cukai pendapatan harta pusakanota penerangan borang tp sistem taksir sendiri - 2 - bahagian a:...

17
TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat B26 Derma / hadiah / sumbangan / zakat 8 Bahagian J Tuntutan insentif 13 NOTA PENERANGAN TP 2020 Cukai Pendapatan Harta Pusaka

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

B26 Derma / hadiah / sumbangan / zakat 8

Bahagian J Tuntutan insentif 13

NOTA PENERANGAN

TP 2020

Cukai Pendapatan

Harta Pusaka

Page 2: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TP bagi Tahun Taksiran 2020. Sila baca nota ini

dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020

adalah benar,betul dan lengkap.

Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TP KECUALI

bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-

(i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

(ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai yang

telah dibuat di negara asing.

Helaian kerja, lampiran dan maklumat lain untuk melengkapkan Borang TP boleh diperoleh di Portal Rasmi

LHDNM: http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu >

Panduan Pengiraan & Maklumat Lain

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh (7) tahun

bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat

hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun di ruangan B35a hingga B36, C35a hingga C36,

Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun

hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TP

Apabila seseorang individu meninggal dunia, harta yang dimilikinya secara benefisial pada tarikh kematian

dikenali sebagai harta pusakanya. Wasi atau pentadbir perlu melaporkan semua punca pendapatan si mati

dalam Borang TP sekiranya harta yang ditinggalkan belum dipindah milik kepada waris.

1 2

Nama pemilik harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Nombor cukai pendapatan harta pusaka seperti didaftarkan dengan LHDNM.

KEDUDUKAN CUKAI

Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, tuan dinasihatkan supaya

mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah

dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 7 Borang TP 2020. Isikan satu

petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

1 Nama harta pusaka

usaka

H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y

0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 <>>>>>>>>?

No. cukai pendapatan

TP 2

Page 3: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 2 -

BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA

A1

Domisil di Malaysia

semasa kematian

Isi ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pembayar cukai ini berdomisil

di Malaysia semasa kematian dan isikan ‘2’ sekiranya tidak berdomisil di

Malaysia.

‘Domisil’ bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya dan juga

mempunyai niat untuk menetap di negara tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

A2

Negara domisil

semasa kematian

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.

Sekiranya pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, sila

rujuk kod negara di muka surat 16 nota penerangan ini atau senarai terperinci di

Lampiran E.

A3 Tarikh kematian Nyatakan tarikh kematian seperti dalam sijil kematian.

A4

Wasiat

Isi ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat

atau ‘2’ sekiranya tiada wasiat.

A5 Surat kuasa

mentadbir

Isi ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya telah memperoleh surat kuasa.

Jika si mati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet

(grant probate) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Sekiranya si mati tiada meninggalkan wasiat, surat kuasa pentadbir harta

pusaka (Letter of Administration) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

A6 Tarikh pemerolehan

surat kuasa

Nyatakan tarikh seperti dinyatakan dalam surat kuasa pentadbir harta pusaka /

geran probet di mana ia akan dianggap sebagai tarikh mula berkuat kuasa

perlantikan wasi / pentadbir harta pusaka berkenaan.

Ruang ini tidak perlu diisi jika ruang A5 = 2.

A7

Penyimpanan

rekod

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki

mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Isi ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A8a Menjalankan

perniagaan

e-Dagang

Isi ‘1’ dalam petak untuk (‘Ya’) jika harta pusaka berkenaan ada menjual apa-

apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang A8b.

Harta pusaka dianggap menjalankan perniagaan e-Dagang sekiranya dalam

menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i) Menerima tempahan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Harta pusaka menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau

media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii) Menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Harta pusaka menerima bayaran tunai digital dengan kad kredit atau kad

caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa,

telefon atau faksimili.

Page 4: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 3 -

iii) Membekalkan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Harta pusaka berkenaan menggunakan e-mel, internet atau protokol

pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian,

dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian

dalam bentuk cakera.

Harta pusaka berkenaan menggunakan e-mel berserta laman

sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi

nasihat tersebut.

Harta pusaka berkenaan menerima bayaran bagi mengiklankan

barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

Harta pusaka adalah pemilik laman sesawang.

Harta pusaka menyediakan perkhidmatan akses ke internet.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika harta pusaka tidak menjalankan e-Dagang atau tidak berkenaan.

A8b Alamat laman

sesawang / blog

Alamat laman web / blog (jika ada).

A9 Alamat surat-

menyurat wasi /

pentadbir utama

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A10 Alamat premis

perniagaan si mati

Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta pusaka

dikendalikan.

A11 Alamat di mana

rekod harta pusaka

disimpan

Isi ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan dokumen harta

pusaka ini disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A9; atau ‘2’ jika

disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A10. Isi ‘3’ jika tidak

disimpan di alamat seperti di ruang A9 dan A10.

A12 Alamat lain Nyatakan alamat di mana rekod harta pusaka disimpan sekiranya ruang A11 = 3.

A13 Maklumat

wasi / pentadbir

Isi maklumat wasi / pentadbir di mana yang berkenaan.

A13a Nama Nyatakan nama penuh wasi / pentadbir seperti yang tertera di dokumen

pengenalan / pasport di ruangan ini.

A13b No. pengenalan /

pendaftaran*

Isi nombor kad pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) atau no.

pendaftaran wasi / pentadbir, yang mana berkenaan.

A13c No. pasport Nombor pasport sekiranya wasi / pentadbir merupakan warga asing yang tidak

mempunyai kad pengenalan Malaysia.

A13d No. cukai

pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan wasi / pentadbir berkenaan, sekiranya ada.

Contoh: No. cukai pendapatan ialah OG 00123456090

A13e No. telefon

Isi nombor telefon setiap wasi / pentadbir harta pusaka. Sila pastikan maklumat

ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi

LDHNM.

<?

<>>>>>>>>>?

O G 0 0 1 2 3 4 5 6 0 9 0 SG/OG

Page 5: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 4 -

Sekiranya terdapat lebih daripada dua (2) orang yang dilantik sebagai wasi / pentadbir kepada harta pusaka,

gunakan lampiran tambahan untuk menyenaraikan maklumat mengikut format seperti ruang A13a hingga

A13e, dan kemukakan bersama-sama Borang TP.

A14 Maklumat bank wasi

/ pentadbir

Isikan maklumat nama bank dan nombor akaun bank wasi / pentadbir bagi

tujuan bayaran balik. Pastikan akaun bank yang diberikan adalah aktif dan

dibuka atas nama sendiri bagi mengelakkan masalah/isu pembayaran.

A15 Mempunyai akaun

kewangan di institusi

kewangan di luar

Malaysia

Isikan ‘1’ jika mempunyai “akaun kewangan” di institusi kewangan di luar

Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak berkenaan. Rujuk maklumat di bawah

sebelum membuat pilihan:

Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-

undang percukaian Malaysia, selaras dengan komitmen Malaysia terhadap

Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan dengan Negara-negara

Pejanji. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia akan menerima maklumat

berkenaan akaun kewangan yang disimpan di luar negara oleh pemastautin

cukai Malaysia. Walau bagaimanapun, status mempunyai akaun kewangan di

luar negara bukanlah petunjuk bahawa berlakunya ketidakpatuhan cukai.

"Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang disenggara oleh

institusi kewangan di luar Malaysia yang merangkumi:

a) Akaun Depositori

Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.

b) Akaun Jagaan (Custodial)

Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti) untuk

manfaat orang lain yang memegang sebarang instrumen kewangan atau

kontrak untuk pelaburan.

c) Kontrak Insurans Nilai Tunai

Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang mana

pemegang polisi berhak menerima pembayaran semasa penyerahan

atau penamatan kontrak. Kontrak insurans juga akan menjadi Kontrak

Insurans Nilai Tunai apabila pemegang polisi boleh meminjam di bawah

kontrak tersebut. Ia adalah produk pelaburan yang mempunyai unsur

insurans hayat di dalamnya. Elemen insurans hayat biasanya kecil

berbanding dengan elemen pelaburan.

d) Kontrak Anuiti

Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk membuat

pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan secara keseluruhan

atau sebahagian dengan merujuk kepada jangka hayat satu atau lebih

individu; atau

Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah undang-

undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana kontrak itu dibuat dan

pihak yang menawarkan bersetuju untuk membuat pembayaran dalam

satu jangkamasa tertentu.

e) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan

Page 6: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 5 -

Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun Kewangan

Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM,

http://www.hasil.gov.my> Antarabangsa> Pertukaran Maklumat Automatik

(AEOI)> Standard Pelaporan Bersama (CRS).

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Isi bahagian ini jika pembayar cukai berdomisil di Malaysia semasa kematian (Jika A1=1)

B1

B9

Pendapatan

berkanun

perniagaan

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan,

pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak

perdagangan dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan

barang-barang dan terimaan daripada pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan

pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang

B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan

kemukakan lampiran bersama Borang TP.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.

Pendapatan

berkanun

perkongsian

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan

perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga

niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan

pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang

B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan

kemukakan lampiran bersama Borang TP.

Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.

Elaun modal Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan

adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun

modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan /

perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.

Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.

Rugi perniagaan

bawa hadapan

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu

yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca

perniagaan / perkongsian.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan

amaun B7 dalam ruang ini.

B10

Faedah

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian

keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau

penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah

hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi

tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

Page 7: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 6 -

Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil

pertukaran dan nota janji.

B11

Sewa

Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan

lain-lain yang serupa.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.

Royalti

‘Royalti’ termasuk apa-apa bayaran yang dibayar sebagai balasan untuk atau diterima daripada: a) penggunaan atau hak untuk menggunakan, hakcipta, perisian, karya seni

atau kerja saintifik, paten, reka bentuk atau model, pelan, proses atau

formula rahsia, tanda dagangan atau lain-lain bentuk harta atau hak;

b) penggunaan atau hak untuk menggunakan, kaset untuk penyiaran radio

atau televisyen, filem wayang gambar, filem atau pita video atau apa-apa

penerbitan semula lain di mana filem atau kaset tersebut telah atau akan

digunakan atau diterbitkan semula di Malaysia, atau lain-lain bentuk harta

atau hak;

c) penggunaan atau hak untuk menggunakan pengetahuan ‘know-how’ atau

pengetahuan teknikal, perindustrian, komersial atau saintifik, pengalaman

atau kemahiran;

d) penerimaan atau hak untuk menerima imej visual atau suara, atau kedua-

duanya, yang dihantar kepada orang ramai melalui satelit, kabel, kabel

fiber optik atau teknologi serupa;

e) penggunaan atau hak untuk menggunakan imej visual atau suara, atau

keduanya, berkaitan dengan penyiaran televisyen atau penyiaran radio

yang dihantar melalui satelit, kabel, kabel fiber optik atau teknologi serupa;

f) penggunaan atau hak untuk menggunakan, sebahagian atau keseluruhan

spektrum frekuensi radio tertentu dalam lesen yang berkaitan;

g) Perihal tidak membuat keseluruhan atau sebahagian berkenaan dengan:

(i) penggunaan atau kebenaran untuk menggunakan apa-apa harta atau

hak sebagaimana disebutkan dalam perenggan (a) atau (b) atau apa-

apa pengetahuan, pengalaman, atau kemahiran sebagaimana

disebutkan dalam perenggan (c);

(ii) penerimaan atau kebenaran untuk menerima, apa-apa imej visual atau

suara seperti yang disebutkan dalam perenggan (d);

(iii) penggunaan atau kebenaran untuk menggunakan apa-apa imej visual

atau suara seperti yang disebutkan dalam ayat (e); atau

(iv) penggunaan atau kebenaran untuk menggunakan, sebahagian atau

keseluruhan spektrum tertentu dalam lesen spektrum sebagaimana

disebutkan dalam ayat (f); atau

h) pengasingan apa-apa harta, pengetahuan (know-how) atau maklumat

yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) atau (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

Page 8: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 7 -

B12

Anuiti

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah.

Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang melayakkan pelabur menerima

bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

Bayaran berkala lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13

Apa-apa perolehan atau keuntungan lain

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

B14

Tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di

peringkat pendapatan agregat:

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah

Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan

perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk

membuat pengiraan pendapatan dan diambil kira dalam menentukan

pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B17

Rugi perniagaan tahun semasa

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada

pendapatan agregat tahun yang sama.

Contoh:

Kerugian perniagaan pada tahun 2020 ditolak daripada pendapatan agregat

bagi tahun 2020.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.

Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi

amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19

Perbelanjaan

mencari gali –

Jadual 4

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada

simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji

simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.Amaun ini terhad kepada

B18.

Rujuk perenggan 44(1)(b) dan Jadual 4 untuk menentukan kelayakan

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

B21 Anuiti kena dibayar /

bayaran berkala

Anuiti

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang melayakkan waris

menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu

tempoh. Bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun yang tetap.

Jika si mati tidak meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud.

B23 – B31 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Nota : Sumbangan bagi menangani pandemik COVID-19

Potongan cukai akan diberikan kepada penderma yang mendermakan wang tunai ataupun barangan yang

akan digunakan untuk menangani pandemik COVID-19 serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak

tersebut. Untuk klasifikasi tuntutan sumbangan ini, sila rujuk Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my >

Pautan Pantas > FAQ - Perintah Kawalan Pergerakan & Pakej Rangsangan Ekonomi > Soalan Lazim

Page 9: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 8 -

Berkenaan Sumbangan / Derma.

Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan

Subseksyen 44(6) ACP 1967.

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan

Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967.

Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967.

Hadiah wang atau kos sumbangan barangan kepada projek berkepentingan negara

yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.

Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama /

universiti awam atau hadiah wang dalam bentuk endowmen kepada universiti awam

Hadiah wang dalam bentuk:-

a) wakaf kepada mana-mana pihak berkuasa agama bersesuaian yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, badan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa agama yang sesuai itu atau universiti awam yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama yang sesuai itu untuk menerima wakaf; atau

b) endowmen kepada universiti awam.

Wakaf atau endowmen hendaklah disumbang bagi tujuan mencapai objektif penubuhan pihak berkuasa agama yang sesuai, badan atau universiti awam.

Subseksyen 44(11D), ACP 1967

Terhad

kepada 10% daripada B16

Hadiah artifak / manuskrip / lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada

nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Jabatan Arkib Negara.

Subseksyen 44(6A) ACP 1967.

Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan

Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta

perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama

tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan.

Subseksyen 44(8) ACP 1967.

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai

seni lukis negeri.

Subseksyen 44(11) ACP 1967.

Zakat perniagaan

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen

44(11A) ACP 1967.

B33 Pelepasan diri Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang mentadbir

harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil di Malaysia semasa

kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada pentadbir harta pusaka tanpa

Page 10: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 9 -

->>_>>_>>_>?

->>_>>_>>_>?

->>_>>_>>_>?

<?

mengira sama ada pentadbir tersebut adalah seorang pemastautin atau tidak.

Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi dalam

pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM9,000.

B35

B36

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Cukai ke atas yang pertama

Padankan amaun di B34 Borang TP (Pendapatan Bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai

yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 15 nota penerangan ini).

Cukai ke atas baki

Contoh:

Pendapatan bercukai di B34: RM35,500

Guna pengiraan di kategori D jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM600.00

Cukai ke atas baki RM500 atas kadar 8% RM 40.00

Jumlah cukai yang dikenakan RM640.00

Masukkan di ruang B35a dan B35b dalam Borang TP seperti berikut:

BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH

CUKAI YANG DIKENAKAN

Isi bahagian ini jika pembayar cukai TIDAK BERDOMISIL di Malaysia semasa kematian (Jika A1 = 2)

C1 –

C32

Sila rujuk penerangan di Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di ruangan B1 hingga B31 (muka

surat 5 hingga 8 dalam Nota Penerangan ini).

C33

Pendapatan kasar

yang tertakluk

kepada kadar cukai

lain

Bagi pembayar cukai yang tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.

Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang

ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK -

Rujuk Lampiran F) atau ACP1967 jika tiada PPPDK.

C33a Faedah Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C33b Royalti Isikan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C33c Pendapatan kelas khas di bawah

Pendapatan individu yang TIDAK BERDOMISIL semasa kematian daripada pendapatan kelas khas berikut adalah dikenakan cukai jika ianya diperoleh dari

6 0 0 0 0

4 0 0 0

6 4 0 0 0

B35 PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

(Rujuk jadual kadar cukai yang disediakan di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my)

3 5 0 0 0

5 0 0 0 8

->>_>>_>>? ->>_>>_>>?

B36

Cukai ke atas yang pertama

Cukai ke atas baki

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B34a + B34b)

Atas kadar (%)

B35a

, , ,

, , ,

, , ,

, , ,

.

.

, , , .

B35b

B36

Page 11: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 10 -

seksyen 4A

Malaysia:

Amaun yang dibayar sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan

oleh orang itu atau pekerjanya berkaitan dengan penggunaan harta atau

hak yang dimiliki, atau pemasangan atau pengendalian mana-mana loji,

jentera atau kelengkapan yang dibeli daripadanya;

Amaun yang dibayar sebagai balasan bagi nasihat yang diberikan atau

bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengurusan

atau pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atau skim

yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

Sewa atau bayaran lain yang diterima di bawah mana-mana perjanjian

atau aturan bagi penggunaan mana-mana harta alih.

Rujukan: Ketetapan Umum No. 10/2019

C33d Pendapatan lain

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Isikan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain

daripada 24%.

C35 -

C36

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing

Rujuk Lampiran F atau ACP 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini menerima

pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 24% di C35a: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C35f: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C35d: RM25,000

Masukkan di ruang C35a, C35d, C35f dan C36 dalam Borang TP seperti berikut:

BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B36 dalam Bahagian B atau dari ruang C36 dalam

Bahagian C.

D2 Tolakan cukai

seksyen 110

(lain-lain)

Gunakan Helaian Kerja HK-6 untuk membuat pengiraan tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP1967.

Sertakan Helaian Kerja HK-6 sekiranya tuan layak menuntut pembayaran balik.

1 5 0 0 0 0

->>_>>_>>_>? 2 5 0 0 0 0

1 2 1 2 0 0 0

->>_>>_>>_>?

, , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C34a hingga C34g)

<>_>>_>>_>>?

Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

24 C35a

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

, , , . , , , 5 0 5 0 0

C35 C36

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

1 6 1 2 0 0 0

10 C35d <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , , , , , . 15 C35f <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>?

, , , , , , .

Page 12: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 11 -

Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

D3 Pelepasan cukai

seksyen 132 Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke

Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai

perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang memeterai perjanjian

pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.

D4 Pelepasan cukai seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke

Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai

perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI

E1 Cukai kena dibayar Amaun daripada ruang D5.

E2 Ansuran yang telah

dibayar

Masukkan jumlah bayaran ansuran sendiri / CP500 (notis bayaran ansuran cukai di bawah seksyen 107B) bagi tahun taksiran 2020 yang telah dibuat ke dalam ruang ini.

Bayaran tunggakan cukai bagi tahun taksiran ke belakang tidak diambilkira bagi mengisi ruangan ini.

E3 Baki cukai kena

dibayar

E1 tolak E2.

Jelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Pembayaran boleh dibuat

melalui:

(a) ByrHaSiL di Portal ByrHASiL LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my.

Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di

https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di

https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

(b) Bank yang dilantik.

kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan

Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank

Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat

dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB, BSN

dan Citibank Berhad.

Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek

PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.

(e) Pos Malaysia Berhad - Kaunter sahaja

Gunakan kod bayaran ‘084’ dan no. ansuran ‘99’ apabila membuat bayaran

cukai atau baki cukai kena dibayar.

Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai kena

dibayar ialah pada 30 April 2021. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti dijelaskan

selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.

Page 13: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 12 -

BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH

AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

F1

Melupuskan aset di

bawah Akta Cukai

Keuntungan Harta

Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isi ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang F2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

F2 Melaporkan

pelupusan tersebut

kepada LHDNM

Isi ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau

‘2’ (‘Tidak’) jika belum. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan

LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat

lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN G: PENDAPATAN TAHUN KE BELAKANG YANG BELUM DILAPORKAN

G1

– G3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum

dilaporkan sebelum ini.

Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2019 yang hanya diterima dalam tahun 2020.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1

Kerugian Bahagian ini menyediakan ruang untuk melaporkan kerugian tahun taksiran

semasa dan tahun taksiran kebelakangan.

Kerugian Tahun Taksiran Semasa

Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap

dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan

untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.

Kerugian Tahun Taksiran Ke Belakang *

Pelaporan tuntutan kerugian ke belakang yang diserap dalam tahun

semasa perlu dibuat mengikut tahun taksiran kerugian tersebut mula

berbangkit dengan mengambilkira maklumat berikut:

o Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun

taksiran semasa; dan

o Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki

kerugian yang dihantar hadapan untuk diabaikan / ditolak dalam tahun

taksiran berikutnya.

* Nota:

Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian tahun semasa yang tidak dapat diserap

dalam sesuatu tahun taksiran hanya dibenarkan untuk dibawa ke hadapan

untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran

berturut-turut [Subseksyen 44(5F)].

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap

sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan

untuk diserap sehingga maksimum 7 tahun taksiran bermula Tahun Taksiran

2019.

H2 Elaun modal Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati

Page 14: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 13 -

dalam Helaian Kerja yang boleh diperoleh dari Portal Rasmi LHDNM.

H3 Maklumat cukai

pegangan

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya membuat bayaran dalam tempoh

asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109,

109A, 109B dan 109F.

Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

Helaian Kerja HK-M boleh digunakan sebagai panduan / rekod untuk

penyimpanan.

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

J1 Menuntut

perbelanjaan khas /

potongan

selanjutnya /

potongan dua kali /

insentif di bawah

perenggan 127(3)(b)

Akta Cukai

Pendapatan 1967

Gunakan kod tuntutan insentif (Lampiran D) yang boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM:

http://www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat & Selain Individu > Panduan Pengiraan Dan Maklumat Lain Untuk Selain Syarikat & Selain Individu > Lampiran-lampiran

Tuntutan ini dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu: a) Perbelanjaan khas

b) Potongan selanjutnya

c) Potongan dua kali

d) Insentif di bawah perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967

Pilih kod tuntutan yang berkenaan daripada senarai insentif yang disediakan bagi empat (4) kategori tuntutan di atas dan masukkan amaun berkenaan.

Bagi perbelanjaan yang dikategorikan sebagai ‘potongan selanjutnya’, amaun yang perlu dimasukkan di bahagian ini ialah amaun potongan tambahan kepada perbelanjaan asal yang telah dituntut dalam akaun.

Perenggan 127(3)(b) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

Pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Contoh 1:

Harta Pesaka Zachary mempunyai pendapatan perniagaan dan menuntut insentif berikut:

Kod Keterangan Amaun

225 Potongan bagi penggajian warga emas, bekas banduan, orang diparol, orang diselia dan bekas penagih dadah

12,000

532 Pendapatan berkenaan dengan perbelanjaan layak bagi maksud memperoleh suatu perakuan indeks bangunan hijau

20,000

Cara pengisian Ruang J1:

Kod Tuntutan Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar Hadapan

225 0 12,000 12,000 0

532 0 20,000 20,000 0

Page 15: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 14 -

J2 Menuntut insentif di

bawah subseksyen

127(3A) Akta Cukai

Pendapatan 1967

Subseksyen 127(3A) ACP 1967

Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP 1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

Isikan Nombor Siri Surat Kelulusan Insentif dari Kementerian Kewangan dan masukkan amaun berkenaan.

Surat Kelulusan Menteri, pengiraan insentif dan dokumen sokongan hendaklah

disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

Contoh :

Harta Pesaka Sangeetha mempunyai perniagaan akuakultur dan menerima pengecualian khusus di bawah subseksyen 127(3A) dari Menteri Kewangan. Nombor siri surat kelulusan: CP 1234/2019. Pendapatan dikecualikan cukai yang layak dituntut bagi TT 2020 adalah berjumlah RM 45,000.

No. Kelulusan Insentif

Baki Bawa Hadapan

Amaun Dituntut

Amaun Diserap

Baki Hantar Hadapan

CP1234/2019 0 45,000 45,000 0

BAHAGIAN K:

MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA

K1 –

K50

Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Akaun Perdagangan, Untung & Rugi serta Kunci

Kira-Kira Harta Pusaka bagi tahun semasa dalam ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

L1 –

L5

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang

dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

AKUAN WASI /PENTADBIR HARTA PUSAKA

Hanya salah seorang daripada wasi-wasi / pentadbir-pentadbir kepada harta pusaka ini perlu melengkapkan

bahagian ini sekiranya harta pusaka ini mempunyai lebih daripada seorang wasi / pentadbir. Walau

bagaimanapun, kesemua wasi / pentadbir adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan

percukaian si mati.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat

Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan

cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan

semula borang nyata kepada LHDNM.

* Nota:

Bahagian akuan perlu diisi dengan butiran individu yang telah dilantik sebagai:-

(i) wasi / pentadbir; atau

(ii) pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pentadbir / pemegang

amanah.

(Hanya seorang pegawai sahaja yang perlu mengisi bahagian ini jika lebih daripada seorang pegawai yang

diberi kuasa)

Page 16: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 15 -

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

JADUAL CUKAI MULAI TAHUN TAKSIRAN 2020

KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN

BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000

pertama 0 0

B 5,001 - 20,000 5,000

15,000

pertama berikutnya

1

0 150

C 20,001 - 35,000 20,000 15,000

pertama berikutnya

3

150 450

D 35,001 - 50,000 35,000 15,000

pertama berikutnya

8

600 1,200

E 50,001 - 70,000 50,000 20,000

pertama berikutnya

14

1,800 2,800

F 70,001 - 100,000 70,000 30,000

pertama berikutnya

21

4,600 6,300

G 100,001 - 250,000 100,000 150,000

pertama berikutnya

24

10,900 36,000

H 250,001 - 400,000 250,000 150,000

pertama berikutnya

24.5 46,900 36,750

I 400,001 - 600,000 400,000 200,000

pertama berikutnya 25

83,650 50,000

J 600,001 - 1,000,000 600,000 400,000

pertama berikutnya 26

133,650 104,000

-

1,000,000 pertama 237,650

K 1,000,001 2,000,000 1,000,000 berikutnya 28 280,000

L Melebihi 2,000,000 2,000,000 pertama Setiap ringgit berikutnya

30 517,650

...............

Page 17: Cukai Pendapatan Harta PusakaNota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri - 2 - BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA A1 Domisil di Malaysia semasa kematian Isi ‘1’ di dalam petak

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 16 -

KOD NEGARA

Sebahagian dari kod negara untuk pilihan. Rujuk Lampiran E untuk senarai lengkap jika negara pilihan tidak disenaraikan.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of