contoh surat gantung sekolah

3
Lampiran D CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA BENDANG BASAH 35500 TANJUNG RAMBUTAN. SMS/BB/S/SULIT/1/(1) Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412 3550 Tanjung Rambutan 26 Ogos, 1991 Tindakan Gantung Sekolah Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959. Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah. 2. Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut : “ Bahawa kamu, Rusli b. Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991, lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan,

Upload: david-harrison

Post on 18-Jan-2016

687 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Surat Gantung Sekolah

Lampiran D

CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUANPENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTABENDANG BASAH35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 14123550 Tanjung Rambutan 26 Ogos, 1991

Tindakan Gantung SekolahRusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959 bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada pengetua sekolah.

2. Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500 Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991 sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut :

“ Bahawa kamu, Rusli b. Abdul ( KP : A1234567 ) pada 23.8.1991, lebih kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu b. Ahad, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan.”

3. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar perintah ini, kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada

17.

Page 2: Contoh Surat Gantung Sekolah

RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.

4. Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolahan ini menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.( KHAMIS BIN JUMAAT )Pengetua,Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,35500 Tanjung Rambutan.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-SekolahJabatan Pendidikan Perak,Jalan Tun Abdul Razak30640 Ipoh.

2. Pegawai Pendidikan DaerahPejabat Pendidikan Daerah Kinta,Lebuh Cator,30450 Ipoh.

3. Encik Abdul Bin AbdullahRumah Awam Seri Melati,35500 Tanjung Rambutan

18.

Page 3: Contoh Surat Gantung Sekolah