laporan program pameran alumni ptd -...

9
PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK ALUMNI PTD LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK ALUMNI PTD 2014

Upload: trinhlien

Post on 04-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

ALUMNI PTD

LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK ALUMNI PTD 2014

Page 2: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

2

LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD

SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK ALUMNI PTD

1. Latar Belakang

1.1 Pada 19 April 2014, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni

PTD) genap berusia 25 tahun. Sebagai merayakan Sambutan Jubli Perak

Alumni PTD, telah menyusun beberapa program yang utama, seperti:

i. Penerbitan Buku Alumni PTD ‘At the Forefront of Nation Building:

Perspectives from the Administrative and Diplomatic Service’, yang

mengandungi rakaman pengalaman tokoh-tokoh bekas Pegawai PTD,

sejak dari zaman sebelum merdeka hingga kini;

ii. Majlis Makan Malam Jubli Perak Alumni PTD pada 19 April 2014;

iii. PTD Alumni International Conference: "Transformational Leadership in

Malaysia" pada 9 dan 10 Oktober 2014 di Hotel Istana Kuala Lumpur; dan

iv. Tiga (3) Siri Pameran Alumni PTD, iaitu pada 19 April 2014 di Hotel

Istana Kuala semasa Majlis Makan Malam Jubli Perak PTD Alumni, dari

12 Ogos hingga 16 September 2014 di Galeri Petronas, Kuala Lumpur

City Centre; dan dari 1 hingga 12 Disember 2015 di Arkib Negara

Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur.

1.2 Tujuan utama pameran ini adalah bagi mendedahkan secara langsung

kepada masyarakat umum, termasuk para pelajar, tentang peranan dan

sumbangan pegawai-pegawai PTD dalam perancangan dan pelaksanaan

dasar-dasar pembangunan dan pentadbiran negara sejak dari era selepas

kemerdekaan hingga ke hari ini.

1.3 Pameran ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara,

Galeri Petronas dan Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kewangan

Malaysia.

2. Pelaksanaan Program

2.1. Alumni PTD telah melaksanakan Pameran ini dalam tiga (3) siri, seperti

berikut:

i. Pameran Mini bersempena dengan Majlis Makan Malam Jubli Perak

Alumni PTD pada 19 April 2014 bertempat di ruang legar Mahkota

Ballroom Hotel Istana Kuala Lumpur. Pameran ini bertemakan

"Transforming the Nation - PTD through the Years: Iconic Moments" dan

Page 3: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

3

telah disaksikan oleh YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa,

Ketua Setiausaha Negara dan isteri masing-masing, bersama 400 orang

tetamu Majlis Makan Malam Jubli Perak Alumni PTD;

ii. Pameran bersempena dengan Perayaan Kemerdekaan Negara yang

ke 57 tahun bermula dari 12 Ogos hingga 16 September 2014 bertempat

di Galeri Petronas, Aras 3, Kuala Lumpur City Centre, dengan tema

"MyStory: Transforming the Nation." Pameran telah dirasmikan oleh YAB

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri

Malaysia pada 30 Ogos 2014 jam 5:00 petang. Pameran di Galeri

Petronas ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan

daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong dari luar negara,

dengan kehadiran pengunjung seramai 8,837 orang. Manakala, Media

Return of Investment (ROI) dianggarkan bernilai sebanyak RM6,5 juta.

Laporan terperinci mengenai pameran di Galeri Petronas ini adalah

seperti di Lampiran A berkembar;

iii. Pameran bertema "Detik-Detik Bersejarah: Transformasi Negara"

bertempat di Jabatan Arkib Negara, Jalan Duta Kuala Lumpur

bersempena dengan Perayaan Hari Arkib Negara dari 1 hingga 12

Disember 2014. Pameran siri terakhir ini telah dirasmikan oleh YBhg Tan

Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang

mewakili Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Semasa

majlis perasmian ini, YBhg Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed,

Presiden Alumni PTD telah menyerahkan Transkrip Tokoh-Tokoh PTD

kepada Ketua Pengarah Arkib Negara untuk simpanan rekod rasmi

Jabatan Arkib Negara. Transkrip ini dihasilkan melalui temubual dan

penyelidikan semasa penyediaan buku Alumni PTD. Manakala,

sepanjang tempoh pameran berlangsung seramai 5,148 orang telah

berkunjung ke pameran ini.

iv. Bahan-bahan pameran yang telah terkumpul daripada ketiga-tiga siri

pameran ini telah diserahkan kepada Jabatan Arkib Negara untuk mereka

mengadakan beberapa siri pameran ke negeri-negeri yang akan

ditetapkan dan akhirnya akan disimpan serta dipamerkan secara kekal di

Pustaka Perkhidmatan Awam, yang sedang dirancang.

3. Peruntukan dan Perbelanjaan

3.1 Bagi menampung perbelanjaan ketiga-tiga siri Pameran Alumni PTD ini,

Kerajaan Malaysia melalui Wang Akaun Amanah Perbendaharaan Malaysia

telah menyumbang sebanyak RM500,000.00 pada 30 Oktober 2013.

Page 4: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

4

3.2. Manakala, jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi menganjurkan pameran ini

ialah sebanyak RM 510,646.20. Pecahan perbelanjaan yang terlibat adalah,

seperti berikut:

1 Kerja-Kerja Kurator Pameran RM170,750.00

2 Pembinaan Struktur Pameran RM 235,840.00

3 Perolehan Gambar-Gambar Lama RM73,400.00

4 Publisiti & Promosi RM15,570.00

5 Penyediaan Buku-Buku Mock-Up RM 4,469.50

6 Peralatan Audio-Visual RM2,747.00

7 Keraiaan Jamuan dan Cenderahati RM 7,689.70

JUMLAH PERBELANJAAN RM 510,646.20

3.3 Maklumat terperinci mengenai perbelanjaan tersebut adalah seperti di

Lampiran B berkembar.

4. Penutup

4.1 Pameran Alumni PTD yang telah dilaksanakan ini pada dasarnya telah

berjaya mencapaikan sasaran matlamat utamanya, itu bagi meningkatkan

kesedaran di kalangan masyarakat tempatan, terutamanya bagi generasi

baru mengenai peranan dan sumbangan pegawai-pegawai PTD dalam

pembentukan dasar dan pelaksanaan pembangunan negara sejak dari era

sebelum merdeka hingga kini. Kejayaan ini diukur berdasarkan kepada

jumlah pengunjung yang melebihi daripada 14,000 orang yang telah

berkunjung secara langsung, disamping publisiti media ROI yang bernilai

lebih daripada RM6.5 juta.

4.2. Pameran ini juga tidak berakhir begitu sahaja, tetapi akan terus kekal berada

di Pustaka Perkhidmatan Awam baru yang sedang dirancang bagi

mengantikan Pustaka Perkhidmatan Awam yang telah ditutup di Jalan

Cenderawasih, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Datu' Dr. Michael D. Lunjew

Setiausaha Kehormat

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik

16 Mac 2015

Page 5: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

5

LAMPIRAN A

Pameran "MyStory: Transforming the Nation."

Bersempena Dengan Perayaan Kemerdekaan Negara Yang Ke 57 Tahun

Dari 12 Ogos hingga 16 September 2014

Di Galeri Petronas, Aras 3, Kuala Lumpur City Centre

1. No. of Visitors to GALERI PETRONAS for MY Story: Transforming the Nation

13 August – 16 September 2014

8,837 visitors

2. Visitorship Comparison by Years - An increase of almost 10.9% as compared to

same period in previous year, 2013 (7,970)

Month\Year 2013 2014

Aug 3,917 4,485

Sep 4,053 4,352

Total 7,970 8,837

3. Visitorship Comparison by Exhibitions

Exhibition Date Visitor no. No. of

week

Average visitors

per week

MY Story

Transforming

the Nation

13 Aug -

16 Sept 2014

8,837 5.0 1,764

CONVERGENCE 04 Jul –

22 Sept 2014

11,528 11.67 988

4. Visitor Demographic differ with each exhibition:

64% of total visitors come from 18 - 40 year age group;

76% Locals & 24% Foreign

44% working, 22% students & 34% others (housewives, retirees, etc)

26% repeat visitors & 74% 1st

timer

5. Visitor’s Feedback - Visitors’ overall experience of MY story Transforming the

Nation (Note: Rating 1 (lowest) Rating 5 (highest)::

No. of positive Visitor Feedback (rating of 3 and above) by respondent 1,430

Page 6: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

6

No. of respondents (those who filled up the Visitor Satisfaction forms) 1,449

% (avg.) of positive Visitor Feedback (rating of 3 and above) 98.7%

6. No of Media Turnout / No of Guests during the Official Launch event

Date: 30 Aug 2014

Guest of Honor: YAB Datuk Seri Mohd Najib Haji Tun Razak, Prime Minister of Malaysia Media Turnout: 55 No. of Guests: 170 7. Total Media Rate of Investment (ROI): RM 6,504,148.00

• August 2014: RM 5,613,054.00 • September 2014: RM 891,094.00 • Print Media Review - 6 • Print Media Mentions - 1 • Online News Articles - 47 • Online Media Review - 5 • Media Broadcast - 12

8. Summary

Factors that contributed to higher visitorships:

• One of its kind, never before shown at Galeri PETRONAS – rare photographs of World War II prisoners, historical artifacts and documents. An exhibition that combined significant artworks, taking us through a timeline from the past to the present.

• Good timing – Merdeka Day and Malaysia Day, public holidays.

• Exhibits & models that attracted visitors in celebration of 57th Merdeka Day and 51st Malaysia Day.

• Ambiance that created curiosity and elevated visitors’ experience.

• Relevance Public Programs provided and continual Marketing efforts.

• Presence of YAB DS Najib Razak added significant media ROI and vast publicity.

Page 7: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

7

PAMERAN MINI "TRANSFORMING THE NATION - PTD THROUGH THE YEARS:

ICONIC MOMENTS" SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI PERAK ALUMNI

PTD PADA 19 APRIL 2014 DI HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR

Page 8: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

8

PAMERAN "MySTORY: TRANSFORMING THE NATION' DI GALERI PETRONAS 12

OGOS - 16 SEPTEMBER 2014

YAB DS Najib Razak singing the

Galeri PETRONAS’s VIP guestbook.

YAB DS Najib Razak leaving his remarks at Vision 2050 wall.

YAB DS Najib Razak delivering his officiating speech

of the MY story: Transforming the Nation exhibition.

CONVERGENCE Book being presented to YAB DS Najib Razak as a token of appreciation/corporate gift.

Page 9: LAPORAN PROGRAM PAMERAN ALUMNI PTD - …ptdalumni.org/wp-content/uploads/2015/10/2014-Laporan-Pameran... · Latar Belakang 1.1 Pada 19 April ... Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji

9

PAMERAN "DETIK-DETIK BERSEJARAH: TRANSFORMASI NEGARA" ARKIB

NEGARA JALAN DUTA DARI 1 HINGGA 12 DISEMBER 2014