contoh rph linus 1
TRANSCRIPT
CONTOH RPH LINUSRANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Kelas :Masa :Mata Pelajaran :
Kandungan Impak/Catatan
Bahasa Melayu Tajuk : Kem 4 - Suku Kata KV
Objektif : Murid-murid boleh mengenal , mengeja dan membina suku kata KV.
Aktiviti :
Meminta murid membunyikan suku kata KV berdasarkan carta suku kata pada ( MSP).
Guru mempamerkan kad suku kata kepada murid dan mengeja suku kata tersebut secara rawak.
Murid mengulangi mengeja suku kata tersebut secara kumpulan dan individu. 4. Murid menyebut dan mengeja suku kata awal KV berdasarkan gambar.
Permainan - “Kotak Ajaib” Lembaran kerja: Kump A - bina suku kata berdasarkan huruf yang diberi. Kump. B – warnakan suku kata awal berdasarkan gambar. Kump. C – padankan suku kata yang sama. Mempamerkan dan membuat rumusan
hasil kerja murid.
BBM : Carta suku kata (MS PowerPoint) Kad suku kata Kad gambar Lembaran kerja.
Permainan Bahasa
Nama Permainan : Kotak Ajaib
Objektif : Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata
berdasarkan kad suku kata.
Bahan : Kad suku kata Kotak Ajaib
Cara menjalankan permainan.
Pelajar berkumpul dalam satu bulatan.
Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi
muzik.
Muzik akan dihentikan. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa
muzik berhenti akan diberi peluang untuk menjawab soalan
Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak
Ajaib dan menjawab soalan iaitu mengeja dan membunyikan suku kata.
Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di
beri. (Lihat Lampiran)
Langkah yang sama diulang sehingga selesai permainan.
Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran.
Lampiran
Isikan Suku Kata
Permainan Bahasa
Nama Permainan : Cari Saya
Objektif : Murid boleh mencari kad suku kata KV yang disebut oleh guru.Bahan : Kad suku kata.
Cara menjalankan permainan
Murid berkumpul di suatu lapang di dalam kelas.
Kad-kad suku kata KV akan diletakkan di hadapan murid.
Guru menyebut suku kata dan murid mencari kad suku kata tersebut.
Apabila murid dapat mencari kad suku kata yang disebut, murid
tersebut akan mengulang membunyikan suku kata secara kuat kepada ralkan-
rakan lain.
Permainan akan diteruskan mengikut giliran.
Murid yang dapat mencari kad yang sama akan diberi ganjaran.