contoh minit curai kursus

13

Click here to load reader

Upload: mat-rodi-abdulah

Post on 20-Jul-2015

590 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh minit curai kursus

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU PERAK

JALAN HAJI MEOR YAHYA,33300 GERIK

PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT CURAI

1. Kepada : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak

2. Daripada: En. Mohamad Nazri Bin Ishak – FasiLINUS Numerasi

3. Salinan Kepada : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak

Penolong PPD (Bahasa)

Penolong PPD Sains dan Matematik

Semua FasiLINUS PPD Hulu Perak

4. Rujukan : KP(BPG)9131/600/20/4 Jld.4 (34)

5. Perkara : KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI DAN KURIKULUM FASILINUS ZON TENGAH SIRI 2 2011

6. Tarikh dan Masa : 10 Julai – 13 Julai 2011 (Ahad – Rabu)

7. Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh

8. Anjuran : Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia

9. Pengerusi : En. Shahrim Bin Shafie – Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

10. Turut Hadir :

Wakil-wakil Bahagian:

En. Belizan Bin Baghdadi – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

En. Aziz Bin Naim – Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

En. Ahmad Bin Yusof – Lembaga Peperiksaan (LP)

Pn. Zainab – Institut Pendidikan Guru Malaysia Cyberjaya (IPGM)

Pn. Hajah Zaleha Binti Osman – Bahagian Pendidikan Khas (BPKHAS)

En. R. Krishnan – Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

Pegawai-pegawai JPN Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya

11. Tujuan Kursus : Untuk mengukuhkan dan memantapkan kurikulum dan pedagogi FasiLINUS dalam melaksanakan proses penyeliaan dan bimbingan kepada guru-guru LINUS di sekolah.

12. Isi kandungan Kursus :

Page 2: Contoh minit curai kursus

10 JULAI 2011

SLOT 1 (3.30 PM – 4.30 PM)

TAKLIMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

EN. AZMAN B KOSNAN – UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU, BPG

1. Kata alu-aluan dan penghargaan kepada FasiLINUS kerana dapat hadir ke kursus ini.

2. FasiLINUS adalah pemudah cara kepada guru-guruLINUS di sekolah dan bukan sahaja pegawai data.

3. Terdapat FasiLINUS yang telah menolak jawatan tersebut dan kembali ke sekolah. Ada juga di antaranya yang

telah dan sedang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

4. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh FasiLINUS dalam menjalankan tugas.

5. Para FasiLINUS perlu mewujudkan budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara satu sama lain demi

menjayakan program LINUS.

6. FasiLINUS diminta menyampaikan kepada pihak sekolah supaya tidak menipu data kerana pihak JNJK akan

memantau data di sekolah selepas proses audit data LINUS-NKRA dijalankan oleh pihak audit luar yang telah

dilantik oleh KPM.

7. FasiLINUS sering diperhatikan kerana program LINUS melibatkan belanjawan yang besar.

8. Jawatan FasiLINUS tidak akan berakhir pada tahun 2012.

9. Jangan timbulkan konflik dengan pihak pentadbir sekolah terutama GB dan guru-guru LINUS.

10. Kursus pemantapan FasiLINUS Siri 3 2011 akan dijalankan pada bulan Oktober 2011 dan bergantung kepada

peruntukan (sekiranya ada).

TAKLIMAT URUSETIA

EN. NOR HISHAM BIN FAHMI – PEN. PENGARAH MATEMATIK JPN PERAK

1. Housekeeping

a. Urusetia utama kursus ialah En, Shahrim Bin Shafie dari BPG.

b. Surat dan jadual kursus untuk semua negeri telah dihantar dan diharap semua FasiLINUS telah

menerimanya.

c. Slot Update NKRA akan diadakan sekiranya Pegawai NKRA, En. Zuhairi Bin Duhashim datang. Jika

beliau tidak hadir, maka akan diisi dengan slot lain.

2. Keterangan jadual kursus bermula 10 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011.

3. Waktu makan sebanyak 6 kali iaitu:

a. Sarapan pagi – 7.00 am

b. Minum pagi – 10.30 am

c. Makan tengah hari – 12.30 pm

d. Minum petang – 4.30 pm

e. Makan malam – 7.00 pm

f. Minum malam – 10.00 pm

4. Peringatan :

a. Lap top dan barangan berharga hendaklah dibawa bersama sepanjang kursus ke dewan bagi

mengelakkan sebarang kehilangan.

b. Pakaian semasa kursus adalah pakaian rasmi.

Page 3: Contoh minit curai kursus

5. Slot malam akan bermula 8.30 pm disebabkan waktu Maghrib masuk pada pukul 7.30 pm dan semua peserta

diingatkan sudah berada dalam dewan tepat 8.30 pm.

SLOT 2 (8.30 pm – 10.30 pm)

UPDATE NKRA DAN PENGOPERASIAN FASILINUS

EN. BELIZAN BIN BAGHDADI – PEGAWAI UNIT AKADEMIK BPSH, KPM

1. Melaporkan Laporan Lengkap Mesyarat Pelaporan Dan Tindakan Susulan Saringan 4 (Kohort 1) dan Saringan

1 (Kohort 2) Program LINUS 2011.

2. Pembentangan data Saringan 4 dan Saringan 1 adalah seperti berikut:

a. Pencapaian Kebangsaan

Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1Literasi 90.59 % 62.73%Numerasi 94.79% 73.25%

b. Pencapaian Negeri (Literasi)

Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1

Negeri TertinggiWP Putrajaya WP Putrajaya

98.02% 80.73%

Negeri TerendahSabah Sabah83.03% 48.10%

- Terdapat lebih kurang 10 300 murid tegar Tahun 2 selepasa Saringan 4.

- 3 951 murid ada ciri-ciri pendidikan khas selepas saringan khas dijalankan.

c. Pencapaian Negeri (Numerasi)

Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1

Negeri TertinggiWP Putrajaya WP Putrajaya

99.11% 84.65%

Negeri TerendahSabah Sabah89.34% 60.88%

d. Pencapaian Daerah (Literasi)

Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1

Negeri TertinggiWP Putrajaya WP Putrajaya

98.02% 80.73%Negeri Terendah Pitas Baram

Page 4: Contoh minit curai kursus

59.29% 27.15%

e. Pencapaian Negeri (Numerasi)

Peratus Murid Perdana Kohort 1 Saringan 4 Kohort 2 Saringan 1

Negeri TertinggiSeremban Seremban

99.11% 86.81%

Negeri TerendahPitas Julau

62.45% 27.81%

3. Analisis Pencapaian Negeri Saringan 1 Kohort 2

Kategori Linus Tegar Linus Perdana

Literasi 10.26% 21.47% 68.27%

(9) (11) (7)

Numerasi 3.69% 17.19% 79.20%

(5) (13) (5)

4. Analisis Pencapaian Negeri Saringan 4 Kohort 1

Kategori Linus Tegar Linus Perdana

Literasi 3.28% 7.09% 89.63%

(4) (7) (11)

Numerasi 1.24% 3.81% 94.95%

(7) (8) (9)

5. Perletakan jawatan sebagai FasiLINUS akan dipertimbangkan jika memenuhi 2 sebab berikut sahaja iaitu:

a. Mendapat tawaran jawatan Guru Cemerlang

b. Kenaikan gred jawatan

Pertukaran antara negeri perlu dijalankan dengan prosedur pertukaran guru biasa iaitu melalui e-GTukar.

FasiLINUS perlu meletak jawatan dan bertukar sekiranya jawatan tersebut tiada di tempat bertukar

11 JULAI 2011

SLOT 3 (8.30 am – 12.30 pm)

KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR

EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM

1. Kejayaan program LINUS amat bergantung kepada murid LINUS Tegar.

2. Kurikulum yang digunapakai sekarang ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang lebih

menggunakan pendekatan modular.

3. Isu-isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah ialah:

a. Terdapat 2 kumpulan murid yang pelbagai tahap pencapaian dalam kelas (murid LINUS dan aliran

perdana).

b. Penulisan RPH guru LINUS yang tidak mementingkan objektif kuantitatif.

c. Penglibatan murid yang tidak menyeluruh

Page 5: Contoh minit curai kursus

d. Kawalan kelas dan disiplin

e. Berlainan aktiviti.

4. Bahan yang digunakan dalam P&P perlulah yang boleh merangsang minda murid.

5. Guru-guru LINUS perlu dibimbing untuk mengadakan P&P berkesan dan mengajar secara hierarki.

6. Guru-guru perlu digalakkan supaya lebih kreatif dalam menyediakan BBM/ABM untuk P&P.

7. Penggunaan benda maujud yang boleh dipegang dan disentuh oleh murid dapat membantu murid faham

tentang objektif yang hendak diajar.

8. Bahan-bahan yang digunakan perlu mencabar tetapi kesan kepada murid tetap berlaku dalam P&P tersebut.

Guru-guru LINUS dibimbing untuk menangani murid ‘slow learner’ dengan mengambil kira factor-faktor seperti

persekitaran, tugasan dan pengurusan.

SLOT 3 (11.00 am – 1.00 pm)

SESI 2

KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR

EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM

1. Perubahan perlu dalam paradigma guru Matematik.

2. LINUS diadakan untuk memenuhi keperluan KSSR di mana KSSR mengutamakan ‘mastery learning’ dan

LINUS merupakan program sokongannya.

3. Konsep KSSR ialah lebih kepada penaakulan(reasoning) dan bukannya penghafalan.

4. Sistem band murid ialah seperti berikut:

Band Kriteria penilaian

1 Tahu

2 Tahu dan faham

3 Tahu, faham dan boleh buat

4 Tahu, faham, boleh buat dan beradab (tertib)

5 Tahu, faham, boleh buat, beradab dan terpuji (pelbagai strategi.

6Tahu, faham, boleh buat, beradab, terpuji (pelbagai strategi dan boleh ajar

orang lain.

5. Konsep-konsep darab ialah:

a. Tambah berulang

b. Konsep luas – panjang dan lebar

c. Konsep lajur-baris

d. Ganda

6. 4 perkara yang perlu dipastikan wujud semasa P&P matematik ialah:

a. Show (Tunjuk)

b. Say (Sebut)

c. Draw (Lukis)

Page 6: Contoh minit curai kursus

d. Write (Tulis)

SLOT 3 (2.30 pm – 4.30 pm)

SESI 3

KURIKULUM DAN KONSTRUK LINUS BERASASKAN KSSR (sambungan)

EN. AZIZ BIN NAIM – BAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM, KPM

1. Self-Access Learning (SAL) perlu diwujudkan di sekolah.

2. Dicadangkan 1 PPD 1 SAL.

3. Bahan-bahan yang terdapat di SAL perlu dikongsi bersama-sama di antara sekolah di bawah PPD tersebut.

4. Mesti ada sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam SAL.

5. Prinsip pembinaan aktiviti SAL ialah:

a. Memahami hierarki kurikulum.

b. Mesti dikodkan (coding)

6. Bahan-bahan dalam SAL ialah:

a. Think Tank

b. My Rummy

c. Kusria

7. Perbengkelan pembinaan bahan-bahan SAL.

8. Pembentangan kumpulan tentang hasil kerja yang telah dibengkelkan.

SLOT 4 (8.30 pm – 10.30 pm)

INTERPRETASI DATA SARINGAN

EN. AHMAD BIN YUSOF – LEMBAGA PEPERIKSAAN, KPM

1. LP juga melakukan pemantauan pentadbiran saringan untuk mendapatkan input.

2. FasiLINUS diminta menjalankan tugas sebagai pegawai dan jangan terbawa-bawa gaya guru semasa

memberikan bimbingan dan penyeliaan.

3. Perkara normal yang berlaku ialah penguasaan literasi lebih lambat daripada penguasaan numerasi.

4. FasiLINUS berperanan untuk menasihati pihak sekolah dengan memberi teguran kepada kesalahan dan

memberikan nasihat dan pandangan kepada kesilapan.

5. Penjelasan tentang perkara-perkara penting berkaitan saringan LINUS:

a. Konsep saringan

b. Pentadbiran saringan

c. Peranan FasiLINUS

d. Analisis data

e. Tindakan susulan

6. Perancangan KPI daerah perlu selaras dengan KPI kebangsaan.

7. Kedudukan Daerah Hulu Perak daripada 142 PPD di Malaysia selepas saringan 4 ialah seperti berikut:

a. Literasi : 121/142

b. Numerasi : 118/142

8. Pihak LP memahami masalah dan isu yang timbul di Daerah Hulu Perak.

Page 7: Contoh minit curai kursus

12 JULAI 2011

SLOT 5 (8.30 am – 10.30 am)

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN FASILITATOR

PN. ZAINAB - IPGM CYBERJAYA

SESI 1 – KENALI DIRI

1. FasiLINUS perlu mengenali ciri-ciri yang terdapat pada diri sendiri.

2. Penampilan diri perlu dijaga kerana melambangkan imej dan personaliti.

3. Pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri penting sebagai persediaaan untuk

mengenali diri dan memperbaiki kelemahan diri.

4. Elakkan menjalankan tugas dalam keterpaksaan.

5. Diri sendiri perlu dinilai dan jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap diri sendiri.

6. Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri dan perlu berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri.

7. Kemahiran berkomunikasi terbahagi kepada komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).

8. FasiLINUS perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta bersedia menjadi pendengar yang baik

untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh klien dapat difahami dan diambil tindakan yang sewajarnya.

9. Terdapat situasi yang memerlukan FasiLINUS bertindak fleksibel dan terdapat juga situasi yang memerlukan

FasiLINUS bertindak tidak fleksibel.

10. Penjagaan penampilan diri dan kemahiran berkomunikasi amat penting kepada seseorang FasiLINUS untuk

menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

11. Rumusannya, setiap FasiLINUS perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi ke arah memantapkan proses

bimbingan dan penyeliaan guru-guru LINUS di sekolah.

SLOT 5 (11.00 am – 1.00 am)

SESI 2 – TANGGUNGJAWAB DAN AMALAN FASILINUS

1. FasiLINUS perlu memahami tanggungjawab dan amalan yang perlu dilakukan di PPD.

2. Perbezaan tanggungjawab dan amalan perlu diketahui supaya pelaksanaan tugas di PPD akan menjadi lebih

sistematik dan berkesan.

3. FasiLINUS sepatutnya menjadi pemudah cara kepada setiap kliennya.

4. FasiLINUS perlu mengetahui maklumat-maklumat sesuatu sekolah terlebih dahulu sebelum mengadakan

proses bimbingan dan penyeliaan.

5. Perlu menunjukkan keyakinan dalam perbincangan dan penyeliaan yang dijalankan.

6. Perbincangan sepatutnya dijalankan dalam suasana yang kondusif.

7. FasiLINUS mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan masalah yang akan timbul dalam

perbincangan yang dijalankan.

8. Rumusannya, FasiLINUS seharusnya memahami peranan, tanggungjawab dan amalannya dalam menjalankan

tugas sebagai seorang pegawai di PPD.

SLOT 5 (2.30 pm – 4.30 pm)

Page 8: Contoh minit curai kursus

SESI 3 – PELAN TINDAKAN FASILINUS

1. FasiLINUS perlu memahami bidang tugas yang telah ditetapkan.

2. Kefahaman tentang bidang tugas amat penting dalam menyediakan pelan tindakan untuk program LINUS.

3. FasiLINUS sewajarnya tidak mempersoalkan tugas yang diberikan oleh pihak PPD sebaliknya perlu

melaksanakan tugas tersebut di samping ‘core bussiness’ yang telah ditetapkan oleh pihak NKRA.

4. Perbengkelan penyediaan pelan tindakan FasiLINUS meliputi:

a. Matlamat/objektif

b. Tindakan – siapa?

c. Sumber – perlu jelas walaupun hanya kertas mahjong digunakan untuk sesuatu program.

d. Jangkamasa program

e. Tarikh semakan

f. Ciri-ciri pencapaian – KPI

g. Tarikh sasaran dicapai.

5. Pembentangan pelan tindakan mengikut kumpulan PPD.

SLOT 6

INSTRUMEN SARINGAN PENGESANAN MURID LINUS TEGAR

PUAN HAJAH ZALEHA BINTI OSMAN – BPKHAS, KPM

1. Murid Tegar yang masih tinggal selepas disaring dengan instrumen pengesanan murid bermasalah dalam

pembelajaran wajar diberi hak belajar yang sama dengan murid lain.

2. Instrumen saringan tersebut digubal kerana dalam 20 300 murid LINUS Tegar tersebut kemungkinan terdapat

murid yang berkeperluan khas.

3. Instrumen digubal dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Telah diadakan saringan rintis pada bulan Mac dan melibatkan Daerah Hulu Perak – dapatan split bar 0.846

(sangat tinggi kesahannya)

5. Selepas dimurnikan, saringan tersebut telah dijalankan kepada 20 300 murid LINUS Tegar tetapi hanya lebih

kurang 15 700 murid sahaja yang disaring – baki murid tersebut tidak menjalani saringan kerana ada murid

yang telah mencapai LINUS poada saringan 4, berpindah sekolah dan sebagainya.

6. Terdapat juga sekolah yang memberi alasan PPD tidak menyampaikan taklimat berkaitan saringan tersebut –

pegawai meja di PPD yang bertanggungjawab ialah Penolong PPD Pendidikan Khas.

7. Instrumen tersebut perlu disimpan oleh guru dalam fail murid dan perlu dibawa semasa perjumpaan dengan

pegawai perubatan.

8. Surat siaran pelaksanaan saringan tersebut masih dalam proses dan FasiLINUS dipohon untuk mengambil

tindakan sebaik sahaja surat tersebut sampai ke PPD – adakan taklimat kepada pentadbir dan Guru LINUS.

9. Objektif instrumen saringan pengesanan murid LINUS Tegar:

a. Untuk mengesan murid LINUS Tegar yang mempunyai ciri-ciri keperluan khas.

b. Untuk memastikan murid dapat mengakses perkhidmatan pendidikan yang sesuai mengikut keperluan.

10. Sasaran saringan ini ialah kepada:

a. Murid LINUS Tegar

Page 9: Contoh minit curai kursus

b. Murid pemulihan khas

c. Murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas.

11. Kriteria murid yang dipilih ialah:

a. Telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.

b. Murid prestasi rendah.

c. Kesukaran dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira.

d. Murid yang telah melalui program pemulihan khas.

12. Kriteria penilai ialah:

a. Penilai telah mengajar murid yang hendak binilai sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

b. Contoh-contoh penilai ialah:

i. Guru Bahasa Melayu

ii. Guru Matematik

iii. Guru pemulihan khas

iv. Guru kelas

13. Prosedur saringan tidak formal dan boleh dijalankan tanpa had masa dalam tempoh seminggu.13 JULAI 2011

SLOT 7 (8.30 am – 10.30 am)

PENEMUAN DAPATAN PEMERIKSAAN KHAS

ENCIK R KRISHNAN – JNJK PERAK

1. Tujuan pemeriksaan khas adalah untuk memantau pengurusan:

a. Dokumentasi

b. Program sokongan

c. Perancangan

2. Aspek pemantauan ialah berdasarkan 5P iaitu:

a. Perancangan program/aktiviti LINUS

b. Pelaksanaan

c. Penyeliaan dan pemantauan

d. Penilaian

e. Penambahbaikan

3. Pihak JNJK lebih memberikan penekanan tentang impak daripada sesuatu program yang telah dilaksanakan

dalam proses pemantauan.

4. Aspek dokumentasi meliputi:

a. Apa maklumat/data?

b. Berapa bilangan?

c. Isi kandangan – lengkap dan terkini?

5. Dapatan pemantauan dan peluang untuk penambahbaikan (OFI) selepas pemeriksaan khas adalah seperti

berikut:

a. Dokumen, data dan maklumat LINUS kurang lengkap, sukar diakses dan kurang disebar luas kepada

warga sekolah dan komuniti.

b. Program LINUS belum menjadi salah satu agenda utama dalam mesyuarat kurikulum dan mesyuarat

panitia. Peranan panitia dalam pelaksanaan program LINUS adalah terhad. Program LINUS dianggap

Page 10: Contoh minit curai kursus

sebagai program untuk guru LINUS sahaja dan bukan satu program sekolah. Justeru, penglibatan guru

lain dalam program LINUS adalah terbatas.

c. Pencerapan berfokus terhadap guru LINUS untuk menilai keberkesanan P&P LINUS (dalam Model

Kelas Kecil) amat kurang dijalankan oleh Guru Besar.

d. Bagi sekolah yang menjalankan pencerapan terhadap guru LINUS, hasilnya tidak dianalisis, dirumus

dan dibincang bagi tujuan penambahbaikan.

e. Kebanyakan sekolah tidak menyediakan Rancangan Jangka Pendek dan pelunjuran (TOV dan ETR)

selepas saringan.

f. Kebanyakan guru LINUS tidak dapat memberi bimbingan kepada murid LINUS dalam Model Kelas

Kecil dengan berkesan kerana masa P&P per se yang diperuntukkan untuk murid tidak mencukupi.

g. Penilaian terhadap program khas/ program sokongan LINUS belum dibuat secara tersurat bagi

menjalankan tindakan penambahbaikan dan tindakan susulan.

h. Masalah ketidakhadiran murid menjejaskan proses pemulihan murid LINUS, khususnya murid LINUS

Tegar.

i. 9.Program sokongan LINUS yang kreatif / inovatif dan boleh menjadi contoh sukar dikesan dalam

pemeriksaan LINUS yang dijalankan..

j. Senarai semak kemajuan pencapaian murid LINUS tidak disediakan oleh kebanyakan sekolah.

k. Walaupun jawatankuasa LINUS telah membincang masalah dan kekangan dalam pelaksanaan P&P

LINUS, program-program khas berdasarkan masalah dan kekangan tersebut tidak dirancang dan

dilaksana oleh kebanyakan sekolah.

6. Isu-isu pelaksanaan program LINUS yang dikesan semasa pemeriksaan khas JNJK ialah:

a. Guru LINUS bukan beropsyen Matematik dan BM mengajar LINUS.

b. Guru GSTT mengajar LINUS.

c. Data sekolah tidak selari dengan Portal NKRA.

d. Terdapat guru yang sama mengajar literasi bagi Tahun 1 dan 2. Begitu juga, guru yang sama mengajar

kelas numerasi bagi Tahun 1 dan 2. Ini membebankan guru terlibat.

e. Pemantauan dan penyeliaan serta perbincangan penambahbaikan Program LINUS tidak dilakukan di

sebilangan kecil sekolah.

f. Penekanan mekanisme penulisan:

i. Huruf ditulis terbalik

ii. Angka ditulis terbalik

g. Pengajaran mengikut KSSR:

i. Banyak kemahiran diajar.

ii. Teknik menulis nombor belum dikuasai.

h. Penggunaan modul LINUS murid tidak dimanfaatkan.

7. Kelemahan-kelemahan dalam P&P kelas LINUS ialah:

a. Guru LINUS tidak menyediakan objektif dan aktiviti berasingan bagi Murid LINUS berdasarkan modul

LINUS.

Page 11: Contoh minit curai kursus

b. Penekanan terhadap latih tubi, pengulangan dan congak fakta asas tidak dijalankan secarakonsisten

kepada murid LINUS.

c. Sumber pendidikan kurang dipelbagaikan – tiada penggunaan ABM/BBM dalam P&P.

d. Pemeriksaan buku latihan murid kurang konstruktif.

e. Pembetulan tidak dibuat oleh murid kerana tidak ditekankan oleh guru.

f. Hasil kerja murid kurang kemas dan tidak teratur.

g. Peneguhan belum diberi perhatian yang secukupnya.

h. Teknik penulisan yang betul tidak ditekankan oleh sebilangan kecil guru.

i. Hampir semua guru yang dicerap didapati tidak menggunakan sumber pendidikan ICT dalam P&P

,ereka.

j. Guru tidak mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan harian serta pengetahuan dan pengalaman

murid agar pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.

k. Tiada catatan refleksi/ impak/ pencapaian objektif dalam buku rekod RPH.

SLOT 8 (11.00 am – 12.30 pm)

SOAL JAWAB DAN RUMUSAN AKHIR KURSUS

ENCIK SHAHRIM BIN SHAFIE – BPG, KPM

1. Sesi soal jawab

a. Cadangan Encik Zulhisyam (PPD Klang) – Pihak yang berkenaan dipohon supaya dapat memberikan

garis panduan atau menggubal satu instrumen penyeliaaan dan bimbingan yang lebih lengkap dan

selaras di semua negeri bagi memantapkan proses penyeliaan semua FasiLINUS

i. Maklum balas daripada En. Shahrim – Hal ini akan dipanjangkan kepada pihak BPSH dan

BPK.

b. Soalan Encik Harun (PPD LMS) – Apakah tindakan untuk memaklumkan ralat pada mukas surat 20

Buku Panduan dan Pengoperasi Program LINUS?

i. Maklum balas daripada En. Shahrim - akan disampaikan kepada pihak BPSH dan memohon

kerjasama BPKHAS untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah.

c. Cadangan oleh Encik Faizal (PPD Kerian) – Adakan masa bertenang selepas saringan bertulis dan

sebelum pengisisan data di portal NKRA. Perkara ini telah dibangkitkan semasa kursus Siri 1 di Hotel

Empress pada bulan Februari yang lalu.

i. Maklum balas En. Shahrim – perkara ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat di pihak atasan.

d. Cadangan oleh Encik Sazali (PPD LMS) – Memohon semua FasiLINUS didedahkan dengan slot P&P

untuk 3 kumpulan murid pada kursus pemantapan FasiLINUS yang akan datang.

i. Maklum balas daripada En. Shahrim – akan dicadangkan dalam kursus pada bulan November

nanti dan akan dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat atasan.

e. Cadangan dan pendapat oleh Encik Zulhisyam (PPD Klang)

i. Mohon pihak yang terlibat mengambil tindakan terhadap persoalan yang masih tidak terjawab

dengan menyenaraikan persoalan dan tindakan pihak mana.

ii. Laluan kerjaya FasiLINUS masih kabur dan mohon dijelaskan pada kursus yang akan datang.

iii. Wujudkan portal khas untuk FAsiLINUS berinteraksi dengan bahagian-bahagian lain KPM yang

Page 12: Contoh minit curai kursus

bertanggungjawab dalam program LINUS NKRA bagi memudahkan urusan soal jawab secara

online.

2. Rumusan akhir kursus:

a. Bahan-bahan kursus dibekalkan dalam CD – bahan terhad tidak disertakan atas sebab-sebab tertentu.

b. Bahan-bahan berkaiatan yang lain akan disampaikan kepada pihak JPN untuk diturunkan kepada

FasiLINUS di PPD masing-masing.

c. Diharap semua peserta dapat melengkapkan borang maklumat FasiLINUS dan borang penilaian

kursus.

d. Penghargaan kepada semua pegawai JPN dan FasiLINUS yang hadir dan mengikuti kursus sehingga

selesai.

e. Harapan pihak NKRA adalah supaya FasiLINUS dapat membimbing guru dan murid LINUS

berdasarkan segala input yang disampaikan semasa kursus.

f. Kemungkinan FasiLINUS yang menyelia SKMOA akan dipanggil untuk kursus atau latihan khas pada

masa akan datang.

g. FasiLINUS dipohon untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menggunakan budi bicara yang

sesuai semasa menjalankan penyeliaan di sekolah.

3. Kursus ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Pegawai pencatat,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK

FasiLINUS Numerasi PPD Hulu Perak

Page 13: Contoh minit curai kursus