ctu 151 : bab 4_ibadat - text book

12
8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 1/12 BAB 4 KONSEP IBADAH MEMBINA INSAN BERKUALITI (Mohd Marbawi Taha & Safinah bt Daud) 4.0 PENDAHULUAN Tujuan utama ciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Kenyataan ini adalah selari dengan firman Allah yang disebut dalam Al-Qur’an yang berbunyi: Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa” (2: 21) Ibadah merupakan kayu pengukur dan penentu perbezaan antara martabat seorang hamba dengan hamba yang lain. Ibadah juga merupakan asas bagi menggambarkan tahap keimanan seseorang terhadap Allah SWT. Beriman kepada Allah SWT bukan semata-mata kepercayaan tentang kewujudan Allah dan kekuasanNya sahaja, bahkan ianya menuntut individu Muslim memahami dan melaksanakan segala perintahNya. Beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah SWT, tuhan sekelian alam dengan sempurnanya akan melahirkan suatu natijah penyempurnaan pembentukan jati diri insan dari sifat-sifat kerendahan hawa nafsu kepada ketinggian pertimbangan akal yang waras, dari kesempitan pengalaman kepada keluasan ilmu pengetahuan, dari pergantungan kepada pihak-pihak yang lemah kepada keyakinan kekuasaan dan pemujaan terhadap Allah SWT serta meninggalkan kelalaian dunia dan lebih menumpukan kepada aspek-aspek tunduk dan sujud terhadap syariat Allah SWT yang lebih menjamin kebahagiaan dan ketenangan di sisiNya. Apabila ditinjau dari sudut yang lain, pengabdian diri kepada Allah SWT ini adalah proses meningkatkan nilai diri dan amalan manusia bukan sahaja dari segi hubungan manusia dengan Allah semata-mata, tetapi juga merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari sosial, ekonomi, politik hinggalah ke tahap hubungan antarabangsa. 4.1 Pengertian Ibadah 4.1.1 Bahasa Menurut kamus bahasa Arab perkataan ibadah adalah berasal dari kata dasar abada yang bermaksud : pengabdian dari sudut makna dan hakikatnya. 1

Upload: atiqah-nadirah

Post on 09-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 1/12

BAB 4

KONSEP IBADAH MEMBINA INSAN BERKUALITI(Mohd Marbawi Taha & Safinah bt Daud)

4.0 PENDAHULUAN

Tujuan utama ciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Kenyataanini adalah selari dengan firman Allah yang disebut dalam Al-Qur’an yang berbunyi:

Maksudnya:“Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang 

telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripadakamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa” (2: 21)

Ibadah merupakan kayu pengukur dan penentu perbezaan antara martabatseorang hamba dengan hamba yang lain. Ibadah juga merupakan asas bagimenggambarkan tahap keimanan seseorang terhadap Allah SWT. Beriman kepadaAllah SWT bukan semata-mata kepercayaan tentang kewujudan Allah dankekuasanNya sahaja, bahkan ianya menuntut individu Muslim memahami danmelaksanakan segala perintahNya.

Beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah SWT, tuhan sekelian alamdengan sempurnanya akan melahirkan suatu natijah penyempurnaan pembentukan jatidiri insan dari sifat-sifat kerendahan hawa nafsu kepada ketinggian pertimbangan akalyang waras, dari kesempitan pengalaman kepada keluasan ilmu pengetahuan, daripergantungan kepada pihak-pihak yang lemah kepada keyakinan kekuasaan danpemujaan terhadap Allah SWT serta meninggalkan kelalaian dunia dan lebihmenumpukan kepada aspek-aspek tunduk dan sujud terhadap syariat Allah SWT yanglebih menjamin kebahagiaan dan ketenangan di sisiNya. Apabila ditinjau dari sudut yanglain, pengabdian diri kepada Allah SWT ini adalah proses meningkatkan nilai diri danamalan manusia bukan sahaja dari segi hubungan manusia dengan Allah semata-mata,tetapi juga merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari sosial, ekonomi, politikhinggalah ke tahap hubungan antarabangsa.

4.1 Pengertian Ibadah

4.1.1 Bahasa

Menurut kamus bahasa Arab perkataan ibadah adalah berasal dari kata dasar  abadayang bermaksud : pengabdian dari sudut makna dan hakikatnya.

1

Page 2: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 2/12

Maksud dari sudut bahasa meliputi segala bentuk kepatuhan sama adakepatuhan seorang hamba kepada Allah s.w.t, kepatuhan anak kepada kedua ibubapanya atau kepatuhan kepada ketua lain-lain (Al Maududi (terj),1995 : 126).

4.1.2 Istilah

Menurut Ibn Taimiyah ibadah ialah : segala usaha manusia untuk mendapatkankeredhaan Allah SWT samada dalam percakapan atau perbuatan zahir dan batin. Iatidak terbatas kepada pelaksanaan rukun iman, rukun Islam, doa, zikir, istighfar, taubat,taqwa, tawakal dan sebagainya malah ianya meliputi pelaksanaan syariah Islam dalamsegala aspek kehidupan manusia.

4.2 Pembahagian ibadah

Syariah Islam merupakan satu pakej lengkap bagi umat manusia untuk mendekatkandiri kepada Allah SWT. Dalam melahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT, merekatidak terikat dengan hanya melakukan amalan-amalan ritual tertentu sahaja. Bahkan

segala amalan yang tidak bertentangan dengan syariat boleh dijadikan sebagaimekanisma untuk menghubungkan diri mereka dengan Allah SWT. Ini merupakanmenifestasi rahmat Allah SWT dengan meraikan kepelbagaian kemampuan sertacitarasa yang terdapat pada seluruh hambanya.

Para sarjana Islam telah menjelaskan amalan ibadat secara umumnya bolehdibahagikan dalam dua kategori utama iaitu ibadat umum dan ibadat khusus.

4.2.1 Ibadat Khusus

Ibadah yang telah dinyatakan jenis, rukun dan syaratnya oleh syarak. Aktivitimenyembah Allah SWT dilaksanakan mengikut cara-cara terperinci yang ditunjukkanoleh syariat Islam (Che Zuina Ismail, 2006 : 119). Di samping itu manusia tiada hakuntuk meminda atau melaksanakannya mengikut sesuka hati mereka. Antara contohibadat tersebut ialah solat, puasa, haji dan sebagainya (Abdullah Ishak, 1995 : 83-84).

4.2.2 Ibadah umum

Ibadah yang tidak ditetapkan oleh syarak cara-cara melaksanakannya, sebaliknyaterpulang kepada seseorang untuk melaksanakanya. Ibadah ini meliputi seluruhkehidupan manusia di dunia seperti belajar, bekerja, makan, tolong orang dansebagainya. Ibadah ini dikira sebagai ibadah sekiranya menepati syarat-syarat berikut :

1. Melakukan dengan tekun.2. Amalan itu tidak bercanggah dengan syarak.3. Dilakukan dengan niat yang baik serta diredhai Allah SWT..4. Ketika mengerjakannya orang tersebut tidak meninggalkan kewajipan khusus.

(Che Zuina Ismail, 2006 : 120-122).

2

Page 3: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 3/12

4.3 Asas-asas ibadah.

Setiap mukmin yang melaksanakan ibadah hendaklah terlebih dahulu mempunyai asas-asas dalam beribadah, yang mana hasilnya mereka akan memperolehi keberkatan dan

kerahmatan seterusnya membentuk kesempurnaan dalam pelaksanaannya. Antaraasas ibadah adalah ilmu, iman, ihsan dan ikhlas :

4.3.1 Ilmu

Ilmu sangat penting dalam ibadat. Kepentingan ilmu pengetahuan amat ditekankandalam Islam kerana dengannya manusia dapat melaksanakan ibadah sebagaimanadituntut dalam syariat. Wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan kita NabiMuhammad SAW menjelaskan betapa Islam amat mengutamakan ilmu dan wajib keatas setiap Muslim, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”  (Riwayat Baihaqi)

Malah, dalam al-Qur’an juga terdapat banyak ayat yang menggesa agar manusiamenuntut ilmu dan menggambarkan status orang yang berilmu di sisi Allah SWTFirman-Nya yang berbunyi:

Maksudnya:“Katakanlah, tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan denganorang yang tidak berilmu pengetahuan” 

(39 : 9)

Rasulullah SAW pula telah meletakkan martabat orang yang berilmu sebagaipewarisnya, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan duit dinar atau dirham (harta) sebaliknya

mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang berjaya memperolehinya makadia akan memperolehinya dengan banyak (beruntung)”  

Tanpa ilmu, manusia tidak akan tahu bagaimana cara sebenar untuk melakukanibadah dan seterusnya menjadikan ibadah yang dilakukan itu hanyalah sekadar ikutan(taqlid ) semata-mata. Sebagai contoh ibadah solat yang telah ditetapkan dalam al-Qur’an wajib dilaksanakan bagi setiap individu muslim. Namun, tidak pula disebutbagaimana cara untuk menunaikannya. Maka dengan itu Nabi Muhammad SAW telahmemerintahkan melalui hadis baginda yang bermaksud:

3

Page 4: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 4/12

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah menunjukkan bagaimana cara untuk menunaikan solatdan para sahabat memperolehi ilmu tersebut melalui pemerhatian.

Sumber ilmu secara umumnya terbahagi kepada lima iaitu:

a. Al-Qur’anb. Al-Sunnahc. Akal dan pancainderad. Alam tabiee. Ilham yang berlaku secara ilham, intuisi atau mimpi yang berlaku kepada hamba-

hamba pilihan (Che Zuina Ismail, 2006 : 120-123).

4.3.2 Iman

Dalam ilmu tauhid iman bermaksud membenarkan dengan hati dan berikrar denganlisan serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi MuhammadSAW.

Ia bermaksud kesempurnaan iman seseorang adalah bergantung kepada tigaperkara iaitu pengakuan di dalam hati, pernyataan dengan lidah dan pembuktian denganamalan.

Iman dan ibadah mempunyai hubungan yang amat erat kerana ibadah itu lahir dari keimanan, sedangkan iman itulah melahirkan kepatuhan, ketaatan dan ketundukankepada Allah. Apabila ada iman dihati manusia, maka segala amalan dan ibadahnyapasti tidak akan menyeleweng (Che Zuina Ismail, 2006 : 123-124).

4.3.3 Ihsan sebagai Asas Ibadah

Ihsan bermakna baik, iaitu secara jelasnya ia membawa maksud sesuatu ibadah itumestilah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Sesuatu ibadah tersebut akan sempurnaapabila seseorang mukmin itu melaksanakan ibadahnya dengan perasaan bahawasegala gerak gerinya akan diawasi oleh Allah SWT Sebagaimana sabda RasulullahSAW di dalam hadisnya yang bermaksud:

“Ihsan itu ialah bahawa engkau abdikan dirimu kepada Allah seolah-olahengkau melihatnya; jika engkau tidak melihatnya sesungguhnya Dia

melihat engkau” (Hadis Riwayat Bukhari)

Contoh yang kita dapat lihat di sini, ketika melakukan ibadah khusus seperti solatlima waktu sehari semalam hendaklah dilakukan dengan betul, disempurnakan segalasyarat dan rukunnya serta menjaga adab-adabnya. Manakala dalam muamalah atauibadah-ibadah umum pula ihsannya yang ditunjukkan seperti berbakti kepada ibu bapadengan berbuat baik terhadap mereka, mematuhi segala perintah mereka, tidakmenyakiti hati mereka, mendoakan akan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat

4

Page 5: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 5/12

serta memenuhi segala hajat mereka ketika mereka masih hidup atau telah meninggaldunia. Dan janganlah sekali-kali kita sebagai anak, menderhakai mereka denganmenyakiti hati dan tubuh badan mereka. Allah SWT berfirman :

Maksudnya: “Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu janganmenyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu 

bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antarakeduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam

  pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakankepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” 

(17 : 23)(Che Zuina Ismail, 2006 : 124-125).

4.3.4 Ikhlas

Ikhlas bermaksud mengqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kerana

ingin memperolehi keredhaan Allah SWT semata-mata tanpa mengharapkan suatufaedah, nama, pangkat atau sanjungan. Dengan ikhlas, secara tidak langsung manusiadapat mendekatkan diri dengan Allah yang merupakan sumber hakikat dan kebaikanyang mutlak.

Islam amat menuntut penganutnya agar mencapai sifat ikhlas kerana keikhlasanitulah yang menjadi asas bagi setiap ibadah untuk menerima balasan dan ganjaran yangdijanjikan Allah serta ia merupakan bukti praktikal kepada kesempurnaan iman.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:“Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan

5

Page 6: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 6/12

mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan denganyang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruhumatku) adalah orang Islam yang awal pertama ( Yang berserahdiri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” 

(6 : 162-163)(Said Ibrahim, 1997 : 184-185)

Kesimpulannya, untuk menjamin segala ibadah yang dilakukan itu mendapatkeredhaan dari Allah SWT, ianya hendaklah disempurnakan dengan ilmu, iman, ihsandan disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT

4.4 Keistimewaan ibadah dalam Islam

Ibadah Islam begitu istimewa dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Antara keistimewaanibadah ialah:

4.4.1 Bebas dari sebarang perantaraan

Dalam Islam, perhubungan manusia dengan Allah SWT adalah secara terus tanpamemerlukan perantaraan. Para nabi dan rasul serta ’alim ulama’ bukanlah dijadikansebagai orang tengah dalam peribadatan dan mereka juga tidak mempunyai sebarangkuasa untuk menerima atau menolak sebarang amal ibadah bagi pihak Allah SWTsepertimana yang berlaku dalam agama lain. Sebagaimana firman Allah SWT:

. طر ل ت طر ناسأقم وجهك لد حنيفا

ناس لعليها. بد خل ل .ذك د يم و ثر 

Maksudnya : “(Setelah jelas kesesatan syirik itu), maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad ) ke arahagama yang lurus (jauh dari kesesatan); (turutlah terus) “agama

  Allah” (iaitu agama yang Allah menciptakan manusia) dengankeadaan bersedia dari semulajadinya untuk menerimanya; tidaklah

 patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agamayang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” 

(30 : 30) 

Perbezaan cara beribadah orang Islam dengan orang bukan Islam telahdigambarkan oleh Allah dalam al Quran yang menyatakan bahawa:

6

Page 7: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 7/12

Maksudnya:“Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah

segala ibadah dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupasyirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allahuntuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya merekamendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”,sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (denganorang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta(mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (denganmelakukan syirik).” 

(39 : 3)(Che Zuina Ismail, 2006 : 120-126).

4.4.2 Tidak terikat dari segi masa dan tempat tertentu.

Ibadah di dalam Islam tidak terikat dari sudut masa dan tempat, dan ianya bukanlahhalangan untuk kita melaksanakannya walau di mana saja kita berada. Ini adalahkerana hakikat sesuatu ibadah dalam Islam bukan hanya tertumpu kepada ibadahkhusus sahaja (solat, puasa, zakat dan haji), malah ia juga merangkumi ibadah umumyang nyata melibatkan setiap aktiviti hidup manusia di dunia ini (politik, ekonomi, sosialdan muamalat). Inilah salah satu keistimewaan ibadah dalam Islam yang tiadatandingannya dengan ibadah-ibadah bagi agama lain.

Contoh bahawa ibadah ini tidak ditentukan tempatnya, di mana golonganpendidik yang bergelumang dengan ilmu dan pelajarnya, maka itulah ibadahnya.Golongan petani dan nelayan juga beribadah dengan bidang pekerjaan masing-masing.Serta golongan peniaga beribadah dengan perniagaanya, bahkan Rasulullah SAW.telah menyifatkan golongan ini yang melakukan kerja mereka dengan amanah akanbersama-sama para nabi di akhirat kelak. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh

Abu Said al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermaksud:

“Taraf peniaga yang amanah setara dengan para nabi , siddiqin dansyuhada”  (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitu juga dengan masa beribadah. Islam tidak pernah menghadkan masauntuk melakukan ibadah umum ini. Dua puluh empat jam setiap individu yang beragamaIslam bermula dari bangun tidur sehinggalah tidur kembali kesemuanya menjadi ibadah

7

Page 8: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 8/12

sekiranya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agama (Che Zuina Ismail,2006 : 127).

4.4.3 Tidak membebankan, mudah dan praktikal.

Perintah atau suruhan yang telah ditaklif kan oleh Allah SWT kepada umat nabi

Muhammad SAW. sememangnya mampu dilaksanakan oleh mereka. Sebagai contoh,solat hanya wajib dilaksana lima kali sehari berbanding dengan lima puluh kali padamulanya (sejarah dalam peristiwa Israk dan Mi’raj), puasa hanya sebulan dalamsetahun, kebanyakan zakat pula ditunaikan hanya 2.5% sahaja dari seluruh harta dansatu kali dalam setahun, manakala haji pula khusus bagi yang mampu dan diwajibkansekali sahaja seumur hidup.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya

olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya...” (2 : 286)

FirmanNya lagi:

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”  (53 : 39)

Dalam syariat Islam, terdapat suatu konsep yang dikenali sebagai rukhsah iaitudiberi keringanan kepada umat Islam daripada melakukan ibadah dalam keadaantertentu seperti sakit, jahil, musafir, perempuan haid dan nifas dan sebagainya. Sebagaicontoh, antara syarat sah solat ialah berwudhu’. Tetapi, sekiranya tiada air atau salahsatu anggota tidak boleh terkena air, maka Islam membenarkan ianya digantikan

8

Page 9: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 9/12

dengan tayammum. Antara lain juga, sekiranya tidak mampu mendirikan solat secaraberdiri, maka ia boleh dikerjakan secara duduk dan seterusnya secara berbaring. Solatini boleh dikerjakan di mana sahaja asalkan tempat itu bersih daripada najis ataukekotoran. Sabda Rasulullah SAW.yang bermaksud :

“Seluruh muka bumi ini adalah dijadikan masjid kecuali kawasan

 perkuburan dan bilik air” (Riwayat Abu Daud)

(Mustafa Bugho et. al (terj), 2004 : 18-20)

4.5 Impak ibadah dalam kehidupan muslim 

Amal ibadah yang dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan tepat, akan memberikesan yang baik lagi berfaedah kepada individu dan masyarakat.

4.5.1 Impak ibadat-ibadat khusus

Ibadah Solat.

Impak dan peranan solat :

1. Solat dapat mencegah seseorang dari melakukan kekejian dan kemungkaran.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :" Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapatmencegah perbuatan keji dan mungkar..."

2. Solat dapat membersihkan manusia sama ada zahir dan batin. Dari segi zahir,sebelum mendirikan solat diwajibkan berwudhuk untuk menyempurnakan solatnyadisamping pakaian, badan dan tempat solat yang bersih dan suci. Manakala batin,solat yang dilakukan dengan mengikut syarat dan rukunnya serta khusyuk akan

membersihkan dosa-dosa yang dilakukan selagi tidak dilakukan dosa besar.3. Solat dapat melatih diri menghargai masa dan mendisiplinkan waktu dalam setiap

hal.

4. Solat berjemaah pula melatih umat supaya taat kepada pemimpin manakalapemimpin (imam) pula wajib mengambil berat terhadap rakyatnya(makmum).

5. Solat berjemaat dapat membentuk perpaduan, kasih sayang dan ukhwah sekaligusberperanan membersihkan rasa dengki, iri hati dan permusuhan di kalangananggota masyarakat (Haron Din, 1988 : 111).

4.5.1.2 Ibadah Puasa

Impak dan peranan puasa :

1. Puasa dapat menundukkan hawa nafsu jahat iaitu dengan mengurangkan dalammelakukan perkara-perkara yang mendorong ke arah itu. Perkara-perkara tersebutialah makan, minum, bergelumang dengan nafsu syahwat dan lain-lain.

2. Puasa dapat melahirkan manusia yang berakhlak mulia kerana melalui puasa dapatmengamalkan akhlak seperti sabar, ikhlas, menepati masa, memelihara diri dariperbuatan keji dan menjaga perkataan dari ungakapan tercela dan sebagainya.

9

Page 10: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 10/12

3. Puasa dapat membentuk manusia muslim dan mukmin yang bertaqwa kepada Allahuntuk melakukan amalan yang mulia dan meninggalkan amalan yang keji.

4. Puasa dapat menyedarkan orang kaya tentang tanggungjawab sosialnya terhadaporang miskin kerana dengan berpuasa, beliau akan menyelami perasaan sertapenderitaan yang dilalui oleh golongan tersebut.

5. Puasa dapat meningkatkan kesihatan seseorang (Al Falahi, 2002 : 46-51).

4.5.1.3 Ibadah zakat

Impak dan peranan zakat :

1. Zakat dapat membersihkan jiwa dari mencintai harta benda secara tamak danrakus.

2. Zakat dapat memberi jaminan sosial terhadap masyarakat kerana di dalampungutan dan pengagihan semula zakat. Zakat dapat menyusun semulamasyarakat yang tidak seimbang menerusi kegiatan perekonomian yang sistematik.

3. Zakat dapat menumbuhkan rasa syukur, taqarrub dan rendah diri dalam diriseseorang terhadap tuhannya. Syariat zakat akan mengingatkan seseorangbahawa harta yang dimilikinya datang dari Allah SWT dan ia hendaklah digunakanuntuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4. Zakat dapat memberi keadilan sosial yang meluas, dapat memperkukuhkankedudukan politik dan menambah kewangan negara. Contohnya dapatmengadakan pelbagai pembangunan seperti mendirikan masjid, industri, hospital,sekolah , universiti dan lain-lain.

5. Zakat dapat mengembangkan pengeluaran ekonomi negara. Adalah menjadi tujuanzakat supaya harta dapat berkembang demi untuk meninhkatkan ekonomi umatIslam (Al Falahi, 2002 : 41-46).

4.5.1.4 Ibadah haji

Impak dan peranan haji:

1. Ibadah haji dapat memperteguhkan keimanan dan menumbuhkan jiwa tauhid yangtinggi terhadap Allah terutamnya melalui ucapan talbiah.

2. Merupakan perhimpunan agong umat islam dan dapat mewujudkan perpaduan,persamaan dan persaudaraan umat berdasarkan kesatuan aqidah. Oleh itu ibadahhaji dapat menyelesaikan masalah perkauman di kalangan umat islam.

3. Dapat membentuk sikap, pemikiran dan akhlak serta disiplin yang mulia.

4. Dapat menjadikan seseorang muslim mengambil ikhtibar dari sejarah iaitu sejarahpengorbanan dalam perlakuan Nabi Ibarahim a.s dan puteranya Ismail a.s Ibadah

ini juga dapat membawa manusia menyaksikan sejarah perjuangan ISlammenentang musuh-musuh Islam seperti peristiwa melontar jamrah (Al Maududi(terj), 1995 : 138-145).

4.5.2 Impak ibadat terhadap individu dan masyarakat.

4.5.2.1 Impak ibadat terhadap individu.

10

Page 11: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 11/12

1. Menjadikan seseorang itu taatkan perintah Allah SWT dalam semua keadaan samaada terang-terangan mahu pun bersembunyi.

2. Membersihkan diri seseorang itu daripada sifat-sifat tercela dan dosa. Dosa di siniadalah dosa-dosa kecil kerana dosa besar mestilah dibersihkan dengan carabertaubat nasuha kepada Allah SWT

3. Mendekatkan diri seseorang itu kepada Allah s.w.t, kerana Allah SWT sukakanorang beribadat.

4. Menjadikan seseorang itu bersikap al-raja' (penuh pengharapan) kepada Allah SWTdan di waktu yang sama ia khauf (penuh ketakutan) terhadap azab Allah SWT

5. Kelima : Melahirkan individu yang berdisiplin, menepati waktu, bersabar, bermaruahdan sebagainya.

4.5.2.2 Impak ibadat terhadap masyarakat

1. Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata.Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan. Kerja yang beratdapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.

2. Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara satusama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.3. Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku. Orang yangmenyibukkan diri mereka dengan melaksanakan ibadah menyebabkan mereka tidakberpeluang untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang salah.

4. Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh musuh kerana Allah SWTakan membantu. Sebaliknya jikalau umat Islam lemah beribadah dan ditambah lagiberterusan melakukan maksiat, Allah SWT tidak akan membantu mereka danmereka hanya menunggu saat-saat kehancuran.5. Diturunkan rezeki secara melimpah ruah, sama ada dari langit atau daribumi. Sehingga manusia tidak terfikir atau terlintas di hati bagaimana ia berolehrezeki yang sedemikian itu.

4.6 Kesimpulan

Islam merupakan suatu agama yang menghubungkaitkan antara pengabdian diri kepadaAllah SWT di dalam segala usaha dan pergerakkan manusia dengan kesan positif dankecemerlangan terhadap kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Ini adalah selaridengan perlantikan manusia sebagai khalifah di muka bumi yang memegang amanahmentadbir bumi serta memimpin manusia ke jalan yang diredhaiNya. Oleh yangdemikian, setiap individu perlulah membuat persediaan di dalam menjalankan amanahyang pertanggungjawabkan seperti tanggungjawabnya terhadap Allah SWT, diri sendiri,keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar. Justeru, di dalam menjalankan

tanggungjawab tersebut, manusia tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai ujian dalammelaksanakan suruhan dan menjauhi larangan, juga kesenangan dan kesusahan.Sesungguhnya manusia yang berjaya di dunia dan akhirat adalah mereka yang dapatmelaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sempurna di samping dapatmenghadapi ujian-ujian dari Allah SWT Inilah matlamat yang perlu dicapai olehseseorang manusia yang disebut sebagai ‘insan kamil ’. Apabila manusia memberitumpuan kepada usaha untuk matlamat hari akhirat seperti yang dijanjikan Allah SWT,maka semua kesan kebaikan, keselamatan, dan kebahagiaan manusia akan diperolehi

11

Page 12: CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

8/8/2019 CTU 151 : Bab 4_Ibadat - Text Book

http://slidepdf.com/reader/full/ctu-151-bab-4ibadat-text-book 12/12

di kedua-dua penghidupan samada duniwi atau ukhrawi. Inilah kesan agung Islamsebagai al-Din ke atas manusia.

RUJUKAN

 Al Quran al Karim.

Abdullah Ishak (1995), Panduan Iman dan Ibadah Harian, Bangi : XZ Technoprint.

Al Maududi, Abu al A’la (terj) (1995),  Asas-asas Islam, c 4, Kuala Lumpur : DewanPustaka Fajar.

Che Zuina Ismail (2006), Pengantar Asas-asas Islam, Shah Alam : UiTM.

Fathi Yakan (terj) (1993), Apa Erti Saya Menganut Islam, c 2, Kuala Lumpur : DewanPustaka Fajar.

Haron Din (1988), Manusia dan Islam, c 3, Kuala Lumpur : Percetakan Watan.

Al Falahi, Mukhlas asy Syarkani (2002), Keajaiban Ibadat, Kuala Lumpur : Al HidayahPublishers.

Mustafa Bugho et. al (terj) (2004), Manhaj  Fiqh Syafie, Kuala Lumpur : Darul Fajr.

Said Ibrahim (1997), Minhaj ‘Ilm Fiqh, Kuala Lumpur : Dar al Makrifah.

12