kajian terhadap hubungan antara persepsi …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi...

28
KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATEMATIK DENGAN TAHAP KEMAHIRAN METAKOGNITIF DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkhuong

Post on 04-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP

MATEMATIK DENGAN TAHAP KEMAHIRAN METAKOGNITIF DALAM

MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK

NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MAL CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STA

JUDUL: KAJIAN TERHADAP HUBUNGA

PELAJAR TERHADAP MATEMA

KEMAHIRAN METAKOGNITIF

MENYELESAIKAN MASALAH M

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimp Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat s pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan p pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang bkepentingan Malaysia seperti yanRAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHorganisasi / badan di mana penye

TIDAK TERHAD Disah

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : PT 548, KG PALOH TENDONG 17030, PASIR MAS KELANTAN. Tarikh : 3 APRIL 2006

_________________

(TANDATA

DR. ZAIDANAM

Tarikh: 3 A

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila laberkuasa/organisasi berkenaan dengan mentesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT at

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazasecara penyelidikan, atau disertasi bagi penpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana M

AYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/06)

TUS TESIS N ANTARA PERSEPSI

TIK DENGAN TAHAP

DALAM

ATEMATIK

an di Perpustakaan Universiti

alinan untuk

ertukaran antara institusi

erdarjah keselamatan atau g termaktub di dalam AKTA

AD yang telah ditentukan oleh lidikan dijalankan

kan oleh

____________________ NGAN PENYELIA)

TUN BINTI TASIR A PENYELIA

PRIL 2006

mpirkan surat daripada pihak yatakan sekali sebab dan tempoh au TERHAD h Doktor Falsafah dan Sarjana gajian secara kerja kursus dan,

uda (PSM)

Page 3: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia : Dr. Zaidatun Binti Tasir

Tarikh : 3 APRIL 2006

Page 4: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

i

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR

TERHADAP MATEMATIK DENGAN TAHAP KEMAHIRAN

METAKOGNITIF DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

MATEMATIK

NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .................................................

Nama Penulis : NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA

Tarikh : .................................................

Page 6: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

iii

DEDIKASI

Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani

Buat insan yang disayangi

Papa dan mama

Tuan Haji Zakaria Bin Yusof

Puan Hajjah Nur Hayati binti Jaafar

Terima kasih atas doa dan sokongan.

Sekalung budi atas kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan ku

Adik beradikku

Mohd Zaiham Zakaria, Nur Izzati bt Abdul Rahman, Mohd Zulhilmi bin Zakaria, Mohd

Zulhifzi bin Zakaria dan Nur Fakhira bt Zakaria

Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan

Penyeliaku

Dr. Zaidatun Tasir

Terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan

Page 7: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan

mulia Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Zaidatun Tasir

yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu

dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan sekalung terima kasih juga kepada pelajar tahun

satu Fakulti Pendidikan yang sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama yang baik

dalam menjawab soal selidik ini.

Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai

yang banyak membantu dan memberi idea serta membakar semangat untuk terus

berjuang ketika menyiapkan kajian ini terutamanyan saudara Mazli bin Bidu. Akhir

sekali, sekalung penghargaan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung

atau tidak dalam menyiapkan kajian ini.

Page 8: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

v

ABSTRAK

Penyelesaian Matematik merupakan bidang kajian Pendidikan Matematik yang

sentiasa mendapat perhatian. Pelbagai faktor cuba dikaji bagi mendapatkan satu hasil

kajian yang membantu pelajar meningkatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah

Matematik. Dalam kajian ini faktor yang dikaji adalah kemahiran metakognitif yang

terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai dan kemahiran

mengawalatur(Jousovec, 1994;Namsoo, 1998;Vos, 2001). Seramai 153 pelajar tahun

satu Fakulti Pendidikan diberikan soal selidik berkaitan persepsi mereka terhadap

Matematik (10 soalan) dan kemahiran metakognitif yang terdiri daripada 24 item

berskala likert-4 mata. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif dan kualitatif. Hasil

daripada kajian mendapati pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap Matematik

(min=3.25) dan tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah

Matematik pula adalah agak tinggi (min= 3.29). Manakala min bagi ketiga-tiga

kemahiran memantau, menilai dan mengawalatur ialah 3.35, 3.30 dan 3.27. Kajian ini

juga bertujuan untuk melihat hubungan antara persepsi pelajar terhadap Matematik

dengan tahap kemahiran metakognitif mereka dalam menyelesaikan masalah Matematik.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang kuat antara persepsi

pelajar terhadap Matematik dengan tahap kemahiran metakognitif mereka dalam

menyelesaikan masalah Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperolehi ialah 0.779

pada α=0.01(p=0.00). Daripada ujian-T(independent sample T-Test) pula menunjukkan

tiada perbezaan yang signifikan tahap kemahiran metakognitif merentas jantina pada α=

0.05 (p= 0.368). Manakala perbezaan kursus yang diikuti didapati tidak mempengaruhi

tahap kemahiran metakognitif seseorang pelajar pada α=0.05 (p=0.233). Analisis data

kualitatif melalui 2 soalan Matematik dilakukan terhadap 20 orang responden bagi

mengenalpasti kemahiran metakognitif yang terlibat dalam menyelesaikan masalah

Matematik. Keputusan kajian ini mendapati kemahiran mengawalatur banyak

ditunjukkan oleh pelajar diikuti kemahiran menilai dan kemahiran memantau.

Page 9: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

vi

ABSTRACT

Problem solving in Mathematics has always been one of the research fields that

attract the interest and attention of educational researchers. Several of potential factors

influencing problem solving have been investigated through a number of researchs in

order to increase the ability of the students in solving Mathematical problem. In this

research, metacognition skills which include the monitoring skills, evaluating skills and

regulating skills(Jousovec, 1994;Namsoo, 1998;Vos, 2001) are identified as factors that

can influence the problem solving in Mathematics. There are 153 students from year

one of Educational Faculty were participating this survey research. The methods that

were used in this research are quantitative and qualitative. A set of questionnaire which

consisted of 34 likert-4-point-scale items were given. Finding from this research

showed that students have a positive perception towards Mathematics(mean=3.25) while

students’ metacognition skill level is quiet high (mean=3.29) where mean for that three

metacognitive skills which are monitoring, evaluating and regulating are 3.35, 3.30 and

3.27. The purpose of this research is also to investigate the relationship between

student’s perception towards Mathematics and metacognition skills level in Mathematics

problem solving. The results of this research shows that there is a significant

relationship between perception towards Mathematics and metacognition skill level.

The pearson coefficient is 0.779 at α=0.01 (p=0.00). Further, the result shows there is

no significant difference in metacognition skill level between male and female students

at α=0.5 (p=0.368) and different course does not affect the metacognition skill level in

Mathematics problem solving at α=0.05 (p=0.233). The qualitative analysis of the two

given Mathematic problem shows that students demonstrate more regulating skill

compared to the other two metacognitive skills in solving the problem.

Page 10: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SIMBOL xvi

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Definisi istilah 9

Page 11: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

viii

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Penutup 15

II SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kepentingan Penyelesaian Masalah 16

2.3 Proses Penyelesaian Masalah Matematik 18

2.4 Apa Itu Metakognitif 20

2.4.1 Pemikiran Tentang Pemikiran 21

2.4.2 Metakognitif Merupakan Pengetahuan Dan 24

Pemikiran Tentang Fenomena Pemikiran

2.5 Kemahiran Metakognitif Melibatkan Kemahiran 26

Memantau, Kemahiran Menilai,dan Kemahiran

Mengawalatur

2.6 Kajian Lepas Mengenai Sikap, Minat dan 30

Persepsi Terhadap Matematik dan Prestasi Dalam

Menyelesaikan Masalah Matematik

2.7 Kajian Lepas Tahap Metakognitif Dalam 32

Menyelesaikan Masalah Matematik

2.8 Perbezaan Jantina dalam Penyelesaian Masalah dan 34

Metakognitif

2.9 Kemahiran Metakognitif dalam Pembelajaran 36

2.10 Metakognitif Sebagai Pembelajaran Berdasarkan 38

Pendekatan Konstruktivisme

2.11 Kemahiran Metakognitif dalam Penyelesaian 39

Masalah Matematik

2.12 Penutup 41

Page 12: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

ix

III METODOLOGI KAJIAN 43

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 43

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 46

3.5 Prosedur Kajian 49

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 50

3.7 Kajian Rintis 50

3.8 Analisis Data 51

3.9 Penutup 53

IV ANALISIS DATA 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 55

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 55

4.2.2 Taburan Jantina Responden 56

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 56

yang Diikuti

4.2.4 Gred Matematik Yang Diperolehi 57

Dalam SPM

4.3 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 57

4.4 Analisis Tahap Kemahiran Metakognitif 59

4.4.1 Analisis Terhadap Kemahiran Memantau 60

4.4.2 Analisis Terhadap Kemahiran Menilai 62

4.4.3 Analisis Terhadap Kemahiran Mengawalatur 63

4.5 Analisis Hubungan Antara Persepsi Terhadap 66

Matematik Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif

4.6 Analisis Terhadap Perbezaan Tahap 67

Page 13: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

x

Kemahiran Metakognitif Merentas Jantina

4.7 Analisis Terhadap Tahap Kemahiran 68

Metakognitif Pelajar Dari Kursus Berbeza

4.8 Analisis Kualitatif Terhadap 69

Kemahiran Metakognitif

4.9 Penutup 72

V PEBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 74

5.2.2 Tahap Kemahiran Metakognitif Dalam 76

Menyelesaikan Masalah Matematik

5.2.2.1 Tahap Kemahiran Memantau 76

5.2.2.2 Tahap Kemahiran Menilai 78

5.2.2.3 Tahap Kemahiran Mengawalatur 79

5.2.3 Hubungan Diantara Persepsi Terhadap Matematik 82

Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif Pelajar

Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik

5.2.4 Perbezaan Tahap Kemahiran Metakognitif 83

Merentas Jantina

5.2.5 Perbezaan Dalam Kemahiran Metakognitif 83

diantara Pelajar Berlainan Kursus

5.2.6 Kemahiran Metakognitif yang Diaplikasikan 84

dalam Menyelesaikan Masalah Matematik

5.3 Kesimpulan 85

5.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 85

5.3.2 Tahap Kemahiran Metakognitif 86

5.3.3 Hubungan Antara Persepsi Terhadap 88

Page 14: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

xi

Matematik Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif

5.3.4 Tahap Kemahiran Metakognitif 88

Merentas Jantina

5.3.5 Tahap Kemahiran Metakognitif Diantara 88

Pelajar daru Kursus Berlainan

5.3.6 Komponen Kemahiran Metakognitif Yang 89

Terlibat Dalam Penyelesaian Masalah Matematik

5.4 Cadangan Kajian 89

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.6 Penutup 93

RUJUKAN 94

LAMPIRAN 99

Page 15: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual Populasi Dan Sampel Kajian 45

3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 47

3.3 Kemahiran Metakognitif Mengikut Item Dalam 47

Soal Selidik

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 48

3.5 Kaedah Analisis Data Mengikut Pembahagian 52

Persoalan Kajian

3.6 Senarai Kekuatan Korelasi 52

3.7 Kemahiran Metakognitif yang Terlibat dalam 53

Penyelesaian Masalah Matematik

4.1 Analisis Bangsa Responden 55

4.2 Taburan Jantina Responden 56

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 56

4.4 Taburan Gred Matematik Yang Diperolehi Dalam SPM 57

4.5 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 58

4.6 Analisis Terhadap Kemahiran Memantau 60

4.7 Analisis Terhadap Kemahiran Menilai 62

4.8 Analisis Terhadap Kemahiran Mengawalatur 64

4.9 Min Keseluruhan bagi Konstruk Kemahiran 65

Metakognitif

4.10 Analisis Terhadap Hubungan Diantara Persepsi Pelajar 67

Terhadap Matematik Dengan Tahap

Page 16: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

xiii

Kemahiran Metakognitif

4.11 Perbezaan Tahap Kemahiran Metakognitif 68

Merentas Jantina

4.12 Analisis Tahap Kemahiran Metakognitif Pelajar 69

Dari Kursus Berlainan

4.13 Komponen Kemahiran Metakognitif Dalam 69

Menyelesaikan Masalah Matematik

Page 17: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Pemikiran Metakognitif Merupakan 25

Pemikiran Aras Tinggi

2.2 Model Pembelajaran Regulasi Kenditi 37

(Zimmerman, 2000)

Page 18: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

1 Soalan Matematik 99

2 Soal selidik 100

3 Skrip Jawapan 1 107

4 Skrip Jawapan 2 108

5 Skrip Jawapan 3 109

6 Skrip Jawapan 4 110

7 Surat permohonan 111

8 Senarai Bilangan Pelajar 112

9 Kajian Rintis 113

10 Kemahiran-Kemahiran Metakognitif 114

Page 19: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

xvi

SENARAI SIMBOL

SPM - Sijil pelajaran Malaysia

NCTM - National Council Of Teacher Of Mathematics

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SPSS - Statistical Package For Social Science

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPG - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan )Pengajian Islam)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPK - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Tesl)

SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPT - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

SPZ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Page 20: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka

bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan

makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia

dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara

manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual

knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan

pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan

kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang sangat

berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh memberi rasional

(rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami (comprehend)

dan sebagainya.

Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau

hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui

ilham, taufiq dan hidayah. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya faham

seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan

Page 21: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

2

yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu,

yang betul dari yang salah,.

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas

sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi;

“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh

tahun” (Ghazali et al.,2000). Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi

tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak

tanduk yang dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai antara kita yang memahami

pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.

Bertolak dari konsep Kemahiran berfikir seperti yang diutarakan oleh

beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain maka Kemahiran

berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, ini

dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan

konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang

terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan,

atau komunikasi – sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan

tindakan (Ghazali et al.,2000). Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr.

Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu

badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika

Syarikat. Menurutnya antara elemen-elemen yang penting dalam kemahiran berfikir

antaranya ialah domain kognitif, afektif, metakognitif, dan reflektif (Ghazali et

al.,2000).

Metakognitif merupakan suatu istilah yang telah mula mendapat tempat di

kalangan ahli psikologi pendidikan mutakhir ini. Namun apakah sebenarnya yang

dimaksudkan dengan metakognitif itu? Bermula dengan suatu pemikiran,

metakognitif telah menjadi paradigma dan prinsip yang amat penting dalam teori

pembelajaran kearah mempertingkatkan penguasaan pembelajaran pelajar. Istilah ini

dilahirkan hasil kegagalan teori pemprosesan maklumat untuk menerangkan proses

Page 22: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

3

pemikiran yang mengawal penyimpanan dan pencarian maklumat dalam ruang

ingatan jangka panjang dan jangka pendek( Flavell, 1979). Menurutnya lagi Keadaan

ini telah melahirkan suatu konstruk baru di kalangan ahli psikologi kognitif untuk

memperihalkan ‘pemikiran tentang pemikiran’ yang dikenali sebagai metaingatan

(metamemory) atau metakognitif. Bermula dengan sesuatu yang kabur istilah ini

telah berkembang menjadi suatu prinsip dalam teori pembelajaran yang amat

bermakna melalui sumbangan para pengkaji yang mendalami makna sebenar

metakognitif.

Metakognitif dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan

rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir

Brown (1980). Menurut beliau, metakognitif adalah merupakan ilmu pengetahuan

atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya, sebagai

pelajar, mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.

Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah

dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seseorang pelajar yang lebih tua

dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan

mengamalkan strategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik

daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya.

Beyer (1992) dalam model ‘Functional Thinking’nya menyatakan dengan

lebih jelas bahawa metakognitif’ adalah merangkumi kebolehan seseorang,

merancang (planning), memantau (monitoring), dan menilai (assessing) satu

keputusan atau idea yang hendak diutarakan. Beyer menjelaskan bahawa

Metakognitif terletak diluar kebolehan berfikir (‘cognition’) itu sendiri. Menurutnya;

“Metacognitive operations are applied to the strategies and skills used to

produce meaning rather than directly to data and experience. Metacognition seeks to

control these meaning-making operations – to guide, to correct, to adjust and direct

the selecting, sequencing, and executing of the cognitive operations by which one

seeks to make meaning”.

Page 23: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

4

Dengan ini metakognitif dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang

dalam mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi

bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikir itu sendiri.

Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami

proses merancang, memantau dan menilai keputusan yang akan dibuat. Proses

merancang, memantau dan menilai ini tidak ada kaitan lansung dengan keputusan

yang akan dibuat atau diambil dalam penyelesaian masalah tersebut.(Ghazali et

al.,2000).

1.2 Latar belakang masalah

Dalam Pendidikan Matematik, proses penyelesaian masalah masih kurang

didedahkan kepada pelajar di Negara kita (Poon, 2003). Dalam kajiannya mendapati

kebanyakan guru masih masih menggunakan pendekatan tradisional dalam pengajaran

dan pembelajaran Matematik dan hanya mengutamakan penyelesaian masalah rutin,

iaitu hanya melibatkan kemahiran algoritma. Ini telah banyak mengabaikan

perkembangan kognitif terutama pemikiran Matematik.

Di luar negara pula persperktif guru terhadap penyelesaian masalah Matematik

masih kabur. Ia masih perlu digalakkan dan diperkembangkan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kenyataan ini dapat disokong oleh kajian Chapman (1997), Huderson

dan Holton (1997), Lee (2001) dan Foog et al.(2001) yang menyatakan bahawa guru

masih kurang menumpukan perhatian dalam menyelesaikan masalah. Pelajar juga

didapati kurang mampu menyelesaikan masalah Matematik dengan baik, malah mereka

menganggap ianya merupakan sesuatu yang sukar dan mereka tidak berasa yakin untuk

menghadapinya (Heng, 1995; Schurter, 2002).

Page 24: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

5

Menurut Abd Rahim bin Abd Rasyid ( 1996 ), punca pelajar lemah Matematik

ialah tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan serta mengaplikasikan sesuatu

kemahiran Matematik kerana konsep Matematik adalah bersifat abstrak yang

memerlukan daya taakulan pemikiran asas yang tinggi. Apa yang berlaku dalam

pengajaran dan pembelajaran sekarang adalah pelajar menghafal segala sesuatu yang

disampaikan oleh guru dan kemudiannya meluahkan segala yang telah dihafal itu

apabila disoal. Sikap pembelajaran yang pasif ini menerangkan mengapa sebahagian

besar pelajar-pelajar sekarang menghadapi masalah terhadap mata pelajaran Matematik

terutamanya dalam menyelesaikan masalah Matematik berperkataan.

Laporan Nasional Science Foundation, (1983) pula ialah sebahagian besar

pelajar yang gagal untuk menguasai konsep sesuatu topik Matematik yang disampaikan

oleh guru akan cuba mengatasi kelemahannya dengan menghafal segala formula serta

jalan kerja yang terlibat dalam menyelesaikan masalah. Justeru itu pelajar itu merasakan

Matematik itu membebankan dan sangat rumit untuk mengawalnya.

Metakognitif adalah satu aspek yang penting untuk menentukan kejayaan atau

kegagalan penyelesaian masalah. Akan tetapi terdapat banyak kajian yang menyatakan

pelajar masih kurang didedahkan dan lemah dalam Kemahiran Metakognitif ini. Zan

(2000) Desoete et al,(2001). Menurutnya kelemahan dalam kemahiran metakognitif

akan mempengaruhi pencapaian dalam Matematik terutama dalam penyelesaian masalah

Matematik, walaupun pelajar tersebut mempunyai keupayaan dan potensi dalam bidang

ini.

Kebanyakan daripada kita telah berhadapan dengan pelajar-pelajar yang sentiasa

mengikut perintah atau arahan dan melakukan tugas tanpa mengetahui mengapa mereka

perlu berbuat demikian dan apa yang yang mereka lakukan. Mereka jarang bertanya

tentang pilihan mereka dalam strategi pembelajaran atau menilai samada strategi

pembelajaran yang mereka pilih efektif atau tidak. Pelajar seperti ini didapati tidak

dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau menerangkan bagaimana mereka

memperolehi sesuatu jawapan kepada sesuatu permasalahan (Sternberg and Wagner,

Page 25: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

6

1982). Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pelajar yang

menunjukkan prestasi yang tinggi dalam menyelesaikan tugas yang rumit dan komplek,

bersunguh-sungguh dalam melakukan suatu tugas dan sedar akan kegunaan kemahiran

intelektual adalah pelajar yang mempunyai kebolehan metakognitif. Pelajar yang

berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah didapati bukan kerana kurang kemahiran

kognitif tetapi adalah kerana mereka kurang kemahiran metakognitif (Agnes, 2002).

Pernyataan National Council Teachers of Mathematics (NCTM)

(1989,1991,2000) sangat menekankan konsep penyelesaian masalah dalam Kurikulum

Matematk. Untuk mengikut perkembangan ini, matlamat pendidikan Matematik di

Malaysia mulai menuju kearah ini (PPK, 2001). Maka perlulah kita meninjau mengapa

penyelesaian masalah sangat dipentingkan dan apakah peranan Metakognitif dalam

penyelesaian masalah ini dan apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar

semasa mengaplikasikan kemahiran metakognitif dalam proses penyelesaian masalah.

Schoenfeld (1985,1987,1992), Silver (1985), Desoete et al,(2001), Lee(2001)

dan ramai penyelidik lagi telah menjelaskan bahawa metakognitif merupakan satu unsur

penting dalam penyelesaian masalah. Pelajar perlu menilai kemampuan mereka dalam

melaksanakan tugas yang kompleks dan memikirkan cara kerja alternatif atau berkesan.

Daripada hasil kajian penyelidik di atas dapat dirumuskan bahawa jika seseorang

pelajar mahir dalam aspek metakognitif, secara umumnya dia akan dapat menjalankan

beberapa kemahiran metakognitif dalam proses penyelesaian masalah yang diberi iaitu;

i. Mengenalpasti dan menakrifkan masalah.

ii. Mewakilkan masalah dalam perwakilan mental.

iii. Membuat perancangan yang strategik.

iv. Menetapkan matlamat yang jelas.

v. Memilih dan melaksanakan strategi.

vi. Mengawasi proses perlaksanaan

vii. Menggunakan maklum balas

Page 26: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

7

viii. Menilai hasil kerja secara sistematik

Dengan adanya langkah-langkah ini, seseorang akan dapat melaksanakan proses

penyelesaian masalah dengan terkawal dan berkesan. Seperti mana yang dinyatakan

oleh Norita (2002) yang telah dibincangan, kejayaan atau kegagalan penyelesaian

masalah pelajar yang bergantung kepada kecerdasan kemahiran metakognitif seseorang

itu. Seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar samada dalam

bidang Matematik atau bidang yang lain.

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik adalah sesuatu yang abstrak dan bukan konkrit, maka pembentukan

sesuatu konsep Matematik tidak akan berjaya dengan penghafalan. Kebanyakkan

masalah Matematik adalah soalan yang terdiri daripada aras yang tinggi. Oleh itu soalan

ini tidak dapat diselesaikn dengan kaedah penghafalan sahaja, dan memerlukan daya

penaakulan yang tinggi.

Menurut kenyataan Schoenfeld (1987) dimana kelemahan pelajar dalam

penyelesaian masalah adalah disebabkan mereka kurang mahir dalam mengatur strategi.

Ini bukanlah bermakna bahawa pelajar adalah lemah. Schoenfeld (1987) juga mendapati

bahawa pelajar mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah

tetapi gagal menggunakannya dengan betul. Penyelidik menjangkakan ini adalah kerana

aspek metakognitif kurang diberi perhatian di kalangan pelajar.

Silver (1985), Schoenfeld, (1994), Schurter (2002)), berpendapat bahawa

metakognitif adalah merupakan suatu aspek yang penting untuk meningkatkan prestasi,

terutama dalam pencapaian penyelesaian masalah Matematik. Sejak kebelakangan ini

Page 27: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

8

aspek Metakognitif telah semakin diberi perhatian dan dapat dikaji oleh penyelidik-

penyelidik tertentu.

Berdasarkan fenomena-fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji telah

membuat kajian untuk mengenalpasti kemahiran metakognitif yang ditunjukkan oleh

pelajar semasa mereka menyelesaikan masalah. Ini bukan sahaja dapat membimbing

pelajar kearah menyelesaikan masalah sendiri, tetapi juga dapat memberi pendedahan

yang berguna kepada guru-guru terhadap kewujudan dan kepentingan metakognitif

dalam proses penyelesaian masalah pelajar. Kajian ini juga telah mengkaji persepsi

pelajar terhadap Matematik dan hubungannya dengan kemahiran metakognitif mereka.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai enam objektif utama iaitu:

i. Mengkaji persepsi pelajar terhadap Matematik.

ii. Mengkaji tahap Kemahiran Metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah

Matematik.

iii. Melihat hubungan diantara persepsi pelajar terhadap Matematik dengan tahap

kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik.

iv. Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran

metakognitif dalam menyelesaikan masalah Matematik antara pelajar lelaki dan

perempuan.

v. Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran

metakognitif diantara pelajar yang berlainan kursus.

vi. Mengenalpasti samada kemahiran metakognitif digunakan atau tidak dalam

menyelesaikan masalah Matematik.

Page 28: KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI …€¦ · kajian terhadap hubungan antara persepsi pelajar terhadap matematik dengan tahap kemahiran metakognitif dalam menyelesaikan masalah

9

1.5 Persoalan kajian

Dalam penyelidikan ini penyelidik berminat untuk mengkaji dan mengumpul

maklumat tentang apakah kemahiran metakognitif yang terlibat semasa pelajar

menyelesaikan masalah Matematik. Diantara persoalan kajian ialah:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap Matematik.

ii. Apakah tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah

Matematik.

iii. Adakah terdapat hubungan diantara persepsi pelajar terhadap Matematik dengan

tahap Kemahiran Metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik.

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran metakognitif

dalam menyelesaikan masalah Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan.

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran metakognitif

dalam menyelesaikan masalah Matematik diantara pelajar yang berlainan kursus.

vi. Adakah kemahiran metakognitif digunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan

masalah Matematik yang diberi.

1.6 Definisi Istilah

Kajian ini telah menggunakan beberapa istilah seperti :

i. Kognitif

Aktiviti mental yang merangkumi proses memeperolehi, menyimpan,

memperoleh semula dan menggunakan ilmu pengetahuan (Matlin, 1994).