tokoh pejuang kemerdekaan

18
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ PENGENALAN Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha m!ru"akan #!$ran% "ut!ra raa yan% t!lah m!nyalurkan t!na%anya k! arah m!n&a"a' k!m!rd!kaan dan k!har n!%ara( Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha m!ru"akan "ut!ra )ultan Abdul Hal'm Hal'm#hah* )ultan K!dah yan% k! +, dan d'lah'rkan "ada .!bruar' /0 d' 3#tana T'%a T'n%kat* Al$r )!tar* K!dah( K!t'ka 'tu K!dah adalah #!buah n!%!r' ba4ah naun%an )'am( B!l'au adalah anakanda k!"ada )ultan K!dah* )ultan Abdul Ham )hah( 3bunya b!rnama 5'k Manalara m!ru"akan #!$ran% "ut!r' K!tua N!%!r' Mataban dalam aahan )'am( P!n%l'batan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha dalam "art' UMNO m!mba4a k!"ada "!rlant'kannya #!ba%a' P!rdana M!nt!r'yan% "!rtama #!l!"a# k!m!rd!kaan dar' /067 h'n%%alah b!l'au b!r#ara "ada tahun /071( Pada 8 D'#!mb!r /001* #!luruh n!%ara d'rundun% "'lu k!rana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha* Ba"a K!m!rd!kaan* Ba"aMalay#'a m!n'n%%al dun'a dan d'k!bum'kan d!n%an "!nuh h$rmat d' tanah "!rkuburan k!luar%anya d' K!dah #!laku m!nuna'kan "!rm'ntaan b!l 3bu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman PutraAl-Ha b!rnama M!nalara* m!ru"akan anak K!tua N!%!r' Mataban dalam aahan )'am( P!nd'd'kan 9$rmal Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Ha b!rmula k!t'ka b!ru#'a 8 tahun

Upload: fywardaben

Post on 03-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

buku skrap

TRANSCRIPT

TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN

TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

PENGENALAN

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam.

Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, BapaMalaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Menjalara, merupakan anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.

Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple,England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah.

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu Kedah.

Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Englandsekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.

Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku dan dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.

Peranan Dan Sumbangan

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Allahyaraham. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan - Hari menyambut kemerdekaan.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

Keistimewaan

Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali Isreal. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.

Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.

Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapuraadalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.Bagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi keamanan negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Allahyaraham untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO danTun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.

Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,

DATUK MAHARAJA LELA

PENGENALANDato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato? Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh (Dato' Bahaman)

PENGENALAN

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British diSemantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dariBangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. ApabilaHugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandarTemerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkangMelayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

PERJUANGAN

Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.

Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub.

Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor.3 Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.

Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.

Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.

Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

DOL SAID PAHLAWAN NANING

PENGENALANDol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

PERJUANGAN

British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua. Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka.

Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke sembilan.Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.

British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.

Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.

Mat Kilau - Pejuang Melayu Pahang

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.

Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.

Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

ROSLI DHOBY - PEJUANG KEMERDEKAAN SARAWAK

Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati di tali gantung pada 2 Mac 1950.

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.

Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Sarawak dikuasai oleh penjajah swasta British Sir James Brooke pada tahun 1842. Keluarga Brooke, iaitu Sir James, anak saudaranya Sir Charles, dan anak Sir Charles iaitu Sir Charles Vyner, memerintah Sarawak dari tahun 1842 sehingga tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.

Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner.

Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Abang Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak.

Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka.

Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada Disember 3, 1949.

Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Rosli menjerit: Keluar dari sini atau kamu mati!

Rosli dan rakannya yang juga berketurunan Melanau, Morsidi Sidik, kedua-duanya ditangkap oleh polis British.

Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi. Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian.

Pada 15 Disember, 1949 Rosli dan Morsidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong, yang juga berketurunan Melanau, telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching.Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan.

Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor (kawan mereka yang juga berketurunan Melanau).

RENTAP (AGIK IDUP AGIK NGELABAN)

(i) Latar belakang

- Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak- dilahirkan tahun 1800- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia- Rentap juga digelar Raja Darat- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

(ii)Faktor Penentangan

- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap

(iii)Peristiwa Penentangan

- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar Raja Ulu- tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah- tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap- James Brooke menggunakan meriam Bujang Sadok untuk menentang Rentap- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi Bujang Timpang Berang untuk menentang pasukan Brooke- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia

(iii)Kesan Penentangan- kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa- semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap

Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas, mahu generasi muda mencontohi semangat patriotisme dan nasionalisme pahlawan Iban itu, terutamanya ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57 ini.

Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, masih di alam remaja, beliau sudah mengetahui menerusi cerita rakyat, yang disampaikan oleh bapanya sendiri mengenai seorang panglima perang orang Iban yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke dalam tiga peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar yang kini terletak dalam Bahagian Betong.

Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan dan kaumnya menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di sekitar tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya.

Walaupun dilabelkan sebagai ketua pemberontak oleh regim Brooke, saya sangat menghormati dan menyanjungi peranannya sebagai pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang menggerakkan semangat nasionalisme, kata Luyang, seorang pegawai penerangan di Jabatan Penerangan Sarawak kepada Bernama di sini.

Beliau berkata Rentap adalah moyangnya dan setiap orang kampung di rumah panjang 26 pintu, Rumah Ujar, mengetahui perjuangannya dengan Tawak Sadok, sejenis gong yang digunakan semasa peperangan di Bukit Sadok, yang disimpan sebagai pusaka nenek moyang lima generasi.

Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak baru pusara peringatan Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri, pejuang kemerdekaan ini dari keturunan Skrang, yang menyertai ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta kehebatan sebagai ketua panglima perang.

Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25 Sept 1841, beliau mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang sebagai lanun, menyebabkan Rentap menentangnya di Kerangan Peris, Skrang pada Ogos 1844.

Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap, James Brooke sendiri merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan kuasa dan pengaruh serta mengganggu cara hidup tradisional kaum Iban.

Luyang berkata anggota keluarga keturunannya sangat menghargai usaha kerajaan menjadikan puncak Bukit Sibau sebagai Lumbong Rentap, yang bermaksud kubur dalam bahasa Iban, bagi memperingati perjuangan Rentap menentang regim Brooke dan kesungguhannya mempertahankan cara hidup tradisional kaum Iban. Rentap diisytiharkan sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri pada 27 Julai 1993.