contoh rph p. moral t4 tanggungjawab

Upload: josephine-elbrina

Post on 11-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph moral

TRANSCRIPT

CONTOH RPH PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

Kelas: 4 CerdikMasa: 8.30 9.30 pagiNilai Utama: BertanggungjawabNilai sampingan : Kerajinan, baik hati dan bekerjasama.Tajuk : Kami BertanggungjawabStandard Kandungan: melaksanakan tanggungjawab sebagai jiranStandard Pembelajaran: 3.1.1, 3.1.3 dan 3.1.4Objektif Pembelajaran (OP): Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;Kognitif: Menjelaskan sekurang-kurangnya dua peranan sebagai jiran melalui aktiviti yang dijalankan. Afektif: Menyedari peranan sebagai jiran apabila melakukan aktiviti bersama jiran.Psikomotor: Mempraktikkan peranan sebagai jiran.EMK: TMKBbm: Komputer riba, lcd projektor, sampah, bakul sampah, gambar, video dan telefon.Penilaian:

LANGKAH PDP

LANGKAH/MASAAKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP)CATATAN

Set Induksi(5 minit)

Murid mengutip sampah di dalam kelas dan membuang ke dalam bakul sampah. Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan dipelajari.

BBM: Sampah, Bakul sampah.

Langkah 1(8 minit) Guru memaparkan gambar tentang membantu jiran yang kesusahan. Guru bersoal jawab dan menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari.

Contoh soalan:1. Siapa dapat menjelaskan maksud nilai tersebut?

BBM: Gambar/LCD

Langkah 2(10 minit) Guru menunjukkan tayangan video berkaitan tajuk. Guru bersoal jawab dengan murid tentang paparan video tersebut untuk menjana idea murid. (berkaitan nilai / aktiviti)

CONTOH SOALAN:

1. Apakah yang kamu dapat lihat melalui tayangan video sebentar tadi?2. Apakah aktiviti yang dilakukan?3. Apakah nilai yang diamalkan di dalam aktiviti tersebut?

BBM: Video/LCD

EMK: TMK

OP : K

Langkah 3(25 minit) Guru memberi penerangan dan arahan berkaitan aktiviti (simulasi) mengikut kumpulan. Contoh Aktiviti: Kejadian rumah jiran dimasuki pencuri. (beramah mesra dengan jiran / jiran meninggalkan pesanan supaya menjaga rumahnya sepanjang mereka tiada di rumah / pencuri pecah masuk rumah / menghubungi pihak polis)

Murid menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru membuat pentaksiran/penilaian

BBM: Telefon

OP : P

Pentaksiran:

Langkah 4(7 minit) Guru dan murid membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan.

CONTOH SOALAN 1. Apakah yang telah kamu lakukan bersama- sama kawan?2. Bagaimanakah perasaan kamu selepas melakukan aktiviti?3. Apakah nilai yang telah kamu pelajari pada hari ini?

(Penerapan nilai-nilai dan perasaan)

OP - K / A

Penutup/ Rumusan:(5 minit)

Soal jawab tentang PDP/nilai yang telah dipelajari pada hari ini. Nasihat.