contoh rubrik psv

Upload: sahrul-hafizi

Post on 08-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rubrik psv

TRANSCRIPT

Contoh rubrik psv1. 1. RUBRIK DUNIA SENI VISUAL AKTIVITI BIDANG MENGGAMBAR ( LUKISAN ) RUBRIK PEMARKAHAN ULASAN KRITIS GRED SKALA 100 MARKAH DESKRIPTOR AMAT CEMERLANG (A+) 91 HINGGA100 PERSEPSI ESTETIK (Mengenal, memahami, menyatakan dan membuat persepsi dengan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya lukisan). - Murid- murid amat berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu karya yang tepat, relevan dan terperinci tentang unsur-unsur seni (seperti garisan, rupa, ruang, warna, bentuk dan jalinan) dalam hasil karya lukisan mereka. - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu karya yang tepat, relevan dan terperinci tentang berkenaan prinsip-prinsip rekaan (seperti kepelbagaian, penegasan, pengulangan, kesatuan, imbangan, harmoni dan kontra) dalam penghasilan karya lukisan mereka. APLIKASI SENI (Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya lukisan) - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam menggunakan unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam lukisan mereka.2. 2.- Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam menggunakan prinsip rekaan (seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian) yang diperlukan dalam karya lukisan mereka. - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam mengenal dan mengetahui jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan. - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan keupayaan dalam mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya lukisan mereka. ( rujuk teknik lukisan/garisan) contoh teknik - silang pangkah (cross hatching), garisan lurus, garisan putus-putus, garisan berlingkar dan sebagainya. EKSPRESI KREATIF (Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan) - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam memilih dan memanipulasi pelbagai bahan secara kreatif dalam karya. - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan. - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan kreativiti dalam hasil karya lukisan mereka. - Murid-murid amat berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan daya inovasi, eksplorasi atau sikap meneroka dalam karya mereka.3. 3.APRESIASI SENI (Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya) - Murid amat berjaya dan cemerlang dalam membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual :- - Mempamerkan karya yang dihasilkan dengan kemas dan amat cemerlang. - Petah menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. - Menunjukkan sikap sangat menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.4. 4.CEMERLANG (A, A-) 79 HINGGA 90 PERSEPSI ESTETIK (Mengenal, memahami, menyatakan dan membuat persepsi dengan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya lukisan). - Murid- murid berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan relevan berkenaan unsur-unsur seni (seperti garisan, rupa, ruang, warna, bentuk dan jalinan) dalam hasi karya lukisan mereka. - Murid-murid berjaya dan cemerlang menunjukkan pemahaman yang tepat dan relevan berkenaan prinsip-prinsip rekaan (seperti kepelbagaian, penegasan, pengulangan, kesatuan, imbangan, harmoni dan kontra) dalam penghasilan karya lukisan mereka. APLIKASI SENI (Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya lukisan) (Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya lukisan) - Murid-murid berjaya dan cemerlang dalam menggunakan unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam karya lukisan mereka. - Murid-murid berjaya dan cemerlang dalam menggunakan prinsip rekaan (seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian) yang diperlukan dalam karya lukisan mereka.5. 5.- Murid-murid berjaya dan cemerlang dalam mengenal dan mengetahui jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan. - Murid-murid menunjukkan keupayaan yang berjaya dan cemerlang dalam mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya mereka. ( rujuk teknik lukisan/garisan) contoh teknik - silang pangkah (cross hatching). EKSPRESI KREATIF (Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan) - Murid-murid berjaya dan cemerlang dalam memilih dan memanipulasi pelbagai bahan secara kreatif dalam karya. - Murid-murid berjaya dan cemerlang dalam menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan. - Murid murid berjaya menunjukkan kreativiti yang dalam hasil karya mereka. - Murid-murid berjaya menunjukkan daya daya inovasi, eksplorasi atau meneroka dalam karya mereka.6. 6.APRESIASI SENI (Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya) - Murid berjaya dan cemerlang dalam membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual :- - Mempamerkan karya yang dihasilkan dengan kemas. - Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. - Menunjukkan sikap menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.7. 7.KEPUJIAN (B+ / B dan B-) 65 HINGGA 78 PERSEPSI ESTETIK (Mengenal, memahami, menyatakan dan membuat persepsi dengan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya lukisan). - Murid-murid boleh mempamerkan satu pemahaman yang baik tentang unsur-unsur seni (seperti garisan, rupa, ruang, warna, bentuk dan jalinan) dalam hasil karya lukisan mereka. - Murid-murid boleh menunjukkan pemahaman namun terdapat beberapa kekeliruan berkenaan prinsip-prinsip rekaan (seperti kepelbagaian, penegasan, pengulangan, kesatuan, imbangan, harmoni dan kontra) dalam penghasilan karya lukisan mereka. APLIKASI SENI (Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya lukisan) - Murid-murid boleh mengaplikasikan beberapa unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam lukisan mereka, namun masih terdapat kekurangan atau kelemahan. - Murid-murid boleh mengaplikasikan beberapa prinsip rekaan seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian yang diperlukan dalam karya lukisan mereka, namun masih terdapat kekurangan atau kelemahan. - Murid-murid boleh mengenal dan mengetahui jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan.8. 8.- Murid-murid menunjukkan keupayaan yang boleh mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya mereka, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan. ( rujuk teknik lukisan/garisan) contoh teknik - silang pangkah (cross hatching) EKSPRESI KREATIF (Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan) - Murid-murid boleh memilih dan memanipulasi pelbagai bahan secara kreatif, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan. - Murid-murid boleh menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan. - Murid murid berusaha menunjukkan kreativiti dalam hasil karya mereka. - Murid-murid berusaha menunjukkan daya daya inovasi, eksplorasi atau meneroka dalam karya mereka. APRESIASI SENI (Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya) - Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual, namun masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan.9. 9.- Boleh mempamerkan karya yang dihasilkan. - Boleh menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya dengan ayat yang mudah dan ringkas. - Boleh menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.10. 10.LULUS (C+ / C/ C- ) 40 - 64 PERSEPSI ESTETIK (Mengenal, memahami, menyatakan dan membuat persepsi dengan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya lukisan). - Murid- murid boleh mempamerkan satu pemahaman yang agak cukup dan relevan tentang unsur-unsur seni (seperti garisan, rupa, ruang, warna, bentuk dan jalinan) dalam hasil karya lukisan mereka. - Murid-murid boleh menunjukkan pemahaman namun terdapat banyak kekeliruan berkenaan prinsip-prinsip rekaan (seperti kepelbagaian, penegasan, pengulangan, kesatuan, imbangan, harmoni dan kontra) dalam penghasilan karya lukisan mereka. APLIKASI SENI ((Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya lukisan) - Murid-murid hanya mampu mengaplikasikan sebilangan kecil unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam lukisan mereka, namun masih terdapat banyak kekurangan atau kelemahan. - Murid-murid hanya mampu mengaplikasikan sebilangan kecil prinsip rekaan seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian yang diperlukan dalam karya lukisan mereka, namun terdapat banyak kekurangan atau kelemahan.11. 11.- Murid-murid hanya mengenal dan mengetahui sebilangan kecil jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan. - Murid-murid menunjukkan sedikit keupayaan dalam mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya mereka, namun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. ( rujuk teknik lukisan/garisan) contoh teknik - silang pangkah (cross hatching) EKSPRESI KREATIF (Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan) - Murid-murid boleh memilih dan memanipulasi pelbagai bahan secara karya, namun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. - Murid-murid boleh menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan, namun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. - Murid murid berusaha menunjukkan kreativiti yang dalam hasil karya mereka. - Murid-murid berusaha menunjukkan daya daya inovasi, eksplorasi atau meneroka dalam karya mereka12. 12.APRESIASI SENI (Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya) - Murid boleh membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual, namun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. - Boleh mempamerkan karya yang dihasilkan. - Boleh menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya dengan ayat yang Mudah dan ringkas. - Boleh menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.13. 13.GAGAL E 39 hingga 0 PERSEPSI ESTETIK (Mengenal, memahami, menyatakan dan membuat persepsi dengan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya lukisan). - Murid- murid gagal mempamerkan pemahaman yang tentang unsur-unsur seni (seperti garisan, rupa, ruang, warna, bentuk dan jalinan) dalam hasil karya mereka. - Murid-murid gagal menunjukkan pemahaman berkenaan prinsip-prinsip rekaan (seperti kepelbagaian, penegasan, pengulangan, kesatuan, imbangan, harmoni dan kontra) dalam penghasilan karya lukisan mereka. APLIKASI SENI (Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya lukisan) - Murid-murid gagal menghubungkait dan mengaplikasikan unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam lukisan mereka. - Murid-murid gagal menghubungkait dan mengaplikasikan prinsip rekaan seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian yang diperlukan dalam karya lukisan mereka. - Murid-murid gagal mengenal dan mengetahui jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan.14. 14.- Murid-murid gagal menunjukkan keupayaan dalam mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya mereka. EKSPRESI KREATIF (Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan lukisan) - Murid-murid gagal memilih dan memanipulasi pelbagai bahan secara karya. - Murid-murid gagal menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan. - Murid-murid gagal menunjukkan kreativiti yang dalam hasil karya mereka. - Murid-murid tidak berjaya menunjukkan daya daya inovasi, eksplorasi atau meneroka dalam karya mereka.15. 15.APRESIASI SENI (Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya) - Murid gagal dalam membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. - - Tidak mempamerkan karya yang dihasilkan. - Gagal menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya . - Tidak menghargai dan gagal menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.