contoh skrip pengacaraan majlis penyampaian sijil dan hadiah

Upload: fen-abu

Post on 17-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SKRP

TRANSCRIPT

CONTOH SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

1. cue :Apabila Puan Mastiah bt Munir Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu muncul di pintu masuk .

Ann : Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mastiah Bt Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu.

cue :Apabila suasana sudah tenteran, kaset lagu Negaraku dimainkan.

Ann : Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.2. cue :Apabila PPG sudah duduk dengan selesa dan sudah menerima buku program.

Ann : Bismillah Assalamualaikum wbkt Selamat pagi dan salam sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu

Yang Berusaha, Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang

Yang dihormati, Puan Cheng Sai Leng Yang Dipertua PertsatuanIbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang

Guru-guru, ibu bapa, para pelajar, hadirin-hadirat yang dihormati.

Selamat datang ke majlis penyampaian hadiah dan sijil Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir. Sesungguhnya majlis ini diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada murid-murid yang telah berjaya mengharungi pendidikan sekolah rendah dan akan melangkah kaki ke sekolah menengah.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zakirin Bin Zakaria untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

3. cue :Selesai bacaan doa.

Ann : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

4. cue :Apabila Guru Besar sudah bersedia..

Ann : Adat berbahasa menyampaikan pesan. Adat upacaraMenyampaikan ucapan aluan.

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan PinangSebatang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segalahormatnya dipersilakan.

5. cue :Apabila Puan Piot Edward selesai menyampaikan ucapan

Ann : Untaian madah kata aluan, untaian ingatan sepanjang zaman. Terima kasih Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang.

6. cue :Apabila Yang Dipertua PIBG sudah bersedia

Ann : Hadirin yang dihormati, meneruskan majlis kita pada pagiini,dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Cheng Seng Lai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah KebangsaanPinang Sebatang untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

7. cue :Apabila YDP PIBG selesai menyampaikan ucapan..

Ann : Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Cheng Sai Leng

8. cue :Apabila Puan Mastiah, PPG sudah bersedia.

Ann : Terbang tinggi burung merpati terbang melayang melewati awan tetamu kehormat sudah menanti untuk berucap penuh wawasan

Untuk itu, majlis dengan hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt Munir, Pegawai Pelajaran

Gabungan Bintulu untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan penuh hormat dipersilakan.

9. cue :Selesai sahaja ucapan Puan Mastiah.

Ann : Bunga selasih dibuat minyak Dijual biduan di tepi lorong Terima kasih banyak-banyak Amanat puan jadi pendorong

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Mastiah bt Munirdi atas amanat yang penuh hemat dan perangsang tadi.

10. cue :Apabila juruteknik sudah bersedia di sisi laptop.

Ann : Hadirin hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untuk kita menonton `slide show aktiviti sepanjang tahun SekolahKebangsaanPinangSebatang. Sama-sama kita saksikan

11. cue :Selesai sahaja slide show..

Ann : Begitulah tadi eratnya kerjasama antara guru, pihak Persatuan IbuBapa Guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang tak ubah seperti paku melekat di papan.12. cue :Apabila AJK Hadiah dan Sijil sudah bersedia..

Ann : Hadirin dan hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untukkita menyaksikan para pelajar menerima hadiah sebagai tanda kejayaan yang dikecapi pada tahun ini.Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan hadiah.

13. cue :Apabila GB sudah naik ke pentas..

Ann : Dari Tahun 1 Dahlia, tempat pertama, adik Nicholas ak Nanti, tempat kedua, adik Sharifah Aminah bt Syed Jamal dan tempatketiga, adik Siti Hajar bt Raduan.

Dari Tahun 2 Dahlia, 1- adik Noreen Noor 2 adik Felix Agus 3 adik Idayu Abd Rahman

Dari Tahun 3 Dahlia, 1 adik Amylea Zainuddin 2 adik Eleena Natasha 3 adik Zulkifli Badang

Dari Tahun 4 Dahlia, 1 adik Agnes Muli 2 adik Mirang Agus 3 adik Tambi ak Gong

Dari Tahun 5 Dahlia, 1 adik Farah Fauzana 2 adik Eddy Feireira 3 adik Jackson Jambul

Dari Tahun 6 Dahlia, 1 adik Mawi b. Abdullah 2 adik Dayang Nurfaiza 3 adik Camelia

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Piot Edward.

13. cue :Apabila pelajar ( yang membuat persembahan tarian ) sudah bersedia..

Ann : Hadirin yang dihormati. Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh kumpulan Sendayu Tinggi. Terimalah Ngajat Tampi..

14. cue :Apabila kumpulan tarian sudah bergerak ke dalam

Ann : Demikian tadi persembahan Ngajat Tampi oleh kumpulan Sendayu Tinggi. Kumpulan tarian itu tadi di bawah bimbingan Puan Jacqueline dan Puan Evelin.

15. cue :Apabila AJk Hadiah dan Sijil sudah bersedia

Ann : Hadirin yang dihormati. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori mata pelajaran terbaik.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan ChengSai Lai Yang DiPertua Persatuan IbuBapa Guru Sekolah KebangsaanPinang Sebatang untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.16. cue :Apabila YDP sudah naik ke pentas

Ann : Dari Tahun 1 Dahlia, pelajar terbaik bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik disandang oleh adik Nicholas ak Nanti.

Dari Tahun 6 Dahlia, pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di sandang oleh adik Mawi b. Abdullah

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Cheng Sai Leng

17. cue :Apabila kumpulan Boria sudah sedia di pentas

Ann : Seri Andalas nama diberi Cukup cantik nampak berseri Kumpulan Boria sudah menanti Untuk persembahan penuh bererti

Hadirin yang dihormati terimalah persembahan boria dari Kumpulan Seri Andalas. Dipersilakan..

18. cue :Apabila kumpulan boria sudah masuk ke belakang

Ann : Demikian tadi persembahan boria di bawah pimpinan Encik Fauzi Marzuki. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

19. cue :Apabila AJK Hadiah dan Sijil sudah bersedia..

Ann : Hadirin-hadirat yang dihormati. Tiba masanya kita ke acara kemuncak kategori pelajar contoh 2006.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang dan Yang DihormatiYang DiPertua Persatuan IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan PinangSebatang untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia, PuanMastiah Bt. Munir untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajarcontoh.

20. cue :Apabila GB dan PPG sudah naik ke pentas.

Ann : Kategori pelajar contoh bagi pelajar lelaki disandang oleh adik Mawi Abdullah dari Tahun 6 Dahlia.

Kategori pelajar contoh bagi pelajar perempuan disandang oleh adik Erra Fazira dari Tahun 6 Dahlia

21. cue :Sebelum PPG turun dari pentas

Ann : Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward, Guru BesarSekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Puan Mastiah bt Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu. Dengan segala hormatnya dipersilakan

22. cue :Setelah PPG menerima cenderamata.

Ann : Majlis sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Mastiah kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Piot Edward GB SK Pinang Sebatang untuk menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia dan tetamu jemputan untuk menikmati jamuan ringan di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Dengan segalahormatnya dipersilakan.

23. cue :Apabila tetamu sudah berlalu..

Ann :ParaGuru, Ibu bapa dan murid-murid dipersilakan untuk menjamu selera di dewan makan Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang. Dengansegala hormatnya dipersilakan.

Adalah dimaklumkan, AJK Peralatan untuk kembali semula ke dewan untuk mengemaskan segala peralatan yang telah digunakan. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.