ctu151

30
PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM Pendahuluan Individu muslim perlu menanamkan dalam jiwa penghayatan terhadap Islam sebagai cara hidup. Islam perlu dibina dalam diri dengan mengenal prinsip Islam dan mengawal serta memperteguhkannya dengan akhlak mulia. Inilah peringkat awal seseorang untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara Islam. Pemikiran Keilmuan Dalam Islam Perkataan ilmu berasal dari perkataan bahasa Arab – ‘calima’ = mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Makna ilmu dari segei istilah ialah segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin. Umumnya, ilmu diertikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

Upload: syazmeer

Post on 03-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bola

TRANSCRIPT

  • PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

    Pendahuluan

    Individu muslim perlu menanamkan dalam jiwa penghayatan terhadap Islam sebagai cara hidup.Islam perlu dibina dalam diri dengan mengenal prinsip Islam dan mengawal serta memperteguhkannya dengan akhlak mulia.Inilah peringkat awal seseorang untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara Islam.

    Pemikiran Keilmuan Dalam Islam

    Perkataan ilmu berasal dari perkataan bahasa Arab calima = mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.Makna ilmu dari segei istilah ialah segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin. Umumnya, ilmu diertikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

  • Dalil Mengenai Ilmu

    Al-Quran

    Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat[ Surah al-Mujadalah: ayat 11.]

    Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.[ Surah az-Zumar: ayat 9.] Dan demikianlah antara manusia dan binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun[ Surah al-Fathir: ayat 28]

  • Hadith

    Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslimSabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad

    Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Para ulama adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya, ia telah mendapat habuan yang menguntungkannya

    Kepentingan Ilmu Pengetahuan

    Hakikat kepentingan ilmu dalam Islam telah dinyatakan dalam ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w sebelum ini.Kemajuan sesuatu bangsa adalah berkait rapat dengan kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan oleh sesuatu bangsa itu sendiri.Antara kepentingan ilmu pengetahuan:Membawa manusia ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahanDapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan baik.Dengan berpandukan ilmu al-Quran dan al-Sunnah, seseorang itu mampu membentuk benteng dalam diri daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat serta menghalang diri daripada mengejar kebendaan dunia semata-mata.Dengan menguasai pelbagai ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya dapat memenuhi kemaslahatan hidup manusia.Dapat membezakan yang hak dan yang batil.

  • Pembahagian Ilmu

    Ilmu Fardhu Ain Ilmu tentang asas-asas agama Islam yang wajib dituntut oleh setiap individu muslim.[ Mohd Nasir Ayub et.al, 2011, Pengenalan Tamadun & Pemikiran Islam Kontemporari, Merbok: UiTM, hlm.112.] Ianya terbahagi kepada 3:[ Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 70-71.] Tauhid Berkaitan dengan ketuhanan, kepercayaan (akidah) dan keimanan seperti yang terangkum dalam rukun Islam dan rukun Iman. Adalah menjadi kewajipan setiap muslim memahami dan menghayatinya serta berusaha menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan dan merosakkan akidah dan iman.

    Ilmu fekah (ibadah)Berkaitan dengan peribadatan khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Maka menjadi kewajipan setiap muslim mempelajarinya secara mendalam supaya ibadah yang dituntut supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah. Selain itu, ianya juga berkaitan dengan urusan harian manusia seperti muamalat, munakahat dan sebagainya.

    Ilmu akhlak (tasawwuf)Berkaitan dengan pembentukan sifat-sifat mahmudah dan penghindaran sifat-sifat mazmumah yang melibatkan hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk lain.

  • Kifayah dari segi bahasa bermaksud mencukupi atau memadai.Dari segi istilah ialah kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan menegakkan agama Islam seperti menuntut al-Quran, ilmu hadith, menyempurnakan jenazah dan sebagainya. Menurut imam al-Nawawi perlaksanaan fardhu kifayah dituntut ke atas semua orang Islam yang mukallaf, apabila seorang atau sebahagian orang Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab sebahagian orang Islam yang lain.Ilmu yang dikategorikan dalam fardhu kifayah ialah seluruh ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan kehidupan di dunia seperti ilmu perniagaan, perakaunan, perubatan dan sebagainya.

  • Sumber Ilmu

    WahyuWahyu ialah pemberitahuan daripada Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan manusia secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Wahyu merupakan sumber pengetahuan terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia melalui nabi-nabi yang Allah utus. Al-Quran merupakan wahyu Allah yang mengandungi pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia untuk kemaslahatan hidup di samping sumber ilmu mengenai hakikat kewujudan perkara-perkara ghaib yang tidak boleh dijangkau oleh akal manusia.[ Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 74]

    PancainderaPancaindera seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, ciuman dan deria rasa adalah sumber pengetahuan yang berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya. Pancaindera digunakan untuk memperoleh maklumat atau ilmu melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.[ Ibid., hlm. 75]

    AkalAkal merupakan sumber utama pengetahuan manusia. Dengan akal manusia dapat menilai dan menimbang serta membezakan antara yang baik dan buruk.Allah s.w.t menerusi al-Quran menyuruh manusia menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran. Justeru Allah s.w.t menyeru manusia agar memerhatikan segala kejadian alam.[ Ibid.]Akal hanya mampu untuk meneliti dan mengkaji perkara yang berkaitan dengan alam nyata sahaja dan tidak dapat menembusi perkara-perkara yang berkaitan dengan alam ghaib. Oleh itu, ilmu-ilmu naqli (akal) perlu digabungkan dengan ilmu-ilmu naqli (wahyu).[ Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 110]

  • Intuisi dan Ilham

    Intuisi dan ilham berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan hambanya yang bertakwa. Sumber ini berkait dengan deria batin seseorang.Intuisi ialah kelebihan yang diberikan kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu perkara dengan cepat secara semulajadi. Ilham pula ialah idea yang diberi oleh Allah kepada seseorang untuk melakukan sesuatu.[ Ibid., hlm. 108.]

  • Pemikiran Politik dan Pemerintahan

    Politik bermaksud ilmu berkenaan cara pemerintahan, ilmu siasah atau ilmu kenegaraan. Ia juga bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.Politik dalam Islam menjurus kegiatan ummah kepada usaha mendokong dan melaksanakan syariat melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam dan tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam (Dar al-Islam)[ Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 77]

  • Asas Politik Islam

    Hakimiyyah IlahiyyahIa bermaksud kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi hanyalah hak mutlak Allah s.w.t. Justeru teras utama sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah s.w.t.[ Ibid., hlm 77. Lihat juga Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 116]Firman Allah s.w.t: Dan Dialah Allah, tiada Tuhan selain-Nya. Segala puji bagi Allah di dunia dan akhirat; dan bagi-Nya segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan[ Surah al-Qasas: ayat 70]

    RisalahBermaksud kerasulan. Kerasulan sejak Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas terpenting dalam sistem politik Islam.Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi (Allah) dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.Para rasul bertindak sebagai penyampai, penafsir dan penterjemah segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan. Segala perlakuan dan pengakuan rasul menjadi ikutan manusia.[ Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 77 dan Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 117]Firman Allah s.w.t: Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya[ Surah al-Hasyr: 7]

    KhilafahBermaksud perwakilan. Manusia adalah wakil Allah s.w.t di dunia dengan diberi amanah untuk mentadbir dan mengatur alam ini dengan berpandukan peraturan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

  • Manusia perlu sedar bahawa kekuasaan mereka adalah terbatas kerana mereka hanyalah pemegang amanah bukan penguasa atau pemilik mutlak alam ini. Pemilik mutlak alam ini hanyalah Allah s.w.t kerana Allah s.w.t Pencipta segala sesuatu.Firman Allah s.w.t: Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.[ Surah Ali-Imran: ayat: 189.] Kemudian Kami jadikan kamu di muka bumi ini, pengganti mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa yang kamu akan lakukan[ Surah Yunus: ayat 14]

  • Prinsip Utama Sistem Politik Islam

    SyuraAsas penting dalam pemilihan ketua negara dan orang-orang yang layak untuk menjawat tugas utama dalam pentadbiran.Ia juga berperanan dalam menentukan pelaksanaan undang-undang yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah, menyelesaikan masalah baru yang timbul dalam masyarakat melalui proses ijtihad.

    Keadilan Keadilan merupakan asas penting dalam sistem perundangan, perekonomian, pemerintahan dan sosial dalam Islam.Prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, keadilan antara pihak yang bersengketa dan sebagainya.Pemerintah Islam dituntut berlaku adil terhadap rakyat. Rasulullah s.a.w pernah menyebut bahawa pemimpin yang adil adalah antara tujuh golongan yang dijanjikan perlindungan Allah s.w.t di hari pembalasan kelak.

    KebebasanKebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada makruf dan kebajikan.Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar mempunyai tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam dan menjadi salah satu asas utama bagi perlembagaan negara Islam.Kebebasan dalam Islam adalah hak milik semua makhluk namun tertakluk kepada batas-batas syariat Islam.

    Persamaan Ianya bermaksud mendapat dan menuntut hak dalam sesebuah negara. Persamaan dalam memikul tanggungjawab seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlembagaan, tiada pengecualian berdasarkan pangkat, kedudukan, warna kulit, agama, bangsa dan sebagainya.Pemimpin perlu melihat rakyat sebagai satu rumpun yang perlu dijaga dan dipelihara hak mereka dengan tidak mengamalkan sikap diskriminasi.

  • Tujuan Politik Menurut Islam

    Para fuqaha Islam telah menggariskan beberapa perkara penting sebagai tujuan sistem politik dan pemerintahan, antaranya:Memelihara keimanan umat IslamMelaksanakan keadilan dan menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakatMenjaga dan memelihara keamanan daerah-daerah IslamMelaksanakan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syaraMengawal perbatasan negara daripada serangan pihak luarMelancarkan jihad terhadap golongan yang menentang IslamMengendalikan urusan zakat, cukai dan sedekahMengatur belanjawan dan perbelanjaan negara bagi mengelak pembaziran

  • Pemikiran Sosial dan Kemasyarakatan Islam

    Kedudukan Wanita dalam IslamIslam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding pada zaman jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam. Malah dalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan surah al-Nisa (wanita) yang memberi gambaran bahawa Islam mengiktiraf kedudukan wanita.Sebelum kedatangan Islam kedudukan wanita begitu rendah sekali sehingga disamakan dengan hamba. Mereka dianggap sebagai barangan dagangan, tiada kebebasan, hanya tinggal dirumah, tiada hak menimba ilmu dan sebagainya.Menurut Abu Ala al-Maududi, masyarakat Yunani menganggap wanita sebagai sumber maksiat, kejahatan, keburukan dan segala yang bersifat negatif. Dalam masyarakat jahiliyah, mereka sanggup membunuh anak perempuan yang baru lahir semata-mata untuk mengelak keaiban yang mungkin terjadi akibat perbuatan maksiat anak perempuan mereka apabila besar nanti. Kedatangan Islam telah mengembalikan kedudukan wanita pada tempatnya sebenar. Perbezaan antara lelaki dan wanita bukan berdasarkan fizikal, status gender, kedudukan dan sebagainya tetapi berdasarkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t., sebagaimana fiman Allah s.w.t: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (Surah al-Hujurat: ayat 11)Konsep persamaan antara lelaki dan wanita dalam Islam tidak sama sebagaimana yang diamalkan di Barat. Barat mengamalkan persamaan dalam semua aspek, peluang, hak dan peranan tanpa melihat dari segi kesesuaian mengikut gender.Islam tidak meletakkan persamaan lelaki dan wanita dalam bentuk yang sekata tetapi bersifat adil dengan mengambilkira kesesuaian dari segi kelayakan, kesediaan dan fitrah kejadian.

  • Peranan WanitaAntaranya:Melaksanakan tanggungjawab sebagai anak terhadap ibubapa atau isteri kepada suami serta mengurus rumahtanggaMembimbing sesama wanita dan pendidik.Turut serta menyebarkan dakwah seperti yang ditunjukkan oleh saidatina Khadijah (isteri baginda Rasulullah) yang sentiasa membantu usaha dakwah Rasulullah s.a.w

    Hak-hak Wanita

    Hak Kerohanian dan KeilmuanWanita berhak meningkatkan dan menyempurnakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu fardhu ain di luar rumah seperti di surau dan di masjid bagi meningkatkan keimanan dan amal soleh.

    Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun (an-Nisa: 124)

    Hak BerekonomiWanita tidak dinafikan hak mereka untuk mendapat habuan ekonomi. Islam mendahului barat dalam memberi peluang kepada wanita untuk turut serta mencari harta benda dan kekayaan.Islam tidak melarang wanita bekerja selagi tidak melanggar batas-batas syarak seperti memelihara maruah, pakaian dan pergaulan.Upah atau gaji yang diperolehi adalah hak mereka dan tidak berkewajipan menanggung keluarga jika telah bersuami kecuali atas kerelaan sendiri.

    Hak SivilWanita mempunyai hak untuk hidup dan haram pembunuhan ke atas mereka. Sementara hak sivil bagi wanita sebagai isteri, mereka bukan harta bagi suami yang boleh diperlaku atau diperguna sewenang-wenangnya. Mereka berhak untuk mendapat nafkah dan perlindungan serta kasih sayang.

  • Hak Mendapat PendidikanWanita dalam Islam turut diberi galakkan menimba ilmu pengetahuan. Bukan sahaja ilmu fardhu ain malah ilmu fardhu kifayah.Berdasarkan ilmu yang dimiliki mereka juga memainkan peranan menyumbang ke arah pembangunan negara.

    Hak Undang-undangDari segi undang-undang, lelaki dan wanita adalah sama mereka berhak mendapat jaminan keselamatan hidup dan harta benda.Jika mereka melakukan kesalahan maka hukuman tetap dikenakan tanpa ada diskriminasi gender. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi saksi perundangan dan mengemukakan pendapat atau hujah.Firman Allah s.w.t: Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al-Maidah: 38)Hak untuk BerkahwinWanita diberi hak untuk memilih dan menentukan pasangan hidupnya dan boleh menolak lamaran lelaki jika ia tidak menyukainya atas sebab yang munasabah.Wanita yang berkahwin mempunyai hak ke atas suaminya seperti nafkah dan pergaulan yang baik. Hak Mendapat Balasan dan GanjaranIslam tidak membezakan lelaki dan wanita dalam memberi ganjaran dan balasan terhadap segala perbuatan yang dilakukan di dunia dan di akhirat.

  • Kedudukan Anak-anak Menurut Islam

    Anak merupakan anugerah Allah s.w.t kepada pasangan suami isteri yang sentiasa berhajat dan mengharapkan kurniaan tersebut. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mempunyai perasaan dan keinginan untuk memilki zuriat atau anak.Kanak-kanak merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan bagi meneruskan kepimpinan. Oleh itu, kanak-kanak adalah amanah Allah s.w.t kepada setiap pasangan suami isteri yang perlu dilaksanakan dengan baik. Firman Allah s.w.t: Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (at-Tahriim: 6)Ayat al-Quran di atas dapat difahami bahawa ibubapa berkewajipan dan bertanggungjawab memelihara dan mendidik keluarga khususnya anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan berguna dengan memberi didikan yang sempurna terutama pendidikan agama agar selamat di dunia dan juga di akhirat. Sesungguhnya anak yang soleh akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya sama ada semasa hidup atau sudah meninggal dunia. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanyaBagi memastikan anak-anak memiliki ciri-ciri insan soleh, mereka wajib diberi pendidikan dan pendedahan tentang Islam sejak dari dalam kandungan lagi. Selain itu, Ibubapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi dari sumber yang halal dan berkat. Ibubapa juga digalakkan mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, berzikir, melaksanakan ibadah sunat dan sebagainya.

  • Hak-hak anak

    Hak sebelum dilahirkanIaitu hak untuk mempunyai ikatan ibubapa yang sah taraf atau ibubapa yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dari segi syarak.Tujuannya ialah supaya salasilah keluarga akan terus terpelihara dan yang paling penting ialah akidah Islam akan terus dijaga. Justeru Islam melarang orang Islam mengahwini orang bukan Islam.

    Hak selapas dilahirkanAntaranya hak diazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sebaik sahaja anak dilahirkan. Tujuannya ialah supaya kalimah yang mula didengari adalah kalimah mengesakan dan membesarkan Allah s.w.t, kalimah syahadah, menunaikan solat dan menuju kejayaan.Seterusnya perlu dicukur rambutnya (tahnik) dan aqiqah. Sebaik-baiknya sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Anak-anak juga berhak peroleh nama yang baik daripada ibubapa. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh ibu tiga perkara: mengelokkan namanya bila ia lahir, mengajarkannya al-Quran apabila matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh.Hak lain ialah hak menyusu dan khitan.

    Hak untuk hidupAnak adalah amanah Allah yang wajib dijaga, dibelai dan diberi kasih sayang. Justeru Islam melarang sama sekali pembunuhan terhadap bayi atau kanak-kanak.Anak-anak perlu diberi latihan jasmani yang secukupnya agar pertumbuhan fizikal mereka seimbang dengan perkembangan rohaniah.Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar mereka dapat membezakan antara kebatilan dan kebenaran, antara batas yang diharuskan dan yang diharamkan.

  • Hak memperoleh pendidikan dan ilmuPendidikan anak-anak bemula dari kandungan ibunya lagi. Oleh itu, ibu yang dalam proses kehamilan disaran supaya memperbanyakkan membaca al-Quran. Antara surah pilihan ialah surah Yusuf, Marian, Luqman dan al-Taubah.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberi perhatian serius oleh ibubapa dalam usaha membentuk syahsiah diri anak-anak mereka. Islam telah meletakkan asas mendidik anak-anak, antaranya:Mengajar mengenal Allah s.w.t Tujuannya ialah supaya anak-anak dapat mengetahui siapa pencipta manusia dan alam yang sebenar dan dapat mengetahui matlamat hidup mereka. Selain itu, mendidik anak-anak supaya tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

    Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (Luqman: 13)Mengajar sembahyang Ibubapa berkewajipan mengajar anak-anak mereka cara sembahyang sejak kecil lagi. Dengan itu, anak-anak akan dapat melaksanakan sembahyang dengan sempurna dan mengetahui akan kewajipan serta tujuan sembahyang disyariatkan. Mereka tidak akan meninggalkan sembahyang walau apa keadaan sekali pun dan walau di mana mereka berada.Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: Ajarlah anak-anak kamu sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka tempat tidur

    Mengajar ilmu pengetahuanIbubapa perlu menyemai minat anak-anak untuk membaca dan rasa cintakan ilmu pengetahuan serta mengajar mereka menghormati guru.Ilmu yang diajar kepada anak-anak meliputi segala ilmu yang memberi manfaat kepada mereka termasuk ilmu sains dan teknologi serta ICT.

    Mengajar al-QuranAnak-anak hendaklah diajar membaca al-Quran sejak kecil lagi. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintaka keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh Arash Allah s.w.t pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya

  • Anak-anak juga perlu diajar memahami isi kandungan al-Quran supaya mereka mengetahui segala ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan seterusnya menjadikan al-Quran sebagai panduan dan teman dalam kehidupan.

    Mendidik mengenali kejadian alamIbubapa perlu mendidik anak-anak supaya sentiasa menjaga dan memelihara alam sejak kecil dengan memberi penekanan kepada kepentingan alam yang Allah s.w.t ciptakan kepada manusia.Anak-anak perlu diberi penjelasan bahawa segala bentuk pencemaran dan kerosakan alam yang sering berlaku adalah akibat daripada tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah s.w.t:

    Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (Ruum: 41)Mendidik akhlak muliaIbubapa berkewajipan mendidik anak-anak dengan akhlak mahmudah (mulia) seperti amanah, jujur, ikhlas, taat, menghormati orang lain, bercakap benar, suka kepada perkara maruf, bersangka baik dan sebagainya.Ibubapa juga perlu mengingatkan mereka agar menjauhi akhlak mazmumah (keji) seperti menipu, bersangka buruk, sombong, riak dan sebagainya.Apa yang penting ialah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model dalam membentuk akhlak anak-anak di samping menerapkan kefahaman terhadap isi kandungan al-Quran.

    Membentuk tubuh badan yang sihat dan kuatAnak-anak perlu dilatih supaya menjaga jasmani agar sentiasa tampak sihat dan kuat kerana akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat. Justeru anak-anak perlu didedahkan dengan perlunya menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti kecergasan tubuh badan.Soal makan, Rasulullah s.a.w ada mengingatkan supaya makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Inilah kaedah yang diajar oleh nabi untuk mengawal pemakanan.

  • Kedudukan Ibubapa Dalam Islam

    Ibubapa dalam Islam mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam pembinaan dan mengurus rumahtangga. Mereka menjadi agen penting dalam mencorakkan masyarakat dan negara. Keharmonian dan kesjahteraan sesebuah masyarakat dan negara tertakluk kepada kejayaan mereka membina rumahtangga bahagia (sakinah) iaitu berjaya membentuk syahsiah atau akhlak mulia pasangan dan anak-anak.Kebahagiaan sesebuah rumahtangga adalah bergantung kepada sejauhmana kedua ibubapa melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang digariskan dalam Islam.Kebiasaannya, apabila berlaku permasalahan dalam masyarakat terutama melibatkan golongan remaja maka ibubapa akan sentiasa dipersalahkan kerana kegagalan memantau dan mendidik anak-anak. Jelas ibubapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorakkan genarasi akan datang. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.Dalam soal mendidik anak-anak ibubapa harus menghapuskan anggapan bahawa tanggungjawab membentuk keperibadian anak-anak mereka adalah tugas guru-guru di sekolah. Sedangkan hakikat sebenarnya, rumah merupakan masdrasah pertama bagi anak-anak peroleh pendidikan dan membentuk akhlak.Ibubapa juga berperanan memastikan anak-anak mereka terhindar daripada unsur-unsur yang negatif dan persekitaran yang tidak sihat mempengaruhi minda dan tingkahlaku mereka.Sungguhpun ibubapa berkewajipan melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam rumahtangga namun Islam telah menggariskan beberapa hak bagi mereka, antaranya:Hak untuk ditaatiMentaati ibubapa adalah menjadi kewajipan dan kemestian bagi anak-anak. Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran dimana ketaatan kepada ibubapa diletakkan pada kedudukan yang istimewa dan Allah s.w.t menegah sama sekali mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan kedua ibubapa. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Israa: 23-24)

  • Hak memperoleh layanan yang baik dan kasih sayangIbubapa berhak memperoleh layan yang baik dan kasih sayang daripada anak-anak sebagaimana mereka telah memberi layanan yang baik kepada anak-anak.Apabila sudah sampai masanya, anak-anak bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan sewajarnya kepada ibubapa yang sudah sampai umur tua. Anak-anak tidak boleh melukakan hati dan perasaan mereka.

    Hak selepas meninggal dunia.Apabila ibubapa telah meninggal dunia maka anak-anak berkewajipan untuk terus mendoakan kesejahteraan mereka dan mohon keampunaan untuk mereka.Anak-anak perlu melaksanakan segala wasiat ibubapa dan meneruskan hubungan persaudaraan dan persahabatan kenalan mereka.

  • Konsep Kekeluargaan

    Keluarga bererti seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak. Juga meliputi kaum kerabat atau sanak saudara.Kekeluargaan pula diertikan sebagai yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan.Islam telah menetapkan peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan perkahwinan dan hubungan keluarga.Peraturan yang mengawal perjalanan keluarga perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islam. Kesemuanya hanya dapat dilaksanakan bagi mereka yang mempunyai kesedaran keagamaan iaitu sentiasa takut dan mentaati Allah s.w.t.Fungsi institusi keluarga dalam sebuah masyarakat dan negara ibarat fungsi atom bagi matter. Setiap matter terbina daripada atom sebagai unit asas, begitu juga keluarga menjadi unit asas kepada negara atau tamadun. Atom terdiri daripada nukleus dan elektron. Sementara nukleus terdiri daripada proton dan neutron sebagaimana keluarga terdiri daripada suami, isteri, anak-anak.Kestabilan keseluruhan atom adalah bergantung kepada kestabilan setiap sub-partikel itu sendiri. Begitu juga dalam konteks negara, kestabilannya adalah bergantung kepada kestabilan institusi keluarga yang dibina.

  • Konsep Perkahwinan

    Perkahwinan atau nikah menurut bahasa bererti berkumpul atau bercampur. Menurut istilah diertikan ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan.

    Jenis-jenis perkahwinanPoligami - Iaitu perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan hampir semua bangsa di dunia. Terdapat bangsa yang mengahwini wanita tanpa had. Dalam Islam disyariatkan sehingga empat orang isteri sahaja.Poliandri Iaitu perkahwinan seorang wanita dengan beberapa lelaki. Hanya berlaku dibeberapa tempat seperti di Tibet. Perkahwinan jenis ini adalah haram dalam syariat Islam.Monogami Iaitu perkahwinan seorang lelaki dan seorang wanita. Sesetengah ajaran agama seperti Kristian hanya membenarkan perkahwinan jenis ini dan tidak dibenarkan seorang lelaki mengahwini wanita dari seorang.Hukum Perkahwinan dalam Islam

    Hukum asal perkahwinan dalam Islam adalah harus kerana fitrah setiap manusia sama ada lelaki mahupun wanita dijadikan mempunyai keinginan ke arah untuk hidup berpasangan. Namun dalam keadaan tertentu ia akan berubah hukum berikut:Wajib Iaitu apabila mempunyai kemampuan menyediakan nafkah dan melaksanakan hak-hak perkahwinan serta mempunyai keinginan yang kuat sehingga ditakuti tidak dapat mengawal nafsunya daripada melakukan maksiat seperti zina.Sunat Iaitu mempunyai kemampuan menyediakan nafkah dan melaksanakan hak-hak perkahwinan serta mempunyai keinginan tetapi masih mampu mengawal nafsunya.Makruh Iaitu bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuatHaram - orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tiada keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

    Galakan Perkahwinan

    Antara galakan Islam agar umatnya sentiasa mengambil berat tentang perkahwinan ialah:Perkahwinan adalah sunnah para RasulRasulullah s.a.w berbangga dengan umatnya yang ramaiRasulullah s.a.w tidak menyukai orang yang tidak mahu berkahwin dengan sengaja atau tanpa halangan yang dibenarkan syarakMencari nafkah untuk isteri dan anak-anak akan peroleh pahala yang besarMenyempurnakan imanMemenuhi tuntutan nafsu syahwat secara halal adalah ibadah di sisi Islam.

  • Konsep Kehidupan Yang Diharamkan

    Konsep RahbaniyahRahbaniyah bermaksud kerahiban atau kependetaan atau kehidupan kepaderian. Iaitu memilih hidup dengan tidak berkahwin seperti yang berlaku dalam ajaran Kristian, Buddha dan sebagainya. Dalam ajaran Buddha, jika seseorang mahu mencapai tahap kesucian dan dapat masuk ke dalam nirwana, ia hendaklah membebaskan diri daripada kehendak nafsu yang mendorong ke arah keperluan jasmani atau keduniaan seperti harta dan perkahwinan. Begitu juga dalam ajaran Kristian, untuk mencapai kesucian diri seseorang itu perlu menahan diri dari berkahwin.Konsep seperti ini sama sekali dilarang dalam Islam kerana kemuliaan seseorang di sisi Allah s.w.t dinilai berdasarkan ketaqwaan. Malah perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah manusia.

    Konsep IbahiyahIanya bermaksud membolehkan atau bebas tanpa batasan seperti pergaulan dan seks bebas, homoseksual dan sebagainya. Berlakunya gejala seperti ini adalah disebabkan menolak konsep perkahwinan yang sebenar.

  • Konsep Kejiranan

    Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, jiran diertikan sebagai empat puluh buah rumah tetap yang tinggal dikeliling rumah seseorang.Rasulullah s.a.w ada menyatakan sabdanya, bermaksud: Empat perkara tanda kebahagiaan ialah perempuan yanag solehah, tempat tinggal yang lapang, jiran yang baik dan memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda kesusahan ialah jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, tempat tinggal yang sempit dan kenderan yang buruk

    Kedudukan Jiran Menurut Keutamaan

    Jiran muslim yang paling dekat dengan pintu rumahJiran muslim yang ada hubungan kekeluargaanJiran muslim yang berilmu dan alimJiran muslim yang soleh dan beribadahJiran yang fasiq dan ahli maksiatJiran yang kafir

    Hak KejirananTidak meyakiti jiran Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Berangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)Daripada Abi Hurairah r.a berkata telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai seorang wanita yang sentiasa berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jiranya dengan lisan. Baginda menjawab, bermaksud: Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka.Menghormati jiran Menghormati jiran merupakan salah satu tanda orang beriman. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya. (Riwayat Muslim)Memberi layanan yang baik dan kasih sayangSabda Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar, bermaksud: Sekiranya engkau memasak maka banyakanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau (Riwayat Bukhari dan Muslim)Membantu dan menolong jiran yang dalam kesusahanSabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Bukanlah beriman seseorang itu jika iaa kenyang seorang diri sedangkan jiran sebelahnya kelaparan (Riwayat Bukhari)Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan jiranSabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Kategori JiranJiran yang muslim dan mempunyai hubungan keluarga mereka mempunyai hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejirananJiran yang muslim tanpa hubungan kekeluargaan mempunyai hak muslim dan kejirananJiran bukan Islam hanya hak kejiranan sahaja

    Konsep Kemasyarakatan Islam

    Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Kemasyarakatan bermaksud keadaan masyarakat atau yang berkaitan dengan masyarakat. Manakala masyarakat Islam ialah sebuah masyarakat yang menerapkan dan melaksanakan segala peraturan akidah, syariah dan akhlak Islam.

    Ciri-ciri masyarakat Islam

    Masyarakat yang berakidahIaitu masyarakat yang beridentitikan agama di mana berpegang teguh kepada kebenaran Islam. Di bawah naungan akidah Islam akan lahirlah umat yang saling sayang menyayang, bekerjasama dan menonjolkan nilai-nilai kemanusiaan.

    Masyarakat rabbaniIaitu berpegang kepada tuntutan Islam yang bersifat rabbani iaitu masyarakat yang dibangunkan dan dibentuk berdasarkan syariat Allah s.w.t yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya.

    Masyarakat yang adil dan berakhlakMasyarakat yang menitikberatkan konsep keadilan tanpa mengira kedudukan, bangsa dan sebagainya di samping mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan bermasyarakat.

    Masyarakat yang UniversalIaitu masyarakat yang bersifat terbuka tanpa mengira keturunan atau warna kulit dengan menghindarkan unsur-unsur perkauman dan taksub.

    Masyarakat yang berasaskan persaudaraanPersaudaraan ialah nilai kemanusiaan yang sangat dianjurkan dalam Islam apatah lagi kalau hidup dalam lingkungan sesama muslim. Segala permasalahan yang berlaku dalam masyarakat akan dapat diselesaikan dengan mudah kerana adanya nilai toleransi yang terjelma dari asas persaudaraan.

  • Asas-asas Hidup Bermasyarakat

    Taaruf (saling mengenali)Ianya merupakan asas yang penting kerana dengan mengenali antara satu sama lain akan menjadikan hubungan menjadi rapat sehingga segala kesusahan dan kesulitan akan dapat dirasai bersamaPerbezaan taraf hidup, pendidikan dan sebagainya jangan jadikan sebagai halangan untuk saling kenal mengenal.

    Tafahum (persefahaman)Iaitu saling memahami dan bermuafakat antara satu sama lain ke arah kebaikan.Untuk itu setiap anggota masyarakat perlu melibatkan diri dalam program atau aktiviti kemasyakatan yang dianjurkan supaya bukan setakat saling mengenali tetapi juga memahami.

    Tawun (tolong-menolong)Dengan hidup saling tolong menolong akan mengukuhkan persaudaraan seperti orang kaya membantu orang yang susah atau miskin. Bantuan yang dihulur tidak semestinya dalam bentuk harta atau wang ringgit tetapi dalam bentuk tenaga atau masa.

    Ukhuwah (persaudaraan)Persaudaraan merupakan simbol keharmonian dan keamanan.Dengan adanya sikap menjalinkan hubungan persaudaraan akan menghindarkan sikap keakuan atau penting diri Mahabbah (kasih sayang)Sifat kasih sayang tidak terbatas pada anggota keluarga tetapi merangkumi seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau pangkat.

    Takaful (saling menjamin)Bermaksud sikap sentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu sama lain jika berlaku sesuatu perkara yang menimpa anggota masyarakat.

  • Ekonomi menurut Islam

    Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia.Dalam pengertian Islam, ekonomi satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas dan nilai Islam.Ekonomi dalam Islam adalah sebahagian drpd asas kepada masyarakat dan negara Islam.Sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan wahyu bukan berteraskan akal semata-mata

    Institusi Kewangan Islam

    Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang diberi hak untuk menjalankan aktiviti mengumpul dana @ sumber kewangan daripada orang ramai atau institusi lain, dan menggunakan sumber tersebut bagi tujuan pinjaman atau pelaburan.Ianya juga diertikan sebagai institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen kewangan di samping memudahkan aliran kewangan dan aliran sumber-sumber antara peserta2 pasaran kewangan.Antara institusi kewangan Islam;BaitulmalBankSistem barterGadaian

  • Baitulmal

    Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa al-rasyidin berperanan mengurus hasil pendapatan negara dan membiayai perbelanjaan negara.Sumber pendapatan baitulmal pada waktu permulaan Islam:Harta khas zakat fitrah dan zakat hartaHarta am fai (harta rampasan bukan melalui peperangan), ghanimah dan rikaz (harta karun)Cukai kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai ke atas orang bukan Islam), usyur (cukai perniagaan)Harta kebajikan wakaf, pusaka, wasiat, sedekah dsbBaitulmal masa kini (di Malaysia) adalah di bawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri2 dan peranannya adalah terhad, iaitu;Mengurus harta wakaf, zakat dan harta sumber am (pusaka, wasiat, sedekah, hibah, hasil sewaan, nazar)

    Bank

    Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan seperti simpanan wang, pinjaman dsb.Perbankan Islam ialah perbankan yang selaras dengan sistem nilai atau syariat Islam.Perbankan Islam di Malaysia bermula apabila Lembaga Tabung Haji pada tahu 1969 memperkenalkan transaksi Islam untuk memboleh orang Islam menyimpan wang secara ansur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan haji dan melibatkan diri dalam penanaman modal dalam bidang perusahaan, perlandangan dan hartanah berdasarkan syariat Islam.Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia sebagai bank Islam pertama telah ditubuhkan di bawah akta Bank Islam 1983. Objektifnya menjalankan operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan syarak dan menyediakan kemudahan perbankan kepada orang awam khususnya orang Islam.Pada 1993, Skim Perbankan Tanpa Faedah diperkenalkan di mana institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam

  • Sistem Barter

    Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran barang atau perkhidamatan dengan barang atau perkhidmatan lain bagi memenuhi kehendak atau keperluan.Ianya berlaku dalam urusniaga sebelum wujudnya mata wang.Sistem ini dianggap wujud ketidakadilan dan mempunyai unsur riba.Rasulullah telah perkenalkan sistem mata wang bagi menggantikan sistem barter.Di zaman khulafa al-Rasyidin, mata wang mula diperkemaskan dari segi bentuk.

    Gadaian

    Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu. Iaitu meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu.

    Rukun gadaian:

    1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).2) Hutang (Marhun Bih) 3) Sighah (Ijab dan Qabul) 4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.5) Barang gadaian - barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.