contoh soalan psv 3104 2012

Upload: ilyana-mohamed

Post on 21-Jul-2015

4.651 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A ( 20 MARKAH ) Jawab semua soalan. 1. Pendidikan Seni Visual KBSR merujuk kepada seni tampak yang mana penghasilnya besifat 2 Dimensi dan 3 Dimensi. Pilih Pernyataan yang salah tentang konsep Seni Visual. A) Proses penyataan idea dan ekspresi diri B) Satu kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual C) Merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, seni mempertahankan diri dan lain-lain D) Tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, seni mempertahankan diri dan lain-lain 2. Proses transformasi kurikulum sekolah bermula sejak selepas merdeka sehinggalah sekarang. Pada tahun berapakah Kurikulum Standard Sekolah Rendah mula dilaksanakan A) 1983 B) 1993 C) 2003 D) 2011 3. Apakah yang dimaksudkan dengan pengayaan dalam konsep 5P Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah? A) Mendedahkan konsep nilai-nilai murni melalui aktiviti lanjutan B) Memberi pendedahan pelbagai kemahiran dalam penggunaan alat dan bahan C) Menyerapkan nilai tambah dalam pelbagai mata pelajaran selain Pendidikan Seni Visual D) Menggalakkan aktiviti tambahan untuk tujuan membekalkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Seni Visual

4. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi asas pemupukan seni visual. Organisasi kurikulum pendidikan merangkumi? A) Sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional dan Asas Seni Reka dalam seni visual B) Pembuatan hasil seni,penyimpanan maklumat atau dokumentasi dan aplikasi seni digital dalam kerja seni C)Empat bidang utama iaitu menggambar, membuat corak atau rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tangan tradisional D) Perkembangan peringkat persediaan dan penerimaan murid dari segi sosioekonomi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan dan koordinasi manipulasi dan persepsi seni visual 5. Pada langkah set induksi pengajaran bidang mengambar, Cikgu Osman mempamerkan beberapa gambar landskap kepada murid-muridnya. Beliau menyuruh murid-muridnya mengklasifikasikan jenis warna yang terdapat dalam landskap tersebut. Antara berikut yang manakah matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang telah diaplikasikan? A) Melahirkan insan yang kreatif B) Melahirkan insan yang kreatif C) Melahirkan insan yang produktif D) Melahirkan insan yang harmonis 6. Strategi P&P PSV murid tahap satu memperkenalkan konsep asas seni visual Tujuan Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk A) pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid B) memudahkan guru merancang p&p dengan lebih berkesan C) melatih murid membuat analisis, pembelajarannya untuk faedah diri sendiri sintesis dan refleksi terhadap ialah sekadar mendedahkan dan

D) memaparkan aktiviti yang sesuai yang boleh dijalankan dalam p&p PSV mengikut bidang tertentu

7. Bahan yang paling sesuai untuk aktiviti menggambar, murid Tahap 1 ialah? A) Mudah didapati dan senang dibawa B) Bahan basah dan tidak merbahaya C) Bahan kering dan tidak merbahaya D) Bahan kering dan bahan basah yang tidak merbahaya

8. Di antara objektif p&p PSV murid tahap 2 ialah merekod dan mengumpul maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan folio. A) Pengajaran dan Pembelajaran ICT B) Pengajaran dan Pembelajaran Akses Kendiri C) Pengajaran dan Pembelajaran Visual Ruang D) Pengajaran dan Pembelajaran Inkuiri Penemuan

9. Ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang guru PSV ialah A) pemerhati, pengkritik dan pembimbing B) pemudah cara, pembimbing dan pengkritik C) perancang, pengkaji, penyelidik dan pengerak D) pengurus, pembimbing, pemudah cara dan motivator

10. Sebagai pemudahcara, guru pendidikan seni mestilah A) mengetahui cara mengelolakan kelas B) memberi bimbingan yang berkesan kepada murid C) merancang dan membantu pelajar dalam setiap aktiviti D) merancang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang psikologi

11. Antara tujuan aktiviti kumpulan ialah memudahkan guru melakukan pemulihan dan menerapkan nilai kerjasama di antara murid. Apakah pendekatan yang sesuai untuk menerapkan nilai kerjasama melalui aktiviti individu? A) Memasangkan murid cerdas dengan murid lemah B) Membahagikan murid ikut tahap pencapaian mereka C) Guru memberi tunjuk ajar individu kepada murid yang lemah D) Menggalakan murid membuat penilaian kendiri untuk melihat tahap pencapaian kendiri 12. Terdapat kes di mana berlaku keracunan atau kemalangan di dalam bengkel PSV atau kelas sewaktu P&P sedang berlangsung dan hal sebegini secara tidak langsung akan menjejaskan reputasi guru seni. Penyataan manakah paling tepat mengenai panduan keselamatan bengkel PSV? A) Penggunaan bengkel seni mestilah mendapat kebenaran daripada pihak guru besar B) Murid tidak dibenarkan menggunakan bengkel Seni Visual tanpa guru ada bersama C) Murid tidak dibenarkan menggunakan bengkel Seni Visual dengan pengawasan pengawas sekolah D) Murid tidak dibenarkan menggunakan bengkel Seni Visual tanpa kebenaran bertulis guru panitia Pendidikan Seni.

13. Suasana dalam bilik PSV seharusnya menjadi daya penarik dan sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan seluruh warga sekolah dan pelawat. Pengurusan bilik PSV mestilah persekitarannya A) memberi makna kepada murid B) ceria dan menitikberatkan nilai-nilai estetika C) merangsang deria memberikan tenaga untuk minda D) selesa dan kondusif serta memudahkan murid berkarya

14. Strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksanakan untuk meningkatkan P&P Berikut adalah strategi yang boleh meningkatkan P&P i. P&P yang berkualiti hanya boleh dijalankan di dalam bilik darjah ii. Kaedah pembelajaran secara penerokaan bagi mebantu perkembangan kreatif pelajar iii. Kaedah belajar sambil bermain boleh menghilangkan rasa bosan iv. Kaedah imitasi boleh membantu mempertingkatkan daya ingatan dan kreativiti muird A) I dan II B) III dan IV C) I, II, dan IV D) II, III, dan IV

15. Dua pendekatan Apresiasi Seni yang dikategorikan oleh John A. Michael dalam bukunya Art and Adolescenser ialah pendekatan secara A) logik dan psikologi B) logik dan hipotesis C) analisis dan sintesis D) pemerhatian dan analisis

16. Antara berikut adalah ciri-ciri bbm yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P PSV kecuali A) berkaitan denga tajuk mata pelajaran B) sesuai dengan saiz kumpulan yang diajar C) sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancangkan D) kukuh dan berkualiti serta boleh digunakan sampai bila-bila

17. Manakah antara berikut yang dilakukan oleh guru PSV untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif? A) Menentikan susun atur perabot B) Menyediakan jadual sewaktu bertugas C) Menentukan ilustrasi pelan bilik seni D) Menyediakan peraturan-peraturan ketika di bilik seni

18. Pengurusan alat dan bahan yang terdapat dalam bilik seni perlu mematuhi beberapa prosedur. Antara berikut manakah jawapan yang paling tepat? A) Buat inventori dalam buku stok B) Sediakan senarai alat dan bahan C) Menyediakan perolehan alat dan bahan daripada pembekal D) Mengisi dan melengkapkan buku rekod keluar masuk alat dan bahan

19. Aktiviti di luar bilik darjah penting diwujudkan kerana murid i. bebas meneroka ii. mempunyai pelbagai sumber idea iii. dapat menghargai alam ciptaan Tuhan iv. bebas berfikir dalam keadaan selesa dan tenang A) I, II dan III B) I, III dan IV C) II, III dan IV D) I, II, III dan IV

20. Meluahkan perasaan secara spontan seperti pernyataan suka, menarik dan benci Berdasarkan pernyataan di atas manakah yang bertepatan dengan kaedah melihat seni berikut? A) Elektif B) Normistik C) Organistik D) Hedonistik

BAHAGIAN B Jawab semua soalan. 1. Organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan empat aspek tersebut. i. ................................................................................................................................. ..................................................................................................................... ii. ................................................................................................................................. ..................................................................................................................... iii. ................................................................................................................................. ..................................................................................................................... iv. ................................................................................................................................. ..................................................................................................................... (10 markah)

2. a) Apakah yang dimaksudkan Penggabungjalinan Kemahiran dalam konsep 5P Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah? ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................... ( 4 markah)

b) Nyatakan dan huraian dua jenis Pendekatan Bertema i) ............................................................................................................................ Huraian: ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................... ii) ............................................................................................................................ Huraian: ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................... ( 6 markah)

3. Nyatakan perbezaan Aras 1 bagi Tahun 4 dan Tahun 6 dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan i) Aras 1 Tahun 4: ................................................................................................. ............................................................................................................................... ............................................................................................................................... ............................................................................................................................... ii) Aras 1 Tahun 6: ............................................................................................... ............................................................................................................................. .............................................................................................................................. ............................................................................................................................. ( 10 markah) 4. Huraikan tiga teknik dalam menghasilkan Kraf Tradisional Tembikar. i) Teknik : .......................................................................................................... Huraian : ........................................................................................................... ........................................................................................................................... ........................................................................................................................... ii) Teknik: .......................................................................................................... Huraian: ............................................................................................................ .......................................................................................................................... .......................................................................................................................... iii) Teknik: ........................................................................................................ Huraian: ........................................................................................................... .......................................................................................................................... .......................................................................................................................... ( 6 markah )

b) Huraikan dua peranan utama guru Pendidikan Seni Visual yang boleh membantu meningkatkan minat, imaginasi dan kreativiti murid. i. ................................................................................................................................ ................................................................................................................................... ...................................................................................................................................

ii. .............................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................ ( 4 markah ) BAHAGIAN C Jawab semua soalan. 1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan lebih menyeronokkan jika bahan sumber dapat diaplikasikan secara optimum. Huraikan lima tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta prosedur-prosedur menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti Pendidikan Seni Visual. ( 20 markah ) 2. Pengurusan bilik seni melibatkan perkara-perkara seperti susun atur perabot, panduan keselamatan, etika, inventori dan penyimpanan. a) Bincangkan bagaimana guru dapat menentukan stok dan bahan dikawal dengan baik bagi memudahkan pembelajaran. b) Berdasarkan perkara di atas, cadangkan lima cara guru boleh memupuk minat mematuhi etika dan keselamatan ketika berada dalam bilik seni. ( 20 markah ) 3. Pameran hasil karya murid merupakan salah satu daripada strategi meningkatkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan mereka.

Beri cadangan strategi yang sesuai bagi mempamerkan hasil karya murid dalam bentuk: a) dua dimensi b) tiga dimensi ( 20 markah )