contoh laporan aktiviti panitia

7
LAPORAN PROGRAM MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI 1. PROGRAM : Program Larian Merentas Desa SK Bukit Rambai 2. OBJEKTIF : i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. iii. Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga SKBR dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SKBR tentang alam sekitar v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang ddalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan . vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah. 3. TARIKH PERLAKSANAAN : 3 Februari 2015

Upload: ohamirah

Post on 14-Sep-2015

696 views

Category:

Documents


51 download

DESCRIPTION

Contoh Laporan Aktiviti Panitia

TRANSCRIPT

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

LAPORAN PROGRAM MERENTAS DESASEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI

1. PROGRAM : Program Larian Merentas Desa SK Bukit Rambai2. OBJEKTIF :i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. iii. Memupuk semangat kerjasama di kalangan warga SKBR dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SKBR tentang alam sekitar v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang ddalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan . vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah. 3. TARIKH PERLAKSANAAN : 3 Februari 2015

4. TEMPAT : Dataran Perhimpunan SKBR5. MASA : 3.30 ptg-6.00 ptg6. PENGLIBATAN: Penyertaan semua pelajar dan guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas arahan kesihatan.

Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang akan diambil oleh guru kelas7. BUTIRAN AKTIVITI : 3.30 petang Perhimpunan pelajar Mengambil kedatangan/ borang kebenaran pelajar Warm up - senamrobik Pelajar ke padang

4.00 petang Taklimat merentas desa 2015 (Urusetia )

4.10 petang Pegawai Check Point mengambil kedudukan

4.30 petang Pelepasan peserta peserta mengikut kategori oleh Guru Besar

5.30 petang Penyampaian hadiah dan sijil

6.00 petang Pembersihan dan bersurai

8. DAPATAN :8.1 KEKUATAN

Memandangkan latihan merentas desa telah dilaksanakan pada minggu sebelumnya iaitu pada 27 Januari, maka kesemua murid sudah mengetahui dengan jelas setiap peraturan, laluan permulaan dan garisan akhir rentasan desa serta dapat mengikuti arahan pihak pengelola dengan baik.

Selain daripada itu, guru-guru yang terlibat juga memberi kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya program merentas desa ini kerana wujudnya pembahagian tugasan yang telah diedarkan lebih awal dan memberi peluang kepada semua guru untuk peka dengan tugas masing-masing pada hari tersebut.

Secara keseluruhannya, semua murid mampu mendengar dan mengikuti arahan daripada para guru. Guru-guru juga melaksanakan tugas masing-masing dengan amanahnya mengikut jawatankuasa yang telah ditetapkan dan melancarkan lagi program larian merentas ini.8.2 KELEMAHAN

Pada permulaan aktiviti, susunan murid-murid agak berterabur. Ada yang berada di bawah parkir kereta berbumbung, di kantin dan di tapak perhimpunan. Ianya mengambil masa untuk mengumpulkan mereka dan memberi taklimat sebelum acara berlangsung.Semasa berlangsungnya larian merentas desa, di laluan masuk pagar tepi padang, terdapat murid-murid yang tidak menggunakan laluan trek yang disediakan, sebaliknya mereka berlari terus melepasi padang. Acara penyampaian hadiah terpaksa dilaksanakan sepantas yang mungkin kerana cuaca hujan renyai-renyai yang melanda pada petang tersebut. Akan tetapi, majlis penyampaian hadiah berjalan dengan lancar dan semua pemenang menerima pingat masing-masing bagi menghargai kemenangan mereka.9. PENAMBAHBAIKAN : Bagi mengawal susunan murid sebelum acara berlangsung, jawatankuasa kawalan murid perlu lebih tegas agar murid-murid terkawal di samping dapat membantu melancarkan lagi acara ini. Maksimumkan penggunaan mikrofon 10. PENUTUP :Secara keseluruhannya, aktiviti berjalan dengan baik dan lancar. Semua pihak telah memberikan kerjasama yang sewajarnya. Diharapkan pada masa akan datang, dapat diteruskan segala usaha yang baik serta penambahbaikan dapat dilaksanakan untuk melicinkan lagi aktiviti ini pada masa akan datang. 11. LAMPIRANDisediakan oleh :

.AMIRAH BINTI ZAHARIMAN(KETUA AJK DOKUMENTASI MERENTAS DESA 2015)