contoh surat big

4
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Peti Surat 2, 89207 Tuaran, Sabah, Malaysia. 24 September 2012 Tuan, MOHON KEBENARAN UNTUK MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN DAN PERKHIDMATAN BAS Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Pengajian Pemulihan Masalah Pembelajaran Semester 6 Institut Pendidikan _____________ memohon untuk menginap di kolej kediaman dan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan bagi mengadakan lawatan penanda aras bagi memenuhi keperluan Program Bina Insan Guru (BIG) di Sekolah Kebangsaan Luyang, Kota Kinabalu. Lawatan tersebut dicadangkan seperti butiran berikut:- Tarikh : 18 Oktober 2012 Masa : 0900 hingga 1600 Tempat : Sekolah Kebangsaan Luyang, Kota Kinabalu Jumlah peserta : 20 orang (termasuk dua orang pensyarah pengiring) 3. Sehubungan dengan itu, tentatif program berkenaan dilampirkan untuk makluman pihak tuan. Maklumat lanjut berkenaan program di atas, pihak tuan boleh berhubung terus dengan Encik ________ (Pensyarah Pembimbing) di talian 019-4444444.

Upload: shasa-asro

Post on 30-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Contoh surat BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh surat BIG

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Peti Surat 2,

89207 Tuaran,

Sabah, Malaysia. 24 September 2012

Tuan,

MOHON KEBENARAN UNTUK MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN DAN PERKHIDMATAN BAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Pengajian Pemulihan Masalah Pembelajaran Semester 6 Institut Pendidikan _____________ memohon untuk menginap di kolej kediaman dan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan bagi mengadakan lawatan penanda aras bagi memenuhi keperluan Program Bina Insan Guru (BIG) di Sekolah Kebangsaan Luyang, Kota Kinabalu. Lawatan tersebut dicadangkan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 18 Oktober 2012

Masa : 0900 hingga 1600

Tempat : Sekolah Kebangsaan Luyang, Kota Kinabalu

Jumlah peserta : 20 orang (termasuk dua orang pensyarah pengiring)

3. Sehubungan dengan itu, tentatif program berkenaan dilampirkan untuk makluman pihak tuan. Maklumat lanjut berkenaan program di atas, pihak tuan boleh berhubung terus dengan Encik ________ (Pensyarah Pembimbing) di talian 019-4444444.

4. Justeru itu, adalah diharapkan permohonan di atas mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Atas segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Contoh surat BIG

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(________________)

Pengarah

Institut Pendidikan Guru __________.

s.k. 1. Ketua Unit Kokurikulum, IPG __________.

Page 3: Contoh surat BIG

TENTATIF PROGRAM BAGI AKTIVITI PENANDA ARAS BAGI PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 6

Tarikh Aktiviti

17 Oktober 2012

(Rabu)

(1) Peserta berangkat dari lapangan terbang

Miri menuju ke Kota Kinabalu.

(2) Bas dari IPGK Gaya akan menjemput di

lapangan terbang Kota Kinabalu.

(3) Peserta akan menginap di kolej kediaman

IPGK Gaya.

18 Oktober 2012

(Khamis)

(1) Peserta akan bertolak ke SK Luyang untuk

menjalankan aktiviti penanda aras.

(2) Bas dari IPGK Gaya akan menghantar

peserta ke SK Luyang.

19 Oktober 2012

(Jumaat)

(1) Peserta akan berangkat balik dari Kota

Kinabalu ke Miri.