contoh rph kemahiran lakonan (didik hibur)

Upload: mohd-hilmi-mohd-noor

Post on 14-Apr-2018

427 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Contoh RPH kemahiran lakonan (didik hibur)

    1/5

    Rangcangan Pengajaran Harian Lakonan

    Hari : Rabu Tarikh : 27.10.2010

    Kelas : 2 Bestari Masa : 10.10 11.30 pagi

    Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kemahiran : Lakonan

    Tema : Cerita dan Teladan Tajuk : Cintai Alam Sekitar

    Langkah Aktiviti Catatan

    Set induksi (5minit) 1. Guru memperdengarkan bunyi .2. Murid mendengar dan meneka bunyi tersebut.3. Guru dan murid bersoal jawab tentang bunyi

    tersebut.

    Rakaman bunyi air sungai

    yang mengalir.

    Langkah 1 (10 minit) 1. Guru mempamerkan gambar sungai yangbersih dan sungai yang kotor.

    2. Murid membezakan gambar danmenceritakan apa yang terdapat pada gambar

    tersebut.

    Gambar

    Sungai bersih Sungai tercemar

    Langkah 2 (30 minit) 1. Guru mengedarkan dialog dan topeng kepadabeberapa orang murid yang telah dipilih oleh

    guru.

    2. Murid melakonkan watak-watak yang diberiberdasarkan dialog dengan bantuan guru.

    Dialog

    Topeng

    Langkah 3 ( 15 minit ) 1. Guru membentuk 8 kumpulan.2. Murid diminta menyatakan nilai murni yang

    boleh di dapati daripada sesi lakonan.

    3. Murid diminta menyenaraikan kesan daripadapencemaran sungai yang kotor.

    Manila kad / kertas A4

    Langkah 4 ( 15 minit ) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid menyiapkan lembaran kerja yang

    diedarkan.

    Lembaran kerja

    Penutup (10 minit) 1. Guru menayangkan lagu Tabiat Tak Pa BumiBinasa.

    2. Murid menyanyikan lagu Tabiat Tak Pa BumiBinasa.

    Video

    Tabiat Tak Pa Bumi Binasa.

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/rph%20kemahiran%20lakonan%20.docxhttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_1/rph%20kemahiran%20lakonan%20.docx
  • 7/27/2019 Contoh RPH kemahiran lakonan (didik hibur)

    2/5

    Dialog

    Dalam sebuah hutan, tinggal pelbagai jenis haiwan. Mereka semua

    bersahabat baik. Pada suatu hari, hutan itu diselubungi bau busuk. Lalu,

    seekor kucing berjalan mencari punca bau busuk itu. Sedang dia mencari-

    cari, dia terserempak dengan seekor ayam yang sedang berbual dengan

    seekor burung .Ayam : Apa Khabar, Tompok? Kamu hendak ke mana tu. Nampak

    tergesa-gesa sahaja ?

    Kucing : Oh, Jalak, Putih aku sihat sahaja. Sebenarnya, aku terhidu bau

    busuk jadi aku hendak mencari dari mana datang bau itu.

    ( aksi menghidu )

    Burung : Aku juga ada terbau, bolehkah kami mengikut kamu mencari bau

    busuk itu ?

    Kucing : Boleh, apa salahnya lebih ramai lebih baik. Jika begitu, marilah kita

    pergi sekarang.

    Mereka pun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, burung terlihat banyak ikan

    mati di dalam sungai.

    Burung : Tompok, Jalak aku nampak banyak ikan mati di dalam sungai di

    depan sana.

    Kucing : Betulkah?

    Ayam : Kalau begitu mari kita ke sana.

  • 7/27/2019 Contoh RPH kemahiran lakonan (didik hibur)

    3/5

    Mereka pun berjalan menghampiri tebing sungai. Tiba di tebing, mereka

    dapati sungai itu dipenuhi dengan ikan-ikan yang telah mati.

    Kucing : Rupa-rupanya dari sini punca bau busuk itu.

    Ayam : Kasihanikan-ikan ini, apakah punca mereka jadi begini ?

    Burung : Aku pun tidak pasti. Tetapi beberapa hari yang lalu, aku ternampak

    beberapa orang lelaki membuang sesuatu ke dalam sungai.

    Kucing : Adakah kamu tahu apa yang mereka buang ke dalam sungai?

    Burung : Aku tidak tahu, tetapi tong yang mereka bawa masih ada di sana.

    Ayam : Itukah tongnya? Patutlah ikan-ikan itu mati.

    Kucing : Mengapa kamu berkata begitu, Jalak?

    Ayam : Kalau kamu ingin tahu, tong itu berisi racun. Itulah sebabnya ikan-

    ikan itu mati dan sungai kita menjadi busuk serta tercemar.

    Burung : Apa yang patut kita lakukan sekarang ?

    Kucing : Aku rasa kita sudah tidak boleh tinggal di sini lagi. Sumber air kita

    sudah tercemar, tempat tinggal kita sudah tidak bersih. Jadi lebih

    baik kita pindah ke tempat lain.

    Ayam : Aku setuju dengan cadangan kamu Tompok. Jika kita terus tinggal

    di sini nasib kita akan sama dengan si ikan yang mati dalam air

    yang beracun ini.

    Burung : Kalau begitu marilah kita pulang untuk memberitahu kawan-kawan

    yang lain tentang perkara ini.

    Kucing dan ayam : Marilah kita pulang.

  • 7/27/2019 Contoh RPH kemahiran lakonan (didik hibur)

    4/5

    Lembaran kerja

    Nama :___________________________________________ Tarikh : _______________

    Bina ayat berpandukan gambar yang diberi.

    1. ___________________________________________________________________

    2. __________________________________________________________________

    3.__________________________________________________________________

    harimau

    burung

    buaya

  • 7/27/2019 Contoh RPH kemahiran lakonan (didik hibur)

    5/5

    4.__________________________________________________________________

    5. __________________________________________________________________

    ayam

    kucing