contoh penilaian aktiviti bimbingan di sekolah

Upload: ching-suit-li

Post on 02-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bimbingan dan kaunseling EDU3107

TRANSCRIPT

Kelebihan , Kelemahan dan Penambahbaikan dalam Program Yang Dilaksanakan1 Malaysia Membanteras Dadah, Ini adalah tema bagi minggu anti dadah tahun 2012 yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah. Matlamat utama program yang berlangsung pada 20/02/2012- 24/02/2012 ini adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Setiap program yang diadakan mempunyai kelemahan dan kelebihan walaupun dirancang dengan sistematik. Dengan ini, terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan dalam program minggu anti dadah yang telah diadakan di sekolah. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia, dan jantina. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV/AIDs dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan keluar.Melalui program seperti ini, pelajar mendapat pendedahan baru tentang dadah. Para pelajar dapat memahami tentang keburukan dadah, kesan daripada menagih dadah dan lain-lain lagi. Dengan mempunyai pengetahuan ini, pelajar dapat mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam unsur negatif sebegini. Mereka sedar bahawa dadah akan membawa maut kepada mereka yang menagihnya. Tambahan pula, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk semua pelajar mengikut tahap seperti aktiviti mewarna untuk pelajar pendidikan khas dan prasekolah, pertandingan kuiz dan aktiviti mewarna untuk pelajar-pelajar tahap1 dan pertandingan kuiz dan pertandingan melukis poster untuk pelajar-pelajar tahap 2. Secara tidak langsung, semua pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang sempena minggu anti-dadah. Aktiviti yang telah dirancang bersesuaian dengan tahap pelajar. Di samping itu, pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan tentang dadah apabila melibatkan diri dalam pertandingan kuiz.Kelemahan program minggu antidadah ialah kesuntukan masa. Kami mengadakan aktiviti-aktiviti ini pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini mengganggu proses p&p dan segelintir guru tidak dapat menjalankan kelas sebagaimana yang telah dirancang untuk satu minggu. Selain itu, pelajar pendidikan khas dan prasekolah mengambil masa yang lama untuk mewarna. Ini adalah kerana gambar yang diberi adalah begitu padat dan besar dan sukar untuk pelajar menyiapkannya dalam masa yang singkat. Kami perlu memberi gambar sederhana besar yang senang untuk berwarna kepada pelajar prasekolah dan pendidikan khas pada masa akan datang.Tambahan pula, kesuntukkan masa juga menyebabkan kami tidak dapat membeli hadiah yang berkualiti untuk pemenang. Kami hanya memberi fail, buku latihan dan kotak pensel sebagai hadiah untuk pelajar. Beberapa pelajar yang mengharapkan hadiah yang bermutu menjadi sedih dan kecewa apabila mendapat hadiah yang kosnya rendah. Guru-guru perlu melantik AJK hadiah semasa memilih jawatankuasa tertinggi supaya dapat memberi hadiah yang memuaskan pelajar.Kita harus membaiki kelemahan dan mempertingkatkan kelebihan sesuatu program. Kita harus menjadikannya sebagai pengajaran dan berusaha untuk mengurangkan kelemahan apabila membuat program baru.