shangeetha385.files.wordpress.com · web viewmengetahui aktiviti yang dianjurkan oleh unit...

6
SJK (T) AYER TAWAR, PERAK Pelaporan Program/Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) AT 2012 Nama Program : Program Motivasi dan Keibubapaan Murid Tahun 6 Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) Ayer Tawar Objektif: Pada akhir Program motivasi dan keibubapaan ini ibu bapa akan dapat:- Membantu anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Memahami kaedah untuk mengenal personaliti dan potensi anak- anak secara sistematik dan bersepadu. Mengetahui aktiviti yang dijalankan untuk pelajar tahun enam. Mengetahui aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. MATLAMAT

Upload: others

Post on 01-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SJK (T) AYER TAWAR, PERAK

Pelaporan Program/Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) AT 2012

Nama Program : Program Motivasi dan Keibubapaan Murid Tahun 6

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) Ayer Tawar

Objektif:

Pada akhir Program motivasi dan keibubapaan ini ibu bapa akan dapat:-

· Membantu anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

· Memahami kaedah untuk mengenal personaliti dan potensi anak-anak

secara sistematik dan bersepadu.

· Mengetahui aktiviti yang dijalankan untuk pelajar tahun enam.

· Mengetahui aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

MATLAMAT

· Bertujuan untuk memberi kesedaran diri kepada ibu bapa mengenai tanggungjawab mereka terhadap anak-anak terutama yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.

· Berusaha berganding bahu bersama anak-anak sepanjang mereka berada dalam tahun enam.

· Memberi keyakinan dan semangat untuk anak-anak berusaha mencapai kegemilangan dalam UPSR.

Sasaran:

Ibu bapa murid tahun 6

JUMLAH = 102 Peserta

Kehadiran: 70 / 102 orang

Laporan Aktiviti:

Tarikh : 16 FEBRUARI 2012

Hari : KHAMIS

Masa : 5.00 PM – 6.30 PM

Aktiviti:

*Seperti dilampirkan

Penilaian Program:

Berdasarkan pemerhatian saya, kursus ini memberi kesan yang positif. Hal ini kerana ibu bapa dapat mengetahui tentang perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Selain itu, mereka juga dapat berkongsi masalah dengan guru kelas tahun 6 secara langsung menerusi program ini. Program ini juga membantu ibu bapa mengeratkan hubungan dengan pihak sekolah. Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ulasan/ Komen/ Cadangan:

Cadangan penambahbaikan;

1. Murid-murid perlu turut serta dalam program ini bersama ibu bapa mereka supaya mereka juga dapat berkongsi masalah bersama ibu bapa dan guru-guru.

Disediakan oleh:

……………………………………

(SHANGEETHA A/P MANY)

GBKSM

SJK(T) Ayer Tawar

Disemak oleh:

…………………………………………..

TOLACHINMA A/P VARTHARAJOO)

PK Hem

SJK(T) Ayer Tawar

Disahkan oleh:

……………………………………

(MUNUYANDI A/L SHONMUGAM)

Guru Besar

SJK(T) Ayer Tawar

GAMBAR PROGRAM MOTIVASI DAN KEIBUBAPAAN MURID TAHUN 6

Kehadiran Ibu Bapa Ucapan Penyelaras Tahun 6

Ceramah Motivasi oleh Guru Besar Sesi perbincangan/ sesi soal

jawab bersama ibu bapa

Sesi perbincangan dan jamuan ibu bapa