagai Heroin No. 1

Bes Morfin Seperti serbuk kopi halusMengandungi 60% - 70% morfin

Pil-pil MorfinMengandungi morfin sulfat/morfin hidrokloridPil kecil berwarna putih/coklat pucat

HeroinHeroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

KodeinKodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Opiat SintetikOpiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadone digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

STIMULANStimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain. AmfetaminAmfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan Methylenedioxy Methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.

MethamphetamineMethamphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh methamphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

KokainKokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granules, Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

MDMAMethaylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.

Ganja/KanabisKanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok cannabis sativa. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Kanabis HerbaKanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

HashishResin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Minyak HashishMinyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

HalusinogenHalusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen Ubat Depresen

BarbituratesUbat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

TranquilizerContoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-5, rohypnol dan valium. Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna club drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

AlkoholAlkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

GHBGamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drug kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat ubat dan Bahan Yang Disalahguna

SteroidSteroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik. Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

InhalanGam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat.Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

Daun KetumDaun ketum atau species mytrangynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Ubat-ubatanSelain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

STATISTIK PENAGIHAN DADAHPerangkaan social terpilih siri 12/2010Penagihan dadah berdasarkan statistic AADK sepanjang tempoh 2000/20008 secara purata yang melibatkan 14017 penagih bagi setiap tahun.Bagi tempoh 2001-2004, bilangan penagih dadah yang baru dikesan telah melebihi bilangan penagih berulang, namun pada tahun berikutnya sehingga 2008 bilangan penagih berulang menyumbang lebih daripada 50 peratus jumlah penagih di Malaysia.AADK (JAN-NOV 2011) golongan belia merupakan golongan yang paling ramai terdedah dengan risiko penagihan dadah. Ini dapat dibuktikan melalui perangkaan majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari-November 2011 adalah belia iaitu seramai 7,970 orang (77.20%). Belia yang berumur antara 19-24 tahun mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 2,704 orang (26.19%). Manakala bagi golongan dewasa, sebanyak 1,892 orang (18.33%) dan remaja seramai 448 orang (4.34%). Undang-undang Undang-undang Dadah MalaysiaAkta Dadah Berbahaya 1952Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti menghilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan. Mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapat, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu dianggap mengedar dadah sekiranya didapati dalam miliknya :15 gram atau lebih berat heroin15 gram atau lebih berat morfin15 gram atau lebih berat monoasetimorfinSejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan mono setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.1,000 gram atau lebih berat candu masak1,000 gram atau lebih berat candu mentahSejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja40 gram atau lebih berat kokain2,000 gram atau lebih berat daun koka50 gram atau lebih berat Amino-hoxy-4 methyl phenypropane50 gram atau lebih berat 2-Amini-1 (2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane50 gram atau lebih berat amphetamine50 gram atau lebih berat 2,5 Dimethoxyamphetamine (DMA)50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)50 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)50 gram atau lebih berat Methamphetamine50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3, 4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3, 4-methylenedioxxpheny)-2-butanamine50 gram atau lebih berat 3, 4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)50 gram atau lebih berat 3, 4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA)Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikandi dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya didapati dalam miliknya terdapat :5 gram atau lebih berat heroin5 gram atau lebih berat morfin5 gram atau lebih berat monoasetilmorfinSejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.250 gram atau lebih berat candu masak250 gram atau lebih berat candu mentahSejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah50 gram atau lebih berat ganja50 gram atau lebih berat resin ganjaSejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja15 gram atau lebih berat kokain750 gram atau lebih berat daun koka30 gram atau lebih berat Amino-hoxy-4 methyl phenypropane30 gram atau lebih berat 2-Amini-1 (2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane30 gram atau lebih berat amphetamine30 gram atau lebih berat 2,5 Dimethoxyamphetamine (DMA)30 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)30 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)30 gram atau lebih berat Methamphetamine30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3, 4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)30 gram atau lebih berat N-ethyl MDA30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3, 4-methylenedioxxpheny)-2-butanamine30 gram atau lebih berat 3, 4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)30 gram atau lebih berat 3, 4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA)Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan didalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke-4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Rawatan / Pemulihan 1983Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&R) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :MengesanMembekuMerampas aset pengedarAkta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :Seksyen 39 (B) ADB 1952Seksyen 6 (B) ADB 1952Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan KhasKategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39 (B) ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu. Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.Tidak dibicarakan di mahkamah.Proses SiasatanLaporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Siasatan.Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan menimbangkan kedua-dua laporan dan membuat keputusan sama ada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/kesan-penyalahgunaan-dadah/http://ppda-smkbt5.blogspot.com/2011/09/kesan-dadah-kepada-fizikal-mental-emosi.htmlhttp://dadahmusuhkita.blogspot.com/p/jenis-jenis-dadah_09.htmlhttp://www.slideshare.net/handlebeskal/dadah-12276720