d) hubungan antara tahap pengetahuan.pdf

13
HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP, KESEDARAN DENGAN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PENGETUA DI NEGERI KEDAH DAN PULAU PINANG. Azizi Muda Masitah Mohd.Yusof  Nazifah Shaikh Ismail Khaidir Alias  Noriati A.Rashid Abstrak Pendidikan Alam Sekitar bermatlamat untuk membantu generasi yang akan datang mengawal kehidupan dan memakmurkan masa hadapan mereka. Satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dengan mata  pelajaran lain dalam pengajaran di bilik darjah. Walaupun nilai-nilai alam sekitar yang perlu diterapkan telah disenaraikan mengikut mata pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat bergantung kepada kesedaran dan komitmen Pengetua sebagai pemimpin tertinggi di sekolah.  Amalan kepemimpinan Pengetua merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi komuniti sekolah bagi menentukan kejayaan melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar. Satu kajian mengenai hubungan tahap pengetahuan, sikap dan kesedaraan dengan amalan kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah menengah telah dijalankan ke atas 60 Pengetua di daerah Kota Setar, Kedah dan daerah Pulau, Pulau Pinang. Responden kajian dipilih melalui kaedah persampelan rawak strata dengan responden menjawab soal selidik yang telah dikirim melalui pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Pengetua adalah  sederhana (jumlah peratus purata 54.85%), sikap Pengetua terhadap alam sekitar adalah  positif  (min purata keseluruhan 4.15), tahap kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar adalah  tinggi (jumlah peratus purata 71.15%, min purata keseluruhan 4.45 dan 4.37) serta tahap amalan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua adalah  sederhana (min purata  fungsi kepemimpinan 3.37). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap, kesedaran dan amalan kepemimpinan instruksional terhadap alam sekitar. Namun, dapatan kajian mendapati wujud hubungan yang  positif dan signifikan pada kekuatan tahap tinggi, r = 0.723 antara sikap dengan tahap kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan itu beberapa cadangan diutarakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah terhadap Pendidikan Alam Sekitar. Abstract Environmental Education aims to help future generations to control the life and future they inhabit. One way to implement Environmental Education is to integrate environmental education with other subjects teaching in the classroom. Although the environmental values that need to be applied have been listed according to subjects, but the quality is highly dependent on the implementation of awareness and commitment of the Principal as a leader in high school. Principal leadership practices are important factors that affect the school community to determine the success of implementing environmental education. A study on the relationship level of knowledge, attitudes and awareness with principal’s instructional leadership practices has been conducted on 60 Principals in district of Kota Setar, Kedah and district of Pulau in Penang Island. Survey respondents selected through strated random sampling method with the respondents answered the questionnaire sent by post. Research findings indicate that the level of knowledge is medium (average 54.85% per cent of the total), level of environmental attitudes

Upload: azlinawati-abdullah

Post on 14-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 1/13

HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP, KESEDARAN DENGAN

KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM

KALANGAN PENGETUA DI NEGERI KEDAH DAN PULAU PINANG.

Azizi Muda

Masitah Mohd.Yusof 

 Nazifah Shaikh IsmailKhaidir Alias

 Noriati A.Rashid

Abstrak

Pendidikan Alam Sekitar bermatlamat untuk membantu generasi yang akan datang mengawal

kehidupan dan memakmurkan masa hadapan mereka. Satu cara untuk melaksanakan

Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dengan mata

 pelajaran lain dalam pengajaran di bilik darjah. Walaupun nilai-nilai alam sekitar yang perlu

diterapkan telah disenaraikan mengikut mata pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat 

bergantung kepada kesedaran dan komitmen Pengetua sebagai pemimpin tertinggi di sekolah.

 Amalan kepemimpinan Pengetua merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhikomuniti sekolah bagi menentukan kejayaan melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar. Satu

kajian mengenai hubungan tahap pengetahuan, sikap dan kesedaraan dengan amalan

kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah menengah telah dijalankan ke atas 60 Pengetua

di daerah Kota Setar, Kedah dan daerah Pulau, Pulau Pinang. Responden kajian dipilih

melalui kaedah persampelan rawak strata dengan responden menjawab soal selidik yang telah

dikirim melalui pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Pengetua adalah

 sederhana (jumlah peratus purata 54.85%), sikap Pengetua terhadap alam sekitar adalah

 positif (min purata keseluruhan 4.15), tahap kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar adalah

 tinggi (jumlah peratus purata 71.15%, min purata keseluruhan 4.45 dan 4.37) serta tahap

amalan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua adalah sederhana (min purata

 fungsi kepemimpinan 3.37). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak wujud hubungan yang

signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap, kesedaran dan amalan kepemimpinaninstruksional terhadap alam sekitar. Namun, dapatan kajian mendapati wujud hubungan yang

 positif dan signifikan pada kekuatan tahap tinggi, r = 0.723 antara sikap dengan tahap

kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan itu beberapa cadangan

diutarakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan kepemimpinan instruksional

Pengetua sekolah terhadap Pendidikan Alam Sekitar.

Abstract

Environmental Education aims to help future generations to control the life and future they

inhabit. One way to implement Environmental Education is to integrate environmental

education with other subjects teaching in the classroom. Although the environmental values that

need to be applied have been listed according to subjects, but the quality is highly dependent onthe implementation of awareness and commitment of the Principal as a leader in high school.

Principal leadership practices are important factors that affect the school community to

determine the success of implementing environmental education. A study on the relationship

level of knowledge, attitudes and awareness with principal’s instructional leadership practiceshas been conducted on 60 Principals in district of Kota Setar, Kedah and district of Pulau in

Penang Island. Survey respondents selected through strated random sampling method with the

respondents answered the questionnaire sent by post. Research findings indicate that the level of 

knowledge is medium (average 54.85% per cent of the total), level of environmental attitudes

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 2/13

  2

are positive (min overall average 4.15), level of environmental awareness is high (average

71.15% per cent of the total, average total 4:45 min and 4.37) and level of instructional

leadership practices is moderate (min average leadership functions 3.37). Results also found that

there exists a significant relationship between level of knowledge and attitudes, awareness and

 practice of instructional leadership on the environment. However, the findings present study

found a positive relationship and significant strength in the high-level, r = 0723 with the attitude

of the Principal level environmental awareness. In this regard several proposals raised toincrease the level of knowledge and practice of instructional leadership of Principal

Environmental Education.

Pendahuluan

Pendidikan merupakan satu alat asas yang telah diterima untuk mengawal alam sekitar.

Ia juga bagi mencapai pembangunan lestari sejak dari Deklarasi Tbilisi 1978. Deklarasi Tbilisitelah mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai proses pembelajaran yang dapat

meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-

cabaran yang perlu ditangani dalam mengatasi masalah alam sekitar (Tunku Khalkausar, 2006).

Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk mengatasi masalah-masalah yang

 berkaitan dengan alam sekitar (Moroye, 2005). Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagimeningkatkan kesedaraan tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu

generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan

(Perikleous, 2004). Salah satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan

mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dengan mata pelajaran-mata pelajaran lain dalam

 proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi dengan terbitnya Buku

Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan

menengah (1998) oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran

Malaysia. Bagi peringkat prasekolah pula buku berkenaan telah diterbitkan pada tahun 2005.

 Namun begitu, menurut Susan Pudin, Koji Tagi, Ambigavathi Periasamy (2005), keberkesanan

 pelaksanaannya masih terbatas dan tahap pelaksanaannya tidak sama antara satu sekolah dengan

sekolah yang lain. Mereka menyatakan bahawa;

“….many strategies and programmed have been initiated to integrate

environmental education into the national education curriculum. Although the

 Ministry of Education provides a guidebook on environmental education to all

schools, the implementation has been limited and uneven….”

(m.s 5)

Kajian oleh Aini, Nurizan dan Fakhru’l-Razi (2007), mendapati bahawa antara

 beberapa masalah yang dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah-

sekolah di Malaysia ialah;

•  tidak semua guru menggunakan buku panduan yang telah disediakan untuk mengajar Pendidikan Alam Sekitar;

•   buku panduan yang disediakan tidak membantu guru secara sepenuhnya dalam

melaksanakan aktiviti Pendidikan Alam Sekitar;

•  kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran;

•  masalah peruntukan untuk menjalankan aktiviti alam sekitar.

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 3/13

  3

 

Dalam hal ini, walaupun isu-isu alam sekitar yang perlu diajar telah disenaraikan

mengikut mata pelajaran (Hotinli, 2004) dan melalui ketetapan yang telah dibuat oleh

Kementerian Pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat bergantung kepada kesedaran,

komitmen dan kepemimpinan instruksional Pengetua sekolah.

Menurut Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir (2008), kepemimpinan instruksional atau

dikenali juga sebagai kepemimpinan pengajaran didefinisikan sebagai satu proses merekabentuk 

dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal dengan cara mengoptimumkansegala sumber yang ada melalui strategi pendidikan berserta pemerolehan segala pengalaman

 pengajaran-pembelajaran dan memastikan bahawa rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan wawasan yang dibina. Dalam konteks sekolah, kepemimpinan

instruksional ialah kebolehan pemimpin atau pemimpin pengajaran memberi tumpuan

kepemimpinan, galakan dan sokongan kepada guru dan pelajar dengan tujuan mengatasi

masalah dan memperbaiki serta mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pemimpin instruksional juga harus memiliki keterampilan berkaitan dengan pelaksanaankurikulum di peringkat sekolah. Manakala, perlakuan kepemimpinan instruksional pula adalah

usaha-usaha, tindakan dan proses amalan yang berupa komitmen seorang pemimpin atau

 pemimpin instruksional dalam proses menambah baik instruksional dan pembelajaran di

sekolah.

Dengan melaksanakan program berbentuk Pendidikan Alam Sekitar di sekolah,diharapkan Pengetua memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengetahuan dan

kesedaran serta mengubah sikap para pelajar bagi menangani isu-isu alam sekitar agar mereka

dapat mengambil bahagian dalam usaha melindungi alam sekitar secara aktif selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Tinjauan Literatur

Pengetahuan tentang alam sekitar perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat

khususnya para pelajar di sekolah. Menurut Ahmad Badri Mohammad (1987), punca utama

dalam masalah berkaitan dengan isu-isu alam sekitar adalah akibat kurangnya pengetahuan

akibat daripada kejahilan manusia terhadap proses-proses di atas buminya sendiri.Kajian oleh Susan Pudin, Koji Tagi, Ambigavathi Periasamy, (2005), mendapati

 bahawa guru-guru tidak mempunyai kemampuan yang penuh dalam melaksanakan Pendidikan

Alam Sekitar serta tidak berkeyakinan dan tidak kreatif dalam membangunkan program atau

aktiviti alam sekitar. Kajian oleh Krantz (2002) pula mendapati bahawa guru hanya mengajar 

tajuk atau kandungan alam sekitar yang diketahui oleh mereka sahaja sedangkan tajuk yang

sukar atau bersifat saintifik kurang diberi perhatian. Ini disebabkan guru-guru tidak cukup ilmu

 pengetahuan dan keyakinan untuk mengajar Pendidikan Alam Sekitar.

Manakala kajian oleh United Nations Economic and Social Commission for Asia and 

the Pacific (2003), mendapati bahawa tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat

Malaysia masih ditahap awal (early level). Kajian oleh Lim Siaw Fong (2005) pula mendapati

 bahawa tahap kesedaran alam sekitar pelajar kita masih di tahap rendah. Begitu juga dengan

guru-guru, walaupun mereka bersetuju akan kepentingan penerapan Pendidikan Alam Sekitar tetapi masih belum bersedia untuk melaksanakan dan mengintegrasikan Pendidikan Alam

Sekitar dalam mata pelajaran opsyen mereka (Petegem, 2005; Periasamy, 2000; Meredith,

Coughlin, Fortner, Danville, Mc Claughherty, Ramey, Somers & Todt, 2002; Kunz & Ham,

1997; Pan Khang Aun, 1996; Ham & Sewing, 1987; & Wilke, 1980). Kajian oleh Skanavis &Sarri pula (2002) mendapati bahawa sebilangan kecil sahaja guru yang mengetahui tentang

Pendidikan Alam Sekitar dan proses pengajarannya secara formal di dalam bilik darjah.

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 4/13

  4

Kajian-kajian ini jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman

terhadap isu alam sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar dan guru sekolah

di Malaysia masih di tahap rendah atau sederhana.

Justeru itu, jika inilah keadaannya, apakah peranan yang dimainkan oleh Pengetua

sekolah selaku pemimpin tertinggi dan pengurus kurikulum dalam pengajaran Pendidikan Alam

Sekitar? Menurut Aini, Nurizan & Fakhru’l-Razi (2007); 

“…successful implementation of environmental education depends greatly on

the commitment, efforts and the level of enthusiasm of the school principals and 

teachers.”

(m.s 22)

Sebagai pemimpin sekolah, kajian mengenai tahap pengetahuan terhadap alam sekitar 

 perlu dijalankan ke atas Pengetua untuk menilai peranannya sebagai pemimpin instruksional bagi meningkatkan pengetahuan dan menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan

 pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Hal ini adalah kerana Pengetua merupakan pemimpin

organisasi (Mohd. Suhaimi, Sharifah & Zaidatol, 2007) dan menjadi role model serta

mastermind kepada organisasi sekolahnya (Abdul Ghani & Aziah Ismail, 2005).

Kepemimpinan Pengetua boleh membawa implikasi terhadap prestasi pencapaianakademik pelajar termasuklah pencapaian dalam menerapkan nilai-nilai alam sekitar. Laporan

Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah (1982) menyatakan bahawa

Pengetua memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah.

Pengetua yang banyak mengelola aktiviti pembelajaran, mengekalkan penyeliaan sekolah

dengan berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan penyelaras bagi program-

 program  pengajaran dan dapat meningkatkan pencapaian. Dengan kata lain, Pengetua mesti

mengamalkan peranan sebagai pemimpin instruksional dan bukan hanya bertumpu kepada

 pentadbiran sahaja.

Masalah yang sering dihadapi ialah kepemimpinan dan pengurusan Pengetua dalam

 pelaksanaan kurikulum dan pengajaran masih belum mantap. Kebanyakan Pengetua di Malaysia

memberi keutamaan kepada tugas-tugas pentadbiran sehingga menyebabkan tidak cukup masa

untuk mengadakan inovasi  pengajaran terhadap sekolahnya (Mohd. Salleh, 1999) . Begitulahtabiat seseorang individu yang telah memperoleh sesuatu pengalaman atau tanggungjawab yang

 baru maka beliau akan melupakan pengalaman atau tanggungjawab yang lama. Menurut Mohd.

Salleh (1999) lagi apabila seseorang guru telah menjadi Pengetua, beliau mula mengabaikan

tanggungjawab sebagai seorang pengajar.

Demi mencapai penambahbaikan yang mapan, Pengetua sekolah harus berubah

 pandangan daripada pemikiran kapitalistik dan materialistik kepada jalinan pemikiran yang

 berhubungkait antara kemanusiaan dan alam sekitar (Khair, 2007). Pandangan ini turut

disokong oleh Hargreaves & Fink, (2006);

“…sustainable educational leaders promote and practice sustaining learning.

Sustainable leaders sustain others as they pursue this course together.Sustainable leaders also sustain themselves; attending to their own renewal

and not sacrificing themselves too much as they serve their community.

Sustainable leaders stay the course, stay together, stays around, and stay

alive……Sustainability is the first and final challenge of leadership.”

(m.s 97)

Bagi menjadi pemimpin yang mapan (sustainable leaders), Pengetua haruslah memiliki

 pengetahuan yang mendalam mengenai alam sekitar, menunjukkan sikap yang positif terhadap

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 5/13

  5

 

alam sekitar dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam usaha memelihara alam sekitar.

Justeru, melalui mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar yang terdapat di sekolah maka

kepemimpinan yang mapan ini dapat dilahirkan. Pendidikan Alam Sekitar adalah merujuk 

kepada pembelajaran yang diperlukan untuk mengekal dan memperbaiki kualiti hidup untuk 

generasi masa depan. Pendidikan Alam Sekitar adalah suatu cara untuk memastikan taraf 

kehidupan yang lebih baik untuk semua generasi masa kini dan masa hadapan. Ia adalah proses

dinamik yang membolehkan semua orang menyedari akan potensi mereka dan meningkatkankualiti hidup tetapi dalam masa yang sama melindungi dan memelihara alam ini (Rohaty, 2005).

Misi Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk mencari keseimbangan antarakesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan

terhadap sumber semulajadi. Misi ini selaras dengan kenyataan oleh United Nations (2006)

yang menyatakan bahawa Pendidikan Alam Sekitar adalah merujuk kepada satu proses

 pembelajaran seumur hidup yang dapat menghasilkan masyarakat dalam penyelesaian masalah,

 berliterasi saintifik dan sosial serta mempunyai komitmen dan tanggungjawab individu dankumpulan.

Sehubungan dengan itu, kejayaan dalam menerapkan Pendidikan Alam Sekitar di

 peringkat sekolah bukan hanya terletak pada kecekapan dari segi teknikal sahaja tetapi turut

memerlukan perubahan dalam amalan dan sikap modal insan yang terlibat secara langsung

dalam pelaksanaannya. Penglibatan secara total dan anjakan paradigma dari segi pemikiran,sikap, nilai dan amalan dalam kalangan warga sekolah terutamanya pemimpin sekolah dalam

merealisasikan Pendidikan Alam Sekitar amat diperlukan (Abdul Ghani & Aziah Ismail, 2005).

Dalam konteks ini, Pengetua sekolah sebagai pemimpin instruksional merupakan

 penggerak utama kepada pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. Pengetua sekolah juga harus

mempunyai kemahiran keilmuan dan keberanian intelektual yang kreatif bagi menjana

 perubahan dan menerapkannya dalam pelbagai bentuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran di

dalam dan di luar bilik darjah.

Kaedah kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan terhadap Pengetua-pengetuasekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Menurut Mohd Majid Konting (2005),

 penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu

fenomena yang sedang berlaku. Manakala kaedah tinjauan pula merupakan salah satu cara yang

spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan populasi (Blake & Champion,

1976).

Pemilihan responden adalah berdasarkan pendapat Frankel dan Wallen (1993), populasi

sasaran dalam kajian ini adalah Pengetua sekolah di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Kajian ini

memilih Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di daerah Kota Setar di negeri Kedah

dan daerah Pulau di Pulau Pinang sebagai subjek kajian. Pemilihan sampel adalah berdasarkan

 jadual untuk menentukan bilangan sampel daripada jumlah populasi (Krejcie & Morgan, 1970)

iaitu jika populasi (N) = 70, saiz sampel (S) = 59. Dalam kajian ini penyelidik telah

mengenapkan saiz sampel kepada 60. Kaedah penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif dengan pengumpulan maklumat daripada saiz sampel. Borang soal selidik telah digunakan

untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua sekolah terhadap

Pendidikan Alam Sekitar serta tahap kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua

sekolah.Kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua

terhadap alam sekitar. Seterusnya kajian turut meninjau hubungan signifikan antara tahap

 pengetahuan, sikap dan kesedaran dengan kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua.

Instrumen untuk tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran adalah menggunakan soal selidik  New

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 6/13

  6

 Ecological Paradigm (NEP) yang dibangunkan oleh Riley Dunlap, Kent Van Liere, Angela

Mertig and Robert Jones dalam Valarie (2005) dan instrumen kepemimpinan instruksional

alam sekitar adalah diadaptasi dan diubah suai dari model Hallinger & Murphy (1985) iaitu

Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). PIMRS  adalah soalan berkaitan

amalan kepemimpinan instruksional Pengetua secara umum tetapi dalam kajian ini penyelidik 

telah mengubahsuai amalan kepemimpinan tersebut secara khusus dalam bidang Pendidikan

Alam Sekitar. Soalan ini telah mencapai tahap kebolehpercayaan dan bersifat normal.

Dapatan Kajian

 a.  Tahap pengetahuan mengenai pendidikan dan isu alam sekitar

0

2

4

6

8

10

 Amat r endah Rendah Sederhana Tingg i

Bil. Item

  Rajah 1: Graf bar menunjukan bilangan item pengetahuan mengikut tahap.

Daripada hasil analisis menunjukkan tahap pengetahuan mengenai pendidikan dan isu

alam sekitar ada yang tinggi (tahap 4), ada yang sederhana (tahap 3), ada yang rendah (tahap 2)

dan ada yang lemah (tahap 1) mengikut tahap kesukaran soalan tersebut. Berdasarkan Rajah 2,

adalah sesuatu yang membanggakan kerana daripada keseluruhan 20 item 9 item terletak pada

tahap tinggi, 3 item pada tahap sederhana, 5 item terletak pada tahap rendah dan 3 item berada

 pada tahap lemah.

 Namun begitu, secara keseluruhannya walaupun terdapat 9 item terletak di tahap tinggi

tetapi rumusan yang boleh dibuat di sini ialah tahap pengetahuan mengenai pendidikan dan isu

alam sekitar  dalam kalangan Pengetua-pengetua sekolah menengah di negeri Kedah dan Pulau

Pinang adalah sederhana kerana jumlah peratus puratanya ialah 54.85%.

b.  Sikap terhadap alam sekitar 

0

5

10

15

20

Negatif Neutral Positif  

Bil. Item

 Rajah 2: Graf bar menunjukkan bilangan item sikap mengikut tahap. 

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 7/13

  7

 

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa terdapat dua aspek sahaja

yang menunjukkan sikap responden yang neutral terhadap alam sekitar manakala yang

selebihnya adalah bersikap positif. Hal ini bermakna sikap Pengetua sekolah menengah di

Kedah dan Pulau Pinang terhadap alam sekitar adalah positif. 

 c.  Tahap kesedaran alam sekitar

0

1

2

3

4

5

6

7

Lemah Rendah Sederhana Tinggi

Bil. Item

 

 Rajah 3: Graf bar menunjukkan bilangan item kesedaran mengikut tahap.

Rumusan yang boleh dibuat ialah tahap kesedaran Pengetua sekolah menengah di

Kedah dan Pulau Pinang terhadap alam sekitar adalah tinggi (jumlah peratus purata 71.1%).

 d.  Tahap kepemimpinan instruksional alam sekitar

0

2

4

6

8

10

Lemah Sederhana baik

Bil.Fungsi

 Rajah 4: Graf bar menunjukkan bilangan fungsi kepemimpinan mengikut tahap. 

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, dapat dirumuskan bahawa tahap amalan

kepemimpinan instruksional alam sekitar Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau

Pinang adalah sederhana (purata min fungsi kepemimpinan ialah 3.37).

 Hubungan antara tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran dengan tahap kepemimpinan

Ujian Korelasi Pearson dan Spearman`s Rho telah digunakan untuk melihat hubungan

atau perkaitan antara dua variabel. Ujian ini hanya menerangkan kekuatan hubungan dan juga

sama ada ia signifikan atau tidak iaitu untuk mengenal pasti hubungan antara tahap tahap

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 8/13

  8

 pengetahuan, sikap dan kesedaran Pengetua dengan tahap kepemimpinan instruksional. Aras

signifikan yang digunakan ialah pada aras keyakinan p ≤ 0.05. Jika nilai p ≤ 0.05 menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan sebaliknya jika nilai p > 0.05 bermaksud tidak wujud

hubungan yang signifikan. Manakala tahap hubungan kekuatan kolerasi adalah berdasarkan

skala Alias (1977) seperti Jadual 10. Tahap hubungan kekuatan kolerasi berdasarkan skala Alias

(1977) ini pernah juga digunakan oleh pengkaji-pegkaji lain saperti Andi (2007), Zulkafli

(2000) dan Mohd. Rosli (2000).

Jadual 1 : Skala Tahap Kekuatan Korelasi Antara Dua Pemboleh Ubah

______________________________________________________________________

Pekali Korelasi Pengertian Deskriptif 

______________________________________________________________________

0.00 hingga 0.20 Kekuatan pada tahap sangat rendah dan boleh diabaikan

0.21 hingga 0.40 Kekuatan pada tahap rendah0.41 hingga 0.60 Kekuatan pada tahap sederhana

0.61 hingga 0.80 Kekuatan pada tahap tinggi

0.81 hingga 1.00 Kekuatan pada tahap sangat tinggi

 _____________________________________________________________________________ 

Sumber : Alias (1977)

Berikut adalah ujian untuk mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan, sikap dan

kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar dan kepemimpinan instruksional Pengetua. Secara

khususnya enam hubungan yang telah dikaji iaitu hubungan antara tahap pengetahuan dengan

sikap; hubungan antara tahap pengetahuan dengan kesedaran; hubungan antara tahap

 pengetahuan dengan kepemimpinan; hubungan antara sikap dengan kesedaran, hubungan antara

sikap dengan kepemimpinan, serta hubungan antara kesedaran dengan kepemimpinan.

Analisis inferensi korelasi ini adalah untuk mengukur kekuatan hubungan; positif atau

negatif, diikuti dengan kekuatan tahap hubungan; tinggi atau rendah antara dua variabel. Model

korelasi Pearson dan Spearman’s Rho telah dipilih untuk menentukan korelasi tersebut. Jadual 2

menunjukkan keputusan hubungan antara tahap pengetahuan, sikap, kesedaran dan

kepemimpinan Pengetua.

Jadual 2: Hubungan antara tahap pengetahuan, sikap, kesedaran dan kepemimpinan

Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang.

 _____________________________________________________________________________ 

Bil. Hubungan Indeks  p-value

Keputusan kolerasi, r

 _____________________________________________________________________________ 

1. Pengetahuan dan Sikap -0.153 0.420 (p>0.05)

2. Pengetahuan dan Kesedaran -0.130 0.492 (p>0.05)

3. Pengetahaun dan Kepemimpinan 0.083 0.663 (p>0.05)

4. Sikap dan Kesedaran 0.723 0.001** (p<0.05)

5. Sikap dan Kepemimpinan 0.203 0.281 (p>0.05)6. Kesedaran dan Kepemimpinan 0.122 0.522 (p>0.05)

 _____________________________________________________________________________ 

Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas, jelasmenunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan

sikap, kesedaran dengan kepemimpinan instruksional terhadap alam sekitar dalam kalangan

Pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Namun begitu, wujud hubungan yang

signifikan antara sikap dengan tahap kesedaran Pengetua sekolah terhadap alam sekitar.

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 9/13

  9

 

Analisis inferensi korelasi menunjukkan nilai pekali korelasi r adalah tinggi bagi

hubungan antara sikap dan tahap kesedaran iaitu 0.723 dan nilai p lebih kecil dari 0.05. Nilai ini

menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara sikap dengan kesedaran iaitu korelasi

 pada tahap tinggi.Sementara itu dapatan turut menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan sikap, tahap pengetahuan dengan kesedaran,

tahap pengetahuan dengan kepemimpinan, sikap dengan kepemimpinan serta kesedaran dengan

kepemimpinan.

Rumusan dapatan kajian

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Pengetua sekolah

menengah di Kedah dan Pulau Pinang adalah sederhana (jumlah peratus purata = 54.85%),

sikap Pengetua terhadap alam sekitar adalah positif (min purata keseluruhan = 4.15), tahap

kesedaran Pengetua terhadap alam sekitar adalah tinggi (jumlah peratus purata = 71.15, min purata keseluruhan = 4.45 dan = 4.37) dan tahap amalan kepemimpinan instruksional alam

sekitar Pengetua adalah sederhana (min purata fungsi kepemimpinan = 3.37). Ini bermakna

sikap dan kesedaran tidak mempengaruhi tahap pengetahuan Pengetua sekolah. Dapatan ini

menjelaskan bahawa walaupun Pengetua bersikap positif terhadap alam sekitar dan memiliki

tahap kesedaran yang tinggi namun tahap pengetahuan mereka mengenai beberapa isu alamsekitar hanyalah sederhana. 

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan antara

tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran dengan amalan kepimpinan instruksional alam sekitar 

Pengetua sekolah. Walaupun faktor kepemimpinan memainkan peranan yang penting dalam

mempengaruhi tingkah laku Pengetua melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar namun hasil

daripada kajian ini, Pengetua tidak menunjukkan amalan yang sewajarnya dalam melaksanakan

Pendidikan Alam Sekitar di sekolah.

 Namun demikian wujud hubungan yang signifikan antara sikap dengan tahap kesedaran

Pengetua sekolah terhadap alam sekitar. Hasil daripada kajian ini jelas menunjukkan bahawa

Pengetua memiliki sikap yang positif terhadap alam sekitar selari dengan tahap kesedaran

mereka yang tinggi.

Kesimpulan dan Cadangan

Pemimpin sekolah merupakan orang yang penting dalam memajukan institusi pelajaran

di Malaysia (Shahril & Yahya, 2007a). Hasil kajian yang terdahulu jelas membuktikan bahawa

amalan kepemimpinan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu program di sekolah

(Hussein, 2008; Shahril, 2007b; Sergiovanni, 1995; Glassman, 1986). Namun hasil daripada

dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan Pengetua terutamanya

kepemimpinan instruksional Pengetua tidak mempunyai kaitan dengan keberkesanan

 pelaksanaan program Pendidikan Alam Sekitar. Bermakna Pengetua sekolah masih tidak 

mengambil kira faktor atau elemen persekitaran alam semulajadi dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran di bilik darjah. Sebelas fungsi atau amalan dalam kepemimpinan instruksional

 boleh dikatakan kurang diamalkan oleh Pengetua.Misalnya Pengetua kurang memperjelaskan matlamat sekolah dan matlamat alam

sekitar yang hendak dicapai bagi mencapai tahap Sekolah Lestari sebagai memenuhi keperluan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengetua mungkin kurang mengamalkan budaya mencerap

dan menilai pengajaran guru berkaitan dengan nilai-nilai alam sekitar yang perlu diterapkandalam bilik darjah. Pengetua juga kurang menyelaras kurikulum mengenai Pendidikan Alam

Sekitar serta memantau kemajuan penerapan nilai alam sekitar ke atas para pelajar. Pengetua

turut kurang memberi sokongan dalam aktiviti pengajaran Pendidikan Alam Sekitar serta

Pengetua kurang memberi tumpuan terhadap program pembangunan staf mengenai Pendidikan

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 10/13

  10

Alam Sekitar di sekolah. Besar kemungkinan Pengetua merasakan tumpuan yang lebih harus

diberikan kepada bidang-bidang yang lain dalam program perkembangan staf.

Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dicadangkan untuk meningkatkan lagi

tahap pengetahuan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan Pengetua-pengetua sekolah di

Malaysia. Pengetua perlulah banyak membaca dan mempunyai perasaan untuk meneroka

 bidang alam sekitar selain daripada minat yang mendalam tentang isu-isu alam sekitar dan

 berkeupayaan serta berkemahiran dalam menerapkan nilai-nilai alam sekitar. Selaku pemimpin,mereka perlu meningkatkan pengetahuan bukan sahaja tentang isu alam sekitar dalam negara

atau bersifat local tetapi juga isu luar negara yang bersifat global dan saintifik denganmenggunakan segala kemudahan teknologi maklumat yang ada.

Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan untuk 

mengakses maklumat berkaitan dengan alam sekitar serta memperbanyakkan bahan rujukan

tentang alam sekitar di pusat sumber sekolah. Bahan sumber seperti buku, majalah, poster,

risalah, cakera padat dan sebagainya bukan sahaja menarik perhatian dan minat para pelajar danguru untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu alam sekitar tetapi juga amat

 berguna kepada Pengetua untuk membuat rujukan ketika perlu. Isu-isu alam sekitar seperti

 pemanasan global, penipisan lapisan ozon, hujan asid, kesan rumah hijau, pencairan glasier di

kutub utara serta isu-isu yang lain perlu diketahui oleh pemimpin sekolah supaya memudahkan

mereka untuk menyampaikan kesan akibat daripada masalah alam sekitar tersebut ke atasmanusia.

Pihak kementerian atau Jabatan Pelajaran Negeri pula boleh bekerjasama dengan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengadakan ceramah, seminar atau kursus alam sekitar 

khusus untuk Pengetua sekolah supaya Pengetua tersebut apabila kembali ke sekolah masing-

masing boleh menyebarkan segala pengetahuan yang diperolehi untuk warga sekolahnya.

Seterusnya dengan pengetahuan yang dimiliki oleh para Pengetua maka mudahlah bagi

 pihaknya untuk menjalankan aktiviti bertemakan alam sekitar seperti minggu alam sekitar,

kempen kitar semula, pertandingan melukis poster, menulis esei dan melukis mural. Usaha-

usaha seperti ini harus digerakkan dan diperluaskan oleh Pengetua sekolah bagi memastikan

Pendidikan Alam Sekitar sebagai mata pelajaran merentas kurikulum mencapai matlamat dan

terjamin keberkesanan perlaksanaannya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

 RUJUKAN 

Abdul Ghani Abdullah & Aziah Ismail. (2005). Kesediaan Memperkasa Pendidikan

Pembangunan Lestari oleh Pengurus Pendidikan Sekolah: Satu Kajian Kes, Pusat Pengajian

Imu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Available online.

http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf. (accessed 2 Mei 2009). 

Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya Kepimpinan dalam

Pendidikan. PTS Professional, Kuala Lumpur.

Ahmad Badri Mohammad. (1987). Perspektif Persekitaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Aini Mat Said, Nurizan Yahaya and Fakhru’l-Razi Ahmadun. (2007). Environmental

comprehension and participation of Malaysian secondary school students.  Environmental

 Education Research, Vol. 13, No. 1, February 2007, pp. 17–31.

Alias Baba (1977). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Bangi:

Penerbitan UKM.

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 11/13

  11

 

Andi Audryanah. (2007). Kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri Pengetua

sekolah menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik sekolah. Tesis

 Master Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Blake, J. A. & Champion, D. J. (1976). Method and Issues in Social Research. New York: John

Willey and Sons.

Fraenkel, J.R. and Wallen, N.E. (1993). How to design and evaluate research in

education. Second edition. New York: McGraw-Hill Inc 

Glasman, N. S. (1986). " Evaluation-Based Leadership: School Administration In Contemporary

Perspective." Albany, NY: State University of New York Press. 

Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Instructional leadership and school socio-economic

status: A preliminary investigation. Administrator’s Notebook. 31(5): 1-4.

Ham, S.M. & D. Sewing. (1987). Barriers to environmental education.  Journal of 

 Environmental Education. 19(2): 17 – 24. 

Hargeaves, A., and Fink, D., (2006), “Sustainable Leadership”, Jossey-Bass, San Francisco.

Hotinli, G. (2004).  Environmental Education in Turkey. The status of environmental education

in the Mediterranean countries within the formal and non formal educational systems.

Dec.,Issues: 34.

Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-

sekolah, 1982.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar 

 Merentas Kurikulum KBSR dan KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, Kuala Lumpur.

Khair bin Mohamad Yusof. (2007).  Amalan-amalan kepimpinan untuk penambahbaikan

sekolah yang mapan. Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-V, 13-15 Mac 2007, Institut

Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 

Krantz, P.D. (2002). A study of the impact of environmental education workshops on teachers’

attitude and efficacy.  Disertasi Ph.D. University of Missouri-Columbia.Umi ProQuest Digital

Dissertations. 

Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610. 

Kunz, D & Ham, S.H. (1997). Toward a Theory of Commitment to Environmental Education

Teaching. The Journal of Environmental Education. Vol. 28 (2): 25 – 32.

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 12/13

  12

Lim Siaw Fong. (2005). Environment Management and Environmental Education in four 

schools in the Klang Valley. Unpublished Master of Environmental Technology. Faculty of 

Science: University of Malaya. 

Meredith, J., Coughlin, D., Fortner, R., Danville, D.G., Mc Claughherty, C., Ramey, L.,

Somers,L & Todt, D. (2002).  Environmental Education in Ohio Pre-Service Teacher 

 Education: A Research Report. A Project of Environmental Education Ohio, The Centre for Environmental in Ohio.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Edisi Ketujuh. Kuala Lumpur;

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Rosli Mohd. Othman (2000). Hubungan kepimpinan instruksional dengan iklim

sekolah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Lebar. (1999). Kepimpinan pengajaran dalam Isu Kepengetuaan: Antara Dilema

dan Kekeliruan, Seminar Kebangsaan Pembangunan Pendidikan, 15- 17 Mac 1999, Institut

Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 

Mohd Suhaimi Mohamed Ali, Sharifah Md Nor & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007).

 Amalan kepimpinan pengajaran pengetua sekolah menengah luar bandar. Kertas kerja Seminar 

 Nasional Bidang dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14, 2007, Institut Aminuddin Baki, Genting

Highlands.

Moroye. C.M. (2005). Common ground: an ecological perpective on teaching and learning. Curriclum and Teaching dialogue 7 (1/2): 123-129. 

Pan Khang Aun. (1996). Strengthening Development of Environmental Education in Malaysia.

Proceeding First National Workshop on Environmental Education. Kuala Lumpur: Department

of Wildlife and National Park Peninsular Malaysia., United Nations Development Programmed

an Institute of Strategic and International Studies Malaysia.

Periasamy, A. (2000). Integration as a form of curriculum reform: The teaching of 

environmental education in KBSM Geography in a Malaysian context. Unpublished PhD

 Disseratation, University of Queensland, Australia.

Perikleous. (2004). The Status of Environmental Education in Cyprus Today. Mediterranean

Information for Environment Culture and Sustainable Development. http://www.mio-ecsde.org/  

(accesed 2 April 2009).

Petegem, P.V., Blieck, .A, Imbrecht, I & Van Haut, T. (2005). Implementing environmental

education in pre-service teacher training.  Environmental Education Research. Vol. 11, No. 2:

161 – 171.

Rohaty Mohd. Mazjub. (2005). Strategic Planning of Education for World Peace: Proceeding

5thComparative Education Society of Asia Biennial Conference 2005 (CESA 2005) organized

 by Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, Selangor. 

Sergiovanni, T. J. (1995). The Principalship: A Reflective Practice Perspective. Boston: Allyn

and Bacon Inc.

7/27/2019 D) Hubungan Antara Tahap Pengetahuan.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/d-hubungan-antara-tahap-pengetahuanpdf 13/13

  13

 

Shahril @ Charil Marzuki & Yahya Bin Don. (2007a). Kecerdasan emosi dan kepemimpinan

 pendidikan dalam pembentukan sekolah berkesan. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. Kuala

Lumpur.

Shahril @Charil bin H], Marzuki. (2007b). Pembentukan Sekolah Cemerlang.  Jurnal

Pendidikan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Skanavis, C., & Sarri, E. (2002). The role of environmental education as a tool for 

environmental management in Cyprus: strategies and activities. Environmental Management 

and   Health. 13(5): 529-544.

Susan P., Tagi Koji., & Periasamy A., (2005) Environmental education in Malaysia and 

 Japan: a comparative assessment. Available online

http://www.ceeindia.org/esf/download/paper20.pdf . (accessed 3 Ogos 2009). 

Tunku Khalkausar Tunku Fathali. (2006). Environmnetal education and awareness. Majalah

 IMPAK. Issue: 4, Departrment Of Environment Malaysia, Putrajaya. 

United Nations. (2006). Agenda 21. htttp://www.un.org.htm.(accesed 21 Mei 2009).

United Nation Economic and Social Commission for Asia and the Pacific. (2003). CSD-12

Regional Implementation Meeting for the Asia. Bangkok, Thailand, 27-28 October 2003. http://www.iisd.ca/csd/rim/escap/ . (accesed 21 Mei 2009).

Valerie Idette Stein. (2005). Relationships between Decision-Making Styles &Environmental attitudes among Military Leaders. Unpublished Doctoral Dissertation 

University of Phoenix.

Wilke, R.J. (1980). An analysis of three strategies designed to influence teacher use of,

knowledge of, and attitudes toward educational resource use in environmental education.

Unpublished Doctoral Dissertation. Southern Illinois University of Carbondale.

Zulkafli Arifin, (2000).Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadap prestasi akademik 

 pelajar: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. 

Universiti Teknologi Malaysia.