contoh kertas kerja
DESCRIPTION
kertas kerja 2015-contohTRANSCRIPT
KERTAS CADANGAN DARIPADA UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
PERTANDINGAN KAWAD KAKI FORMASI
KUMPULAN PISMP SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2014
1.0 TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon Majlis Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran, IPG Kampus Pendidikan Teknik menimbang dan meluluskan
cadangan untuk mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi
Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Matlamat Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi Kumpulan PISMP
Semester 4 Ambilan Januari 2014 bertujuan menyeimbangkan perkembangan
intelek, sosial, jasmani dan rohani dalam kalangan bakal guru untuk melahirkan
guru permulaan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
kesukarelaan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar.
2.2 Sehubungan dengan itu, dalam usaha memberikan pendedahan kepada
para pelajar, Unit Kokurikulum, IPG Kampus Pendidikan Teknik merancang
untuk melaksanakan pertandingan kawad ini bagi memantapkan kefahaman dan
kemahiran para pelajar dalam mencapai hala tuju matlamat dan objektif
kokurikulum. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 27 Oktober 2015
(Selasa) di Padang Kawad IPG Bandar Enstek.
1
3.0 ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Objektif khusus pertandingan kawad ini adalah untuk memberikan
pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para pelajar meningkatkan
keupayaan mereka membuat pemindahan pembelajaran dalam konteks baharu
dan situasi sebenar serta menerapkan nilai-nilai dan etika keguruan.
3.2 Selain itu, objektif pertandingan kawad ini adalah:
3.2.1 Mendapatkan pengetahuan dan kemahiran kawad kaki formasi
untuk diaplikasikan di sekolah rendah;
3.2.2 Menghayati prinsip-prinsip dan asas kawad kaki formasi;
3.2.3 Menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran asas
dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan pertandingan
kawad kaki formasi;
3.2.4 Mengembangkan potensi diri, bakat kepimpinan dan peranannya
sebagai seorang pemimpin yang berwibawa;
3.2.5 Mengembangkan sikap dan kefahaman mengenai faedah-faedah
menyertai pertandingan kawad kaki formasi;
3.2.6 Menunjukkan komitmen semasa melaksanakan pertandingan
kawad kaki formasi; dan
3.2.7 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli-ahli unit
beruniform di kampus untuk membentuk warganegara yang
berguna dan bersemangat patriotik.
2
4.0 CADANGAN PELAKSANAAN
4.1 Cadangan pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi
Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 boleh dirujuk melalui
Lampiran A, manakala senarai Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Kerja dan para
hakim pertandingan boleh dirujuk melalui Lampiran B.
5.0 PENYERTAAN
5.1 Terbuka kepada 10 pasukan jemputan IPG yang cepat mendaftar. (Rujuk
Lampiran C).
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
6.1 Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi Kumpulan PISMP Semester 4
Ambilan Januari 2014 akan melibatkan kos sebanyak RM3620.00 seperti
Lampiran D.
7.0 KESIMPULAN
7.1 Usaha untuk melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi
Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 ini sangat relevan bagi
membuktikan segala pengalaman pembelajaran yang telah disediakan berupaya
membantu pelajar mencapai matlamat dan objektif kokurikulum.
7.2 Namun begitu, perancangan serta cadangan ini seharusnya memerlukan
perhatian dan komitmen semua pihak khususnya Unit Kokurikulum, IPG Kampus
Pendidikan Teknik dengan kerjasama Pasukan KRS Negeri Sembilan dan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
3
8.0 SYOR
8.1 Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan
cadangan untuk melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi
Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014 serta meluluskan
peruntukan sebanyak RM3620.00 bagi tujuan membiayai pertandingan kawad
ini.
4