contoh kertas kerja

5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS KERJA “MARI BERSENAM” DISEDIAKAN OLEH : BIL NAMA NO. MATRIK 1 NICHOLAS ANAK LANJUT D20141067417 2 NORFAZURA BINTI BUJANG D20142069695 3 SITI ILYANI BINTI IBRAHIM D20142069694 4 AHMAD SYAKIR BIN JA AFAR D20142069165 5 MUHAMMAD AKMAL HAFIZ BIN SARIMAN D20142069164 TARIKH : 18 APRIL 2015 TEMPAT : KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH ANJURAN : PEMBANGUNAN SAHSIAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN ANJURAN

Upload: khairul-nor-izzati

Post on 14-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

MARI BERSENAM

DISEDIAKAN OLEH :

BILNAMANO. MATRIK

1NICHOLAS ANAK LANJUTD20141067417

2NORFAZURA BINTI BUJANGD20142069695

3SITI ILYANI BINTI IBRAHIMD20142069694

4AHMAD SYAKIR BIN JAAFARD20142069165

5MUHAMMAD AKMAL HAFIZ BIN SARIMAND20142069164

TARIKH : 18 APRIL 2015

TEMPAT : KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH

ANJURAN : PEMBANGUNAN SAHSIAHUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN ANJURAN

1.0 PENGENALAN

Kumpulan kami akan mengadakan program Mari Bersenam di bawah kursus Pembangunan Sahsiah. Bersenam ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman bertujuan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan.

Kesihatan merujuk kepada suatu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti penyakit. Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup seseorang kerana dengan minda yang cergas dapat memahami pembelajaran dengan mudah dan lebih sistematik.

Seseorang itu haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Dengan bersenam, kita dapat menambahbaikan kekuatan otot, daya tahan otot, ketegangan otot, pastur badan dan kelenturan sendi. Selain itu, bersenam juga dapat membina tulang yang sihat dan dapat mengekalkan pengawalan berat badan. Dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu, tubuh badan seseorang akan berfungsi dengan lebih baik kerana semua toksin telah dikeluarkan melalui peluh.

Oleh itu, untuk memperolehi tubuh badan yang sihat kita harus melakukan senaman dengan konsisten dan tetap. Kesihatan amat penting untuk seseorang terutamanya mereka yang sudah berumur. Penjagaan kesihatan menjamin kebahagiaan seseorang. Walaupun seseorang berharta tetapi tidak memiliki tahap kesihatan yang baik, kehidupan akan pasti sengsara kerana kesihatan yang baik tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

2.0 TUJUAN

2.1 Membuka minda agar mewujudkan keyakinan dan memupuk minat untuk bersenam.2.2 Mengelakkan kemurungan dan keresahan.2.3 Memberi pengetahuan dan pendedahan tentang aktiviti bersenam untuk menjaga amalan gaya hidup sihat.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri sendiri.3.2 Menambahkan motivasi atau keyakinan diri peserta dalam melakukan aktiviti bersenam.3.3 Merapatkan silaturrahim antara peserta.3.4 Menanam kesedaran amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja.

4.0 TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

4.30 petangBerkumpul di hadapan masjid Kampus Sultan Azlam Shah

4.45 petangSedikit taklimat tentang program bersenam ini

5.00 petangPeserta mula mengambil tempat masing bagi memulakan senaman

5.30 petangSampai ke garisan penamat

5.45 petangMinum petang

6.00 petangBersurai

5.0 KEWANGAN

BILPERKARAPERUNTUKANJUMLAH

1Air mineral1 KotakRM 15

2Roti RM 0.80 x 25orangRM 20

JUMLAH KESEMUARM 35

6.0 PENGLIBATAN

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris = 20 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI PROGRAMNicholas anak Lanjut

SETIAUSAHANorfazura binti Bujang

BENDAHARISiti Ilyani binti Ibrahim

AJK MAKANANAhmad Syakir bin Jaafar

AJK KESELAMATANMuhammad Akmal Hafiz bin Sariman

8.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat diterima dan diluluskan oleh pihak tuan/puan. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amalah di hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :Norfazura binti Bujang,Setiausaha Program,Kursus Pembangunan Sahsiah (KKD2063),ISMP Pendidikan Moral,Fakulti Sains Kemanusiaan,Universiti Pendidikan Sultan Idris,35900, Tanjung Malim, Perak.

Tantangan : ......................................

Tarikh : ...........................................

Dipersetujui oleh : Nicholas anak Lanjut,Pengerusi Program,Kursus Pembangunan Sahsiah,ISMP Seni,Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif,Universiti Pendidikan Sultan Idris,35900, Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ...........................................

Diluluskan oleh :Cik Norazani Binti Ahmad,Pensyarah, Kursus Pembangunan Sahsiah,Universiti Pendidikan Sultan Idris,35900, Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ..................................

Tarikh : ...........................................