cth rph bm

Upload: anna-ahmad

Post on 06-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph bm

TRANSCRIPT

PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Kelas2 Al-Zahrawi

Tema/TajukCerita Rakyat / Si Tanggang

Masa 8:30pg 9:30pg

FokusStandard pembelajaran

2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:1. Membaca dan memahami frasa dalam cerita Si Tanggang yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul2. Membaca kuat cerita Si Tanggang dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca

Aktiviti1. Murid membaca cerita yang dipaparkan2. Murid bersoal jawab dengan guru 3. Murid membuat aktiviti kumpulan

Pengisian KurikulumNilai Murni : Kasih Sayang : TMK : ICT

Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD, slaid powerpoint

Refleksi

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIPengisian KurikulumCATATAN

Set Induksi (5 minit)Bersoal jawab dengan guru1. Murid ditayangkan satu babak dalam video 2. Murid ditanya cerita yang mereka lihat tadi3. Guru menghubungkait dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai : EMK : KB : Menjana Idea, menghubung kaitBBM : LCD Projektor, Laptop, Sedutan video cerita Si Tanggang

Langkah 1 (20 minit)1. Murid membaca secara mentalis dan memahami frasa cerita Si Tanggang .

Nilai : kerjasamaEMK : kreatifKB : menjana idea

Slaid Cerita Si Tanggang

Langkah 2 (20 minit)

1. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

Setiap ahli kumpulan diminta membaca mekanis cerita Si Tanggang dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca 2. Setiap kumpulan perlu memilih ahli kumpulannya membacanya di hadapan kelas.3. Guru memberi maklum balas terhadap cara bacaan murid

Nilai : menghargai tinggalan sejarahEMK : kreatifKB : Menjana ideahand-out cerita Si Tanggang

Langkah 3 (10 minit)1. Murid membuat latihan pengukuhan( Peta alir)Urutan cerita Si Tanggang2. Murid membaca urutan cerita tersebut di hadapan kelas

*lembaran aktiviti

Penutup (5 minit)1. Guru bertanyakan soalan

K 1. Perlukah kita menghormati ibu dan bapa kita? YAK 2. Mengapa kita perlu menghormati ibu dan ayah kita? Supaya tidak menjadi anak derhakaK 3. Apakah pengajaran daripada cerita ini ?Jangan menderhaka kepada ibu dan bapa kita

2. Guru membantu murid merumuskan hasil pelajaran

Aras rendahBina peta alir berdasarkan cerita Katak dibawah Tempurung

REFLEKSIKelas 2 Al-Zahrawi merupakan kelas ketiga daripada empat kelas tahun 2. Kelas ini mempunyai pelbagai latar belakang murid yang berbeza dan juga pelbagai aras pengetahuan mereka.Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, murid diminta membaca cerita secara mentalis pada peringkat awal, kemudian beberapa orang murid dipanggil ke hadapan kelas untuk membaca secara mekanis. Saya telah merekod kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh murid seperti yang berikut: membuang/meninggalkan (omission) bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan Tambahan (insertion) bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh saya untuk mengatasinya. Selain itu, saya juga perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu: membatang suku kata terlebih dahulu bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak tidak boleh membaca langsungMaklumat lain yang perlu direkodkan adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.Segala maklumat yang telah saya perolehi membolehkan saya merancang rancangan pengajaran pemulihan bacaan untuk murid yang bermasalah. Margaret et.al., 1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid. Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.Sepanjang sesi pengajaran bacaan disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan

1