contoh ulasan cerpen

7
Menganalisis kata tugas dalam cerpen yang dipilih. Majalah : Pelita Bahasa Tajuk Cerpen : Lelaki dari Kelantan Penulis : Lee Keok Chih ******************************************************************** ************************************* 1. Kata Hubung. Cerpen bertajuk lelaki dari Kelantan ini banyak menggunakan kata tugas iaitu kata hubung dalam hasil karyanya. Antara kata hubung yang digunakan ialah ; dan, atau, tetapi, yang, untuk dan bahawa. Berikut adalah potongan ayat yang dipetik daripada cerpen tersebut yang meng- gunakan kata hubung dalam karya beliau. Pohon jambu, limau, rambutan dan pauh Siam tumbuh subur. Semua pohon itu lebat berbuah dan begitu menggodaku. Melihat buah yang masak ranum dan tidak dipetik sehingga jatuh berselerak di atas tanah dan lalang tumbuh liar, jelas rumah itu terbiar tanpa penghuni. Keratan cerpen di atas menggunakan kata hubung dan juga yang. Kata hubung dan menunjukkan jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Misalnya ; pohon jambu, limau, rambutan dan pauh Siam : menunjukkan pelbagai jenis

Upload: rosli-mohd-zaman

Post on 23-Nov-2015

290 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh Ulasan Cerpen

TRANSCRIPT

Menganalisis kata tugas dalam cerpen yang dipilih.

Majalah:Pelita BahasaTajuk Cerpen:Lelaki dari KelantanPenulis:Lee Keok Chih

*********************************************************************************************************

1.Kata Hubung.Cerpen bertajuk lelaki dari Kelantan ini banyak menggunakan kata tugas iaitukata hubung dalam hasil karyanya. Antara kata hubung yang digunakan ialah ; dan, atau,tetapi, yang, untuk dan bahawa. Berikut adalah potongan ayat yang dipetik daripada cerpen tersebut yang meng-gunakan kata hubung dalam karya beliau.

Pohon jambu, limau, rambutan dan pauh Siam tumbuh subur. Semua pohon itulebat berbuah dan begitu menggodaku. Melihat buah yang masak ranum dantidak dipetik sehingga jatuh berselerak di atas tanah dan lalang tumbuh liar, jelasrumah itu terbiar tanpa penghuni.

Keratan cerpen di atas menggunakan kata hubung dan juga yang. Kata hubung dan menunjukkan jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Misalnya ; pohon jambu, limau, rambutan dan pauh Siam : menunjukkan pelbagai jenis buah. Manakala kata hubung yang dalam ayat ; Melihat buah yang masak ranum dan tidak dipetik sehingga jatuh berselerak .... ; menunjukkan perkataan yang berfungsi meng-hubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

( 19 )

Ayah tinggalkan kami, entah kerana emak atau aku. Emak melemparkan tuduhan bahawa ayah meninggalkan kami kerana aku. Adakalanya, aku marahdengan tuduhan emak, tetapi sebagai kanak-kanak tidak banyak yang dapat kulakukan untuk membela nasib sendiri.

Potongan ayat di atas menggunakan empat kata hubung. Kata hubungatau menunjukkan dua pilihan yang terlibat, misalnya emak atau aku. Kata hubung bahawa pula menjelaskan tentang punca sesuatu perkara itu berlaku iaitu ayah penulis meninggalkan mereka berdua adalah berpunca daripada diri penulis ( aku ).Penggunaan kata hubung tetapi dalam ayat di atas menerangkan bahawapenulis tiada pilihan atau redha akan tuduhan yang dilemparkan oleh ibunya kerana ketika itu beliau masih kecil dan belum berupaya membela nasib sendiri. Beliau juga masih mengharapkan seorang ibu untuk meneruskan kehidupan.Kata hubung untuk dalam ayat tersebut berfungsi menghubungkan klausayang menjadi pelengkap pada klausa utama. Klausa utama dalam ayat di atas ialahsebagai kanak-kanak tidak banyak yang dapat kulakukan. Ayat ini dihubungkan denganklausa untuk membela nasib sendiri sebagai pelengkap.

2.Kata Seru.Kata seru tergolong dalam kata praklausa iaitu sejumlah perkataan yang terletakdi hadapan klausa. Kata seru merupakan bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkanpelbagai perasaan dan emosi penuturnya. Antara contoh kata seru ialah :aduh , aduhai , amboi , syabas, wahai , cis , wah , oh , eh

Dalam cerpen ini, tidak banyak kata seru yang digunakan oleh penulis bagimenggambarkan perasaan atau emosi. Penulis hanya menggunakan satu kata serusahaja iaitu ; ah seperti yang dinyatakan dalam potongan ayat berikut.

Mungkin suara sorakan budak di sekitarnya. Mungkin juga kerana warnakeemasan pauh Siam yang masak di halaman rumah itu. Ah, tidak ! Aminanak jiranku yang memanggil aku.

Berdasarkan potongan ayat daripada petikan cerpen tersebut, penulis mengguna-kan kata seru ; ah, tidak ! . Perasaan yang digambarkan oleh penulis ialah beliauseakan-akan tidak mempercayai bahawa orang yang memanggilnya ialah Amin, anakjirannya.

3.Kata Tanya.`Kata tanya merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatuatau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripadapredikat. Antara contoh kata tanya adalah seperti berikut :

apa , bila , bagaimana , berapa , siapa , mengapa

Penulis cerpen ini tidak banyak menggunakan kata tanya dalam karyanya ini.Antara kata tanya yang digunakan ialah ; apa , bagaimana , mengapa dan adakah.Berikut adalah potongan ayat daripada keratan cerpen yang menggunakan kata tanya.

Aku, Amin. Sudah lama aku perhatikan kamu. Tetapi, aku tak tahu namaKamu, kata Amin. Apa nama kamu ?

Pakcik tak pandai membaca dalam bahasa Inggeris. Kamu datang setiaphari dan bacakan berita dari akhbar Inggeris, pakcik akan beri upah. sehari seringgit, bagaimana ?Hanya dia yang tahu harapan dan keinginan aku. Tetapi, aku tidak tahu,mengapa dia bermurah hati terhadapku ?

Apa nama kamu ? Jangan menangis. Bawa bertenang. Biar pakcik lihat,adakah kamu tercedera ?

Berdasarkan petikan ayat di atas, penulis lebih banyak menggunakankata tanya yang tidak disertai partikel -kah , kecuali kata tanya adakah dalamcontoh ; adakah kamu tercedera ? - bagi menjelaskan sesuatu pertanyaan.

( 22 )

4.Kata Perintah.Kata perintah ialah perkataan yang berfungsi untuk menimbulkan sesuatu tindakbalas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Antara contoh kataperintah ialah :

jangan , usah , sila , jemput , minta , tolong , harap

Dalam cerpen ini, penulis hanya menggunakan kata perintah jangan dalamkaryanya. Ini dapat dilihat dalam potongan ayat di bawah.

Jangan takut. Aku lelaki dari Kelantan. Kedengaran suara garau yangcuba menenangkan aku.

Kata perintah jangan dalam petikan di atas menerangkan bahawa lelaki dariKelantan itu meminta penulis tidak berasa takut akan dirinya.

5.Kata Pangkal Ayat.Kata pangkal ayat merupakan perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yangmenjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.Contoh kata pangkal ayat adalah seperti berikut :

Hatta , Maka , Alkisah , Syahadan , Adapun , Sebermula , Arakian

Penulis cerpen Lelaki dari Kelantan ini tidak menggunakan kata pangkal ayatdalam karyanya. Beliau menggunakan klausa seperti : Seminggu berlalu, Tidak lamaSelepas itu, Pada suatu hari, untuk menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.