contoh laporan pameran

2
Contoh Laporan Pameran Pameran bahan P&P bagi mata pelajaran Literasi Bahasa (WAJ 3104) telah diadakan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa pada 30 hingga 31 Oktober 2010. Semua bahan pameran adalah hasil kerja amali para pelejar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 2 yang diusahakan semasa sesi bengkel bagi mata pelajaran tersebut. Kesemua 8 unit PISMP telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Antara bahan-bahan yang dipamerkan ialah bahan pengajaran yang berupa kad-kad suku kata, gambar, boneka, bahan-bahan untuk menguji deria, bahan-bahan interaktif dan sebagainya. Bahan-bahan pameran yang dipamerkan dibina berasaskan kepada tajuk-tajuk yang dikemukakan dalam sukatan pelajaran tersebut, iaitu Bengkel Aktiviti Prabacaan: Kaedah Fonetik, Kaedah Abjad, Kaedah Pandang dan Sebut. Bengkel Aktiviti Pratulisan: Aktiviti Penulisan Mekanis, Bengkel Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik, Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Membina dan Menggunakan Bahan Pembelajaran dan pengajaran Bukan Elektronik: Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka, Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan, Bengkel Pemulihan dengan Powerpoint dan Bengkel Membuat Rakaman Bunyi-bunyian dengan Menggunakan Alat Perakam Digital.

Upload: anushiah-gopala-krishnan

Post on 02-Aug-2015

463 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan Pameran

Contoh Laporan Pameran

Pameran bahan P&P bagi mata pelajaran Literasi Bahasa (WAJ 3104) telah

diadakan di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa pada 30 hingga 31 Oktober 2010.

Semua bahan pameran adalah hasil kerja amali para pelejar Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) Semester 2 yang diusahakan semasa sesi bengkel bagi

mata pelajaran tersebut. Kesemua 8 unit PISMP telah mengambil bahagian dalam

pameran ini.

Antara bahan-bahan yang dipamerkan ialah bahan pengajaran yang berupa

kad-kad suku kata, gambar, boneka, bahan-bahan untuk menguji deria, bahan-

bahan interaktif dan sebagainya.

Bahan-bahan pameran yang dipamerkan dibina berasaskan kepada tajuk-

tajuk yang dikemukakan dalam sukatan pelajaran tersebut, iaitu Bengkel Aktiviti

Prabacaan: Kaedah Fonetik, Kaedah Abjad, Kaedah Pandang dan Sebut. Bengkel

Aktiviti Pratulisan: Aktiviti Penulisan Mekanis, Bengkel Penyerapan Pemulihan

Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik, Aktiviti Penyerapan

Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual,

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Membina dan Menggunakan Bahan Pembelajaran dan pengajaran Bukan

Elektronik: Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka, Bengkel Pembelajaran

Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan, Bengkel Pemulihan dengan

Powerpoint dan Bengkel Membuat Rakaman Bunyi-bunyian dengan Menggunakan

Alat Perakam Digital.

Pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam mata pelajaran ini ialah En. Sardi

Ahmad (Ketua Jabatan Pengajian Melayu), Pn. Nazariyah Sani (Penyelaras Literasi

Bahasa), En. Husin Fateh Din, Pn. Siti Hajar Idris dan pn. Mastura Mohd Berawi.

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Seni, Tn. Haji Aman Mohd Rashdan

dalam ucapan beliau mengatakan bahawa kualiti bahan-bahan yang dihasilkan oleh

para pelajar pada kali ini adalahlebih baik dan beliau amat berpuas hati dengan

komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak. Bahan-bahan penghasilan para

Page 2: Contoh Laporan Pameran

pelajar ini akan dijadikan contoh kepada para pelajar yang akan menjalani pratikum

pada semester hadapan.