contoh teks ucapan 1

13
CONTOH TEKS UCAPAN 1 TEKS UCAPAN PERASMIAN PENGETUA SMK TUN MUTAHIR BATU BERENDAM MELAKA SEMPENA HARI INOVASI & JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 Bismillahirraamanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus, Pengetua Cemerlang SMK Iskandar Shah, Jasin dan mantan pengetua SMK Tun Mutahir Yang dihormati En. Velaithan a/l Atchutha Nair, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Mutahir Pn.Kamariah bte Othman, GPK 1 En. Ghafar bin Yahya, GPK HEM En. Radhi bin Masah, GPK Koku Pn Manja bte Md Doli, GPK Petang Tn Hj Sajat bin Ahmad, GPK Pendidikan Khas Ketua-ketua Bidang Guru-guru dan semua warga SMK Tun Mutahir sekalian. Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ka hadrat Allah SWT kerana dengan Iimpah kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna pada malam ini bagi meraikan Majlis Anugerah Inovasi dan Jamuan Akhir Tahun SMK Tun Mutahir 2011.

Upload: along

Post on 01-Dec-2015

182 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

:0

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH TEKS UCAPAN 1

CONTOH TEKS UCAPAN 1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

PENGETUA

SMK TUN MUTAHIR

BATU BERENDAM MELAKA

SEMPENA

HARI INOVASI & JAMUAN AKHIR TAHUN 2011

Bismillahirraamanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus, Pengetua Cemerlang  SMK Iskandar Shah,

Jasin dan mantan pengetua SMK Tun Mutahir

Yang dihormati En. Velaithan a/l Atchutha Nair, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Mutahir

Pn.Kamariah bte Othman, GPK 1

En. Ghafar bin Yahya, GPK HEM

En. Radhi bin Masah, GPK Koku

Pn Manja bte Md Doli, GPK Petang

Tn Hj Sajat bin Ahmad, GPK Pendidikan Khas

Ketua-ketua Bidang

Guru-guru dan semua warga SMK Tun Mutahir sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ka hadrat Allah SWT kerana dengan

Iimpah  kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul  dalam majlis yang penuh bermakna

pada malam ini bagi meraikan Majlis Anugerah Inovasi  dan Jamuan Akhir Tahun SMK Tun

Mutahir 2011.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Setiap tahun,SMK Tun Mutahir  telah  manganjurkan Jamuan Akhir Tahun dan Majlis

Anugerah Inovasi peringkat sekolah yang dahulu dikenali sebagai hari Kualiti. Hari Kualiti

telah ditukar kepada Hari Inovasi salaras dangan palancaran inisiatif Malaysia Inovatif 2010

oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 27 Januari 2010. Hari ini

Page 2: CONTOH TEKS UCAPAN 1

merupakan Majlis Anugerah  Inovasi kali ke tiga yang diadakan di peringkat SMK Tun

Mutahir.

Saya percaya, Majlis Anugerah Inovasi yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan

suatu usaha berterusan pihak kerajaan khususnya SMK Tun Mutahir untuk membentuk dan

membudayakan masyarakat terutama guru-guru dalam mempelbagaikan dimensi  inovasi

agar ia bukan sahaja mencakupi prosedur kerja, tetapi  juga berinovasi dalam cara berfikir,

bertindak dan sanggup berubah supaya terus relevan dan selari dengan keperluan

perkhidmatan dan amalan kerja semasa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Hari Inovasi ini diadakan juga bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada

usaha-usaha berkaitan inovasi serta memperkukuhkan nilai-nilai integriti dalam kalangan

warga  pendidik. Justeru, pambudayaan inovasi dalam organisasi adalah satu  ciri penting

dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan  sentiasa barada pada tahap cemerlang.

Bagi menjadikan kita penjawat awam yang berinovasi, berkualiti dan berintegriti, saya

menyeru agar semua warga SMK Tun Mutahir terus melengkapkan diri dengan kemahiran

(skills), ilmu pengetahuan (know/edge) dan sifat-sifat peribadi (attitude) yang tinggi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah

dan syabas kepada guru-guru dan warga SMK Tun Mutahir yang telah terpilih untuk

menerima anugerah inovasi bagi tahun 2011 ini.Semoga penganugerahan ini akan menjadi

pendorong kepada anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada semua warga SMK Tun

Mutahir yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang

tahun 2011. Tidak lupa juga kepada AJK Kelab Keluarga  dan AJK Majlis Anugerah

Inovasi  yang telah menjalankan persiapan bagi menjayakan majlis pada malam ini.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Tn. Hj. Zolkaply

bin Yunus kerana telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan majlis pada malam ini.

Wabillahi al-taufik wal-hidayah, assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Page 3: CONTOH TEKS UCAPAN 1

CONTOH TEKS UCAPAN 2

 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

Sejahtera dan Salam 1Malaysia;

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak;

Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Dr Rosli Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian

Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia;

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian

Pelajaran Malaysia;

Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri;

Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk menyambut Hari Guru

sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan

para guru sekalian.

2. Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, saya ingin mengambil

kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari

Guru kepada semua guru, sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah

bersara. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-

guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara

kita.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Page 4: CONTOH TEKS UCAPAN 1

3. Pemilihan tema Hari Guru tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan

Negara” pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai

penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kepada

kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai

cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja

yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara

kita selama ini.

4. Maka, pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada

sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi,

peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita

semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan

dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan

yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak

keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita rakyat untuk

menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari

yang bergelar guru.

5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk

menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Ini termasuklah pelaksanaan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang merupakan

mekanisme utama untuk menjayakan agenda penting ini. Namun, kita juga akur

bahawa perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk

mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan

daya juang para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh

kerajaan. Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat

bermakna ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada

para guru di atas jerih perih anda semua dalam mencapai sasaran-sasaran penting

yang ditetapkan di bawah NKRA pendidikan, dan juga di bawah dasar-dasar serta

program lain yang sedang dilaksanakan di Kementerian Pelajaran.

6. Dari segi pencapaian sasaran NKRA Pendidikan, Alhamdulillah, berkat curahan

jasa dan bakti para guru sekalian, kita telah berjaya meningkatkan kadar penyertaan

prasekolah kepada 72.42 peratus, iaitu melebihi sasaran 72 peratus yang ditetapkan

untuk tahun 2010. Kadar literasi murid juga telah meningkat daripada 64 peratus

kepada 85 peratus, manakala kadar numerasi meningkat daripada 73 peratus

kepada 91 peratus. Kita juga telah mengumumkan senarai 20 buah Sekolah

Berprestasi Tinggi pada tahun 2010 dan untuk tahun 2011 sebanyak 23 buah

sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Page 5: CONTOH TEKS UCAPAN 1

7. Lebih membanggakan kita, jasa guru untuk melonjakkan kecemerlangan

pendidikan tidak mengenal batasan geografi. Guru-guru di pedalaman pun berupaya

untuk melonjakkan prestasi sekolah. Ini dibuktikan misalnya dengan kejayaan SK

Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak, mendapat pengiktirafan

Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Di samping itu, inisiatif Tawaran Baru

juga telah menunjukkan hasil yang amat positif apabila guru-guru daripada 1,400

buah sekolah telah berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan untuk

sekolah masing-masing, dan dengan itu layak untuk menerima bayaran insentif di

atas perkhidmatan mereka yang cemerlang.

8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-

guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan pelbagai inisiatif di bawah

empat sub-NKRA pendidikan. Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian

telah membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah tertinggi

dalam pencapaian KPI bagi tahun 2010. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih

kepada guru-guru dan semua pegawai Kementerian yang telah membantu saya

menerajui Kementerian Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai

kejayaan yang cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada

guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua!

9. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan,

masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya

proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas

kesedaran inilah, saya selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa

dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.

10. Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap

kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia

yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar ini

memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam acara sukan

yang digemari dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan

kecerdasan mereka. Seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-

salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat.

11. Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia

dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan

bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid dapat

menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Kebangsaan negara

kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu

dimulakan di sekolah lagi supaya anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang

Page 6: CONTOH TEKS UCAPAN 1

tinggi kepada bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa

perpaduan di negara kita.

12. Pada masa yang sama, kita juga sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan murid adalah amat penting untuk membolehkan mereka berkomunikasi

dengan baik dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa utama

di dunia. Maka, di bawah dasar MBMMBI ini, Kementerian Pelajaran telah

melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran

bahasa Inggeris di sekolah. Ini termasuklah dengan menggunakan khidmat

kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut Pendidikan

Guru dan di zon-zon tertentu untuk melatih guru-guru meningkatkan ilmu dan

kemahiran mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris.

13. Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan

inovatif untuk memacu kemajuan negara, Kementerian Pelajaran telah

memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memberi

penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin transformasi kurikulum yang

dilaksanakan pada tahun ini akan membuka lembaran baru kepada guru-guru untuk

meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif

untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan.

14. Keempat, untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja

berkemahiran tinggi, maka saya telah memberi tumpuan khusus kepada program

transformasi pendidikan teknik dan vokasional. Sebagai langkah untuk memastikan

murid mendapat pendidikan vokasional dan kemahiran yang berkualiti, maka KPM

akan mengambil guru vokasional dan kemahiran baru yang diiktiraf dari pasaran

terbuka seperti pusat latihan kemahiran tinggi dan universiti teknikal awam. Proses

pengambilan guru-guru tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan

dijangka mencecah 10,000 orang menjelang penghujung 2015. Dengan pelbagai

usaha yang dilaksanakan untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional,

insyaAllah, kita akan berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran teknikal dan

vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun 2015.

15. Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan

padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita

mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar

ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu,

saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama

saya dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan setiap

Page 7: CONTOH TEKS UCAPAN 1

dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi masa

depan negara kita.

Memartabatkan Profesion Keguruan

16. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan

yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada

usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Dalam hubungan ini, pelbagai

program latihan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk

meningkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah program pensiswazahan

guru yang mensasarkan bilangan guru siswazah sebanyak 60 peratus di sekolah

rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

17. Dari segi peluang kenaikan pangkat pula, kerajaan telah memperuntukkan

pelbagai faedah kepada perkhidmatan perguruan yang tidak dinikmati oleh

perkhidmatan-perkhidmatan lain. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya

perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima (5) kaedah kenaikan pangkat iaitu:

(i) kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,

(ii) kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),

(iii) kenaikan pangkat secara time-based,

(iv) kenaikan pangkat untuk Pengetua atau Guru Besar cemerlang dan

(v) kenaikan pangkat Guru Cemerlang.

18. Di samping itu, perkhidmatan perguruan juga menikmati satu lagi bentuk

imbuhan berasaskan prestasi yang tidak dinikmati oleh mana-mana perkhidmatan

awam lain iaitu Bayaran Insentif Tawaran Baru kepada pengetua, guru besar dan

warga sekolah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Alhamdulillah, insentif Tawaran Baru ini telah membuahkan hasil yang amat baik

apabila jumlah guru dan pemimpin sekolah yang berjaya mendapat ganjaran adalah

jauh melebihi sasaran awal yang ditetapkan. Ini bermakna, guru-guru kita

mempunyai motivasi yang amat tinggi untuk melonjakkan prestasi sekolah. Saya

berharap agar pencapaian cemerlang ini akan menjadi pencetus semangat kepada

guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan pencapaian di peringkat

sekolah.

Page 8: CONTOH TEKS UCAPAN 1

19. Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan Bayaran Insentif Sekolah Berprestasi

Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di

Sekolah Berprestasi Tinggi. Insentif ini adalah tanda pengiktirafan kerajaan terhadap

sumbangan guru-guru dalam melahirkan sekolah-sekolah yang berpencapaian

cemerlang di negara kita. Dengan usaha berterusan guru-guru di seluruh negara

untuk melonjakkan prestasi sekolah, saya berkeyakinan bahawa sasaran

mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2013 akan

dapat dicapai.

20. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar para guru kepada negara,

kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambahbaik skim perkhidmatan

pendidikan. Terbaru ialah pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai

beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang

pastinya disambut baik oleh guru-guru sekalian.

21. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB

Perdana Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen

keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat guru-guru

di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana Menteri sentiasa

mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk

menikmati peluang kenaikan ke gred yang lebih tinggi.

22. Kerana itulah, walaupun dalam keadaan kerajaan perlu mengawal defisit negara,

YAB Perdana Menteri masih bersedia untuk menawarkan penambahbaikan skim

perkhidmatan pendidikan, dengan memberi nafas baru kepada kaedah kenaikan

gred, khususnya secara time-based. InsyaAllah, dengan pengumuman yang telah

dibuat oleh YAB Perdana Menteri, ramai guru akan menikmati manfaat kenaikan

gred yang lebih cepat selepas ini.

23. Begitu juga dengan pertambahan jumlah jawatan Gred Khas C daripada 36

kepada 72 jawatan untuk guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pertambahan sebanyak 100 peratus ini akan memperluaskan

peluang guru-guru di bilik darjah untuk memegang gred tertinggi dalam

perkhidmatan awam tanpa perlu menjawat jawatan pentadbiran. Pewujudan jawatan

Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertinggi dalam

perkhidmatan awam juga merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan amat serius

dalam memartabatkan profesyen keguruan.

24. Selain itu, kenaikan gred Pengetua daripada DG48 kepada DG52 dan Penolong

Kanan daripada DG44 kepadaDG48 adalah satu pengiktirafan kepada jawatan

Page 9: CONTOH TEKS UCAPAN 1

Pengetua dan Penolong Kanan sekolah menengah. Kenaikan gred ini adalah

setimpal dengan pertambahan bebabanan yang terpaksa ditanggung oleh para

pengetua dan penolong kanan. InsyaAllah, kenaikan ini akan menambah minat guru-

guru untuk memegang kedua-dua jawatan ini yang amat penting dalam kepimpinan

sekolah.

Kerjasama Dengan Kesatuan Guru dan Ibubapa

25. Usaha memartabat profesyen keguruan adalah satu proses yang berterusan.

Untuk itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai bentuk insentif

kepada guru-guru dan menambahbaik keseluruhan perkhidmatan pendidikan dari

masa ke semasa, termasuk penambahbaikan dalam Perkhidmatan Pendidikan

Lepasan Diploma (PPLD). Dalam hubungan ini, saya akan bekerjasama dengan

kesatuan-kesatuan guru untuk melihat isu-isu yang berkaitan dengan profesyen

keguruan secara lebih terperinci dan menyeluruh, serta mencari kaedah terbaik

untuk terus memartabatkan profesyen keguruan agar setara dengan darjat

kemuliaannya. Pihak Kementerian juga akan terus mengadakan perbincangan

dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyelesaikan beberapa perkara

berkaitan dengan perjawatan guru yang telah dibawa kepada perhatian Kementerian

sebelum ini. Pihak Kementerian juga akan mempergiatkan program pensiswazahan

guru untuk memartabatkan profesyen keguruan di samping memastikan semua guru

dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan untuk Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Siswazah.

26. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan negara,

peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling

penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya

juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat.

Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui

pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah.

Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang

proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada

pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk

meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Penutup

27. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan

guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat

menjayakan proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas

segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama transformasi

Page 10: CONTOH TEKS UCAPAN 1

negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat

gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.

28. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling

dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga:

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

29. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah

kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari

Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat

Hari Guru. Semoga para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t.

untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

“Selamat Hari Guru”. “Terima Kasih Cikgu”.

Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh