hubungan antara harga diri dan pencapaian akademik … · penyelidikan ini bertujuan untuk...

23
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR TAHUN LIMA KURSUS SAINS DAN MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NADIA AZWA BT OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 26-Jan-2020

37 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR-PELAJAR TAHUN LIMA KURSUS SAINS DAN MATEMATIK

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NADIA AZWA BT OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR TAHUN LIMA KURSUS SAINS DAN MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya NADIA AZWA BT OTHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, _________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: BLKG SRK KAMIL 1 . DR AZLINA BT MOHD KOSNIN PASIR PUTEH, Nama Penyelia 16800 KELANTAN . Tarikh : 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006 .

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah

Sains serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : ______________________________

Nama Penyelia : DR. AZLINA BTE MOHD. KOSNIN

Tarikh : 21 APRIL 2006 .

* Potong yang tidak berkenaan.

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR-PELAJAR TAHUN LIMA KURSUS SAINS DAN MATEMATIK

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NADIA AZWA BT OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ___________________________

Nama Penulis : NADIA AZWA BTE OTHMAN

Tarikh : 21 APRIL 2006 .

iii

BUAT TATAPAN ;

Keluarga yang tersayang,

Othman Bin Mohd. Salleh

Haminah Bt Mat Zain

Nora Azlinda Bt Othman

Mohd Hafifi Bin Othman

Mohd Hafizi Bin Othman

Penyelia yang dikasihi,

Dr. Azlina Bt Mohd Kosnin

Teman yang sentiasa memahami,

Wan Amru Bin Wan Ab Aziz

Rakan-rakan seperjuangan

5 SPC 2005/06

Terima kasih di atas segala dorongan dan pengorbanan

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga tesis ini

disiapkan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pensyarah pembimbing

saya iaitu Dr. Azlina Bt Kosnin yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya.

Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun lima Fakulti

pendidikan yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan

kajian ini. Tidak lupa kepada kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, segala jasa anda amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap harga diri dan

pencapaian akademik pelajar serta hubungan di antara kedua-dua pembolehubah.

Perbezaan gender dari aspek harga diri dan pencapaian akademik pelajar turut dikaji.

Tahap harga diri dikaji daripada aspek sosial, peribadi, prestasi dan secara global.

Tahap pencapaian akademik diukur dengan melihat prestasi keseluruhan (CPA) dan

prestasi semasa pelajar bagi semester 1 2005/06 (GPA). Kajian ini telah dijalankan

ke atas 123 orang pelajar tahun 5 fakulti pendidikan yang megikuti kursus sains dan

matematik di Universiti Teknologi Malaysia. Populasi kajian dan sampel dipilih

secara rawak. Alat kajian yang mengandungi 30 item soal selidik dalam bentuk skala

likert 5 aras telah digunakan untuk mengukur tahap harga diri. Keputusan kajian

dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11. Faktor demografi dianalisis secara

frekuensi dan peratus. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti

hubungan harga diri dan pencapaian akademik manakala ujian t untuk mengenalpasti

perbezaan jantina. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap

harga diri yang sederhana bagi semua aspek yang dikaji. Tiada perbezaan yang

signifikan dalam tahap harga diri pelajar yang berlainan jantina bagi aspek peribadi,

prestasi dan global. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan signifikan bagi aspek

sosial. Pencapaian akademik semasa dan terkumpul kebanyakan pelajar adalah

ditahap sederhana. Tiada perbezaan yang signifikan didapati dalam pencapaian

akademik pelajar yang berbeza jantina. Nilai pekali korelasi yang diperolehi bagi

setiap aspek harga diri menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah di antara

kedua-dua pembolehubah. Ini bermakna tiada hubungan yang signifikan wujud

antara harga diri setiap aspek mahupun secara global dengan pencapaian akademik

pelajar. Berdasarkan hasil kajian yang didapati, beberapa cadangan telah

dikemukakan.

vi

ABSTRACT

This research is intended to identify student’s self-esteem and academic

achievements and its relativity between these two variables. This research also

accounts self-esteem and academic achievements for both genders, male and female.

Self-esteem is measured through several aspects including personal, social,

performance and global. Academic achievements are valued by counting in the

overall achievements (CPA) and current achievement for semester 1 year 2005/2006.

There were 123 5th year students in mathematics and science courses at Universiti

Teknologi Malaysia who took part in this research. The sample was randomly

chosen. The instrument that is being used is a questionnaire that contains 30

questions, which are scaled from 1 to 5 in order to measure the level of self-esteem.

The results were analyzed by using the SPSS software version 11. Demography

factors were analyzed through percentage and frequencies form. Pearson’s

correlation test was used to identify the relations between self-esteem and academic

achievements while t test was used to differentiate genders. Results show that most

of the respondents have moderate level of self-esteem for all of the aspects that were

analyzed. There are no significant differences in self-esteem for different genders in

these aspects; personal, performance and global. In spite of that, there were some

significant differences in the social aspect. Most of the respondents have moderate

level of academic achievements. The results also show that there are no significant

differences in student’s academic achievement for different genders. The

relationship between self-esteem and academic achievements is weak in all aspects

that have been studied in this research. This means, there are no significant

relationship between these two variables. Some suggestions have been made from

this research

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 4

1.6 Hipotesis Kajian 5

viii

1.7 Kepentingan Penyelidikan

1.7.1 Kepentingan Terhadap Kementerian 6

Pelajaran Malaysia

1.7.2 Kepentingan Terhadap Institusi- 6

institusi Tertentu

1.7.3 Kepentingan Terhadap Pelajar 7

1.8 Skop Kajian dan Batasan Kajian 7

1.9 Definisi Operasi Bagi Istilah-Istilah Berkaitan 7

1.9.1 Harga Diri

1.9.2 Harga Diri Global

1.9.3 Pencapaian Akademik

1.9.4 Pelajar

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Konsep Harga Diri 9

2.3 Kajian-kajian Hubungan Harga Diri dan

Pencapaian Akademik 15

2.4 Kesimpulan 20

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 21

3.3 Tempat Kajian 22

3.4 Sampel Kajian 22

ix

3.5 Instrumen Kajian 23

3.5.1 Soal Selidik Bahagian A

3.5.2 Soal Selidik Bahagian B

3.5.3 Soal Selidik Bahagian C

3.6 Cara Pemarkahan 25

3.7 Kajian Rintis 26

3.8 Tatacara Kajian 27

3.9 Jangkamasa Kajian 27

3.10 Analisis Data 28

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Aspek Demografi Pelajar 30

4.3 Analisis Tahap Harga Diri 32

4.4 Analisis Tahap Harga Diri Berdasarkan Perbezaan 35

Jantina Antara Lelaki dan Perempuan

4.5 Analisis Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 37

4.6 Analisis Tahap Pencapaian Akademik Berdasarkan 38

Perbezaan Jantina Antara Lalaki dan

Perempuan

4.7 Analisis Hubungan Antara Harga Diri Dan

Pencapaian Akademik Pelajar 39

x

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 43

5.2 Perbincangan 43

5.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar 44

5.2.2 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 44

5.2.3 Hubungan di antara Harga Diri Dan 45

Pencapaian Akademik

5.3 Implikasi 46

5.4 Cadangan 47

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 47

5.3 Penutup 48

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 50

LAMPIRAN A-I 53

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

Pembahagian Item-item positif dan negatif skala

harga diri

Pembahagian item-item berdasarkan aspek-aspek

harga diri

Cara pemarkatan bagi skala harga diri

Tahap harga diri pelajar mengikut skor min

Tahap pencapaian akademik pelajar mengikut

gred

Kekuatan pekali korelasi

Bilangan pelajar mengikut kursus

Bilangan pelajar mengikut jantina

Bilangan pelajar mengikut bangsa

Bilangan pelajar mengikut umur

Tahap harga diri pelajar mengikut skor min

Tahap harga Diri Peribadi pelajar

Tahap harga Diri Sosial Pelajar

Tahap harga diri prestasi pelajar

Tahap harga diri global pelajar

Ujian-t tahap harga diri antara pelajar berbeza

jantina bagi setiap aspek.

Tahap pencapaian akademik pelajar mengikut

gred

Tahap prestasi akademik berdasarkan GPA dan

CPA pelajar

Ujian-t tahap pencapaian akademik CPA dan

GPA antara pelajar berbeza jantina

25

25

26

28

28

29

31

31

32

32

33

33

34

34

35

36

37

37

39

xii

4.14

4.15

Interpretasi terhadap nilai pekali kolerasi (r)

Jadual kolerasi harga diri peribadi dan GPA

40

41

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1

Dimensi-dimensi harga diri

11

xiv

SENARAI SINGKATAN

CFSEI-2

CPA

GPA

P

r

RSE

Sig. (2-tailed)

SPSS

SPC

SPF

SPM

SPN

t

UTM

- Culture-Free Self-Esteem Inventories for Children and

Adults

- Purata Nilaian Gred Keseluruhan

- Purata Nilaian Gred Semester

- Nilai signifikan

- Nilai korelasi

- Rosenberg Self-Esteem Scale

- Nilai signifikan bagi ujian dua hujung

- Statistical Package For Social Science

- Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Kimia

- Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik

- Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik

- Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains

- Nilai statistik yang dikira

- Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Output Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Borang Soal Selidik

Jadual Krejcie dan Morgan

Aspek Demografi pelajar

Data Analisis Tahap Harga Diri Pelajar

Data Analisis Ujian-t Perbezaan tahap harga diri

Berdasarkan Jantina

Data Analisis Tahap Pencapaian Akademik

Data Analisis Ujian-t Perbezaan Pencapaian

Akademik Berdasarkan Jantina

Data Analisis Hubungan Harga Diri Dan

Pencapaian Akademik

53

55

58

59

61

62

63

65

66

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Remaja merupakan golongan perantaraan antara yang muda dengan dewasa.

Peringkat umur remaja dianggap golongan pendesak, pewaris khazanah dan harapan

setiap bangsa dan negara. Remaja yang mengalami masa peralihan, tanpa memikul

sesuatu tanggungjawab, kini menuju ke alam dewasa yang sibuk dengan persaingan

dan perjuangan untuk kepentingan hidup. Dalam keghairahan ini, sebahagian remaja

akan mengalami kegoncangan emosi, mencari identiti diri dan pegangan hidup.

Keadaan tersebut akhirnya akan menyebabkan remaja memiliki kelainan-kelainan

harga diri (Robiah, 1994).

Harga diri mempunyai dua komponen genting; perasaan terhadap

keterampilan diri dan nilai diri. Hormat diri kita akan bertambah apabila tingkah laku

kita bersesuaian dengan nilai-nilai peribadi kita. Keterampilan diri dan nilai diri

bersama-sama menjadikan seseorang berasa senang terhadap diri sendiri

(Ranjit,1996).

Harga diri ialah prasyarat kepada kebahagiaan dan tingkah laku produktif

secara umum. Seseorang akan melakukan sesuatu dengan lebih baik hampir dalam

semua perkara apabila ia menganggap dirinya layak dan kompeten. Secara halusnya,

harga diri adalah kunci kepada kejayaan. Tiap-tiap orang mempunyai harga diri

global dan harga diri dimensi khusus. Seperti yang dinyatakan oleh (Newman,1977),

“Harga diri ialah perkara yang bertingkat-tingkat. Anda tidak sekadar memilikinya

atau tidak memilikinya. Anda berada dalam suatu skala atau kontinum, dari yang

paling negatif ke yang paling positif – dari harga diri rendah ke harga diri tinggi”.

2

Harga diri dapat dilihat dari sudut dua dimensi; harga diri rendah boleh

mengakibatkan pelbagai bentuk masalah tingkah laku. Orang yang sebegini

selalunya berasa tidak selesa dengan diri mereka dan kerap kali kurang yakin dengan

diri sendiri. Pelajar yang mempunyai harga diri tinggi pula lazimnya berasa senang

dengan diri mereka sendiri tetapi jika terlalu berlebihan akan menimbulkan masalah.

Salah satu anteseden harga diri ialah pencapaian akademik. Gred akademik

yang baik mempertingkatkan nilai diri seseorang. Dalam kata-kata Frey dan Carlock

(1989) “ pelajar-pelajar yang memperoleh konsep kendiri yang positif di sekolah

mempunyai peluang yang besar untuk berjaya dalam kehidupan kelak”.

Menyedari hakikat ini penyelidik menjalankan kajian khusus mengenai

kepentingan harga diri dalam mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar dalam

segala aspek kehidupan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Memetik ucapan perdana menteri kita, Abdullah (2004);

Dunia mahasiswa adalah dunia di mana pemikiran dibentuk dan hala tuju

pemikiran seseorang insan berpendidikan yang sentiasa dicanai dan bercambah.

Dalam masyarakat kampus, yang rata-ratanya rakan sebaya dan bergurukan para

pensyarah yang mempunyai kelulusan dari universiti dalam dan luar negara,

mahasiswa harus bijak membahagikan komitmen di antara akademik, berpersatuan,

beriadah, ibadah dan bersukaria. Ini merupakan suatu tugas yang dianggap kunci

kepada segala kejayaan kecemerlangan mahasiswa dari dahulu hingga kini.

Penglibatan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti seumpama itu sebenarnya

didorong oleh keinginan dan semangat yang tinggi yang ada pada seseorang individu

tersebut. Keadaan ini mempunyai kaitan rapat dengan tahap harga diri mereka

kerana menurut Ranjit (1996), harga diri mencetuskan keghairahan dan

menambahkan kreativiti. Yang paling penting, harga diri tinggi mencetuskan kuasa

3

dalaman bagi individu untuk mencapai matlamat-matlamat hidup serta bertindak

balas secara positif kepada cabaran-cabaran yang dirintangi.

Penyelidikan telah mengesahkan secara jelas bahawa harga diri adalah faktor

penting dalam mempertingkatkan pencapaian akademik serta memeperbaik tingkah

laku para pelajar. Harga diri ialah satu peramal kejayaan akademik yang lebih baik

daripada kecerdasan yang diukur. Para pelajar yang mempunyai harga diri tinggi

adalah lebih berjaya dan aktif, dari segi akademik dan sosial, berbanding dengan

pelajar-pelajar yang mempunyai harga diri rendah. Mereka juga lebih ghairah untuk

mengemukakan pendapat dalam perbincangan dan mempunyai cita-cita yang lebih

tinggi (Ranjit,1996).

Dalam mengharungi kehidupan sebagai remaja yang normal, harga diri perlu

ada pada pelajar untuk mendapatkan kepuasan. Kepuasan akan menghasilkan

kreativiti, peningkatan pencapaian, kesedaran terhadap keupayaan dan potensi yang

ada (Robiah,2002).

1.3 Pernyataan Masalah

Banyak kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang tokoh psikologi

telah mendapati bahawa harga diri seseorang individu mempunyai kaitan rapat

dengan pencapaian akademik mereka. Harga diri seseorang pelajar pada aras tertentu

adalah perlu untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.Harga diri dan

pencapaian pelajar adalah saling bergantungan (Holly,1987). ‘Sebagaimana aras

harga diri meningkat, begitu juga dengan peningkatan pencapaian; dan sebagaimana

aras harga diri menurun, begitu juga kaitannya dengan kemerosotan pencapaian

seseorang individu’(Covington, 1989). Di samping itu, beliau turut menyimpulkan

bahawa harga diri boleh diubah melalui ajaran atau pendidikan secara langsung

untuk mengarahkan diri kepada pencapaian yang lebih baik.

Mahasiswa merupakan golongan pelapis perlulah melengkapkan diri dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman. Aspirasi peribadi sememangnya mempengaruhi

harga diri individu. Kejayaan yang dicapai mungkin dianggap kegagalan oleh orang

4

lain. Walaubagaimanapun harga diri seseorang akan meningkat jika pencapaian

menepati aspirasi. Pada masa yang sama, harga diri juga secara tidak langsung

dipengaruhi oleh kemampuan dan kemahiran seseorang melaksanakan tugas-tugas

tertentu yang diserah kepadanya (Azizi et al. 2002). Hal ini amat dititikberatkan

kerana apabila golongan pelapis ini melangkah ke alam pekerjaan nanti, mereka

mempunyai kualiti diri yang tinggi untuk berjaya dan secara tidak langsung menjadi

penyumbang untuk meneruskan kejayaan bangsa dan Negara.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji menggariskan beberapa objektif

kajian untuk mengenalpasti:

i. tahap harga diri pelajar-pelajar tahun 5 kursus pendidikan sains dan matematik di

UTM.

ii. perbezaan tahap harga diri pelajar-pelajar tahun 5 kursus pendidikan sains dan

matematik di UTM yang berlainan jantina.

iii. tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 5 kursus pendidikan sains dan

matematik di UTM.

iv. perbezaan pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 5 kursus pendidikan sains

dan matematik di UTM yang berlainan jantina.

v. kaitan antara harga diri pelajar dan pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 5

kursus pendidikan sains dan matematik di UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian yang hendak dicari jawapannya

adalah seperti berikut:

i. apakah tahap harga diri pelajar-pelajar tahun 5 kursus pendidikan sains dan

matematik di UTM?

5

ii. adakah terdapat perbezaan tahap harga diri pelajar-pelajar tahun 5 kursus

pendidikan sains dan matematik di UTM yang berlainan jantina?

iii. apakah tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 5 kursus pendidikan

sains dan matematik di UTM?

iv. adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 5 kursus

pendidikan sains dan matematik di UTM yang berlainan jantina?

v. apakah kaitan antara harga diri pelajar dan pencapaian akademik pelajar-pelajar

tahun 5 kursus pendidikan sains dan matematik di UTM?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis telah dibentuk untuk menguji hubungan di antara harga diri dengan

pencapaian akademik, iaitu:

a. H0 : Tidak terdapat perbezaan harga diri di antara pelajar-pelajar yang

berlainan jantina

b. H0 : Tidak terdapat perbezaan pencapaian akademik di antara pelajar-pelajar

yang berlainan jantina

c. H0 : Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara harga diri peribadi dan

pencapaian akademik pelajar

d. H0 : Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara harga diri sosial dan

pencapaian akademik pelajar

e. H0 : Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara harga diri prestasi dan

pencapaian akademik pelajar

f. H0 : Tidak terdapat kaitan yang signifikan antara harga diri global dan

pencapaian akademik pelajar