ctu 151 : bab 5_akhlak - text book

Upload: atiqah-nadirah

Post on 09-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    1/20

    BAB 5

    Akhlak Dalam Pembentukan Jati Diri Muslim

    (Norhasidah A. Bakar)

    5.0 Pendahuluan

    Akhlak merupakan asas Islam di samping akidah dan syariah. Kepentingannya dalamIslam memang sudah diketahui umum. Pengaruhnya amat besar dalam membentukperbuatan manusia. Apa sahaja yang lahir dari manusia sesuai dengan pembawaandan sifat yang ada dalam jiwanya. Terlalu banyak nas-nas al-Quran dan hadithRasulullah s.a.w. yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti dan kesopanan sertamelarang akhlak yang buruk. Antara contohnya:

    Firman Allah SWT;

    dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkandengan cara Yang baik (untuk mengawal danmengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layakmengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlahperjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), Sesungguhnyaperjanjian itu akan ditanya.

    (Al-Isra(17) : 34)

    18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (keranamemandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkauberjalan di bumi Dengan berlagak sombong; SesungguhnyaAllah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur,lagi membanggakan diri.19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, jugarendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnyaseburuk-buruk suara ialah suara keldai".

    (Luqman(31): 18-19)

    Berdasarkan firman Allah S.W.T. di atas, jelas bahawa Islam amat menekankan

    kehidupan berakhlak ke atas setiap manusia agar dengan itu kehidupan merekasentiasa sejahtera dan memperoleh rahmat dariNya.

    5.1 Definisi Akhlak, Etika dan Moral

    5.1.1 Akhlak

    Akhlak diambil dari perkataan Arab iaitu kata jamak dari perkataan khulq yangbermaksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.Maksud ini terkandung dalam kata-kata saidatina Aisyah R.A. tentang akhlakRasulullah S.A.W yang bermaksud:

    Akhlaknya ( iaitu Rasulullah s.a.w. ) adalah al-Quran.

    1

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    2/20

    Akhlak dari segi istilah bermaksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adatkebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang. Imam al-Ghazali dalamkitabnya Ihya Ulumiddin menakrifkan akhlak sebagai sifat jiwa yang tertanam di dalamjiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubaridalamannya. Dengan perkataan lain, akhlak adalah perbuatan atau tingkah lakumanusia sama ada baik atau buruk yang berlaku secara spontan tanpa perlu berfikirnatijah dari sifat yang ada dalam jiwa dan sanubarinya.

    Menurut Kamus Dewan, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak,pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainyasamada baik atau jahat.

    5.1.2 Etika

    Etika berasal daripada perkataan Inggeris ethic. Perkataan ini dikatakan berasaldaripada perkataan Greek ethos yang bermaksud nilai-nilai, atau perkara yangberkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ianya

    terbahagi kepada dua; normatic dan mataethic. Normatic ialah panduan danperaturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. Mataethic pulaterbahagi kepada dua iaitu analitik dan kritikal. Analitik berfungsi menganalisis semuaperaturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat manakala kritikalberfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisiis. Tujuannya adalahuntuk memperkukuhkan lagi etika.

    5.1.3 Moral

    Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat.Justeru moral terbahagi kepada dua iaitu; baik dan jahat. Moral yang baik ialahtingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Sebaliknya moral yang jahat

    ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai jahat.

    5.2 Kategori dan skop akhlak

    5.2.1 Kategori akhlak

    Akhlak dikategorikan kepada dua iaitu:

    a) Akhlak mahmudah merujuk segala tingkah laku manusia samada zahir atau batinyang baik lagi terpuji termasuklah sifat-sifat yang menggambarkan kebaikan. Contohakhlak ini ialah beriman kepada Allah dan tidak sekali-kali mensyirikkanNya dengansesuatu yang lain, berkata benar, menolong orang dalam kesusahan, taat kepadakedua ibubapa, berlaku adil, beramal soleh dan sebagainya.

    b) Akhlak mazmumah adalah tingkah laku perbuatan manusia yang dikeji dan dicelaoleh syarak. Antara contohnya ialah syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa,belot kepada negara, sombong, fitnah, zina dan sebagainya.

    5.2.2 Skop akhlak

    Skop akhlak adalah luas merangkumi hubungan manusia dengan Allah ( hablun minal-Allah ), hubungan manusia dengan manusia ( hablun min al-nas ) dan jugahubungan manusia dengan makhluk-makhluk lain ( hablun min al-akhar ) selain

    manusia malahan berkaitan dengan kehidupan di dunia dan juga akhirat. Aspek-aspek tersebut boleh dilihat sepertimana berikut:

    2

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    3/20

    5.2.2.1 Akhlak manusia terhadap Allah.

    Akhlak manusia terhadap Allah S.W.T. berlaku secara menegak iaitu dari seoranghamba dengan segala sifat-sifat kerendahannya kepada penciptaNya yang bersifatMaha Tinggi dan Agung. Akhlak manusia terhadap Allah S.W.T. adalah dengan cara

    meletakkan ketaatan, kepatuhan serta tunduk kepada segala perintahNya, melakukanapa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang, ikhlas dalam beribadat, tidaksyirik, riya, takbur dan sebagainya. Secara ringkasnya, segala ibadah manusiamuslim adalah manifestasi hubungannya dengan Allah samada ibadah fardu sepertisolat, puasa, zakat, haji, doa, zikir, amalan sunat mahu pun ibadah umum sepertimakan, minum, memakai pakaian, bekerja dan sebagainya yang dilakukan denganikhlas serta niat kerana Allah S.W.T.

    5.2.2.2 Akhlak manusia sesama manusia

    Akhlak manusia terhadap manusia lain berlaku dalam bentuk hubungan yang bersifatmendatar. Hubungan ini berlaku dalam institusi kekeluargaan, masyarakat dan

    negara.Contoh di dalam institusi kekeluargaan, wujudnya hubungan suami isteri,hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan sebaliknya, hubungan dengan sanaktaulan yang mana memerlukan mereka bergaul secara baik. Begitu juga dalaminstitusi kemasyarakatan yang boleh di lihat melalui kehidupan berjiran tetangga,sesama Islam dan dengan bukan Islam di mana Islam menganjurkan sifat berbaiksangka, tegur menegur dan bekerjasama di antara mereka. Bagi pemimpin negarapula, sifat adil, jujur, amanah dan berperikemanusiaan dalam pemerintahan amatditekankan supaya tidak berlakunya kezaliman yang bakal mengundang kemurkaanAllah S.W.T

    5.2.2.3 Akhlak manusia terhadap makhluk-makhluk lain

    Ajaran Islam juga mengajar manusia agar berakhlak terhadap makhluk-makhluk lain.Ia merangkumi hubungan manusia dengan alam ghaib iaitu malaikat dan jin jugadengan alam fauna dan floranya. Sebagai contoh Islam telah menggariskan panduanakhlak manusia dengan binatang sembelihan agar tidak berlaku zalim kepadabinatang tersebut iaitu hendaklah dimulakan dengan Basmallah, mengadap ke arahkiblat, menggunakan pisau yang tajam dan dilaksanakan pada tahap yang terbaik.Begitu juga manusia di larang sama sekali merosakkan alam sekitar. Hal ini dapatdiperhatikan melalui pelaksanaan ibadah haji di mana seseorang yang sedangberihram ditegah memburu dan mencabut pokok di kawasan Tanah Haramsehinggalah dia bertahallul.

    5.3 Sumber-sumber akhlak Islam

    Sumber akhlak Islam adalah datangnya dari Allah S.W.T dan sunnah RasulullahS.A.W. Kelemahan dan kekerdilan akal dan falsafah manusia dalam pembentukanakhlak dilindungi oleh Allah S.W.T. dengan penurunan al-Quran. Al-Quran sahajayang mesti dijadikan kompas dalam pandu arah, neraca dalam pertimbangan dankayu ukur dalam menentukan akhlak yang sebenar-benarnya. Manakala diutuskanRasulullah S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia melalui kata-kata,perbuatan dan ikrar baginda sendiri supaya dicontohi oleh manusia. Ke dua-duasumber ini menjadi panduan dan aturan bagi manusia agar kehidupan merekadiredhai Allah S.W.T.

    3

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    4/20

    5.4 Perbandingan akhlak dengan moral

    Akhlak Moral

    1. Sumber

    Akhlak Islam adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quranmerupakan mukjizat yang diturunkankepada rasul terakhir mengandungipetunjuk, pembimbing dan pembezaantara yang hak dan batil dalam tigabidang utama iaitu akidah, syariah danpembentukan akhlak.

    Moral berpaksikan kepada akal ataupemikiran manusia. Kekuataan akal danfalsafah hanya sekadar membuat telahandan andaian yang belum pastikebenarannya. Oleh itu, akal manusiayang cetek dan terbatas sudah tentu tidakdapat membantu manusia menyelesaikanmasalah berkaitan tingkah laku mereka.

    2. SkopSkop akhlak adalah luas. Islam telahmenggariskan akhlak manusia dalamkonteks hubungan mereka dengan Allah,dengan sesama manusia dan denganmakhluk-makhluk lain di alam ini.

    Skop moral adalah sempit. Ia hanyaterbatas kepada hubungan manusiadengan manusia sahaja. Justeru kitadapati akhlak manusia Barat dengantuhan mereka dan begitu juga denganalam sering diabaikan.

    3. NilaiNilai akhlak adalah bersifat tetap danketetapan nilai ini datangnya dari AllahS.W.T.. Melalui syariah, nilai kehidupanmanusia ditentukan ke arah yang diredhaioleh Allah S.W.T.. Nilai-nilai ini ada yang

    datang dalam bentuk hukum hakam,undang-undang dan ada ketikanya dalambentuk perintah amar makruf nahimunkar, sebagaimana yang terkandungdi dalam al-Quran dan sunnah NabiSAW. Akhlak Islam tidak mengiktirafmana-mana perlakuan jahat dilakukansemata-mata untuk mencapai matlamatyang baik seperti contoh yang dipaparkanmelalui cerita legenda Barat iaitu RobinHood.

    Nilai moral adalah tidak tetap di sebabkanoleh penentuan kepada sesuatu nilai itusama ada baik atau buruk bersumberkanpemikiran manusia yang terbatas.Justeru, kita dapati masyarakat moden

    hari ini yang menolak sumber wahyu,kehidupan mereka menjadi terumbangambing dan kacau bilau. Sesuatu perkaraitu dikatakan baik apabila ia di anggapbaik oleh pemikiran mereka. Hakikatnya,cara berfikir setiap manusia adalah tidaksama. Akhirnya berlakulah keadaanseperti legally right, morally wrong ataulegally wrong, morally right.

    5.5 Contoh-contoh akhlak dari al-Quran

    5.5.1 Memenuhi janjiAllah SWT telah berfirman:

    Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan Dengancara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga iabaligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dansempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia),

    sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.( al-Isra : 34 )

    4

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    5/20

    5.5.2 Larangan berlaku sombong dan takbur

    Allah SWT telah berfirman:

    dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, danengkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

    ( al-Isra: 37)

    5.5.3 Larangan berlaku boros dan kedekut

    Firman Allah SWT:

    dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta

    orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlahengkau membelanjakan hartamu dengan boros Yangmelampau. (al-Isra: 29)

    Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk Yangsangat kufur kepada Tuhannya.

    (al-Isra : 26-27)

    5.5.4 Perintah berlaku adil dalam semua keadaan, baik terhadap manusiabahkan kepada orang-orang kafir

    Firman Allah SWT:

    "dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkandengan cara yang baik (untuk mengawal danmengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layakmengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlahsegala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidakmemberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadarkesanggupannya. Dan apabila kamu mengatakan sesuatu(semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamuberlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengankamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamusempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkankamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".

    (al-Anaam: 152)

    5

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    6/20

    5.5.5 Bertolong-tolongan dalam kebaikan dan bertakwa dan jangan bertolong-tolongan dalam dosa dan aniaya

    Firman Allah SWT:

    dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat

    kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allahmaha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggarperintahNya).

    (al-Maidah: 2)

    5.6 Contoh-contoh akhlak dari Rasulullah SAW

    5.6.1 Bersifat malu

    Malu adalah sebahagian daripada iman(Muttafaq alaihi)

    5.6.2 Berbuat baik kepada isteri

    Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budipekertinya. Dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadapisterinya.

    (al-Tirmizi)

    5.6.3 Larangan menyakiti jiran tetangga

    Demi Allah, dia tidak beriman! Demi Allah, dia tidak beriman! Seorangsahabat bertanya: Siapa dia ya Rasulullah? Jawab Nabi S.A.W: Orangyang tetangganya tidak aman dari keburukannya.

    (Bukhari)

    5.6.4 Syukur dan sabar

    Ajaib urusan seseorang muslim, sesungguhnya segala urusannyaadalah baik. Apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur danapabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadilah baik

    baginya.(Bukhari)

    5.6.5 Berlaku ihsan

    Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesuatu.Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan, dan apabilakamu menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklahsalah seorang kamu menajamkan mata pisaunya, dan hendaklah iamelapangkan binatang sembelihannya.

    (Muslim)

    6

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    7/20

    5.7 Kepentingan dan kedudukan akhlak

    Kepentingan akhlak dalam Islam memang tidak dinafikan lagi malahan banyakayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menyentuh tentangnya.Akhlak juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam.

    Kepentingannya dapat dilihat dari segi:

    5.7.1 Tujuan risalah Islam adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkanakhlak yang mulia.

    Sebagaimana sabda Rasululllah SAW yang bermaksud:

    Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yangmulia.

    (Riwayat Malik)

    5.7.2 Pengertian Islam itu sendiri dikaitkan dengan akhlak yang baik.

    Dalam sebuah hadis diceritakan seorang lelaki pernah bertanyakepada Rasulullah SAW: Wahai Rasululah, apakah agama (al-din)itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.

    5.7.3 Akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan kebaikan seseorangpada hari akhirat.

    Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda yangbermaksud:

    Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin dihari kiamat daripada husnul khuluq. Dan Allah membenci pada orangyang keji mulut atau kelakuan.

    (Riwayat Tirmizi)

    5.7.4 Akhlak mulia merupakan ciri bagi orang beriman.

    Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budipekertinya.Dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya

    (Riwayat Tirmizi)5.7.5 Berakhlak mulia dapat menghindarkan diri seseorang dari neraka dan

    membawa mereka ke syurga.

    Rasulullah S.A.W. ditanya tentang kelakuan apakah yang biasamemasukkan orang ke dalam syurga? Maka jawabnya: Taqwa kepadaAllah dan baik budi. Dan ketika ditanya: Apakah yang seringmemasukkan orang ke dalam neraka? Jawabnya: Mulut dankemaluan.

    (Riwayat Tirmizi)

    5.7.6 Kedudukan orang yang berakhlak mulia di hari akhirat kelak palingdekat dengan Rasulullah SAW.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    7

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    8/20

    Kamu yang paling kasih kepadaku dan yang paling dekat kepadakupada hari kiamat adalah orang-orang yang baik akhlaknya.

    (Riwayat Tirmizi)

    5.7.7 Rasulullah sendiri selalu berdoa agar Allah membaikkan akhlaknya.Dalam doanya Rasulullah SAW berkata:

    Ya Allah perbaikilah akhlakku seperti engkau memperbaikibentukkuYa Allah tunjukkanlah aku kepada akhlak yang baik, tidakada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecualiengkau. Hindarkkan aku dan tidak ada yang dapat menghindarkan akudari kejahatan kecuali engkau.

    5.8 Kaitan akhlak dengan keimanan

    Akhlak dalam Islam mempunyai hubungan yang erat dengan keimanan dan

    takwa kepada Allah. Hakikat ini dijelaskan oleh beberapa tokoh pemikir Islamdi dalam tulisan-tulisan mereka. Antaranya ialah Syaikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya Khuluq al-Muslim menerangkan bahawa:Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari

    perilaku akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan akhlakyang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkanakhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terkeliru pada perbuatankeji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain

    Hakikat ini dapat diperhatikan melalui firman Allah S.W.T.:

    Maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian merekasehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allahmengasihi orang-orang yang bertaqwa.

    (at- Taubah: 4)

    Menunaikan janji adalah termasuk ketakwaan dan keimanan kepada Allah danmerupakan perbuatan yang disenangi oleh Allah SWT. Rasulullah S.A.W jugamenjelaskan kaitan iman dan akhlak melalui salah satu hadis baginda yangbermaksud:

    Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlahmenyakiti tetangganya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hariakhir, hendaklah berbicara yang baik (kalau tidak dapat) hendaklah diamsahaja.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam hadis lain Rasululullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

    Demi Allah, dia tidak beriman! Demi Allah, dia tidak beriman! Seorangsahabat bertanya: Siapa wahai Rasulullah? Jawab nabi S.A.W.: Orang yangtetangganya tidak aman dari keburukannya.

    (Riwayat Bukhari)

    8

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    9/20

    Jelas dari maksud hadis di atas bahawa akhlak yang buruk bertentangandengan keimanan dan tidak akan dapat bertemu antara keimanan denganakhlak yang keji.

    5.9 Kaitan akhlak dengan ibadah

    Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak sedar bahawa ibadah juga tidak terpisah daripada akhlak. Kebanyakan umat Islam menyangkabahawa solat, zakat, puasa dan haji adalah upacara (ritual ) perhambaankepada Allah yang tidak bersangkut paut dengan pembentukan akhlak.Pengajaran tentang ibadah juga seringkali kurang memberi perhatian kepadaaspek akhlak di dalamnya sedangkan penghayatan ibadah merupakan suatucara pembentukan akhlak mulia.

    Dengan perkataan lain, seseorang yang mempunyai keteguhan akidah sertatekun beribadah seharusnya mempunyai budi pekerti yang mulia danbersopan santun dalam pergaulannya sesama manusia. Sebagaimana yang

    terkandung dalam firman Allah S.W.T. :

    45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yangdiwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlahsembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itumencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; danSesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahuiakan apa Yang kamu kerjakan.

    (al-Ankabut: 45)

    5.10 Ciri-ciri akhlak Islam

    Akhlak Islam memiliki ciri-ciri yang menjadikannya cukup unik dan istimewasekali sepertimana berikut:

    Menyeluruh iaitu mencakup kegiatan ekonomi, politik, pentadbiran danpemerintahan.

    Keseimbangan antara tuntutan jasmani dan rohani, antara kemaslahatandunia dan akhirat.

    Kesederhanaan yang terletak antara dua pola yang tidak baik iaitu berlebihan

    dan berkurangan. Realistik dalam erti kata tidak bertujuan menghapuskan keperluan material

    dan jasmani.

    Kemudahan dalam erti kata tidak bertujuan memberatkan seseorang di luarkemampuannya.

    Mengaitkan teori dengan amal.

    5.11 Pembinaan dan pemantapan akhlak

    Akhlak merupakan manifestasi yang dirangkaikan bersama antara hati danbudi yang bersifat rohani, kemudian dapat dipamerkan melalui gaya dan

    tindakan ( umpama senyuman, tunduk hormat dan seumpamanya). Lantaranitu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat, ia

    9

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    10/20

    haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. Dalam halini, Dr. Ahmad Amin menyatakan:

    Akhlak adalah sesuatu kehendak ( yang lahir dari hati) yang dibiasakan,sehingga ia menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.

    Kebiasaan baik itulah di panggil budi pekerti atau akhlak yang perlu dilatihdan dibiasakan supaya ia menjadi amalan harian seseorang. Walaupunbegitu, tidak semestinya setiap kewujudan budi pekerti yang baik itu didorongoleh ajaran agama, tetapi ia juga didorong oleh falsafah hidup dan pemikiranseseorang. Sebab itulah orang-orang yang tidak beragama pun boleh berbudipekerti yang baik.

    Melalui pembentukan rohani ini juga bermaksud, pembentukan pada diriseseorang muslim itu dilakukan melalui kaedah pendidikan, galakan, asuhan,bimbingan, nasihat dan seumpamanya, sebagaimana yang terkandung didalam firman Allah S.W.T.:

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada padasesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada padadiri mereka sendiri.

    (Ar Ra'd: 11)

    Dengan penerangan di atas jelaslah bahawa manusia memangberkemampuan mengubah tingkah laku mereka kepada akhlak yang mulia

    melalui daya usaha mereka sendiri. Memilih antara jalan baik dan burukadalah tanggungjawab manusia dan segala usaha peningkatan ke arah ituterletak ditangan mereka. Allah menganugerahkan manusia dengankesempurnaan akal, lantaran itu terserahlah ke atas kebijaksanaan manusiauntuk merencana dan merebut peluang menghias diri, anak-anak, generasi,bangsa dan masyarakat mereka dengan akhlak yang baik ataumembiarkannya terus terdedah dan terjerumus dalam keruntuhan akhlak.

    Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia.

    Antaranya adalah melalui:

    5.11.1 Pendidikan iman

    Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorakkan manusia ke arahmembentuk watak menjadi seorang yang beriman. Manakala tidak akansempurna iman seseorang jika tidak disertai dengan akhlak yang baik.Misalnya Allah mewajibkan solat, pada hakikatnya adalah bertujuan untukmenjauhkan diri muslim daripada perbuatan keji, membersihkan diri darikekotoran rohani dan jasmani. Sebagaimana yang terkandung dalamfirmanNya:

    10

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    11/20

    bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa Yangdiwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang(dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dariperbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingatiAllah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

    (al -'Ankabut:45)

    Begitu juga dalam ibadah zakat. Ia bukan semata-mata untuk melepaskantanggungjawab membayar cukai harta dan seumpamanya, akan tetapi perkarayang lebih penting adalah untuk membersihkan diri manusia dari sifat-sifatmazmumah malah menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat mahmudahseperti firman Allah SWT:

    ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daridosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dandoakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itumenjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah MahaMendengar, lagi Maha mengetahui.

    (al-Taubah:103)

    Berdasarkan maksud ayat di atas nyata bahawa tujuan zakat adalah untuk

    membersihkan diri manusia dari dosa dan mengangkat nilai individu sertamasyarakat ke tingkat yang tinggi lagi mulia. Begitu juga melalui ibadah puasayang berjaya mendidik rohani manusia dalam mengawal nafsu dan syahwatsupaya tidak bermaharajalela sehingga melampaui batas-batas hukumagama. Firman Allah S.W.T.:

    tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang Yang berwasiatitu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu iamendamaikan antara mereka (waris-waris, denganmembetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklahia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani.

    (al-Baqarah:182)

    Begitu juga dengan ibadah-ibadah lain termasuk perkara yang berkaitandengan rukun iman mempunyai tujuan dan matlamat mendidik manusia kearah akhlak mulia. Pendidikan akhlak dipandang sebagai satu perkara yangsangat penting dalam kehidupan Islam terutamanya dalam usaha untukmencapai kesempurnaan iman dan ibadah. Malah ia juga menjadi intipatiajaran Islam itu sendiri sehingga Islam kelihatan begitu indah pada pandangan

    manusia. Perkara ini dapat diperhatikan melalui beberapa hadis RasulullahS.A.W. yang bermaksud:

    11

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    12/20

    Malu dan iman adalah dua sifat (sebagai teman) seiring jalan.Jika dipisahkan (dicabut atau ditarik) salah satu darinyanescaya yang satu lagi akan turut sama ( rosak ataumusnah).

    Sifat yang paling banyak boleh memasukkan manusia kedalam syurga adalah taqwa dan berakhlak mulia.

    Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Sekiranya berlakukemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan imandan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan olehseseorang. Semakin banyak perkara fasik dilakukan semakin kuranglah nilaiakhlak yang dimiliki dan begitu juga sebaliknya jika seseorang itu kurangmelakukan perkara fasik dan mungkar, maka semakin baiklah akhlaknya.Seseorang yang lemah iman, biasanya lebih mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat dan bergantung kepada faktor-faktor berikut:

    i. Individu itu sendiriii. Keluarga ( bila berlaku pengabaian terhadap tanggungjawabkeibubapaan)

    iii. Pergaulaniv. Pengaruh persekitaran dan sosialv. Pengaruh rakan sebayavi. Media massa

    vii. Faham sekularviii. Ledakan ICTix. Lemah imanx. Kurang ilmu dan didikan agama

    Oleh itu, pendidikan iman dapat disimpulkan sebagai suatu pendekatanmemantapkan aspek rohani insan agar mampu mempertahankan diri merekadaripada segala keburukan dan kerendahan serta mampu mendorong ke arahkemuliaan dan ketinggian akhlak.

    5.11.2 Latihan dan bimbingan pendidik yang berkualiti

    Akhlak seseorang boleh dibentuk melalui bimbingan seorang pendidik yagberkualiti. Pendidikan pada tahap awal yang dilalui oleh seseorang adalahbermula dari rumah. Manakala pendidikan secara formal adalah di sekolahsehingga ke peringkat pusat pengajian tinggi.

    Sejak manusia lahir, pendidikan awal mereka terletak di bawahtanggungjawab ke dua ibubapa. Ibu bapa memang mampu mendidik danmembentuk akhlak anak-anak dengan sempurna memandangkan merekaadalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu bapa sentiasamenjadi contoh ikutan anak-anak, malahan kebiasaan tingkah laku mereka diluar rumah sering dikaitkan dengan peribadi serta akhlak ke dua ibu bapamereka. Justeru, ibu bapa mesti memiliki akhlak yang baik agar tingkah lakuanak-anak juga dihiasi dengan akhlak yang baik. Maka jadilah mereka sebagaiibu bapa sekaligus sebagai pendidik yang berkualiti apabila kehidupan yangdipraktikkan mengikut landasan Islam.

    Adalah menjadi falsafah dan tujuan pendidikan Islam untuk melahirkanwarganegara soleh yang mahir dan separuh mahir dalam setiap bidang

    12

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    13/20

    kehidupan yang mana matlamat akhirnya untuk mendapat keredhaan AllahSWT. Al-Abrasyi menyatakan bahawa pendidikan mempunyai dua tujuan iaitu:

    (a) Tujuan keagamaan iaitu beramal untuk akhirat sehinggakembali kepada Allah dalam keadaan berjaya menyempurnakan hak-hak dan tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya, dan

    (b) Tujuan ilmiah yang bersifat keduniaan iaitu untuk manfaat danpersediaan hidup di dunia yang matlamatnya untuk alam akhirat.

    Manakala bentuk dan skop pendidikan hendaklah bedasarkan Islam yangmempunyai matlamat seperti berikut:

    (a) Bermatlamat ke arah mendidik akhlak;(b) Untuk kepentingan agama dan akidah;(c) Mementingkan kemanfaatan manusia;

    (d) Mempelajari ilmu kerana kepentingan ilmu dan(e) Keterampilan teknologi, kesenian dan sebagainya dalam kehidupan

    manusia yang bertamadun

    Kegagalan pendidikan masa kini dapat dilihat melalui budaya hidup yangdiamalkan oleh mereka yang sentiasa dibayangi oleh corak budaya liberalis,sekularis dan materialis. Natijahnya, muncul kesan negatif kepada para pelajarseperti:

    (a) Keliru tentang maratib al-ilm (hirarki ilmu) sehingga tidak memahamilmu manakah yang perlu diutamakan dan dikemudiankan ( fardu ainatau fardu kifayah);

    (b) Kehilangan akhlak dan adab sopan; dan(c) Lahirnya nilai-nilai insan yang bercanggah dengan fitrah insaniyyah.

    5.11.3 Mengambil Rasulullah sebagai contoh

    Pembentukan akhlak juga mestilah mengambil kira bahawa Rasulullah SAWadalah sebagai contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semuaperingkat kehidupan. Baginda diutuskan kepada umat manusia untukmenyempurnakan akhlak mulia di kalangan mereka agar dapat menjalanikehidupan dengan aman dan damai. Islam tidak mengiktiraf sesebuahtamadun manusia seandai masyarakatnya masih jahil tentang akidah danakhlak, meskipun mereka memiliki teknologi canggih dan ilmu pengetahuanyang tinggi.

    Tuntutan supaya manusia mencontohi akhlak Rasulullah SAW adalah sebagaimanifestasi keimanan mereka kepada Rasul di samping meletakkkankedudukan baginda SAW sebagai ikutan yang terbaik. Sebagaimana firmanAllah S.W.T.:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullahitu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa

    mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari

    13

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    14/20

    akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

    (Al Ahzab: 21)

    Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

    Sesungguhnya aku ini dibangkitkan ( diutus) untuk menyempurnakan akhlakyang mulia

    Mereka yang duduk sebaris denganku di akhirat nanti terdiri dari mereka yangberakhlak mulia

    Jelas berdasarkan ayat dan hadis-hadis tersebut, sebagai umat Islam kitadituntut untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan cara mengambilRasulullah SAW sebagai contoh ikutan.

    5.11.4 Melalui penguatkuasaan undang-undang

    Penguatkuasaan undang-undang dilihat mampu membina dan memantapkanakhlak masyarakat. Walaupun pada peringkat permulaan ia merupakan satukewajipan masyarakat untuk mematuhi undang-undang atau peraturantersebut, tapi lama kelamaan ia akan membentuk satu sifat kebiasaan yangakhirnya menjadi sebahagian dari budaya masyarakat. Contoh peraturansyaksiah rupa diri pelajar universiti yang menetapkan cara berpakaian bagipara pelajarnya mestilah sopan dan kemas. Sekiranya penguatkuasaanterhadap peraturan itu dilaksanakan nescaya tiada seorang pun pelajar yangakan berpakaian tidak sesuai untuk ke kuliah atau berada di sekitar kampus.

    5.11.5 Melalui tradisi dan budaya masyarakat

    Kebanyakan masyarakat yang bertamadun memiliki peraturan-peraturansosial yang tersendiri dalam membentuk jatidiri bangsa. Bagi masyarakatTimur sememangnya sudah terkenal dengan sifat lemah lembut, bersopansantun dan menghormati orang lain. Lihatlah betapa masyarakat Melayusecara tradisinya amat menekankan pendidikan akhlak sejak dari kecil sepertimenghormati orang tua, memberi salam, menjaga batas pergaulan antaralelaki dan perempuan serta beberapa pantang larang yang kesemuanyaadalah untuk menjaga nilai-nilai murni bangsa Melayu.

    5.12 Cabaran-cabaran dalam pembinaan akhlak dan penyelesaiannya.

    Seakan menjadi lumrah apabila sesuatu perkara yang baik yang ingindilakukan oleh manusia, pastinya akan sering berhadapan dengan cabaran.Tidak terkecuali dalam konteks pembinaan akhlak mulia, banyak sekalihalangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh manusia.

    Antara faktor-faktor penghalang yang utama adalah:

    5.12.1 Nafsu manusia

    Nafsu adalah merupakan salah satu unsur rohani manusia. Unsur nafsu inilahyang sentiasa mendorong manusia dalam memenuhi kehendak-kehendakmereka yang tidak pernah puas dengan dibantu oleh agen pelaksanaannyaiaitu anggota tubuh badan. Ketuanya hati dan perisiknya ialah mata dan

    14

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    15/20

    telinga manusia. Merupakan musuh paling besar bagi manusia kerana antarasedar atau tidak ia sering mengundang musuh dari luar samada berbentuknyata (budaya kafir dan ideologi sesat) atau tidak nyata ( orang munafik,politik bermuka-muka, orientalis dan sebagainya).

    Ramai manusia mentaati nafsunya untuk melakukan kejahatan dan dalammasa yang sama memusuhi orang lain yang berbuat baik dan ikhlasmenasihatinya. Justeru Allah amat menegah kita dari mengikut hawa nafsukerana ia akan membawa kita ke jalan yang salah iaitu neraka. Firman AllahSWT:

    janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak

    menyeleweng dari keadilan.(An Nisaa' : 135)

    5.12.2 Godaan syaitan

    Syaitan adalah makhluk rohani yang secara nyata berfungsi sebagai musuhkepada manusia. Syaitan sentiasa mendampingi manusia denganmemperalatkan nafsu ke arah kejahatan. Usaha syaitan ini bermula seawalmanusia pertama diciptakan iaitu Adam a.s dan isterinya Hawa yang dijanjikanmenjadi khalifah menyebabkan iblis derhaka kerana keengganannya sujudkepada Adam. Lantaran itu iblis bersumpah untuk menggoda dan memukauke dua-duanya sehingga mereka melanggar larangan Allah ketika di dalamsyurga. Godaan itu diteruskan kepada generasi Adam (manusia) supayamereka dapat bersama syaitan di neraka pada hari akhirat kelak. Ini dapatdiperhatikan melalui firman Allah S.W.T.:

    Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! kerana engkau telahmenjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akanmemperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam danzuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan merekasemuanya.Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

    (al-Hijr:39-40)

    Fungsi syaitan sebagai agen perosak akhlak manusia terus kekal menjadidendam kesumat berterusan yang tiada titik noktahnya kecuali kiamat.

    Sebagaimana Allah S.W.T. telah berfirman:

    Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supayamenjadi dari penduduk neraka.

    (Faathir: 6)

    Kesimpulannya, setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian danrintangan termasuk dalam usaha melatih diri menjadi manusia berakhlak.

    Manusia juga harus berwaspada dan bersedia dalam apa juga keadaan untukmelawan nafsu yang datangnya dari diri manusia itu sendiri dengan didorong

    15

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    16/20

    oleh bisikan syaitan yang inginkan manusia terus hanyut dalam kesesatan.Seperti yang dinyatakan dalam firman Allah:

    dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yangmenceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamusediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkapsedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuhAllah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain darimereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allahmengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya.

    (al-Anfaal:60)

    5.12.3 Persekitaran

    Keadaan persekitaran yang dialami dalam kehidupan memang banyakmempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Persekitaran terbahagikepada dua iaitu dalam lingkungan kehidupan keluarga ( ibu bapa dan ahlikeluarga ) dan di luar lingkungan kehidupan keluarga ( jiran tetangga, rakansebaya dan masyarakat sekeliling).

    Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu berada dalam persekitaranlingkungan kehidupan keluarga yang tidak mementingkan akhlak mulia makajiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang

    tidak baik. Keadaan ini diburukkan lagi melalui sikap ketua keluarga yang tidakmementingkan disiplin, iman dan ibadah biasanya akan diikuti olehpenghuninya (anak-anak dan isterinya), sehingga wujudlah dalam keluargatersebut permasalahan akhlak. Masalah ini akhirnya keluar dari lingkungankeluarga menjadi permasalahan masyarakat. Jiwa anak-anak yang tinggaldalam sebuah keluarga yang sering berlakunya pergaduhan akan sentiasamemberontak dan seterusnya mencari jalan keluar mereka sendiri seperti laridari rumah dan terlibat dengan kumpulan yang rosak akhlaknya. Lantaran ituterbukalah ruang maksiat kepada mereka sehingga terlibat dengan pergaulanbebas, zina, dadah, pelacuran dan seumpamanya.

    Manakala cabaran dari persekitaran di luar lingkungan keluarga dipengaruhi

    oleh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling yang turut mempengaruhipembentukan akhlak seseorang. Walaupun seseorang itu mungkin dididik olehibubapanya dengan akhlak mulia, namun hasil pergaulan dengan rakansebaya dan masyarakat setempat yang dialaminya saban hari, biasanya dapatmengubah perangai individu tersebut menjadi seperti mereka, denganharapan agar individu tersebut dapat diterima sebagai rakan sekumpulanmereka. Akhirnya kumpulan dan masyarakat ini turut terjebak dalam sindromtidak beretika yang mana ianya turut disokong oleh oleh budaya masyarakatkini yang bertunjangkan kepada faham hedonisme, consumerisme danliberalisme yang melahirkan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.

    16

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    17/20

    5.13 Cara-cara penyelesaian bagi permasalahan di atas adalah melalui:

    5.13.1 Jihad yang berterusan melawan nafsu dan syaitan

    Jihad merupakan satu usaha yang menuntut kerahan segala daya dankebolehan manusia untuk menghalang dan menjauhi setiap perkarayang tidak diredhai Allah. Usaha membangun akhlak ummah danmengatasi keruntuhan akhlak adalah merupakan kerja-kerja yang tidakterpisah dari amal jihad. Justeru manusia mestilah sentiasa berjihadmenentang nafsu yang sentiasa ingin memenuhi kehendak syahwatyang didorong oleh syaitan dalam berbagai bentuk seperti tamakkanharta benda, kedudukan, pangkat, wanita dan lain-lain lagi. Hanyamereka yang berjaya melepasi dugaan melawan nafsu serakah inisahajalah yang mendapat keuntungan di akhirat kelak

    5.13.2 Bergaul dengan orang-orang yang soleh

    Pergaulan seseorang individu dengan orang lain sentiasa akanmempengaruhi akhlak dan keperibadiannya. Justeru antara caramemantapkan akhlak dan keperibadian yang mulia dan tinggi ialahdengan cara bergaul dengan orang-orang soleh dan baik kelakuan danakhlak mereka. Adalah menjadi kewajipan ke atas individu muslimmencari dan bergaul dengan orang-orang yang soleh agar merekamemperolehi keberkatan dalam hidup memandangkan ciri-ciri orang-orang yang soleh ialah mereka akan sentiasa memelihara ketinggianakhlak serta memastikan diri mereka tidak melakukan perkara-perkarayang mendatangkan kemurkaan Allah. Ciri ini dijelaskan oleh hadithRasulullah SAW apabila baginda di tanya oleh sahabat mengenai orangmukmin yang bagaimanakah yang paling sempurna imannya? Maka

    Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:

    Mereka yang berkelakuan baik atau baik akhlaknya

    5.13.3 Memastikan diri sentiasa mencari dan berada dalam suasana yangbaik.

    Pembentukan akhlak yang mulia memerlukan seseorang berada dalampersekitaran yang baik. Persekitaran yang tidak baik adalah tidak sesuaiuntuk pembentukan dan pendidikan rohani insan, malahan bagi manusiayang lemah iman sudah tentu persekitaran sebegini akan menggamitmereka ke arah kemaksiatan. Adalah menjadi tanggungjawab manusia

    berikhtiar dan berusaha mencari persekitaran yang baik dan sekiranyamemerlukannya berhijrah maka ia hendaklah berhijrah ke suatu tempatyang persekitarannya adalah baik terutamanya dalam konteksmelaksanakan tugas dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah yangantara lainnya memastikan akhlak manusia terpelihara.

    5.13.4 Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah

    Manusia walaupun diberikan akal, namun ia tetap lemah. Dalam apa juausaha dan ikhtiar yang dilakukan, manusia mesti meminta bantuan danperlindungan daripada Allah. Allah S.W.T sendiri memerintahkan agarhamba-hambaNya berdoa kepadaNya. Malah Allah memurkai hamba-hambaNya yang tidak memohon bantuan daripadaNya. Dalam soalmenghadapi kegawatan keruntuhan akhlak kini, setiap individu mesti

    17

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    18/20

    memohon dan berdoa agar dilindungi oleh Allah daripada perkara-perkara yang tidak diingini atau mendapat kurniaan dan keredhaanNya.Sedarlah bahawa hanya Allah sahajalah yang memiliki kuasa mutlakmenyelamatkan manusia dari kejahatan dan keburukan. Walaupunmanusia diberi kuasa oleh Allah untuk menghindarinya, namun kuasa ituamat terbatas. Firman Allah SWT:

    Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan merekakekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikansembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruhberbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatandan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualahkesudahan segala urusan.

    (Al Hajj : 41)

    5.13.5 Bebaskan ciri-ciri sekular dalam kehidupan mukmin

    Sekular bermaksud pemisahan, penyisihan atau pemencilan urusanagama dari kehidupan dunia. Dalam konteks fahaman ini agama dilihatsebagai satu perkara yang tidak penting dan remeh dalam kehidupan.Sebaliknya kehidupan mestilah berasaskan kepada kekuatan kebendaanyang bersesuaian dengan bentuk kecenderungan naluri dan nafsumanusia. Fahaman inilah yang menjadi tunjang sistem kehidupanmasyarakat Barat sehingga merosakkan akhlak mereka dan ianya turutmempengaruhi kehidupan masyarakat Islam. Kadang-kadang kehebatandan kekaguman masyarakat Islam terhadap Barat tidak kena pada

    tempatnya terutama apabila mereka hanya meniru perkara-perkaraburuk dalam budaya dan sosial Barat, tetapi amat sedikit menirukebaikannya. Budaya songsang seperti hedonisme iaitu budaya sukakanhiburan dijadikan budaya dalam kehidupan golongan dewasa dan remajaIslam hari ini. Program-program hiburan membuka ruang kepadapergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang akhirnya membawakepada gejala keruntuhan akhlak seperti zina, khalwat, minum arak, judi,penagihan dadah dan sebagainya. Oleh itu masyarakat Islam hari inimestilah kuatkan azam untuk menghapuskan pengaruh sekularisme darikehidupan dengan kembali kepada Islam sebagai sistem hidup yanglengkap dan sempurna.

    Manakala langkah-langkah alternatif yang lain bagi mengatasi budaya lepak, jenayah dan keruntuhan maruah generasi muda hari ini adalah denganmelibatkan remaja mengikuti program-program yang dianjurkan oleh kerajaanuntuk membantu menjayakan gaya hidup generasi berwawasan, asalkanprogram-program tersebut tidak bertentangan dengan syarak dan cara hidupIslam. Misalnya:

    a. Gaya hidup generasi berilmu (akademik, Teknologi dankemahiran)

    b. Belia budiman (sukarelawan, kebajikan, amal jariah danberpersatuan)

    c. Rakan reka cipta ( Teknologi, seni, adaptasi, dan penemuan

    baru)

    18

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    19/20

    d. Kepimpinan ( bina semangat, khidmat nasihat, bimbingandalam kumpulan, PLKN, rakan masjid dan lain-lain)

    e. Bersukan dan rakan bela diri ( dengan syarat tidakbertentangan dengan syariat)

    5.14 Kesimpulan

    Demi kesejahteraan bangsa dan masa depan negara yang memerlukanbarisan pemimpin dan profesional yang berakhlak mulia untuk membersihkanekonomi, pentadbiran dan politik negara daripada amalan-amalan rasuah,tamak haloba dan manipulasi jahat, maka kedudukan dan peranan akhlakharus diperkuat pada semua peringkat institusi masyarakat. Terlalu banyakunsur-unsur budaya, ekonomi, politik, seni, hiburan, ilmu pengetahuan,ideologi dan kepentingan golongan yang tidak ingin melihat penghayatanakhlak Islam secara menyeluruh dalam negara. Sekiranya tidak wujud satukemahuan yang kuat dan jujur sehingga terjelma dalam bentuk dasar yangtegas dari kalangan pemimpin masyarakat, selama itulah usaha-usaha kecil-

    kecilan dan bersendirian dari kalangan ibubapa, guru-guru dan pertubuhan-pertubuhan tidak akan berdaya untuk mengawal pengaruh-pengaruh negatifyang boleh merosakkan dan meruntuhkan akhlak.

    19

  • 8/8/2019 CTU 151 : Bab 5_Akhlak - Text Book

    20/20

    Rujukan

    Sheikh Abdullah Basmeih, (terj.), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman KepadaPengertian Al-Quran (30 juz), Kuala Lumpur, Darulfikir.

    Che Kamarudin Md. Daud (et.al), Asas-asas Islam II, Shah Alam, PusatPendidikan Islam, 2000.

    Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, Kuala Lumpur, Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd., 1991.

    Abdul Karim Zaidan (Dr.), (terj.) Dasar-dasar Ilmu Dakwah, Media Dawah,1979.

    Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan : Satu PerspektifBersepadu, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise, 1988.

    Lukman Thaib, Iman Dan Keperibadian Muslim, Shah Alam, MarwilisPublisher & Distributors Sdn. Bhd., 1989.