baju kurung pesak gantung

26
BAJU KURUNG PESAK GANTUNG Ukuran-ukuran Paras pinggang belakang Paras Punggung Labuh baju Lebar bahu Labuh tangan dari tengkuk Keliling pangkal lengan Keliling leher Keliling dada Keliling punggung Cara-cara merajah pola Badan 0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm 2-1 = Ukuran paras punggung 3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm 4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu Lengan 6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0 7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka Gariskan untuk mendapat 8 dan 9 Pesak atas 10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka 12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang 13-12 = 4cm

Upload: nuar-nani

Post on 19-Aug-2015

277 views

Category:

Business


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Baju kurung pesak gantung

BAJU KURUNG PESAK GANTUNGUkuran-ukuran

Paras pinggang belakangParas PunggungLabuh bajuLebar bahuLabuh tangan dari tengkukKeliling pangkal lenganKeliling leherKeliling dadaKeliling punggung

Cara-cara merajah pola

Badan0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm2-1 = Ukuran paras punggung3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-07-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka

Page 2: Baju kurung pesak gantung

Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang13-12 = 4cm14-13 = dinaikkan 2cmSambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher(seperti membuat leher baju kurung biasa)

Cara menjahit baju kurung pesak gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.2. Rujuk di sini untuk lubang leher.3. Cantumkan bahagian-bahagian baju:- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.- Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher.

Page 3: Baju kurung pesak gantung

Pola Kurung Moden

 POLA BADAN BELAKANGAB labuh baju di kehendakiAC ukuran bahu ke pinggang atau ukuran standart 14'AD 1/4 ukuran keliling dada atau ukuran standart 9'DE naikkan 4'CF ukuran dari pinggang ke punggung atau standart ukuran 8'FB ukuran punggung ke labuh baju*garis semua garisan melintang tadi

AG ukuran lebar bahu bahagi dua AH ukuran leher (boleh ikut ukuran leher baju kurung anda dgn meletakan pola leher di situ dan tandakan ) 

Page 4: Baju kurung pesak gantung

GG1 turun 1' dan buat garisan HG1EI ukuran bidang dada depan bahagi 2 +0.5'DJ ukuran keliling dada bahagi 4+0.5'sambung garisan G1,I dan J...*pangjang garisan ni mestilah gunakan formula ni ~ukuran ketiak bahagi 2-0.5'cnth ehhh : ukuran ketiak cik sue 19.5' bahagi 2-0.5'=9.25,maka garisan G1,I dan J mesti nak kene 9.25..kalau tak sama,korang kne adjust titik G1 sama ada naik sedikit atau turun sedikit...semoga korang faham huuuuu...

CK ukurang keliling pinggang bahagi 4+1.5 ( 0.5 adalah keselesaan dan 1'untuk dat )*sekiranya tidak suka buat dat ukurang keliling pggang +0.5 sahaja..dan garisan dada ke pinggang akan terhasil seperti garisan JK1 bukan JK..jgn panik!! ehehehe..FLdan BM ukurang keliling punggung bahagi 4+0.5'C1=3.5'@3'@2.5' ( bergantung kelebaran pinggang...gemuk..sederhana..kurus)1,3=4.5' dan buat garis lurus hingga ke garisan DO1,4 dan 1,5=0.5' sambung garisan2 3,4,2 dan 3,5,2

POLA HADAPAN BAJUGuna pola yang sama cuma anda tukar pensil warna lain plak..kalau anda rajin,boleh la buat sekali lagi untuk pola hadapan baju secara berasingan..semua ukuran adalah sama kecuali :--EN ukuran bidang dada depan bahagi 2-DO ukuran keliling dada bahagi 4 +1Formula untuk garisan G1,N dan O adalah : ukuran ketiak bahagi 2 +0.5'..cara adalah sama seperti pola belakang untuk menentukan pangjangnyer ok.-2,6=turunkan 1.5'* untuk garisan OK kalau anda tak suka buat dat akan terjadi garisan OK1

POLA LENGAN

cik sue cadangkan anda semua rujuk post n3 kat link bawah ni.Cara buat pola lengan adalah sama..

http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/04/buat-blaouse-part-1.html

CARA MEMOTONG KAINGambar kat bawah ni kecik la sikit..kalau menghadapi masalah rabun...ehehehe sah2 mang tak nampak ler..so sila klik pada bahagian gambar tersebut..karang dia jadik besauu dan nampak laa jelas..Rasa cik sue tak perlu jelaskan apa-apa korang boleh faham dengan rajah bawah ni..

Page 6: Baju kurung pesak gantung

cara potong untuk pola depan

kain yang telah di potong:bahagian belakang

* kain yang telah di potong ntok bahagian badan depan lupa nak snap daaaa...

ok laaa korang buat laa pelan-pelan..tak susah la sangat..nekad je ehehehehehe ok kalau tak faham mana-mana bahgian boleh bertanya kat bahagian komen yer..selamat mencuba..

Page 7: Baju kurung pesak gantung

baju kurung moden (2)

yg ni pola depan k.. yg lubang 2 tu menandakan bahagian lipatan.

Page 8: Baju kurung pesak gantung

yg ni pulak pola belakang.

okey, meh sini eden torangkan ape ke bnde ngn num2x bagai tu. kat bawah ni ade instruction die. so, korang bole la rujuk. better korang besarkan sikit gamba tu. mne tau xjelas ke kan.. tp sblom tu, korang kne amek ukuran dulu, bg yg tak tau ukuran ape, so bole follow yg bawah ni dulu, then baru buat pola ye.UKURAN BAHAGIAN BAJU (inci)

1. Ukuran lebar bahu.2. Labuh lengan panjang

3. Bukaan tangan lengan panjang

4. Keliling dada

5. Keliling ketiak

6. Mercu ke mercu

Page 9: Baju kurung pesak gantung

7. Keliling pinggang

8. Keliling pinggul

9. Labuh baju

10. Keliling leher

11. Bahu ke pinggang

sebelum tu, eden ni buat baju kurung moden yg ade lisu belakang sahaja. so ini je la yg eden mampu bole terangkan. dan berzip.

CARA MEMBUAT POLA BAJU KURUNG MODEN (HADAPAN)

0-1: ukuran labuh baju. 0-2: ukuran bahu ke pinggang2-3: pinggang ke pinggul (8")0-4: ukuran bahu (bahagi 2)4-5: 11/4 inci6-7: ukuran dada (+2 dan bahagi 4)5-7: keliling ketiak ( bahagi 2)5-8: 41/2 inci (DEPAN)8-9: 3/4 inci (DEPAN)5-9-7: temukan7-10: garis ke bawah.10-11: 1"7-11: garis3-12: ukuran punggung (+2 dan bahagi 4)11-12-13: garis14-13: naikkan 1/2 inci dan bentukkan.0-15: ukuran leher (bahagi 6)0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1")

habis untuk pola depan.

POLA BELAKANGoke pola blkg ni sbnanye sme je ngn depan, cume yg bezanya ialah:

bahagian ketiak pinggang

leher 

tambah tisu

bhagian zip

BAHAGIAN KETIAK5-8: 41/2 inci (DEPAN), 43/4 inci (BELAKANG)

Page 10: Baju kurung pesak gantung

8-9: 3/4 inci (DEPAN), 1/2 inci (BELAKANG)

PINGGANGbahagian pinggang ni xsme dgn yg depan. yg blkg ni guna ukuran sebenar pinggang, means [ukuran pinggang +2 bahagi 4]. bagi yg nak tmbah LISU, kne tmbah SEINCI. 

LEHERbahagian leher ni lg xbyk beza. tukarkan je yg ni...0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1") ---> SEINCI SAHAJA.

TAMBAH LISU2-17: 41/2 inci (buat garisan menegak smpai ke garisan dada dan pinggul)18: turunkan SEINCI dari garisan dada19: naikkan 2 INCI dari garisan pinggul20: SETENGAH INCI dari 17

BAHAGIAN ZIP21: tambah SEINCI dari bahagian leher hingga labuh baju.

habis bahagian badan. smbung pulak bahagian lengan...

yg kt atas ni sbnanye pola lengan, sbnanye ade 2 cara. tp ikot yg paling simple la ea, haha.:)

LENGAN

0-1: labuh lengan0-2: 31/2 melintang2-3: garis menegak0-3: ketiak (bahagi 2)4-3/0-4: bahagi 2 bahagian, naikkan 1/2 untuk bulatan yg atas dan turunkan 1/2 untuk bulatan bawah (bentukkan)5-6: naikkan 1/4 inci1-5: luas bukaan lengan (bahagi2)

* bagi yg pen kaler BIRU tu, tu sbnanye basi baju @ lebihan baju. phmkan? maksudnye, korang kne potong baju tu cmpo ngn basi tu skali. sbb ukuran baju ni btol2x ukuran badan tanpa tambah basi.

Page 11: Baju kurung pesak gantung

Seluar Pinggang Getah Kanak-Kanank

Assalamualaikum...Kali ni kite buat seluar pangjang budak-budak plak yer...buat seluar melayu boleh nak buat seluar tido pun boleh...sama aje budak lelaki dengan perempuan pun...kali ni cik sue nak ikut ukuran yang di ambil pada seluar contoh...Cik sue tahu,yang rajin godeh nota kat blog cik sue ni kebanyakkan nya adalah yang baru nak masuk atau baru nak berjinak-jinak dalam dunia jait menjait ni kan...jadi cik sue bagi yang simple-simple kasik korang semagat tu naik ehehehehehe....

Cara Mengambil Ukuran

ukuran cawat seluarukuran cawat untuk tutorial ni saya ambil separuh ye..terpulang pada anda nak ambil ukuran penuh atau separuh macam cik sue ni.

ukuran lebar peha

Page 13: Baju kurung pesak gantung

AB pangjang seluar tolak dengan lebar getahAC ukuran cawat seluar ( bahagi 2 kalau anda mengambil ukuran cawat penuh )CD ukuran lebar pehaDE 1.5'EF naikkan 1.5' dan buat garis menegak EG yang selari dengan AC-Bentukkan lekuk FD

BH lebar luas kaki seluar,garis garisan lurus HD-Sila ambil perhatian yer..di atas garisan AG cik sue ada buat garisan putus2 kan?..itu adalah garisan basi untuk jahit getah seluar nanti..korang buat la ukuran lebar getah + 0.75' 

CARA NAK CANTUM

Apabila da selesai menggunting..akan terhasil dua keping keratan kain seperti kat atas ni ( dapat ke idok korang imaging yerk?..ehehehe) korang pergi jahit tepi dulu k.-Cantukan AB dan A'B' ,DC dan D'C' ( jahit dari A ke B yer ,sampai dekat B tu jangan jahit sampai habis..tinggal kan 0.5 inci begitu jugak yang lagi sebelah )-Cantumkan pakai peniti BC dan EE',B'C' dan FF'...dah yakin dengan apa yang kita nak buat tu boleh la mula menjahit  dari BC dan EE',B'C' dan FF'....jahit ulang untuk bahagian bawah cawat seluar tu ..maklum laaa budak-budak lasak sikit dari kite orang dewasa ni..karang tak de la cepat terngangaa ehehehe...

ok la itu sahaja dan semoga berjaya...

Page 14: Baju kurung pesak gantung

Pola Kain Lipat Batik..

Pola Kain Belakang

AB - Labuh kainAC - turun 9 inci,buat garis lurus CECE - lilit punggung bahagi 4 + 0.25..buat garis lurus ke atas ED dan ke bawah EF dari titik E

opsss!! cik sue lupe letak tanda untuk titik sebelah D tu untuk pinggang..korang buat la H yer

AH- lilit pinggang bahagi 4 +2.+ 1 ( 1 untuk dat )-Dari titik A turunkan 0.5 dan bentukkan pinggang FG - masukkan 2',bentukkan H,E dan G 

DatSila rujuk rajah atas yer...

Page 15: Baju kurung pesak gantung

Pola Kain Depan

H,H# = ukuran pinggang bahagi 2E,E# = ukuran keliling punggung bahagi 2F,F# = EE#G#,F# = FGA,B = Labuh kain AB=XY

Cara Gunting

Page 16: Baju kurung pesak gantung

pola kain belakang

pola kain depan

Rajah 1Pening sikit erk?..huhuhuhu korang redha je lah ahahahaha....ok ni cara nak potong pola bahagian depan plak..

Page 17: Baju kurung pesak gantung

-memula lipat dulu kain seperti rajah 1...sory senget la pulak lukisan cik sue tuu...dah tu gosok kemas .-kemudian, letak pola yang di potong tadi seperti rajah 2.-Pin kan bahagian-bahagian penting ( C,D,A dan B..ni mesti pin..) dah tu korang boleh tanda basi dan mula memotong...dan lepas tu jangan angkat dulu pola...no..no..no..korang jangan lupa step tandakan garisan ikut pola dengan menggunakan kaedah yang cik sue pernah ajo dulu..ingat?...yg guna kertas surih tu?hermmmm...check kat link bawah ni..

http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/04/buat-bloause-part2.html

then dah ok ikut step ni plak...

-Jahit dat terlebih dahulu kalau anda ada buat dat...kalau pakai getah tak yah laa...-Jahit AB dalam 11 inci ( atau ikut garisan punggung )...AB ni jahit dari permukan luar kain tauu..jahit kemas.-Jahit CD sama seperti AB..CD adalah dari permukaan kain sebelah dalam...-Jahit dari pankal kaki kiri ke tempat bawah zip..- Cantum zip-Cantum kaki sebelah kanan pulak samapai pinggang..-Buat pinggang-Kemasan kaki kain..

## sedikit tambahan dari nota atass...kalau nak pasang pinggang getah ( rujuk pic paling atas ) tak payah bentukkan AH dan tak payah bentukkan pinggang EHHanya perlu garisan AD dan DE..begitu juga dengan pola kain depan..sama juga.

Jahit Tulang Belut

Page 18: Baju kurung pesak gantung

Salam semua....

Akhirnya siap gak tutorial pertama untuk jahitan tangan yang pertama dari saya. Kali ni saya tunjukkan cara2 jahitan tulang belut.

Jahitan tulang belut biasanya dijahit sebagai kemasan pada leher baju kurung. Untuk contoh ini, saya terpaksa menggunakan contoh baju kurung yang saya yg dijahit kemasan mesin sahaja....Maaf la ni aja yg sempat saya jumpa. Malas nak mengeledah baju2 yg saya da mula simpan. Almaklum da pakai uniform ibu2 mengandung ni sekarang. Tapi yg penting saya dapat tunjukkan cara jahitannya. Free jek.

Peringatan, cara jahitan ini sepertimana yang diajar oleh mak saya. Saya takde background secara formal dari mana2 kelas jahitan atau ada apa2 sijil jahitan. So kalau ada saper2 yg rasa2 ada teknik jahitan yg lebih sistematik, saya harap dapat bg komen dan pendapat untuk sama2 kita kongsikan ilmu itu ye.....

Cara2 jahitan tulang belut:-

1) Contoh leher baju yg akan dijahitkan tulang belut.

2) Gunakan selembar benang.

3) Simpulkan hujung benang tersebut seperti dibawah.

Page 19: Baju kurung pesak gantung

4) Cucukkan jarum dibahagian dalam seperti rajah di bawah. 

 5)Tarikkan benang keluar seperti rajah di bawah.

6) Cucuk jarum untuk membentuk sembatan pertama. Pastikan bahagian luar baju menghadap ke arah kita. Tarik jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju tersebut.

Page 20: Baju kurung pesak gantung

7) Terhasillah sembatan pertama seperti di bawah.

8) Cucuk lagi jarum untuk menghasilkan sembatan ke dua. Tarik jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju.

9) Maka terhasil sembatan ke dua seperti di bawah.

Page 21: Baju kurung pesak gantung

10) Cucuk lagi jarum untuk sembatan ke tiga.

11) So dah jadi sembatan ke tiga seperti di bawah.

12) Cucukkan jarum di bawah benang sembatan yang pertama tadi. Tarikkan sehingga benang melepasinya.

Page 22: Baju kurung pesak gantung

13) Hasilnya seperti gambar-gambar di bawah.

-pandangan dari bahagian luar leher baju-

-pandangan dari bahagian dalam leher baju-

14) Cucukkan jarum di sebelah kanan sembatan yang pertama seperti di bawah.

Page 23: Baju kurung pesak gantung

15) Tarikkan jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju seperti di bawah.

16) Cucukkan jarum di sebelah kiri sembatan yang ke tiga seperti di bawah.

17) Tarikkan jarum sehingga benang melepasi bahagian dalam leher baju, seperti gambar di bawah.

Page 24: Baju kurung pesak gantung

18) Cucukkan jarum di bawah benang sembatan yang ke dua tadi.

19) Tarik jarum sehingga benang melepasi bawah sembatan ke dua tersebut.

20) Cucukkan jarum di bawah benang sembatan pertama dan juga benang2 yg berdekatan sembatan pertama, seperti gambar di bawah.

Page 25: Baju kurung pesak gantung

21) Tarikkan jarum sehingga benang melepasi benang2 di sembatan pertama. Pastikan ianya hanya melalui bahagian bawah benang....(tidak menembusi kain, seperti gambar di bawah).

22) Ulangi langkah-langkah no. 16 hingga 21...iaitu dengan cucukkan semula jarum di sebelah sembatan yang terakhir tadi (langkah no.16 dan ikut semula langkah2 seterusnya iaitu no.17 hingga 21)

-langkah no.16 tadi, cucukkan jarum di sebelah sembatan yg paling akhir, di kiri sekali...dan

Page 26: Baju kurung pesak gantung

teruskan langkah no.17 hingga no.21-

Ulang-ulangkan semua langkah2 di atas sehingga jahitan lengkap keseluruh bahagian leher baju.So, begitulah cara-cara jahitan tulang belut. Saya harap sgt2 nota ini dapat membantu kawan2 untuk belajar teknik jahitan ini. Maaf la gaya bahasa yang agak tak tersusun...dan gambar2 kalau tak jelas sgt yek.....    ;)

So, bertemu lagi untuk nota-nota jahitan yang lain. Insya Allah...