contoh rancangan pengajaran tahun 3 dst

3
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUN 3 MATAPELAJARAN /KELAS DST TAHUN 3 TEMA/TAJUK SAINS HAYAT MASA 60 MINIT BIL MURID 35 ORANG STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Mengenal pasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. 2.1.2 Menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsi. 2.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran diharapkan murid-murid akan dapat: 1. Mengenal pasti dan menamakan jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham berdasarkan gambar yang diberi 2. Menyatakan fungsi tiga jenis gigi tersebut 3. Menulis fungsi tiga jenis gigi tersebut dengan betul KPS Memerhatikan, Berkomunikasi AKTIVITI P&P a. Guru menayangkan animasi yang berkaitan sebagai bahan rangsangan. (animasi manusia dan haiwan sedang makan) b. Guru bersoal jawab dengan murid tentang animasi tersebut. Contoh soalan: 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan dari animasi tersebut? Contoh jawapan: Orang sedang mengunyah makanan. Haiwan sedang makan 2. Apakah yang digunakan untuk mengunyah? Contoh jawapan Gigi, mulut

Upload: ratnavell-muniandy

Post on 03-Aug-2015

483 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

RPH DST

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 3 DST

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUN 3

MATAPELAJARAN /KELAS

DST TAHUN 3

TEMA/TAJUK SAINS HAYATMASA 60 MINITBIL MURID 35 ORANGSTANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Mengenal pasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.

2.1.2 Menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsi.2.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran diharapkan murid-murid akan dapat:

1. Mengenal pasti dan menamakan jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham berdasarkan gambar yang diberi

2. Menyatakan fungsi tiga jenis gigi tersebut3. Menulis fungsi tiga jenis gigi tersebut dengan betul

KPS Memerhatikan, Berkomunikasi

AKTIVITI P&Pa. Guru menayangkan animasi yang berkaitan sebagai bahan rangsangan.

(animasi manusia dan haiwan sedang makan)b. Guru bersoal jawab dengan murid tentang animasi tersebut.

Contoh soalan:

1. Apakah yang dapat kamu perhatikan dari animasi tersebut?Contoh jawapan:Orang sedang mengunyah makanan.Haiwan sedang makan

2. Apakah yang digunakan untuk mengunyah?Contoh jawapanGigi, mulut

c. Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Murid dikehendaki mencantumkan keratan gambar tiga jenis gigi. (puzzle) (keratan gambar disediakan mengikut warna yang berlainan)

d. Murid diminta menampal keratan gambar yang telah dicantumkan tadi di atas kad manila.

e. Wakil setiap kumpulan mempamerkan gambar yang diperoleh di hadapan kelas dan menampalnya di papan hitam.

f. Guru meminta murid menamakan gambar yang diperoleh. g. Guru bersoal jawab dengan murid

Contoh soalan:a. Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat antara ketiga-tiga gambar

tersebut.

Contoh jawapan:Bentuk gigi (tajam, bulat, leper)

Page 2: Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 3 DST

b. Apakah yang akan berlaku jika manusia dan haiwan tidak mempunyai gigi?

h. Guru memperkenalkan kepada murid-murid tiga jenis gigi iaitu gigi taring,gigi kacip dan gigi geraham.

i. Murid diminta melihat gigi masing-masing menerusi cermin muka yang disediakan.

j. Guru menjalankan demonstrasi dengan meminta dua orang murid melakonkan aksi;a. Makan buahb. Makan ayam goreng.

k. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan demonstrasi tersebut.Contoh soalan:a. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ahamd untuk memotong

buah? b. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ali untuk menyiat daging

ayam? c. Apakah jenis gigi yang digunakan oleh Ahmad dan Ali untuk

memecah dan melumatkan makanan?l. Guru menerangkan fungsi bagi setiap jenis gigi.m. Guru memilih tiga orang murid untuk menampal kad yang tertulis

fungsi setiap gigi pada gambar yang telah murid perolehi tadi di papan hitam.

n. Pengayaan- murid melakarkan tiga jenis gigi yang dipelajari.

EMK Kreativiti dan inovasi, menghargai gigi

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slide power point, keratan gambar tiga jenis gigi, kad manila, gam, buah epal, ayam goreng.

PENILAIAN P&P Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menamakan jenis gigi dan fungsi gigi tersebut (lembaran kerja)

REFLEKSI