contoh minit curai taklimat

3

Click here to load reader

Upload: mat-rodi-abdulah

Post on 20-Jul-2015

401 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh minit curai taklimat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU PERAK JALAN HAJI MEOR YAHAYA,

33300 GERIK, PERAK

KERTAS MINIT CURAI

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Daripada

1. En. Nor Hisham Bin Fahmi

Penolong Pengarah (Matematik ) SPA JPN Perak

2. En. Abdul Karim Bin Munok

Penyelia Kurikulum (Bahasa Melayu) SPA JPN Perak

3. Pn. Erni Zanifah Bt. Mohd Jaberi

Penolong Pengarah (Pemulihan Khas)

Salinan:

1. Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Hulu

Perak

2. Pegawai-Pegawai Unit Akademik.

3. Pegawai-Pegawai

Fasilinus. Kepada Pegawai-Pegawai Fasilinus.

Perkara

Tajuk Taklimat Penyelarasan Kursus Pemantapan

Pedagogi Guru LINUS Tahun 2 2011

Hari/Tarikh Rabu 06 April 2011

Tempat Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Pengerusi En. Nor Hisham Bin Fahmi

Penolong Pengarah (Matematik ) SPA JPN Perak

Urusetia En. Ahmad Khairi Bin Che Zaberi

Penyelia Kurikulum (Bahasa Melayu)

HARI : RABU

TARIKH : 06 APRIL 2011

MASA : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, IPOH

PENGERUSI : EN. NOR HISHAM BIN FAHMI

PENOLONG PENGARAH MATEMATIK SPA JPN PERAK

1.0 Ucapan alu-aluan dan penghargaan kerana menghadiri bengkel ini.

2.0 Bacaan Ummul Kitab – Surah Al Fatihah

3.0 Beliau memaklumkan bahawa pakej kursus yang akan diadakan adalah daripada pihak Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

4.0 Pakej-pakej kursus tersebut adalah seperti berikut:

4.1 Pakej 1 ( 20 April 2011 hingga 22 April 2011) di Tailing Golf Resort, Kamunting

Dewan 1 – Numerasi (50 peserta)

Dewan 2 – Literasi (78 peserta)

4.2 Pakej 2 ( 3 Mei 2011 hingga 5 Mei 2011) di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Dewan 1 – Guru Pemulihan Khas ( 63 peserta )

Dewan 2 – Guru Pemulihan Khas ( 81 peserta)

Page 2: Contoh minit curai taklimat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU PERAK JALAN HAJI MEOR YAHAYA,

33300 GERIK, PERAK

KERTAS MINIT CURAI

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

4.3 Pakej 3 ( 9 Mei 2011 hingga 11 Mei 2011) di Hotel HillCity, Ipoh

Dewan 1 – Numerasi ( 42 peserta )

Dewan 2 – Literasi ( 70 peserta )

Dewan 3 – Literasi ( 54 peserta )

5.0 Bilangan FasiLINUS, guru Literasi, Numerasi dan pemulihan khas yang terlibat adalah seperti berikut:

5.1 Numerasi : 50 + 42 = 92 peserta

5.2 Literasi : 78 + 70 + 54 = 202 peserta

5.3 Pemulihan khas : 63 + 81 = 144 peserta

5.4 6 orang sahaja FasiLINUS Literasi dan 6 orang sahaja FasiLINUS Numerasi untuk setiap hotel.

5.5 Urusetia terdiri daripada seorang FasiLINUS Numerasi dan seorang FasiLINUS

Literasi.

6.0 Kursus ‘on-site’ di daerah perlu dijalankan berdasarkan slot-slot dalam kursus pemantapan pedagogi ini

6.1 Sasaran kursus di daerah adalah kepada guru-guru LINUS yang bukan opsyen Matematik atau Bahasa Melayu.

6.2 Peruntukan boleh diperolehi melalui sumber kewangan yang diperuntukan oleh

NKRA.

7.0 Tambahan slot untuk perkongsian sekolah pencapaian baik di daerah.

7.1 FasiLINUS di daerah perlu mengenal pasti guru-guru yang melaksanakan sesuatu

program yang berkesan untuk meningkatkan peratus penguasaan murid LINUS.

7.2 Dapatkan butiran seperti nama penuh, sekolah dan daerah yang terlibat.

7.3 Hantarkan nama guru tersebut melalui email.

7.4 Pastikan guru yang dipilih membuat persediaan semasa sesi pembentangan dan untuk sesi soal jawab.

8.0 Taklimat oleh Pn. Erni Zanifah:

8.1 Seramai 113 guru pemulihan dilantik.

8.2 Guru pemulihan tersebut bukan lantikan baru tetapi guru-guru lebihan di negeri Perak.

8.3 Guru yang dilantik kekal di sekolah lama dan tidak ditukarkan ke sekolah lain.

8.4 Opsyen guru yang dilantik adalah pelbagai.

8.5 Lantikan guru pemulihan ini dipulangkan kepada Unit Sekolah untuk diuruskan.

8.6 Terdapat sekolah yang melantik guru bermasalah disiplin sebgai guru pemulihan khas.

9.0 AKTIVITI PENYEDIAAN FAIL PESERTA KURSUS

9.1 Semua bahan berkaitan seperti borang penilaian kursus/penceramah, borang tuntutan perjalanan, jadual kursus dan alat tulis dimasukkan dalam fail poket.

9.2 Ketua setiap pakej dilantik untuk urusan pengangkuta fail peserta ke tempat kursus.

Page 3: Contoh minit curai taklimat

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU PERAK JALAN HAJI MEOR YAHAYA,

33300 GERIK, PERAK

KERTAS MINIT CURAI

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

10.0 LATIHAN PEMBENTANGAN SLOT OLEH FASILINUS

11.0 PENUTUP

Program ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-

Asr.

Pegawai pelapor,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK

FasiLINUS Numerasi,

Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak.